Disediakan oleh Bahagian Operasi Pejabat Cawangan LAPORAN LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BAHAGIAN OPERASI PEJABAT CAWANGAN KE NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA
ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT TH PORT DICKSON...………....…………………………………………………… 1-5 TH NEGERI & TH SEREMBAN……………………………………………………... 5-6 MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT SYARIKAT KORPORAT……………………..…… 7
1 LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BOPC KE TH NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA KEAHLIAN LAWATAN Tuan Hj Mohamed Ameen Abdul Wahab Pengarah Eksekutif Operasi (PEO) PEGAWAI DARIPADA BOPC Mustafa Kamal Abdul Latif Penolong Pengurus Besar, Pematuhan dan Prestasi PENGURUSAN NEGERI / CAWANGAN ▪ Tuan Haji Mohamad Zaki Baijuri Pengarah Negeri Sembilan (PN) ▪ Puan Hajah Rahimah Ibrahim Ketua Kewangan Negeri (KKN) ▪ Tuan Haji Nawawi Super Pengurus TH Port Dickson (PC) PEJABAT DILAWATI NO LOKASI AKTIVITI 1 TH Port Dickson Lawatan Kerja 2 TH Seremban, TH Wilayah Selatan & TH Negeri 3 Hotel Royale Chulan, Seremban Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 18 JULAI 2023 | SELASA SESI LAWATAN DAN PERJUMPAAN BERSAMA ANGGOTA CAWANGAN PORT DICKSON 10.20 pagi – 11.40 pagi CATATAN SEPANJANG LAWATAN 1. Hal Ehwal Bangunan 1.1 Terdapat kerosakan pada dinding di kawasan menunggu pendeposit. PEO mencadangkan poster ditampal di kawasan tersebut untuk sementara waktu sehingga dinding tersebut dibaik pulih. ( Tindakan: TH Port Dickson/ BOPC/Jabatan Hartanah)
2 LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BOPC KE TH NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA 2. Hal Ehwal Kaunter/Transaksi 2.1 Makluman Eksekutif Kewangan (EK) TH PD terdapat 100 purata transaksi harian. 2.2 PEO menghargai kekemasan peletakan stiker informasi di table top kaunter Port Dickson. Makluman PN bahawa material stiker tersebut telah diseragamkan di seluruh pejabat cawangan Negeri Sembilan. PEO mencadangkan kesemua pejabat cawangan seluruh Negara mengambil contoh stiker dari negeri Sembilan. (Tindakan: Semakan BOPC termasuk kandungan info yang bersesuaian) 2.3 PEO mengambil maklum Pegawai Khidmat Pendeposit (PKP) TH PD, Hajah Siti Hanum sedang bercuti sakit (pembedahan berkaitan telinga). Semasa lawatan PEO, anggota Cawangan Bergerak iaitu Haji Mohd Fadzlie bertugas sementara di Port Dickson. 2.4 PN memaklumkan operasi pasukan Cawangan Bergerak berjalan seperti biasa.
3 LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BOPC KE TH NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA 2.5 PN memaklumkan taklimat kepada IPTA mendapat sokongan dan kerjasama yang amat baik. TH Negeri Sembilan sering mengadakan program bersama USIM melalui Kelab Taha@U. Naib Canselor USIM sentiasa menyokong program bersama TH. 2.6 Berkaitan deposit syiling, EK TH PD memaklumkan pelaksanaan float dan pengkreditan dengan tempoh T+5 untuk simpanan syiling RM250 dan ke atas. 2.7 PEO bertanyakan trend pengeluaran selepas deposit syiling dilaksanakan. EK memaklumkan dengan adanya tempoh float, ianya dapat mengelakkan berlakunya pengeluaran pada hari yang sama. 2.8 Perbincangan juga menyentuh berkaitan kewajaran mengenakan fi/caj ke atas simpanan syiling, yang ianya memerlukan kajian mendalam sebelum keputusan dibuat. 3. Hal Ehwal CCTV dan Bilik Server 3.1 PEO melawat bilik server dan didapati berada dalam keadaan yang baik. 3.2 Selanjutnya PEO melawat ke bilik PC serta meninjau CCTV. Rakaman CCTV adalah penting kerana dapat memberi maklumat tentang kejadian yang berlaku. 3.3 PEO menyatakan rekod rakaman Rakaman CCTV disimpan dalam tempoh 60 hari. Sekiranya terdapat permohonan (melibatkan kes atau lain-lain keperluan), permohonan hendaklah dalam tempoh tidak melebihi 60 hari. 3.4 PEO mencadangkan Ketua Pejabat melaksanakan ujian dengan memohon rakaman CCTV dalam tempoh tertentu untuk memastikan kebolehfungsian dan menilai kualiti rakaman.
