The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Saba Torehan, 2023-10-07 14:57:35

sejarah perkembangan bahasa melayu

slide pb sejarah

BAHASA MELAYU sejarah PERKEMBANGAN


KANDUNGAN LAPORAN BARNES 3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU 3.4 SISTEM TULISAN BAHASA PALLAWA 3.5 SISTEM TULISAN KAWI 4.0 SISTEM TULISAN JAWI SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA 5.0 MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA : SISTEM PENDIDKAN ORDINAN PELAJARAN LAPORAN FENN-WU BAHASA MELAYU TELAH MENGALAMI PERUBAHAAN DARI MASA KE SEMASA LAPORAN RAZAK PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN : KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU : PENDIDIKAN &KERACUNAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL 3.1 1.0 2.0 3.0 2.2 2.1


Sejarah bahasa Melayu Bahasa Melayu mula digunakan pada alaf pertama yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno, iaitu bahasa di bawah rumpun bahasa Austronesia. Dalam tempoh dua alaf, bahasa Melayu telah melalui pelbagai fasa perkembangan yang terdiri daripada lapisan demi lapisan pengaruh asing yang berbeza melalui perdagangan antarabangsa, pengembangan agama, penjajahan dan perkembangan trend sosiopolitik baharu. Bentuk bahasa Melayu tertua berasal daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba yang dituturkan oleh peneroka Austronesia terawal di Asia Tenggara.


Tulisan Pallava berasal dari India (Selatan) sekitar abad ke-4 hingga ke-9 masihi. Tulisan ini dibawa oleh Hindu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Sriwijaya dan Palembang (Nik Safiah Karim, 2010). Tulisan Pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit kerana menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan pada ketika itu. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad kepada golongan istana sahaja kerana tiada kemudahan asas untuk mengajar rakyat membaca dan menulis. Sistem Tulisan Pallava berasaskan masyarakat India dan agama Hindu. Tulisan Pallava terbahagi kepada dua jenis: Pallava Awal Pallava Kemudian Perbezaan antara dua jenis tulisan ini ialah aksara Pallava Awal ditulis besar-besar, manakala Pallava Kemudian menggunakan aksara yang sama tinggi. Tulisan Pallava lebih kompleks berbanding tulisan rumi disebabkan adanya sistem simbol bagi gabungan bunyi. sistem tulisan pallava @reallygreatsite


SISTEM TULISAN KAWI Sistem tulisan Kawi merupakan sistem tulisan yang terawal di Kepulauan Melayu sejak abad ke-8M.Sistem tulisan ini diasaskan oleh orang Jawa maka sistem tulisan ini juga dikenali sebagai tulisan Jawa dan ketika itu juga orang Jawa menutur menggunakan bahasa Kawi.Terdapat bukti penemuan batu nisan orang Melayu tertera tahun 1463 dengan nama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas,Sungai Ujung,Negeri Sembilan yang memaparkan penggunaan tulisan Kawi dan Jawi.


Tulisan atau aksara Jawi ialah tulisan Arab yang digunakan untuk bahasa Melayu.Istilah ini digunakan di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Thai Selatan. DiIndonesia, tulisan Jawi lebih dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan Arab untuk Bahasa Jawa pula dikenali sebagai tulisan “pegon” sedangkan ayat tulisan Arab untuk bahasa Bugis disebut sebagai tulisan “serang” . Perkataan “tulisan”itu sendiri tidak digunakan dalam bahasa Melayu Klasik, sebaliknya istilah yang digunakan ialah aksara. Perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab. Perkataan ini adalah adjektif bagi kata nama Arab “jawah” . Bagi orang Arab, jawah merujuk kepada nama daerah bagi Asia Tenggara. Perkataan jawi adalah nama bagi penduduk-penduduknya. Dengan itu nama jawah atau jawi tidak hanya merujuk kepada pulau Jawa dan orang Jawa sahaja malah merujuk /kepada seluruh daerah Asia Tenggara. Sistem Tulisan Jawi


bahasa melayu sebelum & selepas merdeka Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan Bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era Bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.


LAPORAN BARNES 1950 Laporan Barnes pada tahun 1949. Antara isi yang terkandung dalam laopran ini adalah untuk menyatukan semua sekolah venakular dan perpaduan, menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi, mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguruan berasrama penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah nazir, mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan.


Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan. LAPORAN FENN WU 1951


ordinan ini diluluskan pada September, 1951, hasil dari Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu, kerajaan British mencadangkan: 1. penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu satu sekolah yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar 2. kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil jika terdapat permintaan dari ibubapa dengan bilangan murid 15 orang sebagai relajar 3. bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris ORDINAN PELAJARAN 1952


LAPORAN RAZAK 1956 Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji OrdinanPelajaran 1952. jawatankuasa ini dipengerusikan oleh oleh Dato Abdul Razak bin Hussein. Antara bidang tugas jawatankuasa tersebut merangkumi seperti yangberikut:(i)Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk perkara yangterkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952; dan(ii)Mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan.Laporan Jawatankuasa Pelajaran di atas yang dikenali sebagai PenyataRazak dikemukakan pada 6 Mei 1956. Untuk membentuk satu sistempendidikan kebangsaan yang mempunyai cirri-ciri seperti di bawah:(i)Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantarutama;(ii)Kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling tanah air;(iii)Sukatan pelajaran yang mempunyai isi kandungan yang sama bagisemua sekolah


Laporan Razak mempunyai 17cadangandengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satusistem pendidikankebangsaan. Diantaraperkara yang diperkatakanialah: 1.Bahasa MelayudanBahasa Inggeris wajibbagi semua sekolahrendahdan menengah; 2.Bahasa Inggeris,Bahasa CinadanBahasa Tamil menjadibahasapengantarbagi sekolahjenis kebangsaan; 3.2 jenis sekolahyangterbuka kepada semuaetnik: sekolah-sekolahrendahyang menerimabantuanataupersendirian,dansekolah-sekolahmenengahyang menerimabantuanataupersendirian ;4.Sistem pendidikansekolah menengahterdiridaripadaSekolah Menengah Rendah (SMR),Sekolah Menengah Atas (SMA)dan Pra Universiti; 5.Sistem peperiksaanyangberpusatdansamabagi semua; 6.Guru-gurusekolahrendahdan menengahyangberkelayakan; 7.Semuagurudiletakkandibawahsatuperkhidmatanprofessional;8.Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan. dadangan laporan razak 1956


MalaysiadanIndonesia menubuhkkan MajlisBahasa Indonesia-Malaysia(MBIM)pada tahun1972bagi memulakanerabaharudengankerjasama kebahasanperingkat serantau.Pada tahun 1985,Brunei Darussalam telah menyertaipenubuhan pakatanini sekaligus MBIM diperluas lagi sehingga menjadi MajlisBahasaBrunei DarussalamIndonesia-Malaysia(MABBIM).Kedua-dua organisasi iniditubuhkanbagi merancangdan memantau perkembanganbahasa MelayudanIndonesiadi rantauanini.Kerjasama ini juga telah mencipta keseragamanpedomandari aspek ejaan,pembentukanistilahdankeseragamanistilaistilahilmutinggiperingkatprofessional KERJASAMA SERANTAU DANPENGANTARABANGSAAN


MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU Terkadangnya kedengaran suara sumbang yang mengatakan Bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu. Pada hakikatnya orang itu sendiri yang tidak mampu menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sebaliknya.Bahasa yang canggih dikatakan bahasa ilmu, bahasa bagi budaya tinggi, dan lebih tegas lagi bahasa bagi sains dan teknologi. Peningkatan ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang itu haruslah seiring dengan peningkatan ketrampilan wahana itu sendiri, yakni bahasa. Banyak orang berfikir bahasa itu jatuhnya di tempat kedua dan pertamanya ilmu itu. Persepsi ini perlu diubah. Bahasa itu juga satu ilmu dan sejarah membuktikan banyak ahli yang melahirkan pemikiran dan ciptaan baru menguasai ilmu dan bahasa sebagai satu entiti yang terpadu. Kita sebenarnya memiliki bahasa yang berkembang dan dinamis dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal datang. Seharusnya tidak timbul lagi krisis kepercayaan terhadap Bahasa Melayu. Perbincangan topik ini akan menumpukan kepada persoalan cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu, iaitu: kewujudan masyarakat yang dwibahasa; Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara; Bahasa Melayu dalam teknologi maklumat dan komunikasi; dan akhirnya Bahasa Melayu dalam era globalisasi.


cabaran dan masa depan bahasa melayu dalam pendidikan Globalisasi membawa pengaruh besar ke atas bahasa-bahasa dunia, termasuk Bahasa Inggeris. Keterampilan berbahasa Inggeris semakin penting untuk kejayaan dalam pasaran kerja global. Ini boleh menyebabkan pengabaian terhadap bahasa Melayu dalam pendidikan. cabaran masa depan Masa depan bahasa Melayu dalam pendidikan boleh ditingkatkan melalui pengembangan sumber pembelajaran digital dan bahanbahan pengajaran yang lebih interaktif..


Ramai pengguna media sosial mungkin tidak memahami aturan tatabahasa Melayu yang betul. Ini boleh mengakibatkan mereka menggunakan ejaan atau tatabahasa yang salah, yang kemudian boleh dijadikan contoh oleh orang lain. keracunan bahasa melayu di media sosial Pengaruh daripada bahasa lain atau budaya asing dalam media sosial boleh menyebabkan pemakaian yang tidak betul atau campuran bahasa. Ini sering berlaku apabila pengguna mencuba untuk memadukan perkataan atau frasa daripada bahasa lain ke dalam bahasa Melayu Dalam persekitaran media sosial yang sering kali kurang formal, kesantunan bahasa dan tatabahasa yang betul mungkin diabaikan, menyebabkan penggunaan yang tidak betul menjadi lebih biasa.


Thank You


Click to View FlipBook Version