2 KOMPONEN HAL EHWAL MURID KETETAPAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 16 JALAN HALIA 16/8 40200 SHAH ALAM PERNYATAAN DASAR Dasar Sekolah merupakan satu garis panduan atau polisi sekolah untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efisen. Dasar ini perlu dilaksana dan dipatuhi oleh semua warga sekolah khususnya di kalangan guru,jurulatih dan murid-murid di sekolah ini. Dasar sekolah yang digubal ini mengambilkira semua aspek yang berkaitan dengan Akta Pendidikan, Surat-Surat Pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Antara fokus Unit HEM adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid yang tinggi dalam pembangunan sahsiah murid (Sumber:Dimensi IV:Kemenjadian Murid dalam SKPM ). Diharapkan murid dapat memperlihatkan sikap dan perlakuan yang positif dengan:- i) Menerima tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. ii) Berkomunikasi secara sopan dan berbudi bahasa. iii) Menghormati rakan, guru dan orang dewasa. iv) Menepati masa dan arahan tugas. v) Menjaga kebersihan dan kekemasan diri. vi) Menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran sekolah. vii) Menjaga keselamatan harta benda diri , sekolah dan kemudahan awam. viii) Mematuhi peraturan sekolah /asrama. ix) Memberi sumbangan dan khidmat kepada kemajuan sekolah. x) Memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat. xi) Menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi. xii) menunjukkan sikap berterima kasih dan bersyukur. Sehubungan dengan itu, SMK SEKSYEN 16 SHAH ALAM akan memberi perkhidmatan, bimbingan dan kebajikan sama rata serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua permasalahan murid tanpa membezakan jantina, bangsa dan agama. PERNYATAAN DASAR PEMBANGUNAN KEMENJADIAN MURID
3 SMK SEKSYEN 16 memberi peluang sama rata serta mengambil tindakan sewajarnya dalam konteks pemantapan sahsiah semua murid tanpa membezakan bangsa dan agama demi kecemerlangan kemenjadian murid dan sekolah. Sekolah menetapkan dasar pembangunan sahsiah murid untuk: i) Memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk memegang jawatan. ii) Merekod jawatan dan tanggungjawab yang dipegang oleh setiap murid. iii) Memberi latihan, bimbingan serta peluang kepada semua pemegang jawatan. iv) Menilai tahap penglibatan atau pencapaian murid dari masa ke semasa. v) Melakukan penambahbaikan atau value added hasil dari penilaian yang dibuat. vi) Memberi nasihat,teguran/hukuman setimpal dengan sesuatu perlakuan negatif. vii) Memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan positif atau kejayaan. PERNYATAAN PELAKSANAAN DASAR HEM Seluruh warga sekolah akan membudayakan kerja cemerlang dan membina persekitaran sekolah yang kondusif ke arah melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing. Dalam usaha melaksanakan dasar KPM (pengurusan disiplin) dengan jayanya, pihak sekolah mengurus mengikut Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Antara prinsip-prinsip pengurusan HEM secara berkesan ialah: i) Mengenalpasti latar belakang keluarga, status sosio-ekonomi, dan bakat murid. ii) Memberi bantuan dan perhatian sama rata kepada semua permasalahan murid. iii) Merancang program hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan kumpulan sasaran. iv) Mengelola sumber manusia (guru/murid )dan kewangan yang ada dengan cekap. v) Melaksanakan program yang telah dirancang dengan kerjasama semua pihak. vi) Memantau pelaksanaan program secara bersepadu dan terancang. vii) Menilai impak program dengan mengenalpasti kelemahan dan ancaman. viii) Memastikan keberkesanan program dengan melaksana penambahbaikan. ix) Menjalinkan permuafakatan dengan ibu bapa /penjaga serta komuniti. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM ) KETETAPAN Pengurusan Hal Ehwal Murid menekankan kepada pembangunan diri murid yang mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang tinggi. Penerapan nilai-nilai murni akan dilakukan secara berterusan dan tekal sama ada secara formal ataupun melalui program-program yang dirancang. RASIONAL
4 Pembangunan diri murid perlu seimbang dengan pencapaian akademik. Murid-murid sebagai pelanggan utama perlu memperolehi sebanyak mungkin pendidikan yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Penonjolan dan penampilan imej murid yang baik akan dapat meningkatkan moral dan akhlak dalam kalangan murid. Bagi memastikan murid-murid sentiasa berada pada tahap yang tinggi, penyeliaan yang rapi dan tindakan susulan yang berterusan diadakan. MATLAMAT Memastikan segala keperluan dan kemudahan yang paling minima ada pada diri murid. Meningkatkan tahap disiplin diri yang optimum dalam kalangan murid. Melahirkan murid yang menjiwai dan menghayati nilai-nilai murni dan bertata susila. Menetapkan kehadiran murid pada setiap hari tidak kurang daripada 90 peratus. OBJEKTIF • Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. • Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah. • Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan. MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan UNIT - UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID ( SEMUA UNIT BERGERAK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MASING-MASING ) 1) UNIT DISIPLIN & PENGAWAS Objektif : Mengurangkan jumlah kes - kes salah laku murid. 2) UNIT KESELAMATAN & KECEMASAN Objektif : Mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah.
5 3) UNIT PERABOT & INVENTORI Objektif : Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala kerosakan dibaik pulih serta pengemaskinian stok perabot dilakukan. 4) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS Objektif : Menyelaraskan hal - hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks. 5) UNIT LAWATAN/PELANCONGAN Objektif : Menambah pengetahuan dengan membuat lawatan ke tempat - tempat pelancongan. 6) UNIT KEBAJIKAN MURID Objektif : Menyediakan keperluan yang sesuai kepada murid yang menghadapi tekanan dan masalah. 7) UNIT KANTIN Objektif : Kebersihan kantin terjaga dan memastikan murid - murid mendapat bekalan makanan yang berkhasiat. 8) UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING Objektif : Membentuk sikap berdikari, bermotivasi dan bantu - membantu di antara murid - murid. 9) UNIT 3K Objektif: Mewujudkan situasi dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, dan selamat sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran 10) UNIT BIASISWA Objektif: Membantu mengurus murid yang layak untuk mendapat bantuan biasiswa BKP dan lain-lain bentuk biasiswa KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SMK. SEKSYEN 16, SHAH ALAM KETETAPAN 1: MESYUARAT 1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 1.2 Minit setiap mesyuarat mesti mengikut PKPA Bil. 2/1991
6 1.3 Mesyuarat bagi kes-kes pelanggaran disiplin dan kecemasan mesti diadakan dalam tempoh 24 jam selepas laporan diterima. KETETAPAN 2 : TENAGA PENGAJAR 2.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua murid. 2.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. 2.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang. KETETAPAN 3 : KEMASUKAN MURID 3.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 3.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). 3.3 Setiap murid akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 3.4 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa. KETETAPAN 4 : PERHIMPUNAN MINGGUAN (Isnin – 7.20 pagi hingga 8.10 pagi dan 1.20 petang hingga 1.50 petang ) 4.1 Perhimpunan rasmi bermula tepat 7.30 pagi dan 1.20 tengahari. 4.2 Semua guru WAJIB hadir di tapak perhimpunan sebelum 7.30 pagi/1.20 tengahari. Guru- guru lelaki dikehendaki memakai tali leher. 4.3 Perhimpunan mingguan adalah acara rasmi, maka jika ada majlis tertentu, mohon penyelaras majlis tersebut memastikan perjalanan majlis tersusun dan lancar . 4.4 Guru bertugas mesti memastikan 4.4.1 Semua murid dalam keadaan betul- betul bersedia, terkawal dan berdisiplin pada jam 7.20 pagi dan 1.20 tengahari. 4.4.2 Mulai tahun 2018 perhimpunan hari Isnin – Khamis dari pukul 1.20 -1.50 tengahari manakala hari Jumaat pada pukul 2.10 -6.50 petang (sesi petang) 4.4.3 Pemimpim-pemimpin murid dan guru bertugas mingguan memastikan kawalan disiplin dan PA Sistem BERFUNGSI dan BERKESAN. 4.4.4 Pengendalian perhimpunan rasmi hendaklah mematuhi SPI bil. 4/1984 ATUR CARA PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
7 • Nyanyian Lagu Kebangsaan • Nyanyian Lagu Negeri Selangor • Nyanyian Lagu Sekolah • Bacaan Doa • Bacaan Ikrar Rukunegara, Ikrar keselamatan dan Ikrar Murid • Laporan Guru Bertugas Minggu Lalu • Pengumuman-Pengumuman • Taklimat 5 minit (Unit Disiplin atau Unit Kaunseling • Penyampaian Hadiah/Anugerah (Jika berkaitan) • Ucapan Pengetua/Penolong Kanan • Doa penutup dan Perhimpunan tamat KETETAPAN 5 : PENGURUSAN KELAS 5.1 Semua kelas mesti sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas dan ceria. Papan kenyatan perlu diisi dengan maklumat yang bersesuaian dan dikemas kini dari semasa ke semasa. 5.2 Guru- guru mata pelajaran MESTI terlebih dahulu memastikan kelas dalam keadaan bersih dan kemas sebelum memulakan PdP. 5.3 Pada waktu terakhir pula, guru mata pelajaran perlu memastikan ,lantai telah disapu , bakul sampah telah dikosongkan, kerusi dan meja tersusun , tingkap, pintu, kipas dan lampu ditutup. Guru mata pelajaran waktu terakhir perlu menghantar Buku Kawalan Kelas ke pejabat. 5.4 Semua buku kedatangan murid ditanda kehadiran murid dan mesti berada di rak selewat- lewatnya pukul 9.00 pagi bagi sesi pagi dan pukul 3.00 petang bagi sesi petang. Guru pendamping perlu bertindak mengisi kehadiran sekiranya ada guru kelas yang tidak hadir ke sekolah.Tidak akan berlaku sama sekali kehadiran pada hari berkenaan tidak diisi. 5.5 Pepatih mySekolah hendaklah dithump print untuk kehadiran murid. 5.6 APDM diisi secara online sebelum pukul 9.00 pagi bagi sesi pagi dan pukul 3.00 petang bagi sesi petang. 5.7 Murid hanya dibenarkan keluar dengan kad kebenaran keluar dan hanya seorang murid lelaki sahaja manakala dua orang murid perempuan sahaja dibenarkan keluar pada satu- satu masa. 5.8 Guru kelas perlu sentiasa memainkan peranan memantapkan tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas serta ahli jawatankuasa kelas yang lain. 5.9 Semua guru mata pelajaran hendaklah memastikan bilangan murid di dalam kelas dan mengisi buku kawalan kelas sebelum memulakan P d P. Guru hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang ponteng. KETETAPAN 6 : PENGURUSAN PERHIMPUNAN PAGI 6.1 Guru bertugas mesti hadir sebelum jam 7.10 pagi dan 1.00 tengahari setiap hari. Pada pukul 7.20 pagi dan 1.20 tengah hari, murid sudah berbaris mengikut kelas masing- masing. Guru bertugas mula mengendalikan perhimpunan tepat jam 7.20 pagi dan 1.15 tengah hari. 6.2 Murid yang lewat (tiba di sekolah selepas 7.30 pagi dan 1.15 (tengahari) perlu diambil nama dan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Pintu pagar
