The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Darus Syatibiyyah, 2023-12-17 12:14:11

buku disiplin

Dokumen100

Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah Sekapur Sirihبسم ا الرحمن الرحيم Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta' alakerana dengan izin dan petunjuk Nya terhasil lah sebuah Buku DisiplinMaahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah. Saya dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada institusi Maahad atas usaha, pengorbanan tenaga dan masa dalam menyempurnakan buku ini. Dalam isi kandungan buku panduan disiplin ini telah menerangkandanmenghuraikan secara jelas peraturan-peraturan Maahad yang mengandungi definisi, matlamat, tujuan dan perlaksanaannya agar dapat difahami oleh semua peringkat umur penuntut-penuntut di Maahad. Untuk mencapai visi dan misi Maahad bagi melahirkan ulama dancendiakawan Islam , berwibawa dalam pelbagai disiplin ilmu maka semua pihak perlu bekerjasama, bersepakat dan bertoleransi sertasalingmenyempurnakan antara satu sama lain. Saya berharap kepada Mudir MTADS, dan siapa saja yang terlibat dalammenjaga amanah akan bertindak adil dan titih melaksanakan tugasan. Keputusan yang dibuat hendaklah munasabah, fleksibel dan berwawasan. Akhirnya sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada institusi Maahad dalam menyempurnakan Buku Panduan Disiplin MaahadTahfizوبال التوفيق والهداية والسلم عليکم ورحمة ا وبرکاته .Syatibiyyah Darus Quran-Al ABDUL HAFIZ BIN ISMAIL Timbalan Pengarah MTADS


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah Muqadimahبسم ا الرحمن الرحيم الحمدل رب العالمين والالة والسلم على اشرف النبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين Inilah Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyahyang telah dapat diterbitkan dengan jayanya hasil usaha, ketekunanBahagian Institusi Maahad. Buku panduan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama mengenai definisi, matlamat, tujuan dan perlaksanaan. Bahagiankeduapula mengenai peraturan sekolah manakala Bahagian ketiga mengenai jenis kesalahan sekolah dan asrama dan tatacara tindakan. Terbitnya buku ini dihasratkan dapatlah digunakan sebagai garis panduan dalam mendidik, membentuk keperibadian pelajar-pelajar berakhlak mulia. Bagi guru-guru termasuk guru disiplin dan penyeliaasrama diharapkan melaksanakannya dengan penuh hikmah, bijaksana, adil serta saksama bagi hasrat lebih memantapkan dan mengukuhkanpendidikan Islam di Negara Malaysia. Akhir kalam saya ucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terimakasihkepada pihak Maahad yang telah menyumbang tenaga dan idea merekasehingga buku panduan ini dapat diterbitkan. Mudah-mudahan dengansumbangan yang mereka berikan mendapat ganjaran pahala berlimpahوبال التوفيق والهداية والسلم عليکم ورحمة ا وبرکاته .Amin. ala'Ta wa Subhanahu Allah daripada ABDUL HADY BIN ISMAIL Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah LOGO MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUS SYATIBIYYAHVISI Melahirkan generasi Al-Quran yang mengutamakan ingatan hafazanAl- Quran, bertaqwa dan beramal dengan ajaran IslamMISI Mendidik, mentarbiah, melatih Huffazul Quran yang berkemahirandalam segala bidang FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMPendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikanilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran danAs- Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangansebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearahmencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. FALSAFAH DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARAPendidikan di Maahad Tahfiz Swasta adalah usaha berterusanbagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dansempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehanmurid- murid yang berpotensi kearah kecemerlangan sebagai insandanwarganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutanagama, bangsa dan negara.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah ISI KANDUNGAN Pendahuluan : 1. Definisi .................................................................. 62. Matlamat .................................................................. 7 3. Tujuan .................................................................. 84. Perlaksanaan ................................................................... 85. Dasar-Dasar Pendidikan Maahad .................................... 10 Peraturan Sekolah : 1. Tatatertib................................................................................ 11 2. Kedatangan Ke Maahad ....................................................... 133. Waktu Balik ............................................................................ 134. Waktu Belajar Dan Berada Dalam Kelas.............................. 145. Waktu Rehat .......................................................................... 166. Kebersihan, Kekemasan, Disiplin Pelajar.............................. 17 7. Pejabat Pentadbiran Maahad............................................... 