The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 23032 PENGAJIAN ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiwrdina00, 2021-05-14 19:57:00

E-FOLIO

MPU 23032 PENGAJIAN ISLAM

MPU 23032
PENGAJIAN ISLAM

SESI DISEMBER 2020

FAHAMAN LIBERALISME

1

NAMA AHLI KUMPULAN : 05DDT20F1060
❑ SITI WARDINA BINTI SIEE 05DDT20F1004
❑ JAZRIN ARNIZA BINTI JASMI 05DDT20F1047
❑ NUR ATHIRAH BINTI JAFRI

NAMA PENSYARAH :
USTAZ MOHAMAD BAZLI BIN MD. RADZI

2

PENGHARGAAN

Setinggi – tinggi kesyukuran kami ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya kami mampu
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya tanpa sebarang halangan. Setinggi-tinggi penghargaan turut
kami ucapkan kepada pensyarah kami bagi kursus Pengajian Islam kod kursus MPU 23032 sesi
Disember 2020 iaitu Ustaz Mohamad Bazli Bin Md. Radzi atas segala sokongan dan bimbingan kepada
kami dalam melengkapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ibu bapa yang telah memberi sokongan fizikal
mahupun mental dan tidak dilupakan, rakan-rakan yang dikasihi sekalian yang secara tidak langsung
turut mengambil bahagian dalam membantu kami menyelesaikan tugasan ini. Semoga kita semua
sentiasa dilimpahi rahmat Allah S.W.T dan dipermudahkan segala urusan.

3

ISI KANDUNGAN E-FOLIO MUKA SURAT 4
1
PANDUAN 2
MUKA HADAPAN 3
NAMA AHLI KUMPULAN 4
PENGHARGAAN 5
ISI KANDUNGAN 6
OBJEKTIF
PENGENALAN 7-8
DEFINISI FAHAMAN LIBERALISME 9 - 14
FAKTOR TERSEBARNYA FAHAMAN LIBERALISME
15 - 19
PENYELESAIAN TERHADAP FAHAMAN LIBERALISME 20
KESIMPULAN
RUJUKAN 21 - 22

OBJEKTIF

Objektif utama tugasan ini adalah :
✓Menyatakan definisi fahaman liberalisme dengan jelas dan tepat.
✓Membahaskan faktor tersebarnya fahaman liberalisme.

✓Mengutarakan cara dan jalan penyelesaian untuk fahaman
liberalisme yang semakin berleluasa.

5

PENGENALAN

Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak
kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana
pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan
kontekstual. Hasil kajian menunjukkan pemikiran liberal ini mempunyai analogi ilmu yang sangat
panjang. Ia dipengaruhi oleh kepelbagaian keadaan sejarah dan kondisi negara termasuk pengaruh
aristokrasi, industrialisasi dan agama. Di zaman yang serba moden ini, terlalu banyak perkara yang
mampu mengganggu keharmonian dan kestabilan agama terutamanya agama Islam dan
masyarakatnya. Berbagai-bagai pertubuhan atau persatuan yang berani menggunakan nama Islam
dan sebagainya muncul dengan begitu banyak akan tetapi mempunyai pemahaman dan pemikiran
yang berbeza-beza dan bukan kepada pemikiran Islam yang sebenar. Dan apabila terlalu cetek ilmu,
maka ia boleh membawa seseorang ke arah yang tidak benar sekaligus terjerumus ke arah ajaran
fahaman liberalisme tersebut.

6

DEFINISI FAHAMAN LIBERALISME

7

DEFINISI FAHAMAN LIBERALISME

❖ Liberalisme berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘liber’ yang bermaksud bebas atau tidak terikat
kepada orang lain manakala ‘isme’ bermaksud faham.

❖Fahaman liberalisme menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sebuah fahaman yang
liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan terutamanya dalam
kegiatan ekonomi.

❖Fahaman liberalisme juga boleh didefinisikan sebagai satu ideologi yang menjunjung atau
memandang tinggi erti kebebasan serta persamaan hak setiap individu tidak kira dalam apa jua
aspek kehidupan manusia.

