INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1074: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TAJUK
TUGASAN 2: PEMBINAAN E-PORTFOLIO (INDIVIDU)
NAMA PELAJAR : NUR AZZA ZANEETA BINTI KHIDIF
ANGKA GILIRAN : 2021022310098
: 031223-13-0200
NO. KAD PENGENALAN
:PPRBMM1-4
KUMPULAN/ UNIT :BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
KOD DAN NAMA KURSUS : HAJAH AINAH BT JULHEE
NAMA PENSYARAH : 26.11.2021
TARIKH HANTAR
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
TUGASAN 2: Membina e-Portfolio (50%)
Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa pada abad ke-7 Masihi
sehingga abad ke-19 Masihi. Bahasa Melayu menjadi lingua franca dirantau Asia
Tenggara. Bahasa Melayu mencapai kegemilangannya apabila bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan
seluruh rantau berkenaan.
Namun, apabila berlakunya penjajahan yang pesat pada abad ke-20 ke atas
Kepulauan Melayu di Asia Tenggara, menyebabkan bahasa Melayu telah
menghadapi cabaran dan bermulalah kemerosotan kedudukan bahasa Melayu
sebagai lingua franca di rantau Asia Tenggara. Dalam konteks ini, pihak penjajah
telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan
bahasa pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka.
Apabila kemerdekaan tercapai barulah kedudukan bahasa Melayu telah
dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua
franca di rantau ini.
Berdasarkan pernyataan di atas, nilaikan sejarah perkembangan tulisan,
Bahasa Melayu sejak zaman pramerdeka sehingga pascamerdeka serta cabaran
dan masa depan Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan kemahiran dan alat
berfikir serta memuatkan hasil penilaian tersebut dalam sebuat e-book.
Perbincangan anda dibuat dalam lingkungan 2000 patah perkataan.
Isi kandungan Muka surat
Perkara 1
1.0 Pengenalan 1-7
2.0 Sejarah perkembangan tulisan dalam Bahasa Melayu
3.0 Sejarah perkembangan Bahasa Melayu pramerdeka 8-13
sehingga pascamerdeka 14-15
4.0 Cabaran dan masa depan Bahasa Melayu 16
5.0 Rumusan 17
6.0 Rujukan
1.0 Pengenalan
Sebelum bahasa Melayu berkembang seperti yang kita lihat pada masa kini,
bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang dituturkan oleh
masyarakat di seluruh kawasan Nusantara. Pengklasifikasi zaman-zaman
perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah berkembang
dan sudah tertulis sejarah penyebarannya.Untuk lebih mendalami sejarah
bahasa Melayu, kita hendaklah mengetahui sejarah perkembangan tulisan
yang ada dalam bahasa Melayu.Selain itu,kita juga perlu mendalami bahasa
Melayu sejak zaman pramerdeka dan zaman pascamerdeka .Kemudian,
barulah kita meneroka bahasa Melayu dengan lebih mendalam lagi iaitu
berkenaan cabaran dan masa depan bahasa Melayu.
2.0 Sejarah perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu.
Tulisan ini mula berkembang selari dengan perkembangan bahasa Melayu
Kuno, kemudian bahasa Melayu klasik dan diakhiri dengan bahasa Melayu
moden.
Tulisan
Pallava
Tulisan Sejarah Tulisan
Rumi perkembangan Kawi
tulisan dalam
bahasa Melayu.
Tulisan
Jawi
1
2.1 Tulisan Pallava (bahasa Melayu kuno)
Kedatangan orang dari India ke kawasan sekitar sini telah membawa
sistem tulisan Pallava. Tulisan Pallava merupakan sistem tulisan lama
orang Tamil yang datang dari bahagian Selatan India..Sistem ini
dibangunkan pada sekitar abad ke 3 hingga abad ke 5. Tulisan Pallava
membahagikan penggunaan simbol hurufnya kepada dua iaitu
konsonan dan juga vokal dengan terdapat beberapa simbol
tambahan digunakan bagi mewujudkan bunyi-bunyi yang berlainan.
Rajah 1: Aksara Pallava.
Beberapa buah batu bersurat yang ditemui dibawah memamparkan
penulisan tulisan Pallava :
Rajah 2: Batu bersurat Kedukan Rajah 3: Batu bersurat Talang
Bukit (683M) Tuwo (684M)
Rajah 4: Batu bersurat Rajah 5: Batu bersurat Kota
Karang Brahi (692M) di Hulu Kapur (686M)
Jambi, Indonesia.
