The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Aturcara Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulppn, 2022-07-22 05:15:25

Buku Aturcara Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Buku Aturcara Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Isi Kandungan

1 Atur Cara Hari Guru 2022 1
2 Ucapan Perasmian YB Datuk Haji Ramie Unggi 2
3 Ucapan Aluan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 3
4 Ucapan Aluan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Menjalankan 4

Tugas Pegawai Pendidikan Daerah Tenom 5
6
5 Rekabentuk Logo Hari Guru 7
6 Tema Hari Guru 2022 8
7 Konsep Sekolahku SEJAHTERA 10
8 Senarai Tema Hari Guru 12
9 Penerima Anugerah Tokoh Guru 19
10 Penerima Anugerah Hari Guru 22
11 Ahli Jawatankuasa Hari Guru 2022 24
12 Lagu 25
13 Ikrar Hari Guru
14 Penghargaan

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

ATUR CARA SAMBUTAN HARI GURU 2022
PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TENOM

7.30 pagi - Ketibaan Warga Pendidik dan AJK Pengelola
7.40 pagi -
8.00 pagi - Pendaftaran
8.30 pagi -
Ketibaan Dif-Dif Jemputan
-
- Ketibaan Yang Berhormat Datuk Haji Raime bin Unggi
ADUN Dilantik
- Merangkap Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa Negeri Sabah
-
- Persembahan Tarian Sambut Tamu

` Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sepakat Ke Arah
Kecemerlangan
-
Laungan Sepakat, Sabah HEBAT.

Bacaan Doa

Ucapan Alu-Aluan
Yang Berusaha Encik Zainal bin Manaf
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Menjalankan Tugas Pegawai Pendidikan Daerah Tenom

Ucapan Perasmian Hari Guru Peringkat Daerah Tenom
Oleh Yang Berhormat Datuk Haji Raime bin Unggi
ADUN Dilantik
Merangkap Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa Negeri Sabah

10.30 pagi - Gimik Perasmian

- Bacaan Ikrar Hari Guru

10.50 pagi - Persembahan Koir

- Persembahan Tarian

- Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Sempena
Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

- Anugerah Hari Guru

- Penganugerahan Tokoh Guru Peringkat Daerah Tenom

- Penyampaian Cenderahati

- Jamuan

12.30 tghari - Majlis dijangka tamat

1

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Ucapan Perasmian YB Datuk Haji Raime Unggi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom.
Syabas dan Tahniah kepada seluruh jawatankuasa sambutan
kerana berjaya pada melaksanakan sambutan Hari Guru Pada
Tahiun 2022 ini.Sambutan saban tahun ini merupakan acara
simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang
bergelar guru. Saya mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada seramai 1153 orang guru di Daerah Tenom atas
segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk
generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi.

Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat
bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan
untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan sahaja menyampaikan
ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan murid mempunyai sahsiah yang baik serta daya
saing yang tinggi. Cabaran besar kepada semua pendidik apabila pembelajaran konvensional
terpaksa ditukar kepada sesi PdPR dalam talian, namun tidak mematahkan semangat guru dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab hakiki demi kelangsungan pendidikan anak bangsa
tercinta.

Dalam menjayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA ini, peranan guru bukan hanya
tertumpu menyampaikan ilmu kepada murid, tetapi guru juga membimbing murid untuk
membentuk keperibadian unggul. Saya yakin dan percaya, generasi yang dilahirkan oleh
guru-guru ini bukan sahaja berilmu pengetahuan, malah memiliki nilai sahsiah dan berkemahiran
tinggi yang seterusnya dapat menabur bakti dan menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Jasa bakti guru amat disanjung tinggi.

Guru merupakan seorang ikon penting yang diamanahkan untuk mendidik,
mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid yang berkeperibadian
unggul. Penerapan elemen SEJAHTERA secara semulajadi sejak dari peringkat awal persekolahan
tentunya akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka dan seterusnya akan diwarisi oleh
generasi pewaris negara yang berikutnya.Akhir kata, semoga guru dan pendidik sekalian terus
bersatu hati dan bertekad untuk memartabatkan profesion keguruan demi pendidikan generasi
pewaris negara.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU.

YANG BERHORMAT DATUK HAJI RAIME UNGGI.
ADUN Dilantik
Merangkap Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa Negeri Sabah

2

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Ucapan Aluan Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam JPN Sabah Sepakat Sabah HEBAT.

Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan Rahmat-Nya
kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 pada hari
ini. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19
selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak
dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei
tetap memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk
mengimbau kenangan manis Sambutan Hari Guru setiap tahun.

Pada tahun ini, tema hari guru ialah ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’. Tema ini
membawa pengertian yang cukup mendalam dan bermakna kerana guru merupakan tunjang
utama dalam Sistem Pendidikan Negara. Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu
kepada murid, malah memastikan murid mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui
penjiwaan amalan baik yang diterapkan melalui Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
di sekolah.

Sehubungan dengan ini, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 turut memberi penekanan kepada pembudayaan amalan baik untuk mewujudkan
ekosistem yang kondusif melalui Anjakan 3: Melahirkan Rakyat yang Menghayati Nilai. Dalam
usaha untuk mencapai matlamat melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan sejahtera,
konsep Sekolahku Sejahtera diperkenalkan.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua penerima Anugerah Tokoh Guru Tahhun
2022 dan guru-guru yang terpilih menerima anugerah sempenah Hari Guru pada tahun ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan pemangkin kepada guru-guru lain.

Akhir kata, Tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Tenom atas kerjasama dan usaha untuk melaksanakan dan menjayakan program hari ini dengan
jayanya. semoga guru dan pendidik sekalian terus bersatu hati dan bertekad untuk
memartabatkan profesion keguruan demi pendidikan generasi pewaris negara. Bersama kita
laksanakan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan berintegriti.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU.

YANG BERBAHAGIA PUAN TAH NIA BINTI HAJI JAMAN A.M.N, A.S.D.K
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

3

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Ucapan Aluan Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Menjalankan Tugas Pegawai Pendidikan
Daerah Tenom

Bismillahir-rahmanir-rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam sejahtera, Salam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Sepakat
SABAH HEBAT, Salam PPD Tenom Sepakat Ke Arah Kecemerlangan.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya, pada hari ini kita dapat berhimpun dalam majlis yang penuh
bermakna sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga pendidik di Daerah Tenom pada kali
ini dengan tema ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik
sekolah-sekolah di Daerah Tenom ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam
mendidik anak bangsa. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini
benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya
dan cemerlang dalam kehidupan. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat
serta amanah yang sangat besar.

Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan
mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar.
Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang
ringgit.Ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada PPD Tenom yang telah berjaya mencapai 5.15 Gred
Purata Daerah (GPD) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang mana telah melepasi Gred
Purata Negeri (GPN) 5.35. Alhamdulillah, Syabas dan Tahniah kepada semua guru yang telah
berusaha meningkatkan prestasi pencapaian akademik sekolah masing-masing. Semoga kejayaan
dan kecemerlangan ini akan terus meningkat lagi pada masa akan datang.

Sebelum mengakhiri ucapan, sukacita saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada
penerima Anugerah Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan sempena sambutan Hari Guru tahun ini.
Sekali lagi saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Pejabat Pendidikan
Daerah Tenom yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat daerah pada
tahun ini. Akhir kata, Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidikan Daerah Tenom. Terima
Kasih Cikgu.

YANG BERUSAHA ENCIK ZAINAL BIN MANAF
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
Menjalankan Tugas Pegawai Pendidikan Daerah Tenom

4

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Rekabentuk Logo Hari Guru

Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang
terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala
lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur.
Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan
pendidikan daripada guru.
Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama
dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum.
Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan
kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara.
Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini
menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

5

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Tema Hari Guru 2022

“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme
bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu
memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan
prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai
kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan
berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia
ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan
keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung,
selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru
dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman
terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan
lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang
memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh
hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan
dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih
gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ ini dapat memberi
semangatbaharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang
menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.xxxxxxxxxxxxxxxxx

6

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Konsep Sekolahku SEJAHTERA

Konsep Sekolahku Sejahtera adalah penerapan nilai, etika, kerohanian dan identiti nasional bagi
melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran negara, masyarakat, negara
dan komuniti global.
SEJAHTERA terdiri daripada 14 elemen nilai-nilai murni yang ingin diketengahkan kepada murid
oleh guru-guru:
S : Selamat, Seronok dan Sihat
E : Etika dan Empati
J : Jati Diri
A : Adab sopan
H : Harmoni
T : Tekun, Teliti dan Terampil
E : Eksplorasi
R : Rasional
A : Artikulasi
Guru di Prasekolah berperanan memperkenalkan nilai-nilai murni ini dan membimbing murid
dalam amalan seharian mereka. Di peringkat Sekolah Rendah pula, peranan guru berubah
daripada pembimbing kepada mentor. Murid seharusnya mampu mempamerkan nilai-nilai
murni yang diketengahkan. Pada peringkat Sekolah Menengah, guru bertindak sebagai fasilitator
kepada murid untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam setiap aktiviti di sekolah.

