INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1084: ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI (INDIVIDU)
NAMA PELAJAR : NUR AZZA ZANEETA BINTI KHIDIF
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310098
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : 031223-13-0200
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR : PPRBMM1-4
: BMMB1084
ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU
: LING ANAK SNELUS ANGKING
: 24.10.2021
PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SARAWAK
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama:NUR AZZA ZANEETA BINTI KHIDIF Angka Giliran: 2021022310098
Kod : BMM1084 Nama Kursus : ASAS TATABAHASA BAHASA
MELAYU
Pensyarah: LING ANAK SNELUS ANGKING
Tarikh Hantar: 24 0KTOBER 2021 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan: Tarikh: 24 OKTOBER 2021
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa : LING ANAK SNELUS ANGKING Kekuatan:
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
Isi kandungan
Perkara Muka surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi tatabahasa 1
3.0 Tatatingkat tatabahasa 2
4.0 Proses pembentukan kata 3
3
4.1 Kata tunggal 3
4.2 Kata terbitan 4
4.3 Kata majmuk 4
4.4 Kata ganda 5
5.0 Golongan kata 6
6.0 Rumusan 7
7.0 Rujukan
1.0 Pengenalan
Secara amnya dalam sesebuah bahasa,tatabahasa bahasa haruslah
tepat,lengkap,tuntas dan mudah difahami serta dapat mencerminkan kebolehan
dalaman penutur jati bahasa tersebut.Dalam konteks ini,setiap tatabahasa menjadi asas
untuk melahirkan sesuatu bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya.
Sehubungan itu,tatabahasa sebenarnya berfungsi sebagai rujukan kepada peraturan
atau hukum dalam sesuatu bahasa (Arbak Othman,2009). Dengan adanya tatabahasa,ia
akan menentukan sesuatu bahasa itu dapat berfungsi dengan baik,berkesan atau
sebaliknya.Oleh itu, tatabahasa ataupun dalam istilah lamanya dikenali sebagai nahu
merupakan suatu himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang
morfologi dan sintaksis.
2.0 Definisi tatabahasa
Menurut Awang Sariyan (2010), tatabahasa boleh didefinisikan sebagai peraturan yang
membina bentuk-bentuk bahasa yang merangkumi kata,frasa atau ayat yang betul
dalam sesuatu bahasa tertentu. Bagi menentukan salah betul sesuatu bentuk bahasa
yang dilahirkan oleh penuturnya sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan,peraturan
atau rumus tatabahasa inilah memainkan peranan penting. Menurut Abdullah Hassan
(1980) pula,tatabahasa adalah suatu susunan perkataan yang menjadi ayat, cara-cara
perkataan ini dibina dan kemudiannya disusun dalam ayat seterusnya menghasilkan
makna.Manakala menurut Siti Hajar Abd. Aziz (1996), tatabahasa ialah rentetan
perkataan yang diucapkan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan
yang telah ditetapkan fungsinya.
Tatabahasa sebenarnya merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang
menerangkan tentang peraturan atau hukum sesuatu bahasa.Tatabahasa juga
merupakan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa (Siti Hajar
Abd. Aziz, 1996).
Kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang
sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau
hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang
dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan
berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.
1
3.0 Tatatingkat tatabahasa
Ayat
Klausa
Frasa
Kata
Morfem
Rajah 1: tatatingkat tatabahasa
Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu:
i. Ayat: ayat sebagai unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri
daripada klausa yang disertai oleh intonasi ayat yang lengkap,yakni yang dimulai
dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Ayat merupakan hubungan
rantaian antara unit-unit yang letaknya pada garis latar atau garis waktu.
ii. Klausa: unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. Ia
juga rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi
konstituen kepada ayat. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam ayat.
iii. Frasa: suatu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,
ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih.Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa tidak mempunyai subjek
dan predikat.
iv. Kata: morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Kata ialah unit
terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Kata memain peranan penting dalam aspek
mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata nama, Kata kerja, Kata
adjektif dan Kata tugas.
v. Morfem: unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian. Morfem
terdiri daripada satu unit dan tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau
nahu yang lebih kecil, Semua kata ialah mofem tetapi bukan semua morfem ialah
kata.
2
4.0 Proses pembentukan kata.
Proses pembentukan kata ialah cara sesuatu perkataan dibina. Menurut Abdullah Hassan
(2006), ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan,
penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Proses ini dilakukan kepada bentuk
dasar.Dalam bahasa Melayu,kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses tetapi tiga
bentuk lain mengalami proses pembentukan tersendiri iaitu proses pengimbuhan bagi
membentuk kata terbitan, proses pemajmukan bagi membentuk kata majmuk, dan proses
penggandaan bagi membentuk kata ganda.Proses pembentukan kata yang bersifat derivatif
ini dapat menghasilkan banyak perkataan melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai
imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu.