2
2.2 Tulisan Kawi (bahasa Melayu kuno)
Tulisan Kawi adalah sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sejak
abad ke 8. Ia digunakan serentak bermulanya era permulaan tulisan jawi di
kalangan orang Melayu.Perkara ini berdasarkan kepada penemuan sebuah
batu nisan orang Melayu yang dikenali dengan nama Ahmad Majnun di
Pengkalan Kempas, Sungai Ujang, Negeri Sembilan. Batu nisan yang tertera
tahun 1463 memaparkan kedua-dua bentuk tulisan orang Melayu kepada
tulisan jawi serta bukti kedatangan Islam yang mula bertapak di Tanah
Melayu. Tulisan Kawi diasaskan oleh orang Jawa, jadi sistem tulisan ini turut
dikenali dengan nama tulisan lama Jawa . Dua artifak lama yang ditemui
memaparkan tulisan Kawi iaitu batu bersurat yang dijumpai di daerah
Tapanuli, Sumatera, ia dikenali sebagai batu bersurat Joreng (1179M) dan
juga batu bersurat Padang Lawas (1213M).
Rajah 6: Aksara tulisan Kawi.
2.2.1 Ciri-ciri tulisan Kawi.
setiap huruf melambangkan
sebutan bunyi sebuah suku
kata bervokal lalai /a/
Mempunyai ditulis tanpa jarak
tanda baca
Ciri-ciri
tulisan
Kawi
memiliki huruf Aksara terdiri
subskrip sekitar 47 huruf
3
2.3 Tulisan Jawi (bahasa Melayu klasik)
Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang
dikenali juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang
Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Di Malaysia, sistem
ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek
dalam pengajaran di sekolah. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia
adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh
702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui
adalah pada akhir kurunke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai
ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Rajah 8: Batu Bersurat Terengganu Rajah 9: Aksara tulisan Jawi
yang bertarikh 702H.
2.3.1 Ciri- Ciri Tulisan Jawi
aksara- bertindan
askara secara
berbaris atau
mempunyai menegak
titik
Ciri- Ciri
Tulisan Jawi
aksara ligatur
bersambung
* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah
merupakan aksara yang dipinjam dari aksara
Arab dan enam abjad tambahan.
4
2.4 Tulisan Rumi (bahasa Melayu moden)
Tulisan rumi merupakan salah satu perkembangan dalam bahasa
Melayu. Berdasarkan Muhammed Salehudin (2016), sejarah awal
penggunaan tulisan Rumi dikaitkan dengan para pengembara iaitu
sama ada pedagang atau penjelajah dari Eropah ke Nusantara
secara perseorangan yang menulis perkataan Melayu yang mereka
dengar semasa di perlabuhan dengan tulisan rumi. Terdapat
beberapa tahap perkembangan tulisan Rumi. Menurut satu artikel
Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu (n.d), sistem
ejaan Rumi secara umumnya menjadi penting pada awal abad ke-
20. Hal ini kerana Jawi tidak menggambarkan sepenuhnya
sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak
dapat memahaminya.
2.4.1 Pedoman ejaan rumi bahasa Melayu
Abjad
Pemenggalan Huruf vokal
kata
Pedoman ejaan Huruf
rumi bahasa diftong
Melayu
Gabungan
huruf konsonan
Huruf
konsonan
5
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada
huruf- huruf yang disenaraikan pada rajah 10 dan sebutan tiap-
tiap huruf disertakan di sebelahnya.
Rajah 10: Huruf dan sebutan bagi abjad ejaan rumi.
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a, e, i, o, dan
u. Terdapat dua versi huruf e iaitu, e pepet dan e taling.
Kemudian, dalam bahasa Melayu, diftong dilambangkan dengan
gabungan dua huruf vokal (ai, au, dan oi) yang dilafazkan sebagai bunyi
geluncuran.
Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-
huruf yang dinyatakan dalam rajah 11.
Rajah 11: Huruf konsonan
6
Terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy
yang tiap-tiap satu gabungan itu melambangkan satu bunyi konsonan.
Ahkhir sekali adalah pemenggalan kata , pemenggalan kata adalah
proses pemenggalan atau pemotongan kata sehingga kata bisa
dituliskan dan dilafalkan atau dieja dengan baik.