188. Bilik Guru................................................................................ 19 9. Bilik Khas (Studio Rakaman/Bilik Stor Dan Lain-Lain)......... 19 10. Surau....................................................................................... 19 11. Tandas..................................................................................... 2012. Pemeliharaan Harta Benda/Peralatan Maahad.................. 2013. Yuran Maahad........................................................................ 2014. Kegiatan Luar Maahad .......................................................... 21 15. Lawatan-Lawatan (Rehlah)................................................... 21 16. Pelajar Berhenti..................................................................... 2217. Penerimaan Pelajar Baru...................................................... 2218. Ujian Dan Peperiksaan.......................................................... 2319. Waktu Lawatan Ibu Bapa/Penjaga Dengan Maahad......... 23BAHAGIAN PERTAMA BAHAGIAN KEDUA


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 20. Asrama............................................................................... 2521. Ketua-Ketua Lajnah Dan Pemimpin Pelajar.................... 2622. Ampaian............................................................................ 2823. Bilik Air Dan Bilik Membasuh.......................................... 2824. Barang Persediaan........................................................... 28Jenis Kesalahan dan Tatacara Tindakan Maahad : 1. Pendahuluan...................................................................... 30 2. Perlaksanaan Tindakan .................................................... 30 3. Tatacara Tindakan Kesalahan........................................... 30 4. Kesalahan Ringan............................................................... 31 5. Kesalahan Sederhana........................................................ 31 6. Kesalahan Berat................................................................. 327. Tingkah Laku Jenayah........................................................ 328. Tingkah laku lucah............................................................. 339. Tingkah laku Anti-sosial.................................................... 3310. Tingkah Laku Tidak Jujur................................................... 3311. Tingkah Laku Tidak Sopan................................................ 3312. I’qab (Hukuman)................................................................ 34Penutup : ............................................................................ 35BAHAGIAN KETIGA PENUTUP


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah PENDAHULUAN 1. DEFINISI 1.1 Asrama : Asrama bermaksud tempat kediaman pelajar yang di bawahpentadbiran Mudir atau warden yang sebanding dengannyabagi institusi Maahad. 1.2 Kelas : Tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaranyangmerupakan tempat terpenting yang perlu ada pada institusi Maahad. 1.3 Disiplin : Merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuanuntuk membentuk para pelajar selari dengan kehendakagama, norma-norma masyarakat dan undang-undangsesebuah negara. 1.4 Guru : Guru bermaksud seseorang yang mengajar pelajar-pelajar di dalam sesebuah institusi Maahad. 1.5 Guru Disiplin : Guru yang menjalankan tanggungjawab mendisiplinkanpelajar di sesebuah institusi Maahad. BAHAGIAN PERTAMA


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 1.6 Pelajar : Pelajar bermaksud seseorang yang sedang mengikuti pembelajaran di sesebuah institusi Maahad . 1.7 Penjaga : Penjaga bermaksud keluarga terdekat yang bertanggungjawabterhadap hal ehwal pelajar iaitu ibu dan bapa atau mana-manaorang yang mempunyai kawalan sebenar atau di sisi undang- undang ke atas seseorang pelajar. 1.8 Pengetua/Mudir : Pengetua/Mudir bermaksud seseorang pegawai yang dilantikdalam jawatan demikian bagi sesebuah institusi danyangbertanggungjawab terhadap disiplin pelajar di institusi tersebut dan mempunyai kuasa ke atas warga institusi Maahad. 1.9 Maahad : Maahad bermaksud sesebuah bangunan yang berfungsi untukmemberi pendidikan dan ilmu pengetahuan kepada pelajar dari peringkat awal hafazan sehingga akhir Syahadah. 1.10 Yuran Maahad : Yuran Maahad bermaksud bayaran yang dikutip dari semuawaris/penjaga/ibu bapa pada setiap bulan. 2. MATLAMAT 2.1 Melahirkan generasi Al-Quran yang mengutamakan ingatanhafazan Al-Quran, bertaqwa dan beramal dengan ajaranislam.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 3. TUJUAN 3.1 Matlamat utama penubuhan institusi ini adalah keranauntukmelestarikan golongan cendiakawan yang mencintai AllahS.W.T ,menghafal Al-Quran ,memahami ,mengamalkandanmenyebarkan kalam Allah S.W.T serta untuk merealisasikanmatlamat menjana generasi Rabbani kearah melahirkanamilindan ulama’ muttaqin yang seimbang dari segi mental ,fizikal dan rohani. 4. PELAKSANAAN 4.1 Peraturan ini hanya bagi Maahad Tahfiz Al-QuranDarusSyatibiyyah. 4.2 Pengetua/Mudir diberi kuasa untuk melaksanakan tindakanbagi pelanggaran disiplin bagi kes yang tertentudanbersesuaian. 4.3 Maahad menyediakan kegiatan berjadual dan terancangdengan tujuan untuk mewujudkan suasana pembelajarandaninteraksi harmoni dan tenteram, menimbulkanrasatanggungjawab di kalangan guru dan pelajar sertaibubapa/penjaga dan membentuk disiplin yang teratur yangakanmembawa kesan yang lebih positif. 4.4 Mengadakan perhimpunan di sekolah berkenaan di antaraPengetua/Mudir, guru-guru dan pelajar dengan tujuanuntuk: 4.4-1 Memberi ceramah mengenai disiplin di Maahad; 4.4-2 Memberi nasihat dari segi akhlak bagi penuntut ilmu; 4.4-3 Menyampaikan berita atau maklumat yang pentingmengenai Maahad berkenaan dan sebagainya;


