The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tahukah anda, 2020-11-24 22:06:06

BUKU RESEPI ILKKL

BUKU RESEPI ILKKL

SELERA INSTITUT & PUSAT 35 RESEPI YANG SEDAP DAN MENYELERAKAN
WARISAN LATIHAN KEMAS

KANDUNGAN

SELERA WARISAN ILK & PLK 02 2 ISI KADUNGAN 21 RESEPI KUAH KACANG SIMPLE DAN
3 UCAPAN ALUAN KUIH BURGER MALAYSIA
4 CUCUR SAYUR
5 JEMPUT-JEMPUT LABU 22 IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
6 BESAMAH DAGING 23 LAKSA JOHOR
7 TALAM TOKYO 24 PETUA - PETUA MASAKAN ILK KUANTAN
8 BAKAR BERLAUK 25 GERANG DAGING ASAM
9 KEK PELANGI 26 RENDANG AYAM
10 APAM PISANG 27 KELEDEK BUAH MELAKA
11 KEK COKLAT KUKUS 28 MEE SUP IKAN BILIS
12 KUAH DALCA 29 MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI
13 NASI DAGING AIR ASAM UTARA 30 DAGING MASAK HITAM
14 SAMBAL GORENG JAWA 31 MEE KARI CENDAWAN
15 AYAM MASAK UNGKEP 32 APAM PURI/SUA/TOKYO
16 NASI LEMAK SAMBAL TUMIS IKAN BILIS 33 AYAM GORENG MAMAK
17 NASI MINYAK 34 POPIAH BASAH
18 SAMBAL TEMPE 35 TENGGIRI MASAK UTARA
19 IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS 36 KEROPOK LEKOR
20 GAMBAR KUAH KACANG SIMPLE 37 KETUPAT SOTONG BERLEMAK
38 NASI DAGANG TERENGGANU
DAN BURGER MALAYSIA 39 PENGHARGAAN
40 GALERI

UACLAUPAANN

Dato’ Mohamad Yasid bin Bidin ‫ﺑﺳﻡ ﷲ ﺍﻟﺭﺣﻣﻥ ﺍﻟﺭﺣﻳﻡ‬ Resipi ini amat mudah disediakan dan dilengkapi
Ketua Pengarah ‫ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻠﻳﻛﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔ ﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎﺗﻪ‬ dengan langkah-langkah penyediaan, tips memasak
KEMAS Malaysia serta gambar hidangan makanan. Di samping itu juga,
Alhamdulillah, saya merafakkan kesyukuran ke hadrat buku resipi ini adalah berbeza dari yang lain kerana
Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan ianya merupakan resepi yang disumbangkan oleh
keizinan-Nya, buku Selera Warisan ILK & PLK ini dapat Pembantu Pengendali Makanan ILK & PLK KEMAS
menjadi kenyataan. Tahniah dan syabas diucapkan seluruh Malaysia yang berpengalaman lebih dari 20
atas usaha dan iltizam untuk menghasilkan buku tahun. Makanan yang disediakan dalam menu telah di
resepi ini. rasai kesedapannya oleh semua peserta yang hadir di
ILK & PLK KEMAS.
Makanan merupakan satu keperluan asas yang Dengan julung-julung kalinya penghasilan buku
membolehkan manusia bekerja secara produktif dan Selera Warisan ILK & PLK ini diharap dapat menjadi
merasa selesa. Menyediakan makanan memerlukan rujukan dan panduan kepada pengendali makanan
kudrat, teknik dan air tangan pengendali yang menye- dan semua pengunjung di ILK & PLK. Tradisi masakan
diakan makanan yang disertakan dengan keikhlasan dan makanan dikekalkan dan dimanfaat sebaiknya
dan kasih sayang menjadikan masakan lebih sedap untuk dinikmati bersama.
dijamu. Gendang gendut tali kecapai, kenyang perut Akhir kata, semoga usaha gigih dan murni ini dapat
senang hati. Apatah lagi yang sedap menjilat jari. membantu meningkatkan mengekalkan kesedapan
dan tradisi masakan serta meningkatkan ilmu dan
kemahiran personel-personel KEMAS.

Dengan teknik masakan dan air tangan pengendali ‫ﺑﺳﻡ ﷲ ﺍﻟﺭﺣﻣﻥ ﺍﻟﺭﺣﻳﻡ‬ SELERA WARISAN ILK & PLK 03
makanan, buku Selera Warisan ini menghimpunkan ‫ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻠﻳﻛﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔ ﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎﺗﻪ‬

35 resepi dari ILK & PLK KEMAS seluruh Malaysia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
Bagi pihak KEMAS mengucapkan setinggi-tinggi dengan limpah kurnianya maka Buku Selera Warisan
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak ILK & PLK dapat direalisasikan. Semenjak tahun
yang terlibat, khususnya ILKKL di atas usaha 1980an, Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILKKL)
menghimpun dan menghasilkan buku ini. Semoga telah menyediakan pelbagai jenis masakan kepada

menjadi rujukan dan dimanfaatkan. peserta bagi proram yang dilaksanakan di ILKKL.
Tahniah dan Syabas.
Penghargaan dan pengiktirafan kepada ibu-ibu
pengendali makanan dari Institut dan Pusat Latihan En. Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi
(ILK & PLK) KEMAS dengan penuh kasih sayang Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
menyediakan makanan bermutu, sedap dan dijamin KEMAS Malaysia
berkualiti yang sering meniti di bibir para pengun-
jung ILK. Sebagai sebuah kenangan dan tidak pupus
dek zaman, resepi ini diabadikan melalui penghasilan

buku Selera Warisan ILK & PLK KEMAS.

