GGGS5133 PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN LAPORAN TUGASAN 1 (INDIVIDU): ULASAN DOKUMEN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH: DR SHEERAD BIN SAHID NAMA PELAJAR: FARAH ADLEEN BINTI ZAKARIA NO MATRIK: P127911 SET: 13 L17 KOHORT 2 KB
ISI KANDUNGAN 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 1 2.0 KONSEP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN 2 2.1 Konsep Usahawan dan Keusahawanan 2 2.2 Konsep Pendidikan Keusahawanan 2 3.0 ANALISIS DOKUMEN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA 3 3.1 Dasar Keusahawanan Nasional 2030 4 3.2 Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 10 3.3 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE - Entrepreneurship Integrated Education) 15 3.4 Elemen Merentas Kurikulum (Keusahawanan) 21 4.0 ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN EMK-KEUSAHAWANAN SERTA CADANGAN PEMERKASAAN 23 5.0 RUJUKAN 27 6.0 LAMPIRAN 27
1 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Laporan ini mengandungi beberapa aspek yang ingin diketengahkan dan dibincangkan dalam mewujudkan dan menerapkan elemen keusahawanan dalam pendidikan. Antara perkara yang terdapat di dalam laporan ini ialah konsep pendidikan iaitu konsep usahawan, konsep keusahawanan dan juga konsep pendidikan dalam keusahawanan. Selain itu, laporan ini juga mengandungi analisis berkenaan empat (4) dokumen yang menjadi teras dalam pendidikan keusahawanan di Malaysia. Isu dan cabaran dalam melaksanakan Elemen Merentas KurikulumKeusahawanan juga dibincangkan serta pemerkasaan terhadap EMK-Keusahawanan juga dicadangkan melalui laporan ini. Secara keseluruhan, pendidikan keusahawanan adalah berasaskan konsep yang merujuk kepada usahawan dan keusahawanan. Tanpa teras usahawan dan keusahawanan, pendidikan keusahawanan tidak akan dapat dicapai. Bagi mencapai matlamat dan memahami konsep pendidikan keusahawanan, konsep dan definisi usahawan dan keusahawanan terlebih dahulu diperkenalkan di dalam laporan ini. Konsep pendidikan keusahawanan seterusnya dibincangkan dan dihubungkaitkan dengan konsep usahawan dan keusahawanan dengan menyenaraikan definisi, konsep, perkembangan dan juga kepentingannya dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kedepan dalam bidang keusahawanan. Seterusnya dalam laporan ini juga, empat (4) dokumen pendidikan keusahawanan di Malaysia dianalisis iaitu Dasar Keusahawanan Nasional 2030, Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025, Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu dan Elemen Merentas Kurikulum (Keusahawanan). Keempat-empat dokumen tersebut dibincangkan menerusi laporan ini dan juga bagi memberi gambaran apakah kandungan setiap dokumen tersebut. Bagi dokumen Dasar Keusahawanan Nasional 2030, perkara yang diketengahkan adalah tentang budaya dan pemikiran, pendidikan dan kemahiran dan juga data pengangguran. Menurut Dasar Keusahawanan Nasional 2030, perubahan dalam membudayakan dan juga mempunyai pemikiran bercirikan elemen-elemen keusahawanan hanya akan dapat direalisasikan dengan peralihan. Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 pula menekankan soal sikap pelajar, penglibatan daripada tenaga pengajar di peringkat institusi pendidikan, sistem pelaporan yang bersepadu dan juga dana untuk pelajar membangunkan perniagaan. Pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan juga pengembangan minda adalah aspek yang dibincangkan dalam Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu. Dan yang terakhir adalah Elemen Merentas Kurikulum (Keusahawanan) di mana ia memberi perhatian terhadap isu tahap pengetahuan pendidik, minat pendidik dan juga keyakinan pada pelajar. Bahagian terakhir dalam laporan ini adalah membincangkan mengenai isu dan cabaran dalam melaksanakan EMK-Keusahawanan dari segi masalah dalam kalangan guru, pelajar dan juga kandungan kurikulum. Setiap isu dan cabaran yang diketengahkan disertai dengan cadangan untuk memperkasakan pelaksanaan EMK-Keusahawanan tersebut. Setiap cadangan adalah merujuk kepada keempat-empat dokumen yang telah dianalisis.
2 2.0 KONSEP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN 2.1 Konsep Usahawan dan Keusahawanan Frasa “usahawan” dan “keusahawanan” telah diberikan maksud kepada beberapa definisi. Antara definisi yang diberikan adalah seperti berikut: Definisi Keusahawanan: ● Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan, 2002). ● Secara general, keusahawanan ditakrifkan sebagai individu yang mengusahakan dan mengendalikan sesuatu perniagaan dan tidak takut untuk menghadapi risiko dalam perniagaan yang diusahakannya. Definisi Usahawan: ● Usahawan adalah orang perseorangan yang memperbaharui atau menginovasikan sesuatu produk atau perkhidmatan demi kesejahteraan syarikat atau pertubuhannya sendiri (Schumpeter, 1934). ● Usahawan adalah individu yang mempunyai kemahiran inovasi dan berkeinginan yang kuat dalam menggapai sesuatu (McClelland, 1961). Maka dapat disimpulkan bahawa usahawan adalah individu yang melaksanakan kegiatan jual beli dengan mengaplikasikan elemen inovasi dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan manakala keusahawanan adalah kegiatan atau seseorang yang menjalankan perniagaan dengan bercirikan usahawan yang berjaya. Terdapat juga pandangan mengenai keusahawanan menurut perspektif sosiologi, psikologi dan islam. Dari perspektif sosiologi, keusahawanan dihuraikan sebagai elemen keagamaan yang dijadikan kayu ukur untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi. Menurut pandangan psikologi pula, usahawan adalah individu yang tidak berkesempatan untuk mendapat kemudahan yang tertentu semasa kecil, mendorong ia untuk mencari cara bagi mengubah kehidupan mereka. Berbeza pula dari segi islam, keusahawanan adalah salah satu sumber rezeki yang datang dan dalam islam mengakui bahawa 90% cabang rezeki adalah hasil daripada perniagaan. 2.2 Konsep Pendidikan Keusahawanan Dalam melahirkan usahawan yang mempunyai elemen yang telah digariskan, institusi pendidikan dilihat sebagai tempat yang terbaik dan relevan bagi menerapkan elemen keusahawanan dengan efektif. Pendidikan adalah keperluan bagi setiap individu dan semestinya penerapan nilai murni, tingkah laku dan pemikiran seseorang banyak dipengaruhi melalui pendidikan mereka. Justeru, bagi mencapai matlamat untuk negara menerajui keusahawanan di peringkat global, elemenelemen keusahawanan perlu diterapkan dan diperkukuhkan di peringkat institusi pendidikan
3 bermula dari sekolah rendah sehingga kepada peringkat Institusi Pendidikan Tinggi/universiti. Membudayakan elemen keusahawan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dimana ia memerlukan komitmen dari pelbagai pihak termasuk pelajar, pendidik, staf pentadbiran di sekolah, agensi kerajaan serta masyarakat umum. Maka, fokus utama pendidikan keusahawanan adalah untuk mewujudkan masyarakat yang membudayakan keusahawanan di Malaysia. Pendidikan keusahawanan didefinasikan sebagai satu proses yang dilakukan sepanjang hayat bagi menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai keusahawanan melalui proses yang secara langsung atau secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendidikan adalah satu perkembangan di mana proses memperolehi ilmu pengetahuan melalui teori serta melaksanakan latihan (hands-on) atau praktikal bagi pembentukan sikap dan tingkah laku serta mengasah bakat dalam diri seorang pelajar. Pendidikan keusahawanan telah berkembang dari satu fasa ke fasa yang lain dalam proses penambahbaikan. Ia dilaksanakan sebagai satu strategi melalui rangka rancangan jangka panjang (RRJP ke-3). Tujuan RRJP adalah sebagai penambahan bilangan sumber manusia yang mempunyai kemahiran yang tinggi, berkebolehan dalam melakukan inovasi dan teknologi serta menggalakkan perniagaan. Pendidikan keusahawanan dilaksanakan melalui pembangunan dan juga pelaksanaan kurikulum keusahawanan, melalui aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Kepentingan menerapkan pendidikan keusahawanan di institusi pendidikan adalah agar dapat memberi kesedaran dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat terutama pelajar dan juga membuka minda pelajar untuk menjadikan usahawan sebagai salah satu kerjaya pilihan mereka. Ditambah dengan situasi sekarang, bukanlah sesuatu yang asing sekiranya graduan tidak dapat menjadikan jurusan pelajaran mereka sebagai kerjaya mereka. Maka, bidang keusahawanan ini dilihat sebagai alternatif terbaik untuk dijadikan sebagai pilihan kerjaya sekaligus membantu dalam mengurangkan kadar pengangguran setempat. Selain itu, dapat menyumbang kepada melahirkan usahawan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan penguasaan daripada segi kemahiran dalam bidang yang dipelajari. Pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam diri usahawan juga akan dapat diwujudkan bagi mereka menghadapi cabaran dan tekanan. 3.0 ANALISIS DOKUMEN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA Dalam bahagian ini, empat (4) dokumen pendidikan keusahawanan di Malaysia akan diperkenalkan. Setiap satu dokumen yang terlibat akan dibincangkan dan dihuraikan bagi menggariskan dasar, panduan serta komponen yang penting dalam mengukuhkan pendidikan keusahawanan di Malaysia. Dokumen-dokumen tersebut adalah Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025, Pendidikan Keusahawanan Bersepadu dan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan (EMK-Keusahawanan).