8 sekolah akan ditutup pada jam 7.30 pagi dan 1.35 tengahari. 6.3 Murid tidak dibenarkan berkumpul di tempat- tempat tertentu seperti garaj basikal, wakaf dan kantin. Sebaliknya mereka perlu terus berada di Dataran Bunga Raya setiap pagi dan Dataran Seroja bagi sesi petang. Mohon perhatian guru bertugas/ semua guru untuk memastikan arahan ini dipatuhi. 6.4 Guru disiplin akan membantu memantau keadaan semasa perhimpunan pagi dan petang. Tiada perjumpaan selepas perhimpunan dan murid mesti berada di dalam kelas pada pukul 7.30 pagi /1.25 tengahari bersama- sama guru mata pelajaran waktu pertama. KETETAPAN 7 : KEKEMASAN DIRI PELAJAR 7.1 Semua guru perlu memberi penekanan kepada aspek kekemasan diri murid pada setiap masa. 7.2 Rambut murid lelaki hendaklah sentiasa kemas dan pada ukuran 4:2:1. Kaki seluar mestilah pada ukuran lebih dari 14 sentimeter. 7.3 Murid perempuan digalakkan memakai tudung yang sesuai dan mestilah berwarna PUTIH sahaja. 7.4 Guru perlu bertindak merampas barangan larangan dan diserahkan kepada Guru Disiplin yang bertugas. Penyerahan barang berharga hendaklah direkodkan di dalam buku rekod khas di bilik PK HEM/PK Ptg. 7.5 Murid mesti memakai tag nama dan lencana sekolah pada pakaian sekolah mereka. 7.6 Mohon kerjasama semua guru mengambil tindakan segera ke atas murid yang melanggar peraturan sekolah semasa dalam/ luar bilik darjah. (Tindakan menegur/ memberi nama kepada guru disiplin) 7.7 Pelajar boleh memakai kasut berwarna hitam dan berstokin hitam mulai tahun 2019 dan palaksanaan adalah pada tahun 2021. KETETAPAN 8 : DISIPLIN MURID 8.1 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib.. 8.2 Ibu bapa atau penjaga murid yang dihadapkan kepada Lembaga Tatatertib akan dipanggil untuk hadir ke sekolah. Semua pentadbir terlibat dalam Lembaga Tatatertib 8.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin murid. 8.4 Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah atau melalui telefon dan sistem pesanan ringkas. 8.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dikira ponteng sekolah. SPI Bil 10/2001: Semua guru adalah guru disiplin KETETAPAN 9 : KESELAMATAN MURID 9.1 Aspek keselamatan mestilah diberi perhatian pada setiap masa dan guru-
9 guru mesti memastikan prosedur keselamatan dipatuhi sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. 9.2 Sebarang kerosakan peralatan elektrik perlu dilaporkan segera kepada Setiausaha Pembangunan/ PK HEM untuk diambil tindakan. 9.3 Guru mata pelajaran/ guru ganti mesti berada di dalam kelas tepat pada waktunya dan tidak sewenangnya meninggalkan kelas tanpa pengawasan yang mungkin mengundang pelbagai risiko keselamatan murid. 9.4 Sebarang bentuk perbuatan buli, vandalisme, gangsterime dan salah laku yang lain diambil tindakan segera oleh guru yang berada di tempat kejadian/ kelas. 9.5 Guru dan murid dilarang membaiki sendiri sebarang kerosakan elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. 9.6 Guru- guru juga perlu memantau dan memberi teguran keras terhadap mana- mana murid yang memanjat atau melakukan perbuatan yang boleh mengundang bahaya. 9.7 Sebarang aktiviti/ penggunaan bilik/ kelas selepas waktu persekolahan perlu mendapat kebenaran atau dimaklumkan kepada Pentadbir. Aktiviti murid selepas waktu persekolahan , pada hari Sabtu dan cuti am hanya dibenarkan jika ada guru bersama- sama murid. 9.8 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 9.9 Ibu bapa atau penjaga, yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat. 9.10 Semua murid dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia. KETETAPAN 10 : KESIHATAN MURID 10.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti : • Pemeriksaan Gigi dan Mata • Pemeriksaan Kesihatan • Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan • Ceramah dan Kempen 10.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa / penjaga. 10.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 10.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, dan menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. 10.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan. KETETAPAN 11 : KEBAJIKAN MURID 11.1 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah. 11.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin
10 memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid disekolah ini. 11.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 16, SHAH ALAM Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Sehubung dengan itu, pengurusan hal ehwal murid dan sahsiah murid sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah : 1. Memastikan murid sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini. 2. Memastikan murid di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah. 3. Memastikan murid di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”. 4. Memastikan murid sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru. 5. Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut: • ponteng sekolah • merokok • pergaduhan • kelakuan lucah • membuli • kurang ajar atau biadap • merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME) 6. Memastikan murid sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya. 7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. 8. Memastikan murid sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah. 9. Menggalakkan murid sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR 1. Sistem Pendaftaran Pelajar. • Sekolah melaksanakan Program Pendaftaran murid Tingkatan 1 secara atas talian. • Hari Orientasi murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan
11 sebenar. • Ibu bapa atau penjaga murid menyerahkan Buku maklumat murid semasa hadir pada hari orientasi. • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari orientasi adalah seperti berikut : • pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid. • Pengagihan buku teks • Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga. • Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari. 2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah. 2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah. 2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama. 2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher. 2.4 Membuat pelantikan pemimpin murid terdiri daripada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. 2.5 Bilangan pemimpin murid adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa. 2.6 Semua pemimpin murid yang dilantik perlu melalui proses berikut : • Pencalonan oleh guru kelas. • Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pemimpin murid. • Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab. • Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari. • Majlis watikah pelantikan 2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan. 3. Pelaksanaan Program-Program Kesihatan. 3.1 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut : • Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera. • Berinteraksi dengan kawan-kawan. • Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya. • Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses. 3.2 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti : • Pemeriksaan mata. • Pemeriksaan gigi. • Pemeriksaan kuku dan rambut. • Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri. 3.3 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih. • Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan. • Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti. • Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri • Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan. 3.4 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut : • Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
12 • Gotong-royong. • Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya. • Tidak membuang sampah merata-rata. 4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru. 4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil. 4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”. 4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN. 5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi. 5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut : • Sesi kaunseling Individu • Sesi kaunseling kelompok • Lawatan khas guru kaunseling ke rumah. • Kem Jati diri 6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat. 6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN. 6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara berikut : • Keselamatan jalan raya. • Jenayah juvana • Pertolongan cemas • Penyalahgunaan dadah. 7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar. 7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak seperti : • Menyertai pertandingan melukis dan mewarna. • Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar. • Menyertai pertandingan kokurikulum akademik. • Menyertai pertandingan sukan dan permainan. 7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti : • Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan. • Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen. • Program Bersama Keluarga. SASARAN KERJA TAHUN 2023
13 Lembaga Disiplin 1. Sistem E-Disiplin yang diwujudkan. 2. Salah laku yang menyumbang kepada sistem ini perlu disenaraikan. Oleh itu guru-guru akan diminta untuk menyenaraikan salah laku yang dikenakan merit dan melakukan kerja amal. 3. Mekanisma pelaporan salah laku untuk guru-guru juga perlu disediakan Tindakan : S/U Lembaga Disiplin 4. Bagi kes-kes disiplin berat, tindakan adalah seperti biasa. Dalam hal ini jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dikehendaki mengenal pasti murid-murid dalam kategori ini. Tindakan : S/U J/K Bimbingan dan Kaunseling 5. KPI dan sasaran kerja bagi Lembaga Disiplin adalah seperti berikut : KPI Sasaran Kerja Peratus kes disiplin berat 0% Peratus kes disiplin sederhana 0.2% Peratus kes disiplin ringan yang melibatkan P&P 5% (60 kes setahun dengan anggapan kes tidak berulang kpd murid yang sama setelah masalah diselesaikan Peratus kes disiplin ringan melibatkan lewat hadir ke sekolah 5% (60- kes setahun dengan anggapan kes tidak berulang kepada murid yang sama setelah masaalah diselesaikan Tindakan : J/K Lembaga Disiplin 6. Murid-murid yang sampai ke sekolah selepas jam 7.30 pagi dan 1.15 tengahari dianggap lewat.
