INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR : NUR AZZA ZANEETA BINTI KHIDIF
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310098
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 031223-13-0200
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR : PPRBMM2-4
: BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
: PUAN SELINA HJ AHMAD
: 21.03.2022
Isi kandungan
Perkara Muka surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu. 1
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu. 2
3.1 Kesusasteraan sebagai alat pendidikan/pengajaran/didaktik. 2
3.2 Kesusasteraan sebagai kepuasan estetik. 2
4.0 Manifestasi akal budi, pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun tradisional Melayu. 3
5.0 Rumusan 4
Rujukan 5
1.0 Pengenalan
Kesusasteraan lebih mudah difahami sebagai pemikiran yang dihasilkan oleh
sesuatu bangsa sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Aliran pemikiran yang
dizahirkan dalam karya kesusasteraan ini sudah tentu berkaitan dengan apa yang berlaku
dalam bangsa itu sendiri (Nazri Atoh et al, 2020). Salah satu masyarakat yang mempunyai
karya-karya kesusasteraan yang unik dan istimewa adalah masyarakat Melayu. Maka tidak
dapat dinafikan bahawa kehidupan masyarakat Melayu sangat berkait rapat bagai isi
dengan kuku dengan inti pati karya sastera Melayu sejak dulu lagi.
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu.
Sebelum kita mendalami apa itu kesusasteraan, kita hendaklah memahami konsep
kesusasteraan itu dahulu. Makna bagi kesusasteraan itu sendiri mencerminkan sifat indah
yang ada pada karyanya. Awalan su yang terdapat dalam perkataan kesusasteraan itu
bermaksud baik dan indah, sehingga dapat dibandingkan dengan belles letter
(A.Teeuw, 1995:3). Perkataan sastra yang berasal daripada perkataan Sanskrit membawa
maksud sarana atau alat yang membawa pengajaran. Maka, dengan menyatukan kedua-
dua maksud tersebut, kita dapat faham bahawa susastera ialah suatu alat yang membawa
pengajaran dengan cara yang indah. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam Bahasa Melayu 1
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada ciptaan seni dan hasil karya yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu tradisional,
sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, dalam
situasi seorang ibu ingin menidurkan anaknya. Secara tidak langsung, ibu tersebut
menyanyikan balada-balada yang merdu dan berirama untuk menidurkan anaknya. Jelaslah
bahawa sastera Melayu sangat dekat dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu
tradisional. Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa sastera ialah seni bahasa.
Hal ini kerana, sastera ialah ungkapan secara langsung berdasarkan gerak hati sendiri
daripada perasaan yang mendalam. Sastera juga merupakan ekspresi fikiran pengkarya
melalui malui medium bahasa. Apa yang dimaksudkan oleh ekspresi fikiran adalah cara
pengkarya meluahkan idea-idea, pandangan, perasaan dan pemikirannya. Kesimpulannya,
sastera merupakan ungkapan seseorang berpandukan gerak hati, pemikiran, idea dan
sebagainya yang ditafsirkan dalam bentuk lisan mahupun tulisan.
1
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu.
Setiap perkara yang telah dihasilkan pasti ada fungsinya yang tersendiri. Namun,
apakah fungsi kewujudan kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu
tradisional? Bagi kesusasteraan Melayu, pengarang menghasilkan karya-karya mereka
adalah untuk dinikmati oleh khalayak. Khalayak disini bermaksud masyarakat Melayu
tradisional yang menggunakan karya-karya sastera untuk berhubungan langsung dengan
pengarang. Hubungan masyarakat dengan pengarang sangat penting untuk membantu
pengarang menentukan karya yang dihasilkannya diterima atau tidak oleh masyarakat.
Kesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas iaitu berfungsi sebagai alat pendidikan
dan alat untuk memberikan kepuasan estetik.
3.1 Kesusasteraan sebagai alat pendidikan/pengajaran/didaktik.
Terdapat banyak karya Kesusasteraan Melayu yang sebenarnya mempunyai unsur
pendidikan/pengajaran dan didaktik. Contohnya, kebanyakan pengarang yang
menghasilkan karya mereka adalah sekumpulan individu yang mempunyai latar
belakang yang baik seperti mempunyai banyak pengalaman. Pengalaman mereka
diluahkan melalui kisah-kisah yang ditulis mahupun dari lisan. Antara cangkuman
bidang pendidikan yang dimasukkan di dalam karya mereka ialah bidang ilmu
ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman yang mereka luah melalui karya
sastera ini telah disertakan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan
yang tinggi nilainya. Ketika masyarakat Melayu menikmati karya-karya mereka,
unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan secara tidak langsung diserap oleh
pembaca dan dapat membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.