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 4.4-4 Memberi pendedahan tindakan kepada pelajar yangmelakukan pelanggaran disiplin kes ringan/berat untukmemberikan kesedaran dan pengajaran kepada pelajarlain. 4.5 Mengadakan aktiviti-aktiviti seperti: 4.5-1 Perkumpulan pagi/petang; 4.5-2 Muhadhoroh/dewan sekolah; 4.5-3 Sukan; 4.5-4 Kursus bersama Kolej Komuniti; 4.5-5 Gotong-royong; 4.5-6 Kem motivasi; 4.5-7 Kegiatan luar yang merangkumi aspek-aspek jasmani, rohani dan akli; 4.5-8 Studio rakaman. 4.6 Mengadakan mesyuarat-mesyuarat dengan: 4.6-1 Guru-guru; 4.6-2 Kakitangan Maahad; 4.6-3 Ahli-ahli khidmat; 4.6-4 Ketua-ketua lajnah 4.7 Mengadakan hari sambutan/hari guru dan sambutan-sambutanlain.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 4.8 Menyediakan pengurusan hal ehwal pelajar melalui: 4.8-1 Sistem fail persendirian pelajar; 4.8-2 Laporan pelajaran bulanan/penggal dan tahunan; dan4.8-3 Menyediakan borang tindak balas yang mengandungi maklumat hal ehwal diri pelajar. 5. DASAR-DASAR PENDIDIKAN MAAHAD 5.1 Nilai-nilai teras Maahad Tahfiz diantaranya ialah: 5.1-1 Berpegang teguh pada agama; 5.1-2 Berilmu; 5.1-3 berfikir 5.1-4 Rajin; 5.1-5 Berani; 5.1-6 Sentiasa mengejar kecemerlangan; 5.1-7 Berbakti; 5.1-8 Usaha; 5.1-9 Amanah.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah PERATURAN MAAHAD Peraturan Maahad disediakan untuk mengawal tingkah lakupelajarsupaya dapat membentuk pelajar menjadi seorang yang bergunauntukmasyarakat yang berteraskan ajaran-ajaran islamyang murni, agarproses pendidikan dapat berlangsung dengan efektif dan efisienuntukmelahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin. 1. TATATERTIB 1.1 Pelajar hendaklah mengamalkan nilai-nilai IslamberlandaskanAl-Quran dan As-Sunnah. 1.2 Pelajar hendaklah sentiasa patuh kepada peraturan Maahadyang ditetapkan . 1.3 pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat, penyayang dan bertanggungjawab terhadap Maahaddan harta benda di dalamnya. 1.4 Pelajar hendaklah menghindarkan diri daripada pengaruhyang boleh merosakkan diri sendiri dan nama baik Maahad, keluarga, agama, bangsa, negara. 1.5 Pelajar diharamkan sama sekali melakukan perkara-perkaraseperti berikut: 1.6-1 Melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang berunsurseksual (khalwat). 1.6-2 Membawa/menyimpan /mengedar atau menghisaprokok/rokok elektronik (e-cigarette) atauvape/tembakau; BAHAGIAN KEDUA


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 1.6-3 Memugut atau merosakkan harta benda Maahad1.6-4 Memeras ugut, membuli dan berkelahi; 1.6-5 Menjadi ejen/penjual produk komersial dan sebagainyasemasa berada di Maahad; 1.6-6 Keluar tanpa kebenaran dari Maahad ketika waktupembelajaran sedang berjalan atau atas sebab-sebabyang tidak munasabah dan bercanggah denganperaturan Maahad; 1.6-7 Lari dari Maahad; 1.6-8 Melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkanakidah, 1.6-9 Membawa majalah, novel dan buku-buku komik yangberunsur hiburan atau keganasan; 1.6-10 Membawa alat permainan atau alat-alat mediaelektronik ke dalam Maahad; 1.6-11 Menggunakan bahasa isyarat/perkataan-perkataankesat atau lucah; 1.6-12 Membawa masuk atau menggunakan telefonbimbit (mobile phone) di dalam kawasan Maahad; 1.6-13 Membawa pemetik api/mercun/mancis; 1.6-14 Membawa/memiliki atau menampal/mengedar gambaratau mendengar kaset atau menonton video/melayari internet/CD/VCD/DVD lucah dan seumpamanya; 1.6-15 Melakukan sebarang jenis perjudian.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 2. KEDATANGAN KE MAAHAD 2.1 Pelajar dikehendaki hadir ke Maahad pada hari dan waktuyangtelah ditetapkan oleh Maahad dan pada hari tersebut pelajartidak dibenarkan keluar dari Maahad bersendiriankecuali diambil oleh ibu bapa atau wakil keluarganya (denganketerangan) atas sebab-sebab tertentu yang munasabah. 2.2 Pelajar yang tidak dapat hadir ke Maahad kerana sakit atausebab-sebab yang tertentu,ibu bapa/penjaganya mestilahmenulis surat atau memberi makluman kepadapengetua/Mudir dengan menyertakan salinan medical certificate. 2.3 Pelajar hendaklah menandatangani buku keluar/masuk sebelumwaktu Asar. 3. WAKTU BALIK 3.1 Sebelum meninggalkan sekolah pelajar hendaklah memastikansekolah dalam keadaan kemas, bersih dan teratur.Peralatanelektrik hendaklah dimatikan. 3.2 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan dan arahan yangtelahditetapkan oleh Maahad demi menjaga keselamatandankesejahteraan. 