14 Jawatankuasa Pengurusan Kelas 1. Matlamat utama ialah untuk mewujudkan kelas yang kondusif dari segi keceriaan, kebersihan dan keselamatan murid. 2. Minimum standard untuk papan kenyataan perlu ditentukan. 3. KPI dan sasaran kerja bagi jawatankuasa adalah seperti berikut: KPI Sasaran Kerja Peratus kelas yang mencapai markah kebersihan dan keceriaan > 80% 100% Peratus kelas yang selamat kepada murid 100% 4. Semua kelas perlu memastikan pintu kelas ditutup dan dikunci dengan sempurna selepas waktu P&P. Tindakan: Ketua Tingkatan,Guru Waktu Terakhir 5. Sistem ini memfokuskan disiplin dalam kelas, guru mata pelajaran mestilah lebih bertanggungjawab dalam pelaksanaannya. Tindakan : Semua guru mata pelajaran 6. Bagi murid yang ditugaskan untuk membersihkan kelas, waktu pelaksanaanya adalah 5 minit pada waktu pertama. Tindakan : S/U Organisasi kelas /Guru Kelas Jawatankuasa Pemimpin Murid Sekolah 1. Jawatankuasa ini perlu memantapkan aktiviti-aktiviti yang sedia ada 2. Sistem pemilihan pemimpin murid berdasarkan temuduga 3. Pemimpim Murid sekolah juga tidak terkecuali dalam sistem E-Disiplin 4. KPI dan sasaran Kerja bagi jawatankuasa ini adalah seperti berikut: KPI Sasaran Kerja Pemimpin Murid Mengikuti Program 100%
15 Kepimpinan Imej Terpuji 100% Tindakan: Lembaga Pemimpin Murid Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid 1. KPI dan sasaran kerja bagi jawatankuasa ini adalah seperti berikut KPI Sasaran Kerja Jangka masa memproses bantuan kewangan/ biasiswa kepada murid 7 hari Peratus murid yang menghantar penyata pendapatan yang disahkan 100% Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling 1. Aktiviti yang dirancang mestilah ke arah memperkasakan jati diri murid 2. KPI dan sasaran kerja adalah seperti berikut: KPI Sasaran Kerja Peratus program jati diri yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan 100% Peratus terlaksana tugas dan tanggungjawab kaunselor 100% Peratus murid yang menggunakan khidmat B&K 100% Indeks kepuasan pelanggan 100% Tindakan : J/K B&K Jawatankuasa Perhimpunan 1. Perhimpunan rasmi akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan upacara menaikkan bendera akan dilaksanakan 2. Tatacara perhimpunan perlu merujuk kepada SPI Tindakan : J/K Perhimpunan
16 KPI Sasaran Kerja Murid dan guru menghadiri perhimpunan rasmi 100% Tatacara perhimpunan dipatuhi 100% Jawatankuasa Kerohanian dan Bina Insan 1. Bagi Program Bina Insan,semua murid akan terlibat dan unit yang menguruskan adalah Pendidikan Islam, Sivik dan Moral dan B&K. 2. Program yang dirancang mestilah yang menonjol dan ketara di mana murid dikategorikan . Bagi murid yang cemerlang program berbentuk akademik diberikan manakala murid yang bermasalah program yang menekankan kerohanian diberikan. Tindakan: J/K Kerohanian dan Bina Insan, Panitia Pendidikan Islam Jawatankuasa SPBT 1. Aktiviti yang dijalankan ke arah memantapkan sistem Pengurusan SPBT 2. KPI dan sasaran kerja 3. KPI Sasaran Kerja Peratus murid yang membalut buku teks 100% Peratus skor berdasarkan instrumen bilik BOSS 100% Tindakan : J/K SPBT Jawatankuasa Aset dan Inventori 1. Sentiasa membuat pemantauan keadaan persekitaran sekolah yang memerlukan penyelenggaraan. Bergerak aktif dan proaktif. Buat pelupusan barang-barang yang perlu dilupuskan. KPI Sasaran Kerja Bacaan Surah Yasin Setiap hari Jumaat Solat Taubat dan Solat Hajat Mengikut kesesuaian masa
17 Tindakan: J/K Aset dan Inventori 2. KPI dan Sasaran Kerja: KPI Sasaran Kerja Aset dan Inventori direkodkan 100% Proses pelupusan dilakukan mengikut prosedur 100% Jawatankuasa Kesihatan 1. Jawatan ini perlu bekerjasama dengan jawatankuasa kantin untuk menyemak kandungan kalori dalam makanan yang dijual di kantin. Jawatankuasa ini perlu mengenal pasti kawasan-kawasan risiko denggi. Tangki-tangki tandas yang terbuka hendaklah dipantau bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes Tindakan : Jawatankuasa Kesihatan 2. KPI dan sasaran Kerja: KPI Sasaran Kerja Murid terlibat dengan Kes Denggi 0% Murid perempuan tingkatan 1 mendapat suntikan HPV 100% Murid Tingkatan 3 mendapat suntikan Tetanus 100% Jawatankuasa Sekolah Selamat 1. Jawatankuasa perlu menyemak manual sekolah selamat dan memeriksa persekitaran sekolah untuk memastikan keselamatan murid. Tindakan : Jawatankuasa Sekolah Selamat 2. KPI dan Sasaran Kerja:
18 KPI Sasaran Kerja Murid selamat pergi dan balik sekolah 100% Latihan Pengungsian Bangunan 2 Kali setahun Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan 1. Kawasan-kawasan yang perlu diambil tindakan perlu dikenal pasti dan jawatankuasa juga hendaklah mengemukakan cadangan kepada Pn. Pengetua Tindakan : Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan 3. KPI dan Sasaran Kerja: KPI Sasaran Kerja Taman-taman dibangunkan secara berterusan 100% Bilik Segar bersih 100% PERATURAN SEKOLAH Pengenalan
19 Surat Pekeliling Ikhtisas bil.9/1975, menyatakan …..…. tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan ini hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan murid-murid mestilah mengetahuinya (Kementerian Pendidikan Malaysia, pekeliling-pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran DBP, Kuala Lumpur, 1988 ms. 162) Penggubalan peraturan-peraturan sekolah adalah berasaskan peraturan pelajaran yang terkandung di dalam surat-surat pekeliling (Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa: Nilai-nilai agama, Rukun Negara, latar belakang sosio budaya masyarakat setempat, kemudahan dan keadaan fizikal sekolah dan prinsip-prinsip asasi disiplin dan peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengukuhan Disiplin Peringkat Sekolah. DBP, KL, 1988 ms. 18) Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu dididik agar mematuhi peraturan dan disiplin yang dapat memenuhi apa yang dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Negara inginkan seorang insan yang bukan hanya berpengetahuan tinggi, tetapi juga seorang yang berbudi pekerti mulia dan mempunyai amalan hidup yang sihat. FASAL 1 ( KEHADIRAN KE SEKOLAH ) 1.1 Waktu persekolahan adalah dua sesi/sidang a. Sidang/Sesi pagi mulai 07:20 pagi hingga 1:00 tengahari (Isnin –Khamis) dan 12.30 tengahari (Hari Jumaat) b. Sidang/Sesi petang 1.25 tengah hari hingga 6:40 petang (Isnin- Khamis) Pada hari Jumaat 2.10 -6.50 petang(sesi petang). 1.2 Perhimpunan Rasmi setiap pagi Isnin diadakan pada pukul 07:20 pagi hingga 08:00 pagi ( sesi pagi )di Dataran Bunga Raya sebelum memulakan persekolahan. Bagi sesi petang diadakan pada pukul 1.20 tengahari hingga 1.50 petang. 1.3 Guru Tingkatan akan mengambil kehadiran murid dan mengisi kehadiran secara online selewat-lewatnya sebelum 10.00 pagi dan pukul 3.00 petang ke dalam Buku Kehadiran Murid. 1.4 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat akuan doktor atau surat akuan ibu bapa /penjaga/telefon dan sistem panggilan ringkas. 1.5 Murid yang tidak dapat mengikuti matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah membuktikannya dengan mengemukakan surat akuan doktor atau surat akuan ibu bapa / penjaga . 1.6 Kelas Tambahan dan Kelas Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa yang wajib dihadiri. Kedatangan akan diambil oleh guru berkenaan.
