The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazirah Hanasir, 2025-03-13 14:12:47

PB KESUSASTERAAN MELAYU NUR HAZIRAH (1)

PB KESUSASTERAAN MELAYU NUR HAZIRAH (1)

KAMPUS RAJA MELEWAR JALAN SIKAMAT, 70400 NEGERI SEMBILAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN OGOS 2024 BAHASA MELAYU (SK) PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK KAMPUS RAJA MELEWAR JALAN SIKAMAT, 70400 NEGERI SEMBILAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN OGOS 2024 BAHASA MELAYU (SK) TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


NAMA PELAJAR NUR HAZIRAH BINTI HANASIR ANGKA GILIRAN 2024152310018 NOMBOR KAD PENGENALAN 060409140020 UNIT BMMB1 KOD KURSUS BMMB1104 NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL HISHAM BIN GHAZALI TARIKH HANTAR 13 MAC 2025 PERIBAHASA DITURUTKAN GATAL TIBA KE TULANG


ISI KANDUNGAN BIL. BUTIRAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 2.1 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 2.2 PROSA TRADISIONAL 2.3 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU 2-5 3.0 KESIMPULAN 6 4.0 RUJUKAN 7


1.0 PENGENALAN Sastera merupakan sebuah karya yang kaya dengan pelbagai estetika dan falsafah yang tertentu. Konsep estetik atau keindahan karya itu sendiri adalah konsep yang saling berkaitan tentang etos budaya, perspektif hidup, sejarah, persekitaran sesuatu bangsa dan unsur lain yang dihubungkan sebagai penentu (Muhammad Haji Salleh, 1989). Oleh itu, konsep keindahan budaya melayu mempunyai nilai asalnya seperti kehidupan sebenar dapat diceritakan dan dapat menjadi pengajaran dan pemimbing kepada pembaca melalui sesebuah karya yang indah (Sahlan Mohd Saman, 2010). Keindahan bahasa dapat juga diaplikasikan dengan pengolahan kata berdasarkan sumber alam dan pengalaman yang berlaku di sekeliling dan penghasilan inovasi karya merupakan inti bagi setiap penulis sastera. Antara jenis dan bentuk kesusasteraan melayu termasuklah prosa tradisional dan prosa moden. Prosa dikategorikan sebagai karya imaginatif yang mempunyai ciri khayalan dan penggunaan bahasanya berunsurkan denotasi dan konotasi. Prosa merangkumi bentuk fiksyen seperti cerpen dan novel. (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Melalui konsep estetika dan falsafah dalam sastera melayu ini menunjukkan betapa pentingnya generasi kini dalam mempupuk identiti bangsa. Peranannya amat penting dalam membina pemikiran dan jati diri manusia kerana sastera banyak mengandungi unsur unsur mendidik nilai insaniah yang tinggi (Shahnon Ahmad,1991). 1.


2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan Melayu merupakan hasil daripada cerita lisan dengan membawa cerita sebagai saluran komunikasi antara masyarakat melayu dahulu. Kisah-kisah ini kemudiannya mengalami proses evolusi daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan. Hasil daripada masyarakat tradisi ini dapat dibuktikan dengan kebudayaan dan memperlihatkan identiti bangsa Melayu dalam mendidik generasi seterusnya mengenai adat, pantang larang, kepercayaan dan prinsip hidup (Siti Hajar & Muhd Norizam, 2022). 2.1 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 2.2 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Sastera sebagai wadah hiburan bagi masyarakat melayu lama yang datang daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar dan mempunyai unsur kelucuan. Sebagai contoh cerita penglipurlara yang diterima dengan cara hidup tradisional melayu (Mohd Taib Osman 1988). Sastera berperanan sebagai medium kritik sosial, yang berfungsi sebagai alat komunikasi dalam masyarakat serta mekanisme kawalan terhadap perkembangan sesuatu naratif dalam sistem sosial. Sebagai contoh, dalam cerita Labai Malang, watak Labai Malang digambarkan sebagai seorang yang terlalu bodoh, sehingga akhirnya membawa kesan buruk kepada dirinya sendiri. Sastera turut memainkan peranan dalam bidang pendidikan. Salah satu matlamat utama pendidikan negara adalah untuk membangunkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang baik dan sempurna. Sejajar dengan itu, sastera Melayu yang sarat dengan pengalaman berharga dapat memberi pengajaran, membentuk sahsiah, mengasah pemikiran, memperhalusi nilai estetika, serta berfungsi sebagai medium utama dalam usaha menguasai sesuatu ilmu (Ani Haji Omar, 2015). 2.


