The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pengurusan organisasi pelajar kumpulan 5 (seksyen 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sherhan5231, 2022-06-30 04:13:15

pengurusan organisasi pelajar kumpulan 5 (seksyen 1)

pengurusan organisasi pelajar kumpulan 5 (seksyen 1)

DISEDIAKAN OLEH

1.MUHAMMAD SHERHAN HANAFI (BB21161173)

2.MARLIAZIANA ANAK CONNIE (BA21110147)

3.SITI HUSNA HAMIEZA BINTI PEKERI (BA21110228)

4.JOANNIE NATALIA ANAK JOACHIM (BA21110653)

5. SITI NURRAYANEY BINTI JEFFREY (BB21161043)

BUDAYA KAUM
MELAYU

LATAR BELAKANG KAUM MELAYU

Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk

54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu

kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan

mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu

mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik

di Malaysia. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa,

Aceh, Bugis, dan lain-lain yang bertutur dalam Bahasa

Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu,

semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang

bukan pribumi yang berkahwin dengan orang Melayu dan

memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Masyarakat Melayu di Malaysia mewakili jumlah penduduknya

yang tertinggi, kemudian diikuti kaum Cina, India, dan lain-

lain. Justeru, kita akan lihat dengan lebih mendalam

mengenai adat budaya hidup masyarakat kaum Melayu

ADAT PERKAHWINAN MERISIK
KAUM MELAYU

Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok. Ianya
adalah bagi memastikan gadis yang hendak dipinang masih
belum berpunya. Ini adalah kerana Islam melarang meminang
gadis yang telah bertunang. Ia juga bertujuan untuk menyelidik
latar belakang keluarga gadis, kemahiran berumahtangga, adab
sopan, tingksh laku, rupa paras serta pengetahuan agamanya.
Biasanya adat ini dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak
lelaki.Semasa merisik, biasanya pihak lelaki akan memberikan
sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan sekiranya
pihak gadis bersetuju, tarikh peminangan akan di tetapkan.
Namun begitu, adat merisik sudah jarang dilkukan kerama
mereka sudah saling mengenali di samping untuk menjimatkan
kos.

MEMINANG

Setelah merisik dan diketahui bahawa si gadis masih
belum berpunya, pihak lelaki akan menetapkan satu
tarikh untuk menghantar rombongan peminangan.
Urusan peminangan ini juga akan dilakukan oleh
keluarga terdekat pihak lelaki. Adat meminang ini
adalah bagi pihak lelaki menyatakan hasrat mereka
secara rasmi.

Turut dibincangkan di dalam adat meminang ini
adalah berkenaan jumlah hantaran dan bilangan
ahli rombongan yang akan datang pada majlis
pertunangan bagi memudahkan pihak gadis
membuaat persiapan.

PERTUNANGAN Setelah majlis meminang di selesaikan, maka majlis pertunangan
diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat.
Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah
pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau
sireh junjung sebagai bingkisn utama, sebentuk cincin beserta
hantaran lain seperti bunga rampai, kuih muih, buah - buahan ,
pakaian dan lain-lain yang digubah cantik akan diberikan kepada
pihak perempuan.

Mengikut adat, hantaran akan turut diberikan kepada kakak si
gadis jika si kakak masih belum berkahwin. Ini dinamakan langkah
bendul. Bilangan hantaran juga di hantar dalam bilangan ganjil
seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana
bilangan genap membawa implikasi yang tidak baik. Bilangan
hantaran pihk perempuan juga akan melebihi hantaran daripada
pihak lelaki.

