The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aiman Syazwan, 2024-03-12 22:29:16

Proposal Tesis PIMK3143

Proposal Tesis PIMK3143

TAHAP PENGETAHUAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN IBADAH BAGI MURID SEKOLAH RENDAH Aiman Syazwan Bin Shahrilnizat PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Siti Fatimah Binti Ishak INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


i KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 3 4 5 5 6 6 7 9 10


iv BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 12 12 14 15 15 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 16 16 17 17 18 19 19 20 20 21 RUJUKAN LAMPIRAN 22 28


iv SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 3.1 Konstruk soal selidik 3.2 Nilai gelombang Alpha Cronbach


iv SENARAI RAJAH Jadual Nama Rajah Muka Surat 2.1 Kerangka Konseptual


v SENARAI SINGKATAN Singkatan Nama Jadual GPI Guru Pendidikan Islam BBM Bahan Bantu Mengajar SPSS Statistical Package For Social Science Version 27


1 BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pada era globalisasi ini, era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan multimedia dalam konteks masyarakat berpengetahuan hari ini semakin meningkat. Tidak ketinggalan, penggunaan multimedia berjalan seiring dengan arus globalisasi yang telah mengakibatkan ledakan dan kepesatan maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Berikutan itu juga, perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan murid. Perkembangan terkini juga menyaksikan bahawa TMK menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu murid-murid membina pengetahuan baharu dalam semua bidang (Abdul Jasheer Et. Al, 2019). Jelas sekali kemahiran dan pengetahuan multimedia dalam kalangan guru perlu dipertingkatkan. Begitu juga dengan pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah yang juga mengalami impak tersebut dan menyebabkan gangguan pembelajaran. Oleh itu selari dengan peredaran zaman ini multimedia merupakan salah satu sumber pengajaran dan alah yang boleh membantu guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan kelas untuk merangsang minat pelajar-pelajar dan membimbing mereka mendapatkan pengetahuan yang baharu serta memerlukan perancangan yang rapi (Ahmad Mohd Salleh, 2008). Guru harus bersepakat serta merancang untuk membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan positif kepada murid di dalam kelas sekaligus dapat meransang kefaham dalam pembelajaran bidang ibadah. Menurut Ahmad Rizal Madar dan Yahya Buntat (2007), elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan dan


2 penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. Guru haruslah bijak memilih kaedah multimedia bersesuaian untuk penyampaian subjek bidang ibadah. Murid di sekolah rendah yang masih dikategorikan sebagai golongan kanak-kanak mudah cenderung kepada audio, visual, animasi, ilustrasi dan sebagainyanya. Ini merupakan peluang bagi setiap warga pendidik memahirkan diri serta meningkatkan pengetahuan dengan multimedia. Begitu juga dengan pengajaran subjek Pendidikan Islam bukan sahaja melibatkan penyampaian fakta atau pengetahuan dalam disiplin ilmu tetapi lebih banyak menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari (Hasbullah dan Yusni, 2003). Sesuai dengan kaedah multimedia yang mempunyai kaedah audio dan visual yang boleh dilaksanakan kepada murid dalam pembelajaran ibadah. Perkara ini mampu membantu murid untuk mencapai tahap penghayatan ilmu dengan lebih tinggi kerana mampu memahaminya dengan lebih jelas. Selain itu Multimedia mempunyai konsep yang sangat luas. Hari ini, multimedia diibaratkan sebagai medan utama untuk berkongsi maklumat daripada individu kepada individu yang lain yang sangat memerlukan maklumat daripada sesuatu maklumat yang mewakili kawasan tersebut. Ini bermakna dalam elemen multimedia sendiri, berlaku aktiviti komunikasi dua hala. Pada zaman kini, penggunaan multimedia bukan sekadar untuk berhibur sahaja, bahkan multimedia turut memainkan peranan yang sangat signifikan dalam bidang perniagaan, pentadbiran dan juga pendidikan (Abdul Talib, et al., 2019). Jika guru mampu membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam subjek pendidikan Islam bidang ibadah maka keberkesanan penyampaian ilmu kepada murid akan menunjukkan impak yang positif. Pemilihan pendekatan yang tepat dan sesuai akan memberi kesan kepada perubahan tingkah laku murid daripada tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi dalam diri mereka (Mok Soon Sang, 2013). Penggunaan bahan multimedia merupakan salah satu kaedah pengajaran masa kini yang amat sesuai mengikut peredaran zaman. Murid-murid pada masa kini juga lebih terdedah kepada perkakasan multimedia contohnya seperti telefon pintar. Jadi dengan adanya sesi belajar di dalam kelas yang


