PERMAINAN TRADISIONAL MENCERMINKAN IDENTITI MASYARAKAT KEPELBAGAIAN DI MALAYSIA NAMA NO.KAD MATRIK NURUL ASHIQIN BINTI NOR AZMI 08DPM22F2012 FATIN HUMAIRAH BINTI KHAIRUDDIN 08DPM22F2071 FATYN MYNAJIHAH BINTI MOHD FAUDZI 08DPM22F2037 NURSYUHADAH AMIRAH BINTI MOHAMAD RAFIE 08DPM22F2042 JABATAN PERDAGANGAN SESI 2 2022/2023 MPU 21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO PN. AISHAH BINTI ABDUL RAZAK
ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL 3. KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 4. CARA-CARA MEMPERKEMBANGKAN PERMAINAN TRADISIONAL 5. PENUTUP 6. SUMBER RUJUKAN
PENGENALAN Pada zaman ini, permainan tradisional semakin dilupakan. Hal ini disebabkan oleh zaman yang semakin moden. Kebanyakan golongan remaja terpengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari ini. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengekalkan permainan ini, terutamanya kepada golongan muda.
JENIS – JENIS PERMAINAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA GASING CONGKAK KHO-KHO DIBOLO / YO-YO CINA SEPAK MANGGIS TIBOW / PISA
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional ini merupakan aset budaya bangsa yang wajar dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional memiliki reka bentuk yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan sesuatu bangsa. Sebagai contoh, wau terdiri daripada wau Bulan, wau Kucing, dan wau Jala Budi dihiasi dengan corak-corak unik dan berbeza setiap jenisnya. Malah, wau ini melambangkan identiti kampung dan mereka akan bertanding pada musim menuai padi sebagai tanda keseronokan memperoleh hasil tani. Oleh itu, keunikan yang terdapat pada permainan tradisional mestilah dipertahankan agar menjadi panduan generasi masa hadapan. ASET BUDAYA BANGSA YANG DIBANGGAKAN
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Dari sudut yang berbeza pula, permainan tradisional juga dapat memupuk nilai-nilai murni kepada pemain. Anakanak yang bermain permainan tradisional akan memiliki kesabaran yang tinggi dan ketenangan jiwa ketika bermain permainan tradisional seperti congkak dan gasing. Hal ini amat berbeza dengan permainan moden yang menyebabkan anak- anak bersikap tidak sabar dan mereka akan memberontak jika mereka kalah atau gagal dalam permainan tersebut. Oleh itu, permainan tradisional amat penting dalam memupuk nilai-nilai murni. MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI KEPADA PEMAIN CONGKAK GASING
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Tidak dinafikan permainan tradisional juga dapat dijadikan aktiviti sampingan dalam pembelajaran. Guru-guru boleh menjadikan permainan tradisional sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Aktiviti pembelajaran akan menjadi seronok dan menghiburkan pelajar terutama bagi murid-murid sekolah rendah. Sebagai contoh, guru-guru menjadikan biji guli sebagai alat bantu mengajar dalam mata pelajaran matematik. Dengan cara ini murid akan menggunakan biji guli untuk belajar mengira dan menghitung jumlah biji guli. AKTIVITI SAMPINGAN DALAM PEMBELAJARAN
KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita pada zaman dahulu yang melambangkan adat, budaya dan identiti satu-satu bangsa. Jika permainan tradisional ini tidak dikekalkan atau dipertahankan pastinya generasi muda tidak tahu tentang warisan bangsa mereka sendiri seperti permainan wau atau layang-layang, gasing, tangkap ibu dan datuk harimau. MENGEKALKAN WARISAN NENEK MOYANG GALAH PANJANG PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU
Hubungan silaturrahim di antara mereka dapat dieratkan. ● mereka kerap kali bertemu untuk bermain dan mereka boleh bertukar-tukar ahli dalam pasukan contohnya ahli pasukan A, ada yang akan menjadi ahli pasukan B apabila diadakan perlawanan seterusnya pada hari yang lain pula. KHO-KHO DIABOLO /YO-YO CINA TIBOW / PISA SEPAK MAGGIS SEPAK RAGA
Kempen Cara-cara Memperkembangkan Permainan Tradisional Penganjuran pelbagai bentuk pertandingan ● Kita harus menyediakan lebih banyak prasarana, tempattempat atau gelanggang untuk memudahkan masyarakat terutamanya generasi muda memainkan permainan ini. Ini bukan sahaja dapat mengekalkan warisan masyarakat Melayu, menjalin hubungan yang erat, malahan dapat mengelakkan anak-anak muda daripada membuang masa dengan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah ● Mengadakan seperti kempen ‘Cintailah Permainan Tradisional’ atau Permainan Tradisional, Warisan Berzaman’ hendaklah giat dijalankan bermula diperingkat kementerian dahulu dan diakhiri ke peringkat sekolah. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini. Peserta pertandingan yang berjaya hingga ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa tamsilannya dalam permainan catur dan gasing, mereka boleh diambil sebagai jurulatih bertauliah untuk mengajar anak-anak muda pula
PENUTUP ● Pada peghujung perbincangan ini, permainan tradisional merupakan khazanah negara dan warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Oleh itu generasi muda perlu menggalas tanggungjawab untuk meneruskan kesinambungan generasi terdahulu yang memelihara warisan bangsa ini untuk dipusakai oleh generasi seterusnya sehingga akhir zaman sesuai dengan peribahasa melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Sesungguhnya generasi muda menjadi harapan negara untuk meneruskan kepimpinan negara kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.
https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/ 05/14/permainan-tradisional-kaum-kaum-dimalaysia-17/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing https://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak#:~:text= Sumber%2Dsumber%20bantuan%3A%20Pusa t%20Rujukan,menggunakan%20biji%20getah %20atau%20guli. https://ms.wikipedia.org/wiki/Yoyo_cina http://ammal90.blogspot.com/2010/08/permain an-tradisional-di-malaysia.html?m=1 https://rusnizabrghazali.wordpress.com/2013/0 4/30/permainan-tradisional/ Karangan SPM: Kepentingan Permainan Tradisional - Karangan Net SUMBER RUJUKAN