INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB 1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU – PENGHASILAN
PRODUK
Nama : TAN HUI QI
No. K/P : 010729-02-1172
Angka Giliran : 2021242310239
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X10
Nama Pensyarah : EN. ABDUL RANI BIN
HASSAN
Tarikh Hantar : 14 MARCH 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: Tarikh :14 MARCH 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _________________
2
3
4
5
Penghargaan
Setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih saya ingin ucapkan kepada pihak-pihak
yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus bagi subjek BMM1104 –
Pengenalan Kebudayaan Dan Kesusasteraan Melayu. Saya juga bersyukur kerana
dianugerahkan kesempatan masa dan tenaga bagi saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertama, saya ingin mendedikasikan sekalung ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah subjek iaitu En. Abdul Rani bin Hassan kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan beliau dalam subjek ini dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan.
Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan kepada ibu bapa saya atas berkat doa
dan motivasi mereka merangsang semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan. Akhir sekali, kepada rakan-rakan yang sudi berkolaborasi dalam pencarian
maklumat dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melengkapkan kerja kursus ini.
Tidak dapat dinafikan, pemberian tugasan kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai
pengalaman dan pengetahuan yang bermakna. Sekian, terima kasih.
6
Isi kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu 1
1
2.1 Takrif kesusasteraan Melayu 1
2.2 Jenis & bentuk 2- 3
2.3 Ciri-ciri 4
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu 4
3.1 Hiburan 4
3.2 Pendidikan 5
3.3 Dakwah 5
3.4 Kritikan sosial 5
4.0 Manifestasi akal budi 6
4.1 Pantun 7-8
4.2 Syair 9 - 10
4.3 Seloka 10 -11
4.4 Gurindam 11
5.0 Rumusan 12
Rujukan
7
1.0 Pengenalan
Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya dan ciptaan seni yang dihasilkan oleh
kalangan masyarakat Melayu. Sebenarnya, sastera dikatakan berkait rapat dengan
kehidupan seharian masyarakat Melayu. Namun begitu, seiring dengan perkembangan
teknologi dan masyarakat yang semakin pesat ini telah menyebabkan hubungan antara
sastera dengan kehidupan menjadi semakin jauh. Oleh itu, sastera kini telah berubah
menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada masa yang sama, sastera
telah bukan sahaja hak milik bersama sebaliknya bertukar menjadi kegiatan pernyataan
diri dan hak cipta.
2.0 Takrif Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan merujuk kepada satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
menggunakan bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermakna
huruf atau buku indah Sastera dari segi makna umum ialah bahasa yang diguakan
dalam kitab-kitab.
Dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang
tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan seperti novel,
cerpen, drama, sajak, prosa traditional atau puisi tradional bagi mengimbangi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selain memaparkan nilai kemanusiaan dan citra
masyarakat.
Secara ringkasnya, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat
Melayu yang mempunyai kata indah dan dapat menyampaikan mesej, sesuatu
perasaan atau keadaan tertentu mengenai diri sendiri ataupun sekelompok
masyarakat.
2.2 Jenis dan bentuk
Kesusasteraan mempunyai pelbagai jenis dan bentuk disebabkan masing-masing memiliki
unsur-unsur khusus untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dapat dibahagaikan kepada
prosa tradisional, prosa moden, puisi traditional dan puisi moden.
2.2.1 Prosa
Prosa ialah tulisan yang berbeza dengan puisi dari segi kepelbagaian irama yang lebih meluas.
Perkataan ‘prosa’ datangnya daripada bahasa Latin yang membawa maksud ‘jelas dan
mudah’. Tulisan prosa kebiasaannya digunakan untuk memerihalkan fakta atau perbincangan
idea-idea.
1
2.2.2 Jenis-jenis prosa
a. Prosa moden
b. Prosa traditional
2.2.3 Prosa moden
Karya sastera yang telah dipengaruhi dengan pengaruh Barat.
2.2.4 Ciri-ciri prosa moden
i. Diketahui pengarangnya
ii. Bersifat moden, dinamis dan rasional
iii. Dipengaruhi oleh kesusasteraan Barat
2.2.5 Jenis-jenis prosa moden
a. Cerpen
b. Novel
c. Drama
2.2.6 Prosa traditional
Sejenis cerita rakyat yang berdasarkan cerita rakyat.