Sejarah perkembangan sistem tulisan bahasa Melayu dapat dilihat melalui
penemuan-penemuan bukti penggunaan sesuatu tulisan tersebut seperti
penemuan batu bersurat. Sebelum penggunaan tulisan bahasa Melayu yang
digunakan pada hari ini, tulisan bahasa Melayu telah melalui perkembangan sejak
perkembangan bahasa Melayu kuno hinggalah bahasa Melayu moden.
7
3.0 Sejarah perkembangan bahasa Melayu pramerdeka sehingga
pascamerdeka.
Subtopik ini akan menyentuh tentang penubuhan ASAS 50 hinggalah
kemerdekaan 1957 bagi era sebelum merdeka manakala era selepas
merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967.
3.1 Bahasa Melayu pramerdeka
Zaman pramerdeka ini memperjuangkan taraf atau status bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Laporan Kaedah
Barnes 1951 sistem
pendidikan
Laporan Peranan
Fenn-Wu 1951 Bahasa bahasa
Melayu Melayu
Jawatankuasa pramerdeka menjelang
pengkaji sistem pramerdeka
Pertubuhan
pendidikan bahasa Melayu i. Pakatan Belajar
pramerdeka yang Mengajar
Ordinan memperjuangkan
Pelajaran bahasa Melayu Pengetahuan
Bahasa Melayu
1952
Laporan Razak
1956
iv. Angkatan
Sasterawan 50
(ASAS 50)
iii. Persaudaraan ii. Pejabat Karang
Sahabat Pena Mengarang
Malaysia
8
3.1.1 Kaedah sistem Pendidikan
Sistem pendidikan zaman pramerdeka adalah berbentuk tidak formal.
Wujud sekolah vernakular yang berorentasikan penggunaan bahasa
kebangsaan dan sekolah kebangsaan juga diperkenalkan. Bahasa Melayu
pada zaman pramerdeka dijadikan sebagai bahasa perhubungan.
3.1.2 Peranan bahasa Melayu menjelang Pramerdeka
Bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar. Selain itu, bahsa
Melayu adalah alat untuk mengembangkan karya penulisan dan alat
penyebar maklumat.Akhir sekali, pertubuhan juga wujud sebagai alat
perpaduan.
3.1.3 Pertubuhan bahasa Melayu pramerdeka yang memperjuangkan
bahasa Melayu
Pertubuhan i. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
bahasa Melayu Bahasa Melayu
pramerdeka yang ii. Pejabat Karang Mengarang (1924)
memperjuangkan iii. Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia
bahasa Melayu
iv. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
9
i. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu (PBMPB)
Pertubuhan ini diasaskan oleh Dato’ Seri Diraja Abdul Rahman Andak dan
Dato’ Muhammad Ibrahim Munshi yang bertujuan memelihara,melengkap
dan memodenkan bahasa Melayu. Pertubuhan ini juga mengendalikan
perbincangan dan ceramah tentang permasalahan bahasa Melayu serta
mwujudkan perpusatakaan.
ii. Pejabat Karang Mengarang (1924)
Pertubuhan in diasaskan oleh O.T. Dussek dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
yang i berperanan dalam mengeluarkan buku-buku sekolah bahasa Melayu
dan menerbitkan jurnal bergambar.Selain itu pertubuhan ini juga
mengeluarkan bahan bacaan untuk orang Melayu dan mengadakan
perpustakaan bergerak ke Kawasan luar bandar . Sehingga 1941,
pertubuhan ini menghasilkan 85 judul buku teks sekolah dan sehingga
1957, terdapat 64 judul buku terjemahan untuk perpustakaan sekolah dan
bacaan umum.
iii. Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia
Pertubuhan ini diasaskan oleh Mohd Al-Khatib dan Ariffin Ishak melalui
ruangan “Sahabat Pena” yang bertujuan mengeratkan hubungan
persaudaraan sesama ahli. Pertubuhan ini juga menggalakkan penulisan
dan pembacaan dalam bahasa Melayu dan mendirikan perpustakaan.
iv. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
Pertubuhan ini diasaskan oleh Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin
Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera
bertujuan untuk mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Selain itu, kebajikan dan kepentingan penulisan dijaga dengan melindungi
hak pengarang.
