The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruzf, 2021-01-06 23:05:52

Buku Pengurusan Sekolah 2021

Buku Pengurusan Sekolah 2021

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
2 8
20.01.2021 31.01.2021 17 10
20 1
01.02.2021 28.02.2021 45 9
2
01.03.2021 26.03.2021 9 5
20 1
JUMLAH HARI 15 7
35 1
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 12
16
27.03.2021 04.04.2021 13 3
12
05.04.2021 30.04.2021 25

01.05.2021 28.05.2021 9
5
JUMLAH HARI 20
8
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 33

29.05.2021 13.06.2021 9
9
14.06.2021 30.06.2021 20
19
01.07.2021 16.07.2021 8

JUMLAH HARI

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

17.07.2021 25.07.2021

26.07.2021 31.07.2021

01.08.2021 31.08.2021

01.09.2021 10.09.2021

JUMLAH HARI

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

11.09.2021 19.9.2021

20.9.2021 30.9.2021
01.10.2021 31.10.2021

01.11.2021 30.11.2021

01.12.2021 10.12.2021

JUMLAH HARI 56
21
CUTI AKHIR TAHUN

11.12.2021 31.12.2021

HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN / NEGERI 2020

PERAYAAN HARI TARIKH

Tahun Baru Jumaat 01/01/2021

Thaipusam Khamis 28/01/2021

Hari Wilayah Isnin 01/02/2021

Tahun Baharu Cina Sabtu - Ahad 12 – 13/02/2021

Hari Pekerja Sabu 01/05/2021

Hari Wesak Isnin 26/05/2021

Nuzul Al-Quran Khamis 29/04/2021

Hari Raya Puasa Khamis - Jumaat 13 – 14/05/2021

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Isnin 07/06/2021

Hari Raya Aidil Adha Selasa 20/07/2021

Hari Kebangsaan Selasa 31/08/2021

Awal Muharam (Maal Hijrah) Selasa 10/08/2021

Hari Malaysia Khamis 16/09/2021

Deepavali Khamis 04/11/2021

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W Selasa 19/10/2021

Hari Krismas Sabtu 25/12/2021

CUTI PERAYAAN 2021



PERATURAN-PERATURAN UNTUK GURU

1. WAKTU PERSEKOLAHAN 2021

TAHUN ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

1 SESI PAGI 7.40 – 12.00
4 7.40 – 12.00
5 7.40 – 12.30 7.40 – 12.00
6 7.40– 12.00
7.40 – 1.00
2 2.10 – 6.10
3 7.40 – 1.00 2.10 – 6.10

7.40 – 1.00

SESI PTG

1.10 – 6.10

1.10 – 6.10

2. MASA KEHADIRAN

2.1 Semua guru sesi pagi mestilah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih
awal daripada masa yang ditetapkan dan balik 30 minit lewat daripada masa tamat
persekolahan sesi pagi manakala guru-guru sesi petang mestilah berada di sekolah 30
minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

3. KEDATANGAN GURU

3.1 Semua guru mestilah mengetik kad perakam waktu (punch card) pada waktu datang
dan pulang. Jika tidak berbuat demikian, guru berkenaan dianggap tidak hadir ke
sekolah.

3.2 Sekiranya guru datang lewat (dengan alasan munasabah), berkursus atau terlibat
dengan mesyuarat di luar, sila catatkan keterangan di ruangan yang disediakan dan
hendaklah diperakukan oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum.

3.3 Guru Besar akan menukarkan kad perakam waktu KUNING kepada kad HIJAU pada
bulan berikut sekiranya,
a) kesalahan datang lewat dan / atau pulang awal dilakukan lebih daripada tiga
kali dalam tempoh satu bulan
atau
b) tidak mencatat keterangan yang munasabah lebih daripada tiga kali pada kad
perakam waktu dan tidak diperakukan oleh Guru Besar dalam tempoh satu
bulan kalendar.

3.4 Guru Besar akan menukarkan kad perakam waktu HIJAU kepada kad MERAH pada
bulan berikut sekiranya,
a) kesalahan datang lewat dan / atau pulang awal dilakukan lebih daripada dua
kali dalam tempoh satu bulan kalendar,
atau

b) tidak mencatat keterangan yang munasabah lebih daripada dua kali pada kad
perakam waktu dan tidak diperakukan oleh Guru Besar dalam tempoh satu
bulan kalendar
atau

c) pegawai menerima kad perakam waktu HIJAU tiga bulan berturut-turut atau
tiga kali dalam satu tahun kalendar.

4. BUKU REKOD MENGAJAR / FAIL REKOD MENGAJAR
4.1 Buku Rekod Mengajar mesti diisi dengan teliti dan lengkap.

4.2 Buku Rekod Mengajar mestilah mengandungi semua mata pelajaran yang diajar guru
berkenaan.

4.3 Rancangan Pelajaran untuk setahun disusun rapi mengikut keutamaan dan
penyesuaian.

4.4 Semua butiran hendaklah diisikan. Perkara-perkara yang perlu dikemaskini ialah :
a) Rancangan Kerja Setahun untuk kedua-dua penggal.
b) Jadual Penggal Persekolahan dan Cuti-cuti Am.
c) Jadual Waktu Darjah/Persendirian mesti diisi setiap kali terdapat sebarang
perubahan dalam jadual waktu.

4.5 Sekiranya guru bercuti kerana sakit atau berkursus , Buku Rekod Mengajar hendaklah
diserahkan kepada pihak pentadbir.

4.6 Buku Rekod Persediaan Guru hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada tiap-tiap
hari Jumaat selepas sekolah tamat atau hari persekolahan terakhir bagi sesuatu
minggu yang berkenaan.

4.7 Buku Rekod adalah harta sekolah dan mesti diserahkan ke pejabat sekolah sebelum
guru itu berhenti mengajar di sekolah ini atau pada hari persekolahan yang terakhir
bagi sesi tahun berkenaan.

4.8 Ia boleh digunakan sebagai salah satu instrument bagi menilai prestasi seseorang
guru.

5. JADUAL WAKTU
5.1 Semak jadual waktu dan maklum kepada GPK (T & K) jika ada pertembungan waktu

mengajar.

5.2 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di
dalam kelas sendiri.

5.3 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.