AKAD NIKAH

Upacara ini boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau di rumah pengantin
perempuan. Di dalam upacara ini, bapa pengantin perempuan perlu menjadi
wali untuk menikahkan anaknya. Namun begitu, dia boleh mewakilkan kepada
jurunikah untuk menjalankan bagi pihaknya. Kebiasaannya, majlis akad nikah
akan diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Pada majlis
itu, pengantin lelaki akan mengenakan pakaian berwarna cerah seperti majlis
pertunangan. Sebelum akad nikah, Tuan Kadhi akan memeriksa wang belanja
dan hantaran lain bersama dua orang saksi dari pihak pengantin perempuan.
Pengantin lelaki akan duduk di atas sebuah hamparan sementara Tuan Kadhi
akan masuk menemui pengantin perempuan bagi mendapatkan persetujuan
untuk dinikahkan. Selepas itu, Tuan Kadhi akan membacakan khutbah nikah dan
menerangkan secara umum hal-hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.
Kemudian, Tuan Kadhi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan
dengan pengantin lelaki. Lapafaz nikah adalah berbunyi "Aku nikahkan dikau
dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut
negeri) tunai." Pengantin lelaki akan menjawab, " Aku terima nikahnya (nama
pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai".
Saksi akan mengesahkan lafaz nikah itu jelas atau tidak. Jika tidak, akad nikah
akan dilakukan semula sehingga saksi berpuas hati. Selepas itu, doa selamat di
bacakan sebagai tanda kesyukuran.

MAJLIS PERKAHWINAN

Wakil kedua pihak akan melakukan upacara tepung tawar
dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke
tpk tsngan pengantin. Beras kunyit dan bertih akan di tabur di
hadapan pengantin dan orang ramai. Bunga telur akan diberi
kepada orang yang menepung tawar.

Persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan, khemah
tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta
menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali
sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan
kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin
digelar raja sehari.

MAKANAN TRADISI LEMANG
KAUM MELAYU
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang
disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat
ketika Hari Raya. Semua orang daripada
pelbagai kaum suka makan makanan tradisi
ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan
istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini
dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan
santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun
pisang.Kaedah memasak yang menggunakan
buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

TAPAI Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai
ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai
ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai
pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan
bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan
sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun
yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar
didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat
sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang
dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan
ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak
dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis.
Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua
zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila
tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan
dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai
tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh
memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan
tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya
adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya
sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu
menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa
dan dimasukkan sedikit ais.

BUDAYA
MASYARAKAT

IBAN

LATAR BELAKANG MASYARAKAT
IBAN

Masyarakat Iban merupakan masyarakat yang mempunyai bilangan paling ramai
di Sarawak. Mereka tinggal di rumah panjang.
Pada suatu ketika dahulu, masyarakat Iban dikenali sebagai Dayak Laut.
Menurut sejarah, mereka berasal daripada Lembah Kapuas di Kalimantan,
Indonesia.
Bagi masyarakat Iban yang terdahulu, semua aktiviti harian yang mereka
amalkan adalah mengikut kepercayaan animisme.
Menurut orang tua-tua dahulu, Tuai rumah setiap rumah panjang biasanya ada
tuai burung sebagai pegangan untuk menjaga keluarga mereka.
Tuai burung ialah orang yang bertanggungjawab menilik dan meramal mimpi ,
mentafsir bunyi burung atau binatang dan petanda-petanda alam yang lain yang
ada kaitan dengan aktiviti harian.
Namun kini, kepercayaan seperti itu sudah tidak diguna pakai segelintir
masyarakat Iban kerana mereka sudah ada pegangan agama masing-masing.

MAKANAN TRADISI

MANUK PANSUH

Salah satu hidangan yang terkenal dalam kalangan
masyarakat Iban di Sarawak.
Manuk dalam bahasa Iban merupakan ayam.
Manuk pansuh ini dimasak di dalam buluh bersama bahan-
bahan yang istimewa.
Untuk memberi rasa serta aroma yang lebi wangi, daun ubi
akan diletakkan pada bahagian hujung buluh. Wap yang
terhasil akan memberikan bau yang cukup menyelerakan.
Manuk pansuh ini merupakan makanan wajib semasa
perayaan Hari Gawai.

KASAM/ PEKASAM ENSABI

Ensabi adalah sejenis sawi sarawak yang
rasanya pahit-pahit.
Di Sarawak, ia dikenali sebagai ensabi Iban
ataupun ensabi Dayak.
Ensabi ini boleh dibuat jeruk ataupun kasam.
Kasam ensabi ini mempunyai rasa yang
masam serta sedikit masin.
Kasam ensabi ini enak dimakan bersama nasi
putih.

