The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hajijahhalim7, 2022-05-25 05:43:12

KK PP SYAZANA 1

KK PP SYAZANA 1

020528120560
KAJIAN TENTANG CIRI, PERANAN DAN CABARAN USAHAWAN
DALAM MENGURUSKAN PERNIAGAAN RESTAURAN DAYANG CAFE DI

TELUK LIKAS, SABAH.
ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan dengan sebuah perniagaan makanan yang berpusat di
Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Namun, bagi memudahkan pencarian maklumat,
pengkaji memilih perniagaan Restauran Dayang Cafe yang merupakan salah sebuah
perniagaan yang terdapat di Teluk, Likas sebagai tajuk kajian. Pengkaji menjalankan
kajian ini berdasarkan empat objektif kajian iaitu, mengkaji ciri-ciri usahawan berjaya
yang terdiri daripada sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan ciri orang efektif (tabii
orang berjaya) menurut Stephen Covey, mengkaji bagaimana usahawan memulakan
dan menjalankan perniagaan, dari segi kaedah dan pembiayaan, mengkaji peranan
usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi serta mengkaji
cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam perniagaan dari aspek persekitaran
dalaman (tugas) dan persekitaran luaran (umum). Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan data primer dan data sekunder untuk mendapatkan maklumat lebih
dalam berkaitan dengan tajuk tersebut. Dengan pembukaan Restauran Dayang Cafe di
Teluk Likas dapat meningkatkan keuntungan mereka dan dapat mengekalkan
kedudukan sebagai pengeluar makanan. Selain itu, dengan adanya makanan-makanan
baharu yang sentiasa memenuhi pasaran, Restauran Dayang Cafe yakin bahawa
perkhidmatan penyediaan makanan ini akan mendapat sambutan yang ramai. Mereka
percaya bahawa dengan pembukaan Restauran Dayang Cafe di Teluk Likas ini dapat
memajukan ekonomi negara.

I

020528120560

ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN MUKA
SURAT
Abstrak
Isi Kandungan I
Penghargaan II-III
1.0 Pengenalan IV-V
2.0 Objektif Kajian 1-3
3.0 Latar Belakang Kajian
4.0 Kaedah Kajian 4
5-8
4.1 Data Primer 9-11
4.1.1 Pemerhatian
4.1.2 Temu bual
4.2 Data Sekunder

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 12-23

5.1 Mengkaji ciri-ciri usahawan yang terdiri
daripada sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan
ciri orang yang efektif (tabii orang berjaya)
menurut Stephen Covey.

5.2 Mengkaji bagaimana usahawan memulakan
dan menjalankan kajian perniagaan dari segi
kaedah dan pembiayaan.

5.3 Mengkaji peranan usahawan dalam
melaksanakan fungsi pengurusan perancangan dan
kepimpinan dalam organisasi.

II

020528120560

5.4 Mengkaji cabaran dalam perniagaan dari
aspek persekitaran dalaman (tugas) dan
persekitaran luaran (umum).

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 24-25
7.0 Rujukan 26-27
8.0 Lampiran

III

020528120560

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengungkapkan rasa syukur saya kepada Allah SWT
kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan kerja kursus
mata pelajaran Pengajian Perniagaan yang diberikan kepada saya dengan jayanya.
Setersunya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah
SMK SANZAC khususnya kepada Pengetua SMK SANZAC iaitu Encik Ajmal Bin
Haji Jumah dan juga Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu Tuan Sofizul Anizam
bin Yusof kerana telah memberi sokongan dan juga dorongan kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini.

Sepanjang dalam usaha untuk menyelesaikan dan menjayakan kerja kursus ini, saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik
Mohamad Noor Sham bin Abdul Halim selaku guru bagi mata pelajaran Pengajian
Perniagaan yang sentiasa meluangkan masa mereka dalam memberi tunjuk ajar dan
juga bimbingan kepada saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini walaupun dalam
pelbagai halangan yang telah dihadapi iaitu sepanjang masa pandemik yang dikenali
sebagai COVID-19 yang telah membawa banyak kesan dalam kehidupan terutama
sekali dalam sektor pendidikan. Namun walaubagaimanapun, beliau tetap gigih dalam
memberi bimbingan tanpa mengenal erti rasa jemu.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada dua orang
insan yang sangat memberi makna dalam hidup saya iaitu bapa saya, Mohammad bin
Salmani dan juga ibu saya, Hajijah binti Halim kerana sentiasa memberikan sokongan
agar tidak berputus asa menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa membantu saya dengan
memberikan nasihat dan pandangan untuk sentiasa semangat dalam meneruskan kerja

IV

020528120560
kursus ini. Saya tujukan penghargaan ini kepada seluruh rakan di Pusat Tingkatan
Enam SMK SANZAC kerana sudi membantu saya dan sentiasa menasihati saya.
Tidak ketinggalan juga pengucapan seikhlas tulus terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan
kerja kursus ini.

V

020528120560

1.0 Pengenalan

Perkataan ‘Usahawan’ diambil daripada perkataan ‘entreprendre’ dalam bahasa
Perancis yang membawa maksud individu yang berada dalam kedudukan antara
seorang pembekal dengan seorang pengguna. Selain itu, usahawan merupakan
individu yang terlibat dalam sesebuah perniagaan dimana seseorang itu membuat,
menjual atau berdagang sesuatu barang atau perkhidmatan. Tambahan pula, usahawan
juga merupakan pemilik tunggal bagi sesebuah syarikat dan telah bertapak disesebuah
kawasan. Usahawan juga boleh melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan
(inovatif), mewujudkan pasaran baharu atau kaedah pemasaran yang baharu, sanggup
menghadapi risiko dan sentiasa berusaha untuk menjayakan perniagaannya ke tahap
yang lebih baik supaya usahawan dapat memaksimumkan keuntungan yang boleh
diperoleh.