4 3.1 Dasar Keusahawanan Nasional 2030 Dalam usaha mencapai aspirasi negara Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dan maju, satu gagasan telah dijadikan sebagai penggerak dan sebagai arah tuju Malaysia menjelang tahun 2030. Gagasan tersebut adalah dikenali sebagai “Kemakmuran Bersama”. Melalui gagasan ini, dalam fokus untuk merapatkan jurang ekonomi dan juga menambahkan pendapatan dan penglibatan rangkaian bekalan. Ekonomi yang lebih progresif, tersusun, berfokuskan ilmu pengetahuan dan bernilai tinggi akan dapat diwujudkan melalui Model Pembangunan Baharu. Tujuh (7) Teras Strategik Gagasan Kemakmuran Bersama 1. Ekosistem perniagaan dan industri negara ditambah baik dan disusun semula bagi memastikan transformasi ekosistem perniagaan, ushawanan dan industri membangun menepati Revolusi Industri 4.0, intelek dan ekonomi digital. 2. Sektor pertumbuhan dan bidang keberhasilan utama baharu dikenal pasti dan dikuasai melalui pelaburan bagi memastikan Malaysia mampu menjadi pengeluar produk sendiri bertaraf antarabangsa. 3. Dalam melahirkan bakat yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi, kompetitif dan produktif, struktur Pembangunan modal insan negara dikaji semula agar ia seiring memenuhi kehendak industri. 4. Keperluan pekerja asing dikurangkan dengan mewujudkan industri yang mempunyai pekerjaan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti seterusnya memberi ruang kepada pekerja untuk mendapatkan pekerjaan yang berpendapatan lebih tinggi. 5. Melalui prinsip need base, iaitu memenuhi ekonomi keperluan dengan objektif adalah untuk mengeluarkan golongan terpinggir dari kemiskinan. 6. Bagi memastikan ekonomi dapat bertumbuh dengan menyeluruh dan lebih luas, pusat ekonomi diwujudkan di seluruh negara di samping membantu jurang ekonomi menjadi lebih rapat. 7. Meningkatkan modal sosial masyarakat dalam membentuk masyarakat yang matang, berilmu dan mempunyai perpaduan. Model Pembangunan Baharu - salah satu objektif utama dalam konsep Kemakmuran Bersama. Menekankan penglibatan semua peringkat rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan dalam kemajuan sosio ekonomi negara dimana ilmu pengetahuan dan nilai kemasyarakatan menjadi tonggak utama. Tiga (3) aspek utama di dalam model ini iaitu: 1. Elemen inovasi dan ilmu pengetahuan menjadi pemangkin kepada ekonomi yang berstruktur dan progresif. 2. Ekonomi diagihkan dengan adil dan inklusif kepada setiap lapisan Masyarakat 3. Keperluan semasa dipastikan dapat dipenuhi tanpa mengabaikan generasi hadapan.
5 DKN telah disusun dan dirangka bagi menetapkan hala tuju yang dapat membantu dalam Pembangunan ekosistem keusahawanan di negara Malaysia. Ciri-ciri yang perlu ada bagi mewujudkan Malaysia sebagai negara yang maju kedepan dan berdaya saing adalah: 1) Berkemahiran tinggi dalam bakat 2) Didorong oleh inovasi 3) Kerjasama yang baik dalam sektor ekonomi 4) Golongan masyarakat keusahawanan 5) Pengurusan yang baik 6) Diterajui pasaran 7) Pembangunan kukuh Lanskap Keusahawanan di Malaysia: Persekitaran Keusahawan Di peringkat dunia, sesetengah negara menumpukan perhatian kepada penambahbaikan komuniti keusahawanan dalam membentuk usahawan yang berkemahiran tinggi. Usaha telah dijalankan dan dipergiat dalam menjadikan usahawan mempunyai kemahiran yang diperlukan dengan memperkenalkan dasar keusahawanan di peringkat nasional supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dalam aspek perniagaan dan teknologi yang berubah daripada ‘tradisional’ kepada ‘baharu’. Walau bagaimanapun, penyesuaian tersebut yang menjadi cabaran utama bagi kebanyakan negara dimana pada dasarnya usahawan perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran abad ke-21, pendigitalan operasi perniagaan dan membuat kolaborasi bersama usahawan yang lain bagi membantu mereka bertahan dalam dunia perniagaan. Program dan inisiatif semasa Kerajaan Malaysia telah memberi tumpuan kepada bidang keusahawanan dengan melaksanakan beberapa program dan inisiatif semasa seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara, Dasar Pembangunan Negara dan juga Model Ekonomi Baru. Dasar, inisiatif dan program yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bersifat inklusif dimana ia melibatkan seluruh rantaian nilai (value chain). Antara program dan inisiatif yang dilaksanakan adalah pembiayaan kewangan melibatkan bantuan dalam bentuk jaminan bank, pinjaman mudah serta pengecualian cukai. Selain itu, geran penyelidikan juga diberikan kepada syarikat yang terlibat dengan penyelidikan dan pengkomersialan, juga penyelesaian saintifik dan teknologi disumbangkan bagi menyelesaikan masalah usahawan dan industri. Latihan dan pembangunan kapisiti serta infrastruktur dan premis perniagaan diberikan kepada usahawan yang memerlukan. Kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk memberi akses pasaran kepada usahawan lebih meluas sama ada dalam atau luar negara dan memberi akses kepada usahawan untuk mendapatkan pelbagai sokongan dan peluang lebih luas bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.
6 Isu dan Cabaran Bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan lebih kondusif agar usahawan tempatan dapat diperkasakan, isu dan cabaran yang wujud perlu dikenal pasti dan diatasi. Terdapat lapan (8) isu dan cabaran yang dapat dikenal pasti melalui polisis ini iaitu: 1) Untuk melahirkan usahawan yang berasaskan peluang dan inovasi, pemikiran usahawan sendiri yang perlu dipupuk agar dapat meningkatkan jitu dan berpeluang untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap nasional dan global. Hal ini kerana, kejayaan perniagaan usahawan sebenarnya memerlukan usaha dan budaya pemikiran mereka sendiri tanpa meletakkan kebergantungan kepada sokongan dan bantuan kerajaan sepenuhnya. Bagi memupuk pemikiran tersebut, usahawan perlu bersedia untuk melakukan perubahan seperti mengubah pemikiran mereka daripada pemikiran tetap kepada pemikiran pertumbuhan. 2) Mengambil kira kepesatan kemudahan teknologi pada masa kini, usahawan tempatan adalah digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi digital bagi memajukan lagi diri mereka dalam pasaran perniagaan. Pasaran serantau seperti ASEAN perlu diberi fokus oleh usahawan tempatan kerana ia merangkumi lebih ramai penduduk. Selain itu, megatrend seperti data raya, sifar karbon, Internet of Things (IoT) serta pusat pengumpulan data akan mengubah cara dan gaya hidup pengguna. 3) Terdapat lebih 60 agensi yang telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk menjadikan strategi keusahawanan mampu direalisasikan. Namun, cabaran yang harus dihadapi dalam mencapai perkara tersebut adalah perbezaan polisi dan dasar antara kementerian dan pertubuhan di samping sikap kebanyakan agensi yang lebih cenderung untuk bergerak secara bersendirian. Justeru, mengenal pasti dan membangunkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan kaedah penilaian berkala adalah satu keperluan. 4) Salah satu penyebab menyumbang kepada perkembangan usahawan disekat untuk beralih kepada keusahawan berasaskan inovasi adalah kerana prosedur, undang-undang dan polisi yang tidak sehaluan dengan permintaan, teknologi dan pembangunan global. Oleh itu, penyelesaian dalam mewujudkan kerjasama antara kementerian, agensi dan badan penguatkuasa harus dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada pelaksanaan modelmodel perniagaan yang baharu terutama apabila menghadapi evolusi e-dagang di peringkat dunia. 5) Faktor capaian kepada sumber kewangan berlaku apabila terdapat perbezaan jangkaan antara pembiaya dan pengusaha. Ditambah pula dengan usahawan mengalami kesukaran untuk menyediakan cagaran kepada pembiaya. Peranan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) juga menyukarkan usahawan dari segi bantuan kewangan. Selain itu, minat dan kurang faktor yang mendorong usahawan untuk meneroka peluang yang lebih banyak juga menyebabkan jurangjurang tersebut wujud.