10
3.1.4 Jawatankuasa pengkaji sistem pendidikan
Laporan Laporan Ordinan Laporan
Barnes (1951) Fenn-Wu Pelajaran Razak (1956)
(1951) (1952)
Laporan Barnes (1951) bertujan untuk menyemak dan memperbaiki
keadaan Pendidikan kaum Melayu. Laporan Fenn-Wu (1951) pula
bertujuan untuk menyemak pendidikan kaum Cina. Seterusnya, Ordinan
Pelajaran (1952) bertujuan untuk mengesyorkan sekolah kebangsaan
sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Laporan Razak (1956):
pula bertujuan untuk meletakkan asas bagi perkembangan sistem
pendidikan untuk memupuk perpaduan.
11
3.2 Bahasa Melayu pascamerdeka
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang.
3.2.1 Akta-akta yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu.
iv. Akta i. Perkara 152
pendidikan Perlembagaan
Persekutuan
(1996)
Akta-akta yang
berkaitan dengan
pelaksanaan
bahasa Melayu.
iii. Akta bahasa ii. Akta Dewan
kebangsaan Bahasa dan
1963/67
Pustaka 1959
i. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 152 (1) menetapkan
bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Antara sumbangan
Perkara 152 adalah bahasa Melayu diberikan taraf istimewa berbanding
bahasa-bahasa lain di Malaysia dan mewujudkan persefahaman dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
ii. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Antara peranan akta ini adalah untuk membina dan memperkaya bahasa
kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.Akta ini
juga berperanan dalam memperkembangkan bakat sastera. Selain itu,
Akta ini berperanan dalam aktiviti mencetak dan menerbitkan bahan
kesusasteraan.
12
iii. Akta bahasa kebangsaan 1963/67
Peranan akta ini adalah memastikan bahasa semua urusan rasmi
kerajaan dan menuntut agar bahasa Melayu dipelihara, dibina,
diperkembangkan, dipupuk dan dibudayakan dalam situasi rasmi. Akta
ini juga menuntut kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
secara khusus diwartakan.
iv. Akta pendidikan (1996)
Tujuan akta ini digubal adalah untuk memantapkan sistem pendidikan
kebangsaan untuk generasi akan datang dan memperluaskan skop
serta memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
3.2.2 Penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956
sebagai sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran.Pada tahun
1959,DBP dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun yang
bermatlamat untuk memajukan dan mengembangkan peristilahan
bahasa Melayu. DBP bertanggungjawab menyelaraskan penggunaan
istilah dan ejaan bahasa Melayu.Seterusnya, DBP berperanan dalam
menyusun kamus am dan kamus istilah. Kemudian ,DBP
bertanggungjawab menyalurkan atau menyebarkan istilah baru secara
berkesan. Perkembangan bahasa Melayu pramerdeka sehingga
pascamerdeka berperanan untuk menjadikan bahasa Melayu ini
sebagai bahasa kebangsaan. Pertubuhan pada zaman pascamerdeka
juga banyak memberi sumbangan terhadap bahasa Melayu.
Perkembangan bahasa Melayu pramerdeka sehingga pascamerdeka
telah membuktikan usaha keras tokoh-tokoh untuk menjadikan bahasa Melayu
ini sebagai bahasa kebangsaan. Pertubuhan pada zaman pascamerdeka juga
banyak memberi sumbangan terhadap bahasa Melayu.
13
4.0 Cabaran dan masa depan bahasa Melayu
Bidang pendidikan
Bidang ekonomi
Cabaran dan Bidang pentadbiran kerajaan kerancuan bahasa
masa depan Cabaran terkini bahasa Melayu Percampuran kod
bahasa Melayu Masa depan bahasa Melayu Slanga
4.1 Bidang pendidikan
Isu kualiti dan kekurangan guru bidang bahasa Melayu yang akan
menjejaskan perkembangan pembelajaran bahasa Melayu. Bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu juga bersaing sebagai bahasa pengantar di
Institusi Pendidikan tinggi.
4.2 Bidang ekonomi
Bahasa Inggeris dijadikan sebagai syarat memohon pekerjaan.Terdapat
kemasukan buruh asing dimana mereka lebih selesa mengunakan
bahasa ibunda mereka untuk berkomunikasi.