20 1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Penolong Kanan Petang/ Penolong Kanan Kokurikulum/ Guru Bertugas. 1.8 Murid yang memerlukan rawatan di hospital / klinik hendaklah mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Petang/ Guru Bertugas Mingguan dan mengisi Borang Rawatan yang diambil dari Pejabat dan ditandatangani oleh Pengetua/Penolong Kanan / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Penolong Kanan Kokurikulum/Penolong Kanan Petang. Murid perlu mendapatkan rawatan pada di luar waktu Proses Pengajaran dan Pembelajaran. 1.9 Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke tempat lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu serta wajib membawa pas kebenaran keluar kelas. Murid hendaklah sentiasa berada di dalam kelas jika guru tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 1.10 Murid yang mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di dalam kelas atau tempat yang diarahkan oleh pihak sekolah. 1.11 Murid-murid mesti hadir ke sekolah menepati masa yang ditetapkan. Tindakan akan dikenakan jika datang lewat. 1.12 Jika seseorang murid tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut atau sepuluh hari bukan berturut-turut, surat amaran pertama akan dihantar kepada ibubapa/penjaga. Surat amaran kedua akan dihantar secara SURAT BERDAFTAR jika tidak hadir tujuh hari berturut-turut atau sepuluh hari bukan berturut-turut setelah amaran pertama dikeluarkan. Surat amaran ketiga dihantar setelah tujuh hari berturut-turut tidak hadir atau dua puluh hari bukan berturut-turut setelah surat amaran kedua dikeluarkan . Setelah surat amaran ketiga pelajar tersebut akan dibuang sekolah. Tindakan buang sekolah akan dikenakan jika tidak hadir empat belas hari berturut-turut atau dua puluh hari bukan berturut-turut setelah amaran ketiga dikeluarkan. 1.13 Surat untuk memberitahu ibu bapa / penjaga murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Murid tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua. 1.14 Surat-surat berkenaan boleh didapatkan daripada PK HEM. Guru-guru tingkatan diminta mengisi surat-surat ini dan memastikan penghantarannya secara surat berdaftar. 1.15 Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat dalam Jadual Kedatangan dengan catatan: AP : Amaran Pertama,
21 AK : Amaran Kedua, AT : Amaran Terakhir BS : Buang Sekolah. 1.16 Murid yang balik dengan kebenaran sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Bagi yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu. 1.17 Murid-murid dilarang keras ponteng kelas / sekolah. Tindakan tatatertib akan diambil dan ibu bapa / penjaga akan dipanggil ke sekolah untuk penjelasan. 1.18 Fasal 1 Ceraian 18 memperakukan segala peraturan atau peruntukan undang-undang kehadiran murid yang diwujudkan kemudian. FASAL 2 ( PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH ) A. Pakaian Seragam Murid Lelaki 2.1 Kemeja putih berlengan pendek / panjang (dibutangkan), seluar panjang berwarna hijau tua (olive green), sarung kaki putih, kasut kanvas putih, tanda nama berlogokan lencana sekolah dan hendaklah dipakai semasa belajar / perjumpaan rasmi di dalam atau di luar sekolah. Lengan baju tidak dibenarkan untuk dilipatkan. Ukuran panjang seluar – paras buku lali (apabila berdiri). Lebar buka kaki seluar – 36 cm hingga 42 cm (14 inci hingga 16 inci). Seluar berpotongan “bell-bottom” / kaki kecil (slim cut) dan ketat tidak dibenarkan. Seluar yang dibuat daripada material dari jenis ‘Jeans’ atau ala ‘Jeans’ tidak dibenarkan. Kemeja ketat ( slim cut ) tidak dibenarkan. 2.2 Semua pengawas memakai pakaian yang telah ditetapkan. 2.3 Pakaian seragam sekolah hendaklah sentiasa dipakai semasa menghadiri aktiviti di luar waktu persekolahan. 2.4 Pakaian seragam sekolah, kasut kanvas putih dan tanda nama wajib dipakai ketika waktu belajar pada setiap hari dan majlis-majlis rasmi yang diarahkan oleh pihak sekolah 2.5 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Murid lelaki hendaklah menggunakan kemeja ‘T’ berkolar berwarna maron berlogo sekolah, seluar panjang trek biru gelap / hitam serta berkasut sekolah. 2.6 Pakaian semasa Bersukan / Beriadah : Murid lelaki hendaklah menggunakan kemeja ‘T’, seluar panjang trek, dan berkasut sukan. 2.7 Semua murid lelaki dilarang memakai seluar panjang ketat, seluar panjang berkaki besar, seluar panjang berconteng, seluar panjang banyak poket, seluar panjang baldu, seluar panjang jeans, slack jeans, seluar ala Hawaii / seluar pendek aras lutut, seluar pendek, baju berlogo atau bergambar
22 heavy metal, tali pinggang besar (lebar tidak melebihi 3 cm termasuk kepalanya), rantai tangan / leher,cincin, dan cermin mata hitam. 2.8 Pakaian yang mendedahkan aurat adalah diharamkan. 2.9 Arahan dan larangan tambahan mengenai pakaian akan diumumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. B. Pakaian Seragam Murid Perempuan 2.10 Baju kurung putih , kain berwarna biru muda,bersinglet dalam putih, berkain dalam, kasut kanvas putih/hitam dan tanda nama berlogokan lencana sekolah hendaklah dipakai semasa belajar / perjumpaan rasmi di dalam atau di luar sekolah. 2.11 Semua pengawas memakai pakaian yang telah ditetapkan. 2.12 Pakaian rasmi sekolah hendaklah sentiasa digunakan semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. 2.13 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Murid perempuan hendaklah menggunakan seluar panjang trek biru gelap / hitam yang tidak menampakkan susuk badan, kemeja ‘T’ sekolah lengan panjang berwarna maron dan berkolar, bertudung putih serta berkasut sekolah. Labuh kemeja ‘T’ hendaklah melebihi paras punggung (menutup punggung). 2.14 Perkara-perkara di bawah juga dilarang keras bagi murid perempuan memakainya : a. ‘skirt’ b. baju berlengan pendek / tanpa lengan / atas paras punggung c. semua jenis selipar, kasut silang dan kasut tumit tinggi pada waktu sekolah. d. semua jenis barang kemas. e. Inai atau pewarna kuku f. solekan 2.15 Arahan dan larangan tambahan mengenai pakaian akan diumumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. FASAL 3 ( KEKEMASAN DIRI ) 3.1Murid-murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang, menyimpan misai atau Janggut atau kedua-duanya yang bersesuaian dengan Pekeliling Ikhtisas bil 2/1979. Murid-murid juga dilarang membotakkan kepala, berjambang, mewarnakan rambut juga meniru fesyen rambut yang tidak sepatutnya( seperti pendek atau nipis di bahagian sisi dan tebal di tangahnya, menyimpan ekor dan sebagainya ) . 3.2Rambut panjang bermaksud : 3.2.1 Di belakang - Rambut mencecah kolar baju atau melebihi garisan
23 di bawah cuping dua telinga. 3.2.2 Di depan - Rambut melebihi separuh dahi. 3.2.3 Di sebelah kiri dan kanan - Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi tengah hidung. 3.2.4 Di sebelah atas - Rambut melebihi 3 inci atau 7.5 cm panjangnya. 3.2.5 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang. Cat kuku dan inai dilarang. 3.3Membawa atau mengguna alatan solek seperti ‘lipstik’ dan ‘eye shadow’ termasuk celak dan haruman yang terlalu kuat baunya tidak dibenarkan. Hanya bedak talcum sahaja yang dibenarkan. 3.4Murid-murid tidak dibenarkan memakai cincin, gelang dan rantai leher. Murid-murid perempuan hanya dibenarkan memakai subang kecil. 3.5Murid-murid juga tidak dibenarkan mencukur, mencabut atau mewarnakan bulu kening, membuat sebarang tanda atau tatoo di bahagian anggota badan. 3.6Murid wajib menjaga kebersihan diri terutama rambut, kuku, gigi dan seluruh badan serta memakai pakaian yang bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah. FASAL 4 ( KEBERSIHAN ) A. Kebersihan Kawasan Sekolah 4.1 Murid dilarang membuang sampah di merata-rata tempat dalam Kawasan sekolah. Gunakan tong sampah yang disediakan. 4.2 Menyelitkan sampah di celah-celah bangunan, perabut atau di mana-mana sahaja adalah dilarang. 4.3 Makan dan minum hanya di benarkan di kantin sekolah sahaja. B. Kebersihan Tandas 4.4 Pastikan tandas bersih selepas digunakan. 4.5 Semua sampah dan tuala wanita hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 4.6 Pastikan tapak kasut bersih sebelum masuk ke dalam tandas. 4.7 Gunakan selipar yang disediakan. 4.8 Jangan membawa sebarang makanan ke dalam tandas. 4.9 Jangan menconteng pada mana-mana bahagian di dalam tandas. 4.10 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan elektrik. C. Kebersihan Kelas 4.10 Kebersihan lantai, papan hitam, cermin tingkap dan kaki lima kelas adalah tanggungjawab kelas masing-masing. 4.11 Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan. 4.12 Menconteng mana-mana bahagian dan peralatan di dalam kelas adalah satu kesalahan.