4 LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BOPC KE TH NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA 4. Sembang Santai PEO di Bilik Mesyuarat bersama PN dan Anggota TH PD. 4.1 PEO memaklumkan situasi semasa institusi kewangan yang berada dalam suasana yang amat kompetitif serta promosi yang lebih menarik ditawarkan. 4.2 Semua anggota perlu memahami situasi di mana pendeposit mempunyai pelbagai pilihan untuk menyimpan. Akan berlaku situasi di mana promosi/kempen yang TH laksanakan tidak memberikan impak seperti yang diharapkan. 4.3 Sekiranya moral anggota turun, kita (anggota) hendaklah saling membantu. Jika tidak, faktor luaran (persaingan di antara institusi kewangan) akan menyebabkan moral dan motivasi anggota akan jatuh. 4.4 PEO memberikan kebebasan kepada cawangan untuk menentu kaedah terbaik untuk menambah saiz dana. Sebagai contoh, tingkatkan perjumpaan bersama agensi untuk mendapatkan hasil secara pukal. 4.5 Bank rakan Strategik TH didapati melaksanakan cross selling ketika Pendeposit TH berurusan di kaunter mereka. Oleh yang demikian, anggota perlu memahami lebih jelas berkaitan kelebihan menyimpan di TH. 4.6 Jumlah Zakat 2022 yang menurun adalah kerana kadar keuntungan 2022 lebih rendah dari tahun sebelum. 4.7 Salah satu kelebihan simpanan di TH adalah zakat diambil dari keuntungan TH, dan ianya tidak akan mengurangkan prinsipal simpanan pendeposit jika dibandingkan simpanan di bank-bank atau institusi kewangan. 4.8 PN dan anggota menghargai usaha JO menyediakan platform Virtual Account Opening (VAO) yang banyak memudahkan proses pembukaan akaun termasuk kempen pemasaran. 4.9 PC memaklumkan kesukaran ‘menembusi’ kempen pemasaran di Kem Tentera kerana halangan birokrasi pengurusan kem. PC memohon bantuan JO sepertimana yang pernah dilaksanakan pertemuan JO bersama Ketua Polis Negara, yang telah membuka ruang seluas-luasnya untuk TH berkempen kepada anggota PDRM. 4.10 PEO mengharapkan supaya TH Negeri Sembilan terus meningkatkan kolaborasi bersama agensi seperti Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
5 LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BOPC KE TH NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA 4.11 TH Negeri Sembilan memohon supaya Ibu Pejabat mendapatkan slot promosi di Selamat Pagi Malaysia dan Malaysia Hari Ini untuk mempromosikan simpanan di TH. 5. Ucapan PEO kepada anggota TH PD: ▪ Mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja dan usaha anggota TH PD terhadap tugasan yang dilaksanakan. PEO mengharapkan anggota meneruskan kerja yang hebat dan dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik. TH SEREMBAN, TH WILAYAH SELATAN DAN TH NEGERI 1. Lawatan PEO ke Seremban adalah siri yang kedua selepas lawatan pertama beliau pada 16 Mac 2022. 2. Sebagai makluman, lawatan pada tahun 2022 turut disertai oleh Puan Helena Hashim, Tuan Haji Syahril Nizam (CRCO) dan Tuan Haji Ahmad Shahriman (PB BKK). Cawangan yang dilawati adalah Jelebu, Kuala Pilah dan UTC termasuk cawangan Seremban dan Pejabat Negeri. 3. Lawatan PEO pada kali ini adalah memfokuskan kepada sesi bertemu dan bertanya khabar kepada anggota bertugas, meninjau operasi kaunter dan bangunan TH Seremban 4. Pada sebelah petang, PEO menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Syarikat Korporat TH bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban.
6 LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BOPC KE TH NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA
7 LAWATAN KERJA PENGARAH EKSEKUTIF OPERASI & BOPC KE TH NEGERI SEMBILAN 18 JULAI 2023 | SELASA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN SYARIKAT KORPORAT 1. PEO telah mewakili TH menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban. 2. Kesemua 12 buah syarikat korporat menyerahkan zakat masing-masing seperti berikut: 2.1 Lembaga Tabung Haji dengan jumlah RM3,714,815.44, 2.2 Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. dengan jumlah RM857,545.50, 2.3 Etiqa Takaful dengan jumlah RM770,000.00, 2.4 Maybank Islamic Berhad dengan jumlah RM361,198.12, 2.5 Bank Islam Malaysia Berhad dengan jumlah RM 270,000.00, 2.6 Bank Mualamat Malaysia Berhad dengan jumlah RM233,072.68, 2.7 Takaful Malaysia dengan jumlah RM200,000.00, 2.8 Bina Masyur Sdn. Bhd. dengan jumlah RM181,564.80, 2.9 Sime Darby Property Berhad dengan jumlah RM100,000.00, 2.10 Selia Selenggara Engineering Sdn. Bhd. dengan jumlah RM95,025.90, 2.11 Gemencheh Granite Sdn. Bhd. dengan jumlah RM81,932.57 dan 2.12 Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan dengan jumlah RM43,814.88. 3. Akad telah disempurnakan oleh Pengerusi MAINS, Dato' Seri Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.
8 TERIMA KASIH