4.3 Bidang pentadbiran kerajaan
Pihak pentadbiran kerajaan dikatakan enggan menggunakan bahasa
kebangsaan dalam urusan surat-menyurat dengan alasan ketiadaan
kerani Melayu. Kerajaan juga telah menetapkan syarat iaitu seseorang
haruslah mengetahui dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris
untuk mendapatkan jawatan yang baik.
14
4.4 Cabaran terkini bahasa Melayu
Percampuran
kod
Kerancuan Cabaran Slanga
bahasa terkini bahasa
Melayu
Antara kerancuan bahasa yang seringkali digunakan di media sosial ialah
penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa dialek, penggunaan
ejaan yang salah dan sebagainya.Percampuran kod pula berlaku apabila
seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan
bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek
lain. Slanga pula bermaksud penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan
ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek
atau bahasa.
4.5 Masa depan bahasa Melayu.
Keupayaan bahasa Melayu masa depan bukan sahaja perludiperlihatkan
dari kemampuan untuk digunakan dalam pelbagai bidang tetapi boleh
juga digunakan untuk mengungkap semua perkara dalam dunia
ini.Bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa pemersatu. Fungsi
pemersatu bermaksud bahasa yang digunakan dapat menimbul sikap
dalam kesetiaan berbahasa (bahasa kebangsaan).
Perkembangan bahasa Melayu dari zaman ke zaman bergantung kepada
bagaimana bahasa itu digunakan, adakah digunakan secara meluas ataupun tidak.
Bahasa Melayu perlulah meliputi kesemua aspek kehidupan masyarakat seperti
aspek pendidikan, ekonomi dan pentadbiran kerajaan agar masa depan bahasa
Melayu lebih cerah.
15
5.0 Rumusan.
Kesimpulannya, Kita dapat lihat melalui sejarah bahawa tulisan rumi yang
digunapakai pada hari ini telah melalui pelbagai perkembangan sejak dari
zaman bahasa Melayu kuno lagi. Bahasa Melayu semasa zaman
pramerdeka dan zaman pasca merdeka pula telah menjadikan bahasa
Melayu bebas digunakan dan tinggi darjatnya hasil daripada usaha tokoh-
tokoh orang terdahulu yang sedar akan pentingnya menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akhir sekali, cabaran kepada bahasa
Melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh
memperkembangkannya menjadi bahasa sumber ilmu,ekonomi, teknologi
dan pemodenan.Pada pandangan saya, saya pasti cabaran yang dihadapi
untuk mengembangkan penggunaan bahasa Melayu dapat ditanggani jika
semua pihak bekerjasama untuk masa depan bahasa Melayu.
(1965 patah perkataan)
16
6.0 Rujukan
Ahmad Syafiq Amir. (n.d). Topik 3 Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka.
Wordpress. https://afiqekie.wordpress.com/download-nota-pismp/
Bahasa Melayu pascamerdeka. (2013). (Powerpoint slide). Slideshare.
https://bit.ly/3FJ2n2q
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. (2009). Pedoman umum ejaan Rumi bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
2009.
Eddy Terinsip. (2018). Bahasa Melayu pramerdeka. https://bit.ly/32EUHAh
Idham Khalil B Abdul Muluk. (n.d). HBML4103 Sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Open University Malaysia.
Silmi Nurul Utami. (2021). Pengertian pemenggalan kata dan contohnya. Kompas.com.
https://bit.ly/3FS9SEy
Laila Wati Johari. (2015). Cabaran bahasa Melayu. https://bit.ly/3l9YyLW
Namri Sidek. (2019). 3 jenis tulisan orang melayu lama: Rencong. Pallavi dan Kawi.
Iluminasi. https://bit.ly/310Ln96
Nik Nabila & Mohd Haikal. (2013). Pendidikan wajib untuk semua (Akta Pendidikan
1996) dan implikasi pelaksanaan pendidikan wajib melalui Akta Pendidikan 1996.
https://bit.ly/3HVvBNt
Nurlidyawati Jasmin. (2017). Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi. Slideshare.
https://bit.ly/3cSmFdE
Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu. (n.d). https://bit.ly/3p6fswh
Topik 3 bahasa Melayu Sebelum Dan Selepas Merdeka.pdf. (n.d). https://bit.ly/3HVCnCT
Topik 5 masa depan dan cabaran bahasa Melayu.pdf. (n.d). https://bit.ly/3cSfoKB
17