‫ﺑﺳﻡ ﷲ ﺍﻟﺭﺣﻣﻥ ﺍﻟﺭﺣﻳﻡ‬ Dengan adanya buku resepi ini, keaslian masakan
‫ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻠﻳﻛﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔ ﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎﺗﻪ‬ dan cara penyediaannya dapat dikekalkan, kerana
semuanya terdapat dalam Buku Resepi ini.
Alhamdulillah, tahniah kepada Institut & Pusat Tahniah sekali lagi kepada ILKKL kerana membuka
Latihan KEMAS kerana berjaya merealisasikan satu jalan dan memulakan langkah bagi mengekalkan
versi berbentuk legasi – Selera Warisan ILK & PLK warisan ini.
KEMAS. Semoga dengan terhasilnya Buku Resepi ini akan
mencambahkan idea-idea lain untuk menerbitkan
Sebagaimana yang telah sedia diketahui, ILK & PLK sesuatu yang boleh menjadi rujukan pada masa
terkenal dengan kelazatan menu masakan hadapan.
masing-masing. Justeru itu, ini merupakan usaha Tahniah dan terima kasih.
yang baik dan patut dipuji dalam usaha memastikan
resepi-resepi ini tidak hilang ditelan zaman.

Pn. Nore’in binti Mohd Syukor
Pengarah

Bahagian Latihan & Pembangunan Profesional
KEMAS Malaysia

IKLLK

CUCUR
Bahan - bahan SAYUR

1 kg tepung gandum

1 batang lobak merah

200 gm kucai

200 gm taugeh

1 sudu teh baking powder

1 biji telur ayam

3 cawan air

Garam secukupnya

Sedikit serbuk kunyit

Minyak untuk menggoreng

SELERA WARISAN ILK & PLK 04 Dihidang bersama

Tauhu goreng – dipotong
Timun
Sengkuang
Telur direbus
Sos cili @ kuah kacang

Cara memasak

1.. Masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
3. Boleh dihidangkan bersama tauhu goreng, timun, sengkuang,
telur dan sos cili @ kuah kacang.

SITI NAZLIYAH BINTI EDRUS
ILKKL

IKLLK SELERA WARISAN ILK & PLK 05

JEMPUT JEMPUT
LABU

Bahan - bahan

1 biji labu sederhana
(diparut dengan mesin kelapa)

1 biji kelapa parut putih
3 biji telur

1 cawan susu tepung
150 gm gula

500 gm tepung gandum
1 sudu the baking powder

Cara memasak

1. Campurkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
2. Gaul dan ramas hingga sebati. Goreng dalam minyak yang telah
di panaskan.
3. Bila sudah kekuningan angkat dan toskan.
4. Hidangkan.

SAMSIAH BINTI CHE WAN SELAT
ILKKL

IKLLK

BESADMAAGHING

Bahan - bahan

2 kg daging dipotong 20 ketul

5 biji bawang besar – dimesin halus

200 gm rempah kari 5 ulas bawang merah

2 ketul gula melaka – dicairkan 4 ulas bawang putih

1 biji kelapa – kerisik 2 cm inci halia

Garam * Semua bahan dihiris

SELERA WARISAN ILK & PLK 06 * Semua bahan diperap

2 cm kulit kayu manis 1 ½ cawan minyak
4 biji buah pelaga 2 biji kelapa – santan
1 kuntum bunga lawang 5 biji bawang besar – dibelah 4
* Bahan untuk menumis Sedikit air asam jawa

Cara memasak

Panaskan minyak tumis bawang besar bersama bahan menumis. Masukkan bawang merah,
bawang putih dan halia bersama bahan menumis. Masukkan daging, hingga airnya kering.
Masukkan santan sehingga empuk dan pekat. Masukkan bawang yang telah dibelah 4.
Setelah siap, boleh dihias dengan buah gajus yang telah siap di goreng.

SAMSIAH BINTI CHE WAN SELAT
ILKKL

IKLLK

TALAM TOKYO

Bahan - bahan

Lapisan Atas

100 gm tepung kastard

700 ml santan

200 gm gula

Bahan - bahan 4 biji telur
¼ sudu the air alkali/kapur

Lapisan Bawah 1 sudu the perasa pandan SELERA WARISAN ILK & PLK 07

60 gm sohon (rendam hingga lembut dan potong) Sedikit garam
300 gm sagu biji (basuh dan toskan) Sedikit pewarna hijau

100 gm kelapa putih

400 ml santan cair

1 sudu teh garam

3 sudu gula pasir Cara memasak

Lapisan Atas

Cara memasak Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak
di atas dapur sehingga naik wap kemudian

Lapisan Bawah tuangkan adunan ke atas lapisan bawah.

Masukkan sagu biji ke dalam bekas. Kukus sehingga masak.

Campurkan kelapa parut, sohon, santan,

gula, garam dan gaulkan rata. Masukkan

ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.

Tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan

menjadi sama rata.

SAMSIAH BINTI CHE WAN SELAT
ILKKL

IKLLK

BAKAR
BERLAUK
Bahan - bahan
SELERA WARISAN ILK & PLK 08 C
A 3 cawan tepung gandum
300 gm daging cincang 1 cawan susu cair
(perap dengan 1 sudu lada sulah + garam) 3 sudu minyak sapi
3 ulas bawang putih 5 cawan santan
*1 labu bawang besar (daripada 1 biji kelapa)
*1 inci halia 4 biji telur
(mengelakkan bau hamis daging) Sedikit garam
* ( Ditumbuk dan ditumis )

B
*2 tangkai daun sup
*2 tangkai daun bawang
*2 biji cili merah
1 cawan bawang goreng
* ( Dihiris halus )

Cara memasak

Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan daging dan goreng
sehingga masak. Masukkan garam dan serbuk perisa. Setelah daging sejuk,
masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.

Kisar tepung gandum dalam, susu cair, santan, telur dan garam
sehingga sebati. Panaskan loyang. Masukkan minyak sapi
kemudian masukkan adunan tepung. Masukkan daging ke
dalam adunan selepas 5 minit.

SAMSIAH BINTI CHE WAN SELAT
ILKKL

IKLLK SELERA WARISAN ILK & PLK 09

KEK PELANGI

Bahan - bahan

375 gm tepung naik sendiri
10 biji telur
375 gm mentega
375 gm gula halus
1 cawan the esen ros
1 cawan the esen vanilla
Pewarna merah dan hijau
Secubit garam

Cara memasak

Pukul gula dan mentega hingga sebati, Pukul kuning telur sebiji demi sebiji. Pukul putih
telur dalam bekas lain sehingga naik dan kembang. Masukkan garam ke dalam tepung.
Kemudian masukkan ke dalam adunan bergilir-gilir dengan telur putih sambil dikacau
perlahan. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan lebihkan warna putih. bahagian
putih (dibubuh esen ros) dan bahagian warna(bubuh esen vanilla). Alas acuan dengan
kertas dan sapu mentega.