Restauran mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan tempat permis
tetap, kita hanya perlu memesan diluar rumah dan membayarnya. Restauran telah
wujud dari zaman purba lagi yang bermula pada tahun 1100 masihi di Cina yang
melibatkan dua kota iaitu Kaifeng (utara) dan Hangzhou (selatan) yang mempunyai
permintaan yang tinggi dari para pedagang. Banyak para pedagang dari utara yang
datang keselatan untuk merasai hidangan yang ada disana, begitu juga disebaliknya
yang dilakukan oleh orang selatan. Restauran moden pula berkembang di Perancis
dan berkembang di seluruh dunia. Hasil penubuhan ini restauran dapat menjalankan
perniagaan dimana makanan dan minuman ditawarkan kepada pelanggan untuk
dibayar sekaligus menikmati hidangan pilihan mereka. Era ini restauran boleh
menjadi ruang yang mewah dan mengikut protokol yang cekap serta ruang yang lebih
santai untuk pelanggan dan pelbagai kemudahan yang disediakan dan menjadi tempat
yang selesa untuk para pelanggan menjamu selera di restauran yang telah ada pada
abad ini sebagai contohnya golongan muda terutamanya para pelajar sering
melakukan tugasan mereka di kedai makan seperti cafe. Hal ini kerana banyak tarikan
yang telah dibuat oleh perniagaan restauran makanan seperti WiFi, muzik yang

1

020528120560

menjadikan suasana lebih tenang sambil menikmati makanan yang dihidangkan.
Selain itu, golongan yang berumur terutamanya lelaki sering mengunjungi tempat
makanan seperti Kedai Mamak kerana kawasan yang umum dan hidangan makanan
yang banyak dan murah, mereka sering ke sana untuk menonton bola bersama
rakan-rakan mereka. Tarikan seperti ini juga dapat membuahkan hasil pendapatan
yang banyak kepada pemilik kedai.

Perkembangan industri restauran masih menjadi salah satu faktor penting dalam
meningkatkan pendapatan nasional. Hal ini dapat dilihat dengan pembukaan
perniagaan restauran dan hotel yang secara konsisiten . Antara faktor penting yang
mempengaruhi perkembangan industri restauran adala gaya hidup, inovasi, kualiti
pemimpin dan juga disebabkan oleh trend terkini.

Seterusnya, indsutri makanan segera juga dapat memberikan peluang pekerjaan
kepada masyarakat dan mengurangkan pengangguran terutamanya anak muda yang
telah tamat persekolahan. Contohnya ialah, KFC, McDonald, Burger King dan
lain-lain lagi. Perniagaan bagi industri makanan segera ini dapat meningkatkan
ekonomi negara. Oleh sebab itu, perniagaan restauran merupakan salah satu industri
perkhidmatan yang penting di negara ini. Petumbuhan jumlah restauran adalah selari
dengan perkembangan pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini dikatakan demikian
kerana restauran merupakan perniagaan yang amat penting kepada rakyat. Dengan
adanya khidmat restauran makanan, rakyat dapat menjamu selera sekaligus perusaha
resutauran mendapat keuntungan yang banyak untuk diri sendiri.

Perusahaan restauran pada abad ini semakin berkembang dan maju dari segi usaha
yang dilakukan oleh setiap peniaga untuk memastikan perniagaan mereka
berkembang dengan baik, pelbagai tema dan dekorasi yang dilakukan oleh setiap
pemilik untuk menjadi tatapan umum termasuklah tarikan pelanggan untuk datang
mengunjungi restauran mereka. Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah kajian
tentang ciri-ciri, peranan serta cabaran dalam menguruskan perniagaan Restauran

2

020528120560
Dayang Cafe. Perniagaan ini diusahakan oleh Puan Dayang Mariam binti Haji Awang
Nuddin dan merupakan perniagaan restauran atau kedai makan. Pengkaji memilih
usahawan ini kerana ingin memperoleh lebih mendalam berkaitan dengan perniagaan
yang dijalankan oleh beliau ini.

3

020528120560

2.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan oleh pengkaji untuk mencapai empat objektif utama berkaitan
ciri, peranan dan cabaran usahawan dalam menguruskan perniagaan Restauran
Dayang Cafe iaitu :

2.1 Mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang terdiri daripada sifat-sifat peribadi
usahawan berjaya dan ciri orang yang efektif (tabii orang yang berjaya) menurut
Stephen Covey.

2.2 Mengkaji bagaimana usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dari segi
kaedah dan pembiayaan.

2.3 Mengkaji peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan perancangan
dan kepimpinan dalam organisasi.

2.4 Mengkaji cabaran dalam perniagaan dari aspek persekitaran tugas (dalaman) dan
persekitaran umum (luaran).

4

020528120560

3.0 Latar belakang

Usahawan merupakan peneraju kepada ekonomi sesebuah negara. Usahawan
memainkan peranan penting terhadap pembangunan sasioekonomi masyarakat dan
kemajuan ekonomi negara bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur,
maju dan sejahtera. Usahawan berperanan membantu menjana idea-idea baharu,
mencari peluang-peluang perniagaan baharu dan menanggung risiko yang mungkin
dihadapi oleh perniagaannya. Pada masa yang sama, usahawan-usahawan juga
berperanan memberi peluang pekerjaan kepada semua jenis lapisan masyarakat
menjalankan tanggungjawab sosial dan membantu meransang pertumbuhan ekonomi
negara agar menjadi lebih berdaya saing dan maju pada masa hadapan. Antara ciri
atau sifat yang dimiliki oleh usahawan ialah mempunyai inisiatif yang tinggi, berani
mengambil risiko, kreatif, inovatif, sanggup berkorban, sentiasa mencari dan merebut
peluang perniagaan, mempunyai keyakinan diri, berorientasikan masa hadapan,
sanggup bekerja kuat, bertanggungjwab, kepimpinan, mempunyai wawasan,
berkeinginan untuk pencapaian, dan akhir sekali lokus kawalan.

Secara umumnya, usahawan boleh menggunakan empat kaedah untuk memulakan
perniagaannya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor tertentu perlu
dipertimbangkan oleh usahawan semasa memilih kaedah memulakan perniagaan yang
paling sesuai. Antara kaedahnya ialah memulakan perniagaan sendiri, mengambil alih
perniagaan sedia ada, kaedah francais,dan pakatan strategik. Menurut Kuratko dan
Hodgetts (1995), keusahawanan melibatkan penciptaan usaha niaga baharu melalui
empat demensi utama yang melibatkan induvidu, organisasi, persekitaran dan proses
serta dibantu oleh suatu rangka kerjasama yang komprehensif yang terdiri daripada
pihak kerajaan, institusi pendidikan dan institusi-institusi lain yang berkaitan. Jeffrey
A. Thomas, iaitu profesor dalam bidang keusahawanan telah mendefinisikan
keusahawanan sebagai tindakan kreatif menusia membagunkan sesuatu yang bernilai
daripada sesuatu yang tidak bernilai. Hal ini bermakna seseorang usahawan akan
berusaha untuk merebut peluang perniagaan melalui pelbagai cara tanpa
menghiraukan masalah-masalah yang mungkin bakal dihadapainya.