3 melibatkan bahan multimedia murid akan lebih tertarik dan memberikan perhatian. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan multimedia berbentuk audio visual juga dapat membantu guru untuk mengajarkan al-quran kepada murid serta memudahkan aktiviti pembelajaran. Komputer dan multimedia dikatakan dapat menarik minat murid terhadap isi kandungan pengajaran serta dapat mengekalkan pengetahuan ke ingatan jangka panjang (Mayer, 2009). Menurut Abdul Majeed & Othman (1998), perisian atau teknologi yang muncul pada hari ini yang digunakan bagi menggantikan konsep “baca, pena dan ajar” adalah teknologi digital seperti penggunaan komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD), kamera video digital dan lain-lain lagi. Apabila adanya teknologi ini penyampaian maklumat Pendidikan Islam akan menjadi lebih ideal dan tertumpu. Konsep pembelajaran berpandukan perisian kursus multimedia merupakan satu pendekatan baru dan mula berkembang semenjak konsep Sekolah Bestari diperkenalkan Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif (2002). Tambahan lagi menurut Shahabuddin et al. (2007) yang menegaskan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dapat menarik minat murid serta memberi kefahaman lebih jelas kepada mereka. Penggunaan aplikasi atau perkakasan multimedia boleh dijadikan BBM yang membentuk suasana kelas yang kreatif dan efektif sekaligus dapat menarik perhatian murid serta melakukan aktiviti menghiburkan antara guru dan murid. 1.2. PERNYATAAN MASALAH Sistem pendidikan hari ini menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran subjek pendidikan Islam dalam bidang ibadah di peringkat sekolah rendah masih lagi belum di tahap yang cemerlang. Menurut D.Ismail et al. (2014), ramai pelajar Sekolah Rendah yang masih tidak mencapai bacaan al-Quran yang dikehendaki. Mereka bukan sahaja tidak boleh membaca al-Quran dengan lancar dan memahami hukum tajwid, malah tahap kemampuan untuk menyebut makhraj huruf dengan betul juga tidak memuaskan. Tambahan pula, terdapat juga guru-guru yang kurang menguasai teknik dan kaedah pengajaran serta tidak berkemahiran dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian (Eadil, 2010). Pembelajaran pendidikan islam yang tradisional juga menjadikan murid di sekolah rendah kurang


4 tertarik untuk memberikan perhatian yang baik kepada guru. Justeru, perkara ini menyebabkan pelajar sukar memahami pembelajaran tajwid secara berkesan sehingga menyebabkan mereka cepat bosan seterusnya menjadi faktor pelajar tersebut lemah dalam penguasaan ilmu tajwid (Lily Zuraini Mohd Mustafa, 2011). Begitu juga dengan pembelajaran pendidikan Islam bidang ibadah pada masa kini yang mestilah dilaksanakan secara lebih efektif kepada murid-murid sekolah rendah. Pendidikan Islam ialah suatu proses menyampaikan ilmu kepada seseorang dalam usaha untuk membentuk peribadi dan sahsiah dalam kehidupan seharian yang berlandaskan ajaran Islam (Mohd Roslan 2011). Perkara ini membuktikan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di dalam kelas sangatlah penting bermula dari peringkat sekolah rendah. Di samping itu, meskipun berlaku kemajuan teknologi dalam kehidupan selari dengan sistem pendidikan hari ini, terdapat juga guru yang kurang mahir untuk menggunakan multimedia sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran terutama Pendidikan Islam. Hal terbukti melalui kajian yang dilakukan oleh Abdul Rahman et al. (2018) terhadap guru Sekolah Rendah Agama (SRA) di Selangor tentang pengetahuan guru mengenai multimedia sebagai satu kaedah yang kreatif dan pengetahuan guru dalam menggunakan elemen-elemen audio, video dan animasi menunjukkan tahap sederhana tinggi. Teknologi pula bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah Islam, tetapi ianya suatu yang berterusan, berkembang bersama kretiviti manusia bagi memudahkan kehidupan. Tambahan lagi, sebelum abad ke-16 masihi, telah lama berkembang maju teknologi-teknologi yang membantu kecemerlangan umat Islam. Sebenarnya, ajaran dalam agama Islam itu sendirilah yang menjadi pencetus dan penggerak utama kepada kejayaan Teknologi Sains dan teknologi lain pada masa itu. (Abu Bakar Abdul Majeed. 1999) 1.3.TUJUAN KAJIAN Kajian mengenai amalan penggunaan multimedia dalam pengajaran bidang ibadah ini dijalankan untuk melihat bagaimana kaedah multimedia ini berfungsi dalam


5 menangani isu keciciran pengajaran ibadah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik pengajaran multimedia dalam bidang ibadah yang membantu guru mengenalpasti kaedah dan teknik yang baik untuk diaplikasikan dalam penggunaan multimedia untuk menguasai bidang ibadah di sekolah. Setiap objektif kajian diletakkan dengan persoalan kajian yang akan menjawab kepada dapatan kajian. 1.3.1. Objektif Kajian Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti pengetahuan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam penggunaan multimedia. 2. Meneroka amalan penggunaan multimedia yang efektif dalam pengajaran bidang ibadah oleh GPI sekolah rendah. 3. Menganalisis bentuk cabaran penggunaan multimedia yang diaplikasikan GPI sekolah rendah dalam pengajaran bidang ibadah 1.3.2. Soalan Kajian Soalan kajian yang dikemukakan adalah selari dengan objektif kajian seperti berikut: 1. Apakah GPI mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan penggunaan multimedia? 2. Apakah bentuk amalan multimedia yang efektif dalam pengajaran bidang ibadah oleh GPI sekolah rendah?


