The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP21022 Mohamad Fadzil Bin Mohamad Zailan, 2023-03-12 08:46:14

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

USTAZ MOHAMAD FADZIL BIN MOHAMAD ZAILAN TAHUN 2023 | SK LEFTENAN ADNAN Rancangan Pengajaran Harian PENDIDIKAN ISLAM


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN: 5 LOTUS MATA PELAJARAN Pendidikan Islam (Sirah) KELAS 5 LOTUS TARIKH/HARI 03 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS) MASA 8:00-9:00 (1 JAM) BILANGAN MURID 38 ORANG TAJUK Hijrah Membawa Berkat PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid mengetahui dan belajar sirah Nabi Muhammad SAW STANDARD KANDUNGAN 5.1 Merumus iktibar daripada peristiwa hijrah Rasullullah SAW ke Madinah serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah STANDARD PEMBELAJARAN 5.1.1 Menerangkan pengertian hijrah 5.1.2 Menerangka sebab yang mendorong hijrah ke Madinah 5.1.3 Menjelaskan peristiwa penting selepas Rasulullah SAW menerima perintah hijrah ke Madinah 5.1.4 Menganalisis kepentingan peristiwa hijrah ke Madinah 5.1.5 Merumus iktibar daripada peristiwa hijrah ke Madinah 5.1.6 Menjadikan Rasulullah sebagai contoh dalam melakukan perubahan secara beradab dan istiqamah. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid dapat : 1) Menerangkan pengertian hijrah dengan betul 2) Menerangkan 3 antara sebab yang mendorong hijrah ke Madinah dengan betul 3) Menjelaskan peristiwa penting selepas Rasulullah SAW menerima perintah hijrah ke Madinah dengan betul


4) Menganalisis kepentingan peristiwa hijrah ke Madinah dengan betul KEMAHIRAN BERFIKIR Murid dapat menyatakan kebaikan hijrah dalam kehidupan seharian GABUNG JALIN Hadis : membaca dalil naqli PENYERAPAN Pendidikan Muzik : 1 Muharam PENERAPAN NILAI Bersungguh-sungguh, bertanggungjawab, setia AMALAN PEDAGOGI MASA KINI Pembelajaran koperatif KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran sosial : kerja berpasukan E.M.K 1) Teknologi maklumat 2) Bahasa 3) Nilai murni PENILAIAN P&P 1) Permainan Kahoot 2) Kuiz Quizizz 3) Murid menjawab soalan Wordwall BAHAN BANTU MENGAJAR 1) Gambar 2) Youtube 3) Anyflip


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Mukaddima h (4 minit) Memberi dan menjawab salam Bacaan doa sebelum memulakan pembelajaran : Kemudian bacaan Surah Al-Fatihah : Bacaan syahadah: Semua murid bangun semasa guru masuk kelas dan memberi salam kepada guru, seterusnya guru menjawab salam. Seorang wakil murid lelaki membaca doa sebelum belajar. Murid-murid lain diminta mengikut membaca doa bersama-sama sebelum belajar Murid-murid melafazkan kalimah syahadah bersama-sama. Penerapan nilai: ▪ Berani ▪ Kerjasama


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Set induksi (6 minit) 1. Menunjukkan gambar sarang labah-labah yang rosak 2. Tayangan video berkaitan labahlabah menyelamatkan Nabi Muhammad daripada kaum kafir Quraisy Soalan: 1) Apakah kaitan sarang labah-labah ini dengan penghijrahan Rasulullah ke Madinah? • Guru menunjukkan gambar yang berkaitan dengan tajuk. • Sumbangsaran murid berkenaan gambar yang dipaparkan. • Guru memaparkan video tentang kisah labah-labah menyelamatkan Nabi Muhammad daripada kaum kafir Quraisy semasa berhijrah ke Madinah. • Murid menumpukan perhatian kepada video yang ditonton. • Guru membuat pengenalan tentang tajuk pembelajaran. • Murid menjawab google form yang diberikan oleh guru. Kaedah: ▪ Bersoal jawab ▪ Sumbangsaran ▪ Menerangkan pengertian hijrah dengan betul Bahan bantu mengajar: ▪ Gambar sarang labah-labah ▪ Youtube ▪ Google form Penerapan nilai: ▪ Patuh ▪ Keyakinan ▪ Beriman dengan Rasul


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Langkah 1 (15 minit) Menerangkan maksud hijrah dan sebab yang mendorong hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Kenapa Nabi Muhammad berhijrah? Kemanakah Nabi Muhammad berhijrah? • Guru menerangkan maksud hijrah kepada murid-murid • Guru menayangkan video 1 Muharam detik permulaan kepada murid-murid. • Murid Bersama-sama menyanyi nasyid 1 Muharam. • Guru menggunakan aplikasi liveworksheet dan quizizz untuk mendapatkan kefahaman murid-murid mengenai maksud hijrah dan faktor berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW. • Murid menyenaraikan sebab yang mendorong hijrah ke Madinah E.M.K: ▪ Teknologi maklumat dan nilai murni Kaedah: ▪ Penerangan guru ▪ Tayangan video nasyid 1 Muharam ▪ Soal jawab Bahan bantu mengajar: ▪ Anyflip ▪ Liveworksheet ▪ Quizizz ▪ Youtube Penyerapan: ▪ Pendidikan muzik (menyanyi lagu nasyid 1 Muharam)


