The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pipiana0203, 2023-04-06 03:23:28

NUZUL AL-QURAN

NUZUL AL-QURAN

Nuzul AL-Quran RAMADAN: BULAN TURUNNYA AL-QURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB SK KAMPONG BAHAGIA


Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah sunnah Peristiwa Nuzul Al- Quran memberi makna terlalu besar untuk seluruh umat Islam PENGENALAN


PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN Nuzul bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat yang tinggi


PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN Secara rumusannya, Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.


BILAKAH BERLAKUNYA PERISTIWA NUZUL AL-QURAN? Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhamad SAW


DALIL TURUNNYA AL-QURAN ''Sesungguhnya Kami telah menurunkan AlQuran itu pada malam yang berkat" Surah Al-Dukhan : Ayat 3 "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AlQuran)ini pada malam Lailatul Qadr" Surah AL-Qadr : Ayat 1


APAKAH ITU AL-QURAN? Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. Kitab Al- Quran merupakan kitab terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W


PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN ALLAH SWT LUH MAHFUZ BAITUL I'ZZAH صلى الله عليه وسلم RASULULLAH Al-Quran diturunkan secara berperingkat peringkat Malaikat Jibril sebagai pembawa wahyu diturunkan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara beransur - ansur selama 23 tahun


AL-QURAN DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم MELALUI BEBERAPA CARA Jibril memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada baginda sehingga baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar kepada Rasulullah SAW Jibril memasukkan ke dalam hati baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa - apa melainkan baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya Wahyu datang dalam bentuk loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk


TEMPOH PENURUNAN AL-QURAN Diturunkan selama 23 tahun secara berperingkatperingkat 13 Tahun di Mekah & 10 Tahun di Madinah Terdiri daripada 86 Surah Makiyyah & 28 Surah Madaniah Surah Makiyyah diturunkan sebelum hijrah & Surah Madaniah diturunkan selepas hijrah Ayat pertamat diturunkan adalah Surah aAl-Alaq,ayat 1 - 5. Ayat terakhir diturunkan adalah Surah Al-Maidah,ayat 3.


Kelebihan Membaca Al-Quran Sesiapa yang membaca satu huruf daripada AlQuran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang الم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu hruf. (RIwayat Imam Tirmizi)


Keutamaan membaca 7 AL-Quran Dilipatgandakan Pahalanya Diangkat darjatnya Mendapat ketenangan hati Mendapat pertolongan Allah SWT di hari Kiamat Mendapat Syafaat di Hari Kiamat Rumahnya dihadiri Malaikat Ditempatkan bersama Malaikat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


Kehebatan Al-Quran 1 . Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. 2 . Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. 3. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran.


Kehebatan Al-Quran 4. Al -Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw. 5. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. 6. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya .


MUHASABAH AL-QURAN Al-Quran untuk dibaca, bukan dijadikan perhiasan. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.


Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1444 H Ikhlas daripada Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK KAMPONG BAHAGIA Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version