6 3. Bagaimana bentuk cabaran yang dihadapi oleh GPI dalam mengaplikasikan multimedia yang efektif dalam pengajaran bidang ibadah? 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN Ho1 : Terdapat hubungan signifikan diantara pengetahuan multimedia dalam kalangan guru dengan tahap penguasaan GPI di sekolah 1.4. SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini telah mengkaji isu berkenaan amalan terbaik untuk meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran bidang ibadah di kelas. Pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran bidang ibadah. Meskipun begitu, kajian ini akan berfokus membincangkan mengenai penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bidang ibadah di sekolah rendah. Multimedia adalah gabungan beberapa elemen seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu persembahan (Vaughan, 2014). Penayangan animasi sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran semestinya dapat membantu guru menarik minat serta fokus murid terhadap bidang ibadah. Contohnya video animasi tatacara solat fardu kepada murid dapat membantu murid untuk lebih mudah memahami maklumat pembelajaran yang disampaikan oleh guru dalam masa yang sama membentuk suasana pengajaran efektif dan menarik. Di samping itu, kajian ini akan menfokuskan kepada penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran ibadah untuk murid sekolah rendah. Hal ini kerana teknologi multimedia sesuai untuk diserapkan unsur subjek pendidikan Islam terutama sekali bidang ibadah. Pelaksanaan pengajaran beberapa komponen mata pelajaran pendidikan Islam seperti tilawah alquran, ulum syariah dan amali, komputer boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Melalui cara ini guru akan dapat meningkatkan minat dan rasa ingin tahu murid terhadap pengajarannya. Murid yang mendapat motivasi daripada guru biasanya akan menjadi lebih berminat yang seterusnya membantu proses pencapaian objektif pembelajaran. PdP yang


7 mengaplikasikan unsur-unsur hipermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks, dan warna menjadikan persembahan lebih menarik dan mampu menarik minat pelajar (Maimun et al., 2011). Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia merangkumi media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti. Meskipun begitu bidang ibadah merupakan suatu pembelajaran dalam pendidikan Islam yang meluas. Selari dengan penggunaan bahan multimedia yang mampu menghasilkan aktiviti pembelajaran yang efektif dengan bidang ibadah. Pelbagai isi kandungan dalam tajuk ibadah melibatkan demonstrasi dan praktikal dalam kalangan murid. Kaedah ini sangat sesuai digunakan oleh guru untuk menunjukkan cara melaksanakan ibadah solat dengan betul. Pelbagai aplikasi multimedia yang boleh digunakan oleh guru di dalam kelas untuk mengajar bidang ibadah seperti solat yang memerlukan tayangan visual kepada murid. Bersesuaian dengan kelebihan multimedia kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu guru untuk menunjukkan kepada murid demonstrasi ibadah seperti solat. Selain itu, multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan (Zamri dan Nur Aisyah, 2011). Tepat dengan kajian yang dilaksanakan ini berfokus dengan aktiviti guru mengamalkan penggunaan perisian atau perkakasan multimedia dalam pengajaran ibadah kepada murid sekolah rendah. 1.5.KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan multimedia dalam pengajaran bidang ibadah murid sekolah rendah. Oleh itu, dengan pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk menyahut seruan dan dasar kerajaan dalam membasmi murid cicir disamping, membantu pelbagai pihak khususnya guru bagi menambah baik cara pengajaran pendidikan Islam terutama sekali bidang ibadah semasa sesi


8 pengajaran dan pembelajaran sekali gus meningkatkan kemahiran kefahaman murid kepada tahap yang lebih baik. Zarina Abd Malek, (2004) menyatakan bahawa pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Hal ini perhatian murid sewaktu sesi pembelajaran berada dalam keadaan kurang memuaskan. Jadi seharus guru mempebaharui pendekatan pengajaran pada masa kini dengan lebih efektif. Kajian ini dapat membantu GPI untuk merancang pengajaran bidang ibadah bagi kemahiran kefahaman. Hal ini kerana kajian ini akan mengkaji proses sebelum, semasa dan selepas amalan fonik bagi kemahiran membaca. Dapatan kajian daripada Mohd Zaidi, Rafiza Razak & Ahmad Zabidi (2021) menunjukkan guru-guru di Malaysia menghadapi kesulitan dalam melaksanakan proses sebelum, semasa dan selepas dalam pembelajaran. Proses amalan multimedia iaitu sebelum, semasa dan selepas telah dilaporkan secara terperinci dalam tesis ini. Penerangan berkaitan proses tersebut boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menambah baik kualiti pengajaran mereka khususnya bagi kemahiran kefahaman ibadah. Selain itu, kajian ini dapat membantu GPI untuk mengaplikasikan kaedah multimedia dengan teknik yang efektif sesuai dengan keperluan murid. Penggunaan multimedia ialah kaedah yang dinamik. Tamadun manusia yang semakin berkembang mendorong penggunaan teknologi moden dalam sistem pendidikan menjadikan usaha meringkas dam mempermudahkan BBM amat perlu supaya kanak-kanak yang baharu memasuki alam persekolahan mudah memahami pengajaran guru (Ahmad Kilani, 2005). Walaupun penggunaan teknologi masa kini telah diperluaskan namun terdapat kanak-kanak yang kurang terdedah dengan hal tersebut. Jadi ini merupakan peluang guru untuk menghasilkan proses pembelajaran yang efektif serta menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas. Guru masa kini perlu memahirkan diri dengan setiap perisian dan perkakasan multimedia kerana hal tersebut mampu meningkatkan keberkesan tahap pengajaran kepada lebih positif kepada murdi sekolah rendah yang terdiri daripada golongan kanak-kanak. Menurut Baharudin dan Nik Rahimi (2008) guru pendidikan Islam haruslah bersikap positif dalam menerima ledakan TMK sebagai BBM masa kini. Penggunaan TMK dalam proses pengajaran pendidikan Islam di dalam kelas sudah