5

020528120560

Sejarah Restauran Dayang Café ini diberi nama bersempena nama pemilik kedai iaitu
Dayang Mariam binti Haji Nuddin. Restauran ini ditubuhkan pada tahun 2000.
Sebelum restauran Dayang Café ini ditubuhkan beliau bermula berniaga ketika
berumur 19 tahun di pasar malam untuk menolong kedua ibu bapanya menjual
hidangan makanan di pasar malam Sembulan Kota Kinabalu. Beliau mula menceburi
dalam bidang urusan perniagaan ketika lepasan sekolah, beliau mengambil keputusan
untuk bekerja selepas tamat persekolahan .Mengapa beliau ingin menceburi bidang
perniagaan terutamanya menjual makanan adalah kerana beliau minat dalam bidang
memasak dan jual beli.Selain itu, Puan Dayang Mariam bermula menubuhkan
Restauran Dayang Café di Karamunsing Kota Kinabalu dengan menyewa tapak
kawasan disana untuk meneruskan menjual makanan yang dimasak sendiri oleh
beliau dan hanya keluaraga beliau sahaja sebagai pekerja untuk melayan pelanggan
yang datang mengunjungi restauran beliau , dan hanya beberapa orang yang sahaja
yang datang membeli makanan di restauran Dayang ketika itu kerana baru dibina dan
tidak diwar-warkan lagi kepada orang ramai. Tetapi itu bukanlah penghalang untuk
beliau berhenti mengurus Restauran Dayang Café ini, hal ini kerana beliau berupaya
untuk menarik perhatian pelanggan dengan menjemput rakan-rakannya yang rapat
dulu untuk datang dan meminta rakan-rakan beliau untuk mewar-warkan kepada
orang ramai bahawa ia baru sahaja membuka kedai makan dan menjemput lebih ramai
yang datang ke restauran beliau.

Hari makin hari perkembangan Restauran berkembang dan mempunyai ramai
pelanggan sepanjang berniaga, rezeki yang dikurniakan membantu Puan Dayang
Mariam memindahkan restaurannya di kawasan yang lebih strategik untuk menarik
pelanggan datang ke Teluk Likas, Kota Kinabalu, disinilah tempat terakhir Restauran
Dayang Cafe berkhidmat dalam perniagaan Puan Dayang hingga tahun 2015. Hal ini
dikatakan demikian kerana kawasan yang dipilih terdapat banyak kemudahan dan
menjadi tempat umum yang mempunyai ramai penduduk. Terdapat sekolah yang
berdekatan iaitu S.M All Saints, All Saints Secondary School, Madrasah Waqaf
Islamiah dan kawasan tempat bekerja dan mampu menarik orang ramai datang ke

6

020528120560

restauran ini. Dan terdapat juga yang menjadi pelanggan yang tetap kerana sering
membeli makan di kedai restauran Dayang Cafe ini. Apabila ramai pelanggan yang
datang, beliau terpaksa meminta bantuan anak-anaknya dalam mengurus restauran ini
sebagai pekerja kerana beliau belum mempercayai orang lain untuk bekerja dengaan
dan takut hidangan yang dimasak oleh orang lain tidak menepati cita rasa pelanggan.
Oleh itu, hanya kalangan keluarga sahaja yang menjadi pekerja di restauran Dayang
Cafe seperti melayan, memasak, mencuci pinggan mangkuk, membersih dan beliau
mengurus wang di kaunter makanan. Apabila anak-anaknya beranjak dewasa dan
mempunyai keluarga sendiri barulah Puan Dayang menerima pekerja dari orang luar
untuk bekerja dengannya. Disinilah baru bermualanya jatuh bangun, kerugian dan
keuntungan yang dialami oleh Puan Dayang Mariam untuk mengurus perniagaan
restauran beliau agak kekal momentum.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji sifat-sifat keusahawanan yang terdapat
dalam diri usahawan. Menurut Teks STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2 (PERNIAGAAN ) oleh Shanthi Subramaniam dan Mah boon Kiet,
berikut adalah sifat-sifat yang ada dalam diri seorang usahawan iaitu mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, bijak mengambil peluang, mempunyai inisiatif yang tinggi,
berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, sanggup berkorban, sentiasa mencari dan
merebut peluang perniagaan, berorientasikan masa depan, bekerja kuat,
bertanggungjawab, kepimpinan, wawasan, berkeinginan untuk pencapaian dan lokus
kawalan.

Dalam kajian ini juga pengkaji ini mengkaji tabii orang yang berjaya berdasarkan
Stephen Covey. Stephen Covey mengatakan bahawa terdapat 17 ciri orang efektif
(tabii orang yang berjaya). 17 ciri tersebut ialah poraktif, berorientasikan matlamat,
berfikiran menang-menang (win-win situation), bersinergi, lakukan perkara utama
dahulu, cuba memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami dan tajamkan gergaji.
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji 2 ciri orang yang efektif (tabii orang yang
berjaya) iaitu proaktif dan juga tajamkan gergaji.

7

020528120560
Selain itu, terdapat empat kaedah yang boleh digunakan oleh seorang usahawan untuk
memulakan dan menjalankan perniagaan iaitu dengan memulakan perniagaan sendiri,
mengambil alih perniagaan sedia ada, kaedah Francais dan juga pakatan strategik.
Dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji kaedah memulakan perniagaan sendiri yang
digunakan oleh usahawan untuk memulakan dan menjalankan perniagaan dan
pembiayaan simpanan sendiri oleh usahawan.

Menurut Teks STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN) oleh Shanthi
Subramaniam dan Mah Boon Kiet, fungsi pengurusan meliputi empat fungsi utama
iaitu Perancangan (Planning), Pengorganisasian (Organizing), Kepimpinan (Leading)
dan Pengawalan (Controlling). Untuk kajian ini, pengkaji ingin mengkaji 2 fungsi
pengurusan iaitu Perancangan (Planning) dan Kepimpinan (Leading).