6. CUTI
6.1 CUTI SAKIT

6.1.1 Apabila tidak dapat hadir ke sekolah, guru mestilah :
a) Menelefon atau memberitahu Guru Besar / Penolong Kanan
sebelum 7.00 pagi.
b) Menyerahkan surat cuti sakit hospital/ klinik kepada Guru Besar setelah
kembali ke sekolah.

6.1.2 Surat cuti sakit yang melebihi dua (2) hari daripada klinik / hospital swasta
mesti disahkan oleh doktor kerajaan.

6.1.3 Guru yang meninggalkan sekolah untuk mendapatkan rawatan doktor
dikehendaki mendapatkan surat hadir klinik sekiranya tidak mendapat sijil cuti
sakit dan surat ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.

6.1.4 Guru-guru perlu melaksanakan jual beli jadual untuk urusan rawatan kesihatan
yang dirancang serta maklumkan kepada pentadbir.

6.1.5 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun.

6.1.6 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau berselang-
selang akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri da Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

6.2 CUTI REHAT (CRK)
6.2.1 CRK adalah satu kemudahan dan bukan hak mutlak seseorang guru.
6.2.2 CRK ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
6.2.3 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
6.2.4 Permohonan cuti sambilan (borang putih) mesti sampai kepada Guru Besar
selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh cuti dipohon. (Kecuali cuti kecemasan;
borang merah jambu).
6.2.5 Guru-guru juga perlu mengisi permohonan CRK secara online melalui sistem
Hrmis.

6.3 CUTI TANPA GAJI
6.3.1 Mengikut Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.

6.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas
habis semua cuti rehatnya.

6.3.3 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setaun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang Permohonan hendaklah dihantar
ke Jabatan Negeri 10minggu sebelum tarikh mula bercuti.

6.4 CUTI REHAT/CUTI PENGGAL

6.4.1 Menurut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP) 0046,SJ/A/(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas
oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun
untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

7. MENEPATI MASA
7.1 Semua guru hendaklah mematuhi arahan waktu bekerja tiap-tiap hari. (Rujuk Perintah

Am Bab C)
7.2 Semua guru hendaklah masuk kelas mengajar pada masa yang tetap mengikut Jadual

waktu Kelas.
7.3 Menghadiri mesyuarat guru dan lain-lain mesyuarat adalah wajib pada masa yang

tepat.

8. MMI ( Melindungi Masa Instruksional )

8.1 Guru mesti masuk ke kelas TEPAT pada masanya.
8.2 Guru tidak dbenarkan duduk semasa mengajar.
8.3 Guru mestilah mengajar sambil mengawas kelakuan murid-murid. Apabila murid-

murid sedang menjalankan aktiviti, guru hendaklah mengawas dan membantu murid-
murid yang lemah (buat pemulihan).
8.4 Meninggalkan kelas adalah kesalahan yang boleh dianggap serius. Jika perlu
meninggalkan kelas guru berkenaan dikehendaki memberitahu guru di kelas
bersebelahannya atau Guru Besar.

8.5 Guru-guru yang perlu melakukan tugas rasmi di luar sekolah perlu menyediakan BBB
untuk digunakan oleh murid semasa guru relief masuk ke kelas.

8.6 Jual beli jadual perlu dilakukan sekiranya guru terpaksa melakukan tugas rasmi di luar
sewaktu sesi persekolahan.

8.7 Setiap panitia perlu menyediakan modul yang boleh digunakan sewaktu guru relief.

9. MASA LAPANG GURU (WAKTU SENGGANG)
9.1 Sila rujuk pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981.
9.2 Semua guru mesti berada di dalam bilik guru kecuali mereka yang memegang tugas

khas.
9.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan tanpa

kebenaran Guru Besar. Kebenaran Guru Besar mesti dicatat dalam buku yang boleh
didapati di pejabat. (Buku Keluar/Masuk Kawasan Sekolah). Sebolehnya hendaklah
elakkan meminta kebenaran keluar untuk tujuan-tujuan peribadi.
10. WAKTU “RELIEF”
10.1 Untuk memudahkan pengurusan “relief” , guru dilarang makan/minum di kantin pada
waktu pertama hari persekolahan.
10.2 Guru yang ditugaskan sebagai guru “relief” /guru ganti mesti masuk ke dalam bilik
darjah TEPAT pada masanya.
10.3 Seelok-eloknya guru “relief”/guru ganti hendaklah mengajar atau memberi kerja-kerja
yang boleh memanfaatkan murid-murid dengan sepenuhnya.
10.4 Guru relief perlu membuat catatan pada ruangan buku kawalan kelas yang disediakan.
11. WAKTU AKHIR SEKOLAH
11.1 Sebelum sekolah tamat, guru yang mengajar waktu akhir mesti memastikan bilik
darjah bersih, kerusi diletakkan di atas meja, papan hitam dibersihkan, kipas angin
dipadamkan sebelum menutup tingkap dan pintu.
11.2 Guru seharusnya orang terakhir sekali meninggalkan kelas.

12. ALAT BANTU MENGAJAR (BBB)
12.1 Guru hendaklah bertanggungjawab ke atas segala alatan BBB dan buku rujukan guru

yang dibekalkan kepadanya.
12.2 Alatan-alatan berkenaan hendaklah diserahkan balik kepada pihak yang berkenaan

selepas menggunakannya.

13. KETIDAKHADIRAN MURID
Rujuk info Unit Hal Ehwal Murid

14. KEMASUKAN MURID BARU DAN BUKU PENDAFTARAN
14.1 Murid baharu tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam kelas tanpa kebenaran bertulis