9 semestinya membawa kelainan dalam melaksanakan BBM untuk membantu membina suasana menarik dan ceria antara guru dengan murid. Peringkat sekolah rendah yang mempunyai murid berumur tujuh hingga. 1.6.DEFINISI OPERASIONAL Menurut Brown, A. & Dowling, P (1998), definisi operasional adalah penerangan yang sangat penting bagi memberikan kefahaman kepada para pembaca berkaitan dengan konsep-konsep dalam kajian. Fungsi definisi operasional adalah untuk membezakan konsep dalam kajian pengkaji dengan konsep dalam kajian oleh pengkaji-pengkaji yang lain. Dalam tesis ini terdapat empat konsep yang memerlukan definisi operasionalnya yang tersendiri iaitu pengetahuan, multimedia dan GPI. 1.6.1 Multimedia Menurut Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif (2002) menegaskan bahawa inovasi teknologi multimedia yang canggih menggunakan peralatan komputer menjadikan adunan audio, video, teks, grafik dan animasi yang baik mampu menghasilkan warna serta reka bentuk yang menarik serta persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan. Perlaksanaan perkakasan dan perisian multimedia yang berkesan mampu menarik minat murid serta menjadikan aktiviti pembelajaran lebih efektif di dalam kelas. Pengenalan komputer dan multimedia dalam pendidikan kita merupakan langkah yang bijak untuk memastikan para pelajar di negara ini tidak ketinggalan dalam dunia yang berteknologi tinggi ini. Penggunaan Multimedia dalam pendidikan memberi banyak kebaikan kepada guru dan pelajar dalam mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Zarina Abd Malek (2004) yang mendapati bahawa teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.


10 1.6.3. Pengajaran Menurut Sani Taib dan Hafiz Abdullah (2021), pengajaran merupakan suatu proses komunikasi dua hala yang melibatkan guru dan murid melaksanakan aktiviti pembelajaran bersama-sama yang menyebabkan perkembangan pengetahuan, penguasaan kemahiran atau pembinaan sahsiah murid. Pengajaran ialah proses penilaian multimedia yang diaplikasikan dalam pengajaran guru. Penilaian akan melibatkan apakah kaedah multimedia efektif untuk dilaksanakan serta bentuk cabaran dan halangan yang dihadapi sewaktu menerapkan kaedah fonik dalam pengajaran kepada kumpulan sasaran. Hasil pengajaran ini impaknya akan dinilai keatas murid dari sudut perkembangan pengetahuan, penguasaaan kemahiran dan kefahaman ibadah. 1.6.5. Sekolah Rendah Sekolah rendah ialah institusi yang menyediakan pendidikan kepada individu yang berada dalam kelompok rendah iaitu murid-murid yang berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Pendidikan rendah di Malaysia dikawal selia oleh KPM di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kanak-kanak di Malaysia diwajibkan untuk mendapatkan pendidikan peringkat rendah. Sekolah kelolaan kerajaan terdiri daripada dua jenis aliran pendidikan rendah iaitu aliran perdana bagi murid biasa dan aliran pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas. Namun dalam konteks kajian ini, pengkaji memberikan fokus kepada sekolah aliran perdana bagi memastikan kajian ini mencapai tujuan dan objektif yang telah disasarkan. 1.7.RUMUSAN Bab ini membincangkan masalah yang wujud dalam kalangan GPI di sekolah rendah dalam mengaplikasikan multimedia bagi pengajaran Pendidikan Islam bidang Ibadah. Kebanyakan GPI didapati masih mencari pendekatan dan cara untuk beradaptasi dengan baik dalam penggunaan multimedia. Oleh yang demikian,


11 pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ini bagi membantu GPI untuk merancang proses penggunaan multimedia sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Selain itu, kajian ini dapat membantu GPI untuk menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam setiap perisian atau aplikasi dalam multimedia untuk pengajaran kefahaman bidang Ibadah. Kemudian, definisi operasional yang dijelaskan dalam bab ini juga merangkumi definisi multimedia, pengajaran dan sekolah rendah yang berbeza daripada kajian lain. Oleh itu, dalam bab yang seterusnya, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan kajian kes dengan teori kajian yang digunakan beserta dapatan kajian lalu dan fokus kajian ini.


12 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1. PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Kajian ini untuk mengkaji pendekatan amalan fonik dalam pengajaran yang merupakan antara salah satu daripada kaedah pengajaran dalam membina kemahiran membaca. Kaedah fonik ini dianggap dapat meningkatkan kemahiran membaca. Hal ini kerana dengan adanya rangka pengajaran dalam latihan membaca yang akan dilaksanakan semasa kajian berlangsung. Kebanyakkan GPI tahu dan faham mengenai tujuan, jenis dan cara penggunaan kaedah fonik di dalam kelas namun tidak semua guru mahir mengaplikasikan amalan tersebut dalam kelas semasa mengajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah GPI mengaplikasikan kaedah fonik semasa sesi pengajaran Jawi. 2.2.TEORI/MODEL KAJIAN Teori kajian merupakan satu elemen penting didalam sesebuah kajian. Hal ini kerana ianya dapat memberi suatu gambaran yang jelas mengenai sesuatu fenomena. Oleh itu, teori kajian ini menjadi panduan dalam penyelidikan untuk mendapatkan perkaitan dengan perkara yang dikaji. 2.2.1. Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Menurut Mayer (2005) menjelaskan prinsip multimedia adalah keupayaan individu mempelajari sesuatu secara lebih mendalam melalui teks dengan rajah berbanding teks semata-mata. Murid di sekolah akan lebih cenderung kepada penggunaan multimedia sebagai sumber pengajaran di dalam kelas. Tambahan lagi, guru mampu mencipta sesi pengajaran dan pembelajaran dengan salah satu bahan multimedia contohnya seperti penggunaan audio dan visual. Komponen kognitif