7

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Senarai Tema Hari Guru

2022 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
2021 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2020 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

8

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

9

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Penerima Anugerah Tokoh Guru

Anugerah Tokoh Guru

Nama : Albert Jonglai Malintau

Diari Seorang Pendidik:
Pendidikan

• Government Primary School Sapulut
• Government Secondary School Keningau 1965-1969

(Aliran Bahasa Inggeris)
• Maktab Perguruan Kent Tuaran Sabah 1971-1973
• Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras Kuala Lumpur 1979

(Sains Perpustakaan)
• University of Brimingham United Kingdom 1984 (

Diploma Education Development in Developing
Countries) dan (Bachelor of Philosophy in Education)
• University College Cardiff Wales United Kingdom (Master
of Education)

Sejarah Perkhidmatan
• SK Bamban Tenom 1974
• SK Entabuan Tenom 1975
• Jabatan Pelajaran Kota Kinabalu 1976 (Bahagian
Perpustakaan)
• Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau 1984-
1996 (Sebagai PK1)
• Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau 1997-
1998 (Sebagai Pengetua)
• SM St Peter Kudat 1998-2003 (Sebagai Pengetua) 1998-
2003
• PPD Tenom 2003-2009 (Sebagai Pegawai Pelajaran
Daerah)
• JPN Sabah 2009-2010 (Sebagai Penolong Pengarah
Pelajaran Sabah (Penguatkuasaan) Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas

Anugerah
• Pencapaian prestasi kerja secara melintang, menegak
dan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan
• Sijil Perkhidmatan Cemerlang KPM 2007
• Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sabah (BSK)
Bintang Setia Kinabalu 2 Januari 2022

10

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Anugerah Tokoh Guru

Nama : Emah@Emma Binti Intik@Ismail

Diari Seorang Pendidik:
Pendidikan Sekolah Rendah

• SK Bingkor Keningau 1969
• SK Binaong Keningau 1970-1971
• SK Banjar Keningau 1972
• SK Pekan Tambunan 1973

Pendidikan Sekolah Menengah
• SM Gunsanad Keningau 1974-1978

Sijil Perguruan
• Maktab Kent Tuaran Sabah 1979-1980

Ijazah Sarjana Muda
• Pengurusan Pendidikan 2003-2006

Sejarah Perkhidmatan
• SK Bingkor Keningau 1981
• SK Ladang Sapong Tenom 1982-1984
• SK Pekan Tenom 1985-1988
• SK Kuala Tomani Tenom 1988-1993 (PK1)
• SK Pekan Tenom 1993-1994
• SK Entabuan Tenom 1994-2001 (GB)
• SK Pekan Tenom 2001-2006
• SK Ladang Sapong Tenom (Jun 2006-Dis 2019 Bersara
pilihan selepas 38 tahun berkhidmat)

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
• Tahun 1991, 1992, 1993 (Sebagai PK1)
• Tahun 2010 (Sebagai GB)

Jawatan Lain Yang Pernah Disandang
• Naib 1, Yang Dipertua MGB Sabah
• Setiausaha MGB Daerah Tenom
• Bendahari Pengakap Daerah 1982-1984
• Pemain dan Pengurus PSKPPS 1985-1986
• Ahli Persatuan Guru Wanita Sabah

11

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Penerima Anugerah Hari Guru

Anugerah Ikon Kepimpinan Sekolah Menengah

Nama : Ouu Chu Suan
Sekolah : SMJK Chung Hwa

Pencapaian :
1. Pembentang Kolokium TS25 peringat Negeri Sabah
2. Pembentang Perkongsiaan Amalan baik Kepimpinan

