The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1278-24-ardiahnah, 2022-03-31 11:54:34

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Ardiahnah_Bmmb1104_kk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

NAMA PELAJAR [BM SEKOLAH
RENDAH] (AMBIL

AN JUN 2021)
KERJA KURSUS

SEMESTER 2,
TAHUN 1 SESI
JAN - JUN 2022

: ARDIAHNAH BINTI ARIFF

NO KAD PENGENALAN : 030130-12-0500

ANGKA GILIRAN : 2021072310030

KUMPULAN/UNIT : BM SK 2

KOD/NAMA KURSUS :BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK TUGASAN TUGASAN 1
TARIKH MULA
TARIKH HANTAR PENGHASILAN PRODUK
(30%)

28/2/2022

20/3/2022

NAMA PENSYARAH : ENCIK AG AHMAD AG SIRING
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TANDATANGAN TARIKH
20/3/2022
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya
telah merujuk dan memahaminya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU
BORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN ( PB )

Nama : ARDIAHNAH BINTI ARIFF Angka Giliran: 2021072310030
Kod: BMMB1104 Nama Kursus: Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu
Pensyarah : EN. AG AHMAD AG SIRING
Tarikh Hantar : 20 Mac 2022 Tarikh Terima (Diisi oleh pensyarah)

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Isi kandungan……………………………………………………………………………..iii

Penghargaan…………………………………………………………………………….. 1

1.0 Pengenalan..…………………………………………………………………………2

2.0 Bentuk, jenis dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu………………………………...3

2.1 Prosa tradisional………………………………………………………………. 3

2.2 Prosa moden……………………………………………………………………4

2.3 Puisi tradisional……………………………………………………………… ..4

2.4 Puisi moden……………………………………………………………………..5

3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu……………………………………………………...5

3.1 Aspek hiburan…………………………………………………………………...5

3.2 Aspek pendidikan……………………………………………………………….5

3.3 Aspek dakwah…………………………………………………………………...6

3.4 Aspek kritikan sosial…………………………………………………………….6

4.0 Manifestasi dan akal budi masyarakat Melayu…………………………………….6

4.1 Pantun…………………………………………………………………………….6

4.2 Syair………………………………………………………………………………7

4.3 Seloka…………………………………………………………………………….9

4.4 Gurindam………………………………………………………………………...10

5.0 Rumusan………………………………………………………………………………11

6.0 Rujukan………………………………………………………………………………..11

Penghargaan
Pertama sekali bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya
siapkan tugasan kerja kursus ini dengan lancar dan selamat. Terima kasih kepada
individu-individu yang selama ini banyak membantu dan menyokong sama sama ada
secara langsung atau tidak langsung terutamanya ibu bapa dan keluarga.

Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya, Encik Ag Ahmad
bin Haji Ag Siring yang banyak memberi tunjuk ajar dan didikan kepada saya. Tidak
dilupakan juga kepada rakan seperjuangan saya yang turut sama bertungkus lumus
bersama-sama dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya.

1

1.0 Pengenalan
Sastera merupakan sesuatu perkara yang sudah sebati dengan orang Melayu sejak
dahulu lagi. Apabila diteliti dengan lebih dalam, perkataan sastera berasal daripada
bahasa sanskrit iaitu castra. Dalam erti kata lain, kesusasteraan membawa maksud
hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dalam hal ini, kesusasteraan merujuk
kepada segala pengucapan yang indah-indah sama ada bertulis atau tidak.

2

2.0 Bentuk, jenis dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu

2.1 Prosa tradisional

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang malah prosa bukan
sahaja tidak terbatas kepada cerita (naratif) namun juga karya-karya yang bukan cerita
(non-naratif). Dalam hal ini, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada
lisan atau tidak lisan dikategorikan sebagai prosa.

Dari segi naratif, naratif boleh dibahagikan kepada dua iaitu naratif lisan
dan naratif tulisan. Naratif lisan merupakan karya-karya kesusasteraan Melayu
tradisional yang menjadi milik masyarakat Melayu kerana bentuk penyampaiannya
melalui lisan dari mulut ke mulut. Dalam hal ini, naratif lisan terbahagi kepada tiga iaitu
mitos, lagenda dan cerita rakyat. Cerita rakyat pula terbahagi kepada beberapa jenis
seperti cerita binatang, cerita jenaka dan banyak lagi.

Sementara itu, naratif tulisan pula terbahagi kepada lima iaitu sastera
sejarah, sastera hikayat, sastera panji, sastera kepahlawanan (epik) dan sastera
agama. Ketamadunan penulisan naratif ini telah berkembang dari masa ke semasa
akibat berkembangnya kemajuan percetakan untuk menghasilkan buku. Seterusnya,
prosa tradisional bukan naratif pula merujuk kepada hasil karya yang tidak mempunyai
plot yang khusus dan berbentuk fakta atau peraturan yang memberi panduan khusus
kepada masyarakat. Antara genrenya ialah sastera undang-undang, sastera kitab dan
sastera ketatanegaraan.