4.1 Kata tunggal.
Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata
tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal
yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua
suku kata atau lebih. Akronim juga tergolong dalam kata jenis ini juga.
4.2 Kata terbitan
Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk
perkataan yang disebut kata terbitan. Antara proses pengimbuhan ialah :
i. awalan,
ii. akhiran,
iii. apitan
iv. sisipan.
3
4.3 Kata majmuk
Kata majmuk terhasil daripada proses pemajmukan iaitu proses yang merangkaikan
dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata majmuk dapat
dibahagikan kepada 6 jenis iaitu:
i. Kata majmuk bebas.
Contoh: [gambar rajah, alat tulis,air hujan]
ii. Kata majmuk istilah khusus.
Contoh: [muat turun, garis pusat, lut sinar]
iii. Kata majmuk kiasan.
Contoh: [anak emas, berat mulut, buah tangan]
iv. Kata majmuk yang mantap
Contoh: [antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan]
v. Kata majmuk jamak.
Contoh: Gandaan Kata Pertama= alat-alat tulis
Penanda Jamak = semua Ketua Setiausaha
vi. Kata majmuk terbitan.
Cotoh: awalan=dicampur aduk
akhiran=daya serapan,
apitan=pengenalpastian,
4.4 Kata ganda
Kata ganda terhasil daripada proses penggandaan iaitu proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis
penggandaan iaitu:
i. Penggandaan penuh. tunggal
berimbuhan
ii. Penggandaan separa. tunggal
berimbuhan
iii. Penggandaan berentak. Pengulangan vokal
Pengulangan konsonan
bebas
4
5.0 Golongan kata.
Golongan kata merupakan kata yang dikelaskan berdasarkan keserupaan bentuk dan
fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Golongan kata penting kerana
kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra tertentu dalam ayat. Terdapat empat
bentuk golongan kata utama iaitu;
Golongan kata
i.Kata nama ii.Kata kerja iii.Kata adjektif iv.Kata tugas
i. kata nama am i. kata kerja tak i. Sifatan i. kata
ii.Kata nama transitif ii. warna penyambung
khas iii. ukuran
ii. kata ganti ii. kata kerja iv.pancaindera ayat
nama transitif v. bentuk
vi. waktu ii.kata
vii. cara praklausa
viii. perasaan
ix. jarak iii.kata
prafrasa &
pascafrasa
iv. kata
pascakata
Rajah 2: empat bentuk golongan kata
5
6.0 Rumusan
Tuntasnya, jelas menyatakan bahawa bidang tatabahasa merupakan satu bidang dalam
linguistik umum untuk menerangkan tentang hukum dan peraturan-peraturan dalam sesuatu
bahasa.Dalam hal ini,tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina
perkataan,seterusnya proses membentuk perkataan dan akhirnya proses menyusun
perkataan untuk membentuk ayat-ayat gramatis. Asas morfologi pula merupakan aspek
yang penting bagi membolehkan pelajar membina ayat yang betul. Kegagalan menguasai
aspek yang betul dan dalam konteks dan laras yang betul, akan menyebabkan ayat yang
terhasil tidak gramatis dan salah dari segi maknanya. Sehubungan dengan itu, input yang
diperoleh daripada penulisan pelajar dan cadangan yang diberikan dalam penulisan ini
diharapkan dapat memberikan idea dan maklumat tambahan dari segi ilmu morfologi
tersebut.
(984 patah perkataan)
6
7.0 Rujukan
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2008) Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. PTS Professional
Afini Sarifudin (2019). (BMM 1054) Bentuk kata dan proses pembentukan kata.
https://bit.ly/3ppzumU
Arbak Othman. (2009). Tatabahaa Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka;Kuala
Lumpur
Asmah Hj. Omar..(2008).Nahu Kemas Kini . Kuala Lumpur: PTS Profesional PublishingSdn.
Bhd.
Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan. (2002). Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khir Kassim. (2019). Morfologi - Morfem dan Jenisnya. Khirkassim. .: Morfologi - Morfem
dan Jenisnya (khirkassim.blogspot.com)
Mohammad Norrudin. (2009). HBML 4803 : Perbandingan Tatabahasa Melayu. Fakulti
Pendidikan dan Bahasa Open Universiti Malaysia.
Nik Safiah Karim. et al. (2014).Teks STPM Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood.
(2010). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Husin & Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (perkataan). Dewan
Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur
Zaliza Mohamad Nasir (2015). Penguasaan Tatabahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar
Antarabangsa Di IPTA.Universiti Putra Malaysia.
7