STATISTIK 1 SPP3073 UNIT 1 PENGENALAN TERHADAP STATISTIK OBJEKTIF Objektif am Mempelajari dan memahami ilmu statistik, penggunaannya serta istilah-istilah: populasi, sampel, data primer dan data sekunder. Objektif khusus Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: ❖ Menjelaskan definisi statistik ❖ Menerangkan penggunaan ilmu statistik. ❖ Menerangkan istilah-istilah: populasi, sampel, data primer dan data sekunder.
STATISTIK 2 SPP3073 INPUT 1.0 PENGENALAN TERHADAP STATISTIK Data ialah maklumat yang belum diproses , contoh: • markah-markah bagi sesuatu keputusan peperiksaan. • bilangan pelajar ketinggian pelajar • jumlah kereta yang lalu di jalanraya • jumlah barangan yang dapat dijual di pasaran. Data tersebut dikumpulkan dan diproses untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan berdasarkan tujuan kajian. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua iaitu statistik huraian dan statistik inferensi. Statistik huraian meliputi teknik mengumpul, menjadual dan membentang data manakala statistik inferensi melibatkan teknik menganalisis dan seterusnya membuat kesimpulan. Definisi - statistik pada umumnya ialah berkaitan dengan kaedah-kaedah saintifik untuk mengumpulkan, mengorganisasikan, meringkaskan, mempersembahkan, dan menganalisa datadata. Sebagai ilustrasi, seorang pengeluar sebuah syarikat ingin mengetahui tentang sambutan pelanggan terhadap barangan yang ditawarkan oleh syarikatnya di pasaran. Untuk mendapatkan jawapan tersebut langkah-langkah berikut akan dilakukan: a. Mengumpul – Pengeluar tersebut akan mengumpulkan data-data jualan di syarikatnya. b. Mengorganisasikan – Pengeluar tersebut akan membahagikan data-data tersebut mengikut jenama barangan. c. Meringkaskan – Data- data tersebut akan diringkaskan dalam bentuk yang lebih mudah seperti mendapatkan purata jualan untuk setiap barangan. d. Mempersembahkan – Nilai-nilai yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk di lihat seperti gambarajah pai, histogram, graf dan sebagainya. e. Menganalisa data-data – Data-data tersebut akan dibandingkan dan pihak pengeluar boleh membuat kesimpulan berkenaan sambutan pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkannya seperti jenama mana yang paling laris di pasaran.
STATISTIK 3 SPP3073 1.1 Penggunaan statistik Data-data statistik terutamanya berfungsi sebagai alat untuk memberi keterangan bagi menolong seseorang atau sesebuah organisasi dalam membuat keputusan. Kebiasaannya sesuatu keputusan yang dibuat tanpa menggunakan keterangan yang lengkap akan memungkinkan sesuatu keputusan tersebut adalah kurang ketepatan umpamanya seorang doktor sebelum mengubati pesakitnya haruslah terlebih dahulu mengambil beberapa keterangan mengenai keadaan pesakitnya. Keterangan tersebut mungkin berbentuk suhu badan, tekanan darah dan sebagainya. Oleh itu data-data statistik tersebut menyediakan keterangan yang boleh memberikan suatu gambaran tentang keadaan yang telah lalu. Ia dapat menunjukkan perjalanan sesuatu keadaan yang akan datang dan seterusnya boleh melakukan jangkaan tertentu terhadap keadaan tersebut. Penggunaan statistik dalam perniagaan. a. Bidang pengeluaran Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah. b. Bidang pemasaran Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan, keputusankeputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran ,agihan dan ramalanramalan pasaran. c. Bidang kewangan Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan kerugian dan percukaian. d. Bidang pengurusan sumber manusia Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan pusing-ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan yang dialami oleh pekerja , kadar bilangan pekerja yang cuti sakit dan bilangan mereka yang ponteng kerja.
STATISTIK 4 SPP3073 1.2 Istilah-istilah asas statistik i. Populasi – Satu set data yang mengandungi kesemua unit yang ingin dikaji. ii. Sampel – sekumpulan atau sebahagian kecil unit pencerapan dari populasi Contoh: Tajuk kajian – Pencapaian keputusan peperiksaan pelajar-pelajar Diploma Pengajian Perniagaan disemua Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Populasi- Semua pelajar Diploma Pengajian Perniagaan di semua Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Sampel – Pelajar-pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Politeknik Ungku Omar Ipoh. iii. Data primer – Data yang diperolehi oleh pihak penyelidik daripada responden. Data-data yang dikumpulkan oleh penyelidik tertentu untuk tujuan seseorang penyelidikan tertentu dalam membuat sesuatu kajian. iv. Data sekunder – Data yang diperolehi oleh pihak penyelidik daripada rekodrekod data yang telah dikumpulkan oleh penyelidik lain samada pihak kerajaan atau swasta. v. Data kuantitatif – Data yang dapat dinyatakan dalam bentuk angka dan didapati dengan cara mengukur dan mengira a. Data kuantitatif diskrit – Data yang boleh diukur dengan tepat mengikut proses pengiraan. Contoh : Bilangan pelajar, bilangan kereta, bilangan rumah. b. Data kuantitatif selanjar – Data yang tidak boleh diukur dengan tepat. Ketepatannya bergantung kepada alat pengukur. Contoh: Tinggi, berat, suhu, panjang. vi. Data kualitatif – Data tidak boleh dinyatakan dalam bentuk angka. Contoh : Jantina ? Jawapan Lelaki Perempuan
STATISTIK 5 SPP3073 AKTIVITI 1 1. 1 Jelaskan maksud statistik (5markah) 1.2 Terangkan 3 kegunaan statistik dalam perniagaan. (6 markah) 1.3 Jelaskan istilah-istilah berikut: i. Populasi ii. Sampel iii. Data sekunder iv. Data primer v. Data kuantitatif (10 markah)
STATISTIK 6 SPP3073 PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan Selamat mencuba !!!!! 1. Apakah yang anda faham tentang statistik (3 markah) 2. Jelaskan maksud statistik inferensi dan statistik huraian (4 markah) 3. Jelaskan tiga kegunaan statistik dalam perniagaan. (6 markah) 4. Terangkan istilah-istilah berikut serta contoh bagi setiap satu. i Data sekunder ii Data primer iii .Populasi iv. .Sampel (12 markah) 5. Tandakan (√ ) bagi data diskrit dan selanjar yang berikut: Bil Pekara Selanjar Diskrit 1 Ketinggian pemain bola sepak Brazil 2 Bilangan unit kereta yang dikeluarkan oleh Syarikat Proton setahun. 3 Bilangan pekerja di Maybank 4 Jumlah keuntungan tahunan koperasi perumahan Taman Rapat Setia. 5 Masa yang diambil untuk menyediakan sekeping Pizza Hut . 6 Berat bayi yang baru dilahirkan di HKL ( 6 markah)