The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zahirul jazmi, 2024-02-02 02:55:01

MESYUARAT STAF BIL1.2024

MESYUARAT STAF
SK MERBAU 2024

MESYUARAT STAF BIL.1/2024 03.02.2024 (SABTU) BILIK MUSYAWARAH Sekolah Kita, Murid Kita, Amanah Kita


VISI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” MISI


MOTIVASI BERSAMA Bekerja sebagai sebuah Pasukan dengan komitmen yang terbaik INI SEKOLAH KITA,JATUH BANGUNNYA SK MERBAU TERCINTA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA MERBAU SYNERGY PRINSIP KERJA WARGA


KETUA PANITIA PN. SABIAH BT IBRAHIM KP BAHASA MELAYU PN. JULIANA AK RIOH KP MATEMATIK PN. AGNES SUPANG KP BAHASA INGGERIS PN. IZAIRAH BT AHMAD KP SEJARAH EN. GANDA AK ANYUM KP SAINS


KETUA PANITIA EN. MOHD YUSOF KP RBT PN. BIOH AK KEMARAU KP PEN. MUZIK PN. VALERIE KIHING KP SENI PN. CATHYLN DIMAH KP BAHASA IBAN USTZ. SYARIFAH MASYKURAH KP BAHASA ARAB USTZ. NORHABIBAH KP PEN. ISLAM PN. TENG LEH KEE KP BAHASA CINA EN. AMZAN B JALEH KP PEN. MORAL EN. MOHD ZARIR KP PJPK


BILANGAN MURID PRASEKOLAH PERDANA 3 KELAS 39 KELAS 75 ORANG 1374 ORANG JUMLAH = 1449 ORANG STAF SEKOLAH GURU AKP (PT/PO) PPM JURUTEKNIK KOMPUTER 75/81 ORANG 6 ORANG 3 ORANG - 84 ORANG PPPLD PPPS LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN 2 ORANG 3 ORANG 16 ORANG 54 ORANG 75 ORANG PEKERJA SWASTA PEMBERSIH KAWASAN PENGAWAL KESELAMATAN 8 ORANG 4 ORANG


Infographics 95% PENGURUSAN KEPIMPINAN BERKUALITI 94% PENGURUSAN KEWANGAN BERKUALITI 90%PENGURUSAN PRASARANA BERKUALITI 90% PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 93% PENGUUSAN SUMBER PENDIDIKAN BIDANG PENTADBIRAN 91% PENGURUSAN HEM, 95% KEHADIRAN MURID SEPANJANG TAHUN, 0% SALAHLAKU MURID BIDANG HAL EHWAL MURID BOLA SEPAK & OLAHRAGA KEBITARAAN SEKOLAH 90% PENGURUSAN KOKURIKULUM BERKUALITI BIDANG KOKURIKULUM 90.7% PENGURUSAN SEKOLAH BERKUALITI 90% PENGUASAAN TP 3 KE ATAS DALAM PBD BIDANG KURIKULUM HALA TUJU SK MERBAU 2023-2025 TOV 86.1% 93.75% 87.5% 84.3% 89.4% TOV 89.7% 89.4% TOV 90.5% 92% 0% TOV 87.4% 2023 – MEWUJUDKAN IKLIM PERUBAHAN 2024- MENGUPAYAKAN PERUBAHAN 2025 – MELAKSANA & MELESTARIKAN PERUBAHAN MASA/TEMPOH ❑ GURU BERPENGALAMAN ,TERLATIH & BERKUALITI ❑ 80% GURU MENCAPAI TAHAP BAIK DALAM STANDARD 4 SKPMg ❑ KEMUDAHAN MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA KEKUATAN IBU BAPA/PENJAGA& KOMUNITI GURU-GURU & PPD MURID SK MERBAU KEJAYAAN/ MTM PBD MENINGKAT PENCAPAIAN KUALITI GURU MENINGKAT SEKOLAH CONTOH KEBITARAAN SUKAN 0% RISIKO CICIR SIJIL PENGHARGAAN DAN ANUGERAH PENGIKTIRAFAN CEMELRANG GURU DALAM PBPPP GANJARAN


