The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by M Syakirin, 2023-02-14 18:42:00

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

1 TUGASAN KERJA KURSUS BERKUMPULAN TAMADUN ISLAM (KDI2333) SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI KETUA KUMPULAN: RAJA AFHAM INTISYAM BIN RAJA FARID (20111029) AHLI KUMPULAN: WAN MUHAMMAD WAFI BIN WAN SUHARDI (20111030) MUHAMMAD SYAKIRIN BIN MOHD RAZI (20111025) SESI: 2022/2023(2) KURSUS: DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENSYARAH: USTAZAH SHAHNUN BT HJ MUSA


2 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 BIOGRAFI AL-KHAWARIZMI 3 3 KEPERIBADIAN AL-KHAWARIZMI 4 4 KARYA-KARYA AL-KHAWARIZMI 4 5 HURAIAN RINGKAS KARYA AL-KHAWARIZMI 5 6 SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG ASTRONOMI DAN GEOGRAFI 6 7 PENUTUP 7 8 RUJUKAN 8


3 1. PENGENALAN Pada suatu ketika dahulu, tamadun Islam sangat cemerlang dan berjaya di pelosok dunia. Boleh dikatakan kebanyakan umat manusia mengetahui dan mengenali kehebatan agama Islam terutamanya musuh-musuh Islam kerana hebatnya Islam dalam segala aspek kehidupan sama ada dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan mahupun dalam teknologi (Mulyadi, 2018). Zaman kehebatan umat Islam berkembang pesat pada abad pertengahan di mana banyak terhasilnya teori-teori baru termasuklah dalam khazanah sains, astronomi, matematik dan sebagainya. Banyak kota yang menjadi rujukan ilmu pengetahuan seperti Baghdad (Iraq), Damsyik (Syria), Kairo (Mesir) dan Cordova (Sepanyol). Kota-kota ini sememangnya masyhur kerana bidang ilmu pengetahuan berkembang dengan sangat pesat sehinggakan musuh Islam sendiri yang menjelajah dari Eropah untuk menuntut ilmu di sana. Linkungan dari abad kelapan hingga akhir abad keempat belas, kepesatan dan kemajuan ilmu dalam dunia Islam dalam bidang Sains melebihi Barat dan Cina (Huff, 2003). Ramai ilmuwan Islam yang lahir dan membesar di kota-kota ini termasuklah Muhammad al-Fazari, Yaqub Ibnu Thariq, al-Hasan al-Baghdadi dan al-Khawarizmi. Namun, dalam laporan ini, kami akan memberi fokus kepada tokoh ilmu al-Khawarizmi. Beliau dikenali dengan kehebatannya dalam ilmu matematik, astronomi dan geografi. 2. BIOGRAFI AL-KHAWARIZMI Al- Khawarizmi atau nama penuh beliau Muhammad bin Abu Musa al-Khawarizmi merupakan ilmuwan dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Beliau lahir dalam linkungan tahun 780 masihi di Khawarizm (Uzbekistan). Hampir sepanjang hidupnya, beliau bekerja sebagai seorang pensyarah di salah sebuah tempat pengajian yang ternama di Baghdad (Kurnia, 2011). Beliau dikenali dengan beberapa nama di Barat, antaranya al-Khwārizmī, al-Jwārizmī, alHwārizmī, al-Khowārizmī, alJowārizmī, al-Howārizmī, al-Khuwārizmī, al-Juwārizmī, alHuwārizmī, al-Khwārezmī, al-Khowārezmī, al-Khuwārezmī, Algorismi, Guarismo dan Algarismo (Mulyadi, 2018). Sejarah kehidupan al-Khawarizmi sebenarnya tidak diketahui secara meluas termasuklah tempat beliau lahir. Beberapa bukti sejarah menyatakan bahawa beliau hidup dalam era kepimpinan pemerintahan Dinasti Abbasiyyah yang terkenal, iaitu al-Mansur, Harun


