The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ACHIIKIIN, 2023-10-07 11:37:05

PRINSIP PENGURUSAN (NOTA TOPIK 3)

PRINSIP PENGURUSAN (NOTA TOPIK 3)

Keywords: KOLEJ KOMUNITI - SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

C. STRUKTUR BAHAGIAN Pembahagian jabatan dibuat mengikut: • Geografik • Pelanggan • Produk.


CIRI-CIRI STRUKTUR BAHAGIAN •Struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan geografik. •Setiap bahagian mempunyai sumber fungsi utama yang diperlukan dan tidak bergantung kepada bahagian yang lain.


STRUKTUR BAHAGIAN MENGIKUT PRODUK Pengurus Besar Pengurus Bahagian Pakaian Sukan Pengurus Bahagian Kasut Sukan Pengurus Bahagian Peralatan Sukan Contoh : Produk Adidas


STRUKTUR BAHAGIAN MENGIKUT PENGGUNA Pengurus Besar Pengurus Pakaian Kanak-kanak Pengurus Pakaian Remaja Pengurus Pakaian Dewasa Contoh : Produk Demografik


STRUKTUR BAHAGIAN MENGIKUT GEOGRAFIK Pengurus Besar Pengurus Kawasan Utara Pengurus Kawasan Tengah Pengurus Kawasan Selatan Contoh : Perkhidmatan Bank


KEBAIKAN Bahagian Mengikut Produk 1. Meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran produk 2. Meningkatkan produktiviti dan kreativiti kerana berlakunya pengkhususan kerja 3. Mudah untuk menangani perubahan dan masalah dalam proses pengeluaran produk. Bahagian Mengikut Pengguna 1. Meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemahiran pekerja kerana dilatih untuk memenuhi kehendak pengguna. Bahagian Mengikut Georafik 1. Pengurus akan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehendak dan gelagat pengguna bagi kawasan masing-masing


KEBURUKAN Bahagian Mengikut Produk 1. Kos adalah tinggi kerana setiap produk mempunyai piawaian yang tertentu. 2. Pekerja bimbang mereka mahir dalam keluaran tertentu sahaja. Bahagian Mengikut Pengguna 1. Pertindihan usaha dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas. 2. Melibatkan kos yang tinggi untuk mengupah, melatih dan membangunkan ramai pengurus untuk setiap jenis pengguna. Bahagian Mengikut Georafik 1. Pengurus merasa kurang kuasa untuk mengawal pekerja cawangan 2. Kos yang tinggi akibat faktor demografi yang berbeza mengikut kawasan.


REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI •Pengurusan organisasi mula memikirkan reka bentuk organisasi baru. •Tujuannya untuk membangunkan pilihan untuk reka bentuk baru agar organisasi dapat terus bersaing dengan lebih kompetitif


A. STRUKTUR PASUKAN • Memberi kuasa kepada pekerja dan peningkatan kerjasama dalam kemahiran dan disiplin yang berbeza. • Struktur pasukan pula tiada hierarki atau rantaian arahan. • Setiap pasukan mempunyai akauntabiliti terhadap pretasi syarikat. • Struktur ini dapat meningkatkan kualiti, produktiviti dan membawa kepada peningkatan pretasi organisasi. • Kesilapan pekerja dan kadar ketidakhadiran dapat dikurangkan. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


A. STRUKTUR PASUKAN • Struktur ini menggunakan pasukan sebagai pusat koordinasi. • Ciri-cirinya adalah kesediaan untuk menghadapi halangan penjabatan dan kuada membuat keputusan desentralisasi berada pada tahap pasukan. • Dianggotai oleh ahli yang memiliki kemahiran umum dan khusus. • Anggota pasuka bersedia untuk melaksanakan tugas secara fungsi silang. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


A. STRUKTUR PASUKAN REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


B. STRUKTUR PROJEK MATRIK • Merupakan gabungan antara struktur Bahagian dan struktur fungsian. • Juga dikenali sebagai “sistem berbilang arahan”. • Staf membuat laporan kepada dua orang ketua iaitu ketua fungsian dan ketua jabatan Bahagian. • Struktur projek matrik melibatkan perkongsian kepakaran antara jabatan fungsian dan projek. • Ia melibatkan kos yang tinggi. • Strukturnya adalah fleksibel dan memudahkan pengurusan. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


B. STRUKTUR PROJEK MATRIK • Struktur ini mewujudkan konflik kesetiaan terhadap projek baharu, jabatan dan fungsi. • Menggalakkan kerjasama antara jabatan. • Pekerja terpaksa menerima arahan daripada dua ketua. • Meningkatkan kualiti pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah. • Meningkatkan penglibatan dan cabaran pada pekerja. • Menjadikan proses pembuatan keputusan lebih lambat. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


CIRI-CIRI STRUKTUR PROJEK MATRIK • Menggabungkan struktur bahagian dan fungsian. • Mempunyai dua rantaian arahan; menegak dan melintang. •Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua (bahagian dan fungsian) •Struktur ini bercanggah dengan prinsip kesatuan arahan (unity of command) menyebabkan ianya sukar untuk diuruskan.