7 6) Jika dilihat tren terkini dalam dunia perniagaan, pemasaran melalui alam maya mendapat perhatian yang lebih tinggi berbanding sektor borong dan peruncitan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang ketara telah wujud antara usahawan tempatan dan usahawan global kerana usahawan tempatan yang gagal mengambil peluang teknologi yang ada dalam membantu mereka dalam pemasaran yang lebih meluas. 7) Isu yang sering berlaku dalam pasaran adalah apabila ada sesetengah pihak yang memonopoli harga bekalan. Hal ini berlaku akibat daripada usahawan yang tidak dapat mengekalkan daya saing, melestari dan mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, alternatif lain perlu dikenal pasti bagi memastikan persaingan dalam pasaran adalah lebih sihat. Cabaran bagi agensi pembangunan keusahawanan adalah untuk memastikan sokongan diberikan kepada usahawan yang mempunyai potensi agar pembaziran sumber dapat dielakkan. 8) Kesukaran yang dihadapi dalam faktor pendidikan dan kemahiran adalah apabila penawaran dan permintaan (supply and demand) tidak seimbang menyebabkan berlaku lambakan graduan yang tidak mendapat kerja dan akhirnya menganggur. Keadaan menjadi lebih buruk apabila graduan menjadikan kerjaya yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka sebagai halatuju kerjaya mereka. Seharusnya, graduan yang mempunyai kemahiran tinggi dipupuk dengan inovasi dan kreativiti supaya dapat menggalakkan mereka untuk menerokai bidang baharu bagi menghadapi dunia yang penuh dengan persaingan yang semakin kompetitif. DKN adalah perancangan jangka masa yang panjang bagi negara Malaysia dalam mencapai matlamat untuk wujud sebagai negara keusahawanan yang berjaya pada tahun 2030. Dalam menuju sebagai sebuah negara yang bersepadu, makmur dan membangun dengan pesat, dasar ini adalah faktor dan petunjuk terutama dalam proses mengagihkan hasil ekonomi dengan inklusif dan lebih sekata. Objektif Dasar Keusahawanan Nasional 2030: ● Merealisasikan pengurusan keusahawanan yang lebih menyeluruh dan produktif dalam usaha memberi sokongan kepada dasar pembangunan negara yang inklusif, sebanding dan kukuh ● Mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pemikiran dan budaya keusahawanan ● Menambahkan bilangan usahawan yang berkemahiran tinggi, berfikiran global, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing ● Meningkatkan kebolehan perniagaan mikro, kecil, sederhana dan koperasi ● Mewujudkan pilihan utama kerjaya adalah sebagai usahawan Kerangka dasar: 7 elemen utama yang dibentuk untuk memantapkan komuniti keusahawanan 1. Pasaran: melibatkan pasaran melalui aktiviti mengkomersialkan produk dan perkhidmatan tempatan dan meluaskan rangkaian jaringan global. 2. Dasar & Polisi: melalui pertubuhan pelaksana dan penyelidikan, atur cara penggubalan dan penyeliaan peraturan serta undang-undang
8 3. Pembiayaan: memberi kebenaran kepada bantuan kewangan untuk kegiatan keusahawanan melalui kaedah pembiayaan alternatif, konvensional dan kolaboratif. 4. Sokongan: dari aspek kemudahan fizikal dan digital selain infrastruktur seperti perakaunan, perundangan dan kepakaran teknikal. 5. Budaya: memudayakan pemikiran keusahawanan terhadap kreativiti, berpandangan jauh dan berni mengambil risiko. 6. Kemahiran & Bakat: mewujudkan sistem yang tersusun dan diiktiraf dalam pendidikan dan latihan bagi usahawan yang berkemahiran dan berpengetahuan. 7. Teknologi & Inovasi: menambahkan nilai produk dan perkhidmatan dengan penyelidikan dan Pembangunan serta mengambil perhatian terhadap cabaran baharu yang muncul. Enam (6) Teras Strategik bagi mencapai sasaran di dalam DKN. Teras Strategik 1: Membudayakan keusahawanan dalam segenap lapisan masyarakat terutama melibatkan sistem pendidikan. Kumpulan pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, IPT dan masyarakat umum dilibatkan bagi memastikan pemikiran, sumbangan dan nilai keusahawanan dapat diwujudkan. Di samping itu, untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpikiran inovatif dan kreatif dalam meneroka peluang. Teras strategik ini disokong oleh 2 strategi dan 10 inisiatif. Antaranya ialah bilangan komuniti usahawan yang mencukupi diwujudkan dengan cara memperkasakan program, mempromosikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan menggunakan media sebagai medium untuk menyalurkan maklumat dengan sebaiknya. Selain itu, pelaksanaan pendidikan dan kemahiran keusahawanan juga dipertingkatkan melalui penerapan ciri-ciri usahawan dalam sistem pendidikan di semua peringkat sekolah serta kerjasama antara industri yang ada diperkukuhkan lagi. Teras Strategik 2: Pengurusan dalam sistem tadbir urus yang cekap, baik dan efektif akan dapat membantu dalam memastikan sistem kawal selia dan akses kepada pembiayaan kewangan dalam keadaan yang optimum. Ini sejajar dengan dasar negara yang berpaksikan keadilan, integriti dan pematuhan peraturan. Teras strategi ini disokong oleh 6 strategi dan 18 inisiatif. Antara strategi dan inisiatif yang dirangka adalah mendorong tadbir urus melalui pemantapan tatacara berasaskan ICT, menyusun semula peranan dan fungsi pelbagai EDO, mengukuhkan pemantauan dan penilaian keberhasilan dan kesan dengan cara mewujudkan Majlis Keusahawanan. Di samping itu juga, menambahbaik undang-undang dan peraturan dalam perniagaan menerusi piawaian dan objektif pembangunan yang mapan selain menyokong persaingan secara sihat dan mengurangkan kos penubuhan dan pengurusan perniagaan. Teras Strategik 3: Menggalakkan perkembangan keusahawanan bersepadu dan menyeluruh. Melalui konsep bahawa keusahawanan adalah untuk semua, maka penglibatan semua lapisan
9 masyarakat adalah sentiasa menjadi hasrat kerajaan. Melalui keusahawanan, jurang pendapatan, penjanaan pendapatan serta peluang pekerjaan dapat diwujudkan dengan lebih banyak seterusnya dapat merangsang pertumbuhan sosio ekonomi negara. Didukung oleh 3 strategi dan 9 inisiatif merangkumi sokongan ke arah usaha keusahawanan dalam kalangan golongan tertentu, memantapkan pelaksanaan keusahawanan sosial dan juga memajukan koperasi terhadap membangunkan sosio ekonomi yang lebih mapan. Teras Strategik 4: Mendorong pembangunan ekonomi menerusi perusahaan berasaskan inovasi. Hal ini kerana apabila produk atau perkhidmatan diinovasikan, ia akan dapat menambah nilai dan menjadikan produk atau perkhidmatan tersebut lebih mampu untuk berdaya saing di pasaran. Namun begitu, perlu dipastikan bahawa ekosistem inovasi perlulah rancak. Justeru, komunikasi dan kolaborasi antara usahawan, penyelidik dan inovatif perlu dipergiatkan dan sinergi dalam memastikan perusahaan tempatan dapat mencipta inovasi yang praktikal dan dapat kekal dalam pasaran. Disokong oleh 2 strategi dan 6 inisiatif iaitu sokongan perusahaan yang mempunyai inovasi dan mempunyai pertumbuhan yang tinggi dan juga proses pertukaran teknologi dan inovasi yang dimudahkan caranya. Teras Strategik 5: Memantapkan keupayaan dan prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Menyokong perusahaan mikro melalui sokongan program bantuan dan latihan yang lebih terperinci. Latihan keusahawanan yang ditawarkan bukan sahaja menekankan aspek pengurusan perniagaan malah tertumpu juga pada latihan kemahiran. Selain itu, akses pasaran untuk membolehkan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan dimasukkan ke dalam pasaran kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya dan hypermarket. Disokong oleh 4 strategi dan 14 inisiatif di mana pelaksanaan PPV (Program Pembangunan Vendor) dipertingkatkan, kebolehan keusahawanan dan kemampuan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana juga dipertingkatkan serta bantuan tersasar bagi akses pasaran disediakan. Di samping itu juga, pengurusan rantaian bekalan dikawal dan diselia dengan lebih baik. Teras strategi 6: Pengantarabangsaan perusahaan berpertumbuhan tinggi. Secara relatifnya, pasaran tempatan adalah lebih kecil berbanding pasaran global. Maka, usahawan tempatan perlu mengambil inisiatif untuk berusaha mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat global kerana ia berkaitan dengan kepadatan populasi dan juga permintaan pengguna. Walau bagaimanapun, perlu diambil kira bahawa dalam memenuhi keperluan pasaran global yang lebih besar, kecekapan dan keupayaan sesebuah perniagaan adalah diperlukan dari aspek pengurusan tadbir urus, tenaga yang berkemahiran dan perancangan dalam promosi dan penjenamaan yang berkualiti. Teras ini didukung oleh 2 strategi dan 5 inisiatif; memberi kemudahan kepada pengusaha tempatan untuk memasuki pasaran global dan juga menyokong rangkaian dan jalinan kerjasama antara negara serantau seperti negara anggota ASEAN dan APEC.