2.3 ANALISIS PROSA Melalui hasil prosa yang saya buat, prosa ini dikategorikan sebagai prosa kanak-kanak yang lebih dikhususkan lagi sebagai cerpen kanak-kanak. Hasil gabungan melalui perkataan cerita pendek ini menjadi fokus utama dalam sesuatu peristiwa dan hanya mempunyai satu tema sahaja. Dalam penulisan cerpen pula hanya terdapat satu plot sahaja yang berkembang dengan rapi, teliti dan mudah difahami. Struktur dalam prosa ini dapat dilihat melalui 5 peringkat utama. Peringkat orientasi ialah sesuatu penceritaan yang mempunyai latar tempat, watak utama dan watak sampingan. Sebagai contoh, watak utama dalam cerpen peribahasa Diturutkan Gatal Tiba Ke Tulang ialah Sari manakala watak sampingan ialah Aina rakan kepada Sari. Latar tempat pula diperkenalkan di warung Pak Ali. Perkembangan konflik pula merupakan peringkat yang kedua iaitu bermulanya masalah yang dihadapi oleh watak yang akan diceritakan serta menjadi susunan peristiwa yang terdiri daripada sebab dan akibat. Lazimnya, terdapat sesuatu pihak yang memunculkan masalah tersebut pada struktur cerpen. Antaranya ialah bagaimana tercetusnya masalah, apakah cabaran yang dilalui oleh watak utama. Misalnya, cerpen peribahasa, tercetusnya masalah apabila Sari menemui sarang lebah dan mendapat idea untuk mengganggunya walaupun sudah dingatkan oleh Aina. Seterusnya evaluasi merupakan kemuncak dan penyimpulan bagi semua konflik. Kemuncak struktur konflik ini juga akan menentukan cara perubahan watak yang mengalami konflik. Sebagai contoh, lebah-lebah menyerang Sari setelah dia mengganggu sarang tersebut, menyebabkan dia menjerit kesakitan dan meminta pertolongan. Struktur terakhir cerpen pula ialah resolusi. Resolusi ialah penutup bagi masalah konflik dalam sesebuah cerpen. Keterangan akan diberikan oleh penulis tentang peleraian bagi konflik yang dilakukan oleh watak. Misalnya, Sari dan Aina segera pergi ke hospital dan Aina menasihati Sari dengan menyatakan peribahasa ‘Diturutkan gatal, tiba ke tulang’. 3.


2.3 ANALISIS PROSA Bagi aspek kebijaksanaan dalam cerpen ini dinilai melalui nilai moral dan sosial. Dari segi kebijaksanaan moral, cerita ini mengajar kita tentang jangan melakukan sebarang tindakan tanpa berfikir panjang. Misalnya, sari menerima padah yang malang apabila dia bertindak mengikut keinginannya tanpa berfikir akibatnya. Dari segi sosial pula kita dapat lihat melalui sikap watak sampingan, Aina menunjukkan individu yang bijak dan berhati- hati dengan memberi nasihat kepada Sari. Melalui penilaian ini menunjukkan kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah yang betul. 4.


2.4 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU Manifestasi yang terdapat dalam cerita ini pula ialah nilai keberanian iaitu keberanian tanpa kebijaksanaan membawa padah. Pernyataan ini dikategorikan dalam aspek pemikiran. Hal ini dikatakan demikian kerana, keberanian yang tinggi dalam diri Sari menyebabkan dia tidak mempertimbangkan apa yang akan berlaku akibat perbuatannya itu. Perkara ini menunjukkan pemikiran yang tidak rasional. Selain itu, nilai kesedaran yang membawa pengajaran kepada Sari akibat perbuatannya itu. Pernyataan ini dikategorikan dalam aspek perlakuan. Hal ini dikatakan demikian kerana Sari yang mengalami sendiri dengan disengat lebah dan terpaksa mendapatkan rawatan. Melalui pengalaman pahit ini, dia belajar bahawa setiap tindakan harus difikirkan terlebih dahulu. Pembelajaran daripada pengalaman ini akan mempengaruhi perlakuannya pada masa hadapan, menjadikannya lebih berhati-hati dan tidak bertindak secara terburu-buru. 5.