8

FAKTOR TERSEBARNYA FAHAMAN
LIBERALISME

9

FAKTOR TERSEBARNYA FAHAMAN LIBERALISME

Antara faktor yang mengundang kepada tersebarnya fahaman liberalisme ialah :

❑ Pengaruh daripada orientalis Barat
➢ Fahaman ini umumnya diketahui berasal daripada negara Barat. Ia dipercayai bermula semenjak

penindasan dan penguasaan terhadap rakyat semakin berleluasa dan melampau yang seterusnya
telah membangkitkan sifat berani rakyat untuk menentang mereka yang lebih berkuasa iaitu pihak
Gereja ketika itu pada zaman Renaissance. Kesannya, fahaman ini serta mereka yang menerima
fahaman ini semakin tersebar dan sekarang wujud di seluruh pelusuk dunia.

10

FAKTOR TERSEBARNYA FAHAMAN LIBERALISME

❑ Wujudnya individu yang merasakan hak individu tidak dihormati
➢ Individu- individu ini berprinsip bahawa setiap individu sepatutnya mempunyai

kebebasan dalam menentukan tujuan kehidupan, pendapat, pandangan,
kepercayaan serta keputusan tanpa dipengaruhi walaupun ia berlawanan dengan
hukum agama.

11

FAKTOR TERSEBARNYA FAHAMAN LIBERALISME

❑ Pengaruh melalui internet terutamanya media sosial
➢ Tidak dinafikan lagi, zaman sekarang adalah zaman yang penuh dengan teknologi. Internet secara

tidak langsung telah menjadi keperluan pada zaman sekarang terutamanya media sosial. Berjuta-
juta manusia menggunakan media sosial setiap hari. Media sosial dikatakan faktor penyebaran
fahaman liberalisme kerana melalui media sosial, pelbagai jenis maklumat boleh sampai ke seluruh
dunia sekelip mata termasuklah mengenai fahaman ini. Dan apabila ramai yang memperoleh
maklumat mengenai fahaman liberalisme ini, kemungkinan tinggi sebahagian mereka boleh
terpengaruh dan terpedaya dengan mudahnya terhadap konsep fahaman ini.

12

FAKTOR TERSEBARNYA FAHAMAN LIBERALISME

❑ Cetek pengetahuan dalam ilmu agama
➢ Ini merupakan antara faktor utama tersebarnya fahaman liberalisme. Memandangkan fahaman

liberalisme menggunakan logik akal sebagai hujah, mereka yang kurang berpengetahuan dalam
ilmu terutamanya ilmu agama dari aspek akidah akan mudah terpesong dan terikut dengan
fahaman ini kerana hujah yang digunakan pada pandangan mereka adalah tepat dan boleh
diterima sedangkan ada kebanyakan hujah mereka adalah bertentangan dengan Al-Quran dan As-
Sunnah. Oleh itu, pentingnya mendalami ilmu agama dan memastikan mendapat bimbingan dan
ajaran yang betul.

13

FAKTOR TERSEBARNYA FAHAMAN LIBERALISME

❑ Menganggap Islam adalah agama yang mengongkong
➢ Dalam konteks Islam, fahaman liberalisme jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam. Mereka

yang beragama Islam umumnya perlu mengikut segala perintah Allah, meninggalkan segala
laranganNya dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah. Akan tetapi ada segelintir individu yang
tidak bersetuju dengan ajaran Islam kerana pada pandangan mereka seperti yang diperjuangkan
oleh fahaman liberalisme, mereka mahukan kebebasan atau kelonggaran. Malahan, ada para
liberal mahukan Al-Quran ditafsirkan semula dan apabila ditafsirkan, ianya adalah berdasarkan
kefahaman diri sendiri tanpa ada bimbingan ilmu yang kukuh.