Cara mengatur corak

Tuang warna putih 1 sm biar rata. Tuang adunan merah ditengah. Jangan sampai ketepi.
Tuang adunan hijau di tengah dalam 2 sm. Tuang adunan putih, biar sampai rata meliputi
tempat kosong. Bakar menggunakan api sederhana sampai masak.

SAMSIAH BINTI CHE WAN SELAT
ILKKL

SELERA WARISAN ILK & PLK 10 IKLLK

APAM
PISANG

Bahan - bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas
1 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara memasak

Satukan gula, minyak, pisang, telur, susu pekat di dalam
mesin pengisar. Kisar sehingga sebati. Tepung gandum,
baking powder, soda bikarbonat disatukan dalam adunan
yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan
ke dalam loyang yang bersesuaian. Kukuskan selama
30 minit sehingga masak.

Tip

Pastikan air kukusan mendidih baru
masukkan adunan apam untuk dikukus

SITI NAZLIYAH BINTI EDRUS
ILKKL

IKLLK

KEKKUKCUOSKLAT

Bahan - bahan

Bahan B (Topping) Bahan A
4 sudu besar koko 1 mug minyak masak
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak 1 mug susu cair
2 sudu besar susu cair 1 mug susu pekat
1 mug serbuk koko
Cara memasak ½ mug gula pasir SELERA WARISAN ILK & PLK 11

4 biji telur saiz A
1 ½ sudu the baking powder

1 ½ soda bikarbonat
Esen vanila, garam

1 ½ mug tepung gandum

Campur semua bahan A dan kisar sehingga sebati. Tip
Masukkan adunan tadi dalam tepung dan kacau
sehingga sebati. Masukkan adunan yang telah Pastikan panaskan air kukusan
sebati tadi dalam loyang 12 inc X 4 inci. Tutupkan dahulu. Setelah didih, kurangkan
guna aluminium foil dan kukuskan selama 45 minit kepanasan api dan masukkan kek
ke atas. Cucukkan dengan lidi tengahnya sehingga untuk dikukus.
kering. Sehingga kek masih basah, kukuskan lagi
dalam 10 minit. Satukan semua Bahan B dan kacau
atas api hingga pekat dan sebati. Apabila sejuk,
tuangkan di atas kek.

SITI NAZLIYAH BINTI EDRUS
ILKKL

SELERA WARISAN ILK & PLK 12 IKLLK

KUAH DALCA

Bahan - bahan

½ cwn kacang dhal
½ pek serbuk kari daging (pek paling kecil)
3 ulas bawang putih (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
½ ulas bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang merah (dikisar)
2@3 tangkai cili kering (dikisar)
daun kari
buah pelaga, kulit kayu manis & bunga lawang
kaki & tengkuk ayam
1 biji ubi kentang
½ carrot
1 biji terung bulat/panjang
sedikit kacang panjang
1@2 keping asam keping
santan ½ bji kelapa/santan ½ kotak pek paling kecil

Cara memasak

Cuci bersih dan masak/rebus kacang dhal dengan sedikit garam di dalam periuk hingga
agak lembut lebih kurang 20 minit. Bila kacang dh lembut. padamkan api dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga
lawang bersama daun kari sehingga naik bau.Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan

masukkan serbuk kari (bancuh dengan air) dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan
santan dan kacau perlahan dengan api sederhana. Masukkan asam keping, kacang dhal,

kaki, dan tengkuk ayam. Seterusnya, masuk ubi kentang danlobak merah. Lebih kurang
10 minit, masukkan terung. Tambah sedikit air sesedap mata memandang atau sehingga

menutupi sayur. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan perasakan dengan gula,
garam, dan serbuk perasa.

MARSILA BINTI MAHADI
ILKKL

IKLLK

NAASSI ADMAGUITNAGRAAIR

Bahan - bahan Cara memasak

Bahan Nasi Bahan Sup Rebus daging bersama air dan halia sehingga empuk. SELERA WARISAN ILK & PLK 13
Basuh beras. Panaskan sedikit minyak dan minyak
3 pot beras ½ kg daging sapi. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah
3 pot air rebusan daging 1 inci halia pelaga dan daun pandan sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh
minyak sapi 1 biji bawang besar dengan sedikit air. Tumis semua bahan sehingga
garing dan pecah minyak. Masukkan air rebusan
2 biji bawang merah dimayang 1 biji bawang merah daging ke dalam beras yang telah di basuh dan
1 biji bawang putih masukkan bahan tumis tadi. Masukkan susu cair,
1 ulas bawang putih dihiris garam dan sedikit hirisan daging. Tutup periuk dan
kulit kayu manis biarkan sehingga masak. Blend bawang besar,
½ inci halia bawang merah, bawang putih. Panaskan minyak dan
bunga cengkih tumis bahan yang telah di blend bersama kulit kayu
sehelai daun pandan manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah
buah pelaga pelaga. Setelah garing dan pecah minyak, masukkan
kulit kayu manis ke dalam periuk rebus daging. Tambah pes sup siam,
½ paket pes sup siam sup bunjut, garam dan susu cair. Untuk air asam,
bunga lawang hiris bawang besar, tomato dan 2 biji cili besar.
1 bungkus sup bunjut Blend cili besar, cili padi, belacan, garam, gula, sedikit
buah pelaga bahan hiris tadi dan air asam jawa.
½ paket kecil rempah kurma 2/4 cawan susu cair Selepas bahan-bahan tadi halus masukkan kerisik dan
blend semula dalam 3 saat. Gaulkan bahan blend
½ cawan susu cair bersama bahan yang dihiris tadi. Tambah air asam
jawa jika perlu.
sedikit hirisan daging yang telah empuk

Bahan Air Asam
½ biji bawang besar
5 biji cili besar
5 biji cili padi
1 biji tomato
2 cawan air asam jawa
sedikit belacan
½ sudu besar kerisik

MARSILA BINTI MAHADI
ILKKL

IKLLK

SAMBAL GORJAEWNAG

Bahan - bahan

1/8 Kobis

10 batang kacang panjang (dihiris serong)