KETETAPAN SEKOLAH LATAR BELAKANG Tanpa menyingkir, mengabai mahupun menidakkan mana-mana Akta, Pekeliling,Arahan dan Peraturan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada terma dan isi kandungannya, KETETAPAN SEKOLAH ini diguna pakai sebagai ketetapan untuk semua STAF dari mana-mana peringkat dan semua murid serta mana-mana individu mahupun kumpulan yang berurusan langsung mahupun tidak langsung dengan sekolah dari semasa ke semasa. KETETAPAN SEKOLAH ini dibina dengan objektik, ia akan dapat: 1. Dijadikan panduan semua staf dalam menghadapi apa jua keadaan dan situasi pada bila-bila masa di sekolah. 2. Dijadikan panduan semua staf dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara dengan SATU kaedah sahaja dari semasa ke semasa. 3. Mengelak pertikaian kerana tindakan yang tidak seragam. 4. Dijadikan dokumentasi bertulis sebagai eviden terhadap apa jua tindakan yang diambil dariI emasa ke semasa 1. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 1. Kehadiran 1. Semua pihak MESTImematuhi masa bertugas 2. Semua pihak MESTImenepati masa kehadiran 3. Semua pihak MESTImenepati masa mana-mana program atau atur cara mana- mana majlis 4. Jika didapati lewat untuk mana-mana perkara 1.1, 1.2, dan 1.3, maka tindakan berikut akan di ambil; 1. Kelewatan kali pertama, akan ditegur secara lisan~bersemuka 2. Kelewatan kali kedua, akan ditegur secara beramaran~Bersemuka bersama pengurusan sekolah 3. Kelewatan untuk kali ketiga, teguran melalui surat tunjuk alasan 4. Kelewatan untuk kali keempat, surat beramaran dengan sesalinan kepada PPD 5. Kelewatan untuk kali kelima, diserah kepada pihak PPD untuk tindakan lanjut


2. SURAT-MENYURAT 1. Surat Masuk 1. Biar dari mana dan daripada sesiapa HENDAKLAH diserahkan kepada Pembantu Tadbir atau Pembantu Operasi Pejabat dengan segera. 2. Pembantu Operasi Pejabat HENDAKLAH menyerahkan kepada Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan yang menerima Serah Tugas Sementara Guru Besar jika ketiadaan Guru Besar di stesen. 3. Guru Besar mencatat penurunan kuasa mengambil tindakan terhadap mana- mana surat dan menyerah kepada Pembantu Operasi Pejabat untuk tujuan rekod dan seterusnya menyerahkan kepada pihak yang perlu mengambil tindakan seterusnya. 4. Semua surat rasmi hendaklah dicop tarikh terima 5. Mana-mana surat beralamat terus kepada INDIVIDU/STAFhendaklah diserah sendiri oleh Pembantu Tadbir kepada Staf/Individu berkenaan dan haruslah ditandatangani penerimaannya dari semasa ke semasa dalam Buku Rekod Terima Surat Individu 6. Mana-mana Surat dialamatkan kepada mana-mana individu TIDAK DIBENARKAN dibuka oleh mana-mana individu lain atau bukan penama


3. CUTIREHAT 1. Semua Staf BERHAK MEMOHON mana-mana jenis cuti yang layak. 2. Guru Besar BERHAK Melulus atau Tidak Melulus mana-mana cuti yang dipohon. 3. Semua cuti boleh ditarik balik kelulusannya, jika ada sesuatu yang tidak akur atau melanggar mana-mana satu pekeliling atau arahan atau mana-mana eviden didapati palsu atau ada kecemasan di stesen atau ada urusan lebih penting dan memerlukan kehadiran individu berkenaan di stesen dengan kadar segera. 4. Cuti Rehat 1. Jika Dirancang, ... 1. HENDAKLAH akur dengan mana-mana pekeliling berkaitan 2. Kepada yang LAYAK Cuti Rehat sahaja 3. HENDAKLAH dua [2] minggu/ empat belas [14] bekerja lebih awal 4. Berhubung terlebih dahulu dengan Pembantu Tadbir berkaitan baki cuti 5. Berhubung dengan Guru Besar bersama Borang Permohonan yang lengkap [sertakan eviden sokongan jika ada/perlu] untuk untuk urusan seterusnya 6. Kembalikan kepada Pembantu Tadbir untuk tujuan rekod dan penghantaran 7. Bercuti hanya pada TARIKH yang diluluskan sahaja