daripada Guru Besar. Surat Kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan mesti dipulangkan ke pejabat sekolah untuk rujukan.
14.2 Guru Kelas mesti melengkapkan dengan cermat butir-butir murid baru di dalam Buku
Pendaftaran Murid.
15. MURID-MURID YANG BALIK SEMASA WAKTU SEKOLAH
15.1 Guru tidak boleh membenarkan murid-murid keluar atau dibawa keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Guru Penolong Kanan.
15.2 Rekod murid-murid keluar masuk kawasan sekolah boleh didapati di pejabat sekolah.
15.3 Guru Kelas / Guru Ganti bertanggungjawab memaklumkan kepada Guru Besar /Guru
Penolong Kanan jika didapati ada murid yang balik tanpa kebenaran.
16. KUTIPAN WANG
16.1 Guru-guru TIDAK DIBENARKAN mengutip sebarang wang atau yuran daripada murid-
murid kecuali dengan kebenaran daripada Guru Besar. Sekiranya ada kutipan wang,
rekod kutipan mesti disimpan dengan teliti.
17. BAYARAN PERSEKOLAHAN DAN RESIT
17.1 Guru Kelas bertanggungjawab ke atas kutipan semua bayaran persekolahan daripada
murid-murid.
17.2 Resit-resit mesti diberikan kepada murid-murid secepat mungkin.
17.3 Guru-guru bertanggungjawab di atas kehilangan resit-resit atau kesalahan mengisi
nombor resit. (Guru boleh berhubung dengan kerani mengenai masalah ini).
17.4 Murid-murid yang tidak menjelaskan yuran mesti diberi notis peringatan.
17.5 Semua kutipan hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama
yuran itu dikutip.
18. BUKU-BUKU RAMPAIAN ATAU BUKU-BUKU TEKS
18.1 Semua guru hendaklah memastikan bahawa semua murid mempunyai semua buku
yang dikehendaki untuk kerja bertulis.
18.2 Murid-murid yang menghilangkan buku teks (SPBT) dikehendaki menggantikan
dengan buku yang sama.
18.3 Buku yang telah diganti hendaklah dihantar kepada Guru SPBT untuk dicop.

19. KERJA RUMAH
19.1 Kerja rumah untuk murid adalah penting dan mesti diberi setiap hari.
19.2 Semua guru hendaklah memandang berat terhadap murid yang selalu tidak membuat

kerja rumah.
20. PEMERIKSAAN BUKU-BUKU RAMPAIAN/KERTAS JAWAPAN
20.1 Semua buku rampaian hendaklah kemas dan bersih. Kerja-kerja hendaklah

bersistematik seperti ada ditulis hari, tarikh, dan tajuk pada tiap-tiap latihan dan nota
yang dicatat.
20.2 Semua kerja tulis murid hendaklah diperiksa dengan teliti oleh guru dan BUKAN oleh
murid.
20.3 Buku-buku rampaian murid-murid mesti diperiksa dengan segera (tidak melebihi 2
hari) setelah kerja dibuat oleh murid-murid.
20.4 Guru-guru tidak dibenarkan memeriksa buku rampaian, lembaran kerja atau kertas
jawapan peperiksaan murid-murid di dalam bilik darjah.
20.5 Semua guru hendaklah memastikan bahawa bilangan buku rampaian yang dikutip
adalah sama dengan bilangan murid yang hadir.
20.6 Buku rampaian hendaklah ditunjukkan kepada ibu bapa/penjaga sekurang-kurangnya
2 kali sepenggal untuk ditandatangani. Cop sekolah hendakah digunakan bagi tujuan
ini.

21. PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
21.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dilaksanakan sepanjang sesi PDPc.
21.2 Ujian dan peperiksaan akan dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan mengikut

takwim sekolah.
21.3 Semua guru hendaklah mematuhi SOP pentaksiran dan peperiksaan ( sebelum,

semasa dan selepas).
21.4 Semua tahap penguasaan, markah ujian dan peperiksaan yang ditaksir hendaklah

direkod dan diisi di dalam ruangan yang disediakan dalam Buku Rekod Guru.
21.5 Slip Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan SAPS akan dikeluarkan mengikut

tarikh yang ditetapkan serta perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan simpanan fail
peribadi murid.

22. BUKU KESIHATAN
22.1 Buku Kesihatan lengkap diisi oleh ibu bapa.

MUSTAHAK :
Butir-butir yang dikehendaki mesti diisi dengan lengkap dan cermat oleh Guru Kelas.
Guru Kelas mesti dapatkan perkara (22.5) dan (23.1 ) daripada murid yang berpindah
ke sekolah ini.
Perkara-perkara yang sama hendaklah diserahkan kepada murid yang
berpindah ke sekolah lain.
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak, dapatkan surat akuan
terima daripada penerima perkara-perkara berkenaan.
23. SIJIL BERHENTI SEKOLAH
23.1 Guru Kelas mesti sediakan Sijil Berhenti Sekolah untuk seseorang murid yang ingin
bertukar atau berhenti sekolah selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar.
23.2 Sijil berhenti sekolah juga perlu dikeluarkan untuk murid bukan warganegara pada
setiap hujung tahun.
23.3 Guru Kelas mesti memastikan bahawa murid-murid yang meninggalkan sekolah telah
menjelaskan semua bayaran serta memulangkan segala harta benda sekolah.

24. DISIPLIN MURID
24.1 Masalah disiplin murid adalah tanggungjawab semua guru. Semua guru adalah guru

disiplin. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bi.10/2001)
24.2 Murid-murid hendaklah dilatih supaya berjalan dengan senyap (tidak berlari) tatkala

keluar/masuk dan tidak meninggikan suara/menjerit ketika bercakap.
24.3 Guru-guru hendaklah sentiasa melatih murid-murid supaya memberi salam kepada

guru-guru, ibu bapa dan pelawat-pelawat sekolah.
24.4 Guru-guru harus mengamalkan serta menanamkan sifat-sifat bersopan santun dalam

kalangan murid-murid.

25. DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
25.1 Guru hendaklah sentiasa mengawasi disiplin murid dalam darjah.
25.2 Murid hendaklah sentiasa memenuhi masa mereka dengan kerja-kerja yang

berfaedah supaya mereka tidak merasa bosan atau jemu.
25.3 Guru adalah bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam bilik darjah.

