Lauk pantang untuk orang berpantang 44 hari 1. Ikan tenggiri masak singgang Bahan-bahan : 1-2 ulas bawang putih ½ cm kunyit hidup ½ cm lengkuas muda
1 keping isi ikan tenggiri 1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur 1 batang serai Penyediaan : Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda. Ketuk serai. Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan. Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. 2. Ikan tenggiri masak asam Bahan-bahan : 3 biji bawang merah
½ inci halia 3 keping isi ikan tenggiri ½ cawan air asam jawa 500ml air Penyediaan : Mayang halus halia dan bawang merah. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Nota kaki : Lauk pantang ini membantu melawaskan pembuangan air kecil dan membekalkan sumber protein. 3. Sup lobak putih
Bahan-bahan : ½ ekor ayam 1 batang lobak putih 2-3 ulas bawang putih 2-3 ulas bawang merah ½ inci halia 1 paket perencah sup sayur 1 kiub pati ayam Penyediaan : Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak. Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.
Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam. Masukkan lobak putih yang dihiris bulat. Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang, Nota kaki : Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia juga mampu merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi. 4. IKAN TENGGIRI GRILL Bahan-bahan : 1 keping isi ikan tenggiri ½ inci kunyit hidup 1 sudu kecil lada hitam Sedikit garam
Penyediaan : Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam. Lumur pada isi ikan. Perap selama 1-2 jam. Grill isi ikan sehingga masak. Nota kaki : Ibu-ibu amat digalakkan untuk mencampurkan lada hitam dalam penyediaan lauk pantang mereka untuk memanas dan menyegarkan badan. Malah ia juga membantu mengelakkan kembung perut pada bayi. 5. IKAN MERAH TUMIS BAWANG Bahan-bahan : 1 keping isi ikan merah 1 cm halia muda 1-2 ulas bawang putih Serbuk lada hitam Penyediaan : Gaul garam dan serbuk lada hitam pada isi ikan dan diperapkan seketika. Dengan sedikit minyak, goreng ikan sehingga masak. Ketepikan. Tumis bawang putih dan halia yang dihiris nipis dan masukkan isi ikan tadi. Tabur dengan sedikit daun bawang.
6. SUP IKAN Bahan-bahan : Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri) 2 biji bawang putih 2 biji bawang merah 1 cm halia Kayu manis, bunga lawang dan pelaga Sup bunjut ikan Lada hitam
500 ml air Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis) Penyediaan : Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan. Masukkan isi ikan dan sayur. Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup. 7. KERABU PEGAGA Bahan-bahan : 1 mangkuk ulam pegaga – dihiris nipis
2 biji bawang merah – dihiris nipis 1 ekor ikan – rebus dan diambil isinya 1 sudu kecil serbuk lada hitam 2 sudu kecil kerisik 1 biji limau kasturi – ambil jusnya Penyediaan : Gaul kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan gula. 8. DAGING REBUS ASAM Bahan-bahan :
1 mangkuk daging yang dipotong ½ inci halia ½ inci lengkuas 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Sekeping asam keping 1 sudu kecil ketumbar – ditumbuk kasar Sedikit serbuk lada hitam 2 mangkuk air Penyediaan : Halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Di dalam periuk, isi air dan rebus daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan ketumbar dan asam keping. Masak sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Nota kaki : Penggunaan asam keping dalam menu berpantang membantu melancarkan sistem penghadaman si ibu dan mengempiskan perut selepas melahirkan.
9. KARI IKAN TANPA SANTAN Bahan-bahan : 2 keping isi ikan merah/jenahak 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih ½ inci halia Kayu manis, bunga lawang dan pelaga 2 sudu besar serbuk kari ikan Air asam jawa
Halba Daun kari Air Penyediaan : Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat. Tumiskan bersama kayu manis, bunga lawang dan pelaga, halba dan daun kari. Masukkan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan air, isi ikan dan air asam jawa. Perasakan dengan garam. 10. SERUNDING HALIA
Bahan-bahan : Halia Lada hitam – ditumbuk halus Ikan bilis segenggam – digoreng Bawang putih – digoreng Garam Penyediaan : Halia disagat halus, diperah dan ditapis airnya.
Goreng halia dengan api sederhana sehingga garing. Toskan minyak. Setelah itu, gaul sekali dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, lada hitam dan perasakan dengan garam. Serunding halia boleh dihasilkan dengan banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara. 11. DAGING GORENG KUNYIT Bahan-bahan : 1 mangkuk daging ½ inci kunyit 2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar Lada hitam Air Penyediaan : Tumbuk kunyit dan lada hitam. Gaul bersama daging dan perasakan sedikit dengan garam. Perap selama 10-15 minit. Masukkan daging ke dalam kuali. Letak sedikit air. Masak daging sehingga air kering dan empuk. Setelah daging masak, masukkan bawang putih dan bawanh besar, 12. SUP SAWI BERTAUHU Bahan-bahan : 2 ikat sayur sawi 2 biji bawang merah 1 biji bawang putih 2 cawan air 2 ketul tauhu Penyediaan : Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan air dan tauhu. Masak sehingga mendidih.