5. Cuti Rehat Khas 1. Jika Dirancang, ... 1. HENDAKLAH akur dengan mana-mana pekeliling berkaitan dan TARIKH ”kematangan” jumlah hari Cuti Rehat Khas. 2. Kepada yang LAYAK Cuti Rehat Khas Sahaja 3. HENDAKLAH dua [2] minggu/ empat belas [14] bekerja lebih awal 4. Berhubung terlebih dahulu dengan Pembantu Tadbir berkaitan baki cuti 5. Berhubung dengan Guru Besar bersama Borang Permohonan yang lengkap [sertakan eviden sokongan jika ada/perlu] untuk untuk urusan seterusnya 6. Kembalikan kepada Pembantu Tadbir untuk tujuan rekod dan penghantaran 7. Bercuti hanya pada TARIKH yang diluluskan sahaja


6. Cuti Sakit 1. Hendaklah, ... 1. Akur dengan mana-mana pekeliling yang sedang berkuatkuasa. 2. HENDAKLAH dimaklumkan segera dengan Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan memalui panggilan telefon dan disertakan dengan bentuk Sistem Pesanan Ringkas [SMS]/ Whatapps untuk tujuan rekod atau sebagai eviden bercatat 3. Sekembalinya individu berkenaan, permohonan dengan pengisian Borang Cuti Sakit HENDAKLAH dilaksanakan serta-merta 4. Berhubung terlebih dahulu dengan Pembantu Tadbir 5. Berhubung dengan Guru Besar bersama Borang Permohonan yang lengkap [sertakan eviden sokongan jika ada/perlu] untuk untuk urusan seterusnya 6. Kembalikan kepada Pembantu Tadbir untuk tujuan rekod dan penghantaran 7. Minta pihak doktor/hospital/klinik mencatat nama pegawai merawat, dan nombor telefon untuk dihubungi pada Slip Cuti Sakit 8. Cuti Sakit hanya permohonan, kelulusan tetap menjadi HAK pihak atasan 9. Jika Slip Cuti Sakit didapati PALSU,maka kes akan dirujuk terus dengan pihak Ketua Pegawai Pendidikan Daerah dengan kadar segera. 7. Cuti-cuti Lain Seperti Cuti Haji dan sebagainya 1. Patuhi Pekeliling 8. Kecemasan [Kematian/Kemalangan/Kebakaran Kediaman/Bencana Alam ] 1. Dengan apa cara sekali pun, mana-mana pegawai/staf di stesen perlu segera dimaklumi 2. Sekembalinya individu berkenaan di sekolah, terus bersemuka dengan Guru Besar,Penolong Kanan 1 dan Pembantu Tadbir untuk urusan jenis cuti yang layak dan permohonan 3. Jika ada mana-mana eviden, sila sertakan 9. Mana-mana pihak/individu/stafyang TIDAKHADIRTANPASEBABatau PEMAKLUMAN AWALakan dianggap PONTENG dan tindakan tersebutakan diambil; 1. Untukkali pertama 1. Dimaklumkan kepada pihak PPD tentang ketidakhadiran tanpa Makluman 2. Sekembalinya pihak/individu/staf berkenaan ke sekolah/stesen, beliau akan bersemuka dengan Guru Besar 3. Melengkap isi mana-mana Borang Permohonan cuti yang berkaitan dan kelayakan berserta Surat Tunjuk Alasan tentang kegagalan memaklumi manamana pihak pengurusan sekolah


2. Untuk kali kedua 1. Dimaklumkan kepada pihak PPD tentang ketidakhadiran tanpa makluman dan mendapat pandangan atau nasihat pihak PPD untuk TINDAKAN seterusnya. 10. Keluar Awal Dari Stesen/Sekolah 1. Amat TIDAK DIGALAKKAN 2. Namun jika perlu,SILA… 1. Lengkap isi Borang Berkaitan 2. Dapatkan KELULUSAN Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan yang menerima Serah tugas Sementara Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar di stesen 3. HAK KELULUSAN adalah HAK Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan yang menerima Serah tugas Sementara Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar di stesen 4. Seboleh-bolehnya TIDAK MENGGANGGU proses PdP atau Kerja Utama 5. Sertakan eviden, jika perlu dan ada 6. Sebaik-baiknya, mohonlah Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas 7. Pihak Pengurusan BOLEH MENARIK BALIK KELULUSAN pada bila-bila masa jika DIDAPATIada KERAGUAN MELEBIHI WASANGKA dalam maklumat permohonan staf berkenaan tanpa rayuan. 8. Keluar lebih dari 3 jam,disyorkan untuk mengambil cuti rehat khas (CRK)


