MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN 5OTH PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS 9 NOVEMBER 2023 (KHAMIS) 2.15 PETANG HOTEL PUTRA BRASMANA, KUALA PERLIS DIRASMIKAN OLEH : YAB TUAN MOHD SHUKRI BIN RAMLI YAB MENTERI BESAR PERLIS
MAJLIS HI TEA SAMBUTAN 50TH PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS 9 November 2023 Hotel Brasmana, Kuala Perlis ATURCARA :- 2.15 ptg : Ketibaan Tetamu Jemputan 2.30 ptg : Ketibaan Dif Kehormat 2.45 ptg : Ketibaan YAB Menteri Besar Perlis Nyanyian Lagu Negeri Perlis Nyanyian Lagu PKENPs Bacaan Doa Ucapan Aluan Tuan Norsiake bin Kassim, Pengurus Besar PKENPs Ucapan Perasmian Pelancaran Sambutan 50th PKENPs oleh:- YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi PKENPs Pelancaran Pelan Antirasuah (OACP) PKENPs 2023-2027 Gimik Pelancaran Buku Pelancaran Sambutan 50th PKENPs Gimik Pelancaran & Montaj Tayangan Dokumentari Penyampaian Cenderahati dari PKENPs kepada YAB Menteri Besar Perlis Tayangan Dokumentari 5.00 ptg : Penutup dan bersurai Pakaian :- Baju Korporat 50th
LAGU NEGERI PERLIS Aamiin, aamiin, Ya Rabbil Jalil Doa hamba yang sangat zalil Tinggikan Daulat serta adil Kekal perintah Jamalullail LAGU PKENPs Berusaha Tingkatkan Kemajuan, Selaras Dengan Kehendak Kerajaan, Melaksanakan Projek Ekonomi, Negeri Perlis Bumiputera Berjaya Berganding Bahu, Berkerjasama, Menuju Wawasan Kecemerlangan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Perdagangan, Perindustrian Dan Keseluruhannya, Membangun Selaras Bersama, Di Bawah Naungan , PKENPS, PKENPS, PKENPS
PELAN ANTIRASUAH (OACP) PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS 2023-2027
RINGKASAN EKSEKUTIF Pembangunan Pelan OACP PKENPs ini merupakan keperluan berdasarkan inisiatif 2.1.5 di bawah “Strategi 2: Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam” di dalam NACP dan perenggan 6.1 dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 2 No. 1 Tahun 2019 – “Pemantapan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional.” Bagi memenuhi hasrat yang digariskan dalam dasar antirasuah berkenaan, Pelan OACP PKENPs ini dirangka dengan mengambil kira pandangan daripada semua warga PKENPs dari pelbagai bahagian dan komitmen pengurusan tertinggi. Pelan ini mengandungi 4 bab yang merangkumi Pengenalan, Memperkasakan Usaha Pencegahan Rasuah, Tadbir Urus dan Rumusan. 4 bidang berisiko di PKENPs telah dikenalpasti iaitu Pengurusan Projek, Khidmat Korporat, Kewangan & Perolehan serta Tadbir Urus. Pelan ini menggariskan 4 Strategi Utama dan 12 Objektif Strategik serta 98 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.
Bab 1 • Merangkumi latar belakang organisasi dan pelaksanaan inisiatif dalam usaha untuk memerangi rasuah dan memupuk budaya integriti di kalangan wargakerja. Bab ini menyatakan penubuhan PKENPs, fungsi-fungsinya, misi, visi dan pemegang taruhnya. Bab 2 • Memberi tumpuan kepada senario rasuah yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Sesi perancangan senario telah dilaksanakan dalam mengenalpasti isu serta mengemukakan cadangan penyelesaian yang praktikal. Bengkel Pembangunan OACP telah dilaksanakan yang mana ia melibatkan keseluruhan Bahagian PKENPs dengan bantuan khidmat Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam memberi panduan dan halatuju pembangunan pelan ini. Sebanyak empat (4) strategi telah digariskan di bawah pelan ini. Bab 3 • Penerangan berkenaan aspek pemantauan dan penilaian pelaksanaan OACP. Ia penting bagi tujuan memantau kemajuan pelaksanaan yang dilakukan oleh setiap bahagian dan unit yang bernaung di bawah PKENPs agar selari dengan Visi dan Misi PKENPs. Ia juga merupakan langkah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaan inisiatif agar dapat diselaraskan dengan lebih berkesan. Bab 4 • Kesimpulan menerangkan berkaitan harapan terhadap pelan tindakan OACP yang telah berjaya diwujudkan oleh PKENPs pada masa ini.