Instruksional Penjaminan Kualiti PBD
3. Perkongsiaan Amalan Baik Sekolah Program TS25 Kohot 5
4. SMJK Chung Hwa Sekolah Penandaarasan Sekolah TS25

Daerah Tenom (Kohot 5)
5. Perkongsiaan Amalan Baik Membudayakan Amali Dalam

PdPR (Live Streaming)
6. Kerjasama Program Pendidikan bersama Universiti Taiwan
7. Peserta Perak International Virtual Folklore Festival Malaysia

2021 (Antarabangsa)
8. Pengiktirafan Pengaktifan 100 Peratus ID DELIMa
9. Pengdokumentasiaan Perancangan Strategik Sekolah
10. Peningkatan GPS SPM dua tahun berturut – turut

(GPS Terbaik Daerah/ GPS melebihi GPS Negeri)
11. Pengurusan pengdokumentasiaan sekolah secara maya

(Kurikulum/HEM/Kokum)
12. Anugerah Pengurusan BOSS Cemerlang
13. Anugerah Tandas Cemerlang (4 Bintang)
14. 5 buah sekolah terbaik Pengurusan SPBT peringkat Negeri
15. 10 buah sekolah terbaik Stem Think Tank peringkat Negeri
16. 5 sekolah penyertaan tertinggi Program 1M1S (My Walk My

Ride) peringkat Negeri
17. 5 sekolah penyertaan tertinggi Program 1M1S

(Pertandingan Fit Workkout) Peringkat Negeri
18. Pencapaian Keseluruhan Kokurikulum tahun 2021

Antarabangsa – 29 murid
Kebangsaan – 149 murid
Negeri – 171 murid
Daerah – 68 murid
Sekolah – 77

12

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Anugerah Ikon Kepimpinan Sekolah Rendah

Nama : Japery Yumin
Sekolah : SK. Entabuan

Pencapaian :
1. Audit Cemerlang Kewangan 2019 dan 2020
2. Penarapan Tandas 5 bintang oleh PPD Tenom bagi tahun
2021
3. Penarapan Tandas 3 bintang oleh Majlis Daerah Tenom
(MDT) bagi tahun 2021
4. Anugerah penulisan terbaik SKPMg2 Standard 1 dan
standard 2 oleh PPD Tenom Tahun 2020
5. Anugerah penulisan terbaik SKPMg2 Standard 1 dan
standard 2 oleh PPD Tenom Tahun 2021
6. Pencapaian Kokurikulum bagi 2021
a. Peringkat Negeri – 61 orang murid

b. Peringkat Kebangsaan – 1 orang murid

7. Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Guru Besar
(PERAK ) sempena Majlis Perutusan Awal Tahun 2022,
PPD Tenom.

8. Sekolah Penandaarasan Sekolah TS25 Daerah Tenom
2022

9. Penceramah bengkel SKPMg2 Standard 1 pada 18 April
2022 PPD Tenom

Anugerah Kepimpinan Akademik Sekolah Menengah

Nama : Frances@Francisca binti Stanis Angap
Sekolah : SMK Kemabong

Pencapaian :
1. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC

2000,2005 DAN 2014
2. GPS SPM SMK Kemabong 2021 : 5.15

3. Penghasil dan penyumbang artikel Kajian Tindakan Jurnal
SMK Kemabong Edisi 2015 dan Edisi 2 Terbitan Tahun 2020
(2016 – 2018)

13

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Anugerah Kepimpinan Akademik Sekolah Rendah

Nama : Azizah Bt. Mohd Ali Tai
Sekolah : SK. Kemabong

Pencapaian :
1. Peningkatan penguasaan TP dalam PBD Tahap 1 dan 2 pada

tahun 2019-2021.
2. Dalam program PLAN tahun 2021 SK Kemabong antara 2

buah sekolah yg mencapai KPI terbaik PPDT
3. Semua guru subjek dibawah panitia masing-masing sentiasa

melaksanakan RCA untuk mengatasi tahap penguasaan
murid yang masih mendapat TP1 dan TP2
4. Telah melaksanakan 8 kali DP pada tahun 2021
5. PLC dapat dilaksanakan mengikut panitia masing-masing.
6. Taklimat tentang TS25 dilaksanakan kepada semua staf dan
PIBG pada 09.11.2021.
7. 3 program daripada Unit Kurikulum dalam Plan Strategik
Sekolah (PSS) dpt dilaksanakan.
8. Program Keceriaan Sekolah (Projek TS25) sedang berjalan
9. Program-program dalam takwim PSS sekolah bidang
kurikulum dan pengurusan pentadbiran sedang berjalan.