So hoon *

Tahu kering (fucuk) *

SELERA WARISAN ILK & PLK 14 3 biji kentang ** 3 biji bawang besar ***
2 keping tahu ** 7 biji bawang putih ***
1 keping tempe ** Ikan bilis
5 batang lada hijau Kicap manis
5 batang merah Asam jawa

* Direndam dan dipotong Pati santan
** Dipotong dadu Sedikit belacan
*** Dikisar Garam / gula secukup rasa
Minyak masak

Cara memasak

Goreng kentang, tempe, tahu separuh masak. Ketepikan. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar
hingga naik pati santan dan sedikit belacan. Masukkan so hoon dan tahu kering yang telah
direndam dan dipotong. Masak sehingga sohoon dan tahu kering lembut. Masukkan
bahan - bahan yang digoreng. Masukkan kobis dan akhir sekali kacang panjang. Kacau
sehingga sayuran masak, masukkan perasa.

MARSILA BINTI MAHADI
ILKKL

IKLLK

AYAM MASAK
UNGKEP

Bahan - bahan Cara memasak SELERA WARISAN ILK & PLK 15

5 ketul ayam Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
1 biji bawang merah Masukkan ayam dan masak selama 10 minit.
5 ulas bawang putih Kemudian masukkan air, asam keping, garam, gula
¼ halia dan serbuk perasa secukupnya. Masukkan air sehingga
¼ kunyit menutupi ayam yang di masak. Masak sehingga empuk.
3 batang serai
1 sudu teh ketumbar Tip
1/3 sudu teh jintan halus
½ sudu teh jintan kasar Jika termasuk lebih air tetapi ayam dah empuk dan
Cili padi mengikut citarasa lembut, keluarkan ayam tersebut sehingga kuah pekat
1 keping asam keping dan tuang di atas ayam.
Garam
Gula
Serbuk perasa

MARSILA BINTI MAHADI
ILKKL

IKLLK

NASI LEMAK &
SAMIKBAANL TBUILMISIS

SELERA WARISAN ILK & PLK 16 Bahan Nasi Lemak Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis
2 cawan beras 30 tangkai cili kering
1 kotak kecil/cawan santan 100 gram ikan bilis
1 helai daun pandan 1 cawan minyak masak
1 sudu buttercup 1/3 gula melaka
3 cawan air 1 sudu teh garam
1 sudu kecil garam 1/2 kiub ikan bilis
1/2 sudu teh pati asam
2 biji bawang besar
1/2 bawang holland

Cara memasak Nasi Lemak Cara memasak
Sambal Tumis Ikan Bilis
Beras dibersihkan sebanyak 3 kali,
masukkan santan, daun pandan, Cili dipotong, dikeluarkan bijinya
air, buttercup dan garam, Masak serta direbus dan dikisar. Bawang
sehingga mendidih kacau semua dikisar halus, Panaskan minyak,
bahagian sehingga sekara, masak masukkan bahan yang dikisar,
sehingganasi masak sepenuhnya tumis sehingga mendidih
dan hidangkan masukkan ikan bilis, gula melaka,
garam kiub bilis. Masak sehingga
sekata dan pekat.

SALWAH BINTI MD SOOD
ILKKL

IKLLK

NASI
MINYAK

Bahan - bahan Cara memasak SELERA WARISAN ILK & PLK 17

2 cawan beras basmathi Beras dibasuh dan ditoskan. Basuh semua bahan yang ditumis,
1 sudu besar minyak masak panaskan minyak, tumiskan kayu manis,cengkih bunga lawang,
1 sudu besar minyak sapi buah pelaga, bersama daun sup dan daun pandan, masukkan
1 sudu besar mentega bahan yang dihiris dan biar sehingga kekuningan. Masukkan bahan
1 helai daun pandan yang ditumis bersama minyak ke dalam beras yang telah ditos dan
1 helai daun sup masukkan di dalam rice cooker masuk susu cair dan air. Setelah
1/2 cawan susu cair masak, buang lubang dan masukkan pewarna kuning, biarkan
3 cawan air sebentar, selepas itu kacau nasihingga rata,
1 batang kayu manis
3 biji cengkih Tip
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang Jika ingin menambah kismis dan kekacang dan gaulkan semula.
1 biji bawang besar Setelah itu taburkan bawang goreng dan hidangkan.
3 biji bawang putih
Secubit halia

SALWAH BINTI MD SOOD
ILKKL

IKLLK

SAMTBEAMLPE

SELERA WARISAN ILK & PLK 18 Bahan - bahan Cara memasak

3 Biji kentang Tempe dihiris nipis dan digoreng, Tauhu dipotong
1 Keping tauhu kecil dan digoreng. Kentang dikupas halus, dipotong
100gm Ikan bilis nipis dan digoreng. Cili direbus dan dikisar bersama
10 tangkai cili kering bawang putih. Tumis cili dan bawang putih sehingga
3 ulas bawang putih garing dan masukkan gula pasir, gula Melaka, kiub
½ sudu kecil garam (secukupnya) bilis, garam dan juga asam keping. Biarkan sehingga
50gm gula Melaka bahan-bahan yang ditumis sejuk. Masukkan
50gm gula pasir bahan-bahan yang digoreng tadi dan gaul sehingga
1 keping asam keping sebati. Siap untuk dihidang.
½ kiub bilis

Tip

Untuk menjadikan sambal tempe lebih tahan lama,
gantikan asam keping kepada limau nipis dan
perahkan asam nipis semasa sambal masih panas.

SALWAH BINTI MD SOOD
ILKKL

IKLLK

IKAN PARI
ASAMMAPSEADKAS

Bahan - bahan

5 Potong ikan pari Tip SELERA WARISAN ILK & PLK 19
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar Untuk memastikan ikan pari tidak berbau,
½ inci kunyit hidup basuh dan bersihkan dengan air kapur dan
½ inci halia biarkan selama 10 minit sebelum direndam
3 ulas bawang putih asam jawa dan juga garam.

