Tajuk 3: Konsep Asas Islam Menghuraikan sumber hukum Islam yang disepakati oleh para ulamak : - Al -Quran - As - Sunnah 1 contoh ajaran sesat di Malaysia – huraikan. AL-QURAN 1. Definisi Bahasa : Mengumpulkan dan menghimpun. Istilah : Kitab yang diturunkan Allah secara mutawatir kepada Nabi SAW yang bersifat mukjizat di mana mendapat pahala jika dibacanya yang terangkum dari awal surah Fatihah hingga akhir surah al-Nas. 2. Keistimewaan al-Quran Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya : Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayatayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.” (Surah Hud : 1) Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah S.W.T: Maksudnya: “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya”. (Surah Al-Hijr : 9)
Al-Quran adalah kitab mukjizat. Firman Allah S.W.T : Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) “ Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”. (Surah Al-Isra’: 88) Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal alQuran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin . Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024) 3. Kelebihan membaca al-Quran a) Mendapat pahala berlipat ganda. Daripada Abdullah bin Mas'ud RA mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebaikan digandakan kepada sepuluh kebajikan. Aku tidak berkata alif lam mim itu satu huruf akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." - (HR al-Tirmizi). b) Tidak menjadi kawan karib syaitan Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Surah Al-zukhruf: 43)
AL-SUNNAH 1. Definisi Sunnah Bahasa: jalan atau kehidupan samada ia bersifat terpuji atau sebaliknya. Istilah : Sesuatu yang disandarkan kepada nabi Muhammad SAW yang berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan. 2. Jenis-jenis Sunnah Ada tiga iaitu percakapan, perbuatan dan pengakuan. Penerangan seperti di bawah: a) Percakapan : Ucapan Rasulullah SAW berkaitan dengan pensyariatan dalam tujuan yang pelbagai. Contoh: Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”. b) Perbuatan: Perbuatan Nabi SAW yang disampaikan para sahabat nabi kepada kita. Contoh: Perbuatan wuduk dan pelaksanaannya, perbuatan solat lima waktu dan perbuatan haji
c) Pengakuan: Pengakuan Nabi SAW terhadap perbuatan sahabat dengan cara diamnya nabi terhadap perbuatan itu. Abdullah bin Mughaffal radhiyallahu ‘anhu. Beliau berkata bahwa:”Aku mendapatkan sebuah kantong dari kulit berisi lemak pada perang Khaibar. Lalu, barang itu kusimpan dan aku berkata, ”Aku tidak akan memberikan barang ini sedikit pun kepada seorang pun pada hari ini.”Lantas aku menoleh, ternyata ada Rasulullah SAW tersenyum 3.Ciri-Ciri Atau Sifat Sunnah Antara ciri-ciri atau sifat-sifat sunnah adalah: Komprehensif (Syumuliy) Ini bermaksud bahawa hadith atau sunnah itu meliputi semua aspek kehidupan manusia bermula dari kelahiran sehingga kematian, bahkan sejak proses janin sehinggalah selepas daripada kematian. Selain itu juga, metod ini bertujuan agar kehidupan manusia itu berjalan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak dan diajar oleh Nabi SAW. Keseimbangan (Mutawazin) Sunnah ini menumpukan atau menitikberatkan terhadap keseimbangan diri manusia iaitu menyeimbangkan antara roh dan jasmani, akal dan hati, dunia dan akhirat, contoh dan realiti, teori dan praktikal, ghaib dan nyata, kebebasan dan tanggungjawab, individu dan berkumpulan serta ikutan (ittiba’) dan juga rekaan (ibtida’). Realiti (Waqi’iy) Sunnah Nabi SAW tidak berinteraksi dengan manusia sebagaimana manusia itu adalah seperti malaikat, bahkan sunnah Nabi SAW bersifat meraikan segala yang berkaitan dengan manusia seperti keperluan dan keinginan mereka. Di samping itu juga, sunnah Nabi SAW juga meraikan sifat manusia yang lemah dan kekurangan-kekurangan yang terdapat pada diri manusia itu.
Kesederhanaan Atau Memudahkan (Muyassar) Di antara keistimewaan metod ini adalah ingin memudahkan kepada setiap pengikutnya. Tambahan pula, tidak terdapat di dalam sunnah perkara-perkara yang dilihat membebankan kepada pengikutnya jika ia difahami dengan pemahanan yang sebenar.
AJARAN SESAT DI MALAYSIA 1. Kerajaan Langit Terdapat seorang rakyat Malaysia yang pernah mendakwa dirinya tuhan kepada segala agama dan boleh menjelma semula sebagai Jesus, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad SAW. Bunyinya memang gila tetapi ia berjaya mempengaruhi ribuan pengikut yang mempercayai ketua ajaran itu, Arifin Mohammed yang menjadikan teko sebagai simbol ideologi ajarannya ketika pertengahan 1980an. Dikenali sebagai Ayah Pin di kalangan 22,000 pengikutnya, dia memulakan ajaran sesat itu pada 1979 sebagai Kerajaan Langit. Mungkin pengikut Ayah Pin dan empat isterinya terlalu berimaginasi tinggi untuk meniru kehidupan di dunia penuh fantasi. Beberapa replika besar seperti payung kuning, pasu serta teko gergasi yang terdapat di Terengganu menjadi simbol kepada Kerajaan Langit itu. Pengikut akan melakukan amalan mereka pada setiap malam Sabtu hingga pagi Ahad yang kononnya banyak menekankan penyembuhan rohani dan penafsiran mimpi.
Ayah Pin pernah diiringi pengikutnya untuk menaiki bot konkrit dan baring di situ hingga keesokan hari sambil dikelilingi pengikut yang berzikir sehingga jam 4 pagi. Sebelum diisytiharkan haram oleh kerajaan pada Ogos 2005, pusat ajaran Kerajaan Langit itu dibakar dan dimusnahkan oleh individu bertopeng pada 18 Julai 2005. Ayah Pin akhirnya meninggal dunia pada 23 April 2016 selepas mendakwa pernah dilahirkan semula sebanyak 17 kali.
SUMBER RUJUKAN 1. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2309-irsyad-al-hadith-sirike-250-berinteraksi-dengan-sunnah 2. Al-Sunnah Wa Makanatuha Fi Al-Tasyri’ie Al-Islami, Dr Mustofa Al-siba’ie 3. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2486-bayan-linnas-siri-ke-139- al-quran-kalamullah-yang-mukjizat 4. https://www.hmetro.com.my/addin/2022/04/833478/kelebihan-membaca-alquran 5. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmtohsem/inspirasi/2021/05/06/beberapa-ajaran-sesat-terkenal-di-malaysia-danamalan-karutnya/