24 FASAL 5 ( PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH ) 5.1 Perhimpunan rasmi mingguan akan diadakan pada setiap hari Isnin di Dataran Bunga Raya atau mana-mana tempat yang diarahkan Pengetua. 5.2 Semua murid diwajibkan berada di tempat perhimpunan mengikut masa dan tempat yang diarahkan oleh pihak sekolah. 5.3 Barisan didahului oleh murid yang paling rendah dan berakhir dengan murid yang paling tinggi. Murid lelaki di hadapan. Manakala murid perempuan di belakang. 5.4 Perbarisan adalah mengikut kelas masing-masing didahului oleh Ketua Kelas. 5.5 Pemeriksaan murid dalam perhimpunan dilakukan oleh Pemimpin murid, guru kelas dan Guru bertugas mingguan dengan kerjasama pihak Lembaga Disiplin Sekolah setiap minggu. 5.6 Perhimpunan dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah, Doa, Ikrar Rukunegara, Ikrar Keselamatan Jalanraya, Ikrar Murid Laporan guru bertugas, dan penyampaian hadiah. 5.7 Atur cara perhimpunan dimulai dengan Laporan Guru Bertugas, persembahan Murid /penyampaian hadiah (jika ada), ucapan guru-guru, ucapan Penolong-penolong Kanan dan diakhiri oleh Pengetua. 5.8 Sewaktu perhimpunan semua murid dikehendaki diam, memberi perhatian serta digalakkan membuat catatan. 5.9 Tatatertib perhimpunan wajib dijaga oleh pihak yang mempengerusikannya. 5.10 Pergerakan pergi dan balik ketempat perhimpunan hendaklah dengan beratur mengikut kelas masing-masing. 5.11 Perubahan tatacara perhimpunan tertakluk kepada pihak sekolah untuk menentukannya. FASAL 6 ( TATATERTIB BILIK KELAS ) 6.1 Murid yang bertugas pada hari berkenaan dikehendaki datang
25 lebih awal ke kelas. Setelah selesai pembersihan, mereka juga dikehendaki menghadiri perhimpunan pagi. 6.2 Guru Mata pelajaran waktu pertama bertanggungjawab melaporkan kehadiran murid dalam kelasnya ke pejabat; sama ada hadir, ponteng atau menimbulkan suasana yang tidak diingini di dalam kelas. Buku Kawalan Pergerakan Murid hendaklah diisi oleh Guru Mata pelajaran / Ketua Kelas dan dihantar ke Pejabat selepas sesi persekolahan pada setiap hari. 6.3 Murid yang ponteng kelas tanpa alasan munasabah akan dikenakan tindakan. 6.4 Semua murid dikehendaki bangun menjawab salam dan memberi hormat serta salam /selamat datang / terima kasih kepada semua guru, Pengetua dan pelawat-pelawat semasa mereka memasuki dan keluar dari kelas. 6.5 Kebersihan dan ketenteraman bilik kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri dengan diawasi oleh Ketua Kelas dan Penolongnya. Sekiranya ada murid-murid yang merosakkan harta benda dalam bilik kelas atau enggan membersihkan kelas atau melawan Ketua maka tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka. 6.6 Ketua Kelas atau Penolongnya bertanggungjawab atas segala keselamatan, kebersihan dan melaporkan kepada Guru Tingkatan tentang kerosakan atau kehilangan barang- barang di dalam kelasnya. 6.7 Hubungan di antara kelas dengan pihak pentadbiran sekolah hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-masing. 6.8 Sewaktu ketiadaan guru, Ketua Kelas dan Penolongnya bertanggungjawab atas ketenteraman kelas dan hendaklah memperingatkan guru jika dia terlewat atau terlupa hadir ke kelas. 6.9 Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut : a. Menulis di papan putih (kecuali dengan arahan guru). b. Meninggalkan buku di atas meja selepas waktu belajar. c. Menggunakan meja dan kerusi guru. 6.10 Semua murid bertanggungjawab menjaga keharmonian kelas. FASAL 7 ( TIDAK MEMENTINGKAN MASA ) 7.1 Perkara-perkara berikut diklasifikasi sebagai tidak mementingkan masa dan boleh dikenakan tindakan : 7.1.1 Berkeliaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran. 7.1.2 Sengaja lewat ke sekolah. 7.1.3 Sengaja lewat ke perhimpunan. 7.1.4 Makan di kantin di luar waktu rehat. 7.1.5 Membeli di koperasi di luar waktu yang dibenarkan. 7.1.6 Membeli air di mesin minuman air 7.1.7 Lewat masuk ke bengkel, makmal, pusat sumber, perpustakaan dan kelas amali solat.
26 FASAL 8 ( AMALAN MURNI ) 8.1 Murid hendaklah sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain. 8.2 Murid hendaklah mengamalkan sikap baik dan berbudi bahasa setiap masa. 8.3 Ucapan salam atau selamat hendaklah menjadi amalan murid sepanjang masa. 8.4 Murid mestilah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan tekun. 8.5 Sentiasa mengamalkan kebersihan. 8.6 Sentiasa menjaga keselamatan harta benda sendiri, sekolah dan hak milik orang lain. 8.7 Mematuhi arahan guru, staf sokongan, pemimpin murid, ketua kelas dan penolong ketua kelas. 8.8 Sentiasa tertib (beratur) ketika bergerak ke makmal, bengkel, perpustakaan dan seumpamanya. 8.9 Menghormati dan menghayati lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah ketika lagu dinyanyikan. 8.10 Murid hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berjimat-cermat seperti memadamkan suis lampu, kipas, penghawa dingin dan pili air selepas digunakan. 8.12 Perbuatan yang bercanggah dengan nilai murni seperti berbohong, menipu, menghasut dan bersubahat adalah satu kesalahan. FASAL 9 ( YURAN ) 9.1 Murid hendaklah menjelaskan semua yuran yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah pada masa yang telah ditetapkan. FASAL 10 ( SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SPBT ) 10.1 Mulai sesi persekolahan 2008, semua murid akan diberikan buku teks tanpa melihat kepada kelayakan. 10.2 Buku teks perlu dijaga, dibalut dan ditulis nama penuh murid di dalamnya. 10.4 Buku teks yang hilang perlu diganti samada dengan bayaran ataupun diganti dengan buku baru. FASAL 11 ( BIASISWA )
27 11.1 Biasiswa adalah kurniaan wang oleh Kementerian Pelajaran, Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi atas sokongan pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah berhak mencadang untuk meneruskan atau menamatkan kurniaan ini. 11.2 Sebarang hutang dengan pihak sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui potongan biasiswa. 11.3 Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila: a. Murid melakukan kesalahan jenayah atau kesalahan berat yang ditakrifkan oleh pihak Lembaga Disiplin. b. Prestasi akademik murid tidak mencapai tahap memuaskan. c. Pihak sekolah berpuas hati berbuat demikian atas alasan yang munasabah. 11.4 Buku Akaun Biasiswa akan disimpan oleh pihak sekolah sehingga tamat pengajian pemegang biasiswa berkenaan, kecuali dengan keizinan atas alasan yang munasabah. 11.5 Pemegang biasiswa dari masa kesemasa tertakluk kepada peraturan Bahagian Biasiswa Sekolah dan pihak penganjur biasiswa berkenaan. FASAL 12 ( KEGIATAN KURIKULUM ) 12.1 Kehadiran pelajar dalam semua peperiksaan dan ujian adalah wajib dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 12.2 Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan atau ujian dengan penuh tanggungjawab. 12.3 Perbuatan mengganggu perjalanan peperiksaan atau ujian dalam bentuk apa jua sekalipun adalah satu kesalahan. 12.4 Bagi peperiksaan dalaman, murid mestilah menggunakan kertas jawapan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 12.5 Bagi peperiksaan awam, pelajar mestilah menggunakan kertas jawapan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia. 12.6 Semua kerja kursus, latihan, kerja kelas dan rumah yang diberi oleh guru hendaklah disempurnakan dan diserahkan pada masa yang ditetapkan. 12.7 Semua program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD dan JPN adalah wajib bagi pelajar berkenaan. 12.8 Semua peralatan pembelajaran yang perlu untuk gerak kerja kurikulum hendaklah disediakan oleh murid. FASAL 13 ( KEGIATAN KOKURIKULUM ) 13.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib. 13.2 Semua murid dimestikan menjadi ahli kepada : a. Satu Kelab/persatuan b. Satu Kelab Beruniform
28 c. Satu Sukan / permainan 13.3 Guru Penasihat dan AJK kelab / persatuan akan dilantik setahun sekali. 13.4 Guru Penasihat / Pengerusi Kelab / Persatuan dibenarkan untuk menyampaikan maklumat melalui notis di papan kenyataan/ laporan kegiatan semasa perhimpunan rasmi / harian atau pun melalui guru yang bertugas. 13.5 Mesyuarat kelab / persatuan hendaklah diadakan sebulan sekali atau sekurang-kurangnya sekali setiap penggal persekolahan dengan dipengerusikan oleh Guru Penasihatnya untuk membincangkan aktiviti yang telah berlalu serta merancangkan aktiviti seterusnya. 13.7 Setiap kelab / persatuan dikehendaki menyediakan jadual aktivitinya. Jadual ini hendaklah dengan kelulusan Guru Penasihat dan ditampalkan di papan kenyataan, diberi kepada Setiausaha Kokurikulum dan diserahkan untuk fail sekolah. 13.8 Kelab / Persatuan bertanggungjawab meletakkan kadar yuran yang berpatutan bagi ahli-ahlinya. Ahli-ahli hendaklah menjelaskan yuran mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Penyata kewangan hendaklah dilaporkan semasa mesyuarat kelab / persatuan. 13.9 Keahlian kelab / persatuan ditentukan oleh Unit Kokurikulum Sekolah berdasarkan minat dan kecenderungan murid. FASAL 14 ( SURAU DAN SOLAT ) 14.1 Kehadiran solat berjemaah setiap waktu adalah wajib bagi semua murid kecuali murid yang uzur. Ketidakhadiran murid untuk solat berjemaah dicatatkan. 14.2 Semua murid tidak dibenarkan tidur di dalam surau. 14.3 Semua murid wajib mematuhi peraturan surau sama ada dari segi ibadat, keselamatan, kebajikan dan setiap aktiviti yang dicadangkan oleh pihak sekolah. FASAL 15 ( PERGAULAN ) 15.1 Murid lelaki ditegah duduk bersama murid perempuan pada satu bangku samada di dalam atau di luar kelas. 15.2 Murid lelaki ditegah membuat perbincangan baik mengenai pelajaran atau hal-hal lain dalam keadaan seorang sama seorang dengan murid perempuan walaupun di dalam kelas. Bagaimanapun sekiranya perlu, murid boleh mendapat kebenaran khas dari guru. 15.3 Murid lelaki dan perempuan dilarang membuat perhubungan sulit antara satu sama lain samada melalui surat atau sebagainya. 15.4 Murid lelaki dan perempuan dilarang mengadakan kakak / abang / adik angkat di dalam dan di luar sekolah kecuali setelah mendapat kebenaran rasmi daripada kedua-dua ibu bapa. 15.5 Murid lelaki dilarang menyentuh murid perempuan samada dengan tangan, buku, pembaris dan sebagainya. 15.6 Murid lelaki dan perempuan dilarang mengadakan perhubungan surat menyurat, hubungan telefon atau sebagainya dengan orang luar yang bukan