1 pokok bunga kantan
5 batang daun kesum
2 batang serai
Serbuk perasa dan garam secukup rasa serta sedikit helba
1 sudu pes asam jawa/ 1 cawan air asam jawa

Cara memasak

Ikan pari dibersihkan dengan asam jawa dan garam untuk menghilangkan bau hanyir. Cili
direbus dan dikisar halus bersama bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia. Panaskan
minyak dan masukkan halba, serai serta bahan-bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga
naik minyak. Masukkan bunga kantan dan ikan pari. Gaulkan sehingga ikan sebati dengan
bahan tumisan. Masukkan asam jawa dan biarkan mendidih, masukkan
daun kesum, garam, serbuk perasa, biarkan sehingga mendidih.
Siap untuk dihidang.

SALWAH BINTI MD SOOD
ILKKL

KUAILNKTAN
PETUA-PETUA MASAKAN ILK KUANTAN

SELERA WARISAN ILK & PLK 24 Hilangkan lendir bendi Ikan kering tidak berulat

Menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan ditempat panas,
Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum taburkan sedikit lada hitam yang telah ditumbuk
diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kasar keatasnya. Dengan cara ini, lalat tidak akan
kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping hinggap pada ikan kering lagi.
tersebut apabila sayur hendak diangkat.
Nasi berbau hangit
Membersihkan kerang
Cubalah cepat-cepat ambil daun pisang, masukkan
Kerang direndam ke dalam air, kemudian ambil kedalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat.
pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja.
Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas Saderi segar
dengan kerang. Kulit kerang akan bersih dan putih.
Cara nak simpan saleri yang lebih bagus, adalah
Taugeh segar membalut saleri dengan aluminium foil. Ianya boleh
tahan lebih kurang seminggu.
Untuk menjadikan taugeh segar walaupun disimpan
beberapa lama, masukkan taugeh yang dibeli Hanyir ikan patin
ke dalam air yang dicampurkan dengan sedikit
garam. Taugeh akan segar dan tidak masam. Ikan patin dibersihkan terlebih dahulu, kemudian
dilumurkan dengan asam jawa atau limau nipis.
Elakkan sayur keladi gatal Cara ini juga dapat pejalkan isi ikan patin tersebut.

Keladi yang telah dipotong, dibersihkan terlebih
dahulu. Panaskan air didalam periuk sehingga
mendidih dan masukkan beberapa keping asam
keping. Kemudian masukkan keladi tersebut buat
seketika dan toskan.

CHE NIK BINTI DOLLAH
ILK KUANTAN

MUNAWARAH BINTI MUJIR
ILK KUANTAN

MEPLLAKKA

DAGGIENRGANAGSAM

Bahan - bahan 4 batang serai diketuk dan dibakar SELERA WARISAN ILK & PLK 25
1 cawan cili kering siap dikisar
600 gm daging direbus ½ sudu jintan putih + jintan manis
Minyak masak untuk menumis 1 sudu besar asam jawa
5 biji bawang merah Daun limau purut
5 ulas bawang putih Garam secukupnya
Kunyit hidup saiz ibu jari
Lengkuas
Halia

Cara memasak

Rebus daging sehingga lembut. Bakar serai dan lengkuas. Sangai jintan manis, jintan putih
dan lada hitam dan dikisar. Bawang putih, bawang merah, kunyit dan buah keras dikisar.
Panaskan kuali dan minyak. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga naik bau.
Masukkan cili yang dikisar. Masukkan serai dan lengkuas yang diketuk dan dibakar. Bila
cili garing, air asam jawa dan daun limau. Masukkan daging yang telah direbus.
Masak sehingga sebati.

HADIJAH BINTI YUSOP
PLK MELAKA

SELERA WARISAN ILK & PLK 26 MEPLLAKKA

RENDANG
AYAM

Bahan - bahan

½ ekor ayam (dipotong)
1 kotak kecil santan
1 peket kecil kerisik
5 helai daun limau purut (dihiris halus)
½ sudu besar garam
3 helai daun kunyit (hiris halus)
1 ½ cawan air

Bahan - bahan dikisar

15-18 tangkai cili kering
(kepedasan mengikut citarasa )
7 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 halia, kunyit dan lengkuas sebesar ibu jari
4 batang serai
1 cawan minyak masak

Cara memasak

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan
yang dikisar. Masukkan santan sehingga mendidih.
Masukkan ayam. Bila hampir kering, masukkan
kerisik, daun kunyit dan limau purut.
Perasakan dengan garam dan gula.

HADIJAH BINTI YUSOP
PLK MELAKA

MEPLLAKKA SELERA WARISAN ILK & PLK 27

KELEDEK
BUAH MELAKA

Bahan - bahan

5 sudu besar tepung pulut
1 mangkuk kecil keledek direbus dan dilenyek
5 helai daun pandan dikisar dan ambil jus secukupnya
Gula Melaka dipotong dadu bersaiz kecil
½ biji kelapa muda parut yang putih
Sedikit garam digaul di kelapa parut

Cara memasak

Rebus keledek sehingga lembut. Kulit dibuang dan dilenyek sehingga hancur. Campurkan
tepung pulut. Masukkan air sedikit demi sedikit. Bentukkan bulat dan masukkan gula
melaka di tengah. Masak air sehingga mendidih. Masukkan tepung yang telah dibulatkkan.
Bila terapung, angkat dan golekkan ke dalam kelapa parut. Sedia untuk dihidang.

HADIJAH BINTI YUSOP
PLK MELAKA

KEPALPALKBATAS

IKMAENE BSIULIPS

Bahan - bahan

500g Mee Kuning

200g Ikan Bilis Bahan untuk sambal
1 peket Bebola Ikan
500g Isi kerang yang telah direbus
2 labu Bawang Besar
200g Pes cili
SELERA WARISAN ILK & PLK 28 3 ulas Bawang Putih
2 labu Bawang Besar
1 inci Halia 3 ulas Bawang Putih Bahan untuk hiasan
1 batang Kulit Kayu Manis 1 keping asam keping
3 kuntum Bunga Lawang Garam Gula Sawi
2 kuntum Bunga Cengkih Taugeh
Telur Rebus
5 biji Buah Pelaga Bawang Goreng

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak Cara memasak sambal

Kisar ikan bilis, bawang besar, Kisar halus bawang besar dan bawang
bawang putih, dan halia. Masukkan putih. Tumis hingga kekuningan.
semua bahan ke dalam periuk Masukkan pes cili dan asam keping.
berisi air. Setelah mendidih masukkan Setelah pecah minyak masukkan
bebola ikan. Perasakan garam dan isi kerang. Perasakan garam dan gula.
gula secukup rasa.