Anugerah Kepimpinan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah

Nama : Chiew Kui Mei
Sekolah : SMJK Chung Hwa

Pencapaian :
1. Anugerah Kecemerlangan HEM 2021
2. Pengurus Bantuan Keluarga Murid Dilanda Banjir 2021
3. Penarafan Tandas
4. Ketua menyelaras kerja Pematuhan SOP pencegahan Covid

19
5. Inovasi Pengurusan HEM
6. ( Penggunaan Aplikasi Google Drive)
7. Program Ziarah Cakna ke rumah murid yang kerap tidak

hadir ke sekolah
8. Anugerah Pengurusan SPBT
9. Jurulatih Utama Aplikasi Vaksinasi Dalam APDM Peringkat

Daerah
10. Petugas Vaksinasi Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Peringkat

Daerah Tenom
11. Ketua Pentaksir Kawasan Matematik PT3

14

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Anugerah Kepimpinan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah

Nama : Ining binti Linggang
Sekolah : SK. Kuala Tomani

Pencapaian :
1. Pengurusan HEM cemerlang
2. Pengurusan Bantuan Murid cemerlang
3. Anugerah SPBT Cemerlang Peringkat JPN Sabah
4. Anugerah Dokumentasi HEM Cemerlang Peringkat PPD

Tenom
5. Anugerah Pengurusan RMT Cemerlang Peringkat PPD Tenom

(Penilaian JPN Sabah)

Anugerah Kepimpinan Kokurikulum Sekolah Menengah

Nama : Woo Soo Fong
Sekolah : SMJK Chung Hwa

Pencapaian :
1. Pencapaian Keseluruhan Kokurikulum tahun 2021

Antarabangsa – 29 murid
Kebangsaan – 149 murid
Negeri – 171 murid
Daerah – 68 murid
Sekolah – 77

15

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Anugerah Kepimpinan Kokurikulum Sekolah Rendah

Nama : Elvis bin Buing
Sekolah : SK. Entabuan

Pencapaian :
1. Kuiz Serasi Peringkat Negeri Sabah (61 Orang Murid)
2. Nyanyian Solo e-Bakat Peringkat Negeri Sabah (16 Orang

Murid)
3. Tarian Solo e-Bakat Peringkat Negeri Sabah (2 Orang Murid)
4. Bercerita e-Bakat Peringkat Negeri Sabah (5 Orang Murid)
5. Skill Challenge Peringkat Negeri (1 Orang Murid)
6. Kuiz e-Bakat Peringkat Negeri (57 Orang Murid)
7. Cabaran CamPro UBF Peringkat Kebangsaan (1 Orang Murid)
8. Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan (15 Orang Murid)
9. GPS PAJSK Tahun 2020 – 1.65
10. GPS PAJSK Tahun 2021 – 1.68

Anugerah Guru Bakti Pedalaman

Nama : Norman bin Abi

Sekolah : SK. Sumambu

Tempoh : 12 Tahun

Jawatan :

1. Guru Penolong Kanan 1

2. Guru Data 2015-2021

3. Guru Pembangunan

4. Guru e-Operasi

5. Guru Panitia RBT

6. Setiausaha SKMPG/PBPPP

7. Penyelia Kawasan UPSR Zon Bukit

8. Ketua Pengawas SPM (15 Tahun)

Pencapaian :
1. Pelaksanaan Kajian dan Pelan Tindakan Peningkatan

Kecemerlangan Akademik Sekolah Pedalaman – SK.
Sumambu. Pelan Tindakan ini merangkumi program-program
akademik, sahsiah dan keceriaan sekolah bersama PIBG bagi
memupuk minat murid dalam pembelajaran.
2. Keputusan peperiksaan juga telah meningkat dari 0% pada
2010 kepada 20% 2011 dan pada tahun 2012 mencapai 100%
dan telah menerima tawaran New Deal, satu-satunya
sekolah di Daerah Tenom dan peringkat Negeri Sabah.
3. Keputusan 100% murid lulus UPSR pada tahun 2017, 2018
dan 2019.