Terdapat 2 jenis persekitaran perniagaan iaitu Persekitaran Dalaman (tugas) dan juga
Persekitaran Luaran (umum). Persekitaran Dalaman (tugas) terdiri daripada
persekitaran pelanggan, persekitaran pesaing, persekitaran pemodal, persekitaran
pembekal, persekitaran pekerja dan persekitaran kerajaan. Manakala Persekitaran
Luaran (umum) pula terdiri daripada persekitaran ekonomi, persekitaran persaingan
dan jaringan, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan perundangan,
persekitaran teknologi dan juga prasana. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji
dua cabaran persekitaran dalaman (tugas) iaitu pelanggan dan pekerja serta dua
cabaran persekitaran luaran (umum) iaitu persaingan dan jaringan dan teknologi.

8

020528120560

4.0 Kaedah Kajian

Menurut Penerbit Universiti Sains Malaysia daripada Konsep Asas Penyelidikan dan
Statistikdalam Praktis Kesihatan, Izham Ibrahim (2004), kaedah kajian ialah sebarang
aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Kajian
dilaksanakan untuk mengembangkan ilmu, menguji teori atau mendapatkan maklumat
baru tentang sesuatu topik. Seterusnya, menurut Webster New World Dictionary,
pengertian data adalah ‘things known’ atau ‘assumed’, yang bererti bahawa data itu
sesuatu yang diketahui atau dianggap. Diketahui ertinya yang sudah terjadi
merupakan fakta (bukti). Data dapat memberikan gambaran tentang suatu keadaan
atau persoalan. Data juga didefinisikan sebagai sekumpulan informasi atau nilai yang
diperoleh dari pemerhatian sesuatu objek. Data yang baik adalah data
yang boleh dipercayai kebenarannya, dan tepat waktu. Data terbahagi kepada dua
jenis iaitu, data primer dan data sekunder.

4.1 Data Primer

Menurut Yusof (2003) data primer adalah data yang berasal dari sumber asli yang
dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Data-data ini dikumpul oleh pengkaji
melalui proses eksperimental atau kajian lapangan seperti soal selidik, pemerhatian,
temu bual dan sebagainya. Pengkaji membuat pemerhatian di lokasi Teluk Likas,
Kota Kinabalu, Sabah. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian bagi mendapatkan
gambaran yang jelas bagaimana perniagaan restauran Dayang Cafe ini dijalankan.
Selain itu, data primer juga merujuk kepada sumber data yang tidak tersedia di dalam
fail atau laporan.

4.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu daripada kaedah mengukur pemboleh ubah penyelidikan.
Dalam kajian ini, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk mendapatkan maklumat
tambahan yang dapat menyokong dapatan kajian. Melalui kaedah ini, pengkaji telah

9

020528120560

memerhati situasi sebenar dan usahawan serta perniagaan yang ingin dikaji. Menurut
Malek Muhamat Said (2007), pemerhatian mesti dibuat secara saintifik, iaitu secara
tepat, sistematik dan objektif. Kaedah pemerhatian dijalankan untuk mengenal pasti
reka bentuk organisasi, proses pengorganisasian dan konsep pengorganisasian yang
diamalkan dalam perniagaan Restauran Dayang Cafe.

4.1.2 Temu bual

Temu bual adalah satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan
kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Menurut Chua Yan Piaw (2014), temu bual
dikategorikan kepada 3 jenis iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur dan
temu bual tidak berstruktur. Pengkaji menggunakan temu bual berstruktur dimana
ianya dijalankan secara formal, dirancang secara teliti dan dilaksanakan mengikut satu
senarai soalan yang perlu dijawab oleh responden. Bagaimanapun, perlu ditegaskan
bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam penyelidikan kuantitatif. Temu bual
seumpama ini digunakan untuk mengumpul data untuk memperolehi maklumat dalam
menjalankan kajian ini. Pengkaji menemu bual Puan Dayang Mariam binti Haji
Awang Nuddin iaitu selaku pemilik Restauran Dayang Cafe di Teluk Likas, Kota
Kinabalu, Sabah pada 17 Mac 2022, jam 3:50 petang di Restauran Dayang Cafe.

4.2 Data Sekunder

Menurut Marican (2005), data sekunder boleh dirujukan sebagai data yang telah
dikumpulkan oleh pengkaji lain. Sebagai contohnya, data-data yang lepas atau
terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian. Data-data tersebut masih lagi sesuai dan
relevan untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada
informasi mahupun formulasi yang baru untuk kajian pada masa kini. Maklumat atau
bahan terbitan yang dikumpul oleh penyelidik lain boleh digunakan sebagai rujukan
untuk mencipta formula atau informasi baru bagi menyelesaikan masalah yang timbul
pada masa kini mahupun masa depan. Contoh data sekunder yang boleh didapati

10

020528120560
adalah dokumen awam seperti demografi penduduk, arkib, dokumen pentadbiran,
laporan formal, majalah, surat khabar, dan sebagainya.

11

020528120560

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Pengkaji memperoleh dapatan kajian daripada hasil pemerhatian, temu bual dan
internet untuk mendapatkan jawapan kepada keempat-empat objektif kajian.
Dapatan kajian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan hasil temu bual
bersama dengan Puan Dayang Mariam binti Haji Awang Nuddin selaku pemilik
Restauran Dayang Cafe.

5.1 Mengkaji ciri-ciri usahawan berjaya
Usahawan membawa maksud orang yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran
untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu, mengenal pasti peluang-peluang
perniagaan, menghasilkan idea-idea perniagaan, melakukan inovasi dan sanggup
menghadapi risiko.

5.1.1 Sifat-sifat Peribadi Usahawan Berjaya
Menurut Stephen Covey, individu yang bergelar usahawan mempunyai sifat-sifat
peribadi yang berbeza dengan individu lain. Sifat peribadi yang dimiliki oleh
usahawan menjadikan mereka berjaya dalam usaha teroka yang diceburinya. Selain
itu, usahawan juga mempunyai ciri-ciri orang yang efektif. Keseimbangan dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) juga diperlukan oleh setiap usahawan bagi
memperoleh kejayaan yang lebih seimbang.

