The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERJA KURSUS UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS KOTA BHARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21084135, 2024-05-03 10:58:21

BUKU LOG PENGAKAP DIGITAL

KERJA KURSUS UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS KOTA BHARU

Laporan Aktiviti Mingguan 2024 TARIKH : 5 FEBRUARI 2024 HARI : ISNIN MASA :2:30 PM - 4:30 PM TEMPAT : DEWAN NN AKTIVITI : LATIHAN ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP LAPORAN : Pada Isnin, 5 Februari 2024, kumpulan unit beruniform Pengakap IPGM Kampus Kota Bharu Ambilan Jun 21/26 telah menjalani beberapa istiadatistiadat penting dalam pengakap. Pertama sekali adalah istiadat Laung Agung yang dijalankan bersama En. Zulkifli. Dalam kumpulan sekawan, kami bergerak untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah tentang cara-cara yang betul bagi istiadat laung agung, hormat pengakap dan isyarat tangan pengakap. Seterusnya, kami menjalani latihan mengibarkan dan menurunkan bendera. Sesi ini dijalankan bersama Tn Hj Shukri bin Mat Yaacob. REFLEKSI : Saya telah mendapatkan pengalaman yang baik tentang cara pelaksanaan istiadat laung agung, hormat pengakap dan isyarat tangan pengakap. Saya juga mendapati bahawa pensyarah sangat menekankan kesempurnaan dalam menjalani istiadat ini. Setiap kesalahan yang dilakukan akan ditegur dan diajar dengan baik untuk tujuan penambah baikan. Saya juga mendapat peluang untuk menjalani istiadat kibar dan turunkan bendera. Ini dapat memberikan saya pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. DISEDIAKAN OLEH : ...................................... (NORFAZLIN BINTI NANIN) DISAHKAN OLEH : ...................................... ( )


Laporan Aktiviti Mingguan 2024 TARIKH : 19 FEBRUARI 2024 HARI : ISNIN MASA :2:30 PM - 4:30 PM TEMPAT : DEWAN NN AKTIVITI : PROGRAM KEBUDAYAAN PENGAKAP LAPORAN : Pada Isnin, 19 Februari 2024, kumpulan unit beruniform Pengakap IPGM Kampus Kota Bharu Ambilan Jun 21/26 telah melaksanakan gambaran awal tentang pelaksanaan Malam Kebudayaan Pengakap. Dalam keadaan bekerjasama dengan sekawan masing-masing, pensyarah meminta semua pelajar untuk berbincang dan merancang persembahan hebat berkenaan lagu pengakap dan permainan pengakap. REFLEKSI : Saya dan ahli pengakap yang lain melakukan aktiviti kebudayaan pengakap dalam sekawan masing-masing. Saya mendapati bahawa ahli sekawan saya mempunyai kerjasama yang kuat untuk menjayakan persembahan kami. Malah, melalui aktiviti ini saya mendapat pendedahan tentang pelbagai lagu dan permainan pengakap yang baharu yang berada di luar pengetahuan saya. Lebih menarik lagi, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi perkenalan kami sekawan dengan sekawan yang lain. DISEDIAKAN OLEH : ...................................... (NORFAZLIN BINTI NANIN) DISAHKAN OLEH : ...................................... ( )


Laporan Aktiviti Mingguan 2024 TARIKH : 4 MAC 2024 HARI : ISNIN MASA :2:30 PM - 4:30 PM TEMPAT : PADANG IPGM KAMPUS KOTA BHARU AKTIVITI : AMALI KAWAD KAKI, PERTOLONGAN CEMAS DAN IKATAN & SIMPULAN LAPORAN : Pada Isnin, 4 Mac 2024, kumpulan unit beruniform Pengakap IPGM Kampus Kota Bharu Ambilan Jun 21/26 telah menjalani amali ikatan,simpulan, pertolongan cemas dan kawad kaki. Amali ini dilaksanakan secara berkumpulan sekawan. Setiap kumpulan sekawan dikehendaki untuk menunjukkan kemahiran membuat beberapa ikatan, kemahiran membuat balutan dan kemahiran mengetuai kawad kaki. Walaupun amali dijalankan secara berkumpulan, tetapi penilaian diberikan secara individu. REFLEKSI : Saya dan rakan sekawan saya berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Kami telah berjaya membuat 5 jenis ikatan yang berbeza, membuat balutan kecederaan lengan dan mengetuai kawad kaki secara bergilir. Hasil kerjasama setiap ahli sekawan, kami berjaya menjalani amali ini dengan cemerlang. DISEDIAKAN OLEH : ...................................... (NORFAZLIN BINTI NANIN) DISAHKAN OLEH : ...................................... ( )


Thank You HAVE A GOOD DAY


Click to View FlipBook Version