The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ZULFAQAR JABRULLAH BIN MOHD ASHIK MASNAWI, 2021-08-08 02:04:25

PERTOLONGAN CEMAS

PERTOLONGAN CEMAS

Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan
kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang
diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi
pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan
pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu.

Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya
sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.

Kepentingan dan tujuan pertolongan cemas

• Menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kecederaan.
• Melibatkan tindakan mudah, seperti meletakkan

seseorang di tempat yang betul untuk bernafas dengan
bebas.
• Melibatkan aktiviti yang lebih mahir, seperti pemulihan
pernafasan (CPR) jika mereka berhenti bernafas.

3 teknik pertolongan cemas untuk situasi kecemasan

• Memeriksa tempat kejadian
Sebelum membantu, periksa dahulu jika tempat atau keadaan
tersebut selamat untuk anda. Sekiranya keselamatan anda
berisiko, keluar dari kawasan itu dan dapatkan bantuan.
• Hubungi bantuan perubatan jika perlu
Sekiranya keadaan mangsa kritikal atau perlu dirujuk ke
hospital, segera hubungi talian kecemasan.
• Berikan penjagaan
Sementara menantikan bantuan, lindungi mangsa dengan
selimut hangat, selesa dan tenangkan mereka.

• Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.

-Mangsa tidak sedarkan diri
-Disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman
-Jika memerlukan pembedahan

Rawatan yang perlu dilakukan untuk sesak nafas:

• Periksa dan bersihkan mulut dan hidung supaya tak
tersumbat

• Dongak kepalanya untuk membuka saluran pernafasan
• Periksa pernafasannya:
• Jika bernafas- betulkan kedudukan: samada duduk atau

baring mengiring.
• Jika tidak bernafas- resusitasi pernafasan: mulut ke

mulut/ tekanan luar dada
• Jika disebabkan bahan kimia, jangan lakukan resusitasi

mulut ke mulut.

• Jika bernafas- betulkan kedudukan: samada duduk atau
baring mengiring.

• Jika tidak bernafas- resusitasi pernafasan: mulut ke
mulut/ tekanan luar dada

• Jika disebabkan bahan kimia, jangan lakukan resusitasi
mulut ke mulut.

Luka Dan Pendarahan

• Jenis pendarahan dan luka:

• Lebam bruise)
• Scrape (tersagat)
• Terkoyak (avulsion)
• Terpotong (cut)
• Tertikam (puncture)

Pendarahan Luar

• Disebabkan oleh:
1)Luka akibat benda tajam
• Pisau
• Kaca
2)Gigitan
• Haiwan
• Manusia

Rawatan untuk pendarahan luar adalah

1. Buangkan bendasing-(hanya yang mudah)
2. Tutup luka dengan gauge bersih
3. Tekankan pada luka
4. Tinggikan bahagian luka
5. Luka ringan:
6. Bersihkan dengan air paip dan dressing
Luka besar:
1. Teruskan tekanan dan bawa ke klinik

Lebam

• Lebam disebabkan
pendarahan di bawah kulit
akibat pecah salur kapilari

• Tanda biru-hitam

Rawatan lebam adalah:

• Tinggikan bahagian yang cedera
• Tuam dengan air batu selama 15-20min setiap 6-8 jam

selama 24-48 jam.
• Balut dengan pembalut elastic (crepe bandage)
• Jangan urut
• Bawa ke klinik sekiranya:
• Lebam besar, sakit atau membesar
• Lebam tanpa kecederaan nyata
• Lebam beserta pendarahan hidung atau bahagian lain
• Lebam selepas demam.

Racun

• Penyebab:
• Termakan
• Tersedut melalui

pernafasan
• Kontak melalui kulit

Rawatan

• Pastikan bahan
• Aturkan ke klinik
• Jika muntah, baringkan ia mengiring
• Jangan paksa ia muntah
• Beri minum perlahan-lahan

Apa yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas?

Peti pertolongan cemas merupakan item wajib di rumah mahupun
semasa berkhemah.Peti ini akan membantu anda mendapatkan
rawatan segera bagi kemalangan kecil. Anda boleh mendapatkan
peti pertolongan cemas di mana-mana kedai farmasi atau
membuatnya sendiri.

Apa yang perlu dimasukkan dalam peti pertolongan cemas?