(i) Keyakinan diri yang tinggi
Menurut Taidin Suhaimin iaitu jurulatih propessional bagi USHAWAN GROUP
MANAGEMENT CONSULTANTS keyakinan ialah kepercayaan yang tidak
berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh
mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan
jayanya. Manakala diri pula bermaksud batang tubuh, orang seorang, empunya badan.
Keyakinan diri merupakan salah satu sifat peribadi yang terdapat dalam diri Puan
Dayang Mariam. Beliau mempunyai keyakinan bahawa beliau mampu untuk

12

020528120560

membuka perniagaan beliau sendiri. Beliau berpendapat bahawa keyakinan diri itu
adalah salah satu sifat yang penting kerana dapat membantu beliau untuk mencapai
kejayaan perniagaan restauran Dayang Cafe yang dimiliknya. Selain itu, beliau
juga yakin untuk menarik minat pelanggan dengan mempromosikan makanan yang
terdapat di restauran beliau di aplikasi media sosial seperti Facebook. Oleh sebab itu,
Puan Dayang memberitahu bahawa usahawan yang ingin menceburi bidang
perniagaan perlu ada sifat keyakinan diri terhadap kemahiran yang dimiliknya secara
semula jadi dan yakin dalam membuat sebarang keputusan sama ada pada masa
kini mahupun pada masa depan. Tambahan pula, beliau memberitahu bahawa
usahawan yang yakin akan dapat mengatasi pelbagai halangan dengan mudah.

(ii) Bijak mengambil peluang
Bijak mengambil peluang bermaksud usahawan yang sentiasa memikirkan matlamat
yang hendak dicapai dan membolehkan mereka melihat persekitaran serta mencari
peluang yang wujud seperti melihat perubahan sosiobudaya, teknologi, dan ekonomi
untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud.

Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa Puan Dayang Mariam
merupakan seorang yang bijak dalam mengambil peluang. Hal ini dikatakan demikian
kerana beliau bijak mengambil peluang untuk membuka perniagaannya sendiri.
Selain itu, Puan Dayang Mariam juga bijak mengambil peluang untuk menggunakan
kemahiran yang beliau miliki hasil daripada pengalaman beliau sendiri melihat ibu
beliau memasak dan menjual di Pasar Malam. Tambahan pula, beliau juga
menceritakan bahawa beliau meminati bidang memasak dan jual beli sejak beliau
berada di peringkat persekolahan lagi. Selain itu, disebabkan oleh kawasan perniagaan
beliau adalah kawasan perumahan dan juga sekolah, beliau juga bijak mengambil
peluang untuk membuka cafe agar memudahkan para pelajar mengadakan sesi
pembelajaran di cafe tersebut. Bukan untuk para pelajar sahaja, para pekerja yang
hanya ingin makan makanan yang ringan sahaja seperti roti juga boleh duduk di cafe
tersebut.

13

020528120560

5.1.2 Tabii Orang Berjaya

Tabii merupakan sesuatu mengikut sifat sama ada keadaan, pembawaan dan lain-lain
yang asli atau yang semula jadi. Usahawan yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri
orang efektif. Menurut Stephen Covey, terdapat tujuh ciri-ciri orang yang efektif
bagi memastikan seorang usahawan itu berjaya. Antara ciri orang yang efektif
menurut Stephen Covey ialah proaktif, berorientasikan matlamat, berfikiran
menang-menang ( win-win situation), bersinergi, lakukan perkara utama dahulu, cuba
memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami dan tajamkan gergaji.

(i) Proaktif
Proaktif merupakan satu sikap dimana usahawan bertindak tanpa menunggu arahan.
Selain itu, berinisiatif untuk mengambil peluang terhadap perubahan persekitaran
yang berlaku dengan pantas dan tidak menunggu sehingga orang lain merebut peluang
tersebut.

Puan Dayang Mariam yang efektif akan sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu
yang untuk menambah baik produk keluaran beliau iaitu makanan dan minuman yang
pelbagai jenis. Sebagai contohnya, beliau memasak ayam dengan pelbagai jenis
masakan seperti ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam masak halia. Melalui
perkara ini Puan Dayang Mariam juga telah mengambil peluang terhadap perubahan
persekitaran yang berlaku dengan cepat dan pantas serta membawa perubahan yang
belum dilakukan oleh pihak lain.

(ii) Tajamkan gergaji
Tajamkan gergaji bermaksud seorang usahawan yang sentiasa memperkembangkan
diri sendiri seperti dengan menghadiri kursus/latihan dan membaca serta sentiasa
berusaha meningkatkan keupayaan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa menurut Puan Dayang Mariam,

14

020528120560
beliau memperkembangkan diri beliau dengan melihat aplikasi Youtube untuk
mempelajari resipi-resipi baharu dan juga melayari internet. Selain itu, beliau juga
meningkatkan keupayaan beliau dalam memasak dengan menggunakan ilmu-ilmu
memasak daripada ibu beliau sendiri. Tambahan pula, Puan Dayang Mariam juga
mengunjung beberapa kedai makan untuk mempelajari masakan yang pelbagai kaum.

15

020528120560
5.2 Mengkaji Usahawan Memulakan Dan Menjalankan Perniagaan
5.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan untuk memulakan perniagaan

Secara umumnya, usahawan boleh menggunakan empat kaedah untuk memulakan
perniagaan iaitu memulakan perniagaan sendiri, mengambil alih perniagaan sedia ada,
kaedah Francais dan pakatan strategik. Namun walaubagaimanapun, terdapat
beberapa faktor tertentu yang menyebabkan usahawan perlu pertimbangkan pemilihan
kaedah yang untuk memulakan perniagaan yang paling sesuai. Contohnya, jenis
aktivit perniagaan, kos, pasaran, risiko, pengalaman dan sumber kewangan. Ketetapan
pemilihan kaedah memulakan perniagaan dapat membantu usahawan untuk mencapai
kejayaan.

(i) Memulakan perniagaan sendiri
Memulakan perniagaan sendiri merujuk kepada seorang usahawan yang membina
perniagaan baharu bermula dari peringkat permulaan kerana wujudnya idea untuk
produk baharu, nilai atau faedah baharu kepada produk sedia ada, pasaran baharu atau
teknologi baharu.

