1
MODUL TRANSISI PRASEKOLAH
(Misi Menggilap Permata)
ADAB BERSALAM
SITI ROHANA BINTI SALLEH
GURU PRASEKOLAH
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
(Cikgu Ana@ SiRoSa)
Guru prasekolah
Kolej Vokasional Kuala Kangsar,
E-mail: [email protected]
PENGENALAN
Modul ini terdiri daripada 13 siri yang meliputi lima elemen dalam kemahiran sosioemosi
iaitu: kemahiran mengenal emosi sendiri, kemahiran mengurus emosi, bermotivasi,
mempunyai empati dan kemahiran bersosial.
Modul ini menggunakan kaedah Spaced Learning yang merupakan formula untuk mudah
ingat dan cepat belajar kepada kanak-kanak. Antara kelebihan formula ini ialah:
• Masa belajar tidak terlalu lama
• Mempunyai aktiviti yang santai
• Tidak belajar terlalu banyak perkara dalam satu masa
Diharapkan modul ini dapat dimanfaatkan oleh guru prasekolah bagi penerapan kemahiran
sosioemosi kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang bijak pandai serta mengamalkan
adab serta nilai budi pekerti yang tinggi.
MISI MENGILAP PERMATA
Apabila kemahiran sosioemosi dipeduli,
bakat inteleknya turut berpotensi..
Slogan ini dikenalpasti melalui pengamatan dan kajian
literatur penulis ke atas keperluan kemahiran EQ (
intrapersonal) dan kesan keatas kemahiran IQ(
interpersonal). Kedua-dua elemen kecerdasan ini
merupakan antara kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner melalui Teori Multiple Intellegence
yang mengkaji tentang sembilan jenis kecerdasan
manusia.
Tangan yang diangkat seperti berdoa menunjukkan
harapan supaya lebih ramai bakat dan potensi kanak-
kanak dapat digilap melalui kemahiran sosioemosi bagi
melahirkan golongan cerdik pandai yang mempunyai
keperibadian akhlak terpuji serta berintegriti.
-Ana@sirosa-
5
L BINA PENGETAHUAN
A BINA KEMAHIRAN
N BINA KELANCARAN
G
K GENERALISASI
A PENILAIAN
H
AKTIVITI 2
ADAB BERSALAM
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid:
1. Boleh menyebut amalan baik yang perlu diamalkan.
2. Boleh menyebut tiga langkah ketika bersalam.
3. Boleh menunjukkan adab bersalam yang betul
KEMAHIRAN 2
Memahami emosi orang lain melalui
adab bersalam
Standard Kandungan
KD 1.2 Mengenali emosi orang lain
Standard Pembelajaran
KD 1.2.1 Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan tingkah laku
yang ditunjukkan
LANGKAH 1: BINA PENGETAHUAN
Aktiviti :
1. Menonton video pendek Didie and Friends bertajuk ‘Tetamu
Didie’ (https://www.youtube.com/watch?v=4cHzXFWQxJM)
2. Bersoal jawab tentang adab bersalam.
Kenapa kita disuruh bersalam?
• Salam bermaksud selamat, sejahtera, aman, dan sentosa.
• Salam merupakan suatu doa yang seharusnya diucapkan dengan ikhlas
kepada sesama orang Islam. Dosa-dosa orang yang bersalaman itu
berguguran sebagaimana gugurnya daun.
• Salam merupakan amalan Islam yang paling baik. Allah memberikan
keselamatan, kesejahteraan, dan rahmat-Nya kepada orang yang
mengamalkan salam.
• Bersalamanlah dengan cara dan adab yang betul kerana ia amalan yang
baik untuk dilatih sejak kanak-kanak.
Aktiviti : Guru memperkenalkan beberapa amalan baik untuk diamalkan
seperti ‘Silakan Masuk’, ‘Jemputlah Duduk’ dan’ Terima Kasih’.
LANGKAH 2: BINA KEMAHIRAN
Aktiviti : Guru menunjukkan adab bersalam yang betul berpandukan
amalan 3S iaitu sapa, senyum dan salam.
LANGKAH 3: BINA KELANCARAN
Aktiviti : simulasi cara bersalam yang betul
Melakukan simulasi adab Jangan lupa amalkan sapa,
bersalam yang betul dibantu senyum dan salam
oleh rakan sebaya
LANGKAH 4: GENERALISASI
Lagu: Hulurkan Tanganmu
(Nilai:mendidik murid beradab sopan dan mengamalkan
salam)
Selamat pulang kawan
Selamat tinggal cikgu
Selamat kita berjumpa lagi
Pada esok hari
Mari salam cikgu
Mari salam semua
Kita rasa gembira
Belajar bersama.
Lirik asal : Sirosa
Lagu asal:‘ Happy Birthday’
LANGKAH 5: PENTAKSIRAN
Tentukan prestasi murid berdasarkan tahap perkembangan pada jadual di bawah.
Bil Objektif Pembelajaran 1 2 3 Catatan
1 Boleh menyebut amalan baik yang 3- Telah Menguasai
perlu diamalkan.
2 Boleh menyebut tiga langkah ketika
bersalam.
3 Boleh menunjukkan adab bersalam
yang betul.
Petunjuk: 1-Belum Menguasai, 2-Sedang Menguasai,
Sekian Terima Kasih
Ana@sirosa2020- KVKK