penerapan nilai: ▪ bersunguh-sungguh ▪ keyakinan ▪ taat Langkah 2 (15 minit) Murid mengetahui individu yang terlibat dalam hijrah Nabi Muhammad. Nyatakan 2 orang sahabat yang membantu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah? • Guru menggunakan anyflip untuk mendapatkan kefahaman mengenai nama-nama dan peranan sahabat yang membantu Nabi Muhammad berhijrah. • Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang individu yang terlibat dalam hijrah Nabi Muhammad ke Madinah. • Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk melakukan aktiviti berkumpulan • Guru menggunakan aplikasi Padlet dan Kahoot bagi latihan menyebutkan peristiwa penting selepas Rasulullah menerima perintah hijrah ke Madinah dan guru menjelaskannya. Kaedah: ▪ Tayangan anyflip nama dan tugas individu yang terlibat semasa hijrah nabi. ▪ Kerja berkumpulan ▪ Menghasilkan idea dari pemerhatian penilaian : Menyebut fakta Menyenaraikan fakta Bahan bahtu mengajar: ▪ Anyflip ▪ Padlet ▪ Kahoot


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Langkah 3 (15 minit) Iktibar peristiwa hijrah Nabi Muhammad • Guru memaparkan video tentang iktibar peristiwa hijrah Nabi Muhammad kepada murid • Murid menonton tayangan video. • Sumbangsaran berkaitan dengan iktibar peristiwa hijrah Nabi Muhammad. • Setiap murid dikehendaki menggunakan aplikasi Worldwall dan jamboard untuk mendapatkan kefahaman mengenai iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah yang disediakan oleh guru. • Rumusan dan penilaian dari guru Guru memuji murid yang cuba menjawab soalan. Kaedah: ▪ Kolaboratif ▪ Tayangan video iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad. ▪ Menjawab soalan kuiz. ▪ Kerja berkumpulan Bahan bantu mengajar: ▪ youtube ▪ Worldwall ▪ Jamboard Penerapan nilai : Berkeyakinan tinggi Bersemangat Beriman kepada Rasul


LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Penutup (10 minit) Penutup kognitif: • maksud hijrah dan sebab yang mendorong berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW. • individu yang terlibat dalam hijrah Nabi Muhammad. • Iktibar peristiwa hijrah Nabi Muhammad • Murid berkongsi kefahaman mereka tentang tajuk yang dipelajari dengan kawan. • Murid dikehendaki menjawab soalan kuiz di aplikasi Quizizz bagi aktiviti pengukuhan. • Rumusan dari guru tentang hijrah Nabi Muhammad. Murid yang menjawab dengan betul diberi bintang bagi memberi semangat dalam belajar. REFLEKSI : Segala puji Allah kerana dengan keizinan Nya, dapat menghasilkan tugasan bagi kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bersama pensyarah pembimbing iaitu En. Abd Harris Bin Johari di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Melalui tugasan ini, banyak perkara yang baru dan ilmu pengetahuan dapat saya pelajari. Pertamanya, secara tidak langsung saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya dalam bidang Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bidang ilmu ini adalah amat penting untuk difahami dan dikuasai kerana konsep dan ilmu yang saya pelajari dalam bidang Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini boleh saya aplikasikan dalam semua matapelajaran yang di ajar di sekolah pada masa kini. Sesuai dengan tugasan saya untuk membuat perancangan pengajaran dengan merangkumi konsep kemahiran 6C supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan lebih berkesan dengan muridmurid dapat menerima pengajaran dalam keadaan yang menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti dan aplikasi interaktif yang digunapakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Perancangan yang sistematik perlu dibuat terlebih dahulu mengikut standard kandungan dalam


penyampaian pengajaran. Pemilihan media, kaedah dan bahan sumber juga perlu dirancang terlebih dahulu supaya dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Banyak ilmu baru yang saya peroleh daripada kuliah beliau, saya dapat mengetahui konsep sebenar teknologi dalam pendidikan itu sendiri.Teknologi dalam pendidikan sangat perlu untuk digunakan oleh guru-guru, supaya guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Sebagai contoh Project Based Learning (PBL), Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, internet dan bahan media yang lain, kedua, keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang dan seterusnya ianya akan dapat menjimatkan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan persembahan multimedia dan perisian yang sesuai. Selain itu, ianya dapat memberi kelebihan kepada guru, ianya juga dapat memberi keseronokan belajar dan memberi motivasi kepada murid di sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam teknologi pendidikan akan merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik. Disamping itu, murid akan lebih jelas tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru kerana penggunaan media yang lebih jelas akan memudahkan pemahaman murid tentang konsep. Sesuatu penerangan secara menyeluruh dapat diberikan melalui media seperti video, televisyen dan internet.


Click to View FlipBook Version