16

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Anugerah Pembudayaan Kajian Tindakan & Inovasi Pendidikan

Nama Sekolah: SMK Kemabong

Pencapaian
1. Penghasilan Jurnal Kajian Tindakan SMK Kemabong Tenom

Edisi Tahun 2015. Sumbangan artikel daripada 7 orang guru
di SMK Kemabong.
2. Penghasilan Jurnal Kajian Tindakan SMK Kemabong Edisi 2
Terbitan Tahun 2020. Kompilasi Kajian Tindakan Tahun 2016,
2017 dan 2018. Sumbangan artikel daripada 24 orang guru
pada tahun 2016, 19 orang guru pada 2017 dan 5 orang guru
pada tahun 2018.

Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

Nama Sekolah: SMK Kemabong
Nama GPM : Constance David Ellih

Senarai Program dan Pencapaian
1. Taklimat & Bengkel Merekod NILAM
2. Ceramah Motivasi Memupuk Minat Membaca
3. Program Galakan Membaca
4. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
5. Minggu Pusat Sumber
6. Program i-Think
7. Anugerah NILAM
8. Penyertaan Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Sabah

Anugerah Ikon Guru

Nama : Hafizi Fazli bin Bakar
Sekolah : SMK Kemabong

Pencapaian :
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011 dan 2019
2. Mentor Pasukan Project Based Learning SMK Kemabong,

Naib Johan, Peringkat Negeri Sabah 2012
3. Panel Pembina Modul Matematik PMR, JPN Sabah 2012
4. Mentor Pasukan Inovasi SINDEX, Pingat Emas, Peringkat

Negeri Sabah 2014
5. Pencapaian GPMP Terbaik, Matematik Tambahan SPM 2017,

Peringkat Daerah Tenom 2018

17

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

6. Mentor Pasukan Young Innovator Challenge, Pingat Emas,
Peringkat Negeri Sabah 2018 dan 2019

7. Mentor & Pembimbing Teknikal bagi Pasukan Pasukan
Bandar Teknologi Hijau, Karnival Teknologi Hijau Kebangsaan
di Pahang, Tempat Ke-5 Tahun 2019

8. Mentor Pasukan Inovasi, Karnival STEM, Naib Johan Negeri
Sabah Tahun 2019

9. Mentor Pasukan Young Innovator Challenge (Team MVN),
Johan Kebangsaan SDYIC 2019

10. Panel Pembina Modul Matematik Tambahan, JPN Sabah
2020 dan 2021

11. Penceramah Teknik Menjawab Matematik Tambahan 2018 -
2022

12. Panel Pasukan Penggerak KPI Matematik Tambahan Negeri
Sabah 2021 - 2022

13. Pembina Video, Program Duta Guru VR anjuran MMU &
PGSM, Peringkat Kebangsaan 2021

14. Penerima Anugerah Khas ICT, Hari Guru PPD Tenom 2021
15. Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonalds Malaysia 2022

Anugerah Guru Bestari

Nama : Jublina binti Jasmin
Sekolah : SK. Ladang Sapong

Pencapaian :
1. Gangsa Guru (Individu) Karnival Inovasi Pendidikan Peringkat

Negeri Zon Pedalaman
2. Google for Education Certificate Educator Level 1
3. Google for Education Certificate Educator Level 2
4. Google for Education (Trainer Skills Assessment)
5. Junior Innovate National Competition (Train-The-Trainer)
6. Juri PEMANIS Peringkat Negeri 2022 (Video & Animasi)
7. Tempat Ke-3 Pertandingan Video Tiktok PPD Tenom
8. Pemenang Pertandingan Video/Animasi Raya Cikgu Get

Certified & Cytron Technologies Sdn Bhd
9. SSQS 4 bintang
10. Pegawai Meja DELIMA Sekolah 100% pengaktifan Id DELIma
11. 100% DCS murid

18

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

AHLI JAWATANKUASA HARI GURU 2022

Pengerusi : AHLI JAWATANKUASA INDUK

Timb. Pengerusi : En. Zainal Manaf
Naib Pengerusi 1 : Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom
Naib Pengerusi 2 : Dr. Mohd Nazmil Rumpau Abdullah
Ketua Penyelaras : Tn. Haji Sabdin Saribin, (Pengerusi PPSMS)
Penyelaras : En. Sani Awang Ali ( YDP MGB)
Setiausaha : En. Mulyanto Bin Kampre
Timb. Setiausaha : Cik Norhayati Abdul Wahab Timpai
Bendahari : En. Rafian bin Yahya
Pn. Olivia J. Kawanding
En. Jaidi bin Janteng