4 al-Rasyid dan al-Ma’mun. Beliau juga ada diukirkan dalam sejarah di mana dikatakan beliau pernah bekerja pada Dinasti al-Ma’mun di ‘The House of Wisdom’. Beliau ditugaskan untuk menterjemahkan buku-buku dan karya ilmiah hasil daripada karya para falsafah dan bijak pandai Yunani seperti Aristotles dan Ptolemeus (Firmansyah, 2017). Al-Khawarizmi meninggal dunia antara tahun 220M hingga 230M. 3. KEPERIBADIAN AL-KHAWARIZMI Tidak perlu diperkenalkan lagi bahawa al-Khawarizmi seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang syariat, namun hebat juga dalam bidang Falsafah, Geometri, Musik, Sejarah Islam dan Kimia. Kejayaan dan kehebatan al-Khawarizmi tidak akan tercapai melainkan dengan keperibadian beliau yang bersungguh-sungguh terutamanya dalam bidang ilmu dan pendidikan. Keperibadian bukan sahaja disebut-sebut oleh orang Islam, tetapi juga sangat dikenali oleh masyarakat dunia termasuklah para sarjana dari Barat. Betapa banyak buku-buku dan karya-karya yang dihasilkan oleh beliau di mana menjadi bukti bahawa beliau mempunyai semagat juang yang tinggi dan buktinya beliau dianggap sebagai antara sarjana Matematik yang termasyhur di dunia (ADZMAN, 2019). Ilmuwah Islam ini juga dikenali dengan sifat kepimpinan yang hebat.Beliau pernah menerajui dan memimpin perpustakaan khalifah. Semangat dan keazaman beliau yang tinggi terutamanya dalam bidang ilmu sesungguhnya sukar untuk ditandingi. Pelbagai konsep-konsep yang diperkenalkan oleh beliau sepanjang hayatnya sehinggakan masih digunakan sampai sekarang. 4. KARYA-KARYA AL-KHAWARIZMI Al-Khawarizmi ialah seorang saintis terkenal yang telah menerbitkan banyak kertas kerja dalam bidang matematik, astronomi, geografi dan muzik. Beliau juga terlibat dalam pelbagai bidang ilmu lain, yang telah membantu beliau mengembangkan kebolehan inteleknya. Antara karya beliau adalah Kitab alMukhtasar Fi Hisab al-Jabr Wa al-Muqabalah, Kitab fi Jourafia Sharh fihi Arai Ptolemy, Kitab jadavil li’n-Nujum ve Harakatiha min Mujelladayn, Kitab fit-Tariqati Ma‘rifat al-Waqt bi Wasatat al-Shams, Kitab jami’ fîhi baynal-Hisab wa’l-


5 Hendese wal-Musiga wa’l-Falak, Kitab al- ‘Amal bi al-Asturlab, Kitab Sun‘il-Asturlab, Kitab Wazhi fîhi Tariqat al-Jam wa’t-Tarikh, Kitab Surat al-Ard ve Jourafiatiha, Kitab Surat al-Ard, Kitab al-Ma’rifa, Kitab Zij al- al-Khwarizmi al-Avval, Kitab Zij al-Khwarizmi al-Sani, Kitab Rasm al-Ma‘mûr, Kitab al-Tarikh, Kitab al-jam‘i wa al-Tafriq, Kitab Hay’at al-Ard, Kitab alRukhama dan Kitab al-Mu‘amalat. (Duran, 2018) Menurut Farukh, karya al-Khawarizmi terbahagi kepada 11 karya. Antaranya adalah Kitab al-Zij al-Sind, Kitab al-Rukhamah, Kitab al- ‘Amal 7 bi al-Asturlab, Kitab al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr Wa al-Muqabalah, Kitab al-Jam ’wa Tafriq, Kitab al-Jabr wa al-Muqabalah, Kitab Surat al-Ard, Kitab Rasm al-Rub ’al-Ma’mur (min al-Ard), Kitab Taqwim al-Buldan, Kitab Tarikh bi al-falsafah dan Kitab ‘Amal al-Asturlab. (Bakar, 2012). 5. HURAIAN RINGKAS KARYA AL-KHAWARIZMI Al-Khawarizmi menulis buku tentang pelbagai bidang khususnya dalam bidang matematik dan bidang lain yang banyak menyumbang kepada perkembangan sains dalam tamadun Islam. Terdapat beberapa buku beliau yang berharga dan masih dijadikan rujukan orang ramai sehingga kini. Antaranya adalah Kitab al-Zij al-Sind. Menurut Selin, buku ini merupakan karya terbaik dalam bidang astronomi dan buku ini ditulis dalam dua jilid. Buku ini mengandungi maklumat terperinci tentang aktiviti sosial India. Maklumat ini penting kerana ia boleh membantu memahami dewa, ukuran dan cara gerhana matahari dan bulan berlaku. Karya ini diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Adelard dan disunting oleh H. Suter di bawah tajuk ‘Die Astronomichen Taf el des Muhammad Ibnu Musa alKhawarizmi’. Selain itu, karya ini juga telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh O. Neugebauer yang bertajuk ‘The Astronomical tables of al-Khawarizmi ’. Salah satu bab yang terkandung dalam buku ini ialah cara menentukan meridian dan longitud planet, serta pergerakan planet ke hadapan dan ke belakang. Seterusnya, di dalam kitab Surat al-Ard. S.Salahudin, isi kandungan buku ini adalah mengenai geografi dan ia merangkumi topik seperti garis longitud dan latitud pada peta, koordinat bandar, gunung, laut, pantai, dsb. Al-Khawarizmi telah memilih 70 orang pakar yang berkelayakan untuk berkhidmat di bawah pengawasan beliau. Ini adalah bertujuan untuk mengkaji penemuan baharu yang terdapat dalam bidang ini. Al-Khawarizmi juga merujuk