10 3.2 Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 Bertujuan untuk menambah baik pelaksanaan dasar keusahawanan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Ia dihasilkan bagi menyambung pelan terdahulu dalam menjadikan pendidikan keusahawanan lebih mantap, di samping untuk melahirkan graduan yang lebih menyeluruh dan bercirikan keusahawanan dan seimbang. Pelan ini diwujudkan dengan berpandukan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). 5 objektif polisi: ➔ Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang lebih menyeluruh dan kondusif dalam menggalakkan sosio ekonomi yang inklusif, mapan dan juga seimbang. ➔ Mengasah pemikiran dan membudayakan keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia ➔ Usahawan yang berdaya maju, berkualiti, kompetitif dan berfikiran global dipertingkatkan bilangannya ➔ Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dipertingkatkan lagi keupayaan mereka ➔ Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan Kerangka PTK-IPT didukung oleh tiga (3) teras yang penting: Teras 1: Ekosistem Keusahawanan Bersinergi Strategi utama Inisiatif Penanda aras Memperkukuhkan sistem sokongan PdP dan penyelidikan keusahawanan Keusahawanan sosial (SE) dijalankan untuk memupuk rasa simpati dan empati dalam diri pelajar. Tanda aras 1: Berbincang bersama pihak berkepentingan dan memilih kursus yang bersesuaian Tanda aras 2: Mengaplikasikan pengajaran keusahawanan dalam pelbagai bidang Pengamal industri dilibatkan dalam menjadikan pengajaran lebih praktikal, realistik dan berkesan. Menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai program kokurikulum berkredit. Menggalakkan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang bidang supaya pelajar dapat menjual idea mereka kepada
11 masyarakat. Hasil pembelajaran dalam bahan pengajaran dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif yang diinginkan seterusnya melahirkan usahawan. Melahirkan penuntut yang berkebolehan untuk menjana peluang kerjaya melalui keusahawanan. Dasar keusahawanan (hala tuju, matlamat dan objektif) perlu jelas dan komprehensif dalam meningkatkan kegiatan keusahawanan. Tanda aras 1: Penilaian terhadap pembangunan Dasar Keusahawanan di setiap IPT diikuti penambahbaikan terhadap dasar tersebut. Tanda aras 2: Penilaian di peringkat pelaksanaan setiap dasar dan impaknya disusuli intervensi yang sesuai. Inkubator keusahawanan perlu diwujudkan bagi melancarkan proses penubuhan syarikat baharu serta memberi bantuan kewangan dan nasihat. Dasar green lane memperkukuhkan supaya dapat menggalakkan aktiviti keusahawanan dipergiatkan. Mewujudkan direktori ekonomi gig bagi menyediakan platform yang sesuai untuk pelajar kearah dunia sebenar pekerjaan seperti freelance. Latihan industri bagi pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui pengalaman dalam dunia perniagaan yang sebenar. Rangkaian usahawan dalam mengumpulkan para usahawan pelajar dalam platform yang sama, dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pelajar setelah menghabiskan pelajaran mereka. Menambahkan bilangan pendidik yang Kegiatan keusahawanan dijadikan sebagai salah satu kriteria untuk kenaikan pangkat Tanda aras 1: Pelan Pembangunan Bakat pendidik keusahawanan dan Trek
12 mempunyai kepakaran dalam keusahawanan Keusahawanan sebagai laluan kerjaya akademik Keusahawanan disediakan (rujuk Buku Jingga untuk proses dan ciri utama) di setiap IPT. Tanda aras 2: Melaksanakan elemen dalam Pelan Pembangunan Bakat Keusahawanan dan meluluskan Trek Keusahawanan bagi proses kenaikan pangkat. Program sabatikal yang memberi ruang kepada staf akademik untuk memfokuskan pembangunan professional mereka. Staf akademik melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan keusahawanan seperti sebagai pemilik perniagaan. Pendidik perlu mempunyai sijil dan kelayakan yang menyeluruh dalam bidang keusahawanan. Contohnya, menggaji ahli akademik yang mempunyai berbeza latar belakang kelayakan sebagai pendidik yang bertauliah. Teras 2: Kolaborasi Berimpak Tinggi Strategi Inisiatif Penanda aras Menggalakkan kerjasama melalui komuniti keusahawanan Menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Keusahawanan untuk mentadbir dan mengawasi kegiatan keusahawanan yang diadakan di IPT. IPT digalakkan untuk melantik agensi kerajaan dan pemain industri sebagai anggota jawatankuasa ini. Tanda aras 1: Jawatankuasa penasihat Keusahawanan dibangunkan dan disertai oleh agensi dan industri serta rangkaian agensi dikenal pasti bagi mengukuhkan perkembangan keusahawanan di IPT. Tanda aras 2: Usahawan tamu dijadikan sebagai mentor dan pakar penasihat di samping melaksanakan program bersama rangkaian agensi atau industri. IPT perlu mengenal pasti dan mewujudkan kerjasama yang baik dengan agensi, industri dan alumni sebagai rakan kongsi dalam melakukan program keusahawanan lestari.
13 Perkongsian daripada peramal industri dan usahawan mampu untuk memperkukuhkan agenda pembangunan keusahawanan IPT. Menambah baik pembiayaan permulaan untuk perniagaan pelajar Memberi kemudahan untuk pelajar mengakses pembiayaan bagi memulakan perniagaan mereka adalah inisiatif yang akan dilaksanakan oleh pusat keusahawanan IPT. Tanda aras 1: Pembiayaan permulaan perusahaan pelajar dibantu melalui kerjasama agensi atau industri Tanda aras 2: Platform dalam talian diwujudkan untuk sumbangan dan aktiviti Membangunkan platform secara padanan dijalankan. dalam talian untuk menyumbang pembiayaan permulaan perniagaan pelajar di samping dapat mempamerkan produk, idea dan perkhidmatan mereka. Memadankan bakat pelajar dan bakal pelabur untuk membantu graduan mencari dan menjana dana bagi meningkatkan perniagaan mereka. Teras 3: Inovasi dan Teknologi dalam Keusahawanan Strategi Inisiatif Penanda aras Menggalakkan pelajar untuk memanfaatkan teknologi dan inovasi dalam keusahawanan Pelaksanaan program seperti pertandingan dan bengkel inovasi menjadi sebagai pemacu syarikat permulaan pelajar. Keupayaan siswazah untuk mengenal pasti dan menganalisis pasaran luar dapat membantu mereka menghadapi pasaran yang lebih kuat saingan. Tanda aras 1: Program keusahawanan dan program pemecut usahawan berasaskan inovasi dibentuk dan juga projek atau produk pelajar diiktiraf bagi tujuan pengkomersialan. Tanda aras 2: Program keusahawanan berteraskan
14 Mengkomersialkan projek atau produk pelajar juga akan membantu pelajar menimba ilmu dan kemahiran yang diperlukan. Usaha komersial ini dapat juga dilakukan secara dalam talian. inovasi, mempromosikan projek dan produk pelajar dan program pemecut keusahawanan berteraskan inovasi dilaksanakan. IPT harus mempertingkatkan program pemecut keusahawanan berasaskan inovasi agar pelajar dapat mengaplikasikan keupayaan mereka dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka. Menyokong penubuhan syarikat pemula berasaskan inovasi dan teknologi yang disokong secara digital Cabaran yang dihadapi apabila menubuhkan syarikat pemula adalah memadankan tawaran dengan keperluan pengguna. Oleh itu, pelajar harus merancang penyelesaian yang sesuai terhadap cabaran yang mereka hadapi. Tanda aras 1: Program promosi pembentukan syarikat pemula dan kerjasama dengan ikon atau usahawan selebriti dan agensi berkaitan dikenal pasti. Tanda aras 2: Program pembentukan syarikat pemula dilaksanakan dan program kolaborasi bersama ikon atau usahawan selebriti dan agensi berkaitan dilancarkan. Kolaborasi bersama ikon usahawan selebriti dan agensi yang berkaitan akan mendedahkan pelajar untuk mengetahui peluang perniagaan mereka dengan lebih jauh. Ikon dalam kalangan siswazah perlu diwujudkan dengan lebih banyak. Hal ini kerana ia akan dapat memberi inspirasi kepada junior untuk mengusahakan projek berteraskan inovasi dan teknologi.
