The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CONGKAK.Damier (6) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by damier.dariyen, 2021-09-29 03:41:35

Congkak

CONGKAK.Damier (6) (1)

CONGKAK

[PROJECT BASED ON LEARNING]

NAMA : AFIQ DAMIER BIN AZMI FARIED
KELAS : 6 IBNU BATUTAH

BIODATA

NAMA : AFIQ DAMIER BIN AZMI FARIED
KELAS : 6 IBNU BATUTAH
UMUR : 12 TAHUN
T. LAHIR : 8 OGOS 2021
ALAMAT : 263, PERSIARAN VENICE SUTERA 6,DESA
MANJUNG RAYA, LUMUT, PERAK
NAMA BAPA :AZMI FARIED BIN MOHD ARIF
PEKERJAAN BAPA : BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD
NAMA IBU : NORWANI BINTI NAZRI
PEKERJAAN IBU : SURI RUMAH
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU

1

ISI KANDUNGAN:

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 BIODATA MURID 1
2 APA ITU CONGKAK 3
3 CONTOH-CONTOH CONGKAK 3
4 SEJARAH CONGKAK 4
5 ASAS DAN CARA BERMAIN
5-6
CONGKAK
6 PERALATAN YG DI PERLUKAN 7
7 TOKOH CONGKAK 8

2

APA ITU CONGKAK?

Congkak adalah permainan yang dibuat oleh kayu atau plastik yg berlubang dan
dimainkan dengan buah congkak.

CONTOH CONGKAK

SEJARAH CONGKAK

3

Permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau
Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai
oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang
mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di
Jordan.

Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia
melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin
berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupaan pusat perdagangan
pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Carubran juga bermain congkak.
Congkak dipercayai sampai di sana melalui perdagangan hamba. Di sana,
congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan
nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.

Pada Zaman dahulu,golongan istana bermainan congkak dengan menggunakan
papan congkak yang berukir merah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia
sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini,
congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati
sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam
laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam
budaya dan bangsa di seluruh dunia.Di zaman teknologi ini terdapat juga
permainan congkak dalam talian yang telah dicipta.

ASAS DAN CARA BERMAIN
CONGKAK

Permainan congkak secara asasnya melibatkan pengiraan mudah. Mereka yang
cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya
memenangi permainan.

4

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah
congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada
pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali
sebagai -kampung- dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang
dikenali sebagai -rumah-. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar
80 cm dan lebarnya 18 cm.
Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan menghadap satu sama lain.
Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap
kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka
akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah
congkak ke dalam setiap -kampung- menuju ke rumah masing-masing menurut
arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan
dianggap mati. -rumah- kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri
pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di
lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan
sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga
kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang
terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup
lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan
memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak
cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila
kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan
kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai 2tembak2.

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lain.

5

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat
satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguh pun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
‘terbakar’. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang
kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang
adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak
sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira
kalah.

PERALATAN YANG DI PERLUKAN

 Guli

6

 Congkak

TOKOH CONGKAK

7

 Dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Gong Kemuntong, Besut
Terengganu.

 Penglibatan awal dalam seni ukiran pada usia remaja dan mewarisi
kemahiran mengukir dari ayahnya.

 Lebih mesra dengan panggilan Ayah Ku merupakan antara tokoh
tersohor dalam bidang seni ukiran halus senjata tradisional
khususnya hulu keris.

 Setiap ukiran yang dihasilkan dihiasi dengan motif dan reka corak
yang yang diilhamkan daripada unsur tumbuh-tumbuhan, awan
larat dan bentuk geometri.

 Mahir dalam mereka cipta peralatan mengukir seperti pahat, set
penebuk lubang, semawar dan mesin menajamkan pahat.

 Hasil ukiran beliau pernah dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli
Yang Di-Pertuan Agong ke-9 Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan
mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 Penerima anugerah Adiguru Kraf Ukiran Halus (1995) dan diiktiraf
sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 1998.

8


Click to View FlipBook Version