Berdasarkan hasil dapatan pengkaji, Puan Dayang Mariam memulakan perniagaannya
sendiri. Beliau menceritakan bahawa pada mulanya beliau berniaga secara
kecil-kecilan dengan membuka sebuah restauran di Kompleks Karamunsing. Pada
ketika itu, beliau berkesempatan untuk menyewa sebuah warung yang kecil untuk
beliau berniaga produk beliau iaitu makanan dan minuman dimana makanan itu
dimasak sendiri oleh beliau. Menurut beliau, pada mulanya beliau membawa
rakan-rakannya untuk pergi makan di warung beliau dan meminta bantuan
rakan-rakannya untuk menawarkan warung beliau kepada orang lain. Oleh sebab itu,
warung beliau mendapat sambutan dan beliau berhasil membuka sebuah restauran di
Teluk Likas.

16

020528120560

5.2.2 Pembiaya/Kemudahan/Bantuan

Pembiayaan merujuk kepada bentuk modal sebelum memulakan perniagaan atau
dalam mengelurkan produk. Konsep modal ialah merujuk kepada sebarang bentuk
kekayaan yang digunakan untuk menambahkan lagi perniagaan dalam sesebuah
perniagaan. Modal boleh dikategorikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk modal
kewangan dan bukan kewangan. Modal kewangan merujuk pada modal pelaburan
berisiko yang digunakan untuk memulakan sebuah perniagaan baharu. Manakala bagi
modal dalam bentuk bukan kewangan pula merupakan modal selain daripada modal
kewangan yang digunakan untuk membiayai operasi perniagaan.

Puan Dayang Mariam telah menggunakan simpanan sendiri beliau untuk memulakan
perniagaannya. Sebelum menceburi dalam bidang perniagaan, Puan Dayang Mariam
merupakan seorang pelajar sekolah menegah dimana beliau hanya membantu kedua
ibu bapanya menjual di Pasar Malam Sembulan. Hasil daripada membantu kedua ibu
bapanya itu, beliau mendapat upah daripada kedua ibu bapanya kerana telah
membantu mereka walaupun beliau sibuk dalam persekolahannya. Oleh sebab itu,
hasil daripada upah dari kedua ibu bapanya, Puan Dayang Maariam berhasil
menyimpan lebih kurang RM10,000 sebagai modal permulaan untuk beliau membuka
perniagaannya sendiri.

17

020528120560
5.3 Mengkaji Peranan Usahawan Dalam Melaksanakan Fungsi Pengurusan
Dalam Organisasi

Peranan itu adalah peranan atau fungsi yang dilambangkan atau dilakukan oleh
seseorang atau sesuatu , atas kehendak bebas mereka sendiri atau dengan pengenaan.
Peranan usahawan boleh dikategorikaan kepada dua, iaitu peranan ushawan dalam
masyarakat yang terdiri daripada aspek mikro dan makro dan juga usahawan sendiri.
Peranan usahawan dari aspek mikro melibatkan peranan usahawan yang meliputi skop
kecil atau sempit. Manakala bagi peranan usahawan dari aspek makro melibatkan
peranan usahawan dari aspek mikro melibatkan peranan usahawan yang meliputi skop
yang lebih luas. Usahawan berperanan di dalam organisasi perniagaannya sendiri dan
juga kepada pihak luar organisasi.

(i) Perancangan (Planning)

Perancangan merupakan satu proses menentukan matlamat organisasi dan membentuk
tindakan-tindakan susulan yang diperluakan untuk mencapai matlamat tersebut.
Perancangan adalah asas kepada fungsi-fungsi pengurusan yang lain.

Sebelum memulakan perniagaan ini, Puan Dayang Mariam telah membuat
perancangan berkaitan jumlah modal yang diperlukannya untuk sebagai permulaan
beliau membuka perniagaan Restauran Dayang Cafe ini.. Selain itu, beliau juga
membuat analisis berkaitan dengan bahan-bahan dan barang yang hendek dibeli untuk
pembukaan perniagaan beliau tersebut. Selain itu, beliau juga membuat perancangan
supaya terdapat cawangan perniagaan Dayang Cafe di kawasan tertentu seperti pusat
membeli belah kerana beliau berpendapat bahawa biasanya pusat membeli belah
ramai orang dan akan mendapat sambutan yang banyak.

18

020528120560

(ii) Kepimpinan (Leading)

Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi dan memberi motivasi kepada pekerja
untuk melakukan tugas supaya objektif atau matlamat sesbuah organisasi dapat
dicapai.

Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa Puan Dayang Mariam
merupakan seorang yang mempunyai peranan kepimpinan dalam melaksanakan
fungsi pengurusan terhadap perniagaannya. Hal ini kerana beliau mengatakan bahawa
apabila beliau akan memberikan bonus supaya pekerja dibawah perniagaan beliau
sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh Puan Dayang
Mariam. Selain itu, Puan Dayang Mariam juga turut memberikan tunjuk ajar sendiri
kepada pekerja seperti cara untuk melayan dengan sopan, cara penyusunan meja yang
betul, dan memasak. Tambahan pula, beliau turut membawa pekerja-pekerja pergi
bercuti sebagai tanda menghargai mereka kerana telah membantu menjayakan
perniagaan Restauran Dayang Cafe.

19

020528120560

5.4 Mengkaji Cabaran Dalam Perniagaan Dari Aspek Persekitaran Dalaman
(tugas) dan Persekitaran Luaran (umum)

Secara umumnya, sejak pandemik melanda, terdapat lebih ramai yang sudah biasa
untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama ataupun
sumber pendapatan tambahan. Sektor perniagaan yang dijalankan usahawan ini secara
tidak lansung telah memberi impak kepada persekitaran. Apabila seseorang yang telah
menceberi dalam bidang perniagaan, ia akan digelar sebagai ‘Usahawan’ yang mana
terdapat pelbagai cabaran yang bakal dihadapi pada masa kini mahupun masa depan
dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

5.4.1 Cabaran dalam perniagaan dari aspek persekitaran dalaman (tugas)

(i) Pelanggan
Umum mengetahui bahawa pelanggan merupakan orang yang menjadi pembeli
produk yang telah dibuat dan dipasarkan oleh sesebuah perniagaan, dimana orang ini
bukan hanya sekali membeli produk tersebut tetapi berulang-ulang. Menurut
Greenberg, pelanggan adalah seorang individu atau kelompok yang membeli produk
secara fizikal atau jasa dengan mempetimbangkan pelbagai faktor seperti harga,
kualiti, tempat, pelayanan dan lain-lain lagi berdasarkan keputusan mereka sendiri.