Bekalan asas

• Plaster dalam pelbagai saiz dan bentuk
• Kain kasa steril dalam pelbagai saiz dan bentuk
• Pita pelekat dan bandages dalam pelbagai saiz dan

bentuk
• Bebola kapas
• Pembalut elastik (elastic bandage)
• Safety pin
• Penganduh jari
• Pek sejuk segera
• Sarung tangan steril

• Pengelap antiseptik (antiseptic wipes)
• Air suling atau 0.9% larutan salin untuk membersihkan

luka
• Termometer
• Tweezer
• Splint
• Gunting
• Semua arahan atau manual untuk setiap item dalam kit
• Cawan ubat, sudu atau jarum

Ubat-ubatan

• Ubat preskripsi untuk kecemasan (jika anda mempunyai
sebarang masalah kesihatan yang memerlukan ubat yang
khusus)

• Antihistamin

• Ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau aspirin

• Ubat selesema dan ubat batuk

• Ubat anti cirit-birit

• Bahan dressing

• Sabun, minyak, krim, losen, ethyl alcohol, pelincir,
pelindung matahari, sanitizer dan penghalang serangga
yang disteril

• Senarai nombor kecemasan termasuk polis dan pusat
perubatan

• Senarai nombor ahli keluarga dan doktor peribadi

• Sejarah perubatan semua ahli keluarga, termasuk ubat-
ubatan yang sedang digunakan

• Lampu suluh, bateri dan mancis

• Selimut

• Telefon bimbit menggunakan pengecas solar

• 3 item yang terakhir sesuai dimasukkan jika anda
mengembara ke luar seperti berkhemah dan mendaki
gunung.

Apa yang perlu dilakukan seterusnya?

• Baca arahan setiap item dalam kit dengan teliti untuk
menggunakannya dengan betul apabila diperlukan

• Letakkan kit di tempat yang mudah diakses untuk orang
dewasa tetapi jauh daripada jangkauan kanak-kanak

• Periksa kit secara berkala untuk membuang item yang
telah tamat tempoh dan isi semula atau gantikan item
yang hilang

• Periksa barangan elektronik seperti lampu suluh atau
bateri untuk memastikan masih berfungsi

• Semasa dalam perjalanan ke mana-mana, pastikan anda
telah memasukkan kit ke dalam bagasi anda

• Beri arahan mengenai cara menggunakan kit kepada
anak-anak anda

• Dapatkan satu kit di rumah, satu dalam kereta, satu di
tempat kerja dan satu kit kecil dalam beg anda

• Peti pertolongan cemas yang lengkap boleh membantu
anda dalam pelbagai situasi daripada kecederaan kecil
kepada kecemasan

Kit pertolongan cemas untuk bayi

• Sekiranya ada bayi kecil,
kit anda perlu ada
termometer bayi dan
asetaminophen bayi atau
ibuprofen.

Kesimpulan

• Dalam kebanyakan kes, tujuan pertolongan cemas asas
ini dapat membantu menghentikan keadaan kecil
daripada menjadi lebih buruk.

• Dalam kes kecemasan perubatan, teknik pertolongan
cemas mungkin menyelamatkan nyawa.

• Sekiranya seseorang mengalami kecederaan serius atau
sakit, mereka harus menerima rawatan susulan daripada
profesional perubatan.

Selain itu, anda perlu melindungi diri daripada penyakit berjangkit
dan bahaya lain semasa memberikan pertolongan cemas. Caranya:

• Sentiasa periksa bahaya yang boleh meletakkan risiko
keselamatan anda sebelum mendekati orang yang sakit
atau cedera

• Elakkan hubungan langsung dengan darah, muntah, dan
cecair badan yang lain

• Pakai peralatan perlindungan, seperti sarung tangan nitril
atau vinil apabila merawat seseorang dengan luka
terbuka atau penghalang pernafasan ketika melakukan
CPR

• Basuh tangan dengan sabun dan air sebaik sahaja
memberikan rawatan pertolongan cemas

Dapatkan bantuan

Telefon ambulan – 994
Berikan keterangan tentang tempat kemalangan

Sumber bantuan kecemasan

Polis
Bomba
Hospital
Klinik
Pasukan
sukarela
Penduduk
setempat


Click to View FlipBook Version