3

2.2 Prosa moden

Prosa moden boleh dibahagikan kepada beberapa genre seperti cerpen, drama dan
novel. Ciri yang terdapat dalam prosa moden ialah terikat dan mempunyai penggunaan
perenggan. Apabila kita lihat dengan lebih teliti, cerpen merupakan cerita pendek yang
mempunyai anggaran patah perkataan sebanyak 500 hingga 15000 patah perkataan.
Bukan itu sahaja, cerpen juga mempunyai teknik-teknik sastera seperti tokoh, plot, tema
dan gaya bahasa.

Selain itu, novel pula merupakan rekaan kisah yang panjang dan
mempunyai banyak plot dan peristiwa. Secara teliti pula, novel ditulis berdasarkan
pengalaman sebenar atau imaginatif penulis terhadap sesuatu dengan penyertaan
watak dan plot tertentu. Sementara itu, peristiwa dan latar yang terdapat dalam novel
tidak terhad dan mengambil jangka masa yang panjang. Secara ringkasnya, novel
mempunyai jalan cerita yang lebih panjang dan kompleks berbanding cerpen.

2.3 Puisi tradisional

Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap
atau suatu bentuk pengucapan dalam bentuk yang istimewa. Hal ini kerana bentuknya
yang terikat seperti pantun dan seloka dan bentuk yang bebas seperti seloka. Menurut
Saludin, M. R. (2013), puisi tradisional adalah ciptaan seni yang menakjubkan kerana
mempunyai unsur-unsur emosi, imaginasi dan budi. Seperti peribahasa dan pantun,
ciri-ciri yang terdapat dalam puisi tersebut adalah mempunyai baris, rima dan irama
disusun mengikut pola tertentu. Selain itu, puisi tradisional juga banyak mengandungi
pengajaran, nasihat dan hiburan kepada pendengar.

4

2.4 Puisi moden

Umumnya, puisi moden yang kita sedia maklum ialah sajak. Apabila diteliti dengan lebih
mendalam, puisi moden merupakan seni penulisan kontemporari yang mengarang kata
dengan susunan dan intonasi yang indah untuk menyampaikan maksud tertentu.
Sementara itu, puisi moden menyimpang daripada teknik sastera kerana ianya
mengabaikan bentuk, susunan baris, rima dan sebagainya. Secara ringkasnya, bentuk
yang terdapat dalam puisi ini adalah bebas dan terikat.

3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu

3.1 Hiburan

Memang tidak dinafikan kesusasteraan Melayu berupaya menjadi bahan hiburan yang
bermutu. Contoh yang boleh kita lihat ialah cerpen dan novel remaja yang menyajikan
bahan bacaan yang ringkas dan tidak membebani otak secara berlebihan. Bukan itu
sahaja, kita sering mendengar cerita rakyat melalui penceritaan orang terdahulu kepada
cucu cicitnya.

3.2 Pendidikan

Hakikat mengatakan bahawa sastera Melayu telah menjadi media pendidikan
masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Sebagai generasi yang masih menimba ilmu,
sastera Melayu merupakan aspek yang penting perlu dipelajari. Seperti yang kita tahu,
kebanyakan karya seni yang dihasilkan lebih kepada memberi nasihat dan didikan yang
berguna kepada semua orang. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang menikmati
karya-karya tersebut secara tidak langsung membentuk personaliti pembaca ke arah
kebaikan.

5

3.3 Dakwah

pabila kita meninjau kembali sejarah Melayu, penyebaran agama Islam banyak
disebarkan melalui karya tokoh-tokoh Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat
Islam telah tersebar luas malah dengan pesat sekali sehinggakan terdapat satu tahap
yang mana hampir seluruh alam Melayu telah di-Islamkan. Dalam hal ini, perkara
tersebut merupakan hasil kesusasteraan yang tersebar luas pada masa itu. Karya
tersebut banyak mengandungi unsur pujukan, sindiran dan ajakan dengan
menggunakan ayat yang tersirat dan tersurat.

3.4 Kritikan sosial

Umum mengetahui betapa sensitif masyarakat apabila ditegur dengan perkataan yang
kasar dan kesat. Namun begitu, kesusasteraan Melayu banyak digunakan sebagai
kritikan dan sindiran kepada masyarakat dengan ayat yang indah namun tersirat. Dalam
hal ini, sastera berfungsi sebagai penyampai mesej kepada pembaca. Di samping itu,
karya yang mengandungi kritikan sosial banyak memberi pengajaran kepada
masyarakat melalui penceritaan seperti karya Si Tanggang dan Pak Kaduk.

