The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurzet_hayat, 2022-02-20 09:57:19

kain anduh. balutan

balutan kain anduh

KAIN ANDUH

Anduh

Terdapat 5 jenis balutan anduh:
-Anduh lengan
-Anduh kepala
-Anduh lutut/siku
-Anduh pergelangan tangan
-Anduh tapak kaki

kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN.
-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT.
-Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut
yang tercedera .
-Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila
pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .
-Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA.
-Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan
bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
-Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa
ke dahi dan diikat buku sila .
-Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI.
-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di
bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambarajah di bawah.
-Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki
yang mesti di balut .

KAIN PEMBALUT KASA

 Bebat (Dressing)
• Adalah kain kasa berlapis digunakan untuk menutup luka

 Jenis
• Hospital dressing/gauze
• Wound dressing/pressure bandage

• Field dressing
 Kegunaan

• Menutup luka
• Pembersih luka
• Meletakkan ubat
• Mengawal pendarahan
 Pembalut (bandage)
• Kain kasa bergulung dibuat sebagai pengikat
 Jenis
• Roller bandage (pembalut gulung)
• Crepe bandage (pembalut kenyal)
• Triangular bandage (pembalut tiga segi)
 Kegunaan
• Mengikat bebat di tempat luka
• Mengikat tuap (splint) di tempat patah
• Mengampu dan menyokong
•  Luka-luka tidak wajar didedahkan kerana bahaya dihinggapi kuman-kuman

dan dicemari oleh kekotoran atau racun.
• Dengan itu, luka akan bernanah dan menjadi lebih besar dan akan menimbulkan

banyak masalah
 FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN

• Mengawal pendarahan
• Menggalakkan pembekuan
• Menghindarkan jangkitan kuman

• Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum
• Melindungi luka daripada kecederaan lain
 Tatacara Am Membebat Luka
• Tangan penolong kecemasan perlu bersih sebelum melakukan pembebatan luka.

Gunakan sarung tangan.
• Tentukan saiz bebat yang sesuai bagi menutup luka (saiz mesti lebih besar sedikit

daripada luka)
•  Bersihkan luka di kawasan sekeliling sebelum melakukan pembebatan.
• Menetapkan serta mengemaskan bebat di bahagian luka.
• PASTIKAN BEBAT YANG DIGUNAKAN ADALAH SUCI HAMA
 PEMBALUT TIGA SEGI
• Sebarang kain yang digunakan bagi menutup, mengampu, menghentikan

pergerakan serta meningkatkan tekanan pada anggota yang cedera
 Fungsi

• Menentapkan bebat dan tuap.
• Memberi tekanan secara langsung ke atas bebat bagi mengawal pendarahan.
• Mengampu anggota yang cedera serta menghindar pergerakan.
• Mengawal bengkak.
• Digunakan sebagai pelapik.
 Kain Anduh Tiga Segi
• Sesuai dibuat dari kain jenis belacu.
• Berukuran 90cm x 90cm x 130cm
• Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer

LARUTAN ANTISPETIK

KAPAS
KRIM ANTISPETIK
PENAMPAL LUKA


Click to View FlipBook Version