ADAT
PERKAHWINAN

A) MERISIK



Adat merisik merupakan adat yang amat penting.
Pihak lelaki biasanya yang menentukan adat ini.
Apabila seseorang teruna itu berkenan dengan mana-
mana gadis pilihanannya, maka ibi bapa pihak lelaki
menjadi wakil untuk merisik wanita yang dikahwini oleh
anak teruna mereka.

B) BERTUNANG

Kalau dahulu, adat ini adalah diwajibkan.
Dalam adat ini, ayah kepada pegantin lelaki akan
menanggalkan 'lapit' ataupun ikat pinggang perak
sebagai tanda pertunangan. Pihak perempuan
dilarang menerima kunjungan daripada mana-mana
lelaki selain keluarga tunang dan tunangannya sendiri.
Namun kini, kedua-dua belah pihak lebih memilih
untuk terus berkahwin bagi mengelakkan perkara-
perkara yang tidak diingini berlaku.

c) BERKAHWIN/ MELAH PINANG

Dalam adat Iban, berkahwin ini dikenali sebagai melah pinang
ataupun "Ngambi Indu". Ini bermakna pihak lelaki harus datang ke
rumah pihak perempuan.
Setelah rombongan pihak lelaki sampai di rumah panjang pihak
perempuan, mereka akan disambut dengan air tuak.
Rombongan pihak lelaki tersebut akan berjalan di sepanjang ruai
rumah panjang sebelum duduk di ruai pengantin. Adat ini dikenali
sebagai "Niti Daun".
Semasa upacara melah pinang tersebut, terdapat satu sesi dimana
kedua-dua belah pihak pengantin yang biasanya diwakili oleh ibu
bapa setiap pengantin akan membuka "baku".

c) BERKAHWIN/ MELAH PINANG

Semasa upacara melah pinang ini juga, adat "nguai" juga turut
diadakan.
"Nguai" merupakan salah satu adat dalam perkahwinan
masyarakat Iban.
Adat "nguai" ini merupakan satu tradisi untuk memutuskan sama
ada pegantin lelaki ataupun pegantin perempuan masuk (pindah/
tinggal bersama) ke rumah mertua masing-masing.
Sekiranya salah seorang daripada mereka yang akan "nguai", dia
akan diberi warisan kecil (pemai) oleh ibu bapa.
Apbila mereka "nguai", mereka akan kehilangan semua hak
undang-undang terhadap keluarga kelahiran tetapi mendapat hak
keanggotaan penuh dalam kelurga mertua.
Oleh itu, adat "nguai" ini memerlukan kata sepakat antara kedua-
dua belah pihak bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham.

BUDAYA KAUM BAJAU SAMAH

LATAR BELAKANG

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau
kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya
iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara
pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau
didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam
beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana
kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Kaum Bajau juga mempunyai
kemahiran menunggang kuda. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri
Sabah dan diberi gelaran “Koboi Timur” atau “Koboi Sabah”. Semasa dalam majlis tertentu
seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam
pakaian berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga.
Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam
dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.

ADAT PERKAHWINAN

MERISIK
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan
terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi


menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki

tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan.
MEMINANG
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan
pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk
membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua barang yang dijanjikan
dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan.
MAJLIS PERKAHWINAN
Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari
tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kuling tangan, gong bebandil dan
gegendang di tempat kediaman kedua-dua pihak. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam kemudian diikuti dengan tarian tradisional
yang dikenali sebagai runsai.

