Muharam Kuiz 1445 H
Sejauh manakah anda tahu tentang Awal Muharram dan Maal Hijrah? Mari uji pengetahuan anda tentang perayaan kemenangan umat Islam ini! SELAMAT MENJAWAB 1. Bulan apakah merupakan awal bulan bagi kalendar Hijrah? a) RabiulAwal b) JamadilAwal c) Muharam d) Zulhijjah 2. Nama lain bagi 10 Muharam? a) Maalhijrah b) Awal Muharam c) Nuzul Al-Quran d) Hari Asyura 3. Siapakah pengasas kalender Tahun Hijrah? a) Saidina Umar Al-Khatab r.a b) Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a c) Saidina Uthman Ibn Affan r.a d) Saidina Ali ibn Abi Talib r.a 4. Awal Muharram juga dikenali sebagai______________? a) Bulan Saffar. b) Tahun Gajah. c) Maal Hijrah. d) Tahun Masihi. 5. Tahun 2021 bersamaan _____________Hijrah ? a) 1443/1444 b) 1442/1443 c) 1441/1442 d) 1440/1441 6. Apakah peristiwa sempena Tahun Maal Hijrah? a) Peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w b) Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah c) Kewafatan Rasullah s.a.w di Madinah d) Zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin
7. Satu tahun Hijriah terdiri daripada berapa hari? a) 345 atau 346 hari b) 365 atau 366 hari c) 354 atau 355 hari d) 356 atau 357 hari 8. Apakah nama peperangan yang digali parit besar disekeliling Madinah? a) Perang Badar. b) Perang Tabuk. c) Perang Uhud. d) Perang Khandak. 9. Antara berikut, yang manakah BUKAN pengajaran yang boleh dipelajari daripada Maal Hijrah? a) Membuat perancangan. b) Tidak berputus asa. c) Rajin mencari ilmu. d) Berkeyakinan tinggi. 10. Di manakah Nabi S.A.W bersembunyi sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah semasa hijrah? a) Gua Tsur b) Jabal Uhud c) Gua Hira' d) Jabal Thursina 11. Berapa Hari Rasulullah S.A.W bersembunyi ketika itu? a) 3 Hari 2 Malam b) 4 Hari 3 Malam c) 3 Hari 3 Malam d) 4 Hari 4 Malam 12. Apakah nama lama bagi Madinah ? a) Yaman b) Quba c) Mekah d) Yathrib
13. Apakah tajuk lagi yang dinyanyikan oleh kaum Ansar ketika menyambut kedatangan Nabi Muhammad S.A.W dan kaum Muhajirin di Madinah? a) Tala'a al-badru Alayna b) Sollu Alan Nabi c) Marhaban ya Marhaban d) Ayyuha al-mab'uthu fina 14. Apakah nama masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila sampai di Madinah? a) Masjid Nabawi b) Masjidil Haram c) Masjid Quba d) Masjidil Aksa 15. Siapakah yang menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W sewaktu penghijrahan beliau ke Madinah? a) Bilal bin Rabah b) Saidina Umar Al-Khattab c) Saidina Abu Bakar As- Siddiq d) Saidina Ali bin Abi Talib 16. Apakah ganjaran yang ditawarkan oleh pemimpin musyrikin Mekah kepada sesiapa yang berjaya menjejak Nabi Muhammad S.A.W? a) 100 ekor kambing biri-biri b) 100 ekor unta c) 100 ekor kuda d) 100 ekor merpati 17. "Pembinaan masjid ini dilakukan di tapak bertepatan dengan tempat unta Baginda berhenti setelah sampai di Madinah. Tapak masjid tersebut adalah sebidang tanah yang dimiliki oleh 2orang anak yatim".Manakah antara berikut ialah masjid yang disebutkan di atas? a) Masjid Qari b) Masjid Quba c) Masjid Nabawi d) Masjidil Haram 18. Apakah ibadah Sunnah pada bulan Muharam? a) Puasa sunat 9 dan 10 Muharam b) Sunat tidak memotong kuku dan rambut dalam tempoh tertentu c) Memperbanyakkan sedekah kepada orang yang memerlukan d) Mentadabbur ayat Al-Quran
19. Siapakah juru pandu Rasulullah S.A.W ketika perjalanan ke Madinah? a) Abdullah bin Abas b) Abdullah bin Uraiqit c) Abdullah bin Masud d) Abu Bakar As- Siddiq 20. Manakah antara berikut BUKAN kesan daripada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W Dari Mekah ke Madinah? a) Yahudi Bani Nadhir dihalau Dari Kota Madinah b) Mengeratkan hubungan suku Aus dan Khazraj c) Permulaan kalendar hijrah d) Ajaran Islam disebarkan dengan lebih meluas Sekian Terima Kasih