What if...? CHAPTER 1 : I N T R Ö D U C T I Ö N Minggu lepas lepak kat Kelas 4UIA tau² aq bangun pagi harini kt KV. Tapi aq xdela homesick sampai menangis malam² merayu nk balik gitu, just chillin style aq ah. Lagipun pilihan aq gk nk masuk sekolah ni, aq pun ada gk cita² yang nk dicapai. First day aq bangun pagi kt KV tu cam biasa mesti la pergi mandi dulu, dengan senior hisap rokok semua tapi aq tak kisah mana pon sebab member² SMK dulu pon kaki rokok gk. Senior aq semua baik², welcome aq dgn respect macam aq plak senior diorang. Siap offer sebatang rokok lagi. Tapi aq bukan la seorang perokok, 17 tahun aq hidup x pernah lagi hisap rokok. Siap² pakai baju semua pergi makan DM, bole la sedap jugak la diorang masak. Kena la dengan yuran aq RM250 setahun. Lepas makan kena pergi DB plak dengan kena dengar sorang mamat gila mabuk air mineral bebel pagi² buta. Dah lh lock rambut aq, rambut dia 2 kali 5 je panjang. Ikutkan rambut dia tu aq bole buat mop lantai, acah² rambut Eren Yeager lh konon. Suruh ikut peraturan but dia sendiri x ikut. Biarlah x penting, aq dapat jumpa ramai member² baru. Dh lh diorang cakap KL ngan aq mula² jumpa, but xpela sebab diorang ingat aq x fhm loghat Kelantan kot masa tu. Padahal aq lahir kt Kota Bahru tu je. Loghat Kelantan aq xdela padu mana, lama sangat jadi budak KL aq jadi terbiasa dengan loghat KL. Lagipun kt rumah parents aq pakai loghat Kelantan gk, so aq fhm la gk sikit². "Assalamualaikum orang KL" "Waalaikumussalam" "Awak budak baru kan? Kos ap?" "Aah, kos KSK" "Ouuu, orang mana?" "Orang Melor" "LAH ORE KELATE?" "Iya bang, saya IC 03 but dibesarkan di KL" "NATEY NI MURTAD!!!" Loghat KL diorang bapak kekok sial. Nk gelak pon ada. But biarlah buat rasa². Masa tu aq main panggil je orang "BANG" walaupun sebaya, aq x rajin lagi explore dorm orang masa tu. First day aq daftar masuk KV tu bapak skema siot aq. Dengan pakai mask, rambut sikat astu seluar tight in lebih dari pusat ap semua. Paling gangster pon pakai kasut VANS putih ngan baju koperat. Bapak stylo siot aq. Class first aq masuk ialah kelas Cg Kamil, dh lh mak aq hantar aq masa tu bapak malu siot. Habis bye² mak aq semua, aq pon duduk la. Of course la aq tibai seat belakang sebab yelah kelas math kot. Orang first save no aq ialah Mawie ngan Syawal. Diorang ni baik gila, banyak gk tolong aq but kadang² perangai cam babi gk. Btw, Cg Kamil ni bapak baik siot dengan students dia, siap hafal lgi nama² anak murid walaupun dh x ajar. Aq ingat lgi
mula² masuk diorang kata ap: "Amir ejah la gewe KL 1" "Amir gewe KL mg comei dop? Ejah laaa" "Gilo Mir tamak kuasa, ejah tino KL 1" "Barey KL kalo playboy, ejah ahh tino" Iya bro, diorang cakap betul². Bukan orang Kelantan racist ke dengan orang KL? Ke aq je fikir gitu? Xle brain gk diorang kadang... "Wei Mir kau kenal Mat Duey dop?" Tanya Aqil. "X kenal, sapa tu? Bunyi cam ustaz je" aq tanya balik dengan muka confused... "HUUUUU DEMO X KENAL BAREY" "Kenapa dgn dia? Garang ke?" "Lebih dari garang bro, barey MMA benar" "Ouuuuu benda biasa je ni" Diorang ingat aq takut sangat ke dengan Si Duey tu? Heh, diorang x kenal lgi siapa aq ni agaknya- "BAKPO