Masukkan sawi dan perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada hitam. 13. JUS PEGAGA DAN MADU Bahan-bahan : 2 ikat ulam pegaga 2 sudu madu 3 cawan air Penyediaan : Kesemua bahan direbus. Apabila mendidih, tapis bahan-bahan tadi dan diambil airnya. Boleh diletakkan sedikit madu. Sesuai diminum sama ada sejuk atau panas.
14. SUSU KACANG BADAM Bahan-bahan : Segelas susu segar 7 biji kacang badam (disangai terlebih dahulu) 21 biji kismis 1 biji kurma Penyediaan : Kesemua bahan dikisar dan ditapis untuk diambil airnya. Nota kaki :
Menu berpantang ini sesuai untuk membantu memperbanyakkan air susu ibu. 15. LEMPENG OAT BEBAS GULA Bahan-bahan : 1 cawan oat yang dikisar halus 1 cawan tepung gandum Air Penyediaan : Campurkan oat dan tepung gandum serta sebatikan dengan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Panaskan non-stick pan dan letak sedikit butter. Sendukkan adunan ke dalam non-stick pan dan masak sehingga kekuningan. Boleh dimakan bersama madu dan buah-buahan seperti strawberi atau epal.
16. IKAN KUKUS DENGAN HALIA Bahan-bahan : 1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan 5 biji bawang putih 2 inci halia 3 biji limau nipis – ambil jusnya 3 biji cili api Air Daun sup/ketumbar Penyediaan :
Sediakan pengukus dan panaskan airnya. Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit. Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga separuh masak. Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis. Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar. 17. CENCARU BAKAR BEREMPAH Bahan-bahan : 1 ekor ikan cencaru 2 biji bawang putih 2 biji bawang merah ½ inci halia ½ inci kunyit
2 sudu besar serbuk kari Penyediaan : Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit. Campurkan kesemua bahan yang ditumbuk bersama serbuk kari dan lumurkan pada ikan. Bakan ikan sehingga masak. 18. AIR HALIA MADU PANAS Bahan-bahan : 50gm halia – buang kulit dan potong kecil 3 sudu besar madu
3 cawan air Penyediaan : Kisar halus halia bersama air. Tapis bahan yang dikisar dan ambil airnya sahaja. Kemudian masak di dalam periuk kecil sehingga air mendidih. Untuk diminum, letakkan 3 sudu madu. Nota kaki : Air halia elok diminum ketika panas. Lauk pantang ini berkesan untuk membuang angin di dalam badan. 19. IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM Bahan-bahan : 1 ekor ikan haruan – bersihkan dengan air asam jawa dan dipotong kepingan. 3 biji bawang merah – dihiris nipis 2 biji bawang putih – diketuk 1 inci halia – dihiris nipis 1 keping asam keping 1 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar 2 cawan air Penyediaan :
Di dalam periuk, masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih. Masukkan ikan dan masak dengan api perlahan. Perasakan dengan garam. Nota kaki : Ikan haruan dalam mana-mana lauk pantang amat baik untuk ibu kerana ia mempunyai asid lemak dan asid amino yang membantu menyembuhkan luka luar dan dalaman. Ia amat digalakkan diambil ketika tempoh awal bersalin. 20. AYAM KAMPUNG MASAK STIM Bahan-bahan : ¼ ekor ayam kampung ½ batang lobak merah ½ batang lobak putih
2 biji bawang putih 1 sudu besar minyak bijan Daun bawang Daun sup Penyediaan : Bawang putih dihiris nipis dan dicampur bersama serbuk lada hitam. Bahan ini diletakkan pada ayam dan distim bersama lobak merah dan lobak putih. Apabila ayam masak, perasakan dengan garam dan letakkan minyak bijan, daun bawang dan daun sup. Harap-harap perkongsian 20 koleksi menu berpantang akan memberi idea menarik kepada para ibu dan tidaklah bosan untuk makan menu yang sama setiap hari. Selamat mencuba! Akhir kata Semoga perkongsian lauk pantang ini dapat memudahkan lagi urusan anda semasa berpantang di rumah. Sebenarnya, tukang urut lepas bersalin dapat membantu menyediakan menu berpantang semasa mereka menjaga anda. Denga pakej pantang kami, boleh beli sahaja bahan mentah dan mereka akan masakkan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.