Pelanggan merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh Puan Dayang Mariam
dari aspek persekitaran dalaman (tugas). Menurut beliau, pelanggan merupakan
cabaran yang terbesar sepanjang beliau memulakan perniagaan Restauran Dayang
Cafe. Hal ini disebabkan oleh setiap pelanggan mempunyai cita rasa yang
berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Pada mula berniaga, Puan Dayang Mariam
sering mendapat tindak balas yang tidak menyenangkan seperti diberitahu bahawa
makanannya tidak mempunyai banyak pilihan. Namun, beliau sangat bijak kerana
beliau menjadikan maklum balas daripada pelanggan itu untuk mengembangkan lagi
idea beliau iaitu mencuba untuk memasak menu yang baharu.

20

020528120560

(ii) Pekerja
Di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pekerja ditakrifkan sebagai
mana-mana orang, termasuklah perantisan yang diambil bekerja oleh majikan di
bawah kontrak pekerjaan, untuk bekerja bagi mendapatkan upah atau ganjaran, dan
bagi tujuan apa-apa tindakan undang-undang (proceeding) berhubung dengan
pertikaian perindustrian, termasuklah mana-mana orang yang dipecat (dismissed),
dilepaskan (discharged) atau diberhentikan (retrenched) berhubung dengan pertikaian
perindustrian, atau mana-mana orang yang akibat daripada pemecatan, pelepasan atau
pemberhentian itu telah menimbulkan suatu pertikaian perindustrian.

Menurut Puan Dayang Mariam, kekurangan pekerja adalah cabaran kedua bagi beliau
ketika memulakan perniagannya. Namun, beliau berpendapat bahawa dengan adanya
pekerja akan menyebabkan kos perniagaan beliau akan semakin tinggi kerana
terpaksa menanggung kos kerugian disebabkan oleh pekerja tersebut. Selain itu,
beliau juga mengatakan bahawa sejak pekerja zaman sekarang menginginkan gaji
yang tinggi dan sukar untuk mencari pekerja yang mahir dalam bidang memasak.
Menurut Puan Dayang Mariam, penetapan gaji sebanyak RM1,200 itu merupakan gaji
yang asas sebagai pemula untuk bekerja, Tambahan pula, Puan Dayang Mariam
mengatakan bahawa ketika pada mula beliau mengupah pekerja berlaku kecurian
yang dimana pelakunya adalah pekerja itu sendiri. Oleh sebab itu, pada mulanya
beliau hanya mengambil ahli keluarganya sebagai pekerja di restauran beliau. Namun,
disebabkan perniagaannya yang semakin berkembang beliau mengambil beberapa
pekerja sahaja seperti tukang pelayan dan tukang masak.

5.4.2 Cabaran dalam perniagaan dari aspek persekitaran luaran (umum)

(i) Pesaingan/jaringan
Menurut Soerjono Soekanto (2002), persaingan adalah sebahagian daripada proses
sosial yang dilakukan oleh individu atau bentuk kelompok sosial dengan mencari
keuntungan hingga menjadi pusar perhatian dengan prosedur memertajamkan

21

020528120560

prasangka sosial tanpa menggunakan kekerasan dan ancaman. Manakal menurut
Knud Hansen (2002), definisi persaingan adalah usaha yang mewujudkan dengan
langkah efesien yang tinggi dengan efektif dalam mempromosikan produk melalui
penggunaan pelbagai jenis tenaga kerja. Jaringan pula merujuk kepada hubungan
formal atau tidak formal yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal, pengilang,
pesaing atau pengedar untuk menghasilkan produk atau memasarkannya di pasaran.
Jaringan memastikan bekalan diterima dalam masa yang dikehendaki.

Puan Dayang Mariam mengatakan bahawa persaingan diantara kedai makan yang
adalah cabaran luaran perniagaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana peredaran
masa menyebabkan banyak kedai-kedai yang dibuka di sekitar kawasan Restauran
Dayang Café manakalah di kawasan Likas terdapat banyak restauran yang menjadi
pesaing sengit untuk Resatauran Dayang Café. Antaranya ialah D’hati Corner
Restaurant, Anjung Selera, Restauran Rumah Makan KAK LONG dan banyak lagi.
Cabaran ini menyebabkan Puan Dayang Mariam kehilangan banyak pelanggan
berbanding sebelum era yang baharu ini. Perkara ini menyebabkan kawasan
Restauran Dayang Café semakin lenggang dan tidak dipandang oleh penduduk
sekeliling. Restauran yang ada disekeliling dapat menarik minat orang lain hal ini
kerana restauran mereka mempunyai banyak tema dan suasana yang menarik seperti
kedai makan yang mewah dengan ‘decoration’ yang elegan mampu menarik orang
ramai pada abad ini. Malah persaiangan yang kotor juga salah satu cabaran yang
dihadapi, apabila pekerja sendiri ingin menjatuhkan perniagaan restauran majikannya,
hanya disebabkan rasa yang tidak berpuas hati.

(ii) Teknologi
Menurut Manuel Castells, pengertian teknologi ialah suatu kumpulan alat, aturan dan
juga prosedur yang merupakan penerapan dari sebuah pengetahuan ilmiah terhadap
sebuah pekerjaan tertentu dalam suatu keadaan yang dapat memungkinkan terjadinya
pengulangan. Manakal menurut Miarso pula, teknologi ialah suatu bentuk proses yang

22

020528120560
meningkatkan nilai tambah. Proses yang berjalan dapat menggunakan atau
menghasilkan produk tertentu, di mana produk yang tidak terpisah dari produk lain
yang sudah ada.
Tidak hanya itu, dari segi persekitaran teknologi juga cabaran luaran yang dihadapi
oleh Puan Dayang Mariam kerana kaedah yang digunakan dalam pengeluran boleh
berubah mengikut jumlah permintaan terhadap makanan di Restauran Dayang Cafe.
Puan Dayang Mariam mendapat permintaan yang tinggi namun beliau mengalami
kekurangn teknologi dalam membuat kek seperti oven. Disebabkan oleh sumber
modal Puan Dayang Mariam adalah terhad, makan beliau hanya mampu membeli
sebuah oven sahaja untuk kegunaakn di cafe.

