The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 BMMB1144 BMSK2 KUMPULAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1278-24-ardiahnah, 2022-05-25 04:55:39

TUGASAN 2 BMMB1144 KUMP2 BMSK2

TUGASAN 2 BMMB1144 BMSK2 KUMPULAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

NAMA PELAJAR [BM SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2, TAHUN 1
SESI JAN - JUN 2022

: 1. NURUL ATEEQAH SYUHADA BINTI NURDIN

2. ARDIAHNAH BINTI ARIFF

3. HEIDFELD ERVEN JOHN

NO KAD PENGENALAN : 1. 031203120654
2. 030130120500
3. 030730120213

ANGKA GILIRAN : 1. 2021072310048
2. 2021072310030
3. 2021072310034

KUMPULAN/UNIT : BMSK2

KOD/NAMA KURSUS :BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA
TAJUK TUGASAN
TARIKH MULA TUGASAN 2
PENGHASILAN

PRODUK
(30%)

24/4/2022

TARIKH HANTAR 7/5/2022

NAMA PENSYARAH : PN. KHADIJAH ADENAN
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa saya TANDATANGAN TARIKH
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya Ateeqah 7/5/2022
telah merujuk dan memahaminya. Ardiahnah
Heidfeld

1

Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklumbalas
daripada pensyar

2

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU 3 TINGKAT SJK(C) CHUNG HWA, KOTA
BELUD

AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 1 Mengumumkan ketibaan
YAB Ketua

Ketibaan Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Panglima Musa Haji Menteri Sabah
Sabah Dan Nyanyian Aman, Ketua Menteri Sabah tidak akan duduk
Lagu Negaraku Dan Nyanyian
Semua hadirin diminta berdiri lagu Negaraku

Acara 2 Bismillah... Assalamualaikum wbt

Alu-aluan Pengacara Adat kita menyambut tetamu,
Majlis Salam dihulur mesra bertamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu,
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Panglima Musa Haji
Aman, Ketua Menteri Sabah

Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Abdul Rahman
Dahlan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Belud
merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Sabah

Yang Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan
Negeri Sabah

Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah bin Ahmad Pegawai
Pelajaran Daerah Kota Belud

Yang Berusaha Encik Yahya bin Abdullah Guru Besar
SJK(C) Chung Hwa

Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria bin Roslan Pengerusi
Bersama Majlis Perasmian Bangunan SJK (C) Chung Hwa
Merangkap Yang Dipertua PIBG SJK (C) Chung Hwa, Kota
Belud

Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri
Sabah

Pengarah-Pengarah Bahagian

Para Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Alu-aluan Pengacara Para Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud
Majlis
Yang dihormati,

Ketua-ketua Jabatan

Ahli-ahli jawatankuasa pengelola Majlis Perasmian
Bangunan Baru SJK (C) Chung Hwa

Pengetua-pengetua, guru-guru besar

Guru-guru,ibu-bapa, murid-murid serta

Hadirin yang dimuliakan.

Salam bahagia, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah,
Terima kasih pemimpin-pemimpin terbilang
Terima kasih hadirin budiman
Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan
Terbuka SJK(C) Chung Hwa untuk sama-sama mewarnai
Majlis Perasmian Bangunan Baharu 3 Tingkat SJK(C)
Chung Hwa

Acara 3 YAB Dato’ Seri Panglima, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan
Bacaan Doa hadirin sekalian.

Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Izzuddin bin Abu
Bakar, guru SJK (C) Chung Hwa untuk memimpin bacaan
doa.
Dipersilakan

***********(Bacaan Doa)**********

*Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz
Izzuddin bin Abu Bakar atas pimpinan doa sebentar tadi.