MG X SIAP KIJO AQ?" "MG GI KOLOH BUAT NATEY APO?" "SEK MG PO BABI LAKO!!!" Gila babi wei cikgu ni, aq baru first day masuk kelas di KV ni dah ada member kena tampar sampai pengsan. Tapi biasanya cikgu ni yg mengajar masuk kepala, aq beres je ngan cikgu ni. Dh lh aq baru masuk kelas, bole lk dia kata aq budak Selangor hodoh. Gila ap, aq yg ada kehandsomeman zaman muda Johnny Depp dia bole panggil aq hodoh? Dasar orang tua, aq nk tackle anak perempuan dia petik jari gitu je. Heh. So yeah itu serba sikit pengenalan pasal aq. Aq Amir Imaan, budak normal je xde benda special atau menarik pon pasal aq. Kenapa aq masuk KV? Ntah la aq pon xtau kadang² but bole kata best decision of my life. Aq ni bukan la seorang yg kejar relay cam orang lain. Aq plan dlm umur 25 gitu baru nk beraksi but boiii I was wrong. Dh lh bapak aq suruh bwk balik awek Kelantan, ntah la mcm² lh dia tu... Ap² pon yang kau baca yg ditulis ni bukan berdasarkan kisah sebanar, just me being a fucking delusional... But intro tu betul ii geng... CHAPTER 2 : Ö R I E N T A T I Ö N Aq ada best friend, nama dia Aqil. Dia orang Kelantan but taste dia cam orang KL, sebab tu aq chill gila dengan mamat ni. Mmg 1 kepala dengan aq, kita share many things in common, like MANY. Sorang lagi Nasirul but aq panggil dia Papa Yoe, dia ada wife nama dia Ammar, 2 ni kalau x bersama mmg x sah. Ammar & Papa Yoe ni mcm ibu bapa bagi aq sebab diorang
matured gila nk mampos, but aq prefer Aqil la sebab perangai aq & dia sama so kita just go jela. Owh sorang lagi Rifqi, aq sayang gila kt mamat ni sebab dia x lupa member. Byk tolong n bimbing aq psl kehidupan semua, dh lh member playboy berjaya ex dia hampir 100 mat. But tu bukan sesuatu untuk dibanggakan aq rasa... Ada je yg lain but aq malas cerita sebab aq malas. Member perempuan? Pasni la cerita... "Sayang~" bunyi datang dari orang cover dlm selimut... Aq pun bukak la selimut tu. Lah Iqi rupanya... X terkejut mana kalau dari dia. Aq tanya la dia: "Ko buat ap? Suara smooth semacam..." "Aq tengah call awek aq" "Ouuu sori kacau bro" "Eh xpe xpe" Aq pon blah la malas bz body hal orang. Lagipun bukan style aq nk ganggu hal rumah tangga orang. Astu aq pon masuk la dorm 2B2, last² tengak best friend aq sendiri pon tgh on call... "Oi! Buat ap sial?" "Gayut gayut!" "Gayut? Amenda tu sial? "Arrghhh... Nanti ko fhm la" "Hmmpph" Aq pon blah la dri dia gk astu masuk dorm sendiri nk tido. Keesokan harinya aq tanya la Papa Yoe: "Ayah" "Gapo anjir?" "Gayut tu ap?" "Gayut tu on call" "Lah, tu je?" "Hom la anjir" Aq dh belajar ilmu baru iaitu ✨GAYUT✨. Bukan la nk kta aq akan amalkan benda alah tu, geli pon ad. Benda siot call awek malam² guna suara cam biawak tercekik straw. Teruk lagi kalau