MUSALMAH BINTI SHAFIE
PLK KEPALA BATAS

KEPALPALKBATAS

MACSIALIKALPEIMAK
PUCUK UBI

Bahan - bahan Cara memasak SELERA WARISAN ILK & PLK 29

2 ikat Pucuk Ubi Pucuk ubi direbus dan dipotong kasar.
200g Ikan Bilis Kisar ikan bilis, bawang besar, kunyit
200g Isi Ikan Kembung Yang Telah Direbus hidup. Masukkan semua bahan
50g Cili Padi ke dalam periuk. Masukkan santan
1 labu Bawang Besar cair. Setelah semua bahan sebati
2 inci Kunyit Hidup masukkan isi ikan. Akhir sekali masukkan
2 batang Serai santan pekat
2 helai Daun Kunyit
2 keping Asam Keping
200g Santan Cair
300g Santan Pekat

MUSALMAH BINTI SHAFIE
PLK KEPALA BATAS

KEPALPALKBATAS

DAGING MASAK
HITAM
Bahan - bahan
SELERA WARISAN ILK & PLK 30 Tip
50g Ketumbar
1 batang Kulit Kayu Manis 1. Untuk mengelakkan nasi berketul,
3 kuntum Bunga Lawang masukkan minyak masak
3 kuntum Bunga Cengkih
Kicap Pekat Manis 2. Untuk mengelakkan periuk jadi
Minyak untuk menumis hitam semasa merebus telur,
Garam secukup rasa masukkan asam keping
1kg Daging
100g Pes Cili
2 labu Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
2 batang Serai
50g Jintan Manis
50g Jintan Putih

Cara memasak

Daging dipotong nipis. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih
dan ketumbar. Perap daging bersama bahan kisar, kicap dan pes cili selama sejam. Tumis
kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan bahan perapan.
Perasakan garam.

MUSALMAH BINTI SHAFIE
PLK KEPALA BATAS

KEPALPALKBATAS

MEE KARI
CENDAWAN

Bahan - bahan ½ bungkus besar rempah kari daging SELERA WARISAN ILK & PLK 31
4 bungkus cendawan (dicarik)
Mee kuning atau kueh tiew 1 kilo udang
1 cawan ikan bilis (dihancurkan) Air, garam dan gula secukupnya
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus) 2 helai daun pandan
3 ulas bawang merah Minyak masak
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk kentang (dikisar)

Cara memasak

Celur Mee kuning atau kueh tiew hingga masak. Panaskan minyak, tumis bawang merah
bersama daun pandan hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Bila pecah minyak,
masukkan ikan bilis, santan, buah keras, bawang putih dan air. Kemudian kemudian
masukkan kentang dan bahan perasa. Bila sudah mendidih, masukkan udang,
cendawan dan daun pandan yang selebihnya sehingga mendidih.

SUHAINI BINTI OTHMAN
PLK KEPALA BATAS

KEPALPALKBATAS

PURI/SAUPAA/MTOKYO

Bahan - bahan

SELERA WARISAN ILK & PLK 32 3 cawan tepung gandum Bahan - bahan untuk inti
1 biji telur
1 peket yis 1 cawan tepung gandum
4 sudu teh gula 2 sudu besar tepung kastard
2 cawan air 1 cawan gula
Sedikit garam Warna kuning

Pewarna kuning

* Semua bahan diatas hendaklah dikisar

dan diperap lebih kurang 5 minit

Cara memasak Cara memasak inti

Kisar semua bahan kulit dan perapkan Blend semua bahan kat atas dan
selama 5 minit. Tuangkan adunan seperti kacau sampai likat seperti gambar
penkek dan jangan terbalikkan. Masak di bawah. Masak guna api
sampai atas nampak kering. Angkat dan yang kecil sahaja.
letakkan inti seperti karipap. Tekankan
bahagian tepi bagi melekat.
Siap untuk dihidangkan.

SUHAINI BINTI OTHMAN
PLK KEPALA BATAS

KEPALPALKBATAS

AYMAAMMGAOKRENG

Bahan - bahan Bahan untuk dikisar SELERA WARISAN ILK & PLK 33

1 ekor ayam. ( Potong 10) 6 ulas bawang putih.
6 sudu makan tepung jagung. 2 inci halia.
6 sudu makan tepung beras. 5 tangkai cili kering.
3 tangkai daun kari. 2 sudu makan rempah kari.
1 biji telur.
Garam secukup rasa.
1 sudu makan serbuk lada sulah.

Cara memasak

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama
1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

3. Sangat senang kan. Hanya dengan dua step anda dapat menikmati ayam
goreng mamak kesukaan anda.

ZAWAYAH BINTI JIWA
PLK KEPALA BATAS

IKLLK SALWAH BINTI MD SOOD
ILKKL
KUAH KACANG SIMPLE

SELERA WARISAN ILK & PLK 20 KUAILNKTAN MUNAWARAH BINTI MUJIR
ILK KUANTAN
BURGER MALAYSIA

KUAH KACANG SIMPLE

Bahan - bahan Tip

1/2 Kg kacang tanah 1 ketul besar gula melaka Untuk mengelakan kuah
20 tangkai cili kering 1 sudu kecil garam kacang daripada melimpah,
5 ulas bawang putih 2 sudu besar minyak masak letakkan senduk di atas periuk
1/2 kiub bilis 1 liter air
1 sudu kecil asam jawa paste

Cara memasak

Kacang tanah dibersihkan dan dikisar halus separuh kasar. Cili kering direbus dan dikisar
halus bersama bawang putih. Panaskan minyak, masukkan cili kering dan bawang putih
yang dikisar tadi. Masukkan kacang tanah yang dikisar, asam jawa paste dibancuh dengan
1 liter air,masukkan air asam jawa yang telah dibancuh, masukkan gula melaka, garam
dan kiub bilis.Biarkan mendidih sehingga keluar minyak, perlahankan api dan biarkan
sehingga betul betul masak

BURGER MALAYSIA SELERA WARISAN ILK & PLK 21

Bahan - bahan 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula halus
2 cawan (256g) tepung gandum 180ml air suam
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar majerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis

Cara memasak

1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit
gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
2. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian
masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
3. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
4. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
5. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau
kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
6. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda
mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
7. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu
leper,cuma tekan sedikit sahaja.
8. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
9. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas
kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
10. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai
terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.