13 terbahagi kepada dua iaitu ingatan deria atau sensori ingatan (sensory memory) dan ingatan kerja (working memory). Sensori ingatan ialah memori yang menyimpan gambar dari pandangan dan suara melalui telinga untuk waktu masa yang singkat. Amalan multimedia di dalam kelas menjadi peransang kepada tahap ingatan murid dalam memproses satu maklumat yang diperlajari di dalam kelas termasuk dalam bidang ibadah Pendidikan Islam. Proses kognitif di dalam teori kognitif pembelajaran multimedia membentuk tiga andaian tentang proses pemikiran manusia. Seterusnya proses ini dapat dibahagikan kepada tiga yang dapat menatijahkan ilmu pengetahuan yang didapati hasil daripada persembahan dengan memproses gambar atau video. Proses ini berlaku apabila terdapat persembahan multimedia melalui gambar atau video oleh guru di dalam kelas. Jika wujudnya persembahan video kreatif dan menarik yang dilaksanakan di dalam kelas terhasilnya salah satu daripada proses kognitif. Selain itu proses daripada kognitif pembelajaran multimedia ialah kata yang diucapkan. Jika penggunaan multimedia dibentuk daripada proses kedua ini ialah dengan pelaksanaan audio kepada murid. Contohnya perkakasan yang boleh dijadikan persembahan audio kepada murid ialah dengan mengguna pembesar suara sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Proses kognitif yang ketiga ialah kata yang ditulis, kaedah yang boleh digunakan daripada multimedia pengajaran di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti visual. Melalui proses kognitif pemprosesan kata, pelajar memberi perhatian pada beberapa perkataan yang menghasilkan pembinaan beberapa bunyi perkataan dalam ingatankerja. Dalam proses kognitif pemilihan imej, pelajar memberi perhatian pada beberapa aspek gambar yang menghasilkan pembinaan beberapa imej dalam memori kerja. Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia ini telah diperkenalkan oleh Richard E. Mayer ebagai elemen multimedia yang menyokong cara pembelajaran otak individu secara maksimal (Sorden, 2013). 2.2.1. Teori konstruktivisme Pendekatan konstruktivisme merupakan salah satu elemen yang telah diketengahkan di kebanyakan negara dalam kurikulum baharu yang digubal. Ini kerana kesesuaiannya dengan era kini yang menuntut generasi supaya lebih


14 fleksibel, berkebolehan dan mahir dalam menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Teori ini jelas berkait dengan tajuk kajian kerana proses pengajaran dan pembelajaran murid pada ketika ini disarankan agar dintegrasikan dengan TMK seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan kurikulum tersebut ialah Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan para guru untuk menggunakan strategi pelajar, bersepadu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan menyeronokkan dan menekankan perkembangan berfikir dan kemahiran insaniah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Kajian lepas yang dijalankan oleh Malini Binti Kamlin dan Tan Choon Keong (2020) iaitu Adaptasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah mengkaji majoriti guru masih mengalami kesukaran untuk menghasilkan video untuk memenuhi keperluan aktiviti pembelajaran pelajar. Kebolehan guru dalam penggunaan kaedah multimedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran masih belum berada di tahap yang terbaik. Kurangnya adaptasi perisian atau perkakasan multimedia yang mampu digunakan oleh guru sewaktu mengajarkan subjek tertentu. Selain itu, kajian lepas berkaitan multimedia juga pernah dijalankan oleh Che Suriani Kiflee et al. (2021) yang menggunakan kaedah pembelajaran multimedia untuk memudahkan kefahaman dan menarik minat serta mempertingkatkan mutu pembelajaran. Kajian tersebut menghuraikan Analisis Keberkesanan Kaedah Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar dan Berbakat. Perlaksanaan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah multimedia dalam proses pengajaran mampu mendatangkan impak positif kepada terhadap perkembangan mahupun pencapaian murid di sekolah. Apabila perisian multimedia digunakan di dalam kelas makan murid akan tertarik dengan sesi pembelajaran dan murid akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran. Di samping itu, kajian lepas yang dilaksanakan oleh Siti Khadizah Kaimin dan Mohd Aderi Che Noh (2016) iaitu Kaedah Media Audio Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian tersebut membuktikan bahawa Audio


15 Visual merupakan pendekatan kaedah pengajaran yang memberikan kesan yang positif terhadap murid dan berkesan dalam menyampaikan ilmu. Media audio visual dapat membantu guru menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan mudah. Murid juga dapat menerima pengajaran dengan lebih menarik dan dapat menimbulkan minat mereka untuk terus menerokai ilmu terutama dalam Pendidikan Islam. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian 2.4 RUMUSAN Bab dua ini menjelaskan beberapa perkara penting yang tahap kemahiran multimedia GPI. Kesimpulannya, kajian ini cuba untuk melihat sejauh mana perkaitan tentang tahap kesediaan siswa guru dari aspek pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap dalam mengimplementasikan multimedia dalam Pendidikan Islam. Bab dua juga membincangkan kajian-kajian lepas yang berhubungkait dengan kajian ini. Berdasarkan pada pandangan di atas, masih belum ada kajian secara khusus yang menunjukkan tentang tahap kesediaan GPI dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam mengimplementasikan multimedia sebagai usaha mendepani cabaran pendidikan kini. Kajian lepas hanya melihat kepada mata pelajaran tertentu secara keseluruhan serta membicarakan aspek kesediaan secara berasingan. Pengetahuan Pelaksanaan multimedia dalam pembelajaran bidang Ibadah Kemahiran