2.2.7 Ciri-ciri prosa traditional
i. Penyebaran secara lisan
ii. Pengarang kebiasaannya tidak diketahui
iii. bersifat traditional, dongeng dan khayalan
2.2.8 Jenis-jenis prosa traditional
a. Berbentuk naratif
i. Naratif lisan
Cerita Mitos, Cerita Lagenda, Cerita Rakyat
ii. Naratif tulisan
Sastera Sejarah, Sastera Hikayat, Sastera-sastera Panji, Sastera Kepahlawanan,
Sastera Agama
b.Bukan naratif
2.3 Puisi
Puisi adalah sebuah seni penulisan yang mengarang kata berupa sajak di mana memilih,
Menyusun atau mengatur dan menata unsur-unsur bahasa ditulis dalam bentuk indah
menyampaikan intipati yang bertujuan mempertajam kesedaran orang serta membangkitkan
tanggapan khusus.
2
2.3.1 Jenis puisi
a. Puisi traditional
b. Puisi moden
2.3.2 Ciri-ciri puisi traditional
i. Mempunyai bentuk tertentu
ii. Penggunaan bahasa yang baik
iii. Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi oelh muzik
iv. Baris, rima dan irama disusun membentuk pola tertentu
v. Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan
vi. Digunakan untuk memberi pengajaran, hiburan dan keagamaan
2.3.3 Jenis-jenis puisi traditional
a. Peribahasa
b. Syair
c. Nazam
d. Gurindam
e. Seloka
f. Teroma
g. Pantun
2.3.4 Puisi Moden
Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai khas dipakai untuk melafazkan
fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan
bahasa.
2.3.5 Ciri-ciri puisi moden
i. Disebarkan melalui tulisan
ii. Berbentuk bebas
iii. Penggunaan bahasa yang baik
iv. Tidak mengikut pola tertentu
v. Digunakan dalam kehidupan seharian
vi. Untuk menyampaikan sesuatu dan melahirkan perasaan
2.3.6 Jenis-jenis puisi moden
a. Puisi Sinis
b. Puisi Elegi
3
c. Puisi Romantik
d. Puisi Protes
e. Puisi Nasionalisme
3.0 Fungsi Sastera Melayu
Perkembangan budaya masa kini sebenarnya berasaskan budaya silam. Manusia
adalah sentiasa mencari kemajuan. Sastera Melayu adalah berfungsi dengan mewujudkan
pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia bagi mencapai kemajuan. Hal ini
kerana, pemikiran dalam sastera Melayu dapat membentuk sosialisasi masyarakat yang jelas.
Pemikiran itu kekal utuh dan murni walaupun era tersebut telah berubah.
3.1 Hiburan
Sastera Melayu dikatakan sebagai karya yang berupaya menghiburkan hati pembaca
atau pendengar dan tidak membosankan. Hiburan adalah satu keperluan yang menyebabkan
wujudkan karya sastera yang menggunakan bahasa yang indah. Hiburan boleh terhasil
daripada keindahan kata-kata yang diungkapan, rentak dan irama yang tersusun. Misalnya,
sastera dalam hiburan berbentuk nyanyian, lakonan, penulisan, lawak jenaka dan sebagainya.
Karya sebegini dapat disampaikan melalui televisyen, akbar, radio, telefon dan majalah.
3.2 Alat Pendidikan
Pendidikan ialah ‘usaha sistemati yang disengajakan yang dibuat oleh sesuatu
masyarakat bagi menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada kita.
Pendidikan juga dikatakan usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang
berlaku dalam diri manusia. Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan
untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-
Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta
pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat - menghormati.
3.2.1 Fungsi sastera dalam Pendidikan
Sastera dapat memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Hal ini
dikatakan kerana, karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran
kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap
nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Sebenarnya, karya sastera boleh memupuk
hubungan pembaca dengan teks. Penggunaan bahan sastera dalam bahasa berfungsi untuk
memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan dari
4
aspek penikmatan hasil karya yang indah, pelahir emosi, serta pelajar dapat membuat
apresiasi dan penghayatan terhadap karya sastera.
3.3 Dakwah
Dakwah didefinisikan sebagai proses penyampaian pesanan daripada Tuhan kepada
manusia melalui medium yang mudah difahami iaitu melalui bahasa. Kesusasteraan dalam
dakwah berfungsi menyapaiakan pesanan-pesanan melalui pelbagai bentuk, ragam estetika,
metafora, symbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Dakwah disampaikan
melalui penulisan adalah satu sunnah. Ia bertujuan untuk menguatkan aqidah, menegakkan
syariat Islam dan meninggikan akhlak.