Tip

Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya
doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat

KUAILNKTAN

LAKSA JOHOR

Bahan - bahan Bahan Kisar

1 paket spaghetti 5 batang serai
1kg ikan sardin/selayang 2 inci halia
¾ cawan rempah kari ikan Babas 2 inci lengkuas
½ cawan cili kering yg dikisar 5 biji bawang besar
¾ cawan udang kering 3 biji bawang putih
(cuci bersih, kering dan kisar)
250g Udang Basah Bahan Ulam Ulaman
2 cawan santan pekat
3 cawan air Timun
½ cawan minyak masak Taugeh
1 sudu besar kerisik Daun kesum/daun selasih
Garam dan Serbuk perasa Limau kasturi
Lobak asin
Bahan Sambal Belacan Bawang merah

SELERA WARISAN ILK & PLK 22 Cili kering - rebus
Belacan bakar

Cara memasak

- Ikan dibersihkan dan direbus. Selepas direbus beberapa minit, Ikan perlu dicarikkan dan buang tulang. Kisar ikan yg telah
dibuang tulang dengan air rebusan tadi. Ketepikan.
- Panaskan periuk dan letakkan 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari
ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
- Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau
rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
- Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Cara memasak spagetti Cara membuat sambal belacan

Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.
air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan
spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, Ulam ulaman
tapis dan siram air sejuk sehingga hilang
panasnya atau cuci bawah air paip. Tos airnya Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar
dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat. diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum,
limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih
boleh bubuh.

Cara Hidangan

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah.
perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.

MUNAWARAH BINTI MUJIR Tip
ILK KUANTAN
1. Selain dari ikan selayang atau sardin, ikan
parang lagi sedap dan manis untuk buat laksa johor.
2. Nak bagi lagi ummpph pada kuah laksa boleh
juga tambahkan ikan kurau masin bagi menambah
rasa.

KUAILNKTAN

IKAN PATIN
PTEAMHPAONYGAK

Bahan - bahan 1 tangkai bunga kantan- belah 4 SELERA WARISAN ILK & PLK 23
Sedikit daun kesum
5 ketul ikan patin 1 keping asam keping
5 tangkai cili api Garam
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak

Cara memasak

1. Tumbuk cili padi dan kunyit. Masukkan air secukupnya dan masak bersama bahan tumbuk.
Masukkan bunga kantan.

2. Bila mendidih pekat, baru masukkan ikan. Jangan lama sangat sebab isi ikan patin lembut.
Masukkan daun kesum.

3. Sesuaikan rasa. Jika kurang masam,baru masukkan asam keping.

Tip

Untuk menghilangkan hanyir, lender dan
pejalkan isi ikan patin ialah basuh bersih
dan lumurkan ikan dengan air asam jawa

atau asam limau.

CHE NIK BINTI DOLLAH
ILK KUANTAN

KEPALPALKBATAS

POPIA BASAH

Bahan Kulit popia Bahan Inti

2 cawan tepung gandum 1 cawan sengkuang parut

1 biji putih telor 1 cawan lobak merah parut

¾ cawan air 1 cawan taugeh

2 sudu makan cuka 1 cawan zucchini / timun

Secubit garam 3 ulas bawang putih

(cincang halus)

Bahan Sos Garam dan serbuk lada sulah
1 cawan kacang tanah goreng
3 sudu besar cil kisar
(tumbuk kasar)
½ labu bawang besar
SELERA WARISAN ILK & PLK 34 ½ cawan bawang goreng
3 ulas bawang putih

1 sudu besar udang kering Cara membuat
( rendam dan tos )
1 biji ubi kentang 1. Campur kesemua bahan kulit ke dalam mangkuk adunan, gaulkan, kemudian tutup
( rebus ) dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya setengah jam.
2 sudu besar bawang goreng 2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali non stick.
1 sudu besar kicap pekat 3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dahuludan kemudian sapukan bahagian tengah .
4 sudu besar gula pasir 4. Ratakan membulat di dalam kuali,biarkan seketika hingga masak.
( sos perlu manis ) 5. Angkat kulit popia dan letakkan dalam pinggan.
½ keeping gula Melaka 6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sos,tabur dengan kacang tanah.
Garam secukup rasa Letakkan inti dan 2 keping salad dantaburan bawang goreng.
¼ cawan air asam jawa 7. Lipat , gulung dan sedia untuk di makan.

Cara membuat inti

Panaskan sedikit minyak ,goring bawang putih hingga keperangan. Masukkan lobak merah dahulu , di ikuti sengkuang,
taugeh dan timun. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebentar hingga rata, kemudian angkat.

Cara membuat sos

1. Masukkan kesemua bahan sos ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama satu cawan air dan biarkan merenih dengan api perlahan sehingga pekat.
3. Masukkan air asam jawa ,kicap ,gula, gula Melaka dan garam secukupnya. Reneh sehingga kuah hampir pekat.

Cadangan lain

tauhu goreng hiris halus dan telur dadar,daun salad (jika suka)

ZAWAYAH BINTI JIWA
PLK KEPALA BATAS

KEPALPALKBATAS

TENGGIRI
MASAK
UTARA

Bahan - bahan Cara memasak SELERA WARISAN ILK & PLK 35

Ikan tenggiri/kembung - goreng 1. Masukkan minyak dan tumiskan
Halia - hiris nipis bawang putih, bawang merah, halia dan
Bawang putih - hiris nipis/belah 2 biji sawi – sehingga kekuningan.
Bawang merah kecik - belah 2 2. Masukkan air, cuka, gula
Cuka biasa / Cuka epal – biar mendidih.
Sedikit biji sawi 3. Masukkan ikan dan cili
Cili merah + Cili api - secukup rasa dan kuah agak pekat.