4.0 Manifestasi dan akal budi masyarakat Melayu

4.1 Pantun

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

6

Pantung di atas mengisahkan tentang mengenang budi yang dilakukan oleh orang lain
terhadap kita. Hal ini dapat dibuktikan melalui frasa ‘hutang budi dibawa mati’ yang
menunjukkan kebaikan seseorang tidak boleh diukur dengan duit mahupun harta
namun haruslah mengingati budi seseorang sampailah kita mati.

4.2 Syair

Rajah 1 Syair Bidasari

7

Syair merupakan puisi tradisional yang terkenal dengan alunan yang begitu merdu dan
mempunyai makna tersendiri. Syair ini menceritakan tentang Raja Kembayat yang
memerintah negerinya dengan sangat bijaksana. Kebijaksanaannya dapat dilihat
melalui frasa ‘baginda itulah raja perkasa’ daripada rangkap ketiga. Namun begitu,
cabaran yang dihadapi oleh Raja Kembayat setelah garoda datang ke negeri tersebut
seperti yang dikatakan dalam frasa ‘unggas gurda sangat perkasa’ yang menyerang
negeri tersebut. Dalam hal ini, penyair menceritakan cabaran yang dihadapi oleh Raja
Kembayat setelah memerintah negerinya yang telah lama aman damai.

8

4.3 Seloka

Rajah 2 Seloka Pak Kaduk

Seloka Pak Kaduk menceritakan tentang kebodohan Pak Kaduk yang melakukan suatu
perkara tanpa memikirkan baik buruk terlebih dahulu. Penulis ingin memberi pengajaran
kepada pendengar melalui cerita tersebut. Antara bukti yang menunjukkan betapa
malangnya Pak Kaduk ialah melalui baris kedua, frasa ‘ayamnya menang kampung
tergadai’. Dalam hal ini, biarpun ayamnya menang bertanding, namun kampungnya
pula tergadai akibat sikapnya sendiri.

9

4.4 Gurindam
Rajah 3 Gurindam dua belas fasal ketiga

Berdasarkan gurindam tersebut, penulis banyak menasihati pembaca untuk menjaga
anggota diri agar tidak mendapat kesan negatif. Hal ini dapat kita lihat melalui baris
ketiga belas, iaitu ‘hendaklah peliharakan kaki’ yang mengajak para pembaca agar
menjaga arah tuju kita dengan menuju ke tempat yang baik dan jauh daripada maksiat.
Penulis juga menasihati pembaca untuk menjaga anggota lain seperti mata, telinga,
lidah, tangan, perut dan anggota tengah agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

10

5.0 Rumusan

Bersyukur saya kerana berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Melalui
tugasan ini, saya mempelajari kesusasteraan Melayu merupakan karya seni yang
sudah sekian lama menduduki masyarakat Melayu sebagai alat komunikasi dan
hiburan. Dalam hal ini, sastera bukan sahaja digunakan sebagai hiburan namun juga
sebagai didikan, pengajaran, kritikan sosial dan banyak lagi. Hal ini demikian bukan
sahaja kita dapat menikmati hasil karya tersebut juga kita dapat menghayati makna
yang disampaikan melalui lirik yang telah ditulis dengan indah dan penuh makna. Akhir
sekali, dapat saya rumuskan kesusasteraan amatlah penting untuk dipelajari agar dapat
memartabatkan hasil karya orang Melayu terdahulu dan sekarang.

6.0 Rujukan

Adisya R. (n.d.). Kesusasteraan Melayu. Academia.
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU.

Adi P. (2020, Oktober 16). Korang Pernah Terfikir Tak Pembayang Dalam Pantun
Sebenarnya Ada Makna Tersendiri.
https://soscili.my/pantun-melayu-lama-nasihat-4-kerat/.

Azaman. (2020, April 2). Maksud Syair Bidasari. Blogspot.
http://blogcikguazaman.blogspot.com/2020/04/maksud-syair-bidasari.html.

Elina S. (2013, Mac 25). Seloka Pak Kaduk. Blogspot.
http://elinaseisei.blogspot.com/2013/03/aduhai-malang-pak-kaduk-ayamnya-men
ang.html.

11

Jabatan Warisan Negara. (2021, September 22). Kesusasteraan Melayu Tradisional.
https://www.heritage.gov.my/kesusasteraan-melayu-tradisional.html.

Kesusasteraan. (2021, Disember 6). In Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan.

Maydora M. (2018, Julai 9). Kritikan Sosial Dalam Sastera. WordPress.
https://maydoracom.wordpress.com/2018/07/09/kritikan-sosial-dalam-sastera/.

Mohd Ramsul A. R. (2019, Mei 8). Nota Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga. Blogspot.
https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2019/05/nota-gurindam-dua-belas-fasal-
ketiga.html.

Puisi Melayu Moden. (2019, Disember 5). In Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_melayu_moden.

Romina K. (n.d.). Pengenalan Kesusasteraan Melayu. Academia.
https://www.academia.edu/27826213/Pengenalan_Kesusasteraan_Melayu.

Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13.

12


Click to View FlipBook Version