diorang VC tali... PERRGHH gila la orang Kelantan, orang KL pon lebih kurang gk... Dh lh call awek sampai x letak fon, astu bangga dengan 12 on call Wasap korang tu. But who am I to judge? Asalkan dioarang bahagia an... Beberapa minggu passed by, xde benda menarik pon yg jadi. But dengar khabar diorang nk buat orentasi kali ke 69. Aq dgr jela perbualan diorang... Aq pon tanya: "Eh bukan first orentasi ke ni?" "Mg masuk lambat, sek ni buat doh sebelum ni" "Ouuuu patutla korang down semacam" "Hom baik aq tido, gayut dgn gewe" "Hmmmm yela" Last² ada orentasi betul²... Diorang nk run orentasi ni untuk 3 hari straight. Aq x kisah mana pon sebab orentasi first kan, diorang jela malas. Aq plan habis habisan dh dgn Papa Yoe, Aqil, Iqi & ramai lgi la nk 1 team, but kita pon tau how dat turns out... Biarlah la, bole aq berkenalan dgn orang baru. Manatau ada gk ke budak KL an, kita mana tau. Team aq solid gk, malas la nk sebut satu satu. Kena lk coach kita Abg Mamat, mmg auto win la gini. Mcm² activity diorang buat, best gk I ain't gon lie. Aq siap dpt berlakon jdi artist Bollywood lgi, perrgghh gempak². Last day tu diorang announced pemenang. Alhamdulillah no 2 pon jadi la, bangga gk la. No 1 jatuh kepada Team Nazarul, mmg ye la team diorang mmg solid pon. But emcee yg announced pemenang semua tu... Aq x rasa dia fesi... Hmmmm, aq rasa cam kenal dia ni but siapa ek? Aq tanya member sebelah but diorang pon x kenal... EEEEEIIIII YA ALLAH SIAPA DIA NI? Tapi aq biarkan jela, kalau aq xtau tu x penting kot. Diorang mula bukak mulut psl dia: "Comei dia tu" "Kalau boleh kt aq, aq suko" "HOOOO COMEI BAREY NI" "Gilo aq nk try la dio tu" "Comei gilo wei natey tu" Aq dengar jela. Tapi betul gk kata diorang, mmg dia comel pon. But aq xdela ckp direct terus cam diorang, aq ckp dlm hati jela. Aq simpan utk diri aq sendiri je masa tu, malas nk bagitau org. Dia ckp ap kt depan aq x focus pon, aq just focus dia je... Xtau la masa tu rasa cam waktu berhenti, angin dingin, sunyi je & all the good vibe. Aq xtau but for some reason aq jdi tenang bila nampak dia. Bukan nk kta suara dia x sedap but yela aq jdi cam nk tgk dia je, I dunno why... Habis orentasi lepas nk bahagikan hadiah semua kitorang pon naik dorm, aq terus tido. Bangun tido tu siap gi surau and ye aq terlepas Zohor... But my question still remains. Who. Is. She? I wanna know her so bad, like aq kta aq pernah nampak dia ni tapi xtau kt mna, bila & kenapa. Waktu Maghreb tu aq terfikir psl dia ttbe, aq try la usha² skit belakang but x jumpa. Aq pon biarlah, mungkin dia senior kot. Lepas makan minum malam tu aq tido jela an, malas dh aq fikir. The next day aq pon pergi sekolah, aq try la curi² tgk kos by kos classmates diorang nk cari si dia tu. But x jumpa, aq fade up. After some times tu aq just forget it, tapi payah. Yang aq tau
nama dia Irdina je. Aq pon tanya la Aqil psl dia, manatau dia kenal. Sebab masa tu pon awek dia senior, manatau dia kenal. "Aqil!" "Yow" "Aq nk tanya ni" "Amenda?" "Ko kenal Dina x? "Hah? Sapa?" "Alah Iridina. Yg pakai spek tu, ada dia jdi emcee aritu" "Owh yg tu, aq tau but x kenal. Kenapa?" "Owh xpela, aq igtkan ko tau" Aq tau je Aqil mula sus masa tu. Sebab aq bukan jenis ambik kisah pasal perempuan, apetah lgi perempuan KVPM. So dia tanya aq balik: "Ko suka dia eh?" "Mmg xla mat...." "Perrgghhh direct terus HAHAHAHHA" Aq malas nk mcm². Lagipun dia member aq, so aq just bagitau jela without hesitation. Aqil pon pro bab² ni manatau dia bole tolong aq, aq mmg fail ah bab² ni so yeaahhh... Aqil ada bagitau 1 benda, iaitu