15 3.3 Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE - Entrepreneurship Integrated Education) Visi EIE: Untuk menjadikan Malaysia negara keusahawanan secara inklusif dan inovatif. Misi EIE: ❖ Mencapai impian “satu pelajar, satu perusahaan” semasa tamat pengajian dengan membudayakan nilai keusahawanan. ❖ Mempraktikan pendidikan keusahawanan bersepadu menerusi ilmu pengetahuan, praktikal dan teknologi terkini. ❖ Mengkomersialkan komuniti keusahawanan secara meluas. Matlamat EIE: ● Meningkatkan bilangan pelajar usahawanan (pelajar yang sedang membangunkan dan mentadbir urus perniagaan mereka semasa di institusi). ● Meningkatkan bilangan usahawan graduat (pelajar yang dapat mewujudkan perniagaan mereka dalam masa 6 bulan selepas habis belajar). ● Meningkatkan bilangan perniagaan syarikat terbitan atau perusahaan yang diwujudkan oleh pelajar dan kajian kes perniagaan. Pada mulanya, dasar Pembangunan Keusahawanan (DPK) 2010 dirangka dengan menggariskan 3 komponen utama dan 6 inisiatif sebagai panduan dalam melaksanakan pembudayaan keusahawanan di peringkat IPT. Objektif utama DPK 2010 adalah untuk membangunkan keusahawanan secara holistik bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dan kualiti yang tinggi. Seterusnya, DPK 2010 telah ditambaik baik dan diperkukuhkan lagi dari tahun 2013 sehingga tahun 2015. Pelan strategik keusahawanan IPT 2013-2015 telah diperkenalkan bagi menggantikan DPK 2010. Antara penambahan strategi termasuklah sistem sokongan untuk perniagaan pelajar, program intervensi, tenaga pengajar dan juga instrumen dan petunjuk prestasi utama. Setelah pelan strategik keusahawanan IPT 2013-2015 dilaksanakan, pelan tindakan keusahawanan 2016-2020 pula diwujudkan yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Keusahawanan (EAP). EAP mengandungi 2 strategi (A-Pembangunan Kurikulum dan Memperkasakan sistem sokongan pembelajaran). Pada tahun 2019, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah memperkenalkan DKN 3030 yang telah menggariskan perancangan untuk tempoh masa panjang keusahawanan. Disamping itu juga, DKN 3030 dirangka untuk meningkatkan ekosistem keusahawanan di Malaysia sekaligus mempertingkatkan lagi persaingan dan cabaran dalam ekonomi global.
16 5 fokus elemen dalam pendidikan keusahawan 1) Kurikulum keusahawanan bersepadu dimana menghubungkan antara perniagaan sebenar dan teknologi. Ia juga memberi perhatian terhadap pengajaran tentang keusahawanan dengan menyediakan pensyarah yang berpengalaman sebagai peniaga. 2) Aktiviti keusahawanan pelajar yang akan menggalakkan mereka untuk mendapat pengalaman perniagaan yang sebenar seperti berniaga, pitching dan perkongsian pengalaman dalam perniagaan. 3) Program pembangunan keusahawanan pelajar secara berterusan termasuk bimbingan perniagaan, cara mengendalikan risiko dan menerokai peluang baharu yang lebih mencabar. 4) Ekosistem keusahawanan yang mengembangkan keusahawanan dalam institusi melibatkan struktur pentadbiran, inkubator perniagaan, makmal teknologi dan inovasi. 5) Penilaian keusahawanan yang memberi fokus terhadap bilangan syarikat perniagaan, penyelidikan industri, syarikat pemula dalam memantau tahap keusahawanan tersebut. Isu dan Cabaran ➢ Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah dipraktikkan adalah secara tradisional, berbeza dengan budaya dan pemikiran generasi X, Y dan baby boomer pada masa kini. Pembelajaran secara tradisional tidak memfokuskan kepada dinamisme dan seterusnya tidak menekankan motivasi sepanjang proses pembelajaran tersebut. Kemudahan teknologi digital masih belum digunakan dan dikuasai sepenuhnya oleh tenaga pengajar disebabkan kekurangan tenaga yang pakar dalam bidang tersebut. Oleh itu, pembelajaran berasaskan masalah dengan menggunakan pendekatan yang sesuai harus dipergiatkan lagi bagi merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. ➢ Kandungan kurikulum yang tersusun dan terancang akan dapat membantu dalam pembentukan identiti keusahawanan untuk mencapai kejayaan mecipta perniagaan dan syarikat baharu. Namun, pendekatan yang digunakan pada masa kini dalam pembelajaran mengenai keusahawanan adalah pada tahap yang umum memandangkan silibus yang diajar dalam masa yang terhad dan singkat dan tidak memberi motivasi kepada pelajar. ➢ Mengembangkan minda untuk mencapai kejayaan dan mencipta peluang pekerjaan masih kurang dalam kalangan pelajar di samping ketakutan dalam diri mereka jika gagal untuk membangunkan perniagaan dan syarikat. Selain itu juga, sokongan daripada keluarga, masyarakat dan rakan-rakan yang masih kurang dalam menyokong penghasilan usahawan baru. Justeru, pengembangan minda harus dipupuk dengan jitu dalam kalangan masyarakat untuk meningkatkan interaksi pelajar melalui pembelajaran berteraskan pekerjaan atau pengalaman. ➢ Tren terkini dalam keusahawanan adalah perkembangan dalam teknologi augmentasi atau digitalisasi seperti internet benda (IoT) machine learning, kecerdasan buatan (AI) dan robotik. Landskap sedemikian yang akan membentuk industri masa hadapan dan seterusnya memberi impak kepada ‘lifestyle” dan kelakuan. Oleh demikian, tenaga pengajar harus peka dan cuba untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan mengikut masa semasa.
17 ➢ Syarikat terbitan atau syarikat hiliran seharusnya dapat mengkomersialkan produk pelajar secara berkesan dan luas. Namun, tiada galakan daripada kurikulum keusahawanan sedia ada untuk mendorong PKS berasaskan inovasi. Justeru, inovasi teknologi tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat dan juga kurangnya penyelidikan translasi berimpak menyukarkan IPTA untuk mengambil keputusan dalam hal berkaitan penyelidikan dan sebagainya. ➢ Inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada waktu kini kurang mmemberi kesedaran dan kepekaan kepada pelajar terhadap maklumat terkini. Contohnya, ramai pelajar yang tidak berminat untuk mengambil tahu tentang bajet dan tahunan dan melepaskan peluang untuk memohon inisiatif yang disediakan kerajaan. IPT juga seharusnya menyokong inisiatif yang ditubuhkan atau mempromosikan inisiatif tempatan (homegrown). Teras Pengetahuan Keusahawanan ❖ Visi, strategi, proses dan budaya ❖ Merealisasikan visi ❖ Membentuk persekitaran ❖ Memahami pasaran ❖ Memahami pelanggan ❖ Mengenali pesaing ❖ Memahami budaya tempatan ❖ Berpengetahuan untung rugi ❖ Menilai diri sendiri ❖ Keinginan terhadap ilmu Empat pemegang taruh dalam membentuk pendidikan keusahawanan bersepadu: 1) Pelajar/Graduan 2) Staf 3) Universiti (IPT)/tadbir urus 4) Industri/komuniti Beralih daripada ekosistem keusahawanan di IPT kepada Kerangka Ekosistem Keusahawanan Inklusif (IEE) di IPT, kerangka yang diperlukan untuk mengurus tadbir pembangunan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE). IEE mengandungi 4 pemacu utama, 5 strategi dan 33 inisiatif. 4 pemacu utama IEE iaitu libat sama staf, libat sama pelajar, libat sama universiti/IPT dan libat sama IPT-industri-komuniti.