16 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1. PENGENALAN Bab ini menjelaskan metodologi kajian yang menjurus kepada penggunaan kaedah untuk mendapatkan jawapan kepada objektif dan persoalan kajian yang hendak dikaji. Metodologi kajian perlu untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai dengan menggunakan data yang sah dan boleh dipercayai. Metodologi kajian melibatkan perbincangan tajuk kecil merangkumi pemilihan reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, persampelan, tempat kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan penganalisisan data. Setiap satunya akan dijelaskan dengan terperinci dalam sub topik metodologi kajian ini. Mohd Najib (2003), menyatakan kajian dijalankan oleh manusia bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah, membuat ramalan tentang kejadian pada masa hadapan serta menemukan kebenaran mengenai sesuatu peristiwa atau objek. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan multimedia dalam pengajaran bidang ibadah. 3.2.REKA BENTUK KAJIAN Menurut Chua Yan Piaw (2006), reka bentuk kajian merupakan satu tatacara mengumpul dan mengolah data berdasarkan perancangan khusus dan sistematik yang melibatkan serangkaian pemboleh ubah dalam sesebuah kajian. Tambahan lagi kajian ini menggunakan pendekatan kuatitatif dan kaedah tinjauan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, kerana kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan multimedia dalam pengajaran bidang ibadah. Inkuiri tentang sesuatu masalah berdasarkan pengujian teori yang dibentuk daripada pembolehubah diukur dengan nombor dan dianalisis dengan prosedur statistik untuk menentukan sama ada teori tersebut benar dan boleh digeneralisasikan. Menurut


17 David Lim et al. (2010), seseorang pengkaji mampu mengukur hubungan antara pemboleh ubah berdasarkan data yang diterima melalui kajian berbentuk kuantitatif. 3.3. PERSAMPELAN Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan bertujuan. Hal ini kerana menurut Fraenkel dan Wallen (2007), purposive sampling (persampelan bertujuan) ialah sampel yang mempunyai maklumat, bahan dan ciri yang berkaitan dengan tujuan kajian penyelidik. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah golongan GPI yang mengajar di peringkat sekolah rendah. Berdasarkan jumlah populasi tersebut. Pengkaji telah menghasilkan jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini dengan seramai 48 orang responden yang telah menjawab instrument soal selidik melalui ‘google form’ yang telah disediakan. Oleh itu, GPI sekolah rendah yang akan dijadikan sampel ialah guru yang boleh mengaplikasikan penggunaan multimedia dengan efektif dalam pengajaran bidang ibadah. Menurut Fauzi et al. (2014) menyatakan bahawa persampelan bertujuan ialah suatu cara pemilihan sampel daripada populasi yang khusus. 3.4. INSTRUMEN KAJIAN Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Menurut David Lim et al. (2010), soal selidik merupakan borang soal selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan yang bercetak atau secara dalam talian yang membantu para pengkaji untuk untuk memperoleh atau mengutip data kajian secara individu. Instrumen pengkaji terdiri daripada 29 item yang dibina kepada responden serta mempunyai bahagian A, B dan C. Instrumen bahagian A merupakan item demografi iaitu melibatkan jantina, tahun murid yang diajar dan umur. Manakala bahagian B pula terdiri daripada 13 item yang berkaitan dengan kefahaman guru tentang subjek Pendidikan Islam bidang ibadah. Seterusnya instrumen bahagian C juga mempunyai 13 item kepada responden yang berkaitan dengan pengetahuan GPI dalam penggunaan multimedia dalam pengajaran ibadah murid sekolah rendah.


18 Soalan berbentuk skala Likert dengan lima pilihan jawapan telah diberi untuk mengenali tahap persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Para pengkaji sering menggunakan skala ini untuk mengukur pandangan atau respons daripada peserta kajian terhadap pengetahuan, sikap atau cabaran (Budiaji, 2013). Jadi, responden kajian perlu memilih salah satu nombor iaitu bermula daripada 1 hingga 5 mengikut tahap persetujuan mereka. Hasil pembinaan instrument soal selidik yang dihasilkan pengkaji berjaya mendapatkan 48 responden GPI sekolah rendah tentang kefahaman bidang ibadah serta pengetahuan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jadual 3.1 Konstruk Soalan BAHAGIAN KONSTRUK BIL ITEM SOALAN A DEMOGRAFI 3 B KEFAHAMAN TENTANG BIDANG IBADAH 13 C PENGETAHUAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN 13 3.4.1 KESAHAN Menurut Fraenkel & Norman (1996) Kesahan ditakrifkan sebagai kesesuaian item dengan tujuan kajian untuk membolehkan inferens dilaksanakan oleh pengkaji. Bagi mendapatkan hasil kesahan instrumen kajian, pengkaji telah mendapatkan kesahan kandungan dan kesahan muka daripada dua orang pakar dalam bidang yang berkaitan dengan kajian ini. Bagi meneliti ketepatan sesuatu instrumen kajian diuji dan diukur melalui kesahan oleh pakar bidang masing-masing. Oleh itu, dua orang Panel Penyemak Instrumen Kajian telah dilantik bagi menyemak instrumen kajian bagi menguji kesahan. Para panel ini merupakan pensyarah di universiti awam dan pakar dalam bidang bahasa dan juga penyelidikan. Kedua-dua panel ini diminta


19 menyemak dan memberi skor kepada instrumen kajian berdasarkan kesahan muka dan kesahan kandungan. Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu instrumen yang digunakan dalam kajian (Azmi Jasmi, 2012). 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan dan kestabilan sesuatu dapatan. Menurut Sabitha Marican (2005), kebolehpercayaan bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau sampel atau responden yang sama. Bagi kajian ini, kebolehpercayaan diuji dengan melihat kepada bacaan Alpha Cronbach yang dibaca oleh perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Jika bacaan Alpha Cronbach bagi sesuatu instrumen adalah >0.6, maka instrumen tersebut adalah tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi Jadual 3.2 Alpha Cronbach Nilai gelombang alpha cronbach Interprentasi 0.91-1.00 Sangat Baik 0.81- 0.90 Bagus 0.71-0.80 Bagus dan diterima 0.61-0.70 Diterima 0.01-0.60 Tidak diterima 3.5 KAJIAN RINTIS Menurut Mohd Rusdi (2017) kajian rintis penting memastikan pengkaji dapat mengenal pasti dan mengatasi masalah yang timbul semasa kajian rintis agar dapat menjimatkan masa apabila menjalankan kajian sebenar kelak.