Dina tu team Nazarul, tu jela yg dia tau psl Dina. But takkan aq nk tanya Nazarul, dh lh member playboy berjaya gk so aq just biarkan je. Masa ni aq still pegang pada janji aq yg aq dtg sini nk belajar, bukan couple. Aq pon x attracted mana pon dekat dia masa tu. Just aq nk tau la sapa dia tu sebab like I said, aq rasa aq pernah nampak dia ni. CHAPTER 3 : G L Ī M P S Ë "Aq dh tau dia kos ap" "Hah siapa dia? "Irdina tu la" "Ouuuu aq pon dh tau... BKP 1 an?" "Yeah dawg" Perbualan aq and Aqil lepas balik sekolah. Beberapa minggu dh lepas selepas hari orentasi tu. Periksa pon dh nk dekat, mmg semua org
push gila babi padahal baru sem 1. Gila babi gk tau² kena survive lgi 4 sem but biarlah I don't mind. Nk dekat² periksa bole lk diorang buat Watikah Pelantikan... But aq x kisah mana asalkan dpt pakai suit cam Men In Black. Aq igtkan aq x qualified untuk program haritu sebab aq pon ahli PRS baru, aq pelik gk masa tu sebab aq, Aqil & Iqi ju budak sem 1 yg masuk PRS. Aq igtkan ada yg lain, astu aq ada terfikir gk si Irdina tu mesti PRS jugak an sebab dia emcee kalau fikir logic. But I was wrong, bukan nk kta aq masuk PRS sebab dia but luck gk kitorang dpt masuk. AAARRGHHH BIARLAH X PENTING. Sebelum program tu mula, aq nampak seseorang. Pakai spek, pendek, putih cahaya Nur astu pakai tudung merah ke maroon idk. "Eh dia ni..." "Mcm kenal" "Irdina ke? Eh bukan" "EH YELAH" "BETUL LA TU DIA" "WEI AQIL TU DIA, KN KN?" Reaction aq mcm budak yg x jumpa mak dia lepas 3 tahun mat. Aq tgk jela dia, usha dri jauh. Tunjuk² dia kt Aqil, but Aqil x kisah mna pon. Aq je excited cam kuda liar, aq pon xtau kenapa. Aq nk pergi tegur dia, tapi x berani sebab masa tu senior dia ada. Aq xnk la timbul scene, lagipun aq ni jadi kekok gk kalau cakap ngan perempuan, apetah lgi kalau dengan dia tu. So aq just stay low buat hal aq, kalau timing tu kena bole la aq tegur lek lok. Panas, cramped, x selesa kimak tul mcm² rasa ad duduk kt kerusi tu lama² nk kena tunggu dia announce pengambilan sijil. Like bro just get to the point already. Mmg la sedap, rasa berlagak pon ada dpt pakai suit semua but dude this shit can get hot & uncomfortable as hell wtf dowh... Lepas 50 minutes camtu kot emcee bebel kita finally beratur luar tepi dewan untuk pengambilan sijil. But aq tunggu, tunggu emcee announce nama dia. For some reason aq nk tau dia jawatan ap/biro ap, manatau sama ngan aq. Emcee pon announced: "Nur Irdina Batrisya Binti Ahmadi!" "Biro Pertolongan Orang Awam amenda ek lepas tu xtau aq, aq ingat tu je" Owh, tu nama penuh dia rupanya. For some reason aq ingat budak tu anak Cikgu Ahmadi yang ajar BM tu, tapi x mungkin la kan? Kan? Aq xtau dia biro or jawatan ap sebab aq x focus mana masa tu, her presence just shines so bright yet majestically. Her walk, her tone, her smoothness. Mmg sah, aq rasa budak ni dari royal family. But still, aq ada ap dengan budak ni sampaikan aq desperate sangat nk tau siapa si Irdina Batrisya ni. Dia ni mcm perfect gila bagi aq, semua benda yg dia buat bagi aq perfect gila. Like mcm dia x akan buat salah silap, aq respect dia. Jealous pon ad gk but still aq mmg salute dia ni. Lepas program habis tu aq, Aqil & Iqi planned nk serong kelas sampai Zohor astu lepas solat kita baru masuk kelas. Alhamdulillah planned jalan dgn lancar, main dgn mmg kerja clean la. Tapi aq rasa cam terlupa benda but xtau ap... "Eh rasa cam lupa sesuatu la" "Apa dia ek? Ummmmm...." "Hmmmm..." "OWH RIGHT"