25.4 Murid-murid tidak dibenarkan :
26.4.1 bermain dalam kelas
26.4.2 meninggalkan kelas tanpa sebab
26.4.3 bercakap dengan suara yang kuat
26.4.4 membuat bising dan berbual-bual semasa membuat kerja

26. HUKUMAN JASMANI
26.1 Rujuk info Unit Hal Ehwal Murid
27. KESELAMATAN MURID
27.1 Apabila sesuatu kemalangan atau kecemasan berlaku dalam kawasan sekolah, guru-

guru bertugas atau guru yang berhampiran dengannya hendaklah melaporkan perkara
tersebut kepada Guru Besar / GPK.
27.2 Kes-kes serius hendaklah dirujuk kepada klinik/hospital kerajaan atau swasta dengan
segera.
27.3 Ibu bapa / penjaga murid yang berkenaan hendaklah dimaklumkan secepat mungkin
bagi tujuan perlu rujuk hospital atau tidak.
27.4 Adalah satu langkah bijak jika guru seringkali menasihatkan murid tentang langkah-
langkah menjaga keselamatan diri, peraturan-peraturan jalanraya dsbnya.
27.5 Murid-murid hendaklah diingatkan tentang bahayanya menerima hadiah atau
tawaran menumpang kereta daripada orang yang tidak dikenali.
27.6 Pelawat-pelawat/ ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN berjumpa dengan guru/
murid tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.
28. RAWATAN PERUBATAN/PERGIGIAN
28.1 Guru Kelas boleh mengisi borang untuk perkara tersebut di atas sebelum
menghantarnya untuk ditandatangani oleh Guru Besar/GPK.
28.2 Sekiranya murid terpaksa keluar pada waktu persekolahan, mereka perlu mengisi
borang dan buku keluar di pejabat terlebih dahulu.
29. KEBERSIHAN BILIK KELAS / KAWASAN SEKOLAH
29.1 Guru Kelas bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik dan serambi
yang berdekatan.
29.2 Guru Kelas hendaklah menyediakan jadual bertugas untuk murid-murid serta
mempastikan tugasan yang diberi dijalankan dengan sempurna.
29.3 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid cara-cara betul menggunakan tong
sampah, sinki, tandas, dan bilik air. Tegaskan kepentingan kebersihan.

29.4 Selepas pelajaran Pendidikan Seni Visual murid-murid hendaklah membersihkan
berus dan alat-alat lain.
29.5 Murid-murid dilarang menggunakan “liquid paper” dan makan gula-gula getah

(chewing gum) di sekolah.
30. PERALATAN BILIK DARJAH / SEKOLAH
30.1 Setiap kelas mesti ada rekod inventorinya.
30.2 Guru Kelas bertanggungjawab menjaga alat-alat (termasuk perabot) dalam bilik

darjahnya. Alat-alat yang telah rosak / pecah mesti dilaporkan kepada guru
selenggaraan.
30.3 Guru kelas juga perlu memastikan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:
i. Visi dan Misi
ii. Jadual Waktu
iii. Jadual Bertugas
iv. Senarai Nama Murid
v. Pelan Lantai Kelas (Kedudukan Murid)
31. MEMESAN / MEMBELI BARANG / ALAT-ALAT UNTUK SEKOLAH
31.1 Guru mesti dapatkan kebenaran Guru Besar sebelum memesan / membeli barang-
barang untuk sekolah.
31.2 Wakil firma / jurujual tidak boleh berurusan dengan guru tanpa kebenaran daripada
Guru Besar.
32. STOK
32.1 Barang-barang atau alat-alat yang dipesan oleh sekolah haruslah dihantar ke pejabat
sekolah untuk pemeriksaan Guru Besar terlebih dahulu.
32.2 Barang-barang atau alat-alat itu mestilah direkod dalam buku stok dengan segera.
32.3 Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
mempastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar
/GPK.
33. KUNCI
33.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
33.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat
kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut
sepenuhnya.

34. MESIN FOTOSTAT / MESIN RISOGRAF
34.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengendalikan mesin fotostat/risograf tanpa kebenaran.

Ia hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja. Urusan reso dan fotostat perlu
dilakukan 3 hari lebih awal daripada tarikh penggunaan.
35. TELEFON SEKOLAH / PANGGILAN TELEFON
35.1 Telefon sekolah boleh digunakan hanyan untuk urusan rasmi.
35.2 Bayaran ini hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir dan dicatatkan dalam
buku rekod panggilan telefon.
35.3 Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa di dalam bilik darjah.
35.4 Pejabat akan mengambil pesanan dari semua panggilan telefon dalam waktu
pengajaran.
35.5 Semua guru dibenarkan datang ke pejabat menjawab panggilan telefon jika ada hal
yang mustahak.

36. BILIK GURU
36.1 Guru hendaklah bekerjasama untuk menjaga kebersihan bilik guru.
36.2 Bilik Guru hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Kebersihan adalah tanggung jawab

bersama
36.3 Orang luar sama ada guru atau bukan guru tidak dibenarkan masuk ke bilik guru untuk

urusan peribadi kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
36.4 Guru-guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di dalam bilik guru.
36.5 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini

hendaklah dianggap sebagai ‘non- teching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh
itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
36.6 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab mempastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

37. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
37.1 Guru sewajar memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat

sesame guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan
dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

37.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang
lain.

37.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
di sekolah.

38. KEBENARAN UNTUK KELUAR NEGERI / NEGARA
38.1 Guru-guru yang ingin ke luar negara mesti memohon kebenaran daripada Pengarah

Pendidikan sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum bertolak.

39. MENGAMBIL PEPERIKSAAN
39.1 Guru yang ingin mengambil peperiksaan awam mesti memaklumkan kepada Guru

Besar bersama surat kebenaran.

40. KEGIATAN POLITIK DAN PENERBITAN
40.1 Guru-guru tidak dibenarkan terlibat dalam perkara-perkara tersebut tanpa kebenaran

daripada Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan.

41. SURAT MENYURAT
41.1 Semua surat menyurat rasmi, permohonan-permohonan untuk berkursus dan

sebagainya yang ditujukan kepada sebarang agensi Kerajaan / badan –badan luar /
orang perseorangan mesti dibuat melalui Guru Besar.

42. GERAK KERJA LUAR
42.1 Guru pengiring atau penolongnya mesti hadir semasa kegiatan dijalankan di sekolah

atau di tempat lain.
42.2 Semua kegiatan mesti diawasi oleh guru dan mendapat kebenaran ibu bapa terlebih

dahulu.
42.3 Butir-butir aktiviti mesti dicatatkan dalam buku / fail kelab / persatuan / permainan /

rumah.
42.4 Semua gerakerja luar atau aktiviti-aktiviti kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu

sekolah.
42.5 Guru Besar mesti dimaklumkan mengenai segala gerak kerja luar yang melibatkan

guru-guru / murid-murid.