11. PAKAIAN DAN PEMAKAIAN TAG NAMA 1. Waktu Bertugas atau Dalam Masa Bertugas Termasuk Kelas Tambahan 1. Di mana sahaja 2. Semua pihak dikehendaki berpakaian kerja yang kemas dan bertag nama waktu bertugas selaras dengan arahan dan pekeliling 3. Staf Perempuan hendaklah berbaju kurung/baju bersesuaian semasa bertugas 4. Lelaki HENDAKLAH bertali leher 2. Berurusan dengan murid /murid 1. TIDAK DIBENARKAN berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan semasa berurusan dengan murid / murid-murid pada bila-bila masa dan di mana sahaja 2. TIDAK DIBENARKAN berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan dan “hanging” semasa aktiviti kokurikulum 3. Majlis-majlis /Program-program Anjuran Sekolah 1. Semua pihak dikehendaki berpakaian kerja yang kemas dan bertag nama 2. Patuhi arahan berpakaian seperti tercatat pada Surat Undangan atau Atur Cara 3. Hormati majlis / program 4. Mesyuarat-mesyuarat Peringkat Sekolah 1. Semua pihak dikehendaki berpakaian kerja yang kemas dan bertag nama 2. Hadir dengan menepati masa iaitu sekurang-kurangnya sepuluh (10) minit sebelum mesyuarat bermula 5. Pakaian berunsur / bercetak simbol mana-mana parti politik, ajaran sesat, lucah, provoksi, punk, skinhead adalah DILARANG sama sekali 6. Mana-mana majlis atau program atau aktiviti luar waktu pejabat hendaklah ber pakaian bersesuaian dengan majlis sebagai menghormati majlis 7. Apa sahaja kegiatan / program /aktiviti di sekolah, adalah DILARANG SAMA SEKALI berpakaian mencolok mata dan tidak menepati gender


12 PERHIMPUNANMINGGUAN SEKOLAH 1. Pada jam 6.50 pagi Hari Isnin (Sesi pagi) 12.30 Tengah hari (sesi petang ) atau hari Jumaat jika perhimpunan Hari Isnin ditangguhkan. 2. Dihadiri oleh semua staf 3. Guru Bertugas Harian adalah pencatat butiran perhimpunan 4. Murid dilantik sebagai pengacara 5. Bukan medium untuk menghina, memaki-hamun, menyampaikan fahaman- fahaman yang bertentangan dengan dasar Kerajaan. 6. Semua MESTI MENEPATI MASA Perhimpunan Mingguan Sekolah 2. Jadual penggunaan baju semasa sesi persekolahan; Isnin – Baju Rasmi (baju kerja) Selasa – Baju T-shirt sekolah Rabu – Baju Unit beruniform ( T-shirt Sahaja ) Khamis – Baju Batik Jumaat – Baju Kerja/ baju Melayu lengkap-lelaki/baju kaum masing-masing.


13 JADUAL WAKTU 1. Jadual Waktu Kelas dan Jadual ”Teach-In” 1. Hendaklah dipatuhi setiap masa 2. Individu yang tercatat seperti terjadual adalah individu bertanggungjawab jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mana-mana murid / murid- murid berdasarkan hari dan masa seperti terjadual 3. Semua jadual waktu TIDAK BOLEH DIPINDA /DIUBAH /DITANGGUH tanpa kebenaran pihak pengurusan melalui satu mesyuarat / taklimat khas mengenainya 4. Segala penangguhan satu-satu aktiviti atau program hendaklah DIMAKLUMKAN kepada pihak pengurusan sekurangkurangnya tiga (3) hari sebelum penangguhan. Jika melibatkan murid / kumpulan murid, murid hendaklah dimaklumkan lebih awal. 2. Jadual Waktu Bahagian Kokurikulum 1. Hendaklah dipatuhi setiap masa 2. Individu yang tercatat seperti terjadual adalah individu bertanggungjawab jika sesuatau yang tidak diingini berlaku kepada mana-mana murid /murid-murid berdasarkan hari dan masa seperti terjadual 3. Semua jadual waktu TIDAK BOLEH DIPINDA /DIUBAH /DITANGGUH tanpa kebenaran pihak pengurusan melalui satu mesyuarat / taklimat khas mengenainya 4. Segala penangguhan satu-satu aktiviti atau program hendaklah DIMAKLUMKAN kepada pihak pengurusan sekurang-kurang tiga (3) hari sebelum penangguhan. Jika melibatkan murid / kumpulan murid, murid hendaklah dimaklumkan lebih awal.