Tip Masakan 2. Telur Rebus Cantik
Nak rebus telur untuk nasi lemak, tapi telur
1. Nasi Mengekalkan Kelembutan Cekodok. kuning tu jadi warna kelabu kat luar nya...
Ramai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan tak cantik...pastu telur kuning dok kat tepi...
segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat Senang je tu ...macam ni...rebus air sampai
membantu melembutkan cekodok anda. mengelegak...masukkan telur dan kacau
Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah air tu masa tengah masak...lepas tu masak
dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan dalam 12 minit...pasti telur kuning nye cantik
campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan berada kat tengah tu...
dan goreng seperti biasa. Ini dapat mengelakkan
cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan
kelembutan cekodok walaupun sudah
lama digoreng.

ZAWAYAH BINTI JIWA
PLK KEPALA BATAS

TERKENUPLAGKLGAANU

KEROPOK
LEKOR

SELERA WARISAN ILK & PLK 36 Bahan - bahan Bahan Sambal Colek

2 kg Ikan Selayang 1 Cawan Gula Merah
(Ikan Sardin, Ikan Kembung, Ikan Tamban) 3 Sudu Besar Cili Giling/Kisar
1 kg Sagu Rumbia Air Asam Jawa (Ikut rasa)
Garam & Serbuk Perasa Garam Secukupnya
Belacan Sebesar Ibu Jari
2 Cawan Air

Cara membuat keropok lekor

1. Siang ikan buang kepala, perut serta ekornya dan dibersihkan. Ambil isinya sahaja
kemudian sukat semula setiap 2 mangkuk isi ikan gunakan 1 ½ mangkuk sagu rumbia.
2. Kisar atau tumbuk isi ikan hingga hancur. Gaul bersama sagu rumbia, garam dan serbuk
perasa hingga boleh di gentel.
3. Ambil adunan anggaran segengga, gentel bulat memanjang sambil taburkan sedikit
tepung sagu rumbia supaya tidak melekat.
4. Apabila semua adunan habis di gentel, keropok tadi hendaklah direbus sehingga masak
dan timbul. Potong dan hidangkan bersama sambal colek ( air lada ).

Cara membuat sambal colek

1. Masak gula merah dengan 2 cawan air sampai larut.
Masukkan air asam jawa yang sudah
diramas belacan.
2. Masukkan cili dan garam secukup rasa. Masak
sampai pekat dan hidangkan
bersama keropok lekor.

FADHILAH BINTI ALI
PLK KUALA TERENGGANU

TERKENUPLAGKLGAANU

KETUPAT
BSOERTOLENMGAK

Bahan - bahan Cara memasak SELERA WARISAN ILK & PLK 37

15 ekor sotong basah Sotong dibuang kepala dan disiat kulitnya kemudian
1 ¼ cawan beras pulut bersihkan. Kelapa diperah ambil satu cawan santan
1 biji kelapa pekat dan lima cawan santan cair. Bersihkan beras
1 cm halia pulut, toskan airnya dan rendam ke dalam santan
5 ulas bawang merah pekat bercampur garam selama 1 ½ jam. Isikan pulut
½ sudu halba yang berendam santan tadi ke dalam badan sotong
Garam dan gula secukup rasa anggaran setengah badan sotong, sematkan dengan
lidi supaya isinya tidak keluar. Apabila semua sotong
sudah berisi pulut,isikan ke dalam periuk dan tuangkan
santan cair,masukkan halia halba,bawang merah,
garam dan gula. Didihkan hingga santan menjadi pekat
dan hamper kering

Tip Ketupat Sotong Berlemak

1. Supaya kelihatan putih (ketupat sotong Terengganu)
hendaklah dibuang kulit sebersih-bersihnya.

2. Supaya tidak cepat basi jagan ditutup sewaktu masih
panas apabila sudah selesai memasaknya.

AZIZAH BINTI OMAR
PLK KUALA TERENGGANU

TERKENUPLAGKLGAANU

NASI DAGANG
TERENGGANU

SELERA WARISAN ILK & PLK 38 Bahan - bahan Bahan gulai ikan
Tongkol@aya
4 kg Beras siam wangi
2 kg Santan 1 ekor Ikan Tongkol@aya
5 inci Halia * 1 inci Halia
20 biji Bawang Merah * 1 inci Lengkuas
(dihiris halus) * 2 inci Kunyit Hidup
1 sudu besar Halba 20 biji Bawang merah
10 keping Asam keping
Bahan merebus ikan 3 sudu Kerisik
3 sudu Rempah Nasi Dagang Terengganu
2 inci Halia 1 senduk Cili Kisar
2 inci Lengkuas 5 biji Empat sekawan
5 keping Asam Keping (bunga lawang, cengkih, biji pelaga dan kulit kayu manis)
2 biji Bawang Besar (dipotong 4)
Garam secukup rasa

Cara memasak nasi dagang Cara memasak gulai nasi dagang

1. Rendamkan beras siam wangi selama 8-10 jam 1. Tumiskan rempah, bahan kisar dan cili kisar sehingga
2. Kukus beras selama 1 jam pecah minyak
3. Angkat dan gaulkan dengan air sehingga sekata 2. Masukkan sedikit air bersama santan, asam keping
dan cukup masak dan kerisik biarkan mendidih dan
4. Kukus semula untuk 45 minit pecah minyak
5. Angkat dan gaulkan bersama santan pekat yang 2. Masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak
sudah dicampur dengan garam dan gula secukup
rasa
6. Taburkan bersama halba dan hirisan bawang
merah

NURUL TASMA BINTI RAMLY
PLK KUALA TERENGGANU

PENGHARGAAN SELERA WARISAN ILK & PLK 39

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada :
Semua pihak yang menjayakan penghasilan buku

SELERA WARISAN ILK & PLK KEMAS

PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN INSTITUT & PUSAT LATIHAN KEMAS PUSAT LATIHAN KEMAS PUSAT LATIHAN KEMAS
MELAKA KEPALA BATAS

PUSAT LATIHAN KEMAS
KUALA TERENGGANU

INSTITUT LATIHAN KEMAS
KUALA LUMPUR

INSTITUT LATIHAN KEMAS
KUANTAN


Click to View FlipBook Version