Acara 4 YAB Dato’ Seri Panglima, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan
hadirin sekalian.
Ucapan Yang
Berbahagia Pengerusi Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan

Bersama Merangkap Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Perasmian Bangunan
YDP PIBG Baharu SJK (C) Chung Hwa, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang BerbahagiaTuan Haji Zakaria bin
Roslan Pengerusi Bersama Majlis Perasmian Bangunan
Baharu SJK (C) Chung Hwa Merangkap Yang Dipertua
PIBG SJK (C) Chung Hwa untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

***********( Ucapan Yang Berbahagia Pengerusi Bersama
Merangkap YDP PIBG )**********

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
BerbahagiaTuan Haji Zakaria bin Roslan atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Acara 5 Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan
yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jame
Ucapan Yang Alip Pengarah Pendidikan Sabah
Berbahagia Pengarah
Pelajaran Sabah Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

******( Ucapan Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan
Negeri Sabah)******

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan Sabah
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Acara 6 Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang

Ucapan ADUN Kota Berbahagia Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan

Belud Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Belud

merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Sabah untuk

menyampaikan ucapan.

Dengan penuh takzim, dipersilakan.

***( Ucapan Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Abdul
Rahman Dahlan)***

*Demikianlah kata, demikianlah ucapan,
Daripada Yang Berhormat Dato’ insan budiman,
Sekalung penghargaan kami hadiahkan,
Kata nasihat tidak dilupakan.

Acara 7 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Panglima Ketua Menteri
Sabah,
Ucapan YAB Ketua
Menteri dan Tuan ibarat pohon yang rendang
menandatangani Plak Tempat kami tumpang berteduh
Perasmian bangunan
baharu Ibarat sekaki payung
Tempat kami berlindung

Ibarat rumah Gadang
Tempat kami bermalam

Ibarat lampu pelita
Tempat kami mencari cahaya

Ibarat bahtera di tengah samudera
Tempat kami berpadu tenaga
Mendokong wawasan 1 Malaysia
Mengangkat martabat negara tercinta

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, Majlis
dengan takzimnya mempersilakan Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman , Ketua Menteri Sabah
untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Perasmian.

Dengan penuh takzim dipersilakan.

***********( Ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri
Sabah )**********

Dengan ini, dipersilakan Yang Berbahagia Datuk Jame Alip
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Yang Berbahagia
En. Yahya bin Abdullah Guru Besar SJK (C) Chung Hwa
serta tetamu tetamu kehormat untuk mengiringi Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman ke pentas
utama.

******( Upacara Menandatangan Plak Perasmian )******

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman
atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian
Bangunan Baharu SJK (C) Chung Hwa sebentar tadi.

Acara 8 YAB Dato’ Seri Panglima, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan
Persembahan Tarian hadirin sekalian.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita
sama-sama berhibur dengan persembahan tarian yang
akan dipersembahkan oleh anak-anak dari SJK (C) Chung
Hwa

***********( Persembahan tarian )********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan
sebentar tadi. Sebagai makluman hadirin, persembahan
hebat yang sama-sama kita saksikan tadi merupakan hasil
bimbingan kreativiti dan inovasi guruguru dari SJK (C)
Chung Hwa

Acara 9 1)Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Cenderamata AJK
PIBG bagi sesi 2014 / 2015 dan sumbangan kepada
Penyampaian Hadiah masyarakat setempat.
Kecemerlangan UPSR
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan Yang
2014, Cenderamata Berusaha En. Yahya bin Abdullah Guru Besar SJK (C)
AJK PIBG 2014 / 2015 Chung Hwa dan Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria Bin
Roslan, Yang Dipertua PIBG SJK (C) Chung Hwa
dan Sumbangan mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Panglima
kepada masyarakat Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah ke pentas utama
bagi menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah
setempat Kecemerlangan kepada penerima anugerah.

Untuk makluman Hadirin yang dimuliakan,

Pada tahun 2014, sekolah Kebangsaan Jijan telah berjaya
mencatat sejarah apabila seramai 10 orang murid
memperoleh 5A dan 7 orang murid memperoleh 4A1B
dalam UPSR. Kejayaan ini telah melonjakkan nama SJK
(C) Chung Hwa di mata masyarakat sekeliling.

Dengan ini, dijemput penama-penama berikut untuk tampil
ke atas pentas.