43. PENGAJARAN TAMBAHAN
43.1 Guru-guru yang ingin menjalankan pengajaran tambahan seperti pengajaran

persendirian, kelas pelajaran lanjutan , Kelas Nadi atau bahasa ibunda, perlu dapat
kebenaran Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan melalui Guru Besar.
44. JUALAN
44.1 Guru-guru dilarang menjalankan apa-apa penjualan di dalam kawasan sekolah.
45. PAKAIAN
(Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 6 /1985)
45.1 Semua guru hendaklah memakai pakaian kemas dan formal. Pakaian yang
mendedahkan aurat, singkat dan mencolok mata adalah dilarang sama sekali.
45.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher pada tiap-tiap hari Isnin (wajib untuk
perhimpunan) dan bila berurusan dengan Kementerian Pelajaran atau jabatn-jabatan
di bawah naungannya. Jika memakai kemeja lengan panjang jangan digulung/ dilipat
lengannya.
45.3 Guru lelaki tidak dibenarkan memakai seluar jeans, ‘T-Shirt’, ‘Sport Shirt’, baju tidak
berkolar dan kasut kanvas / sukan semasa mengajar di kelas.
45.4 Bagi guru wanita yang memakai skirt dan blaus, pastikan skirt labuh hingga paras lutut
dan blaus lengan panjang.
45.5 Semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani mesti memakai pakaian khas sewaktu
mengajar Pendidikan Jasmani.
45.5.1 Guru perempuan - seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja

sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
45.5.2 Guru lelaki – seluar trek atau seluar panjang sesuai. Kemeja T, kemeja

sukan,baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah.
45.6 Pamakaian tanda nama / ‘name tag’ adalah wajib.
45.7 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat staf adalah pakaian formal.
45.8 Pemakaian baju batik adalah pada hari Khamis. Baju Melayu lengkap

bersongkok dan samping dipakai pada hari Jumaat.
45.9 Guru tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah walaupun pada hari Sabtu,

lebih-lebih lagi untuk kelas tambahan, mesyuarat PIBG atau majlis rasmi
sekolah.

46. PERHIMPUNAN HARIAN
46.1 Sebaik sahaja loceng dibunyikan pada pukul 7.40 pagi atau 1.15 petang guru masa

pertama dan murid boleh beredar ke kelas masing-masing. Guru bertugas perlu
memberi 5 minit info tentang nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam takwim 5 minit
sebelum loceng berbunyi.
SEMUA GURU masa pertama perlu berada di dewan dan mengiringi murid naik ke
kelas.
47. PERHIMPUNAN MINGGUAN
47.1 Diadakan pada setiap hari Isnin dan bertempat di tapak perhimpunan tepat pada
pukul 7.40 pagi.
47.2 Perhimpunan Mingguan adalah satu majlis rasmi peringkat sekolah dan semua guru
dikehendaki berada di tapak perhimpunan serta mematuhi peraturan perhimpunan
tersebut.
47.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
47.4 Guru bersama-sama pelajar menyanyikan lagu “Negaraku” dan Lagu Sekolah.
47.5 Semasa perhimpunan guru tidak dibenarkan berbual-bual tetapi mendengar ucapan
Guru Besar / Guru Bertugas.

48. MESYUARAT GURU
48.1 Dari semasa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan

semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
48.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia.
48.3 Ketidakhadiran hanya dengan kebenaran Guru Besar atas sebab-sebab tertentu.

49. KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG
49.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
49.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

50. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
50.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

51. GURU BERTUGAS
51.1 Guru bertugas hendaklah bertugas mengikut giliran yang ditetapkan manakala ucapan

guru bertugas perlu mengikut giliran.
51.2 Guru bertugas bertanggung jawab mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar

pada setiap hari.
51.3 Guru bertugas serta semua guru hendaklah mengawasi disiplin murid semasa

perhimpunan harian dan mingguan supaya murid berdisiplin.
51.4 Guru bertugas dikehendaki membuat laporan dalam buku laporan bertugas termasuk

mencatat setiap maklumat yang disampaikan oleh Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan.
51.5 Guru Bertugas adalah bertanggungjawab terhadap :
51.5.1 Menjaga disiplin murid di kawasan sekolah dan kantin sekolah.
51.5.2 Mengawasi kebersihan sekolah, bilik guru, bilik darjah, tandas dan kantin

sekolah.
51.5.3 Mengambil tindakan terhadap kes kemalangan dan melaporkan kepada Guru

Besar /GPK.
51.5.4 Membantu pengawal lalu lintas sewaktu murid balik sekolah.

52. GURU PENGAWAS PERMAINAN
Rujuk info Unit Kokurikulum

53. PERBUATAN YANG DILARANG
53.1 Guru tidak dibenarkan menghisap rokok di dalam kawasan sekolah terutamanya di

dalam kelas, di kantin dan di bilik guru.
53.2 Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau meja murid semasa mengajar.
53.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa dalam waktu pengajarannya kecuali

dengan sebab-sebab tertentu ( maklumkan kepada guru kelas sebelah sekiranya
perkara tersebut berlaku).

54. PENGISYTIHARAN HARTA
54.1 Pegisytiharan Harta oleh semua Pegawai Kerajaan hendaklah dilakukan 5

tahun sekali dan sekiranya ada penambahan harta, perlu diisytiharkan dalam tempoh
3 bulan dari tarih harta tersebut diperoleh
54.2 Pengisytiharan Harta hendaklah dibuat melalui sistem HRMIS.
54.3 “Pegawai” ertinya pegawai, suami atau isterinya, anak-anak dan anggota keluarga di
bawah tanggungannya.
54.4 Takrif harta (Pekeliling Perkhidmatan 2/1984, Perintah Am 8, Perintah-perintah Am
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( Bab D) 1980 dan Warta Kerajaan Malaysia
P.U. (B) (647) bertarikh 5 November 1981:
55.4.1 Tanah (termasuk tanah lessen pendudukan sementara)
55.4.2 Rumah atau rumah pangsa
55.4.3 Bangunan (rumah kedai, ruang kedai, ruang pejabat, atau warong)
55.4.4 Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain.
55.4.5 Apa jua lessen tred, perniagaan atau perdagangan.
55.4.6 Lain-lain harta alih (termasuk barang kemas) yang nilai perolehan tiap-tiap

satunya melebihi 6 bulan gaji atau lima ringgit yang mana lebih rendah.
55.4.7 Wang tunai (lain-lain sumber selain daripada kerajaan)
55.4.8 Kenderaan bermotor tanpa pinjaman kerajaan (jika harga kenderaan itu

melebih 6 bulan gaji pada masa pembelian dibuat.
55.5 Kegagalan untuk mengisytiharkan harta adalah dianggap tidak jujur dan tidak

bertanggungjawab serta boleh diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja
atau ditamatkan perkhidmatan jika dalam tempoh percubaan.
56. PERINTAH AM
Semua guru tertakluk kepada perintah-perintah Am Kerajaan :
i. Perintah Am Bab D : Kelakuan dan Tatatertib
ii. Perintah Am Bab C : Cuti
57. TATASUSILA GURU
Semua guru hendaklah mematuhi Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan
menyedari tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, Negara dan rakan
sejawat. (Rujuk Buku Rekod Guru)