18 5 Strategi IEE: S1: Amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dan inovatif merangkumi kajian kes sebenar mengenai perniagaan pelajar sendiri dimana membantu untuk memberi idea, inspirasi dan sokongan daripada mentor perniagaan. Proses pembelajaran juga melibatkan penyelidikan translasi dan wujud dalam pelbagai bentuk. Selain itu, melalui penjanaan dan perkongsian idea dalam kepelbagaian bidang turut dilaksanakan sepanjang proses pembelajaran. Pengamal industri dan usahawan juga dilibatkan kerana ia merupakan aspek yang penting untuk meningkatkan kecemerlangan penyelidikan. S2: Galakan untuk menerapkan pemikiran keusahawanan perlu dilakukan dalam kalangan pelajar. Pemimpin yang jitu haruslah mampu untuk merubah cara berfikir ke arah lebih berwawasan, menambahbaik, mengambil peluang dan menjadikan kesukaran sebagai kekuatan. S3: Mempelbagaikan kaedah pembiayaan bagi mengatasi kekangan belanjawan kerajaan seperti melalui pengkomersialan hasil penyelidikan, derma secara tunai atau peralatan untuk kegiatan penyelidikan dan juga melalui kepakaran ahli akademik untuk menjana pendapatan. S4: IPT perlu mempergiatkan dan aktif dalam mengamalkan keusahawanan sosial dan inovasi. Sebagai contoh, menghubungkaitkan aktiviti pendidikan, penyelidikan dan industri dengan keseluruhan pengetahuan. Apabila institusi memberi penyelesaian terhadap masalah dalam komuniti dan industri, secara tidak langsung, dapat mengekalkan Konsep Heliks Kuadrupel (IPT-komuniti-industri-kerajaan). Penyelidikan translasi (memberi hasil yang realiti dan boleh ditukarkan kepada dalam bentuk barangan untuk diperniagakan) adalah salah satu sumber aktiviti ekonomi yang didapatkan melalui pemindahan hasil dan pengetahuan. S5: Tumpuan terhadap menyelesaikan cabaran global yang kompleks perlu oleh IPT yang berteraskan keusahawanan. Ini kerana akan mewujudkan institusi sesuai dengan pembangunan serantau dan komuniti dalam penyelesaian isu berhubung pembangunan, infrastruktur, kemiskinan dan pendidikan. Impak keusahawanan boleh dilihat melalui peralihan dari tempatan ke global, dari pelajar dan staf kepada impak ke atas perniagaan tempatan, organisasi dan komuniti. Selain itu, bilangan syarikat hiliran meningkat, graduan berjaya mencipta pekerjaan, staf di IPT sentiasa bersedia mengikut peranan masing-masing dan kolaborasi IPT-industri-komuniti juga meningkat. Kerangka Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIC) ★ Kolaborasi, organisasi atau koordinasi pelbagai bidang berkaitan pembentukan program keusahawanan yang terancang, sesuai dengan kemunculan industri keusahawanan. ★ Elemen-elemen amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEP) & Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) adalah terbaik bagi penerapan dalam membentuk kurikulum. ★ Berfokuskan untuk mengajar pelajar di peringkat IPT menerusi kurikulum yang berkesan untuk melahirkan usahawan yang berjaya.
19 4 Prinsip yang akan mengawal rangka kerja EIC: P01: Mengaitkan kurikulum dengan dunia sebenar perniagaan. Pelajar perlu didedahkan kepada cara untuk mengenalpasti peluang dan mencari penyelesaian dalam memajukan perniagaan. Tujuan utama prinsip ini adalah untuk pelajar mempraktikkan pembelajaran berasaskan masalah dan juga pendidik juga dilatih untuk mewujudkan kajian kes melalui PdP. P02: Pelajar dididik dengan PdP yang berasaskan masalah dan juga berasaskan pengalaman. Ini bagi memberi cabaran kepada mereka tentang dunia perniagaan sebenar dari segi risiko dan cabaran melalui lawatan dan sangkutan industri. Mengenalpasti masalah dan mencadangkan penyelesaian yang inovatif antara kaedah yang akan digunakan dalam proses PdP. P03: Kurikulum yang dipraktikkan di IPT haruslah bercirikan teknologi seperti aplikasi AI, IoT, business machine dan lain-lain yang dianggap sesuai mengikut tren terkini. Pendigitalan yang dilaksanakan dianggap dapat membantu dalam konteks keusahawanan dan pengoperasian perniagaan. P04: Demi melahirkan usahawan yang berjaya dan lestari, hubungan antara IPT, industri dan komuniti adalah penting. Melalui kerjasama ini, potensi peluang perniagaan akan wujud dimana dapat menguntungkan ketiga-tiga pihak tersebut. Selain itu, kolaborasi ini akan mencetuskan kajian bercirikan keusahawanan dan pelbagai kegiatan inovasi dapat dilaksanakan. 5 Teras dan pendekatan menerusi EIC: Teras Pendekatan T1: Kurikulum Bersepadu dan Berasaskan Teknologi Menjadikan pandangan dunia terhadap komponen teknologi dan penyelesaian sebagai fokus untuk menghubungkan pelbagai disiplin. Pelajar program selain sarjana muda keusahawanan akan diterapkan ilmu keusahawanan dalam kursus mereka. T2: Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penekanan terhadap PdP berasaskan masalah (berpusatkan pelajar) dan pengalaman penting untuk pelajar: - Mengatur tugasan - Mendorong kepada kerjasama - Merangsang komunikasi yang lebih baik Inisiatif SULAM bertujuan untuk pelajar merasai sendiri pengalaman dan teori beserta latihan dalam penyelesaian masalah komuniti sebenar. T3: Perantis Keusahawanan (EA) & Kurikulum Tambahan (EC) EA: Untuk menggalakkan penggunaan ilmu dan pembangunan kemahiran. Pelajar yang berminat diberi kebenaran untuk menggantikan latihan amali industri yang konvensional. EA & EC dapat meningkatkan ilmu dan pengalaman pelajar melalui
20 persaingan perniagaan dan pitching, persaingan inovasi, pendedahan cetusan idea dan lain-lain. T4: Petunjuk Pentaksiran 4 komponen pentaksiran kurikulum keusahawanan: - Pencapaian ilmu baharu - Pemerolehan set kemahiran baru - Bilangan syarikat pemula dan perusahaan - Bilangan projek kolaboratif T5: Kompetensi Kemahiran Keusahawanan Staf Pendidik harus mempunyai pemikiran bercirikan keusahawanan dan kompeten. Pensyarah IPT juga perlu melibatkan diri dengan pembangunan EIC. antara program peningkatan kemahiran dalam kalangan pensyarah adalah: - Staf menghadiri sangkutan industri selama 6 bulan - Program latihan amali di syarikat pemula/syarikat hiliran - Staf terlibat dalam latihan teknikal dan vokasional keusahawanan - Entrepreneurship in Residence (EIR) 6 bidang fokus dalam pemetaan EIE untuk BEP (Business Entrepreneurship Programmes), BRP (Business-Related Programmes) and Non-BEP (Non-Business Entrepreneurship Programmes). 1) Pengetahuan fundamental keusahawanan (konsep, teori, atribut, sumber utama dan tingkah laku keusahawanan) 2) Pengetahuan keusahawanan lanjutan (pelan strategik, alat baharu, teknologi baharu, sumber bersepadu dan perkembangan pelan perniagaan) 3) Pengetahuan perniagaan (konsep kewangan, pengurusan operasi, pemasaran, ekonomi, edagang, analitik) 4) Perantis keusahawanan (mendalami senario perniagaan yang sebenar) 5) Pembangunan kemahiran modal insan (pembangunan personaliti, komunikasi dan kemahiran berunding, menguasai bahasa) 6) Aktiviti tambahan kurikulum keusahawanan (aktiviti luar bilik kuliah)
21 3.4 Elemen Merentas Kurikulum (Keusahawanan) Konsep Elemen Keusahawanan Penerapan elemen keusahawanan merentas kurikulum bermaksud aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran kurikulum disiplin tersebut. Secara umumnya, konsep ini memfokuskan kepada pembentukan diri pelajar bermula dari sekolah rendah sehingga dewasa untuk mempunyai ciri-ciri serta pemikiran yang cenderung terhadap keusahawanan. Ianya bukan sekadar intipati di dalam bilik darjah, malah mendidik pelajar untuk membudayakan disiplin sebagai seorang usahawan di luar bilik darjah dan seterusnya apabila mereka meningkat dewasa. Elemen keusahawanan yang dimaksudkan adalah seperti tingkah taku, cara berfikir, merancang projek asas, merancang projek jual beli dan mencipta produk berteraskan pengetahuan mereka dan teknologi terkini yang sesuai untuk diaplikasikan dalam perniagaan mereka. Namun, proses penerapan ini tidak akan dapat dijayakan sekiranya tiada kerjasama yang baik terutamanya kerjasama daripada tenaga pengajar. Menerapkan elemen keusahawanan tidak semestinya guru perlu mengasingkan subjek yang hendak dipelajari dengan subjek keusahawanan, tetapi boleh dilakukan melalui bahan/aktiviti bagi mencapai objektif pembelajaran tersebut. Antara contoh aktiviti atau kaedah yang boleh dilakukan ketika PdP adalah: ● Guru mengajukan soalan-soalan yang relevan dengan topik pembelajaran - mengekalkan maklumat mengenai keusahawanan dalam diri pelajar ● Guru menggalakkan pelajar untuk bercerita dengan pengetahuan sedia ada mereka berhubung pembelajaran yang dipelajari - dapat menerapkan keyakinan diri dan keberanian untuk berkomunikasi ● Murid didorong menjadi sebagai pemimpin/ketua kumpulan dalam aktiviti yang dirancang - kemahiran kepimpinan dapat dipupuk Matlamat proses mengaplikasikan elemen keusahawanan melalui kurikulum standard sekolah rendah bermatlamat untuk murid menerapkan elemen keusahawanan melalui kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran sehingga dapat dibudayakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Objektif dan Fokus Elemen Keusahawanan: EK1: Mengaplikasikan sikap keusahawanan seperti ▪ Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil: Murid menepati masa ▪ Peka kepada peluang: Murid mengambil berat terhadap perubahan yang berlaku ▪ Berani mengambil risiko: Murid bersedia terhadap kesan dan akibat sesuatu perkara ▪ Daya kreativiti dan inovasi: Murid mampu untuk menyumbang idea baharu ▪ Fleksibiliti: Murid boleh mengadaptasi dalam apa jua situasi