14. PERSEDIAAN MENGAJAR GURU, CATATAN HARIAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA, BUKU REKOD KEHADIRAN HARIAN MURID, BUKU PENDAFTARAN MURID, REKOD PROFIL/PENTAKSIRAN MURID DAN DOKUMENTASI DI BAWAH KAWALAN 1. PERSEDIAAN MENGAJAR GURU 1. Hendaklah dilengkapisikan SEMUA MAKLUMAT yang diperlukan di dalamnya 2. Hendaklah sentiasa dikemaskini dan dalam keadaan bersih dan elok serta tanpa apa-apa contengan 3. Dihantar kepada pihak pengurusan mengikut jadual penghantaran yang telah ditetapkan.- setiap Jumaat 4. Persediaan Mengajar, dokumentasi di bawah kawalan dan Buku Rekod Kehadiran Murid TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari stesen/sekolah pada bila-bila masa 5. Setiap Rekod Mengajar dan Rekod Kehadiran Murid HENDAKLAH dikembalikan kepada Penolong Kanan 1 pada HARI TERAKHIR persekolahan. Penolong Kanan 1 HENDAKLAH memastikan Rekod Persediaan Mengajar dan Rekod Kehadiran Murid disimpan di tempat yang selamat untuk tempoh masa 9 tahun. 6. Mana-mana individu yang GAGAL melaksanakan perkara 1.4, satu (1) surat amaran secara pentadbiran akan diusulkan dengan sesalinan kepada PPD dan Surat Serah Tugas sebelum berpindah stesen (jika berlaku) tidak akan ditandatangani oleh Guru Besar dan dikategorikan sebagai tidak / belum lengkap 7. Jika mana-mana individu menghilangkan, INDIVIDU itu sendiri bertanggungjawab untuk membuat LAPORAN POLIS. 2. CATATAN TUGAS HARIAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 1. Hendaklah sentiasa dikemas kini dan dalam keadaan bersih dan elok serta tanpa apa-apa contengan 2. Dihantar kepada pihak pengurusan mengikut jadual penghantaran yang telah ditetapkan 3. Mana-mana individu yang GAGAL melaksanakan perkara 11.


15. TANDAS 1. Tandas Guru untuk guru, staf dan pegawai dari mana-mana jabatan 2. Tandas Murid untuk murid sahaja 3. Gunakan tandas mengikut gender 4. Sentiasa menjaga kebersihan tandas 5. Sentiasa berhati-hati ke tandas 6. Murid jika ke tandas HENDAKLAH bertemankan rakan 16. ARAHAN RASMI, JADUAL, MEMO, PERINGATAN DAN ATUR CARA 1. Segala arahan ARAHAN RASMI DAN PENTADBIRAN [SAMA ADA BERTULIS ATAU LISAN : SEMASA TAKLIMAT, SEMASA MESYUARAT, JADUAL, MEMO, PERINGATAN DAN ATUR CARA HENDAKLAH dipatuhi dengan kadar segera atau mengikut ketetapan tarikh.Jika dapat dipatuhi lebih awal amatlah digalakkan. 2. Jika kurang faham / ragu-ragu dengan apa jua arahan, sila berjumpa terus dengan pihak yang memberi arahan atau pengurusan sekolah.


17. BUKU LATIHAN, BUKU AKTIVITI, BUKU KERJA, LEMBARAN KERJA, KERJA PROJEK, BAHAN PROJEK MURID 1. Hendaklah disemak TIDAK LEBIH dari dua hari 2. Hendaklah dikembalikan kepada murid TIDAK MELEBIHI 3 hari 3. Hendaklah disemak dengan teliti 4. Hendaklah disertakan dengan komen atau pandangan yang bernas 18 PEMBELIAN/PESANAN BUKU AKTIVITI, BUKU KERJA/LEMBARAN TAMBAHAN, PERALATAN KEPERLUAN MURID, JERSI, BAJU PENDIDIKAN JASMANI, BAJU-T KELAB DAN PERSATUAN 1. HENDAKLAH atas persetujuan bersama: Murid, Ibu, Bapa, Penjaga, Waris,Guru secara bertulis 2. Ada mesyuarat/taklimat berserta Minit Mesyuarat / Taklimat yang ditandatangani 3. Secara beli dahulu, kutip kemudian 4. Semua pembelian MESTI ADA RESITdan RESITHENDAKLAH disalin cetak untuk diedar kepada semua pembeli dan fail berkaitan 5. Setiap pembayaran oleh mana-mana pihak kepada mana-mana individu / pihak HENDAKLAH disusuli dengan RESIT PEMBAYARAN pada tarikh dan masa yang sama serta jumlah pembayaran yang betul /tepat. 6. Buku Aktiviti / Lembaran Kerja Tambahan BUKAN PENGGANTI Buku Teks. 19 BILIKGURU 1. Hak semua / bersama staf tahun semasa 2. Semua staf bertanggungjawab untuk menjaga kekemasan dan kebersihannya setiap masa 3. TIDAK DIBENARKAN membawa masuk bahan lucah/berunsur lucah, bahan letupan, senjata tajam, bahan api, binatang/makanan haram [sama ada secara penuh atau sebahagian], dan minuman berakohol serta memabukkan, tetamu yang tiada urusan rasmi dan murid- murid 4. Semua alat / bahan dalam bilik guru adalah untuk keperluan / kegunaan staf tahun semasa sahaja