SASARAN PENCAPAIAN BIDANG AKADEMIK 2021

BIL PERKARA TOV 2020 SASARAN 2021
1. Jawatankuasa PPSR Meningkatkan peratus lulus kepada
% lulus keseluruhan : 71.30% 80%
Kurikulum
Sekolah

2. Panitia Mata Pengurusan Panitia yang Meningkatkan pengurusan panitia
Pelajaran berkualiti dan sistematik supaya lebih berkualiti dan
Peratus lulus Ujian Sumatif bagi sistematik.
semua subjek peperiksaan Meningkatkan peratus lulus semua
menurun. mata pelajaran.

Semua aktiviti dan mesyuarat Semua aktiviti dan mesyuarat
dilaksanakan mengikut dijalankan mengikut perancangan
perancangan. yang ditetapkan.

3. Pusat Sumber 70% murid menggunakan PSS dan Meningkatkan bilangan murid yang
Sekolah meminjam buku. menggunakan PSS dan meminjam

buku kepada 80%.

60% buku telah diautomasi. Meningkatkan pengautomasian
kepada 80%.

4. Jadual waktu Perancangan dan pelaksanaan Pengendalian PSS lebih terancang
program PSS perlu dan sistematik.
dipertingkatkan lagi. Siap sebelum sekolah dibuka.
Siap sebelum sekolah dibuka. Jadual waktu relief disediakan dan
Jadual waktu relief disediakan dilaksanakan mengikut SPSK PK02
dan dilaksanakan mengikut pengurusan Jadual waktu.
keperluan.

Jadual bilik-bilik khas disediakan. Jadual bilik-bilik khas disediakan.

7. E Operasi Mengemaskini data dan Mengemaskini data dan maklumat
Emis/SMS maklumat guru dan staf setiap guru dan staf mengikut tarikh yang
bulan dan mengikut keperluan ditetapkan.

8. Aset Alih dan Aset alih telah direkodkan, Meningkatkan pengurusan kepada
Penyelenggaraa ditempatkan dan dipasang yang lebih baik dan bersistematik
n sekolah mengikut keperluan. serta berkualiti.
Kursus dalaman yang dihadiri guru
9. Latihan dalam Bilangan Kursus Dalaman Staf dan staf memberi faedah dan
perkhidmatan mencukupi 7 hari. mencukupi atau lebih 7 hari.



OBJEKTIF UMUM UNIT HEM

• Meningkatkan tahap keselesaan dan keperluan murid.
• Meningkatkan tahap kualiti pengurusan murid.
• Memberi bimbingan bagi meningkatkan disiplin dan sahsiah murid.
• Memupuk dan mengembang nilai-nilai kepimpinan murid.
• Memastikan kebajikan murid-murid yang memerlukan bantuan diberi perhatian

sewajarnya agar mereka dapat belajar dengan selesa.

AKTIVITI UMUM UNIT HEM
• Mengurus urusan sahsiah dan disiplin murid.
• Mengurus hal ehwal kesihatan dan kebajikan murid.
• Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran murid.
• Mengurus pentadbiran, pertukaran dan penempatan murid.
• Mengurus skim penjaman buku teks (SPBT)
• Mengurus semua maklumat peribadi murid melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid

( APDM).
• Mengawalselia pengurusan kantin, kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid

dan kawasan sekolah.
• Membentuk hubungan yang erat antara warga sekolah, PIBG dan komuniti

KPI UNIT HEM 2021

• Memastikan peratus kehadiran murid keseluruhan sebanyak 92%.
• Memastikan 95% guru mengisi SSDM dengan sekurang-kurangnya 50 orang murid

mempunyai amalan baik.
• Memastikan pengisian APDM diisi oleh semua guru kelas selewat-lewatnya pukul

9.00a.m untuk sesi pagi dan 2.00p.m untuk sesi petang setiap hari.

VISI

Melahirkan murid cemerlang
dalam bidang

akademik dan sahsiah.

MISI

Berusaha melaksanakan
program yang dirancang
bagi melahirkan murid yang berdisiplin,
bersahsiah mulia, berketrampilan
dan cemerlang dalam akademik.

INFO HAL EHWAL MURID

1.1 Pengurusan Data APDM, Kehadiran dan SSDM

a. Data APDM ialah satu dokumen rasmi dan penting. Guru kelas dikehendaki mengisi
semua butir dengan kemas dan teliti. Lengkapkan semua maklumat murid di bahagian
yang telah disediakan dalam sistem APDM.

b. Maklumat murid perlu dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang
perubahan.

c. Nama PENUH murid (seperti surat beranak) hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR
termasuk ‘BIN’ dan ‘BINTI’ dengan ejaan yang betul. (Rujuk Sijil Lahir murid)

d. Butiran ibu bapa / penjaga hendaklah dilengkapkan.
e. Alamat semasa murid merupakan alamat terkini tempat tinggal murid.
f. Kedatangan murid hendaklah diisi setiap hari persekolahan oleh guru kelas masing-

masing sebelum atau selewat-lewatnya sebelum tamat sesi persekolahan.
g. Semua surat-menyurat tidak hadir dan sijil sakit hendaklah disimpin dalam fail

berasingan,
h. Sebeb ketidakhadiran perlulah dilengkapkan dan boleh diubah dalam tempoh

slewat-lewatnya tiga hari persekolahan.
i. Rekod SSDM perlu diisi oleh semua guru bagi murid-murid yang menunjukkan

amalan baik dan juga salahlaku disiplin.