"DINA! AQ NK JUMPA & TEGUR DIA" "Tapi mana dia ek...?" Aq jem dh masa tu, seekor budak JAKSA pon aq x jumpa. Aq punye la buat brape lap dekat kawasan DB tu but still x jumpa... Haihhh, aq fade lagi. Baru nk give up, but aq ada terserempak dengan Mawie & Syawal otw pergi court belakang asrama. Diorang kata ada shooting video untuk sek JAKSA, Abg Alep handle. Kalau fikir logic mesti Dina ada kt situ gk, but kalau aq pergi nnti mcm buat bz body je. So aq x pergi, aq gerak kantin sebab lapar nasi. After beli nasi tu aq patah balik DB sebab ada rasa nk minum air OLIGO. Dekat mesin tu aq ada nampak seseorang. Yes, it's her. Dia lepak dengan geng dia iaitu Azi & Ayu minum air sambil gelak². Aq usha je dari jauh, aq dengar gelak dia pon rasa soothing gila. Ye mmg sah, sudah terang lagi bersuluh budak ni dari royal family... Kalau orang lain tu gelak cam babi tercekik pemadam but dia, just WEIII LA TUHAN JE TAU. Aq ajak Aqil & Iqi teman aq gi beli air kt mesin, aq x cukup gentle lagi nk gerak sorang. Masa ni la chance aq untuk tegur dia, aq kena buat lek lok ni kalau aq messed shit up confirm dia annoyed or disgusted dgn aq nnti. So aq tegur: "Irdina kan?" "Aah ye, kenapa?" "Saya Amir Imaa-" "Amir Imaan kan? Betul x? "Aik mcm mana kau kenal?" Waktu tu dia senyap jp, aq xtau la samada dia menipu or dia main teka je nama aq. Aq fikir gitu je masa tu, mulut dia nk bukak but dia tergagap. But still dia kata: "Aq kenal masa orentasi, kau joget Hindustan haritu mmg power la. Dengan in character apa semua, kau mmg padu la. Aq jadi beku waktu sesi berlakon tu hehehe... Aq malu gila wei waktu tu" X sangka lak dia kenal aq. Aq nk kta bangga pon x gk, but biarlah asal kenal. But aq rasa aq joget Spiderman Tobey Maguire masa tu bukan joget Hindustan... Biarlah dia nk lipat aq pon, aq x kisah mana pon... Dia jenis chill & relax gitu bila borak dengan orang, kadang gagap but aq x kisah mna. Kita borak x lama pon, kenal² gitu je. Dia pon kena gerak kelas gk pasni so xleh la aq nk heret. Aq baru nk mintak nombor but xleh sebab aq malu gila nk tanya benda simple camtu pon. Haih, biarlah next time kn ada. Dan tu la first time aq borak dengan dia, but still rasa x cukup... Like aq nk tau lagi, mcm² soalan yg berpusing dlm kepala aq ni psl dia... ISSHHH DIA NI SIAPA? MCM MANA DIA BOLE CONQUER MINDA AKAL FIKIRAN AQ NI??? Kadang² sakit kepala gk terfikir... CHAPTER 4 : 11th OF D Ë C Ë M B Ë R Lega gila lepas exam, dh lh seminggu sebelum exam tu cuti. Perggh mmg sedap la sekolah ni, mmg xla aq nk balik SMK. Lepastu cuti sem plak, selama 2 bulan gk. Mmg syurga gila babi ah, mcm² aq bole buat. Tapi honestly lama² jadi boring gk, jadi blank & xtau nk buat ap. But still dlm kepala aq, kenapa budak tu je keluar. Geram gk kadang², out of all the other girls... Berlambak soalan dlm kepala aq like: "Why her?"