23

020528120560

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pengkaji menjalankan kajian bertujuan untuk mengkaji
ciri-ciri usahawan yang terdiri daripada sifat-sifat peribadi usahawan yang berjaya dan
ciri orang yang efektif (tabii orang berjaya) yang terdapat pada diri Puan Dayang
Mariam binit Haji Awang Nuddin, mengkaji bagaimana Puan Dayang memulakan
dan menjalankan perniagaan dari segi kaedah dan pembiayaan, peranan Puan Dayang
dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam perniagaannya serta cabaran yang
dihadapi oleh Puan Dayang dari aspek persekitaran dalaman (tugas) dan persekitaran
luaran (umum).

Rumusan daripada objektif pertama ialah, pengkaji mendapati bahawa Puan Dayang
memiliki sifat peribadi keyakinan diri yang tinggi kerana beliau yakin untuk
membuka perniagaannya sendiri. Selain itu, beliau juga mempunyai sifat bijak untuk
mengambil peluang. Seterusnya, ciri orang yang berjaya yang terdapat pada Puan
Dayang ialah beliau merupakan seorang yang proaktif dan juga seorang yang
tajamkan gergaji.

Rumusan daripada objektif kedua ialah, pengkaji mendapati Puan Dayang
menggunakan kaedah memulakan perniagaan sendiri dan beliau menggunakan
simpanan beliau sendiri.

Rumusan bagi objektif yang ketiga ialah, pengkaji mendapati peranan Puan Dayang
dalam melaksanakan fungsi pengurusan ialah perancangan (planning) dan kepimpinan
(leading).

Akhir sekali, rumusan bagi objektif yang keempat ialah pengkaji mendapati bahawa
cabaran yang dihadapi oleh Puan Dayang dalam aspek persekitaran dalaman (tugas)
ialah pelanggan dan juga pekerja. Manakala cabaran dalam aspek persekitaran luaran
(umum) ialah persaingan/jaringan dan teknologi.

24

020528120560
Sebagai kesimpulannya, diharap dengan kajian ini pengkaji dapat mengkaji dan
menyelidik perkembangan perniagaan Restauran Dayang Cafe, Likas supaya dapat
dijadikan rujukan pada masa akan datang. Dengan mengambil iktibar yang telah
dilakukan oleh Puan Dayang Mariam mengendalikan Restauran beliau dengan
jayanya. Walaupun banyak halangan yang dihadapi bukan bereeti perlu berhenti disitu
sahaja dan jatuh, selesaikan segala masalah dengan teliti dan ambil muhasabah
disebalik kejatuhan yang dihadapi, bangkit untuk meneruskan cita- cita yang selama
ini dikejar. Oleh itu, pengkaji berharap agar generasi kini dan yang akan datang
menjadikan restuaran ini sebagai contoh untuk mengembangkan perniagaan mereka
dengan berjaya.

25

020528120560

7.0 Rujukan

1. http://studentsrepo.um.edu.my/5265/3/BAB_3.desertasi.pdf pada 20 Mac 2022,
jam 2 petang

2. https://keysoft.com.id/perkembangan-industri-restoran pada 20 Mac 2022, jam
2:15 petang

3. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=restoran pada 20 Mac 2022, jam 2:23
petang

4. http:/9-of-us.blogspot.com/2010/09/sumbangan-makanan-segera-terhadap.html
pada 20 Mac 2022, jam 2:30 petang

5. https://ikkm.edu.my/images/dokumen/.pentadbiran/demansi-koop-49-3.pdf pada
20 Mac 2022, jam 2.37 petang

6. https://www.articjou.com/2016/03/ pada 20 Mac 2022, jam 3:45 petang
7. https://anzdoc.com/download/bab-2-landasan-teori1d9a7bfe9037108c0a19000bc1e

f641747199.html?reader=1 pada 20 Mac 2022, jam 4 petang
8. http://studentsrepo.um.edu.my/5265/3/BAB_3.desertasi.pdf pada 20 Mac 2022,

jam 4:32 petang
9. https://youtu.be/kUVLD6LMQKA pada 20 Mac 2022, jam 5:15 petang
10.https://www.risda.gov.my/images/pdf/Penerbitan/Dasar_Kualiti/2009/Bil-10-2009/

31.pdf pada 20 Mac 2022, jam 8:20 malam
11. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=diri pada 20 Mac 2022, jam 8:30 malam
12. https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-rol pada 21 Mac 2022, jam

1:24 tengahari
13. Teks STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN) oleh Shanthi

Subramaniam dan Mah boon Kiet, pada 21 Mac 2022, jam 12:15 tengahari
14. https://www.pelajaran.co.id/pengertian-pelanggan-menurut-para-ahli-jenis-jenis-p

elanggan-dan-contohnya/ pada 21 Mac 2022, jam 1:30 petang
15. http://eprints.polsri.ac.id/669/3/BAB%20II.pdf pada 21 Mac 2022, jam 1:32

petang

26

020528120560
16. https://www.researchgate.net/publication/328224491_Definisi_Pekerja pada 29

Mac 2022, jam 8:21 pagi
17. https://dosensosiologi.com/pengertian-persaingan-bentuk-dan-contohnya/ pada 29

Mac 2022, jam 8:32 pagi
18. https://www.academia.edu/8331879/KEPELBAGAIAN_SOSIO_2 pada 29 Mac

2022, jam 8:51 pagi
19. https://www.tarahap.xyz/2019/09/maksud-kaedah-temu-bual-menurut-tokoh.html

pada 02 April 2022, jam 1:13 tengahari

27

020528120560

8.0 Lampiran

Foto 1: Puan Dayang Mariam Haji Awang Nuddin pemilik Restoran Dayang Café.

28

020528120560

29

020528120560

Foto 2: Restoran Dayang Café, Teluk Likas, Kota Kinabalu
Kompleks Karamunsing ketika tahun 2007

30

020528120560

31


Click to View FlipBook Version