MAKANAN TRADISI

Kuih penyaram merupakan antara makanan tradisional suku kaum Bajau dan Melayu-Brunei di Sabah. Kuih
Penyaram juga dikenali dengan nama Kuih Pinjaram. Selain itu terdapat juga sesetengah masyarakat yang
menggelarkannya dengan nama Kuih UFO kerana rupa bentuknya. Kuih Penyaram banyak dihidang ketika
majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri dan lain-lain lagi. Terdapat dua
jenis kuih penyaram iaitu yang kuih penyaram perisa gula melaka yang berwarna keperangan dan kuih
penyaram perisa pandan yang berwarna hijau. Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat
kuih penyaram adalah seperti :

01. Tepung Beras
02. Tepung Jagung
03. Santan
04. Minyak Masak
05. Gula Merah

BUDAYA
KAUM CINA

LATAR BELAKANG

Kaum Cina merupakan kumpulan etnik
kedua terbesar di Malaysia selepas kaum
Melayu, dengan kaum India menjadi kaum
ketiga terbesar di negara ini. Kira-kira 6.9 juta
daripada jumlah 31 juta orang yang tinggal di
Malaysia (atau 22.6%) berdarah keturunan
Cina. Kumpulan ini terdiri dari beberapa
kumpulan sub-etnik dan setiap satu
mempunyai dialeknya tersendiri seperti
Hokkien, Kantonis, Hakka dan Teochew.

aDAT PERKAHWINAN

1) ADAT MERISIK

Adat ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal isteri atau gadis
yang dipilih kerana masyarakat Cina mementingkan latar belakang seperti
nama, keturunan, perwatakan dan tingkah laku perempuan yang bakal
dikahwini.
Sebelum pihak keluarga lelaki melamar gadis tersebut, anak lelaki mereka
perlu menjemput bakal menantu menghadap untuk mendapatkan restu
dari keluarga sebelum meneruskan perkahwinan.
Masyarakat Cina mengamalkan tradisi makan bersama untuk mengeratkan
perhubungan di antara kedua-dua belah pihak. Perkara yang biasanya
dibincangkan ketika merisik ialah berkenaan perkara-perkara umum
khususnya tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan masing-
masing.

2) ADAT MEMINANG

Keluarga pihak pengantin lelaki akan menghantar seorang wakil ke
rumah pihak pengantin perempuan untuk membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan.
Ibu pengantin perempuan akan berbincang bersama wakil tersebut
mengenai jumlah mas kahwin, jumlah meja jemputan dalam jamuan
makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki biasanya tidak akan tawar menawar untuk menjaga
maruahnya. Jika ketetapan telah dipersetujui, perkara tersebut perlu
dimaklumkan kepada kedua ibu bapa pihak lelaki supaya mereka
boleh berbincang dengan anak lelaki mereka tentang permintaan
daripada pihak perempuan.

3) ADAT BERTUNANG

Tukang tilik membuat ramalan hari pertunangan yang sesuai berdasarkan nyen-
sang yang mengandungi tahun kelahiran kedua-dua pasangan dan menyediakan
dua keping nyik-kor untuk diberi kepada lelaki dan perempuan yang hendak
berkahwin.
Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan dan adat yang perlu diikuti oleh
kedua-dua bakal pengantin.
Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dan cincin
akan disarungkan di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari
perkahwinan.
Keluarga pihak lelaki akan memberikan “Hadiah Besar” kepada pihak perempuan
untuk mengiktiraf kedua-dua keluarga secara rasmi dan memberikan tanda
persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal berlangsung.
“Hadiah Besar” yang diberikan ketika lamaran ini biasanya merupakan duit
penanda yang berjumlah RM99 atau RM999 dan dibalut dengan sampul berwarna
merah dan beberapa barangan lain termasuk teh.

4) ISTIADAT SONG-TIU

Istiadat ini mengandungi unsur penting seperti pemujaan nenek moyang dan
penyisiran rambut. Adat ini dilakukan oleh kedua-dua pasangan pengantin di rumah
masing-masing.
Istiadat ini bermula dengan acara mandi yang melibatkan acara pemujaan dan
pengantin akan bersembahyang dengan berdiri menghadap meja pemujaan setelah
selesai mandi dan bersiap.
Pengantin akan memegang beberapa batang kemenyan dan menggerak-gerakkan
tangan sebanyak tiga kali menghala ke atas dan ke bawah supaya tuhan dan nenek
moyang mereka datang untuk istiadat menyisir rambut pasangan pengantin.
Setelah selesai pengantin akan makan tiga biji pulut daripada setiap mangkuk yang
disediakan. Pengantin perempuan akan menyimpan sikat bersama pembaris dan
segulung benang merah dalam sebuah bakul kecil untuk dibawa ke rumah pengantin
lelaki.

