The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halawati95, 2024-06-20 00:26:42

2. KATA ALU-ALUAN

2. KATA ALU-ALUAN

“Sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi juga sejauh mana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada agama Islam, dirinya, keluarganya, masyarakat dan negara. Oleh itu, saya menyeru kepada pelajar-pelajar agar dapat meneruskan kecemerlangan ini apabila anda melangkah kealam kehidupan di luar sana.” Kejayaan kecemerlangan kebanggaan bersama, Sentiasa membudayakan amalan berlawan, Maahad Johor sungguh ternama, Melahirkan jutaan para cendekiawan. KATA ALU-ALUAN PERASMI TUAN HAJI MUHAMMAD SAFRI BIN HUSIN KETUA PENOLONG PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR


KATA ALU-ALUAN MUDIR MAAHAD JOHOR USTAZ ABDUL JALIL BIN KALLIL PENGETUA MAAHAD JOHOR ‘Setinggi-tinggi ucapan penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 Maahad Johor sama ada sebelum, semasa dan selepas Majlis. Sesungguhnya kejayaan, kecemerlangan dan anugerah yang telah diterima adalah dengan izin Allah SWT berkat usaha gigih anda melalui tunjuk ajar dan bimbingan serta doa daripada ibu bapa dan guru serta pelbagai pihak. Hargailah nikmat ini yang Allah SWT kurniakan kepada anda. Teruskanlah berusaha dengan lebih gigih lagi, sentiasa berdoa dan bertawakkal. Mudah-mudahan pelbagai lagi kejayaan, kecemerlangan dan anugerah akan dapat anda kecapi.’ ‘BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN MAAHAD JOHOR’


KATA ALU-ALUAN MUDIR MAAHAD TAHFIZ NEGERI JOHOR USTAZ HASNI BASRI BIN OMAR PENGETUA MAAHAD TAHFIZ NEGERI JOHOR ‘Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat sama-sama berganding bahu menjayakan majlis Mesyuarat Agung kali ke - 27 dan Hari Anugerah Kecemerlangan. Di sini ingin saya merakamkan setinggi-tinggit ahniah dan jutaan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang telah bertungkus-lumus dan memberikan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan segala aktiviti yang melibatkan sekolah khususnya kepada anak-anak di sekolah ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya di dalam peperiksaan SMA, SPM dan STAM. Semoga kejayaan yang diperoleh akan menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajar lain supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan.’ ‘BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN MAAHAD TAHFIZ JOHOR’


KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG ENCIK NOR ISMADEE BIN ISMAIL YDP PIBG MAAHAD JOHOR 2023/2025 ‘Saya berasa amat berbangga dengan kegigihan dan kesungguhan semua yang terlibat dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan meskipun berdepan dengan kesibukan rutinmasingmasing. Semangat kerjasama bagai aur dengan tebing yang ditunjukkan dalam usaha menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan ini suatu nilai murni yang patut dipuji sekaligus menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar lain. Suka diingatkan bahawa, Ibu bapa perlu memainkan peranan bagi kesinambungan pembelajaran anak-anak di sekolah. Jika ibu bapa terleka dan alpa, dibimbangi proses pembelajaran anak-anak akan terbantut. Insya Allah dengan adanya pertautan ini,pembelajaran dan hubungan baik antara guru dan pelajar, anak-anak kita akan lebih berjaya dalam bidang pembelajaran.’


Click to View FlipBook Version