29 mahramnya. Pihak sekolah dengan kuasa yang diberikan Pengetua tidak teragak-agak untuk membuka mana-mana surat yang dihantar kepada murid sekolah ini tanpa terlebih dahulu memberitahu mereka. 15.7 Murid lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak dibenarkan membonceng motosikal bersama. FASAL 16 ( SURAT MENYURAT ) 16.1 Semua Surat murid-murid yang dikirimkan dan yang diterima mestilah ada tertulis nama dan alamat pengirimnya. 16.2 Surat-surat masuk biasa akan dikendalikan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. Manakala surat berdaftar / pos laju akan dikendalikan oleh Pejabat Am Sekolah. 16.3 Pihak Lembaga Disiplin Sekolah mempunyai kuasa membuat pemeriksaan ke atas surat-surat yang disyaki mengandungi perkara-perkara yang tidak baik. 16.4 Surat-surat yang mengandungi unsur-unsur yang tidak sihat akan diambil dan tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas penerimanya. FASAL 17 ( TATATERTIB DI LUAR SEKOLAH ) 17.1 Semua murid hendaklah sentiasa mengamalkan ajaran agama yang dipelajarinya. 17.2 Semua murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik sekolah. 17.3 Semua murid terikat dengan peraturan sekolah selagi masih berdaftar di sekolah ini. FASAL 18 ( SURAT PERAKUAN SEKOLAH TESTIMONIAL ) 18.1 Sijil Berhenti Sekolah, Testimonial dan Surat Akuan / Sokongan akan dikeluarkan berdasarkan : 18.1.1 Murid hendaklah terlebih dahulu memohon dan diperakukan oleh Guru Kelas, Guru Penasihat Kelab / Persatuan, dan Bahagian Hal Ehwal Murid. 18.1.2 Telah menjelaskan segala bayaran atau telah menggantikan segala tuntutan sekolah ke atasnya. 18.1.3 Terletak pada budi bicara Pengetua dan Bahagian Hal Ehwal Murid. 18.2 Ukuran pemberian segala surat ini akan dinilai sepanjang murid berada di sekolah ini hingga hari pengeluaran perakuan tersebut. FASAL 19 ( LEMBAGA PEMIMPIN MURID ) 19.1 Lembaga Pemimpin Murid adalah sebuah badan penguatkuasaan undang- undang dan peraturan sekolah. 19.2 Lembaga Pemimpin Murid Sekolah terletak di bawah Jawatankuasa Disiplin di bawah seliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Bilangan keanggotaan badan ini tertakluk kepada pelantikan oleh pihak sekolah. Keanggotaan
30 badan ini terdiri daripada : Guru Penasihat (dari Ahli Lembaga Disiplin Sekolah), Ketua Murid (seorang lelaki dan seorang perempuan), Penolong Ketua Murid (seorang lelaki dan seorang perempuan), Setiausaha Badan Pemimpin Murid, Bendahari Badan Pemimpin Murid, Biro Disiplin dan Biro Kebersihan dan Keceriaan, Biro Kebajikan, Kesihatan dan Makanan, Biro Kawalan dan Keselamatan, Biro Pembangunan, Latihan dan Ekonomi, dan Tugas-Tugas Khas, serta lain-lain jawatan mengikut keperluan. 19.3 Pemimpin Murid Sekolah hendaklah berpakaian seragam khas seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 19.4 Antara tugas harian pengawas ialah : a. Memastikan peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi oleh semua pelajar. b. Mengurus dan mempengerusikan perhimpunan rasmi / pagi sekolah. c. Menyambut dan memberi khidmat kepada pelawat tidak rasmi. d. Membuat laporan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi. e. Menyampaikan surat kiriman kepada murid-murid setelah diluluskan oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah. f. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah. 19.5 Badan Pemimpin Murid Sekolah hendaklah sentiasa mengadakan mesyuarat atau sekurang-kurangnya sekali dalam setiap penggal persekolahan yang dipengerusikan oleh Ketua Murid dan minitnya dicatatkan oleh Setiausaha Badan Pemimpin Murid. Pemimpin Murid boleh menjemput Pengetua atau Guru Penolong Kanan (HEM) atau semua sekali termasuk ahli-ahli Lembaga Disiplin Sekolah untuk turut serta di dalam mesyuarat mereka bagi membincangkan sebarang masalah yang timbul. FASAL 20 ( HARTA BENDA SEKOLAH ) 20.1 Semua murid mesti bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah (bangunan, papan tulis, kerusi / meja dan apa juga harta benda milik sekolah). 20.2 Perbuatan merosak/membinasakan dan menconteng harta benda sekolah adalah satu kesalahan. 20.3 Pelajar dilarang sama sekali memindahkan, mengambil atau menukar harta benda yang dipinjam dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran. 20.4 Alatan dan perabot yang dipinjam atau dipindahkan hendaklah diserahkan semula dan disimpan ditempat yang ditetapkan. FASAL 21 ( KANTIN ) 21.1 Pelajar tidak dibenarkan membeli dan makan di kantin pada waktu pembelajaran. 21.2 Pelajar mestilah beratur sewaktu membeli makanan. 21.3 Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. 21.4 Segala kertas atau pembungkus makanan mestilah dibuang ke dalam tong
31 sampah. 21.5 Tempat penyediaan makanan dan minuman serta ruang yang dikhaskan untuk guru dan kakitangan sekolah adalah kawasan larangan bagi pelajar. 21.6 Perbuatan merosakan harta benda kantin adalah satu kesalahan FASAL 22 ( TANDAS ) 22.1 Murid-murid dilarang menggunakan tandas guru. 22.2 Murid-murid mestilah menjaga kebersihan dan keselesaan tandas. 22.3 Murid-murid dilarang membuang sampah, tisu, kertas atau lain-lain buangan ke dalam lubang tandas. Tuala wanita hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. 22.4 Segala kerosakan tandas dan paip air hendaklah dilaporkan segera kepada pihak sekolah. 22.5 Murid-murid dilarang berulang-alik ke tandas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru berkenaan serta membawa kad kebenaran keluar kelas. 22.6 Murid-murid tidak dibenarkan makan, minum, berborak, berehat atau bersembunyi di dalam tandas. FASAL 23 ( KENDERAAN ) 23.1 Semua kenderaan murid hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja. 23.2 Semua kenderaan hendaklah dikunci dengan sebaiknya. 23.3 Murid dikehendaki menuntun motorsikal/basikal dalam kawasan sekolah. 23.4 Semua kenderaan bermotor murid diwajibkan mendaftar kepada pihak sekolah. 23.5 Murid yang menggunakan kenderaan bermotor mestilah memiliki lesen memandu yang sah. 23.6 Murid yang menaiki bas atau van hendaklah beratur semasa menaikinya. Murid juga dilarang berdiri di atas tangga demi keselamatan. FASAL 24 ( KAWASAN LARANGAN ) 24.1 Perpustakaan, Bilik Tayangan, makmal ICT, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Bahasa, kecuali dengan kebenaran. 24.2 Pejabat Am Sekolah dan Bilik Guru, kecuali dengan kebenaran. 24.3 Surau, kecuali untuk beribadat dan aktiviti-aktiviti berkaitan. 24.4 Kantin, Koperasi, semasa waktu PdPc . 24.5 Semua Bilik Stor Barang, kecuali dengan kebenaran. 24.6 Semua Bilik Khas, kecuali dengan kebenaran. 24.7 Pondok Pengawal 24.8 Mana-mana tempat yang dilarang oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. FASAL 25 ( PERATURAN KHUSUS )
32 Semua murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus yang telah digubal untuk : 25.1 Perpustakaan 25.2 Bilik Tayangan 25.3 Makmal Bahasa 25.4 Makmal Komputer/ICT 25.5 Makmal Sains 25.6 Bengkel Kemahiran Hidup 25.7 Surau 25.8 Bilik Kesihatan 25.9 Koperasi 25.10 Kantin 25.11 Pendidikan Seni dan Visual 25.12 Sistem Disiplin 25.13 Kawad Kecemasan Kebakaran 25.14 Bahagian Pentadbiran Sekolah 25.15 Peraturan-peraturan khusus lain yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dari Semasa ke semasa. FASAL 26 ( SALAHLAKU UMUM ) 26.1 Murid dilarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik. 26.2 Sebarang surat rasmi daripada murid kepada pihak luar mestilah melalui pengetua. 26.3 Murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen. 26.4 Berjudi atau mengunjungi tempat perjudian adalah dilarang. 26.5 Membawa, menyimpan dan bermain semua jenis bahan letupan di sekolah adalah dilarang. 26.6 Ketika di kawasan sekolah murid dilarang mengeluarkan bunyi yang berlebihan atau melampau yang boleh menggangu suasana dengan apa cara sekalipun. 26.7 Murid tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di dalam kawasan sekolah. 26.8 Penggunaan premis sekolah mestilah mendapat kebenaran pengetua. 26.9 Sebarang aduan tentang salahlaku pelajar di luar kawasan sekolah akan disiasat dan jika sabit kesalahan akan diambil tindakan. FASAL 27 ( KESALAHAN YANG TIDAK TERCATAT ) 27.1 Sebarang kesalahan yang tidak tercatat atau tidak tersenarai kerana faktor masa dan keadaan tetapi dianggap satu perlanggaran disiplin masih boleh diambil ke atas pelajar yang melakukannya. Lampiran 1 JENIS KESALAHAN 1. TATATERTIB JENAYAH
33 1.1 Menjadi ahli kumpulan haram / gangster 1.2 Membawa senjata bahaya dengan tujuan jahat 1.3 Memukul / menumbuk guru atau Murid lain 1.4 Mengancam guru / kakitangan sekolah 1.5 Mencuri / Berjudi / Bertaruh 1.6 Mengancam Murid lain / Membuli / Memeras Ugut 1.7 Menceroboh kawasan / bilik larangan 1.8 Mengedar / memiliki / menyalah guna dadah / bahan inhalan / bahan alkohol (arak / minuman keras) / bahan yang memabukkan. 1.9 Mencabul kehormatan 1.10 Mengganggu ketenteraman sekolah 2. KESALAHAN BERAT 2.1 Keluar dari kawasan sekolah / bermalam tanpa kebenaran. 2.2 “Dating”, bercumbu-cumbuan, dalam keadaan mencurigakan. 2.3 Mengedar / menonton / membaca / memiliki bahan lucah. 2.4 Menggunakan perkataan / perbuatan lucah / bahasa kesat. 2.5 Melukis gambar / menulis perkataan lucah. 2.6 Memiliki / mengedar / menghisap rokok. 2.7 Meniru tanda tangan guru / ibu bapa / penjaga. 2.8 Menyimpan / membawa / memakai peralatan / pakaian yang tidak dibenarkan (seperti alat pemanas air, pakaian jeans / baldu, radio, “walkman”, rantai, gelang, cincin dan seumpamanya. 2.9 Berambut panjang atau berfesyen yang dilarang (rock, punk, berekor dan sebagainya) 2.10 Memburuk dan mempersendakan guru, kaki tangan, Murid lain, sekolah. 2.11 Meninggalkan kewajipan agama / mempersendakan agama. 2.12 Engkar arahan guru, kaki tangan, pengawas sekolah. 2.13 Ponteng sekolah, mata Muridan, peperiksaan, ujian, kelas persediaan, perhimpunan, kerja kumpulan / keceriaan, aktiviti kokurikulum dan lain-lain aktiviti wajib 2.14 Tidak menghormati guru, kakitangan, pemimpin murid sekolah, tetamu. 2.15 Mengintai Murid perempuan dan sebaliknya. 2.16 Menipu melibatkan harta benda dan kepercayaan. 2.17 Membenar / membawa orang luar masuk ke kawasan sekolah / asrama. 2.18 Membuat kenyataan akhbar secara langsung atau tidak langsung. 2.19 Memiliki / bermain daun terup / pakau. 2.20 Melakukan kesalahan kecil tiga kali. 2.21 Kesalahan-kesalahan lain yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. 3. KESALAHAN KECIL 3.1 Pergi ke rumah guru atau kaki tangan tanpa kebenaran. 3.2 Lewat masuk kelas, perhimpunan, kelas persdiaan, surau, kerja kumpulan / Keceriaan dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah. 3.3 Bising, mengganggu ketenteraman di surau / kelas / asrama / dewan dan tempat-tempat ain yang berkenaan.
