The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA (2)-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pipiana0203, 2022-05-16 02:39:54

Berbakti KEPADA IBU bapa

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA (2)-converted

Teks Daie Cilik
Berbakti kepada kedua ibu bapa

‫السلام عليکم ورحمه الله وبرکته‬
‫ صلاه وسلاما على رسوالله‬, ‫حمدا وشکرا لله‬

Yang dihormati barisan panel hakim yang menegakkan keadilan,guru –guru seterusnya rakan-
rakan sekelian..
Sebagai seorang muslim kita wajib berbakti kepada kedua ibu bapa sebagaimana firman Allah
dalam Al Quran dalam surah Al Israk ayat 23

‫وقض ربک الا تعبدوا الا اياه وبالوالدين احسانا‬

Maksudnya: Sembahlah allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dan berbuat baiklah
kepada kedua ibubapa.
Rakan-rakan sekelian
Ayat tadi memerintahkan kita agar sentiasa menyembah Allah yang maha esa dan berbuat
baik kepada kedua ibu bapa kita, cubalah kita hitung jasa kedua ibu bapa kita ,sudah tentulah
tidak mampu menghitungnya kerana jasa mereka terlalu besar dan tidak terkira,
Rakan-rakan sekalian
Di saat hamil ibu begitu payah mengandungkan kita, sementara ayah pula bekerja keras untuk
mencari rezeki ,dan menyediakan keperluan hidup kita, setelah kita di lahirkan mereka
mencurahkan segala perhatian dan kasih sayang kepada kita, bahkan hingga sekarang tidak
terkira, subhanaallah betapa mulianya jasa kedua ibubapa kita..

Rakan-rakan sekelian
Suatu hari, ada seorang sahabat bertanya kepada nabi SAW”Siapakah yang patut
memperoleh penghormatan terbaik dariku, wahai Nabi?”
“Ibumu” jawab nabi singkat
“Lalu siapa lagi” sahabat kembali bertanya.

“Ibumu” Nabi tetap memberi jawapan yang sama.
“setelah itu siapa lagi” sahabat itu terus bertanya.
“Ibumu” Nabi memberi jawapan yang sama hingga tiga kali.
“Lalu siapa lagi wahai nabi”
“Ayahmu”
Rakan-rakan sekalian
Jangan sekali-kali derhaka kepada kedua ibubapa ,kerana Allah akan menurunkan siksa dan
neraka balasannya. Walaupun dengan melemparkan kata-kata kesat,seperti maki hamun dan
sebagainya ,firman Allah dalam surah Al Isra ayat 29

‫ولا تقل لهما اف ولا تنهر هما وقل لهما قولا کريما‬

Maksudnya : Janganlah kamu berkata kepada kedua ibubapa kamu “uhh” dan janganlah
kamu menengking mereka berdua ,sebaliknya hendaklah kamu bercakap dengan baik dan
kata-kata yang mulia..
Rakan-rakan sekelian
Sebagai generasi yang soleh dan solehah ,marilah kita berbakti kepada kedua ibu bapa dan
sentiasa mendoakan mereka

‫اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما کما ربياني صغيرا‬

Ya Allah ya tuhanku , ampunilah dosa ku dan kedua ibubapaku,dan peliharalah mereka
sebagaimana mereka pelihara aku sewaktu kecil…
Sekian wabillahi taufik walhidayah wasalamualaukum warahmatullahi wabarokatuh


Click to View FlipBook Version