5) UPACARA PERKAHWINAN

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan
terlebih dahulu bersama dengan rombongan pihak lelaki diiringi dengan kereta yang
berhias.
Ibu bapa pengantin perempuan akan menyerahkan anak gadis mereka kepada
pengantin lelaki setelah pengantin lelaki berjaya menempuh halangan-halangan yang
diberikan.
Upacara sembahyang dilakukan di rumah pengantin lelaki dengan tujuan untuk
memberi penghormatan dan mendapatkan restu daripada nenek moyang yang telah
lama meninggal dunia. Kemudian, upacara diteruskan dengan acara bersanding.
Seterusnya, pasangan pengantin dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing dan
dilanjutkan dengan upacara minum teh.

MAKANAN TRADISI

KUIH BULAN
Sejenis kuih manisan yang biasanya disediakan sempena perayaan
Tahun Baru Cina atau perayaan pertengahan musim luruh.

YEE SANG
Sejenis makanan yang terdiri daripada campuran aneka sayuran yang
berwarna-warni dan mempunyai variasi tekstur. Makanan ini
merupakan simbolik untuk mengeratkan silaturahim keluarga dan
rakan ketika perayaan Tahun Baru Cina.

TANG YUAN
Pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan
intinya terdiri daripada kacang tanah, bijan dan gula. Tang Yuan
dihidangkan semasa majlis atau keraian yang mengumpulkan ahli
keluarga.

BUDAYA KAUM
KADAZAN

LATAR BELAKANG

- Kaum Kadazan ialah kelompok etnik bumiputera bagi negeri Sabah di Malaysia
dengan jumlah penetapan penduduk yang terbesar di kawasan Pantai Barat Sabah. .

- Antara akhir tahun 1950-an dan awal 1960-an, telah tersebar satu teori
masyarakat yang mengatakan bahawa istilah "Kadazan" merupakan derivatif
daripada perkataan "kakadazan" yang bermaksud pekan/bandar, atau "kadai" yang

bermaksud kedai.

- Kaum Kadazan umumnya menduduki
kawasan tanah rendah

dengan kepadatan hutan yang rendah

ADAT PERKAHWINAN

1) Merisik

- Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala
persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini , perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk

cincin.

- Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses
risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan

Kalau perempuan itu dalam pertunangan,
risikan itu dihentikan serta-merta.
Kalau perempuan itu didapati sedang dalam
proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu
ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan
muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu
itu.

2) Meminang

- Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan
hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga
digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

3) Bertunang

- Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang
keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu,
wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk
boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

-Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan
hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya

pesta perkahwinan itu.

-Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar
terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika
mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat

4) MAJLIS PERKAHWINAN

-Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah

tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari
perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).

Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.

-Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri
oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri
daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.

MAKANAN TRADISI

1) TUHAU

- Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan
sebagai

hidangan tradisional masyarakat Kadazan.

-Kebiasaannya batang tuhau yang baru akan diambil, dihiris atau dihancurkan .Tuhau juga boleh
dijerukkan dengan mencampurkannya dengan cili , cuka serta perahan jus limau, garam dan gula.

Ia boleh dimakan bersama ikan bakar, ikan goreng serta ikan masin.

-Tuhau dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi serta dapat mencuci
darah yang kotor. Malah, ia dikatakan mempunyai serat yang tinggi dan bagus untuk

kesihatan.

2) TAPAI

-Tapai merupakan kegemaran masyarakat Kadazan dan
merupakan hidangan tradisional mereka. Ianya juga sering dihidangkan semasa meraikan majlis –

majlis perayaan.

-Tapai ini mempunyai dua jenis yang berbeza iaitu tapai minuman dan juga tapai makanan.
Tapai minuman agak jarang dihidangkan.

- Biasanya tapai diperbuat daripada beras ataupun ubi kayu. Tapai juga turut dikenali dengan
nama Lihing.


Click to View FlipBook Version