6 pandangan Ptolemy. Usaha pasukan ini telah membolehkan mereka untuk memperkenalkan peta dunia pertama kepada masyarakat pada tahun 830M. Al-Khawarizmi juga seorang perintis penting dalam penulisan geografi, yang merangkumi dua aspek iaitu teori dan praktikal. Disebabkan buku-buku beliau telah diterjemah kepada beberapa bahasa, al-Khawarizmi kemudian mengambil inisiatif dengan mengumpul semula buku-bukunya yang telah diterjemah itu supaya para sarjana dapat menggunakan buku tersebut sebagai panduan dan motivasi untuk menghasilkan buku-buku geografi. Selain itu, Kitab al- ‘Amal bi al-Asturlab dan Kitab ‘Amal al-Asturlab. Menurut alDaffa ’, Pada awal abad ke-12, beberapa bahagian dari buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Dalam bidang astronomi, buku-buku al-Khawarizmi amat penting. Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah al-Ma'mun, beliau telah membentuk dua pasukan jurutera berkemahiran tinggi untuk mengukur lilitan Bumi dengan tepat.. Antaranya ialah Ali Ibn Isa dan Ali al-Buhturi. Berdasarkan kepakaran yang ada, akhirnya al-Khawarizmi dapat menghasilkan satu kalendar (taqwim) berdasarkan pendapat aliran India, Parsi dan Yunani. Seterusnya, Kitab al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr Wa al-Muqabalah. Daripada Sarton (1975), beliau berpendapat bahawa karya ini penting kerana ianya merupakan sumbangan terbaik daripada al-Khawarizmi dan permulaan pengaruh algebra terhadap orang Eropah. Buku ini mengandungi tiga bahagian. Bab pertama ialah mengenai asas algebra (alJabr). Bab kedua ialah mengenai bentuk pengiraan. Bab ketiga, asas jumlah bentuk yang terdapat di bumi manakala bab keempat ialah mengenai kaedah algebra. 6. SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG ASTRONOMI DAN GEOGRAFI Tamadun Al-Khawarizmi ini juga mempunyai sumbangan dalam bidang astronomi dan geografi.Yang mana pertama sekali dalam bidang astronomi ini, ketika beliau bekerja di perpustakaan istana,beliau telah menghasilkan dua bentuk risalah dalam bidang astronomi ini.Dengan hasil penyelidikan yang pertama ini, solat 5 waktu ditentukan melalui instrumen daripada batu mar-mar iaitu “Ruhkamat” dan juga berdasarkan bayang-bayang dalam suatu bulatan dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Manakala, astrolabe ini merupakan sejenis instrumen pengukuran astronomi dan ia juga merupakan risalah kedua beliau (Sidek, 2012).