34 3.4 Berkuku panjang, bermisai, berjanggut, berjambang, berpakaian tidak senonoh. 3.5 Memakai perhiasan yang dilarang. 3.6 Membeli makanan / makan di kantin semasa kelas berjalan. 3.7 membuang sampah merata-rata. 3.8 Tidak memakai tanda nama (name tag) / memakai tanda nama orang lain / tanda nama tidak sesuai. 3.9 Kesalahan-kesalahan lain yang ditentukan oleh lembaga Disiplin Sekolah / Guru-guru dari semasa ke semasa. UNDANG-UNDANG/PERATURAN & SURAT PEKELILING BERKAITAN HEM A. SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN PENGURUSAN DISIPLIN BERKUALITI : AKTA PENDIDIKAN 1. Akta Pelancongan 1957 - Pemberitahuan Undang-Undang L.N.326 2. Akta Pelajaran 1961 - Peraturan-Peraturan (Kursus Pengajian Sekolah)1956 WARTA KERAJAAN 1 Warta Kerajaan 1950 - Registration of Schools Ordinance 1950 2. Warta Kerajaan 1956 - Schools Societies Regulations L.N.179-180 3. Warta Kerajaan 1967 - Jld.11, Bil. 27, bertarikh 28 Disember 1967 4. Warta Kerajaan 1997 - Peraturan-Peraturan Kokurikulum Kebangsaan P.U. (A) 531 dalam Akta Pendidikan 1996 bertarikh 31 hb Disember 1996 5. Warta Kerajaan 1998 - Pemberitahu Undang-Undang 196, Jil. 42, No.11 SURAT PEKELILING IKHTISAS 1. SP Am Bil. 23/1966 - Lagu Kebangsaan 2. SPI Bil.6/1968 - Pembuangan Murid daripada Sekolah kerana Kelakuan Curang 3. SPI Bil.4/1969 - Kemasukan Kanak-kanak dari Singapura ke Sekolah-sekolah Bantuan Penuh Kita. 4. SPI Bil.5/1969 - Kemasukan Kanak-kanak dari Singapura/Seberang Laut ke Sekolah- Bantuan Penuh Kita. 5. SPI Bil.13/1969 - Pakaian Guru-guru di Sekolah 6. SPI Bil.1/1971 - Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah di Sekolah-Sekolah 7. SPI Bil.2/1971 - Rukunegara 8. SPI Bil.3/1971 - Pakaian Seragam sekolah-sekolah 9. SPI Bil.1/1972 - Peraturan-peraturan ( Tatatertib Sekolah ) Pelajaran 1959 10.SPI Bil.3/1972 - Mengatasi masalah keciciran 11.SPI Bil 4/1975 - Nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ 12.SPI Bil 5A/1975 - Kemasukan Murid-murid Warganegara ke Sekolah-sekolah Sewa Yang Dikhaskan untuk Murid-murid Dagang (Expatriate) 13.SPI Bil 6A/1975 - Disiplin Murid Menghisap Rokok 14.SPI Bil.7/1975 - Salahguna Dadah-Garis panduan untuk Guru Panduan dan Guu Besar. 15. SPI Bil 8/1975 - (i) Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri,dan
35 (ii)Mengibarkan Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-Sekolah/Maktab-Maktab Perguruan 16. SPI Bil.9/1975 - Disiplin di Sekolah: Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid 17. SPI Bil.1/1976 - Pameran/Ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah di Sekolah-sekolah. 18. SPI Bil.2/1976 - Potongan Rambut Murid-murid 19. SPI Bil.3/1976 - Pakaian Seragam untuk Murid-murid Sekolah Rendah-Pindaan 20.SPI Bil.4/1976 - Pakaian Seragam untuk Murid-murid Sekolah MenengahPindaan 21.SPI Bil.5/1976 - Kemudahan Bilik untuk Perkhidmatan Panduan Pelajaran & Kerjaya. 22 SPI Bil.6/1976 - Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah. 23.SPI Bil.7/1976 - Jualan Makanan & Minuman di Kantin-kantin Sekolah untuk Murid-murid Berbilang Agama. 24.SPI Bil.8A/1976 - Waktu Sekolah Dalam Bulan Puasa 25.SPI Bil.10/1976 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP/LCE (termasuk Sabah/ Sarawak Junior Certificate Examination) bagi Murid-Murid Tingkatan III-Garis Panduan. 26.SPI Bil.11/1976 - Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi di sekolahsekolah. 27.SPI Bil.1/1977 - Kemudahan untuk Murid-murid Islam Sekolah Menengah Menunaikan Sembahyang Jumaat. 28.SPI Bil.2/1977 - Pakaian Murid-murid Perempuan di sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan. 29.SPI Bil.4/1977 - Hari Kelepasan Peristiwa P.U.326/62 30. SPI Bil.5/1977 - Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah 31.SPI Bil.9/1977 - Menganjur dan Menjual Loteri di Sekolah-sekolah 32.SPI Bil.8/1977 - Bacaan Doa Mengikut Agama Kristian di sekolah-sekolah Misyen 33. SPI Bil.2/1978 - Garis Panduan Persediaan-persediaan di SR Permulaan Sekolah pada Awal Tahun Persekolahan. 34.SPI Bil.4/1978 - Acara Suai Kenal di Sekolah-sekolah 35.SPI Bil.6/1978 - Penambahan Syarat-syarat Pelaksanaan kepada PI Bil 7/1976 : Mengenai Jualan Makanan dan Minuman di Kantinkantin Sekolah untuk Murid-murid Berbilang Agama. 36.SPI Bil.8/1978 - Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah 37.SPI No.9/1978 - Kad rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card) a) Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Kuning) b) Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (biru) 38.SPI Bil.11/1978 - Hari Kelepasan Peristiwa P.U.326/62 39.SPI Bil.12/1978 - Pakaian Seragam Sekolah-sekolah 40.SPI Bil.2/1979 - Laporan Murid-murid dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah yang Memerlukan Pertolongan 41.SPI Bil.5/1979 - Perkhidmatan Kebajikan Sekolah 42.SPI Bil.1/1981 - Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah untuk Murid-murid Berbilang Kaum.