20 HUKUMAN ATAU DENDA KEPADA MURID 1. Hendaklah dalam bentuk mengajar bukan mendera 2. Bukan melukai/mencederakan/menyinggung perasaan/menyakitkan 3. TIDAK DIBENARKAN merotan/memukul mana-mana murid/murid-murid pada bila-bila masa 4. Jika ada kebenaran/Surat Turun Kuasa daripada Guru Besar,hendaklah dilaku mengikut Prosedur,di tempat tertutup dan 3 orang saksi 5. Surat Penurunan Kuasa Merotan laku pada tarikh dan masa tersebut sahaja dan bukan untuk selama-lamanya 6. TIDAK DIBENARKAN melakukan / menjatuhkan hukuman / dendaan di khalayak ramai 22 BERTUGAS HARIAN 1. Patuhi jadual 2. Sila lengkapisikan buku laporan bertugas harian guru 3. Laporkan kepada pihak pengurusan jika ada sesuatu yang tidak diingini/ kerosakkan serta ketidakpatuhan yang dikesan 4. Lapor segera kepada pihak pengurusan sekolah jika ada mana-mana ketidakakuran didapati 23 BERJUAL-BELI/BERNIAGA DI DALAM KAWASAN SEKOLAH 1. TIDAK DIBENARKAN tanpa kebenaran Guru Besar/ Pengurusan Sekolah pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja 24 BERGADUH 1. Ditegah sama sekali 2. Jika berlaku/ ada,dilapor terus kepada pihak pengurusan 3. Dapatkan nasihat/pandangan pihak atasan TANPA mengenepikan proses “JUSTICE OF HEARING” dan ”BELA DIRI


25 TIDAK DIBENARKAN menampal, mencetak, menulis apa-apa sahaja kata-kata lucah, perkauman, kumpulan skinhead/punk, unsur-unsur penghinaan, provokasi atau sindiran terhadap mana-mana individu/ pihak atau etnik dan agama pada mana-mana bahagian premis,Bangunan dan Kawasan sekolah adalah HAK KERAJAAN MALAYSIA 25.1 Meninggalkan permis atau rumah guru pada bila-bila masa HENDAKLAH... 1. Atas tanggungjawab penghuni sendiri 2. Padamkan semua punca api 3. Tutup semua punca air 4. Simpan sebaiknya barangan berharga 5. Berlaku apa kehilangan barangan berharga lapor segera kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak pengurusan sekolah akan mengambil tindakan 6. Perbincangan peringkat dalaman 7. Laporan Polis 8. Bekerjasama semasa siasatan 9. Laporan adalah benar 26 KEWANGAN/ KUTIPAN/ SUMBANGAN PERINGKAT SEKOLAH – KUTIPAN KEBAJIKAN STAF 1. Apa jua bentuk kutipan/ kewangan hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir dengan Resit/ dokumen penyerahan 2. Pembentangan dilaksanakan setiap kali mesyuarat staf atau bila-bila masa yang dikehendaki 3. Penyata dan aliran perbelanjaan HENDAKLAH sentiasa kemas kini 27 KEWANGAN PIBG ATAU SUMBANGAN MANA-MANA PIHAK LUAR ATAS NAMA PIBG 1. Sentiasa berada dalam simpanan Bendahari PIBG dan harus dimasukkan ke akaun PIBG serta-merta. 2. Apa sahaja bentuk dokumen mahupun keratan, resit berkaitan Kewangan PIBG atau sumbangan mana-mana pihak luar hendaklah difailkan dengan sesalinan kepada Guru Besar setiap kali ada atau selepas urusan