3.3 Pelajar hendaklah menandatangani buku keluar/masukMaahad sebelum pulang ke rumah. 3.4 Pelajar tidak dibenarkan pulang, kecuali kenduri kahwin.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 3.5 Bagi pelajar yang ingin pulang atas alasan emergency kematiandibenarkan pulang dengan syarat si mati itu adalahnenek, datuk, ibu, ayah seibu sebapa sahaja.(Setelah si mati telahdikebumikan waris hendaklah menghantar pelajar balikkeMaahad dengan kadar segera). 3.6 Pelajar tidak dibenarkan pulang atas alasan (outing, familyday, ahli keluarga sakit dan lain-lain) 4. WAKTU BELAJAR DAN BERADA DALAM KELAS 4.1 Kelas dimulakan dan berakhir mengikut jadual waktuyangtelah ditetapkan oleh Maahad. 4.2 Doa hendaklah dibaca sebelum memulakan kelas. 4.3 Semasa berada di dalam kelas pelajar mestilah patuhkepadaarahan guru dan bersedia untuk mengikuti pelajaran. 4.4 Pelajar mestilah menjaga ketenteraman kelas masing-masing. 4.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas kecuali mendapat kebenaran guru yang mengajar 4.6 Pelajar ditegah makan dan minum semasa waktu belajar di dalam kelas. 4.7 Ketua kelas ditugaskan menjaga ketenteraman kelas semasaketiadaan guru atas sebab-sebab tertentu. 4.8 Pelajar yang lewat masuk kelas mestilah meminta izinterlebihdahulu untuk belajar dan menyatakan punca kelewatannyakepada guru.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 4.9 Pelajar mestilah menghabiskan hafalan 30 juzu’ selama3tahun. 4.10 Pelajar mestilah menghantar sabaq / tasmi’ (hafazanbaru) setiap hari dengan guru sekurang-kurangnya satu muka. 4.11 Pelajar mestilah menghantar pra-sabaq (ulangan hafazanbaru) setiap hari, sekurang-kurangnya 1 juzuk. 4.12 Pelajar mestilah menghantar mukhta (ulangan lama) setiaphari, sekurang-kurangnya 1 juzuk. 4.13 Setelah tamat 1 juzuk, pelajar mesti menghantar 1juzukpenuh (mukhta khatam), selewat-lewatnya 2 hari. 4.14 Pelajar wajib menghormati Al-Quran. 4.15 Lima minit sebelum tamat kelas, pelajar mestilahmengemaskan, membersihkan kelas dan menutupsuislampu serta kipas selepas digunakan. 4.16 KELAS PERSEDIAAN MALAM 4.16-1 Kelas persediaan malam adalah wajib setiap hari kecuali pada hari Khamis dan Jumaat. 4.16-2 Kelas persediaan adalah bermula seawal jam8:00malamdan berakhir selewat-lewatnya pada jam9:30 malammengikut jadual harian yang telah ditetapkan. 4.16-3 Hanya Al-Quran sahaja yang dibenarkan untuk dibawasemasa waktu kelas persediaan. 4.16-4 Lain-lain aktiviti selain dari menghafal Al-Quran semasakelaspersediaan tidak dibenarkan, kecuali mendapat arahandari Mudir atau guru bertugas.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 4.16-5 Para pelajar diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihankelas yang digunakan. Pelajar tidak dibenarkan membawaatau makan ke dalam dewan. 4.16-6 Pelajar dikehendaki menjaga tatatertib dan ketenteramansemasa di dalam kelas persediaan. 5. WAKTU REHAT 5.1 Pelajar hendaklah beratur ketika menunggu giliran mengambil makanan. 5.2 Pelajar hendaklah membaca doa sebelumdan selepas makan. 5.3 Pelajar hendaklah berkelakuan baik dan tidak berbuat bising. 5.4 Pelajar hendaklah mengamalkan tabiat makan secarasihat sebagaimana yang diaturkan dan menghindari sikapmembazir. 5.5 Pelajar hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihankantin. 5.6 Dilarang bermain di kawasan kantin. 5.7 Dilarang makan di tempat lain melainkan kantin. 5.8 Pelajar ditegah memasukkan sebarang penambah perasakedalam makanan seperti kicap, sos, dan seumpamanya. 5.9 Pelajar perlu mematuhi masa makan. 5.10 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanandanminuman keluar dari kantin . 5.11 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanankedalam asrama.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 5.12 Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan bersih ketika beradadi kantin. 5.13 Menutup aurat semasa makan. 5.14 Penghuni hendaklah menepati masa semasa berada di dewanmakan. 5.15 Dilarang berebut-rebut semasa makan. 5.16 Dilarang bersifat tamak dan mengambil makananyangberlebihan. 5.17 Dilarang membuat bising seperti berteriak-teriak, melagalagakan talam, pinggan mangkuk dan sebagainya. 5.18 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturandewanmakan seperti berikut ; a) Jadual makan adalah sebagaimana di dalamjadual harianpelajar . b) Pelajar -pelajar dilarang berkeliaran di kawasankantinselain dari waktu makan dan dilarang juga masuk kedapur. c) Pinggan , mangkuk , cawan , talam dan lain-lain peralatandapur tidak dibenarkan bawa keluar dari dewan makan. d) Pelajar mesti beratur semasa mengambil makanan. 6. KEBERSIHAN, KEKEMASAN, DISIPLIN PELAJAR 6.1 Pakaian 6.1-1 Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian menutupaurat, kemas dan bersih.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 6.1-2 Pelajar diwajibkan memakai baju yang berwarnaputihdan tidak mempunyai apa-apa corak. 6.1-3 Pelajar dibolehkan memakai pakaian seragamMaahad. 6.1-4 Pelajar diharamkan memakai pakaian berwarna selainbaju putih dan seragam Maahad. 6.1-5 Pelajar diharamkan memakai / membawa topi ataucap di dalam Maahad. 