20 Di samping itu, responden untuk kajian rintis telah diteliti dengan bilangan jumlah sebanyak 48 orang GPI sekolah rendah. Perlaksanaan kajian ini telah dikumpul melalui data-data dengan menggunakan Statistical Package For the Sosial Science (SPSS) Version 27 untuk mendapatkan kebolehpercayaan melalui nilai Alpha Cronbach. Setiap instrumen soal selidik yang dibina dan ditadbir kepada GPI telah dijawab oleh responden. Berdasarkan hasil dapatan instrumen yang diterima melalui penggunaan ‘google form’ dan SPSS menunjukkan nilai Alpha Cronbach menunjukkan 0.66 yang bermakna berada pada tahap diterima. Hal ini membuktikan instrument soal selidik yang dibina ini boleh digunakan untuk kajian sebenar. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Terdapat proses-proses yang tertentu sepanjang berlakunya tempoh untuk pengumpulan data kajian ini. Prosedur pengumpulan data telah dilaksanakan berdasarkan instrumen yang dirancang. Instrumen kajian yang telah ditetapkan ialah kaedah soal selidik kepada responden. Pengkaji telah memberikan instrumen kepada GPI yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 5 tahun bagi mengkaji pengetahuan multimedia dalam pengajaran bidang ibadah murid sekolah rendah. Antara prosedurnya ialah penyelidik memperoleh kesahan item soalan daripada panel pakar yang terdiri daripada pakar bidang. Kemudian Instrumen soal selidik akan dijawab oleh respoden dan maklumat akan daripada item akan diterima daripada responden. Selepas itu kajian rintis dilaksanakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan bagi setiap item yang ditadbir dan diperbaiki jika skor kebolehpercayaan rendah. 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Data yang telah dikumpulkan akan dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0 untuk menganalisis data dari responden secara kuantitatif dengan cepat dan mudah. SPSS merupakan satu program software yang digunakan untuk penganalisisan data termasuklah mengukur sama ada data yang diperoleh parametrik atau nonparametrik. Ianya juga mampu menganalisis data yang cukup banyak dan sesuai


21 untuk menganalisis data yang mempunyai kepelbagaian pemboleh ubah. Menurut Bhasah (2007) sesuatu analisis data dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji itu sendiri untuk diselidik. 3.8 RUMUSAN Kesimpulannya, bab ini membincangkan mengenai metodologi atau kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji. Ianya merangkumi reka bentuk kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, sampel kajian, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Selain itu, pengkaji telah mengikut prosedur tatacara pengumpulan data seperti yang ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia. Selain itu, pengkaji turut menyerahkan instrumen kepada pakar bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Tambahan lagi, tatacara penganalisisan data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan SPSS versi 27.0 untuk mencapai tujuan, objektif serta persoalan kajian yang ditetapkan. Akhir sekali, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana penyelidikan dilakukan menggunakan reka bentuk tinjauan bagi meninjau tahap kesediaan siswa guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran Pendidikan Islam


22 Rujukan Abdul Jasheer, J., Noriati, A. R., Boon, Y. P., Sharifah Fakhriah, S. A. & Wan Kamaruddin, W.H. (2019).Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Edisi Kedua. Oxford Fajar Ahmad Kilani Mohamed, (2005). Pengurusan Pendidikan di Sekolah: Huraian menurut perspektif Islam. Skudai :Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Khalid, Zouhair Mohd Rosli, Siti Nur Fatimahtul, Maryam Abdul Halim & Endie Shazlie. (2021). Families on the Edge. Putrajaya, Malaysia: United Nations Childrens' Fund, Malaysia and the United Nations Population Fund. Abdul Talib, N.S., Awang, M.M., Abdul Ghani, K., & Yusuff, N.A. (2019). Penggunaan multimedia dalam mata pelajaran sejarah. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 1-13 Abdulrahman, T. et all. “The Impact of Podcasts on EFL Students’ Listening Comprehension”, International Journal of Language Education, Vol. 2, No.2, (2018). Abdul Majeed, A.B., & Othman, S. (1998). Cabaran Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia Ahmad Mohd Salleh, 2008. Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Shah Alam Oxford Fajar Sdn Bhd. Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pengajian Islam Edisi Kedua KPLI Pengajian Islam & j-QAF. Shah Alam, Malaysia: Oxford Fajar.


