Program 1 SVM Anjuran Bersama: UNIT PENDIDIKAN ISLAM KELAB PENSYARAH ASRAMA
aturcara 7.50 pagi • Pelajar berkumpul di Dewan Bestari 8.00 pagi • Bacaan Doa Selamat Ustaz Abu Bakar • Sesi Taklimat Program Penyelaras 8.15 pagi • Penerangan ringkas tentang teori sembelihan Ustaz Muhammad Zulnizam 9.00 pagi • Amali/ Praktikal sembelihan ayam oleh para pelajar di Anjung Selera. • (menyembelih, membersih dan memotong ayam) JK Pendemontrasi Sembelihan Guru penasihat kelas 1 SVM • Membersih dan membasuh ayam (15 pelajar DVM) JK Membersih Ayam 9.00 pagi • Penyediaan bahan masakan dan memasak JK Memasak 12.30 tgh • Jamuan Makan Tengahari JK Makanan 1.30 tgh • Solat Zohor Berjamaah dan Bersurai
Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh umat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam peperiksaan semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian .Alhamdulillah, atas kesedaran itu maka pihak Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Guru dan Asrama Kolej Vokasional Klang ingin mengisi ruang dalam Semester 1 ini dengan melaksanakan Program Amali Sembelihan. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat para pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang. pendahuluan objektif • Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang caracara melakukan sembelihan yang betul. • Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas. • Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan sehingga proses memasak • Memupuk silaturrahim di kalangan pensyarah dan pelajar serta warga Kolej Vokasional Klang. • Melahirkan pelajar yang memiliki personaliti terpuji dan nilai-nilai sahsiah unggul (SUMUR)
• Tarikh : 8 November 2023 (Rabu) • Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 Tengahari • Tempat : Anjung Selera , Kolej Vokasional Klang pelaksanaan program sasaran Pelajar Tahun 1 SVM ( 8 program): • 1BAK • 1ETE • 1ETN • 1MTA • 1MPP • 1MPI • 1MTK • 1WTP
penutup Adalah diharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Sesungguhnya mencari sumber makanan yang halal lagi thoyyiban adalah satu kewajipan ke atas umat Islam. Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 168 mafhumNYA: “ Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik (thoyyiban), dan jangan kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang lagi nyata ” Sabda Nabi SAW: “ Mencari yang halal itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam ” – Riwayat Imam ad-Dailami (Hadis no. 5270) Terima Kasih