36 43.SPI Bil.2/1981 - Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah 44.SPI Bil.3/1981 - Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru 45.SPI Bil.4/1981 - Kebersihan di Sekolah-sekolah 46 SPI Bil.2/1982 - Waktu Sekolah Dalam Bulan Puasa 47.SPI Bil.2/1982 - kempen Anti-Denggi di Sekolah-sekolah 48.SPI Bil.3/1982 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP dan SRP/LCE (Sarawak) bagi Murid-murid Tingkatan III – Garis Panduan 49.SPI Bil. 4/1982 - Permainan ‘Pin-table, Video Game, Game Watch’ 50.SPI Bil.1/1983 - Garis Panduan Kempen Anti Merokok di Sekolah-sekolah 51.SPI Bil.2/1983 - Kantin Sekolah 52.SPI Bil.3/1983 - Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah-sekolah 53.SPI Bil.4/1983 - Iklan/Tajaan Dalam Majalah Sekolah 54.SPI Bil.6/1983 - Larangan Bermain Bahan-bahan Letupan 55.SPI Bil.7/1983 - Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan MuridMurid Sekolah. 56.SPI Bil.8/1983 - Mengenakan Hukuman Biasa terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salahlaku yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan pelajaran. 57.SPI Bil.3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan Di Sekolah-Sekolah. 58.SPI Bil.4/1984 - Perhimpunan Sekolah 59.SPI Bil.4/1984 - Perhimpunan Sekolah (Tambahan) 60.SPI Bil.1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS). 61.SPI Bil.4/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat 62.SPI Bil.5/1985 - Rancangan Mencantikkan dan Mengindahkan Sekolah dan kawasannya (Landscaping) 63.SPI Bil.8/1985 - Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah-sekolah( pindaan ) 64.SPI Bil 1/1986 - Larangan ke atas Pemberian Cenderamata. 65.SPI Bil.7/1986 - Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah 66.SPI Bil.8/1986 - Penyalahgunaan Inhalan 67.SPI Bil.1/1987 - Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian 68.SPI Bil.3/1988 - Program Skim Lencena Anti Dadah Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah ( SLAD ) 69.SPI Bil.5/1988 - Penyakit-penyakit Demam Kepialu(Tiroid), Taun (Kolera),Penyakit Kuning (Hepatitis A ) dan Keracunan Makanan. 70.SPI Bil. 8/1988 - Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 71.SPI Bil 10/1988 - Senaman Beramai-ramai. 72.SPI Bil.13/1988 - Penerimaan Murid/Pelajar Baru dan Hari Pertama Persekolahan 73.SPI Bil 14/1988 - Keberangkatan DYMM Sultan/Raja/TYT Yang Di Pertua Negeri Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Sekolah. 74. SPI Bil.15/1988 - Penyelenggaraan dan Keceriaan Maktab Perguruan /Politeknik/Sekolah 75.SPI Bil 1/1989 - Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah. 76.SPI Bil.2/1989 - Rancangan Kesihatan Sekolah
37 77. SPI Bil 10/1989 - Atur cara Majlis Rasmi Sekolah. 78.SPI Bil.12/1989 - Garis Panduan dari Segi Pencegahan kebakaran bagi Bangunan Dormitori dan Asrama 79.SPI Bil.13/1989 - Pengurusan Hari Pertama Persekolahan. 80.SPI Bil.14/1989 - Kebersihan Sekolah 81.SPI Bil.7/1990 - Pengecualian Mengikut Kelas Peralihan bagi Murid di SRJK. 82.SPI Bil.552/1991 - Tatakelakuan Pelajar Ketia di Masjid 83. SPI Bil.1/1991 - Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah. 84.SPI Bil.3/1991 - Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan. 85.SPI Bil 4/1991 - Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah. 86.SPI Bil.7/1991 - Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan Dan Persatuan Belia. 87.SPI Bil.9/1991 - Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan. 88.SPI Bil.3/1992 - Pemakaian Tudung/Mini Telekung bagi Pelajar-pelajar Perempuan. 89.SPI Bil.3/1993 - Lapor kepada Polis Salahlaku yang Berbentuk Jenayah 90.SPI Bil.6/1993 - Pakaian Seragam Sekolah 91.SPI Bil. 6/1994 - Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah 92.SPI Bil.1/1995 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran PJ dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Dalam & Di Luar Kawasan Sekolah. 93.SPI Bil.3/1995 - Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan. 94.SPI Bil.5/1995 - Keracunan Makanan di Sekolah-sekolah 95.SPI Bil.6/1995 - Menangani Masalah Ponteng Sekolah 96.SPI Bil.7/1995 - Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah. 97.SPI Bil.1/1996 - Sikap Mengutamakan Keceriaan dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar. 98.SPI Bil.2/1996 - Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian. 99.SPI Bil.3/1997 - Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang. 100.SPI Bil.4/1997 - Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok 101.SPI Bil.5/1997 - Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok 102.SPI Bil.6/1997 - Amalan Kebersihan Di Sekolah. 103.SPI Bil.5/1998 - Akta Pendidikan 1996 &Peraturan2 Di Bawah Akta Pendidikan 1996. 104.SPI Bil.6/1998 - Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah 105.SPI Bil.7/1998 - Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT KPM. 106.SPI Bil.10/1998 - Panduan tentang Umur Masuk Sekolah Rendah & Sekolah Menengah serta Umur Menduduki Peperiksaan bagi Sekolah Kerajaan,Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta. 107.SPI Bil.16/1998 - Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah.
38 108.SPI Bil.18/1998 - Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan. 109.SPI Bil.23/1998 - Kebenaran bagi Murid-murid menduduki Peperiksaan Awam 110.SPI Bil 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. 111.SPI Bil.2/1999 - Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah. 112.SPI Bil.4/1999 - Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT KPM. 113.SPI Bil.7/1999 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah. 114.SPI Bil.8/1999 - Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah. 115.SPI Bil.6/2000 - Menangani Masalah Keselamatan,Dadah & Gengster. 116.SPI Bil.7/2000 - Mencegah Kebakaran Di Sekolah. 117.SPI Bil.9/2000 - Panduan Keselamatan Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah. 118.SPI Bil.9/2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Tambahan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekola 119.SPI Bil.11/2000 - Membanteras Jenayah di Kalangan Murid Sekolah 120.SPI Bil.12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan. 121.SPI Bil.13/2000 - Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah. 122.SPI Bil.14/2000 - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. 123.SPI Bil.16/2000 - Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Pep./Ujian Di Sekolah &Perbuatan Menghasut/ Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan. 124.SPI Bil.17/2000 - Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah. 125.SPI Bil.20/2000 - Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah. 126.SPI Bil.3/2001 - Pindaan Bagi Para 2 SPI 10/1998 : Panduan tentang Umur Masuk Sekolah Rendah & Sekolah Menengah serta Umur Menduduki Peperiksaan bagi Sekolah Kerajaan,Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta. 127.SPI Bil.4/2001 - Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT KPM. 128.SPI Bil.5/2001 - Batasan Kuasa PIBG di Sekolah. 129.SPI Bil.6/2001 - Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah. 130.SPI Bil.7/2001 - Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah 131.SPI Bil.8/2001 - Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah 132.SPI Bil.9/2001 - Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif 133.SPI Bil.10/2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin 134.SPI Bil.11/2001 - Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT KPM. 135.SPI Bil.4/2002 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat 136.SPI Bil.5/2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
39 137.SPI Bil.2/2003 - Pindaan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT KPM. 138.SPI Bil.3/2003 - Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih 139.SPI Bil.7/2003 - Kuasa Guru Merotan Murid. 140.SPI Bil.8/2003 - Penggunaan Buku Log bagi Tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalisme) di Kalangan Murid-murid Sekolah. 141.SPI Bil.9/2003 - Pelaksanaan Sistem Laporan Adab Belajar (LAB) murid-murid Sekolah Rendah & Menengah 142.SPI Bil.3/2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah 143.SPI Bil.9/2004 - Panduan penglibatan Murid-murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 144.SPI Bil.11/2004 - Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) 145.SPI Bil.10/2005 - Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan (RIMUP) 146.SPI Bil.11/2005 - Garis Panduan Penggunaan telefon Bimbit oleh Murid Sekolah 147.SPI Bil. 1/2006 - Garis Panduan Penggunaan telefon Bimbit oleh Murid Sekolah 148.SPKBil 2/2006 - Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum kepada Sekolah 149.SPI Bil.5/2006 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Semua Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. 150.SPI Bil.7/2006 - Panduan Perbelanjan Peruntukan Kokurikulum Sekolah 151.SPI Bil.3/2007 - Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum. 152.SPI Bil.5/2007 - Garis Panduan Lawatan Murid. 153. SPI Bil.3/2008 - Mengundang Orang-orang Kenamaan ke Upacara Sekolah dan Penggunaan Presmis sekolah oleh Pihak Luar 154.SPI Bil.8/2009 - Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan Di Luar Waktu Persekolahan 155. SPI Bil.9/2009 - Penubuhan JK Bencana di peringkat KPM,KPN ,PPD dan Sekolah. 156.SPI Bil.1/2009 - Kemasukan Kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke sekolah. 157.SPI Bil.2/2009 - Penguatkuasaan Larangan Membawa & Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah 158. SPI Bil. 5/2009 - Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan 159. SPI Bil.8/2009 - Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktivit/Program Lawatan di Luar Waktu Persekolahan 160. SPI Bil.9/2009 - Penubuhan Jawatankuasa Bencana di Peringkat KPM,JPN,PPD Sekolah. 161.SPI Bil.4/2010 - Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah 162.SPI Bil.5/2010 - Pelaksanaan Sistem Pilihanraya Ketua Murid di Sekolah-sekolah 163.SPI Bil.6/2010 - Pelaksanaan Program Pelalian Human Papilloma Virus (HPV Kebangsaan Untuk Murid Perempuan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan, Sek.Swasta dan Sek.
40 Antarabangsa Seluruh Negara 164.SPI Bil.8/2010 - Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah. 165.SPI Bil.3/2011 - Peraturan Berkenaan Rambut & Pemakaian Steel Bangle (KARA) oleh Murid-murid Keturunan Sikh. 166.SPI Bil.7/2011 - Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid. 167.SPI Bil.8/2011 - Pengurusan Keselamatan Murid di sekolah. 168. SPI Bil .1/2007 - Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Pep.Awam 169. SPI Bil .7/2008 - Persediaan Menghadapi Sesi Penggal Persekolahan 170. SPI Bil. 5/2007 - Garis Panduan Lawatan Murid. 171. SPI Bil .8/2009 - Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan Di Luar Waktu Persekolahan Mohon kerjasama semua guru bagi mematuhi setiap ketetapan yang telah diputuskan demi memantapkan pengurusan Hal Ehwal Murid khususnya dalam bidang sahsiah dan disiplin