28 ADUAN 1. Sama ada lisan atau bertulis, hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan dengan segera 2. Layan/ balas selepas teliti, bincang dan fahami 29 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 1. Sentiasa mengekalkan hubungan baik 2. Bergiat aktif membantu sekolah 30 MAJLIS ATAU PROGRAM SEKOLAH 1. Patuhi atur cara dan protokol majlis/program 2. Jangan tinggalkan majlis selagi belum selesai 3. Layan dan hormati tetamu 4. Sentiasa hendaklah menulis dan membentang dokumentasi tidak lebih dari dua [2] hari selepas majlis/ program 5. Setiap program/ majlis MESTI ada jawatankuasa, kertas konsep, minit mesyuarat, surat panggil mesyuarat dan atur cara 6. Semua Staf HENDAKLAH hadir sekurang-kurangnya tiga puluh [30] minit lebih awal dari waktu bermulanya majlis 7. Hormati majlis 8. TIADA akohol atau pesta berunsur lucah dalam apa jua majlis/ program sekolah pada bila-bila masa


31 KEBERHUTANGAN SESAMA STAF/ORANG LUAR/BANK/ AHLONG 1. Atas perjanjian bersama [sama ada lisan atau bertulis dengan saksi atau tanpa saksi] maka pada dasarnya pihak pengurusan sekolah tidak bertanggungjawab secara langsung. Jika ada laporan [sama ada bertulis atau lisan], pihak pengurusan akan bersemuka dengan kedua-dua pihak dengan teguran dan janji untuk menjelaskan hutang tersebut [sama ada dalam bentuk kebendaan atau wang tunai] dan tidak menjatuhkan hukum. 32 LAMAN SOSIAL [CONTOH: FACEBOOK ]DI INTERNET 1. Semua jenis laman tersebut TIDAK DIBENARKAN dilayari dalam kelas dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, semasa bermesyuarat/ bertaklimat, mana-mana perhimpunan oleh mana-mana staf termasuk apa jua aplikasi 2. TIDAK DIBENARKAN melayari mana-mana laman lucah, berbentuk hasutan, ajaran sesat dan mana-mana laman sesawang yang memudaratkan 3. Apa sahaja yang ditulis, dinyatakan, dimuat naik, dimuat turun, dikongsi pada mana-mana media sosial adalah atas tanggungjawab individu itu sendiri. Tidak sama sekali melambangkan pendapat, sokongan mahupun arahan pihak sekolah. 4. HENDAKLAH TIDAK SAMA SEKALI merupakan kenyataan awam tentang sekolah. 5. TIDAK SAMA SEKALI menghina, menghasut, memprovok, mencemari nama baik mana-mana pihak/ individu 6. Mana-mana pihak/ individu yang didapati melanggari arahan Perkara 1, 2, 3 dan 4 di atas perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan tindakan berikut akan diambil... 1. Bersemuka dengan pengurusan sekolah 2. Kenyataan diambil/ dicatat


33 MENANDATANGANI MANA-MANA DOKUMEN 1. Hanya dibenarkan dengan surat izin/penurunan kuasa oleh Guru Besar 34 BERADA DI BILIKGURU/PEJABAT/VENUE SEKOLAH 1. Semua guru MESTI berada di Bilik Guru sepanjang waktu kelas 2. Pembantu Tadbir hendaklah berada di pejabat sepanjang waktu bertugas/ pejabat 3. Semua Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah berada di Venue bertugas masing-masing sepanjang waktu bertugas/ pejabat 4. Jika ingin/ perlu berada di luar, sila maklumi Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan 5. DILARANG SAMA SEKALI ”beroperasi” dari kediaman/ kuarters semasa waktu pejabat. 35 MENERBIT/MENGHANTAR MANA-MANA ARTIKEL UNTUK PENERBITAN/AKHBAR/ BLOG 1. Sila mohon kebenaran pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu 2. Jika gagal mematuhi Perkara 59.1. tanggungjawab individu/ pihak berkenaan