6.1-6 Pelajar hanya dibenarkan memakai seluar panjangdankain pelikat sahaja. 6.1-7 Setiap almari pelajar hendaklah kemas dan teratur. 6.2 Rambut 6.2-1 Rambut pelajar mestilah sentiasa pendek denganukuransatu (mesin potong rambut). 6.2-2 Rambut pelajar mestilah dicukur pada setiap hujungbulan. 6.3 Kebersihan diri 6.3-1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri. 6.3-2 Kuku mestilah pendek dan bersih. 7. PEJABAT PENTADBIRAN MAAHAD 7.1 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalampejabat pentadbiranMaahad kecuali ada urusan tertentu. 7.2 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon setelahmendapat kebenaran daripada pengetua/Mudir.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 8. BILIK GURU 8.1 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalambilik gurukecuali ada urusan tertentu dan mendapat kebenaran daripadasalahseorang guru. 9. BILIK KHAS (STUDIO RAKAMAN/BILIK STOR DAN LAIN-LAIN) 9.1 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke mana-mana bilik khasseperti studio rakaman/ bilik stor dan lain-laintanpakebenaran daripada pengetua/Mudir. 9.2 Pelajar mestilah menjaga keselamatan alatan dan kebersihanbilik khas. 9.3 Pelajar dikehendaki mengganti balik peralatan Maahadyangtelah dirosakkan secara sengaja. 10. SURAU 10.1 Pelajar diwajibkan sembahyang lima waktu secara berjemaahdi surau. 10.2 Pelajar juga diwajibkan (Qiyamullail) berjemaah pada setiaphari di surau. 10.3 Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan kekemasansurau Maahad. 10.4 Surau Maahad hanya boleh digunakan sebagai tempat beribadat dan aktiviti-aktiviti kebajikan. 10.5 Pelajar dilarang tidur/ bising/ bermain di dalamsurau. 10.6 Pelajar dikehendaki berada di dalam surau sebelummasukwaktu solat.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 10.7 Ketua bahagian Ibadah mesti mencatatkan nama pelajar yangtidak hadir untuk solat berjemaah dan aktiviti pada waktuyang ditetapkan. 11. TANDAS 11.1 Pelajar hendaklah memastikan tandas sentiasa berkeadaanbersih selepas menggunakannya. 11.2 Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah di kawasantandas dan di dalam mangkuk tandas. 11.3 Pelajar ditegah menconteng/melukis atau seumpamanyapada dinding dan merosakkan peralatan dalamtandas. 11.4 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan tandas guru. 11.5 Pelajar tidak dibenarkan bergurau atau bermain di dalamtandas 11.6 Pelajar tidak dibenarkan memasuki satu tandas BERDUA. 12. PEMELIHARAAN HARTA BENDA / PERALATAN MAAHAD12.1 Pelajar mestilah menjaga kebersihan Maahaddankawasannya dan menjaga keselamatannya seperti alatan- alatan kebersihan, buku-buku, alat pemadamapi, peralatansukan dan seumpamanya. 12.2 Benda/peralatan yang dipinjamkan kepada pelajar ataudigunakan oleh pelajar hendaklah dijaga dengan cermat. 13. YURAN MAAHAD 13.1 Waris hendaklah membayar yuran atau bayaran lainyangdikenakan oleh pihak Maahad dalamtempohyangditetapkan.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 13.2 Resit rasmi penerimaan pembayaran akan dikeluarkanolehpihak Maahad. 13.3 Jika pembayaran yuran tertunggak melebihi 3 bulan, pelajaran anak akan ditangguh sementara. 13.4 Waris mestilah membayar yuran sebelummemasuki bulanbaru ( contoh: yuran bulan 10, sudah selesai membuatpembayaran di bulan 9). 13.5 Jika pembayaran terlewat 2 bulan, makanan pagi anakakandihentikan. 14. KEGIATAN LUAR MAAHAD 14.1 Pelajar dikehendaki mengikuti programyang dikendalikanoleh Maahad. 14.2 Semasa Program atau lain-lain kegiatan luar Maahad, pelajarhendaklah bersopan santun dan bertatatertib serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 15. LAWATAN-LAWATAN (REHLAH) 15.1 Lawatan hendaklah berkaitan dengan pelajaran, kegiatanluaratau kerjaya pelajar. 15.2 Lawatan seboleh-bolehnya hendaklah tidak menjejaskanwaktu pembelajaran. 15.3 Sebelum mengadakan lawatan, pengetua/Mudir hendaklahmemastikan perkara-perkara berikut: 15.3-1 Mendapat surat kebenaran daripadaibubapa/penjaga pelajar yang menyertai rombongan;


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 15.3-2 Memastikan melantik guru yang bersesuaianmengetuai/mengawas rombongan; dan 15.3-3 Memohon kebenaran daripada pihak berkenaanjikalawatan itu adalah tempat/kawasan yang berisikotinggi yang boleh menjejaskan kesihatandankeselamatan. 16. PELAJAR BERHENTI 16.1 Pelajar yang lari dari Maahad, tidak akan dapat surat berhenti. 16.2 Sebelum berhenti daripada Maahad, segala pembayaranyuran hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelumsurat berhenti dapat diberikan. 16.3 Pelajar berhenti disebabkan faktor tidak berkemampuanmengkhatamkan Al-Quran akan diberi surat berhenti atasperbincangan guru. 16.4 Bagi pelajar yang sudah khatam,Sijil KhatamAl-Quranakandiberikan apabila pelajar sudah mengulang 1 tahun setengahdi Maahad. 17. PENERIMAAN PELAJAR BARU 17.1 Pelajar baru yang diterima ialah pelajar yang telahlulustemuduga. 17.2 Pelajar hendaklah mengisi borang khas yang diperolehi dari pejabat pengetua/Mudir. 17.3 Permohonan untuk kemasukan ke Maahad bolehlahdilakukan sebaik sahaja siaran atau poster pemberitahuandikeluarkan oleh pihak Maahad.