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

Semua Pengetua
Semua Guru Besar
Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Ketua Sektor PPD Tenom
Semua Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pegawai Cemerlang SIPatner
Semua Pegawai Cemerlang SISC+
Lembaga Pengelola Sekolah
PIBG

19

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

AHLI JAWATANKUASA KERJA/PELAKSANA

Perasmian, : En. Tony Madan Cik Suharti binti Siusin
Pelancaran Hiasan Pentas : Pn. Lily Marlenny binti Hamli
dan Raptai
(F/Manager) Pn. Sansiah Sanseh
Cik Lisa binti Awang Yahya
Kelancaran : En. Alphone Cliff Sundangit Pn. Norsiah Bansunin
Perasmian En. Mulyanto bin Kampre Pn. Ajellen Bt Antarik
dan Raptai En. Zainuddin Jailani
Peralatan dan : En. Amin Paiman

Pengangkutan En. Sapin Hassan

Protokol : Pn. Olivia J. Kawanding
Cik Mazneh binti Majid
Pn. Oh Mui Hiong, Jamuan : Pn. Ruhini Rijan
Pn. Se Siew Yun@Liza Sandra Pn. Nora binti Misman
Pn. Beatrice Chin Siew Foong En. Ronney Francis Marcellinus
En. Lin Vui Yeung Pn. Maswati Naming
Pn. Zainun Hj. Jumah
Liaison Officer : En. Tajuddin bin Tawid Pn. Elinah Kechil
Pn. Rosni Ismail
(LO)/ Pn. Suzie Samuel Pn. Sanisah Saman
Pn. Rita G. Gallos
Perhubungan En. Adanan bin Muslim Cik Racheal Lyne G. Pius
Pn. Saidatul Madiha Zahari
En. Razalie Sahimin Cik Christyen Karistopoh

En. Mail Suanda

En. Martin Anguk

Pn. Flavia Alam

Penyambut : Dr. Mohd Nazmil Rumpau Persembahan : Pn. Stella Bibis
Tetamu Abdullah (Koir & Pn. Fellycia Liew
Pn. Flavia Alam Tarian) En. Zainuddin Jailani
En. Martin Anguk En. Junit bin Bajit
Pn. Lian Fee Choo Gimik En. Azlan Dimon
En. Mail Suanda Perasmian
Pn. Mirna Humoc : En. Yen Yat Fuan
Datin Flora Pingai Pn. Ouu Chu Suan,
Semua Pengetua Sekolah Pengetua SMJK Chung Hwa

Bacaan Ikrar : En. Sabandi Hj. Untong
Hari Guru

Anugerah, : Pn. Norhasleney Ishak Muzik : En. Junaidi Ampingan
Hadiah dan Pn. Enny Raymond Selingan dan En. Wong Vui Kong
Sijil Cik Cynthia Bungan Johnny PA System En. Faris Syimir Rozaini
En. Shamsudin Akil,
Pn. Mira Erika binti Juarih Keselamatan : En. Mildred Bianus
Cik. Siti Nazira binti Sabili / Kebersihan En. Zull bin Baru
Cik. Zakirah binti Mohd Saupi dan Parkir Parkir PPD Tenom
Pn. Rissa binti Sinuar Parkir SK. Pekan
Pn. Rukinah Yahya Parkir SJKC Chung Hwa
Pn. Safia Ag Dinin

Jemputan : Cik Norhayati Abdul Wahab
Timpai
Pn. Yong Kuk Yin
Cik Junnainah binti Yusri

20

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

hia Adila Jumaat

Publisiti, Pengurus : Pn. Zuraidah binti Abdullah

Banner, : En. Rodolf Arat Penerima Pn. Teo Seiw Ching

Backdrop, En. Ramang@Abdul Rahman Anugerah dan Cik Ivelia Ah Hong

Dokumentari, Hajar Pengiring Pn. Siti Nirfadthia Adila Jumaat

Multimedia Pn. Zaiffah binti Umar Pn. DK Elina binti PG Yunos @ AK

dan Tayangan En. Stanly Kulipo Yunos

Montaj En. Rudolf Rantin Pn. Suzana binti Supian

En. Camillus Samuil Ingat

En. Nur Hafidz Mat Ripin

En. Miguel Dack Yap

En. Anthonius Kudirong

En. Willibrord Sungar

En. Aizul Abdullah

En. Mohd Hanif Abu Talib

Teks Ucapan /

Kata-Kata : Pn. Hajah Azrah binti Mohd

Aluan dan Zakaria

Buku Aturcara En. Azizul Abu Bakar

Bacaan Doa : Pn. Siti Saharah Abdul Hamid
En. Muhammad Zaki bin Md.
Juruacara Rosnan

