The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku ini mengandungi biodata , kerjaya , sumbangan dan banyak lagi untuk tokoh pemimpin yang satu ini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farishathirah2019, 2021-04-19 07:54:57

TOKOH PEMIMPIN DATO SERI KHALED NORDIN

buku ini mengandungi biodata , kerjaya , sumbangan dan banyak lagi untuk tokoh pemimpin yang satu ini

TOKOH

PEMIMPIN

JOHOR

DATO SERI

KHALED

NORDIN

DISEDIAKAN OLEH :
FARISHA ATHIRAH
KELAS :
5TM
SEKOLAH:
SMK KOTA MASAI

PENDAHULUAN

Buku ini ditulis untuk menambah pengetahuan masyarakat tentang seorang pemimpin kita yang
lahir di Muar , Johor iaitu Dato Seri Mohamed Khaled Nordin dari segi biodata ,

pendidikan awal beliau , kerjaya tokoh serta banyak lagi kandungan
menarik yang boleh dikongsi bersama .

Isi kan dungan buku ini adalah semuanya fakta dan tiada rekaan .
Oleh yang demikian buku ini amat sesuai untuk digunakan sebagai rujukan

tambahan atau sebagai bahan - bahan pengajaran dan pembelajaran .

Buku ini juga mengandungi bahan yang
mudah difahami untuk semua barisan umur .
Secara keseluruhan buku ini dapat memberi tunjuk ajar kepada semua
murid , guru dan juga orang awam yang meminati beliau .

BIODATA

Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar , Johor pada 30 November 1958 .
Anak kepada pasangan Haji Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri ini
merupakan pemimpin daripada parti UMNO dan parti Barisan Nasional .

Beliau memiliki kediaman mewah di Saujana ( kediaman rasmi Menteri Besar Johor ) .
Sehingga kini beliau masih lagi menjadi ahli politik yang berwibawa . Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah

mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Rosni Omar pada tahun 1986 .
Beliau dikurniakan seorang anak tunggal lelaki yang diberi nama
Akmal Saufi Mohamed Khaled .
Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang membaca
dan amat meminati sukan renang .

BIODATA

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mendirikan rumahtangga dengan
Datin Seri Rosni Omar pada tahun 1986 .

Beliau dikurniakan seorang anak tunggal lelaki yang diberi nama
Akmal Saufi Mohamed Khaled .

Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang membaca
dan amat meminati sukan renang .

PENDIDIKAN AWAL

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar.
Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan

pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982

KERJAYA

Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai
Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada
Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik

kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987)
Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978
setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.
Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai
Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993),
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial.
Beliau merupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor.

Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor
dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

KERJAYA
(PILIHAN RAYA MALAYSIA TAHUN 1999, 2004,2008)

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Khaled Nordin telah dipilih sebagai
wakil rakyat setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Setelah itu beliau telah dilantik sebagai

Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 2004 .
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Khaled Nordin telah bertukar ke kerusi

Parlimen Pasir Gudang dan berjaya menewaskan calon
Parti Keadilan Rakyat, A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi.
Beliau memperolehi 38,123 undi berbanding lawannya yang mendapat 7003 undi.
Selepas kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan
dan Koperasi sehingga Mac 2008. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008,
Mohamed Khaled Bin Nordin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional .
Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pasir Gudang , negeri Johor.

KERJAYA

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 2013-2018.
Sebelum ini beliau adalah bekas Menteri Pengajian Tinggi (2008-2013).

Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Johor dan bekas ahli Dewan Undangan Negeri Permas (N.43)

Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tewas di kerusi Parlimen

Pasir Gudang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Permas yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau tewas kepada calon gabungan pembangkang PKR,
Hassan Karim dengan majoriti 24,726 undi. Sementara itu

di kerusi DUN Permas, Mohamed Khaled
tewas dengan majoriti 8,746 undi. Beliau memperoleh 20,047
undi manakala calon PKR, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh (28,793),
calon Pas, Ab. Aziz Abdullah (4,181 undi) dan calon Bebas,

Rohani Yaacob (113 undi).

SUMBANGAN BELIAU

1. Pertama, perkembangan ekonomi yang meningkat setiap tahun semenjak
menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 2013.

Ketika itu, nilai KDNK negeri Johor adalah sebanyak RM 87.9 billion
dan meningkat kepada RM 104.48 billion pada tahun 2016. Purata peningkatan

KDNK sepanjang tempoh ini adalah 5.9% dan nilai ini lebih besar daripada
purata peningkatan KDNK Negara Malaysia iaitu
sebanyak 5.1% dalam tempoh yang sama.

2. Kedua, beliau menjadikan Johor destinasi pelaburan terbesar
dalam sektor pembuatan. Nilai terkumpul dari tahun

2013 hingga 2017 adalah sebanyak RM 114.9 billion dalam
sektor ini. Jumlah pelaburan terbesar pernah dicatatkan pada tahun 2015 iaitu
sebanyak RM 31.3 billion. Kesan ini memberi limpahan ekonomi kepada rakyat

Johor terutamanya dalam peluang pekerjaan dalam sektor tersebut.

SUMBANGAN LAIN

3. Ketiga, beliau menyediakan program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
kepada rakyat Johor. Johor antara salah satu negeri yang menerima pelaburan dalam sektor

hartanah terutama di kawasan Iskandar Puteri. Kebanyakan
harga rumah di kawasan tersebut bersifat ‘mampu tengok’.
Justeru, Dato’ Khaled menyediakan pakej RMMJ kepada rakyat Johor.
Sebanyak 100,000 buah unit rumah disasarkan telah siap dibina pada tahun
2023 dan 16,010 buah rumah telah pun siap dibina. Baki sebanyak 83,990
buah unit rumah akan disiapkan menjelang tahun 2023. RMMJ menawarkan 3 pakej rumah

yang berharga dari RM 42,000 hingga RM 150,000.

1. 4. Keempat, beliau telah berjaya meningkatkan tanah rizab Melayu
sehingga 30% daripada keluasan negeri Johor

. Pada tahun 2012, jumlah kawasan tanah rizab Melayu
di Johor adalah sebanyak 294,000 hektar atau 16% daripada keluar negeri
tersebut. Pada tahun 2017, keluasan tanah rizab Melayu telah ditingkat sebanyak

555,918 hektar atau 30% daripada kawasan negeri terseb

NILAI KEPIMPINAN YANG DIDAPATI PADA BELIAU

AMANAH :
Beliau amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin .

Setiap orang perlu mempunyai sifat amanah dalam diri .
Hal ini kerana , nilai tersebut dapat meningkatan imej
Negara pada masa akan datang

.
PENUTUP

Daripada apa yang saya dapati Dato Seri Khaled Nordin
sememangnya seorang pemimpin yang berhati kental .
Beliau juga mempunyai darah pemimpin yang mungkin diwarisi
daripada bapanya . sebagai rakyat Malaysia kita mestiah percaya pada kebolehan

beliau untuk memimin kita

SUMBER RUJUKAN

\

1 WIKIPIDEA BAHASA MELAYU
2 INTERNET

3 BUKU KHALED NORDIN


Click to View FlipBook Version