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 17.4 Pelajar yang tidak lulus ujian temuduga atau memohonselepas tarikh tutup temuduga adalah tidak layak untukditerima. 17.5 Pihak Maahad tidak menerima mana-mana bekas pelajar dari Maahad-Maahad lain. 17.6 Syarat-syarat kemasukan: 17.6-1 Pelajar lelaki sahaja 17.6-2 Permohonan mestilah berumur 10 hingga 13 tahun17.6-3 Jarak dari rumah ke Maahad melebihi 10 KM17.6-4 Berminat untuk menghafal Al-Quran (bukan paksaan) 17.6-5 Sudah menghafal juzuk 30 (juz’ Amma) 17.6-6 Boleh menulis jawi dan rumi 17.6-7 Komitmen untuk menghabiskan hafazan 17.6-8 Menjadikan Maahad ini sebagai institusi pilihanyangpertama, bukan yang kedua 17.6-9 Waris sedia mengikuti disiplin yang ditetapkan17.6-10 Sihat tubuh badan (tidak ada penyakit) 17.6-11 Berakhlak baik dan lulus temuduga khas 18. UJIAN DAN PEPERIKSAAN 18.1 Pelajar dikehendaki menduduki ujian peperiksaanyangditetapkan. 18.2 Peraturan peperiksaan adalah merujuk kepada peraturanpeperiksaan yang dikeluarkan oleh pihak Maahad. 19. WAKTU LAWATAN IBU BAPA / PENJAGA DENGAN MAAHAD19.1 Ibu bapa/penjaga adalah digalakkan berjumpa/berbincangdengan pengetua/Mudir mengenai hal ehwal anak mereka. 19.2 Ibu bapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan anak merekasemasa belajar mestilah terlebih dahulu mendapatkankebenaran daripada pengetua/Mudir/guru.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 19.3 Ibu bapa/penjaga yang menerima panggilan dari pihakMaahad hendaklah hadir berjumpa pengetua/Mudir. 19.4 Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan melawat anak merekasebulan sekali sahaja. 19.5 Ibu bapa atau penjaga boleh berjumpa dengan anak masing–masing pada waktu – waktu berikut :( dari jam10.00pagi hingga 4.00 petang) . 19.6 Perjumpaan dan perbualan hendaklah diadakan di kawasanasrama. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan samasekali masuk ke bilik tidur pelajar. 19.6 Pihak sekolah berhak melarang mana–mana pelawat untukberjumpa dengan pelajar tanpa memberi sebarang sebab. 19.7 Lawatan di luar waktu boleh dipertimbangkan jika ibubapasendiri berjumpa dengan Mudir, Guru Disiplin atau wakilnya. 19.8 Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa pulang anaknyakecuali pada hari cuti sekolah dan hari – hari yang ditetapkanoleh pihak sekolah. 19.9 Semasa lawatan, ibu bapa atau penjaga diingatkansupayatidak meletakkan kenderaan masing – masing di hadapan/ di belakang asrama kecuali dibenarkan oleh pihak sekolah. 19.10 Ibu bapa/waris yang datang melawat hendaklah berpakaiansopan bersesuaian dengan suasana persekitaran di MaahadTahfiz. 19.11 Pelajar diharamkan bermain telefon bimbit semasa melawat sama ada telefon ibubapa atau sendiri.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 20. ASRAMA 20.1 Setiap asrama hendaklah berada dalamkeadaanbersih, kemas dan teratur. 20.2 Pelajar perlulah menjaga kebersihan asrama setiap masa. 20.3 Pelajar perlulah mengamalkan penjimatan tenaga elektrik. 20.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa tetamu/orang luar keasrama. 20.5 Pelajar diharamkan tidur bersama (satu katil dua orang). 20.6 Pelajar dilarang bermain dan menjalankan aktiviti sukandalam asrama. 20.7 Pelajar hendaklah memastikan katil dan almari dalamkeadaan kemas. 20.8 Pelajar dilarang membawa/memasuki pakaian di dalamasrama. 20.9 Pelajar diwajibkan untuk menutup aurat di dalamasrama. 20.10 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan rapi setiaphari. Kain selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujungkatil. Kain cadar / sarung bantal berwarna putih hendaklahsentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. 20.11 Pelajar tidak dibenarkan mengubah katil, almari ataubaranglain dan alatan asrama mengikut sesuka hati. 20.12 Pelajar dikehendaki berada di tempat tidur selewat-lewatnyapada pukul 11:30 malam. 20.13 Lampu / kipas hendaklah dimatikan ketika meninggalkanasrama.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 20.14 Operasi membersih asrama hendaklah diadakan padatiap- tiap hari atau pada bila-bila masa yang diperlukan. KetuaAsrama hendaklah memastikan semua penghuni mengambil bahagian. 20.15 PEMERIKSAAN ASRAMA 20.15-1 Pemeriksaan pada setiap hari kelas dijalankan olehKetuaAsrama sebelum Subuh untuk memastikan tempat tidurpelajar dalam keadaan kemas dan bersih. 20.15-2 Pemeriksaan pada setiap hari kelas hendaklah dijalankanoleh guru bertugas memastikan : (a) kebersihan kamar pelajar (b) kebersihan asrama (c) setiap pelajar mempunyai peralatan peribadi yanglengkap 20.15-3 Pemeriksaan mengejut akan dilakukan olehgurubertugas sekiranya perlu. 20.15-4 Ketua Asrama perlu mengunci asrama apabila pelajarlain pergi ke kelas atau menghadiri kegiatan – kegiatantertentu yang lain dan kunci asrama hendaklahdiserahkan kepada guru bertugas. 21. KETUA-KETUA LAJNAH DAN PEMIMPIN PELAJAR 21.1 Pelantikan dan pemilihan Pemimpin Pelajar akandibuat oleh Mudir dengan kerjasama guru-guru. 21.2 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannyaberterusan tetapi Mudir dan guru-guru bolehmenyingkirkan seseorang itu dari Badan PemimpinPelajarsekiranya perlu. 