STRUKTUR MATRIK Pengarah Urusan Pengurus Kewangan Pengurus Projek A Staf A & Kewangan Staf A & pengeluaran Pengurus Projek B Staf B & Kewangan Staf B & pengeluaran Pengurus Projek C Staf C & Kewangan Staf C & pengeluaran Pengurus Pengeluaran Pengurus Projek


KEBAIKAN 1. Kebolehan untuk mengendalikan 2 matlamat serentak kerana ada 2 penugas autoriti. 2. Organisasi lebih peka kepada perubahan dalam persekitaran. 3. Kerjasama antara bidang dapat dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan. 4. Peningkatan komunikasi antara pekerja, dapat meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan kepelbagaian keluaran dapat dilakukan.


KEBURUKAN 1. Terlalu kompleks dan ini akan menimbulkan banyak masalah. 2. Kos pengurusan yang tinggi, contohnya apabila lebih banyak perbincangan terpaksa dilakukan untuk mencapai kesepakatan. 3. Ketua yang ramai akan menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham antara staf dan pengurus (percanggahan arahan). 4. Kuasa selalunya didominasi oleh individu-individu yang ekstrovert (menonjol).


C. STRUKTUR TANPA SEMPADAN • Struktur tanpa sempadan merupakan organisasi yang tidak berstruktur kerana dalam struktur ini rantaian arahan dihapuskan, tiada had dalam jangkauan kawalan dan penjabatan digantikan dengan autoriti pasukan. • Struktur ini menghapuskan segala halangan menegak, mendatar dan juga sempadan persekitaran dalaman dan luaran. • Walaupun pengurus dan pekerja bawahan masih melaporkan kepada pihak atasan, struktur ini menekankan kepada fleksibiliti dan tindak balas yang cepat. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


C. STRUKTUR TANPA SEMPADAN Kelebihan •organisasi ini akan dapat memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan keupayaan pekerja – pekerjanya dengan cara yang lebih baik. •Menyelesaikan masalah tidak lagi menjadi tanggungjawab individu-individu yang terlibat dengan masalah yang berkenaan. •Misalnya, masalah-masalah dalam jabatan pemasaran yang sepatutnya diselesaikan oleh individu-individu dalam bahagian pemasaran boleh diselesaikan oleh pakar-pakar dalam perkara tersebut, sama ada dari dalam mahupun luar organisasi. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


C. STRUKTUR TANPA SEMPADAN Kelebihan •Hubungan yang rapat antara semua bahagian dalam organisasi dengan komponen-komponen di luar. •Hubungan rapat ini terbentuk akibat daripada disintegrasi sempadan yang memisahkan kedua – dua persekitaran tersebut. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


C. STRUKTUR TANPA SEMPADAN Kelemahan •Pertama sekali, pengurus dan pekerja-pekerja sering menganggap bahawa peralihan organisasi kepada struktur tanpa sempadan akan mengancam keselamatan kerja mereka. •Kelemahan yang paling ketara adalah tidak ada cara yang jelas untuk mencapai struktur organisasi sebegini. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


D. STRUKTUR PEMBELAJARAN • Organisasi struktur pembelajaran ialah satu organisasi yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang selalu memperkembangkan kapasiti untuk mendapatkan keputusan yang mereka inginkan, perkembangan corak pemikiran yang baru disemai, aspirasi kolektif adalah bebas dan anggota-anggotanya selalu belajar untuk belajar bersama-sama. • Ia merupakan satu organisasi yang komited untuk pengujian pengalaman yang berterusan dan perubahan pengalaman kepada pengetahuan. REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


D. STRUKTUR PEMBELAJARAN • Struktur pembelajaran merupakan satu kemahiran atau kemahiran yang diperoleh dengan perubahan pengetahuan serta pengubahsuaian tingkah laku untuk membayangkan pengetahuan dan pengamatan dalaman yang baru. • Maka dapat dibuat suatu kesimpulan bahawa organisasi struktur pembelajaran ialah satu organisasi yang terus berfungsi, mengikuti perkembangan semasa, peka kepada perubahan menerima pendekatan atau idea baru untuk pembaharuan dan berusaha secara kolektif untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam usaha untuk mencapai matlamat pembelajaran REKA BENTUK ORGANISASI KONTEMPORARI


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version