3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, cerita peribahasa ini menunjukkan pengajarannya tentang nilai keberanian yang melampaui batas akan membawa padah sejajar dengan konsep moral dan nasihat dalam sastera melayu. Fungsi utama dalam cerpen ini ialah sebagai alat pendidikan dan hiburan yang memberi pengajaran kepada pembaca untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. Manifestasi akal budi juga dapat dilihat dengan penggunaan peribahasa "diturutkan gatal, tiba ke tulang" adalah contoh akal budi dalam bahasa, yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran secara tersirat iaitu dalam bentuk pemikiran yang mendalam dan refleksi terhadap kehidupan. Kesusasteraan Melayu mempunyai peranan yang signifikan dalam membentuk jati diri bangsa, memelihara warisan budaya, dan memperkayakan bahasa. Dengan menghayati serta menghargai karya sastera Melayu, kita bukan sahaja dapat mengenali sejarah dan nilai masyarakat, tetapi juga memastikan kelangsungan identiti bangsa dalam arus kemodenan. Oleh itu, generasi muda perlu dipupuk dengan rasa cinta terhadap kesusasteraan Melayu agar warisan berharga ini terus dihormati dan diwarisi oleh generasi akan datang. 6.


4.0 RUJUKAN Ani Omar. (2015). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam Membina Generasi Unggul Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. 5, 1– 24. Alizah Lambri, Azlina Abdullah, Mashitah Sulaiman, Mimi Hanida Abdul Mutalib, Norazimah Zakaria, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Siti Salwa Jamaldin & Rosmah Derak. (2018). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun. January 2017. Azhar Wahid & Fathin Noor Ain Ramli. (2017). Sastera melayu membina teras identiti bangsa malay literature is a core of the nation identity building. 1–25. Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, Hasnah Awang. (2023). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Hashim Ismail (2019). Teori puitika sastera melayu: interpretasi dan praktikaliti. 2019(1989), 31–49. Ishak Ramli, Haslinda Md Nazri, Mohammad Hafiz Yahaya, Muhamad Abdul Aziz AB Gani, Muhammad Redza Rosman, Nizar Nazrin, Nurul Shima Taharuddin. (2022). Tujuan dan Fungsi dalam Konteks Kesusasteraan Rakyat dan Cerita Jenaka Melayu. 7(2). Khlil, S. N. A. (2022, October 6). Bahasa dan Sastera Mempunyai Nilai Estetik? Tunas Cipta. .https://tunascipta.jendeladbp.my/2022/10/06/3364/ Maydoracom. (2018, Julai 9). KRITIKAN SOSIAL DALAM SASTERA. Maydora Marcus. https://maydoracom.wordpress.com/2018/07/09/kritikan-sosial-dalam-sastera/ Mohd. Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 7.


DITURUTKAN GATAL TIBAKETULANG. Komplikasi cerita kanak-kanak berdasarkan peribahasa Nur Hazirah binti Hanasir


Pada suatu hari, Sari dan rakannya, Aina sedang berjalan menuju ke sebuah warung Pak Ali. Semasa dalam perjalanan, mereka menemui sebuah sarang lebah yang tergantung di atas pokok yang dipenuhi dengan madu dan kedengaran serangga yang berbunyi 'zzzz'. Sari seorang yang suka meneroka dengan pelbagai perkara. Dia suka mencuba perkara yang baharu dan mencabar. Setiap hari ada sahaja cabaran yang dia dapat lalui.


Tiba-tiba satu idea yang bernas menjengah di fikiran Sari. Dia melihat sebatang ranting dengan niatnya yang mahu merosakkan sarang serangga tersebut. Aina yang lali dengan kelakuan Sari, terus menegur dia. "Jangan awak cuba melakukan sesuatu terhadap sarang itu, kita tidak tahu apa di dalamnya". Sari dengan yakin berkata. "Ala tak ada apa-apa ini, saja saya mahu bermain, lagipun ini kan saya Si Sari yang berani". Aina hanya mampu menggelengkan kepala terhadap sikap rakannya itu.


Tanpa berfikir panjang, dia terus mengganggu sarang tersebut. Lebah-lebah tersebut mula keluar dari sarangnya lalu terus menyerang Sari. Sari menjerit meminta pertolongan. Rakannya, Aina segera menolong. Malangnya muka dan badan Sari sudah dipenuhi dengan sengatan. Mereka segera pergi ke hospital. Setelah pulang ke rumah, Aina sambil menasihati Sari. Jangan bertindak mengikut keinginan tanpa berfikir seperti peribahasa 'diturutkan gatal tiba ke tulang'.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version