22 EK2: Mengamalkan pemikiran ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan ▪ Memerhati persekitaran dengan sengaja dan mempunyai tujuan: Murid boleh mencari maklumat ▪ Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif: Murid boleh membuat penilaian ▪ Menghasilkan idea dari pemerhatian: Murid boleh mencetuskan idea berasaskan maklumat ▪ Memilih idea terbaik: Murid boleh membuat penilaian terhadap idea ▪ Menambahbaik idea yang dipilih (inovasi): Murid boleh mencadangkan kaedah yang lebih baik EK3: Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli ▪ Merancang projek dengan teliti: Murid menyenaraikan gerak kerja ▪ Melakukan projek mengikut langkah-langkah yang telah dirangka: Murid berupaya menjalankan tugasan ▪ Memantau projek: Murid pastikan kualiti projek di tahap yang tinggi ▪ Menilai pelaksanaan projek: Murid mampu bertindak EK 4: Mencipta produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan vokasional ▪ Menggunakan teknologi yang berbeza bagi penghasilan produk yang sama: Murid mampu melakarkan reka bentuk menggunakan teknologi ▪ Menggunakan sumber yang berbagai: Murid boleh memberi cadangan sumber alternatif EK 5: Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan ▪ Prinsip tanggungjawab sosial: Murid menjaga kebersihan sekolah ▪ Prinsip keadilan: Murid mengikut giliran ▪ Prinsip hak manusia: Murid tidak mengambil barang rakan lain tanpa kebenaran ▪ Prinsip autonomi: Murid menghormati rakan lain ▪ Prinsip ketelusan: Murid menyatakan maklumat dengan betul Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam menerapkan elemen keusahawanan: 3 pendekatan: ▪ Pendekatan penyebatian Apabila aktiviti pengajaran mempunyai elemen-elemen keusahawanan secara terangterangan ▪ Pendekatan pengintegrasian Apabila aktiviti yang dirancang tidak jelas ke arah membincangkan elemen keusahawanan dan guru boleh memasukkan mana-mana elemen keusahawanan melalui galakan terhadap murid untuk memberi pendapat.
23 ▪ Pendekatan pengaplikasian Guru menghubungkaitkan topik yang dipelajari dengan situasi keusahawanan yang sebenar. 4.0 ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN EMK-KEUSAHAWANAN SERTA CADANGAN PEMERKASAAN Isu dan Cabaran 1: Kurang Pengetahuan dan Pengalaman Pendidik Mengenai Keusahawanan Pengetahuan dalam sesuatu bidang atau kursus amatlah penting. Ia bukan sahaja mengenai teori asas sesuatu bidang tersebut malah merangkumi praktikal, latihan berkala, pendedahan secara holistik dan juga perkongsian idea dan maklumat. Begitu juga dalam bidang keusahawanan, pengetahuan mengenai operasi untuk menjalankan perniagaan, pengurusan kewangan (bajet dan modal yang ada), tadbir urus melibatkan stok dan urusan jual beli, strategi pemasaran dan juga termasuk menjalinkan rangkaian dengan pihak yang berkaitan perlu diambil serius dan mempunyai tatacara yang mapan. Ini bagi memastikan penerapan ciri-ciri keusahawanan adalah berada di tahap yang memuaskan seterusnya dapat melahirkan usahawan yang berkaliber dan berdaya saing di peringkat nasional dan global. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan melalui metodologi soal selidik oleh Shahrin Hashim dan Siti Hasmah Mohammad (n.d.) antara faktor yang menjadi penghalang kepada penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sesebuah institusi pendidikan adalah kerana tenaga pengajar yang kurang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang keusahawanan. Berdasarkan item-item yang terkandung di dalam soal selidik tersebut, dapat dilihat bahawa separuh daripada responden (iaitu guru-guru di empat buah sekolah yang dipilih secara rawak) menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan mengenai keusahawanan seperti tahu cara untuk menjalankan perniagaan, apakah risiko dalam perniagaan dan tentang perkembangan semasa ekonomi negara. Namun, pengetahuan yang sedia ada tidak memadai sekiranya tiada pengalaman sendiri dalam dunia perniagaan. Responden menunjukkan bahawa mereka tidak menerima pendidikan secara formal mengenai bidang keusahawanan dan juga tiada penglibatan secara terus dalam keusahawanan seperti mempunyai pengalaman membuat sesuatu perniagaan atau menubuhkan syarikat. Pengalaman akan sangat membantu pendidik untuk membimbing dan memberi idea serta nasihat kepada pelajar dalam menguruskan sesuatu perniagaan. Di samping itu juga, perkongsian pengalaman seorang guru kepada para pelajar akan dapat memberi gambaran kepada pelajar sebelum mereka memasuki dunia perniagaan yang sebenar. Dengan itu, mereka akan lebih bersedia dari segi mental, fizikal, kewangan dan pengetahuan dalam menghadapi risiko dan masalah kelak. Isu guru atau pendidik yang kurang pengetahuan dan pengalaman ini harus diambil perhatian dan pendekatan yang relevan harus dibincangkan bagi melahirkan pelajar yang lebih membudayakan elemen keusahawanan dan minat terhadap keusahawanan sekaligus dapat melahirkan usahawan yang berjaya.
24 Cadangan pemerkasaan: Berdasarkan kerangka Ekonomi Keusahawanan Inklusif (IEE), yang telah menggariskan 4 pemegang taruh iaitu pelajar atau graduan, staf, universiti (IPT) atau tadbir urus dan industri atau komuniti. Keempat-empat pihak tersebut perlu memberi kerjasama yang utuh dalam memastikan agenda keusahawanan terlaksana dan berjaya. Staf juga termasuk pihak yang berkepentingan untuk mencapai matlamat tersebut. Staf merujuk kepada staf akademik (atau pendidik) yang juga tenaga pengajar dalam bidang keusahawanan dimana golongan ini mampu untuk mempraktikkan kaedah penyampaian pembelajaran yang lebih kreatif di samping mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta berani untuk menghadapi cabaran. Ciri-ciri tersebut perlu ada pada setiap pendidik atau guru kerana mereka akan menjadi contoh teladan dan ikutan oleh para pelajar. Selain itu juga, adalah digalakkan untuk guru melibatkan diri dalam program-program keusahawanan secara langsung dan secara tidak langsung. Sebagai contoh, guru boleh menjalankan perniagaan sendiri atau menubuhkan syarikat yang akan menjadi contoh atau prototype untuk pelajar lebih mendalami ilmu keusahawanan dan perniagaan. Penglibatan guru dalam kegiatan keusahawanan juga bagi memberi pengalaman kepada guru tersebut mengenai dunia keusahawanan dan dapat mempelajari elemen-elemen penting yang perlu dikongsikan kepada pelajar. Selain kaedah penyampaian yang kreatif dan juga penglibatan guru dalam aktiviti keusahawanan, guru atau staf juga disarankan untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran untuk menjana pendapatan sendiri. Sekiranya guru atau staf akademik mempunyai perniagaan atau pendapatan sendiri, secara tidak langsung akan dapat membantu dalam membimbing pelajar dalam kemahiran untuk mencari pendapatan sendiri dan menguruskan kewangan dengan baik. Alternatif lain sekiranya guru tiada perniagaan sendiri atau syarikat, adalah melalui pembangunan keusahawanan staf atau koperasi staf. Melalui koperasi staf, pendapatan juga dapat dijana dengan baik. Pendekatan menjana pendapatan ini ialah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap inisiatif kerajaan semata-mata. Cadangan pemerkasaan juga digariskan dalam salah satu daripada lima teras dalam Kerangka Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIC) iaitu kompetensi kemahiran keusahawanan staf. Dalam membangunkan kompetensi dalam kalangan staf akademik dan staf bukan akademik, terdapat beberapa program dirangka seperti sangkutan industri, latihan teknikal dan vokasional dalam keusahawanan, program latihan amali untuk staf di syarikat pemula atau syarikat hiliran dan juga program Entrepreneurship in Residence (EIR). Kesemua program-program yang dirangka memerlukan komitmen dan kesungguhan daripada staf sendiri dalam meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang keusahawanan. Isu dan cabaran ke-2: Pengajaran Melalui Kurikulum yang Tidak Seragam Bidang keusahawanan dilihat dapat dikukuhkan dan dijadikan asas dalam institusi pendidikan. Maka, segala kegiatan samada dalam atau luar bilik darjah di sebuah institusi pendidikan haruslah diperincikan dengan teliti di samping memastikan elemen keusahawanan juga dimasukkan ke dalam proses PdP. Intipati kurikulum yang baik akan dapat membantu dalam pembentukan identiti keusahawanan dalam diri pelajar agar mereka dapat mencipta perniagaan dan syarikat baharu. Namun begitu, jika dilihat kepada perkembangan kurikulum terkini, kurikulum yang dibangunkan adalah terhad dari segi masa yang diperuntukkan dan juga kurang memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar. Ini dapat dibuktikan oleh satu kajian oleh Salwani Daud dan Mohd Safarin Nordin
