The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11073318, 2021-08-28 09:47:44

SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU

SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU

MAT KILAU

‫مت كيلا‬

DISEDIAKAN OLEH: NURKHAIRINA INSYIRAH BINTI
KHAIRY

KELAS: 5 KENYALANG

• Nama manusia hebat ini ialah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Mohammed bin Ibrahim
@Mat Siam .

• Mat Kilau dipercayai dilahirkan sekitar tahun 1865-1867 di Kampung Masjid,
Pulau Tawar, Jerantut Pahang.

• Bapa beliau Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah

• Manakala ibunya Bernama Mahdah binti Tok Kaut Burau

• Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang
dikenali sebagai "Dikir Pahang".

• Pada usia 20 tahun, beliau berkahwin dengan dengan seorang gadis
yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari
Kampung Kedondong.

• Imam Daud iaitu mertua Mat Kilau adalah seorang guru agama
yang disegani di Pulau Tawar.

• Imam Daud juga menjadi guru mengaji Mat Kilau dan kawan-kawannya.

• Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu
kebatinan.

• Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,
bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris
dan parang.

• Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.

• Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.
Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu

• Sejarah Penentangan Mat Kilau Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang
marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar
negeri yang dilantik.

• Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang
adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato’ Bahaman .

• Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga
mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.

• Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa
pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

• Walau bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya
melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang
penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

• Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada
dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama
terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul
Rahman Limbong serta Tok Janggut

Mat Kilau tidak sempat berperang Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya
dengan Inggeris dan beliau dibawa menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling)
Haji Muhammad Nur ke Bukit yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua
Bentang bertemu Datuk Maharaja pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong
Perba Jelai berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.

Mat Kilau & Tok Pasukan Pengakap ( pasukan Sultan Ahmad mengikut
Gajah di Kampung Walker dan Clifford) berkhemah nasihat Sultan Abu Bakar
Budu, Raub untuk di Lechau dekat Kampung Budu (Johor) dan Inggeris
menyerang tentera mengisytiharkan pengampunan
Hugh Clifford di diserang kumpulan Mat Kilau beramai-ramai rakyat Pahang
Kuala Lipis. dan Datuk Bahaman yang dicop penderhaka kecuali
Datuk Bahaman dan Tok Gajah.
Inggeris mara ke Kampung Budu berhampiran Batu Berapit. Tok Gajah bersama kedua
tempat Mat Kilau berkampung dan Mereka kemudiannya berundur anaknya dan pengikutnya
selepas mengetahuinya beliau berundur ke hulu Sungai
melarikan diri ke hutan dan bersatu meninggalkan kawasan itu. Tembeling dan menyeberangi
dengan Datuk Bahaman di Kampung Mat Kilau dan pengikutnya sempadan Pahang serta
Hulu Cempaka bagi meneruskan bersatu dengan Tok Gajah di Kelantan hingga sampai di
perjuangan menentang Inggeris Kuala Tenggeling di Hulu Lebir,
Pasir Atas (tepi Sungai Hulu Kelantan
Tembeling)

Tok Gajah, Datuk Mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan
Bahaman, Mat Kilau Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba
dan Mat Kelubi dari Jelai. Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran

Hulu Kelantan Kuala Tembeling) Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut
membawa 100 menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)
pengikut pergi ke
Hulu Pahang
menghilir Sungai

Tembeling

Mereka kembali ke Hulu Hugh Clifford sampai di Mat Kilau ditangkap askar Siam
Kelantan Pasir Nering, Kuala Berang dan dibawanya ke Kota Bharu,
Kelantan. Dalam perjalanan ke
kerana percaya Mat Kilau sana Mat Kilau dipercayai
bersembunyi di sana melawan dan askar Siam

dikatakan memukul kepala Mat
Kilau hingga tidak sedarkan diri

dan dianggap mati.

Orang Melayu Pahang di Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau
bawah pimpinan Datuk berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu

Bahaman, Tok Gajah dan Mat dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah.
Kilau yang menentang Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok
Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang
Inggeris di Pahang diusir alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku
keluar ke Hulu Kelantan
Sayyid yang dianggap keramat

• ‘ ‘Mayat’ Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati
masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri
dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung
dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang

• Kematian Misteri Mat Kilau Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati
tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
❖ The Straits Times dan The Free Press telah menyatakan “Ketua
Pendehaka (Dato’ Bahaman) telah jatuh ke tangan pemerintahan
Siam pada bulan Oktober,1895“.
❖ The Free Press keluaran 22 Oktober, 1895 pula memberitahu bahawa
“Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia
telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-luka itu sangat parah dan
dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan
kehilangan banyak darah”. Maka dengan tersiarnya berita ini, Mat
Kilau dikatakan telah sudah meninggal dunia.

• Namun tiada mengetahui kisah sebenar kecuali beberapa orang
sahabatnya yang rapat seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau),
Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan

• Setelah sekian lama Mat Kilau hidup dalam penyamaran, akhirnya beliau
mengistiharkan dirinya pada bulan Disember 1969. Tuhan telah


menggerakkan hati Mat Kilau (K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin

Ibrahim) memperkenalkan dirinya yang sebenar.

• Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya dan dibawa Omar bin
Mat Kilau ke kampung kelahirannya Kampung Masjid, Pulau Tawar
Jerantut untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai.

• Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di
Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. dan kemudiannya
mengisytiharkan dirinya selepas sembahyang dan membaca Quran.

• Pengisytiharan menggemparkan itu memaksa Kerajaan Pahang
menubuhkan sebuah jawatankuasa menyiasat pada 8 Januari 1970.

• Setelah disahkan pada 6 Ogos 1970 (Khamis jam 10.30 pagi), Mat Siam
diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri
Haji Yahya Mohd Seth.

• Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya
dibuat kesihatan Mat Kilau merosot dan beliau menghembuskan nafasnya

PENGAJARAN

SEMANGATKAN PERASAAN DIRI UNTUK MEMPERTAHANKAN
KAWASAN DARIPADA PENJAJAH

“JAGA AGAMA…JAGA
BANGSA…JAGA NEGARA”
“JANGAN SAMPAI BANGSAKU

TIADA NEGARA”
“BERPANTANG MENYERAH

SEBELUM AJAL”


Click to View FlipBook Version