36 BERKENDERAAN DALAM KAWASAN SEKOLAH 1. Sila pandu dengan perlahan 2. Jika berlaku kemalangan, sila maklumkan pihak pengurusan dengan segera 3. Mana-mana pemandu/kenderaan yang terlanggar/ melanggar mana-mana bahagian harta/ hak sekolah,sila buat pengantian dengan kadar segera.Ini termasuk bunga-bunga dan apa saja tanaman yang menjadi hak sekolah 37 CALON PENERIMA APC/APA JUA ANUGERAH 1. TIDAK SEMESTINYA berdasarkan kekananan di sekolah atau dalam perkhidmatan tetapi berdasarkan Iltizam, disiplin dan daya usaha,sumbangan ketara dan keakuran terhadap arahan serta kepatuhan dan peraturan 2. Pihak pengurusan boleh TIDAK MENCALONKAN mana-mana pegawai jika tidak menepati ciri-ciri/ kehendak pentadbiran, misi dan hala tuju organisasi 3. Keputusan adalah muktamad 38 KURSUS/TAKLIMAT/BENGKEL DILUAR STESENDAN MELANJUTKAN PELAJARAN 1. Semua pihak yang mematuhi syarat akan disokong sepenuhnya 2. Tiada diskriminasi dan terbuka untuk semua 3. Segala bentuk pertukaran/penggantian hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah 4. Kehadiran adalah wajib


39 KURSUS /LATIHANDALAMAN 1. HENDAKLAH dilaksanakan oleh mana-mana pihak/individu yang telah menghadiri apa sahaja kursus/ taklimat/ bengkel/ konvensyen/ bicara wara/ perkampungan/ kem dalam t empoh tiga [3] hari bekerja selepas menghadirinya 40 MENANDATANGANI MANA-MANA DOKUMENTASI OLEH GURU BESAR 1. Guru Besar berhak untuk tidak menandatangani sesuatu dokumen yang tidak lengkap, tidak akur, meragukan, ada kesan pemadam cecair dan meminta mana-mana pihak memperjelas dan memperbetulkannya 2. Guru Besar berhak untuk mempersoalkan dan tidak mengambil tindakan untuk menyokong mana-mana cuti sakit jika sijil sakit yang dimajukan ada kesan cacair pemadam, tidak sempurna atau ada apa-apa jua kesan ketidakakuran dan meragukan mahupun cubaan mengubah mana-mana bahagian slip cuti sakit


PENUTUP DAN RUMUSAN 1. Penghasilan KETETAPAN SEKOLAH ini adalah untuk peringkat sekolah sahaja. KETETAPAN SEKOLAH di atas TIDAK SAMA SEKALI mengenepi atau menghapuskan mana-mana akta, arahan, peraturan, pekeliling atau memo rasmi mahupun mana-mana perenggan atau bahagiannya yang dikeluar, diedar dan dikuatkuasa oleh Jabatan Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Perintah Am dan Kerajaan Malaysia. KETETAPAN SEKOLAH di atas TIDAK MENDAHULUI mana-mana pekeliling Jabatan Pendidikan Daerah,Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia. KETETAPAN SEKOLAH di atas hanya untuk diguna pakai untuk peringkat sekolah sahaja. KETETAPAN SEKOLAH di atas adalah dengan sendirinya terlaksana dan diguna pakai untuk semua WARGA Sekolah Kebangsaan Merbau, selagi berkhidmat dan belajar di sekolah Kebangsaan Merbau, termasuk ahli keluarga yang mendiami mana-mana premis sekolah. KETETAPAN SEKOLAH di atas juga merangkumi mana-mana pekerja swasta/ kontrak yang menjalankan tugas di sekolah ini sehingga tamat kontrak/ siap urusan kerja. 2. Sekurang-kurangnya kita ada bahan bertulis untuk dirujuk jika perlu mengambil mana-mana tindakan.


WAKTU BEKERJA DI SEKOLAH


1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan waktu bekerja penjawat awam di Malaysia dalam seminggu adalah 45 jam seminggu selaras dengan ketetapan International Labour Organization (ILO). 1. Waktu bekerja penjawat awam terbahagi kepada waktu bekerja pejabat dan waktu bekerja bukan pejabat. Di sekolah, PGB dan AKP bekerja menggunakan waktu bekerja pejabat manakala guru bekerja menggunakan waktu bekerja bukan pejabat tetapi masih terikat kepada penetapan waktu bekerja oleh JPA iaitu 45 jam seminggu merangkumi waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan PdP dan bukan PdP serta luar waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan lain-lain seperti Rajah 2 di bawah.


Maklumat daripada MySG Malaysian school Governance


Click to View FlipBook Version