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs) ➢ Ditubuhkan pada 1 September 1973 mengikut Enakmen Kerajaan Negeri Perlis Bil. 6 tahun 1973; tertakluk kepada Akta Pemerbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 ➢ Mula beroperasi pada 1 Januari 1974 ➢ Dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis ➢ 1 Mei 1985 - dikenali dengan nama baru (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) ➢ Terlibat dalam pelbagai sektor dan bidang ekonomi utama Negeri Perlis seperti: i) Pembangunan hartanah kediaman & komersial ii) Pembangunan Industri iii) Pertanian iv) Perkhidmatan BUDAYA KORPORAT MENGAMALKAN NILAI MURNI, MENGUTAMAKAN KEPUASAN PELANGGAN DAN MENGOPTIMAKAN PENGGUNAAN SUMBER UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI KEUNTUNGAN MISI MENJANA PEMBANGUNAN HARTANAH DAN SEKTOR PERINDUSTRIAN UNTUK MENJADIKAN PERLIS NEGERI MAJU VISI PEMACU PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI PERLIS
PEMBANGUNAN PERUMAHAN ▪ Sektor pembangunan hartanah perumahan merupakan core business PKENPs sejak dari awal penubuhan ▪ Antara pembangunan hartanah perumahan utama PKENPs -Perumahan Taman Jejawi -Perumahan Taman Kemajuan -Perumahan Taman Aman -Perumahan Taman Seberang Jaya
PEMBANGUNAN RUMAH KEDAI/ KEDAI PEJABAT ▪ Selain hartanah, perumahan, rumah kedai/kedai pejabat juga mendapat permintaan tinggi daripada pembeli ▪ Hasil perkembangan sektor ekonomi perkhidmatan dan IKS ▪ Membantu Kerajaan Negeri dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN.Ps) menyusun pembangunan negeri dengan lebih mampan
PEMBANGUNAN RUMAH KEDAI/ KEDAI PEJABAT ▪ Pembangunan kompleks komersial dibangunkan bagi menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta ▪ Pembangunan hotel-hotel sebagai pemangkin sektor ekopelancongan di Negeri Perlis ▪ Menarik pelaburan asing dan tempatan dalam sektor perniagaan ▪ Menjadi mercu tanda Negeri Perlis
PEMBANGUNAN KAWASAN INDUSTRI ▪ Sektor ekonomi pembuatan dan IKS memberikan impak ekonomi yang besar kepada KDNK negeri ▪ Kerajaan Negeri melalui PKENPs perlu menyediakan tempat dan kawasan yang sesuai dalam usaha menarik minat pelabur-pelabur tempatan dan luar negara ▪ Antara kawasan-kawasan utama yang dibina adalah ○ Kawasan Perindustrian Jejawi ○ Kawasan Perindustrian Chuping ○ Kawasan Perindustrian Padang Besar ○ Kawasan Perindustrian Kuala Perlis
PELANCONGAN ▪ PKENPs juga menceburi sektor pelancongan sebagai sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ▪ Antaranya ialah: i. Taman Ular dan Reptilia Sg. Batu Pahat ii. Kompleks Makanan Laut (Komalaut) iii. Ocean Glow Kuala Perlis
PROJEK-PROJEK YANG TELAH SIAP BEROPERASI & DALAM PELAKSANAAN JUALAN ) 1) Salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan Pusat 2) Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar 3) Dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan PEMBANGUNAN SEBUAH PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC PERLIS) 16 UNIT KEDAI PEJABAT 3 TINGKAT DAN 2 TINGKAT DI KUALA PERLIS Menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan bandar “Maritime City” LOT INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI PADANG BESAR Fasa 1 – 12 unit Gudang IKS Pembangunan masa hadapan – 12 unit gudang tambahan
PROJEK-PROJEK DALAM PELAKSANAAN CADANGAN USAHASAMA DI ANTARA PKENPs DAN UDA HOLDING BERHAD “MENARA PKENPS” a) Bangunan Pejabat PKENPs – 12 tingkat. b) Pasaraya. c) Kedai Pejabat 3 dan 4 tingkat. d) Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Utiliti. PERUMAHAN BUKIT TAU FASA 3 (TAMAN MELATI PERMAI FASA 3) a) 23 Unit Rumah Teres Kos Sederhana Setingkat b) 6 Unit Rumah Berkembar Setingkat c) 4 Unit Rumah Sesebuah Setingkat
SYARIKAT KUMPULAN PKENPs
PENS HOLDINGS SDN. BHD. PENS INDUSTRIES SDN. BHD. RUMPUN TERAS SDN. BHD. HOTEL BRASMANA SDN. BHD. PERLIS PROPERTY SDN. BHD. BAKAU JAYA DEVELOPMENT SDN. BHD. PERLIS MARINE ENGINEERING SDN. BHD. PERLIS COMM SDN. BHD. PKENPs