14

PENYELESAIAN TERHADAP
FAHAMAN LIBERALISME

15

PENYELESAIAN TERHADAP FAHAMAN LIBERALISME

▪ Menghapuskan kumpulan-kumpulan yang menyebarkan fahaman liberalisme
o Pihak berkuasa seperti pihak polis dan majlis agama hendaklah bersatu dan

berganding bahu untuk mengesan dan menghapuskan kumpulan-kumpulan yang
mencuba untuk menyebarkan fahaman ini. Pengesanan dan penangkapan
mestilah merangkumi mereka yang menyebarkan hanya melalui media sosial
sehinggalah mereka yang menyebarkan secara fizikal.

16

PENYELESAIAN TERHADAP FAHAMAN LIBERALISME

▪ Meningkatkan kesedaran dalam diri setiap individu tentang kewujudan fahaman
liberalisme

o Cara ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah
atau berkempen atau menaikkan sebuah poster di media sosial, di tepi-tepi jalan
atau di setiap tempat yang sering dikunjungi ramai untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat. Aktiviti-aktiviti ini boleh menekankan tentang pemberitahuan
konsep, cara penyebaran, pemikiran dan bahaya fahaman liberalisme dan secara
tidak langsung akan mendidik setiap individu.

17

PENYELESAIAN TERHADAP FAHAMAN LIBERALISME

▪ Menyeru dan menggalakkan setiap individu supaya menuntut ilmu agama
o Jalan penyelesaian ini jelas akan membuatkan setiap individu tidak mudah terpedaya dengan

hujah logik akal fahaman liberalisme. Setiap individu seharusnya sentiasa berusaha untuk
mempelajari dan menerokai ilmu-ilmu agama serta berpegang pada ajaran. Kaedah ini juga
sebenarnya akan menyebabkan semakin ramai orang mempunyai ilmu agama yang boleh
membuatkan mereka menghindari pemikiran fahaman ini kerana mereka boleh berkongsi setiap
ilmu yang mereka perolehi dengan individu-individu lain.

18

PENYELESAIAN TERHADAP FAHAMAN LIBERALISME

▪ Mengenakan hukuman berat kepada penyebar fahaman liberalisme
o Golongan yang menyebarkan fahaman liberalisme akan berasa takut dan waswas

untuk menyebarkan fahaman tersebut dan ini secara tidak langsung amat
membantu kerana kurangnya percubaan untuk menyebarkan fahaman tersebut
kepada orang lain kerana mereka sedar wujudnya hukuman berat sekiranya
mereka melakukannya terutamanya secara terang-terangan.

19

KESIMPULAN

Fahaman liberalisme semakin tersebar meluas dan mempengaruhi ramai orang tidak kira umur. Para
remaja sekiranya tidak dididik dan didedahkan awal tentang kewujudan liberalisme boleh menjadi
punca utama mereka terjebak sejak usia muda. Semua pihak tidak kira ahli keluarga atau pihak
berkuasa perlu memainkan peranan dalam memerangi fahaman ini daripada terus-menerus tersebar
secara meluas. Dan sekiranya semua pihak menyedari dan melaksanakan tanggungjawab masing-
masing, tidak hairan jika fahaman tersebut iaitu fahaman liberalisme terhapus atau semakin mengecil
kelompoknya. Jangan apabila nasi sudah menjadi bubur iaitu apabila fahaman tersebut menjadi satu
perkara biasa di negara kita Malaysia baru hendak bertindak kerana ketika itu sudah terlambat.

20

RUJUKAN

• BUKU

➢ Kamus Dewan, 2013. Ed. Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

• INTERNET

➢ https://almanhaj.or.id/3129-islam-dan-liberalisme.html
➢ https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-liberalisme.html

21

RUJUKAN

• INTERNET

➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme#:~:text=Liberalisme%20ialah%20falsafah%20yang%20meletakkan%
20kebebasan%20individu%20sebagai,negara.%20Liberalisme%20menekankan%20hak-
hak%20peribadi%20serta%20kesamarataan%20peluang.

➢ https://perpustakaan.id/sejarah-pengertian-liberalisme/

➢ https://www.researchgate.net/publication/340548945_Liberalisme_Dalam_Agama_Memahami_Pemikiran_Golo
ngan_Anti_Hadis_Dan_Puncanya

22


Click to View FlipBook Version