25 (2023), yang telah membincangkan dan mengenalpasti elemen pendidikan keusahawanan dalam pelaksanaan pendidikan keusahawanan di Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET). Metodologi yang digunakan adalah melalui analisis terhadap cabaran dan permasalahan dalam melaksanakan pendidikan keusahawanan berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Antara isu dan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum yang mengandungi elemen keusahawanan adalah elemen teori dan praktikal yang kurang di institusi pendidikan seperti TVET. Pembentukan kurikulum yang mengandungi elemen teori dan praktikal yang mencukupi adalah amat penting dalam memastikan pengetahuan, kemahiran dan nilai pelajar adalah di tahap yang baik. Kegagalan institusi untuk mewujudkan kandungan kurikulum yang meliputi keusahawanan akan menyukarkan mencapai matlamat untuk menjadikan pelajar yang bercirikan usahawan yang berjaya. Akhirnya, pelajar hanya mampu untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran mengurus perniagaan tanpa kemampuan untuk merancang strategi yang kognitif serta tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang akan datang. Cadangan pemerkasaan: Antara cadangan untuk memperkasakan EMK-Keusahawanan dalam konteks pembentukan kurikulum yang lebih mapan adalah dengan membangunkan kandungan kurikulum yang bersifat bersepadu dan juga bercirikan teknologi seperti yang telah digariskan dalam teras pertama kerangka pendidikan keusahawanan bersepadu (EIC). Teras pertama tersebut ialah kurikulum bersepadu dan berciri teknologi. Ini bermaksud, pembangunan setiap kandungan kurikulum akademik dan juga kursus-kursus yang terlibat perlu mengikut perkembangan semasa dan mengaplikasikan peralatan teknologi yang bersesuaian dalam memenuhi keperluan dan tren terkini dalam dunia perniagaan. Kandungan kurikulum yang merangka aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan akan memupuk kemahiran analitik pelajar (kemahiran untuk menyelesaikan masalah berdasarkan masalah sebenar) dan juga kemahiran kecekapan untuk mendidik mereka menjadi usahawan dan berjaya menbangunkan sebuah perniagaan sendiri. Latihan amali, projek dan tugasan, kursus intensif dan banyak lagi pendekatan yang dapat dilakukan dalam usaha menjadikan kurikulum lebih bersifat bersepadu. Penambahbaikan terhadap kurikulum yang dirancang perlu dilakukan dari semasa ke semasa melalui proses perjumpaan yang kerap bersama pihak berkepentingan. Perjumpaan tersebut hendaklah membincangkan tentang piawaian, penilaian, kandungan dan juga arahan bagi mewujudkan penambahbaikan dan juga keseragaman kandungan kurikulum tersebut. Dalam melakukan penambahbaikan tersebut, harus dipastikan bahawa ia sejajar dengan arahan dan piawaian merujuk kepada dasar-dasar kerajaan dan kementerian yang telah digariskan. Di samping itu, kurikulum yang dibangunkan hendaklah disertai dengan elemen teori dan praktikal yang melibatkan domain psikomotor, bukan domain kognitif dan afektif semata. Ini bagi tujuan untuk memastikan pelajar memperolehi kemahiran teras dan keusahawanan dalam bidang masing-masing. Pelajar juga akan lebih terdorong untuk menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya pada masa hadapan.
26 Isu dan Cabaran Ke-3: Sikap, Pandangan dan Keyakinan Pelajar Terhadap Keusahawanan Peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta adalah terhad jika mengambil kira peratusan graduan yang bergraduat pada setiap tahun. Maka, tidak hairanlah ramai dalam kalangan graduan yang masih menganggur dan tidak berjaya untuk menempatkan diri mereka dalam mana-mana sektor pekerjaan yang disediakan. Jika dilihat kepada perkembangan minda dan sikap generasi terkini, masih ramai dalam kalangan mereka yang tidak berani untuk mengambil risiko dan mencuba untuk menceburi bidang keusahawanan. Melalui keusahawanan, mereka bukan sahaja dapat menjana pendapatan di samping memupuk pelbagai kemahiran, tetapi mereka juga mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain. Walau bagaimanapun, minda untuk membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai dengan menceburi bidang keusahawanan ini masih kurang dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, perasaan takut dengan kegagalan menyebabkan usaha ke arah kejayaan sebagai seorang usahawan akan terbantut dan seterusnya menganggap keusahawanan hanyalah pertaruhan semata-mata. Perkara ini ditunjukkan dalam penyelidikan oleh Siti Marwani Salleh dan Norasmah Othman (2023) dimana hasil daripada penyelidikan tersebut mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap minda usahawan pelajar pelbagai etnik adalah pada aras sederhana. Penyelidikan ini telah dijalankan di Kuching, Sarawak dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap pelajar yang dipilih secara rawak. Beberapa kemahiran telah dipilih sebagai penunjuk tahap minda usahawan dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah keberanian mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan dan tindakan. Hasil penyelidikan menunjukkan pelajar masih di tahap yang tidak berani untuk mengambil risiko menjadikan keusahawanan sebagai laluan kerjaya mereka. Selain itu, sokongan dan juga dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan turut mempengaruhi pilihan para pelajar. Ini akan membantutkan semangat pelajar untuk lebih menceburi dalam bidang keusahawanan. Cadangan pemerkasaan: Sikap dan keyakinan pelajar yang ingin mendalami dan menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka adalah perlu dipupuk dan diterapkan dari peringkat sekolah. Ini kerana, sekolah adalah tempat pelajar menuntut ilmu dan juga kemahiran dan tingkah laku mereka dibentuk. Justeru, antara fokus elemen keusahawanan yang perlu dititikberatkan adalah mengamalkan pemikiran ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan. Sebagai contoh, menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif. Guru hendaklah menggalakkan pelajar untuk menyatakan kebaikan atau keburukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Selain itu, pelajar haruslah sentiasa dibimbing dalam menghasilkan idea daripada apa yang mereka perhatikan dan guru juga mendorong pelajar untuk membuat penilaian terhadap idea mereka sendiri. Melalui kaedah tersebut, pelajar akan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam perniagaan. Di samping itu, dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk melihat keusahawan sebagai kerjaya yang baik, mereka perlu didedahkan dengan kejayaankejayaan usahawan yang terdahulu supaya dapat memberi inspirasi kepada mereka. Penglibatan pakar profesional keusahawanan dan pengamal industri juga akan dapat membantu memberi bimbingan dan keyakinan kepada pelajar untuk didedahkan dengan apakah kelebihan, keuntungan, risiko dan impak apabila mereka memilih kerjaya sebagai seorang usahawan. Sepanjang proses PdP, pelajar juga akan diterapkan dengan elemen-elemen keusahawanan bagi mengukuhkan lagi pembudayaan pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar.
27 5.0 RUJUKAN Kementerian pelajaran Malaysia. 2011. Buku Panduan Elemen Keusahawanan. Kementerian Pembangunan Keusahawanan. 2019. Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Kementerian Pengajian Tinggi. 2020. Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepatuh (Entrepreneurship Integrated Education). Kementerian Pengajian Tinggi. 2020. Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT 2021-2025). Salwani Daud & Mohd Safarin Nordin. 2023. Elemen Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan dalam Program Latihan Kemahiran TVET: Suatu Penelitian Terhadap Masalah dan Cabaran. Shahrin Hashim & Siti Hasmah Binti Mohammad. n.d. Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Mengikut Perspektif Guru. Siti Marwani Salleh & Norasmah Othman. 2023. Minda Usahawan Murid Pelbagai Etnik Sekolah Menengah di Kuching, Sarawak berdasarkan Gender. 6.0 LAMPIRAN Buku Dasar Keusahawanan Nasional 2030 Buku Panduan Elemen Keusahawanan
28 Similarity (Turnitin) bagi laporan tugasan Buku Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu Buku Pelan Tindakan Keusahawanan PTK-IPT 2021-2025