The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA : NUR ALYA BATRISYA BINTI MAHAZIR
KELAS : BM C

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ALYA BATRISYA BINTI MAHAZIR IPG-Pelajar, 2024-02-24 18:57:15

TAJUK : CICI NAK JADI NAGA?

NAMA : NUR ALYA BATRISYA BINTI MAHAZIR
KELAS : BM C

Cici Nak Jadi Karya : Nur Alya Batrisya Mahazir @ C Naga?


Di sebalik rimbunan daun-daun kering, wujudlah sebuah dunia kecil yang dihuni oleh haiwan yang bercita-cita besar. Hiduplah seekor cacing yang bernama Cici bersama sahabatnya Koko Si Kumbang Kura-Kura. Mereka membesar bersama-sama di dalam perkampungan yang dipanggil Tanah Kecil.


Pada suatu hari yang redup, Cici Si Cacing menghabiskan masa bersama Koko di atas sebatang ranting kayu. Mereka bercerita tentang impian masing-masing. Cici memandang ke langit dengan matanya berbinar-binar. "Cici nak jadi seperti Sang Naga Perkasa yang besar dan gagah!" laung Cici dengan penuh bersemangat. "Itu memang impian yang hebat, Cici!” sambut Koko sambil tersenyum bangga. “Cici, bagaimana kalau kita mulakan pengembaraan kita untuk mencari naga itu?" cadang Koko. Cici mengangguk setuju, "Ya, Koko! Ayuh kita mulakan pengembaraan kita sekarang juga." “Ayuh!" sambut Koko dengan penuh semangat.


Maka bermulalah pengembaraan Cici dan Koko, menjelajahi hutan dalam mencari jati diri mereka. Cici bernyanyi dengan girangnya dalam perjalanan pengembaraan mereka. Ada seekor anak cacing Nama dia Cici Tubuh kecil jiwa besar Duduk dalam tanah Duduk dalam tanah Ada seekor anak cacing Nama dia Cici Tubuh kecil jiwa besar Nak jadi naga Nak jadi naga Melodi: Anak Tupai


Ketika matahari mulai bersinar terang, Cici dan Koko memulakan pengembaraan mereka. Di sepanjang perjalanan, mereka merentasi hutan belantara yang gergasi. Setelah sekian lama, mereka berjalan ke dalam hutan. Cici dan Koko telah menyedari bahawa mereka telah berjalan lebih jauh ke dalam hutan belantara itu. Mereka terpana melihat pokok-pokok yang bersaiz raksasa yang menghiasi kawasan di sekeliling mereka. Antaranya pokok tualang, pokok cengal, pokok meranti dan banyak lagi. Pokok-pokok raksasa itu menyembunyikan sinar matahari dan menciptakan keteduhan yang menakjubkan di bawah daun-daun yang lebat.


Di tengah perjalanan, mereka menjumpai sebuah batu besar. Deruan air mengalir jelas kedengaran di sebalik batu tersebut. Koko membantu Cici untuk memanjat batu yang besar itu dan berjaya sampai di atas puncak batu yang tinggi. Di atas sana, terbentang pemandangan air terjun yang indah. Cici dan Koko teruja melihat keindahan alam di hadapan mereka. Mereka berehat seketika sambil menikmati pemandangan air terjun yang jernih. Tiba-tiba! Satu suara misteri menyapa mereka dari sebalik rimbunan daun-daun yang bergerak-gerak, “Hai, siapakah kalian? Ke manakah kalian ingin pergi?” sapa suara misteri itu. Mereka berdua terkejut dan saling berpandangan sambil mencari-cari arah suara misteri itu datang. Lalu Cici pun menjawab pertanyaan suara misteri itu, "Hai! Nama saya Cici Si Cacing dan sahabat saya Koko Si Kumbang Kurakura. Kami ingin mencari Sang Naga Yang Gagah Perkasa, ” Rimbunan daun yang bergerak-gerak tadi tiba-tiba berubah warna bertukar menjadi warna-warni. Ternyata, haiwan itu ialah Sudin Si Sesumpah yang terkenal dengan penyemarannya yang hebat. "Selamat datang, pengembara kecil! Aku tahu di mana Sang Naga itu berada, " ucap sesumpah dengan ramah. “Kononnya Sang Naga sedang bersemayam di atas puncak Gunung Berapi di istananya, Istana Sri Inderapura, namun kalian harus berhati-hati kerana ada bahaya yang menanti, ” beritahu Sudin Si Sesumpah. “Baiklah, Sudin Si Sesumpah. Kami akan berhati-hati, ” jawab Cici. Dengan semangat yang baru, Cici dan Koko melanjutkan pengembaraan mereka menuju ke puncak Gunung Berapi. Sesumpah memberikan petunjuk terakhir dan mereka melangkah dengan tekad yang lebih kuat. Mereka tidak sabar untuk mengetahui perkara yang bakal menanti mereka di puncak Gunung Berapi nanti.