7 Astronomi Parsi dan Babylon, angka India, dan karya dari Greece juga merupakan sumbangan beliau. Sistem dan pembetulan data Ptolemy mengenai geografi merupakan penghormatan kepada negara-negara di Afrika dan Timur Tengah. Manakala satu buku utamanya yang lain ialah Kitab Al-ard iaitu ‘Pemandangan bumi’ yang diterjemahkan oleh Geografi.Ia juga dapat menunjukkan koordinat dan lokasi asas dunia yang mana sebelum ini menggunakan teori Ptolemy dan telah bertukar dengan menggunakan buku atau kitab alKhawarizmi yang dapat mengukur panjang Laut Mediterranean dan lokasi bandar di Asia dan Afrika. Dengan ilmu yang ada pada al-Khawarizmi ini, beliau telah mendapat kepercayaan dari Khalifah al-Ma’mun untuk mengetuai projek pembuatan peta dunia dan mengambil peranan dalam menentukan susun atur di Bumi.Beliau juga Bersama 70 orang ahli geografi yang lain untuk mencipta peta itu kemudiannya dipanggil "peta dunia" (Masood, 2006). 7. PENUTUP Sebagai rumusan, tamadun Islam ini amat hebat pada Ketika dahulu di seluruh pelosok dunia. Antaranya ialah dari aspek politik, ekonomi, social,ketenteraan,ilmu pengetahuan dan banyak lagi.Selain itu, kita juga boleh belajar atau contohi mereka yang bersemangat untuk menuntut ilmu. Contohnya, kota-kota seperti di Baghdad,Damsyik, Kairo dan Cordova ini terkenal dengan kepesatan perkembangan ilmu sehinggakan musuh islam sendiri yang datang menjelajah untuk menuntut ilmu disana. Di kota ini juga telah melahirkan ramai para ilmuan terutamanya al-Khawarizmi yang mana seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.Kita juga boleh belajar daripada AlKhawarizmi yang memiliki keperibadian yang tinggi terutamanya dalam bidang ilmu dan pendidikan.Sebagai contoh, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku dan karya-karya sekaligus menjadi bukti yang beliau ini seorang yang memiliki semangat juang yang tinggi.


8 8. RUJUKAN ADZMAN, N. A. (2019). TOKOH ULAMA’ SAINTIS: AL-KHAWARIZMI. Kuala Terengganu: FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN. Firmansyah, J. A. (2017). 108 Ilmuwan & penemu dunia / Adhe Firmansyah ; editor, Rose Kusumaningratri. Yogyakarta: Yogyakarta : Garasi, 2017. Huff, T. E. (2003). The rise of early modern science : Islam, China, and the West. Cambridge: Cambridge, U.K. ; New York : Cambridge University Press. Kurnia, R. A. (2011). TEORI ALJABAR AL-KHAWARIZMI. Jurisdictie: Jurnal Hukum dan Syariah, 160-166. Mulyadi, A. (2018). Pemikiran Al-Khawarizmi Dalam Meletakkan Dasar Pengembangan Ilmu Astronomi Islam. International Journal Ihya’ ‘Ulum Al-Din, 63-87. Anon. 2017. Tokoh Dunia Islam: Al-Khawarizmi. https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/23/tokoh-dunia-islam-al-khawarizmi/ [25 November 2002]. Roziah Sidik @ Mat Sidek and Juliana Abu Bakar. 2012. Al-Khawarizmi: Leading Contributor To Indigenisation of Science in The Islamic Civilization. AENSI Publisher American-Eurasian Network for Scientific Information: Open Journal. Advances in Natural and Applied Sciences, 6(3): 324-330. Serbay Duran, Hüseyin Samanci. 2018. Al-Khwârizmî’s Place and Importance in the History of Mathematics. ITM Web of Conferences 22, 01037. Ehsan Masood, Science and Islam, (London : Icon Books, 2006) hal. 120.


Click to View FlipBook Version