23 Ahmad Rizal Madar dan Yahya Buntat (2007). Keupayaan Visualisasi Pelajar Melalui Perisian Animasi Grafik. Kertas Kerja 1st International Malaysia Educational Technology Convention, Senai Johor Bahru, 2nd-5th November. Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif. Kursus Penyelidikan Kualitatif siri 1 2012, 28-29 Mac, Johor Bahru. Baharudin Shidki & Nik Rahimi Nik Yusof. (2008). Cabaran penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam. Dlm. Norazah Mohd. Nordin & Mohamed Amin Embi (pnyt.) Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan, Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd Bhasah Abu Bakar. (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Budiaji, W. (2013). Skala Pengukuran dan Jumlah Respon Skala Likert (The Measurement Scaleand The Number of Responses in Likert Scale). Ilmu Pertanian Dan Perikanan, 2(2), 127 133. http://umbidharma.org/jipp Brown. A and P. Dowling. (1998). Doing research/reading research: A mode of anthology of current practice. Cambridge: Cambridge University Che Suriani Kiflee, Siti Aishah Hassan, Fariza Khalid, Noorlin Maaulot & Rorlinda Yusof. (2021). Analisis Keberkesanan Kaedah Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Pelajar Pintar dan Berbakat. Jurnal Personalia Pelajar 23(2): 129-136. Chua Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Alaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. David Lim, Nor Azizah Salleh, Saat Md Yasin, Mohd Kidin Shahran, Alias Mohd Yat & Abdul Razak Habib. (2010). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Open University of Malaysia, Kuala Lumpur. D. Ismail, W. Khairuddin, M, Mohammad. 2014. Perkembangan dan Masalah Pembelajaran al-Quran dalam Program j-QAF di Malaysia, Jurnal Islamiyyat, vol 36 (2), pp. 57-66


24 Eadil Mat. (2010). Kelas Khas Kemahiran al-Quran (KKQ): Kajian kaedah pelaksanaan dan keberkesanannya di Sekolah-Sekolah Menengah (SMK) di Daerah Gombak, Selangor. Tesis Sarjana. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Fauzi Husin, Jamal Ali dan Muhd Saiful. (2014). Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data SPSS.Kuala Lumpur Fraenkel, J. R., & Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA: Mc.Graw-Hill Inc Fraenkel & Wallen. (2007). How to Design and Evaluate Research in Education. New York: McGraw-Hill. Hajarul, Huzairi, Hidayat, Hayati dan Nabiroh. (2010). Isu dan Cabaran Guru dalam Pendidikan al-Quran Pelajar Bermasalah Penglihatan. Proceedings of the 4 th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia Hasbullah Abdul Rahman & Yusni Abd Rahman. (2003). Kesediaan Guru-Guru Agama Menggunakan Komputer Dalam Menjalankan Tugas Pentadbiran Dan Pengajaran: Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri Ke-3): Pengkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam : Antara Tradisi Dan Inovasi. Bangi: Fakulti Pendidikan,UKM. Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Krejic, R.V & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational And Psychological Measurement. 30, 607-610 Lily Zuraini & Mohd Mustaza. 2011. Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid Dalam Kalagan. Murid Tingkatan Dua Daerah Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. UPSI, Tanjung Malim.


25 Maimun Aqsha Lubis, Abdullah Awang Lampoh, Melor Md. Yunus, Shah Nazim Shahar, Noriah Mohd Ishak dan Tajul Arifin Muhamad. (2011). The Use of ICT in Teaching Islamic Subjects in Brunei Darulssalam. International Journal of Education and Information Technologies. 1(5). 79-86. Malini Binti Kamlini & Tan Choon Keong. (2020). Adaptasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 10, (page 105 - 112) Mayer, R. E. (2005). Cognitive Theory of Multimedia Learning. In R. E. Mayer (Ed.), The Cambridge handbook of multimedia learning (pp. 31–48). Cambridge University Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning. New York: Cambridge University Press. Edisi Kedua Mohd Faisal, Mohammad Zawawi & Rahimi. (2008). Celik al-Quran: Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan Edisi ke 7. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Roslan. (2011) Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden. Jurnal Al Tamaddun Bil. 6 Mok Soon Sang. (2013). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Puchong, Malaysia: Penerbitan Multimedia. Muhd Rusdi Ab Majid. (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dan Kreativiti Pengajaran Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab di Malaysia.Tesis Doktor Falsafah Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Pearson Prentice Hall. Sani Taib & Hafiz Abdullah. (2021). Konsep PdPc dalam Pendidikan Islam. Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia.


26 Shahabuddin, H., Rohizani, Y., & Mohd. Zohir, A. (2007). Pedagogi, strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Siti Khadizah Kaimin & Mohd Aderi Che Noh (2016). Kaedah Media Audio Visual DalamPengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Sorden, S. D. (2013). The Cognitive Theory of Multimedia Learning. In B. J. Irby, G. Brown, R. Lara-Alecio, & S. Jackson (Eds.), The Handbook of Educational Theories (pp. 155 168). Greenwich, United States: Information Age Publishing. Vaughan, Tay. 2014. Multimedia : Making it work. 9th Ed.New York : The McGraw Hill Companies, Inc. Zarina Abd Malek. 2004. Kemampuan Mengajar Mengajar Guru: Teori, Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer. Teknologi & Pendidikan. Zamri Mahamod, and Nur Aisyah Mohamad Noor, (2011) Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (3). pp. 163-177. ISSN 1675-8021


27 Reliability Scale: ALL VARIABLES Case Processing Summary N % Cases Valid 47 100.0 Excludeda 0 .0 Total 47 100.0 a. Listwise deletion based on all variables in the procedure. Reliability Statistics Cronbach's Alpha N of Items .667 2 Item Statistics Mean Std. Deviation N KEFAHAMAN 63.7872 2.40413 47 PENGETAHU AN 62.1064 3.42138 47 Scale Statistics Mean Variance Std. Deviation N of Items 125.8936 26.228 5.12129 2


28


Click to View FlipBook Version