Cici dan Koko telah berjalan melewati hutan belantara itu dan bertemu dengan pelbagai haiwan. Tiba-tiba, tanah bergegar dan kedengaran bunyi tapak kaki yang sangat kuat. Mereka panik dan berpelukan antara satu sama lain. Suasana di sekeliling mereka menjadi gelap. Mereka terkejut melihat tapak kaki yang akan memijak mereka. Lantas, mereka pun menjerit, “Tolong, jangan pijak kami!” “Eh, siapa yang aku pijak?” tanya Jumbo Si Gajah dengan cemas. Jumbo mengangkat kakinya dan melihat Cici dan Koko sedang takut sambil berpelukan. “Minta maaf, aku tidak nampak kalian berdua tadi, ” ujar Jumbo. “Kalian mahu ke mana? Aku boleh tumpangkan, ” sambung Jumbo. “Tidak mengapa, Gajah. Kami sebenarnya ingin menuju ke Gunung Berapi untuk menemui Sang Naga, ” beritahu Cici. “ Ayuhlah aku tumpangkan, ” pelawa Jumbo. Cici dan Koko pun naik ke belakang gajah. Mereka meneruskan perjalanan mereka bersama dengan gajah untuk menemui jati diri mereka di Istana Sri Inderapura.


Sebelum mencapai puncak Gunung berapi, Cici dan Koko harus melalui lereng gunung yang penuh rintangan. Di tengah perjalanan, mereka dihalang oleh seekor lipan besar yang menjaga Istana Sri Inderapura. Lipan itu dikenali sebagai Loki Si Lipan Ganas, dia terkenal dengan mengalahkan musuhnya dengan racunnya yang berbisa. Cici dan Koko menghadapi lipan itu dengan keberanian. Lipan itu memperlihatkan taringnya yang tajam, dan pertarungan pun bermula dengan sengit. Dengan serangan yang tepat dan gerakan yang lincah, Cici dan Koko berhasil menghindari serangan lipan tersebut. Koko menggunakan kebijaksanaannya untuk membuat perangkap sementara Cici mengalihkan perhatian lipan dengan gerakan yang tangkas. Begitu lipan terjerat dalam perangkap, Cici dan Koko bekerjasama untuk mengalahkan lipan itu. Walaupun lipan itu kuat dan ganas, kerjasama dan kebijaksanaan Cici dan Koko akhirnya membawa kemenangan. Lipan itu mengakui kekuatan mereka dan mengizinkan mereka melanjutkan perjalanan ke puncak Gunung berapi.


Jom jom serang, melawan lipan ganas, Jom jom serang, melawan lipan ganas, Tak kenal mundur, Menghadapi musuh. Jiwa membara, Mentalnya kuat, Semangat berkobar-kobar, Melawan Si Lipan Ganas. Melodi : Jong Jong Inai


Akhirnya, setelah melalui pengembaraan yang mencabar. Cici dan Koko telah sampai ke puncak Gunung Berapi. Di situlah terletaknya Istana Sri Inderapura tempat bersemayam Sang Naga. Pintu istana terbuka dan mereka pun masuk. Sang Naga Yang Perkasa telah menunggu kedatangan Cici dan Koko di atas takhtanya. Badannya dipenuhi sisik berwarna kuning keemasan dan tubuh yang gagah. “Selamat datang, pengembara kecil. Aku tahu kalian telah mengharungi banyak cabaran untuk sampai ke sini, ” sambut Sang Naga. “Apakah hajat kalian datang ke mari?” Sang Naga kembali bertanya kepada Cici dan Koko. Cici dengan bangganya menceritakan impiannya mahu menjadi seperti Sang Naga. “Cici nak jadi naga yang kuat, besar dan perkasa!” jerit Cici dengan penuh keyakinan. “Kami ingin mencari jati diri kami yang sebenar dengan menjadi seperti Tuan Naga Yang Perkasa, ” sambung Koko. Sang Naga tersenyum lalu berkata, "Anak muda, jati diri adalah milikmu sendiri. Kehebatan bukan hanya milikku, tetapi juga milikmu. Kehebatan tidak terletak pada saiz tubuh. Keberanian, kebijaksanaan dan jiwa yang besar telah membawa kalian berani mengembara hingga ke sini." “Kalian telah menemui jati diri yang sebenar-benarnya!” ujar Sang Naga. “Terima kasih, Tuan Naga Yang Perkasa. Cici akan menjadi diri Cici yang hebat dan sentiasa berbangga dengan diri, ” kata Cici sebelum berangkat pulang meninggalkan Istana Sri Inderapura.


10 Cici Si Cacing dan Koko Si Kumbang Kura-kura akhirnya pulang ke Tanah Kecil. Mereka telah berjaya menemukan jati diri mereka yang sebenar. Walaupun tubuh mereka kecil, namun jiwa mereka besar. Cici dan Koko bekerjasama untuk menjaga tempat tinggal mereka agar sentiasa selamat dan hidup dengan harmoni.


Cici Nak Jadi Naga?


Click to View FlipBook Version