Persiapan : Pn. Olivia J. Kawanding
Dewan En. Ronald James
Photobooth Pn. Khylmiza binti Haji Ahmad

Dokumentasi : En. Nasry Ag. Nasip
/ Jurugambar En. Maxwell John
Pendaftaran Pn. Oh Mui Hiong

Pengurus : En. Fadlly bin Sainal
Penerima Pn. Rosni binti Belawit
Pn. Jennifer binti Angubi @ Sabli
En. Md Fadzli bin Zainudin
En. Hadzrul Fadillah Perlin
Pn. Asmah Patola
Pn. Syafiqah Mat Kati
Pn. Anna Merlyn

: En. Khayzal bin Hj. Ahmad
En. Mohd. Syamim bin Sabandi

: Pn. Marysia Jiyun@Jiun
Pn. Suzinah binti Dzulkafali @
Patil
Pn. Mila Hendra U. Nuingn.
Zuraidah binti Abdullah Pn. Teo

: Seiw Chinik Ivelia Ah Hong

21

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Lagu

Lagu Negaraku Lagu PPD Tenom
Sepakat Ke Arah Kecemerlangan
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku Mari kita bersama-sama
Menggapai visi dan misi
Rakyat hidup
Bersatu dan maju Berintegriti beretika
Jadi amalan kita…
Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan Bergerak.. Sepakat..
Ke Arah Kecemerlangan
Raja kita Inilah azimat pegangan kita semua..
Selamat bertakhta
PPD Tenom bergerak maju
Rahmat Bahagia Bersama warga pendidik
Tuhan kurniakan Sehati sejiwa dan seirama
Memburu Kecemerlangan..
Raja kita
Selamat bertakhta Marilah warga pendidik tenom
Semarakkan jiwa dan raga
Lagu Sabah Tanah Airku Melahirkan insan terdidk
Harapan.. Negara..Bangsa..
Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda-pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua

Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa

Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka

22

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Lagu Kami Guru Malaysia Lagu Sekolahku Sejahtera

Kami guru Malaysia Di sini bermula, mengenal dunia
Berikrar dan berjanji bersama guru tercinta
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Seronok belajar, selamat sentiasa

Pada Seri Paduka Sekolahku SEJAHTERA
Kami tumpahkan setia Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Rukun Negara kita Kita selami empati, bina kasih insani
Panduan hidup kami semua Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Di bidang pembangunan Sekolahku SEJAHTERA
Kami tetap bersama Sekolahku SEJAHTERA
Membantu, membina Bangkitlah, generasi pewaris negara
Negara yang tercinta
Sekolahku SEJAHTERA
Amanah yang diberi Sekolahku SEJAHTERA
Kami tak persiakan Gemilanglah, Malaysia di mata dunia
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

23

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

24

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tenom Tahun 2022

Penghargaan

Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru 2022
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Berhormat
Datuk Haji Raime Unggi,
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, ADUN Dilantik
Merangkap Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa Negeri Sabah

Yang Berbahagia
Puan Tah Nia Binti Haji Jaman AMN, ASDK
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sektor Angkat
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Yang Berhormat
Puan Noorita Binti Sual
Ahli Parlimen Tenom Sabah

Yang Berbahagia
Tuan Haji Jamawi Jaafar
Pengerusi Sabah Urban Development Corporation

Majlis PPSM PPD Tenom

Majlis Guru Besar PPD Tenom

Pengerusi Permuafakatan PIBKS Dan Focal Person PPD Tenom

Lembaga Pengurusan Sekolah Daerah Tenom

Sabah Credit Corporation Cawangan Tenom

MCDonald’s Malaysia Cawangan Keningau

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Cawangan Keningau

Semua Guru Dan AKP Daerah Tenom

25


Click to View FlipBook Version