1.2 Prosedur Ketidakhadiran Murid

a. Guru kelas diminta mengenalpasti sebab-sebab mengapa murid tidak hadir atau
enggan hadir ke sekolah. Terdapat murid yang tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa
/ penjaga. Justeru guru kelas bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara
bertulis atau melalui telefon, dengan catatan surat / panggilan di dalam buku catatan.

b. Memastikan semua murid yang tidak hadir memberi surat doktor atau surat ibu bapa /
penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir.

c. Langkah-langkah berikut perlu diambil sekiranya murid tidak hadir berdasarkan
PERATURAN PONTENG SEKOLAH ORDINAN PELAJARAN 1957, PERATURAN-
PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959 :

BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BERTERUSAN :

AMARAN PERTAMA 3 HARI
AMARAN KEDUA 3 + 7 HARI = 10 HARI
AMARAN KETIGA 10 + 7 HARI = 17 HARI
BUANG SEKOLAH 17 + 14 HARI = 31 HARI

BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT :

AMARAN PERTAMA 10 HARI
AMARAN KEDUA 10 + 10 HARI = 20 HARI
AMARAN KETIGA 20 + 20 HARI = 40 HARI
BUANG SEKOLAH 40 + 20 HARI = 60 HARI

d. Murid yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi
dianggap hadir pada hari tersebut.

1.3 Fail Peribadi Murid
a. Pastikan setiap murid mempunyai fail peribadi.
b. Guru kelas hendaklah memastikan surat beranak, borang maklumat murid, Rekod
akademik, buku rekod kesihatan, kad gigi terdapat di dalam fail peribadi murid.
c. Pastikan fail peribadi murid disimpan di bilik khas di pejabat jika cuti panjang untuk
memudahkan murid yang ingin berpindah.

1.4 Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM) dan Kad Gigi
a. Pastikan setiap murid mempunyai buku Rekod Kesihatan dank ad gigi dan disimpan di
Bilik Kesihatan.
b. Lengkapkan maklumat di dalam buku rekod kesihatan murid iaitu ukuran tinggi,
timbangan berat, ujian mata dan taraf pemakanan murid.

1.5 Latihan Kebakaran Dan Kecemasan

LOCENG KECEMASAN : Ada dua jenis kecemasan :-
a ) Loceng kecemasan kebakaran.
b ) Loceng kecemasan darurat dan pergaduhan.

a) Loceng Kecemasan Kebakaran

Loceng ini akan dibunyikan sebanyak tiga kali iaitu :-

I ) dua kali pendek – lebih kurang setengah minit.

II ) satu kali panjang – lebih daripada satu minit.

Tindakan Yang Perlu Diambil :

a. Tutup semua suis elektrik.
b. Guru memberi arahan kepada murid supaya keluar dari bilik darjah dalam keadaan tenang,

selamat dan teratur.
c. Guru mengawal disiplin dan tenangkan murid.
d. Guru yang bertugas memastikan tiada murid berada di dalam kelas, tandas atau di mana –

mana kawasan lain dalam sekolah. Guru bertanggungjawab (guru yang mengajar pada
waktu itu) memastikan semua murid berkumpul di padang sekolah dalam keadaan
terkawal.
e. Sesiapa yang berada dalam pejabat hendaklah mengumpul semua Jadual Kedatangan
Murid dan membawanya ke padang sekolah. Bagi guru yang belum menghantar Jadual
Kedatangan Murid hendaklah membawanya bersama – sama semasa meninggalkan bilik
darjah.
f. Murid tidak dibenarkan membawa apa – apa semasa ke padang.
g. Guru kelas hendaklah menyemak kedatangan murid semasa di padang sekolah.
h. Guru kelas hendaklah mengenal pasti murid yang menghadapi masalah kesihatan seperti
lelah, sakit jantung dan penyakit – penyakit alahan asap hendaklah diberi keutamaan dalam
member rawatan.
i. Semasa berada di padang sekolah, semua kakitangan sekolah dan murid hendaklah
mematuhi arahan yang akan diberikan dari semasa ke semasa.
j. Semasa berlaku kecemasan / kebakaran semua kakitangan sekolah dan murid bergerak ke
padang sekolah mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan.
b) Loceng Kecemasan Darurat Dan Pergaduhan

Loceng akan dibunyikan memanjang terus menerus iaitu :

• melebihi satu minit. Loceng kecemasan ini bertujuan untuk membiasakan diri murid
sekiranya berlaku sesuatu rusuhan atau peristiwa ganas yang diluar jangkaan kita.

Tindakan Yang Perlu Diambil :

a. Semua guru dan murid mestilah berada dalam kelas masing – masing.
b. Tutup semua tingkap dan kunci pintu, duduk dengan senyap.
c. Guru – guru beredar hendaklah datang ke kelas tahap satu untuk membantu guru kelas

berkenaan mententeramkan murid – murid.
d. Guru bertugas adalah bertanggungjawab untuk memastikan tiada murid yang berada di dalam

tandas, surau, atau kantin.
e. Guru bertugas yang lain pergi dengan segera menuju ke pondok jaga dan meminta menutup

serta mengunci pintu pagar.

1.6 Hukuman Yang Dilarang

Hukuman Terhadap Fizikal
a. Berdiri lama di tengah panas.
b. Lari keliling padang
c. Berdiri lama di dalam ataudi luar bilik darjah.
d. Memukul diri sendiri atau sesama sendiri.
e. Berdiri di atas kerusi atau meja.
f. Menarik rambut atau telinga.
g. Belasah dengan alat seperti tali pinggang, pembaris dan lain-lain.
h. Junjung kerusi atau buku.
i. Cubit.
j. Enjut, ketuk ketampi atau mendada.
k. Ketuk atau sekeh kepala.

Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi
a. Gunting rambut sesuka hati.
b. Berdiri membuat latihan.
c. Berleter.
d. Gantung tulisan di badan.
e. Memalukan di khalayak ramai.
f. Kelas tahanan pada waktu rehat atau pulang.
g. Memaki hamun.
h. Menjeling.
i. Menyindir.
j. Menconteng muka dengan kapur/pen marker
k. Koyak buku latihan.
l. Memperlihatkan air muka yang marah.
m. Mengugut atau menggertak murid.
n. Tidak menghiraukan murid.
o. Tidak menanda buku latihan.