21.3 Mudir ada kuasa membuat pindaan dalamperlembagaanitu.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 21.4 Sifat-sifat Kelayakan : 21.5 Untuk dilantik sebagai seorang pemimpin pelajar, seorangpelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuanyangelok di samping prestasi tahfiz yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan Maahad. 21.6 Lain-lain kelayakan 21.1-1 Bertanggungjawab dengan sepenuhnya . 21.1-2 Berwibawa dan bekerjasama . 21.1-3 Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan. 21.1-4 Jujur dan beretika . 21.1-5 Menepati masa . 21.2 Tugas-tugas pemimpin pelajar (a) Mereka hendaklah membantu Jawatankuasa tatatertibMaahad untuk mengekalkan suasana yang baik semasabelajar, semasa rehat, di asrama, di kantin dan setiapmasaserta menentukan peraturan-peraturan Maahad dipatuhi. (b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda Maahaddi semua kawasan Maahad. Mereka juga mesti menolong pihakMaahad menjaga kebersihan kelas, asrama, kantin danseluruh kawasan Maahad. (d) Semasa menjalankan tugas, ketua-ketua patut bersikaptegastetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Merekatidakboleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjagakeharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggarperaturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaranketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru LembagaDisiplin.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 22. AMPAIAN 22.1 Pelajar perlu menjemur baju dengan sempurna. 22.2 Pelajar perlu menjemur baju menggunakan penyangkut baju. 22.3 Pelajar perlulah mengangkat baju apabila kering. 22.4 Pelajar dibenarkan mencuci pakaian mengikut waktu yangditentukan sahaja. 23. BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH 23.1 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan baldi di merata-ratatempat. Baldi hendaklah disimpan di tempat yang disediakan. 23.2 Paip-paip yang digunakan hendaklah ditutup rapat selepasdigunakan walaupun pada masa ketiadaan air. 23.3 Jangan membuang pembalut sabun, sisa makanandansebagainya di merata-rata tempat. Gunakan tong sampahyang disediakan. 24. BARANG PERSENDIRIAN 24.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga barang milikpersendirian. 24.2 Buku-buku persendirian, pakaian atau apa-apa juga baranganhak milik pelajar hendaklah ditulis nama dan dijaga dengancermat dan sempurna. 24.3 Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkandi dalam kelas, asrama atau tempat-tempat yang terdedah. Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyakRM10.00 pada setiap hari. Wang selebihnya hendaklah disimpanoleh guru.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 24.4 Sebarang wang atau benda-benda lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada ketua-ketua lajnah, gurudisiplin, guru bertugas harian atau ahli khidmat untukdiumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah JENIS KESALAHAN DAN TATACARA TINDAKAN MAAHAD 1. PENDAHULUAN 1.1 Kesalahan ialah bermaksud perbuatan atau tingkahlakupelajar yang bercanggah dengan tata kelakuanyangditerima umum atau melakukan tingkah laku yang dilarangsecara nyata dalam peraturan Maahad. 1.2 Jenis-jenis kesalahan mengandungi kesalahan ringandanberat. 1.3 Tindakan ialah sesuatu yang dilakukan atau perbuatanyangdilaksanakan untuk mengatasi sesuatu kesalahan. 2. PERLAKSANAAN TINDAKAN 2.1 Perlaksanaan tindakan atas jenis kesalahan pelajar akandikenakan hukuman daripada pihak Maahad. 2.2 Perlaksanaan tindakan akan dipertimbangkanolehpengetua/Mudir atas jenis kesalahan. 3. TATACARA TINDAKAN KESALAHAN 3.1 Pengakuan diri pelajar. 3.2 Diberi nasihat. 3.3 Dicatit di dalam fail peribadi pelajar 3.4 Memberi amaran secara bertulis kepada ibu bapa/penjagapelajar. 3.5 Menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar. 3.6 Tindakan seterusnya tertakluk kepada kesesuaian kesalahanyang dilakukan. BAHAGIAN KETIGA


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 4. KESALAHAN RINGAN 4.1 Bermain di dalam kelas, koridor atau kawasan yang dilarang. 4.2 Keluar dari kelas tanpa kebenaran Mudir atau guru. 4.3 Pelajar dilarang berada di kantin pada waktu pembelajaran. 4.4 Memasuki bilik khas (studio rakaman, bilik stor) tanpakebenaran. 4.5 Makan dan minum di dalam kelas. 4.6 Melakukan pembaziran air dan elektrik. 4.7 Memakai pakaian selain dari baju putih atau seragamsekolah. 4.8 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran(tidakmembawa buku, tidak membuat latihan, tidak memberi perhatian, tidur dalam kelas dan lain-lain). 4.9 Lewat bergerak ke kelas/dewan/surau. 4.10 Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 4.11 Mengganggu kawan/guru. 4.12 Berada dalam kawasan larangan. 4.13 Pergi ke tandas pada waktu pembelajaran. 4.14 Membuang sampah merata-rata. 4.15 Meludah merata-rata. 4.16 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi egenperniagaan tanpa kebenaran pihak Maahad. 4.17 Tidak menghantar sabaq / pra sabaq / mukhta. 4.18 Kesalahan lain yang ditentukan oleh Mudir. 5. KESALAHAN SEDERHANA 5.