The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pipiana0203, 2022-05-16 02:41:09

Rukun iman

teks rukun ilam

BIDANG : AQIDAH
TEMA : RUKUN IMAN
(BERIMAN KEPADA QADHA’ DAN QADAR)
TAJUK : USAHA TANGGA KEJAYAAN

Rukun iman enam perkara
Percaya Allah percaya Malaikat
Percaya Qiamat, Qadha’ dan Qadar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

‫الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام علي رسول الامين وعلى اله وصحبه اجمعين‬

Beriman kepada Qadha’ dan Qadar adalah salah satu
daripada Rukun-rukun Iman. Kawan-kawan tahu tak apa
makna Qadha’ dan Qadar? Ha… Qadha’ bermaksud
segala ketentuan Allah terhadap makhluknya sejak azali.
Contohnya kelahiran, rezeki, ajal dan maut. Qadar pula
ialah pelaksanaan apa yang telah ditetapkan oleh Allah
swt.

Maksudnya : Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap
sesuatu. Lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu
dengan ketentuan taqdir yang sempurna.
Surah al-Furqan, ayat 2.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa semua takdir
dan ketentuan ke atas kita telah ditetapkan oleh Allah SWT
sejak azali lagi.

Kawan-kawan…
Kita wajib beriman dengan qadha’ dan qadar kerana
semua perkara telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kalau macam tu… Nanti Cikgu Disiplin tanya, ‘Kenapa
kamu datang lewat ke sekolah?’ Kita jawab ‘Qadha’ dan
Qadar cikgu!’
Nanti Cikgu Bahasa Inggeris tanya, ‘Why you didn’t finish
my homework, yesterday?’ Kita jawab, ‘Qadha’ dan qadar,
teacher!’
Nanti ibu dan ayah bertanya,‘Kenapa gagal dalam
pelajaran?’ Kita jawab, ‘Qadha’ dan qadar, ibu.’ Lalu ibu
pun merotan kita. Zas!! Zas!! Kita pun bertanya, ‘Ehhh..
Kenapa ibu rotan saya?’
Ibu pun menjawab, ‘Qadha’ dan qadar anakku..’

Tidak bolehlah beginikan kawan-kawan!
Tidak boleh semua perkara disandarkan kepada qadha’
dan qadar sahaja kerana kita ada usaha dan ikhtiar.
Orang yang lemah boleh menjadi pandai jika rajin belajar.
Orang yang susah akan menjadi senang jika rajin berusaha

Mari kita ambil contoh kakak Nik Nur Madiha yang berjaya
dalam bidang pelajaran walaupun berasal daripada
keluarga yang susah.

Mari kita ambil tauladan daripada Dato’ Sri Vida, ‘Kuputih,
kuputih barulah putih!’ usahawan kosmetik yang berjaya,
yang pernah menjalani hidup yang susah. Jika
dikaji sejarah semua individu yang berjaya pada hari ini,
semuanya telah melalui pahit-jerih, susah dan payah
sebelum mereka menjadi orang yang berjaya. Tan Sri Syed

Mukhtar alBukhary. Tan Sri Azman Hashim. Semuanya
berasal daripada keluarga yang susah.

Yang bulat tidak datang bergolek
Yang pipih tidak datang melayang
Segala usaha, tenaga dan kudrat harus diperah
Untuk kejayaan yang gilang-gemilang

Hari ini Kementerian Pendidikan memperkenalkan banyak
dasar baharu untuk membantu golongan B40 agar
mendapat peluang yang lebih baik dalam pendidikan.
Contohnya Program Sarapan Pagi… Kuota kemasukan ke
Sekolah Berasrama Penuh dan lain-lain.

Begitulah teman bicara saya, Semoga beroleh manfaat
bersama.

Usaha yang gigih beserta doa
Resipi utama untuk berjaya
Janganlah malas dan berputus-asa
Tabah dan cekal pasti berjaya

Usaha Tangga Kejayaan!
Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version