"Kenapa kau?" "Dia ni pkai sihir ke? "If yes then wtf?" "Aq pernah nampak kau sebelum ni..." "But who are you?" "ISSSHHH SERABUT LA GINI" Fr I can't escape it, it's apart of me now. Aq xnk semua benda ni, aq x mintak pon. But there's something about her, that haunts and invades my mind every time. Aq suka benda ni semua, it's like a negative behaviour bagi aq. Lagipun dia ni bukan crush or awek aq pon, mesti org cam dia dh taken kn? Ke x? Aq malas fikir psl dia, setiap fikir psl dia aq jdi serabut. Yes, aq suka tgk dia but aq x suka fikir psl dia. Aq jdi cam: "Apa nk jdi dgn aq?" "Apa masalah aq ni?" "Siapa kau ni sebernanya?" "Ya Allah tolong lh aq" Aq try to forget her but xleh, dia still menang mcm mana pon. So to solve dis problem aq just minum air & tido... Kadang² sampai terlepas solat Zohor or Asar. Teruk dh situation aq ni, aq blank. Xtau nk buat ap. Aq rasa cam nk beli batang flash yg bole lupakan semua memory dlm movie Men In Black tu. Aq bangun pagi, usha fon & bukak wasap. Clear status orang and aq terserempak dgn status member aq, status Azi. Wishing member dia happy birthday dengan buat edit video & gambar dia untuk dipost status. "Eh mcm kenal dia ni..." "EH, IRDINA? HAPPY BIRTHDAY?" "BIRTHDAY DIA KE HARINI?" "KENA WISH NI" "Eh, but aq xde nombor dia..." Aq down, but xde sebab pon aq untuk down. Lagipun dia bukan awek aq pon, bukan aq nk kt dia pon... Aq biar je then suddenly: "HAHAHAHAH MANA BOLE GITU" "BIRTHDAY DIA KOT KENA LA WISH KN?" "KITA KENA LA RAIKAN SPECIAL DAY MEMBER" "KALAU DIA LEFT ME ON DELIVERED PON KISAH AP AQ?" "AQ MINTAK NOMBOR DIA DGN WANI LA" "YA WANI, MESTI DIA SAVE NOMBOR DINA" "CONFIRM " Aq pon mintak nombor Dina dari Wani dgn rasa x malunya. Wani bole tanya plak kenapa, untuk wish la hanat. Bongok tul dia ni kadang², hmmm biarlah asalkan ko bagi. Ap² pon TQ YAH WANI!!!
11 December 2022, aq nk message dia. Nk wish dia but aq rsa cam awal lgi, but biarlah tengahari skit aq wish. But ummm: "Dh tengahari ni, bole dh nk wish" "Ummm, awal lgi la aq rasa. Petang la" "Petang dh ni, eh mcm x kena je time ni" "Ok malam ni aq wish, confirm" Mmg bengap la perangai aq ni kadang². 7:57 pm tu aq mula message dia buat pertama kali, aq mmg x expect pon dia untuk reply but biarlah... Dgn profile picture anime aq lgi, mesti dia ingat aq nerd nk mampos. Aq tunggu, after some times masa aq main ML keluar noti. Dari dia. Aq stopkan diri aq jp. Betul ke dia ni? Ke Wani prank aq kasi nombor Acik DM mana ni? Mmg aq flying kick la dia klau dia main² dgn aq. 8:42 pm dia reply, dia ucapkan terima kasih. So betul la dia, xkan org nk kata Thank You tiba² kan? Dia tanya aq siapa? Aq reply dgn: "Ni Amir btw save dis number" "Wani suruh wish" "Welcome" Aq gunakan Wani sebagai alasan untuk ran away from my bs. X effective but aq rasa dia pon x kisah mna kot kalau laki cam aq message dia. And tula first time aq chat dgn dia. For some reason tangan aq menggigil nk mampos nk chat dia. Padahal dia bukan gigit or makan org pon. Aq nk heret chat ni but aq x berani. So aq just end gitu je. Walaupun chat je, aq still takut she will find me annoying or serabut. Because if that happens then it's done, astu mesti dia kurang uncomfortable dgn aq nnti. Aq xtau kenapa aq nk maintain image aq depan dia. Aq kena switch personality bukan aq kadang² sebab aq tau kalau aq guna personality bongok aq ni dia xkan or payah nk accept for who I am. For what I see, aq rsa Irdina ni suka lelaki yg high standard. Budak starboy or old money gitu, mmg aq xle compete. Bukan aq nk compete pon lagipun... So finally I'm getting somewhere, but there's still so many to unwrappe. CHAPTER 5 : H Ë R Lepas² tu aq beranikan diri aq untuk chat dia, not quite frequently but kalau aq rsa nk chat then aq chat. Dia bukan seseorang yg fast reply, logic gk mesti dia utamakan boyfriend dia dulu astu aq. Aq ni seseorang yg fast reply gk sebab bukan aq ad org untuk di chat pon... But dia pon ok je, bukan dia leave me on delivered or seen gitu. Kita share a lot in common like we both baca Wattpad, kita fanboy BBB and aq rsa tu je kot... But makin lama aq chat dia, aq rasa cam my goals is going nowhere. Like ni bukan purpose aq untuk message kau, aq kadang lupa ap yg aq nk dri budak ni. Tpi aq tau, kalau aq buat semua benda tu.