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana tiga kali. 5.2 Penyalahgunaan/menggunakan peralatan/sumber bekalanelektrik Maahad tanpa kebenaran. 5.3 Keluar dari kawasan Maahad tanpa kebenaran. 5.4 Fesyen rambut yang keterlaluan. 5.5 Menconteng pada harta benda Maahad. 5.6 Gagal solat berjemaah dan solat masbuq.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 6. KESALAHAN BERAT 6.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 6.2 Membawa, menyimpan, menghisap rokok atau vape. 6.3 Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan. 6.4 Melawan, mengancam, memukul, mengugut mencederakanpelajar lain 6.5 Biadab terhadap guru. 6.6 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadappelajarlain. 6.7 Mencuri, merompak, memecah masuk dan mencerobohkawasan larangan. 6.8 Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 6.9 Merosakkan harta benda Maahad. 6.10 Membawa telefon bimbit, MP3 dan alat elektronik yanglain. 6.11 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan asramatanpakebenaran Mudir atau wakilnya. 6.12 Mengganggu/menjejaskan kuasa Mudir ataau guruyangmenjalankan tugas. 6.13 Tidak menjaga aurat serta berpakaian kurang sopan. 6.14 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 6.15 Melakukan hubungan yang dicurigai. 6.16 Melakukan hubungan seksual (khalwat). 6.17 Lari dari Maahad. 7. TINGKAH LAKU JENAYAH 7.1 Mendera dan mencederakan. 7.2 Bertindak ganas dan mencederakan. 7.3 Memeras ugut. 7.4 Bergaduh. 7.5 Mencuri. 7.6 Menipu atau memperdayakan. 7.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar. 7.8 Khalwat. 7.9 Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 8. TINGKAH LAKU LUCAH 8.1 Mencarut. 8.2 Berdua-duaan. 8.3 Becumbu-cumbuan. 8.4 Melihat/membaca bahan lucah. 8.5 Melukis/menulis bahan lucah. 8.6 Menyimpan/meminjamkan bahan lucah. 8.7 Bersubahat dalam perbuatan lucah. 9. TINGKAH LAKU ANTI-SOSIAL 9.1 Tidak mahu bergaul. 9.2 Merosakkan harta benda pelajar/madrasah. 9.3 Membuat bising. 9.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal. 9.5 Mengganggu pelajar lain. 9.6 Menulis dan menconteng bangunan. 9.7 Membuang sampah merata-merata. 9.8 Mendendam/hasad dengki/cemburu. 9.9 Memaki hamun. 9.10 Sombong, bongkak dan biadap. 10. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR 10.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan. 10.2 Bercakap bohong. 10.3 Menganiaya sesama rakan. 10.4 Tidak amanah. 10.5 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. 10.6 Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab. 10.7 Berdolak-dalik. 10.8 Membuat kerja tanpa keikhlasan diri 11. TINGKAH LAKU TIDAK SOPAN 11.1 Berbahasa kasar


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah 11.2 Tidak menghormati guru. 11.3 Menghisap rokok. 11.4 Berambut panjang. 11.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. 11.6 Lalai dan cuai terhadap pelajaran. 11.7 Mempermain/memperlekehkan guru. 11.8 Selalu lewat 11.9 Suka bertengkar. 11.10 Pakaian tidak sesuai. 12. I’QAB (HUKUMAN) BAGI KESALAHAN KECIL 12.1 Nasihat. 12.2 Mengaji waktu rehat(lancarkan) dan pastikan dihantar. 12.3 Solat sunat 4 rakaat (dipantau). 12.4 Mengaji waktu cuti hujung minggu. 12.5 Cukur rambut. 12.6 Berdiri sehingga dibenarkan duduk. 12.7 Tulis jawi 30 ayat dan rumi 30 ayat. 12.8 Khidmat Maahad. 12.9 Minta maaf kepada yang berkenaan. 12.10 Pulangkan / ganti rugi. 12.11 Puasa 1 hari / 2 rotan. 12.12 Rampas barang larangan BAGI KESALAHAN SEDERHANA 12.13 Bincang masalah dengan ibu bapa. 12.14 Puasa seminggu dan tidak boleh balik rumah. 12.15 Solat taubat 4 rakaat / 2 rotan. BAGI KESALAHAN BERAT 12.16 Bincang masalah dengan ibu bapa. 12.17 Gantung sesi persekolahan. 12.18 Dibuang Maahad.


Buku Panduan Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah PENUNTUP Mana-mana peraturan yang tidak terkandung di dalambukuini, pengetua/Mudir adalah diberi kuasa untuk melaksanakan tindakanmengikut kebijaksanaan serta bersesuaian dengan kesalahan yangtelahdilakukan oleh para pelajar. PENGAKUAN SETIA PELAJAR Bahawasanya saya …………………………………….............................................................................. pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah telah membaca dan memahami segalaperaturan Maahad ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan- peraturan Maahad dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakanolehpihak Maahad jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan pelajar, ............................................ ( ) PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya ………………………………...................................…… ibu bapa / penjagapelajar yang bernama…………………………….................................................... yangbelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah telah membaca danmemahami segala peraturan Maahad ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihakMaahad untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan- peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga …………………………………….................... ( )


Click to View FlipBook Version