1.7 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

1.7.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
a. Ketua Kelas
b. Penolong Ketua Kelas
c. Bendahari
d. AJK Kebersihan
e. AJK Keceriaan
f. AJK Keselamatan
g. AJK SPBT

1.7.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: •
a. Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
b. Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas
c. Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
d. Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
e. Inventori Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
f. Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
g. Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel
Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
h. pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih,
penyeduk sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan
disimpan di tempat yang sesuai.
i. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
j. Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.

1.7.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di
tempat yang mudah dilihat.

1.7.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan
meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah
diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.

1.8 KEBERSIHAN KELAS

1.8.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa
bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum
keluar dari kelas berkenaan.

1.8.2 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan
bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.

1.8.3 Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja
dalam keadaan kemas dan teratur.

1.8.4 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum
meninggalkan kelas.

1.8.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.

1.8.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau
rosak.

1.8.7 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.



UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

VISI KOKURIKULUM

Kecemerlangan Kokurikulum dan Seni dalam
pelbagai peringkat.

MISI KOKURIKULUM

Melaksanakan program pendidikan kokurikulum
dan kesenian ke arah memperkembangkan

potensi dan bakat murid selaras dengan hasrat
Dasar Pendidikan Negara

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

VISI SUKAN

Melahirkan murid yang seimbang dari segi
akademik, kokurikulum, sahsiah serta
berdaya saing

MISI SUKAN

Membentuk generasi yang membudayakan
sukan seiring dengan kecemerlangan
akademik

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM

•Memastikan semua murid Tahap 2 menyertai Pasukan Beruniform yang
ditubuhkan di sekolah.

•Memastikan semua murid Tahap 2 menyertai Kelab dan Persatuan
Akademik

•Memastikan semua murid SK AU Keramat melibatkan diri dalan program
1M1S

•Memastikan perlaksanaan aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara
berkesan.

•Memastikan penyertaan pertandingan dan acara di peringkat
Kecemerlangan Pendidikan dan negeri mencapai tahap yang berkualiti.

•Memupuk semangat bersatupadu dan bertoleransi dalam kalangan ahli
•Menyemai perasaan bertanggungjawab terhadap harta benda dan

persekitaran sekolah
•Meningkatkan disiplin dan jati diri dalam kalangan murid-murid melalui

aktiviti yang disertai
•Menyertai pelbagai jenis sukan dan permainan yang dipertandingkan di

peringkat sekolah, zon, negeri dan kebangsaan.
•Mengurus data murid secara tersusun dan sistematik.
•Mengurus kewangan unit kokurikulum secara berhemah dan terancang.

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

DASAR UTAMA (1)
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM
KEBANGSAAN - Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB
Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu
kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau
penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Penalti Am.

l “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang
baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

l “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini
boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit
sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi
setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN
KOKURIKULUM ADALAH WAJIB

l “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan
setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”
– {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld.
II(29)}

l Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid
menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.
– {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa
untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}

l Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan
kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian.
– {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}

l Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah
mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang
menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika
disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah
atau ponteng kelas.

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

– {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan
Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu
bapa mereka}

DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

l Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam
dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di
sekolah adalah wajib.

l “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan
keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara
5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

l Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan
tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang
kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang
kurikulum.

l Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah
diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan
perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat
awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan
tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam
(Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”.

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

BIDANG TUGAS

GPK KOKURIKULUM

• Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka
panjang/pendek

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
• Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
• Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
• Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
• Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum

peringkat Daerah/Negeri/ Kebangsaan.
• Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
• Menentukan tarikh Temasya Kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa,

Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
• Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
• Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan

di sekolah.

Sukan dan Permainan

• Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan
yang akan digunakan.

• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

• Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan
permainan di semua peringkat.

• Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
• Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
• Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya

mencapai matlamatnya.

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

Kelab / Persatuan

• Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik.

• Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut
jadual

Unit Beruniform

• Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
• Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut

jadual.
• Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut

jadual.

Pengurusan

• Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
• Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
• Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum

telah diambil.
• Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah /artikel sekolah.
• Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan

meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
• Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
• Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan

baik.
• Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan

program khas untuk mereka

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

SETIAUSAHA SUKAN

• Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
• Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti

MSSD, MSSS, MSSM.
• Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan

permainan.
• Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
• Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
• Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
• Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
• Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
• Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan

luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
• Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan

HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
• Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam

Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah

• Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
• Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
• Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
• Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
• Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di

sekolah.
• Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
• Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus

dalaman / luaran.



UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

• Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi
menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.

GURU PERMAINAN

• Membentuk Jawatankuasa
• Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar

dalam permainan.
• Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
• Memastikan undang-undang permainan dan perlawana dipatuhi.
• Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim

kokurikulum sekolah.
• Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
• Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar

sekolah.
• Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang

disertai.
• Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar

sekolah.
• Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang

disertai.
• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
• Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
• Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam

keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
• Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.
• Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk

mempertingkatkannya.
• Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan

Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.
• Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM

• Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
• Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
• Menyelaras semua aktiviti.
• Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar

memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.
• Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan

dengan baik.
• Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung

direkodkan dan failkan
• Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun

pada tarikh yang ditetapkan.
• Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:

- Borang memasuki persatuan
- Borang senarai AJK dan ahli
- Buku Laporan Kegiatan
- Fail-Fail yang diperlukan
- Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk

edaran, rujukan dan rekod
- Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Buku Kegiatan untuk

edaran, rujukan dan rekod
- Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan

pencapaian Kokurikulum sekolah.

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB

• Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab
• Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah
• Memastikan adanya peraturan/perlembagaan
• Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat

dalam perlembagaan
• Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan

kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
• Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
• Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan

failkan.
• Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan

Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.
• Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti

Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Guru dan lain-lain.
• Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar

sekolah.
• Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
• Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar/disebarkan di kalangan

ahli.
• Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan

kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

KETUA RUMAH SUKAN

• Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan
pelajar)

• Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.

UNIT KOKURIKULUM
SK AU KERAMAT

• Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi
olahraga dan permainan.

• Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan.
• Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan

peringkat sekolah.
• Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan

HEM/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
• Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan

rekod.
• Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada

Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

GURU RUMAH SUKAN

• Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
• Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah

sukan. Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
• Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk

pertandingan antara rumah sukan.
• Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil

sekolah.
• Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap

pelajar yang tidak hadir.
• Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
• Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
• Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan

prestasi rumah sukan.


Click to View FlipBook Version