3.4 Kritikan sosial
Kritik berasal dari perkataan Yunani Kuno iaitu krites yang bermakna hakim. Mengkritik
lebih difahami sebagai usaha untuk mrnghakimi ataupun memutuskan sama ada nilai positif
ataupun negatif sesebuah karya sastera tersebut. Kritikan sosial ialah satu usaha dalam
mempertimbangkan dan menilai karya sastera secaraa jujur dan sistematik. Kritikan sastera
adalah cabang ilmu saintifik dan merupakan satu kegiatan menghayati secara menyeluruh,
menganalisis secara interpretif serta membuat penilaian secara rasional tentang sesuatu
karya. Kritikan sosial dalam sastera pula merujuk kepada satu bentuk komunikasi dalam
masyarakat yang berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam sistem
bermasyarakat. Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira melalui kritikan sosial iaitu
menilai, membanding dan mengungkap mengenai suatu perkara.
3.4.1 Fungsi kritikan sosial
Kritikan sosial dalam karya berfungsi sebagai penyampai mesej kepada pembaca.
Menurut (Agus Wibowo. 2008) karya sastera yang kritis dan imaginasi mampu menjawab
setiap persoalan dalam kehidupan manusia. Misalnya, karya sastera mampu memberikan
seribu satu jawapan yang dihadapi oleh manusia yang disertai dengan unsur keindahan
mahupun kelucuan. Contohnya, dalam cerita Lebai Malang.
4.0 Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya puisi traditional
Puisi traditional merupakan unsur utama bagi mengungkapkan pemikiran dan akal
budi orang Melayu ketika berbahasa. Dengan itu, puisi traditional dikatakan sebagai
gambaran kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika
berkomunikasi. Manifestasi akal budi boleh terbahagi kepada empat aspek utama iaitu
pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
5
a. Pemikiran
Pemikiran ialah proses menggunakan minda bagi mencari maksud dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan
yang wajar supaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta seterusnya
membuat refleksi terhadap proses yang dilalui.
b. Pertuturan
Dari sudut pertuturan, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan.
Menurut Kamus Dewan (1984), hal 115, santun bermaksud halus budi bahasa atau
‘berbudi bahasa’ dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar
dalam proses berkomunikasi.
c. Perlakuan
Perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian,
masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku
yang berhemah dan baik. Misalnya, masyarakat Melayu akan melayan tetamu
terlebih dahulu walaupun dalam keadaan yang sibuk.
d. Gaya Hidup
Gaya hidup bermakna cara tertentu seseorang individua tau kumpulan menjalani
kehidupan mengikut kemampuan. Manakala, kehidupan dapat didefinisikan sebagai
perihal hidup.
4.1 Pantun
Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman
berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu
membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk
menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara
di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-
suka
4.1.1 Ciri-ciri Pantun
i. Merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap,
empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan
pengecualian
ii. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap
maksud.
6
iii. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap- rangkap tersebut
memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.
4.1.2 Akal budi dalam Pantun Kiasan
Hati resah tidak terkata,
Rasa kasih ingin bertemu,
Pandang usah rambang mata,
Tersalah pilih merana hidupmu.
Pantun yang dihasilkan membawa pemikiran-pemikiran yang tersirat dan perlu
difahami oleh masyarakat. Pemikiran yang dibawa ke dalam pantun ini adalah bagaimana
masyarakat Melayu itu berfikir, bertindak dan melaksanakan sesuatu keputusan. Lalu,
segala pemikiran ini dibawa ke dalam bentuk pantun untuk diterjemahkan pemikiran dan
cara berfikir masyarakat Melayu yang amat mendalam, kreatif dan kritis.
4.2 Syair
Perkataan syair berasal daripada perkataan bahasa Arab Syi'ir yang membawa
maksud kepada perasaan yang menyedari. Syair kebiasaanya menekankan kepada perasaan
dan nasihat untuk pendengar. Syair juga turut dikenali sebagai puisi Naratif yang direka
berdasarkan pengalaman atau direka berdasarkan situasi.
4.2.1 Ciri-ciri Syair
a. Mengandungi empat baris dalam satu rangkap.
b. Satu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri seperti mana satu rangkap pantun.
c. Satu baris mengandungi empat perkataan dan lapan hingga dua belas sukukata.
d. Rima akhir syair adalah a-a-a-a.
e. Tidak mengandungi pembayang dan maksud seperti pantun.
4.2.2 Jenis-jenis Syair
a. Syair cerita
b. Syair nasihat
c. Syair semangat patriotic
d. Syair alam sekitar
e. Syair kiasan
f. Syair ilmu
g. Syair ilmu
h. Syair keagamaan
i. Syair panji
j. Syair romatis
7
k. Syair saduran
l. Syair sejarah
4.2.3 Contoh skrip syair
lmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati;
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat ternilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan;
Kuasanya besar sukar digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.
Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka, suluh berjalan;
Masa berhimpun ia pengenalan.
Hias penyata polan si polan.
Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur;
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga;
Ialah sungai ia telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana;
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.
Melalui syair ini, pemikiran Za’aba telah menegaskan ilmu memainkan peranan
penting dan dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu. Sehubungan itu, ilmu dapat
membezakan kedudukan seseorang. Misalnya, dalam rangkap satu dan dua telah
membandingkan ilmu merupakan sesuatu tidak mampu dibeli ataupun digadai dengan
8
nilai sebuah dunia dengan segala kekayaannya. Puisi seperti syair menjadi pegangan
dan pedoman kepada masyarakat Melayu sebagai suatu hala tuju hidup yang
sempurna.
4.3 Seloka
Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional. Seloka dikarang untuk menyampaikan
kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat.
Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada
bergurau. Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak
mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam
seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Kita tidak
mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka.Seloka dijadikan sebagai sesuatu
perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang
kaya dengan imej alam.
4.3.1 Ciri-ciri Seloka
a. Seloka merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
b. Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan.
c. Tidak mempunyai pembayang.
d. Rangkap: Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.
e. Suku kata: Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
f. Rima: Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.
4.3.2 Jenis -jenis Seloka
a. Seloka gurau senda
b. Seloka sindiran
c. Seloka mengejek
d. Seloka menempelek
e. Seloka nasihat
f. Seloka pengajaran
g. Seloka khayal
4.3.3 Fungsi Seloka
Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya
iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian
dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang
perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Selain
itu, puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.
9
4.3.3 Contoh akal budi seloka
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.
Konsep masyarakat daripada aspek manifestasi akal budi masyarakat Melayu
dalam karya puisi Melayu tradisonal seperti seloka Pak Pandir adalah masyarakat
seharusnya sedar diri bahawa tindakan mereka itu tidak semestinya selalu betul.Oleh
itu,masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berfikir sebelum bertindak agar sesuatu
perbuatan yang dilakukan itu tidak mendatangkan kesan buruk kepada diri. Misalnya,
Pak Pandir sering melakukan sesuatu tanpa memikir kesan buruk yang akan berlaku
terhadapnya yang mengakibatkannya tidak mendapat apa-apa.
4.4 Gurindam
Gurindam adalah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja
Ali Haji melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis
gurindam iaitu yang terikat dan yang tidak. Kandungannya mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
4.4.1 Ciri-ciri Gurindam
a. Gurindam merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
b. Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.
c. Jumlah perkataan sebaris tidak tetap.
10
d. Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
e. Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris serangkap. Setiap
baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan
baris - baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap
4.4.2 Jenis-jenis Gurindam
a. Gurindam serangkap empat baris
Empat baris kalimat atau ayat.
Bilangan perkataan setiap baris tidak tetap.
Rima akhir seperti puisi pantun abab.
Mengandungi nasihat.
b. Gurindam bebas
Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad.
Persamaan rima akhir tidak dipentingkan.
Isi gurindam adalah nasihat.
4.4.3 Akal budi dalam gurindam serangkap empat baris
Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.
Konsep masyarakat daripada aspek manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam
karya puisi tradisional seperti gurindam ini adalah pengarang mengingatkan bahawa
kita semua adalah sama iaitu manusia biasa tanpa mengira pangkat dan darjat .
5.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, karya-karya sebegini seharusnya terus diperjuangkan oleh
generasi muda pada zaman ini agar khazanah kesusasteraan ini dapat dikekalkan selama-
lamanya dan terus berkembang pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, karya
kesusasteraan tersebut seharusnya dihayati oleh masyarakat Melayu moden pada masa kini
dan bukannya membiarkan karya kesusasteraan tersebut ditelan zaman.
11
Rujukan
Azman Rahman. (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka Al-
Ehsan.
Abdul Halim Ali. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan dan kritikan. Penerbitan
Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
A. Aziz Deraman. (2016). Kerelatifan budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Halim Ali & Norazimah Zakaria. (2016). Pendidikan kesusasteraan Melayu dalam
pelbagai isu dan perspektif. NHA Excell Resources.
Hariza Mohd Yusof. (2017). Warisan seni budaya Melayu: Kumpulan pantun. Penerbit USM.
Muhammad Haji Salleh. (2020). Akal budi adiknya Sulalat al-Salatin. Universiti Sains
Malaysia.
Mohd Faizal Musa. (2019). Bijak budaya Melayu. Kementerian Pendidikan Singapura.
Rahimah A. Hamid & A. S. Hardy Shafii. (2017). Akal budi Melayu dalam bahasa dan
sastera moden. University Sains Malaysia.
Zulkifii Salleh. (2019). Budaya, kepelbagaian dan sengketa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
12