3.2 Kesusasteraan sebagai kepuasan estetik.
Fungsi yang kedua ialah sebagai kepuasan estetik. Menurut Hashim Awang (1987),
definisi bagi estetik ialah kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau
seni lainnya. Estetika ialah subjek paling dasar dalam penciptaan dunia sastera. Satu
istilah terpokok dan teras utama dalam konteks penulisan karya, dan banyak
dibincangkan zaman-berzaman. Ia menjadi kriteria terpenting bagi masyarakat dalam
menentukan penerimaan mereka. (Mana Sikana, 2018). Kesimpulannya, kepuasan
estetik adalah perasaan di mana muncul rasa keindahan sama ada dalam diri
penulis ataupun pembaca. Kepuasan estetik ini sangat penting kerana ia salah satu
kriteria yang akan dinilai oleh khalayak berdasarkan sesuatu karya yang mereka
baca. Melalui kepuasan estetik ini, penulis akan merasa damai jika mereka mampu
mencipta karya sastera yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari
segi idea yang ingin disampaikan mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Hasil
2
daripada kepuasan estetik ini kepada pembaca akan mempamerkan keindahan yang
ada pada karya yang mereka baca dan ia akan menggambarkan perasaan puas
yang terdapat di dalam diri pembaca semasa menikmati karya sastera.
4.0 Manifestasi akal budi, pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun tradisional
Melayu.
Akal budi Melayu dalam pantun tergambar melalui pemilihan perkataan yang tertentu
dan menggambarkan pemikiran di sebalik keindahannya dan menjadi cerminan kepada jati
diri masyarakat Melayu (Norazimah Zakaria et al., 2017).
Rajah 1: Pantun
Berdasarkan pantun yang disediakan, saya dapati bahawa ketiga-tiga rangkap berperanan
sebagai nasihat kepada masyarakat Melayu namun ia mempunyai nilai dan maksud yang
berbeza pada setiap rangkap. Setiap pantun mempunyai nilainya yang tersendiri dan ia
dikongsi bersama masyarakat. Untuk memupuk nilai yang ada pada pantun tersebut, ia
perlu menjadi sudut pandangan masyarakat yang membinanya berteraskan adat dan
agama.
Dalam rangkap pertama, nilai yang ada pada rangkap tersebut adalah nilai rendah hati atau
dengan kata lain iaitu tidak sombong. Pantun ini mengujarkan tentang larangan bersikap
sombong yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu jika ilmu atau pangkat seseorang itu
semakin tinggi. Jika nilai ini tidak dipatuhi, wujudnya pengajaran kepada masyarakat.
Rangkap kedua pula menekankan kepentingan bahasa terhadap sesuatu bangsa. Ia
memberi gambaran tentang ketinggian martabat bangsa Melayu jika tutur kata masyarakat
Melayu dijaga dengan baik. Nilai yang ingin disampaikan adalah masyarakat Melayu perlu
3
menggunakan bahasa yang sopan ketika bertutur dengan orang sekeliling untuk menjaga
nama baik bangsa Melayu.
Rangkap ketiga pula berkaitan dengan pelajaran masyarakat Melayu. Rangkap tersebut
mengujarkan bahawa pelajaran tidak dituntut dengan sempurna, ia tidak akan
mendatangkan kebaikan. Nasihat yang disampaikan melalui pantun tersebut membuka mata
masyarakat Melayu akan pentingnya kesempurnaan dalam menuntut ilmu.
Kesimpulannya, pantun di atas penuh dengan nasihat yang berguna terhadap kehidupan
masyarakat Melayu untuk menjalankan kehidupan seharian. Nilai yang baik pada pantun
tersebut menjadikan masyarakat Melayu terdidik sehingga ke hari ini.
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu adalah karya seni yang dihasilkan oleh
masyarakat Melayu yang sangat penting di dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Kesusasteraan ini telah wujud bersama-sama bangsa Melayu dari dulu sehingga kini.
Konsep bagi kesusasteraan juga dapat difahami sebagai cerminan kehidupan masyarakat
Melayu manakala fungsi kesusasteraan terbahagi kepada dua iaitu sebagai pendidikan dan
untuk mendapatkan kepuasan estetik. Akhir sekali, sastera pantun adalah salah satu karya
sastera yang sangat mempengaruhi akal budi masyarakat Melayu.
(998 patah perkataan)
4
Rujukan
Abdul Halim Ali. (2014). Konsep estetika bersepadu: Satu kaedah baharu kaedah kritik
estetika dalam kesusasteraan Melayu. Jurnal Peradaban Melayu. 9, 84-104.
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu. 2, 99-117.
A.Teeuw.(1995). Sastera dan Ilmu Sastera: Pengantar Teori Sastera. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1987). Glosari mini kesusasteraan. Fajar Bakti.
Kepentingan sastera dalam masyarakat 1Malaysia. (2011, Jun 22). The Borneo Post. pp. 1.
Mana Sikana. (2018, April 18). Estetika dalam karya sastera. Sinar Harian.
https://bit.ly/3q8bK6E
Nazri Atoh., Saipolbarin Ramli., Zamri Idris., & Zubir Idris. (2020). Konsep puisi tradisional
antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Journal of Arabic
Language and Education. 1(1), 1-15.
Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul
Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak.
(2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin
Sulaiman Shah. 4(2), 89-97.
Siti Hajar Abdul Aziz., (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar, pp.295-302.
Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran akal budi dan
sosiobudaya Melayu dalam pendidikan kesusasteraan Melayu. International Journal
of Education and Training (InjET). 1(2), 1-10.
5