1. Lee Chong Wei
2. Lee Jii Zia
3. Mohd Amirul Adam bin Ahmad
4. Brian Chua
5. Tan Yeong Jin
6. Alisa Wong Mei
7. Tong Shih Anne
8. Evangaline Heng

9. Tang Wan Yuu
10. Lim Siu Chun
11. Ng Liu Ying

12. Tan Mei Ching
13. Lee Jia Wei
14. Gilbert Wong
15. Lee Ke yi
16. Tan Chai Hoon
17. Stephen Wong

2)Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Cenderamata
AJK PIBG bagi sesi 2014 / 2015.

Dengan ini, dijemput wakil untuk menerima cenderamata.
Dipersilakan Alice Tan Lew untuk naik ke atas pentas.

Acara 10 Penyampaian Cenderamata kepada YAB Ketua Menteri
Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih,
majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Yahya bin
Abdullah Guru besar SJK (C) Chung Hwa untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman.

Acara 11 Hadirin yang dimuliakan,

Kata-kata Penutup dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua
Menteri Sabah atas kesudian berkunjung ke SJK (C)
Chung Hwa untuk bersua pandang, beramah mesra dan
mengungkap bicara melancarkan Majlis Perasmian
Bangunan Baru 3 Tingkat SJK (C) Chung Hwa, Kota Belud.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga
kerja Majlis Perasmian Bangunan Baru 3 Tingkat SJK (C)
Chung Hwa, Kota Belud

Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata
Assalamualaikum wbt dan
Salam 1 Malaysia
Sekian

Acara 12 Majlis seterusnya mempersilakan Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
YAB Ketua Menteri
lawatan ke pameran ke ruang pameran dan seterusnya ke majlis jamuan tengah
dan Jamuan
hari yang telah disediakan.

Acara 13 Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan
untuk menikmati hidangan tengah hari di khemah yang
Jamuan makan tengah telah disediakan.... Selamat menjamu selera..
hari

ISU DALAM KESANTUNAN BERBAHASA

Gaya bahasa yang tidak betul
-Bahasa merupakan alat komunikasi antara anggota masyarakat. Komunikasi yang digunakan
adalah secara meluas, termasuklah secara rasmi. Dalam hal ini, pemilihan kata, ungkapan, ayat
dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
Hal ini kemudian, dalam suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa haruslah berasaskan
ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan
bahasa iaitu daripada sudut linguistik, sosiolinguistik dan juga pragmatiknya.

Kata sapaan yang tidak betul
-Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah penggunaan
kata sapaan yang betul dan sesuai. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang
sopan meliputi pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus. Bukan itu sahaja, pemilihan
suara dan intonasi yang sopan akan mengelakkan daripada isi yang sensitif terutamanya
berkaitan isu perkauman.

Penggunaan kata panggilan yang tidak betul
-Dalam majlis rasmi dan formal, protokol panggilan hormat amatlah dititikberatkan bagi
menghormati pihak-pihak berkaitan. Peraturan pururutan ialah aturan yang menekankan
rujukan kehormat yang disesuaikan dengan kedudukan orang yang disapa terutamanya dalam
satu majlis rasmi. Dalam hal ini, orang yang paling tinggi kedudukannya dalam susun lapis
masyarakat hendaklah disapa terlebih dahulu. Penggunaan kata gelaran yang betul amat
penting kerana penggunaan sistem sapaan yang tidak tepat akan menimbulkan salah faham
dalam kalangan penutur.

Isu teknologi maklumat dan komunikasi
-Teknologi yang semakin canggih pada masa kini merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada isu kesantunan berbahasa Dalam hal ini, pengguna sering menggunakan
bahasa yang tidak betul seperti bahasa pasar, kasar dan lucah. Bukan itu sahaja, penggunaan
teknologi yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan berlakunya kerancuan bahasa,
percampuran kod dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian, hal ini perlulah dipandang dengan
lebih serius agar masyarakat lebih santun dalam berbahasa baik dari segi lisan atau tulisan.


Click to View FlipBook Version