1
MODUL TRANSISI PRASEKOLAH
(Misi Menggilap Permata)
MENGAWAL DIRI
SITI ROHANA BINTI SALLEH
GURU PRASEKOLAH
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
(Cikgu Ana@ SiRoSa)
Guru prasekolah
Kolej Vokasional Kuala Kangsar,
E-mail: [email protected]
PENGENALAN
Modul ini terdiri daripada 13 siri yang meliputi lima elemen dalam kemahiran sosioemosi
iaitu: kemahiran mengenal emosi sendiri, kemahiran mengurus emosi, bermotivasi,
mempunyai empati dan kemahiran bersosial.
Modul ini menggunakan kaedah Spaced Learning yang merupakan formula untuk mudah
ingat dan cepat belajar kepada kanak-kanak. Antara kelebihan formula ini ialah:
• Masa belajar tidak terlalu lama
• Mempunyai aktiviti yang santai
• Tidak belajar terlalu banyak perkara dalam satu masa
Diharapkan modul ini dapat dimanfaatkan oleh guru prasekolah bagi penerapan kemahiran
sosioemosi kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang bijak pandai serta mengamalkan
adab serta nilai budi pekerti yang tinggi.
MISI MENGILAP PERMATA
Apabila kemahiran sosioemosi dipeduli,
bakat inteleknya turut berpotensi..
Slogan ini dikenalpasti melalui pengamatan dan kajian
literatur penulis ke atas keperluan kemahiran EQ (
intrapersonal) dan kesan keatas kemahiran IQ(
interpersonal). Kedua-dua elemen kecerdasan ini
merupakan antara kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner melalui Teori Multiple Intellegence
yang mengkaji tentang sembilan jenis kecerdasan
manusia.
Tangan yang diangkat seperti berdoa menunjukkan
harapan supaya lebih ramai bakat dan potensi kanak-
kanak dapat digilap melalui kemahiran sosioemosi bagi
melahirkan golongan cerdik pandai yang mempunyai
keperibadian akhlak terpuji serta berintegriti.
-Ana@sirosa-
5
L BINA PENGETAHUAN
A BINA KEMAHIRAN
N BINA KELANCARAN
G GENERALISASI
K
A PENILAIAN
H
AKTIVITI 2
MENGAWAL DIRI
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid :
1. Boleh bercerita keperluan untuk bersabar.
2. Boleh membezakan di antara sikap sabar dan tamak.
3. Boleh menunjukkan sikap sabar dalam pelbagai situasi.
KEMAHIRAN 3
Mengawal diri untuk bertenang
Standard Kandungan
• KD 2.1 Membina konsep kendiri
Standard Pembelajaran
• KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu:
(i) sabar
LANGKAH 1: BINA PENGETAHUAN
Aktiviti :
1.Guru membaca buku besar bertajuk ‘Anjing
Yang Tamak’.
2. Guru menerangkan orang yang tidak sabar
dan tamak selalu rugi sebagaimana kisah ‘Anjing
Yang Tamak’.
Sinopsis Cerita Anjing Yang Tamak
Seekor anjing yang sangat lapar mencuri seketul tulang dari sebuah gerai di
seberang sungai. Anjing tersebut segera berlari kembali ke dalam semak untuk
menikmati makanannya.
Semasa menyeberangi sungai tiba-tiba dia ternampak terdapat seekor anjing
lain yang menggigit seketul tulang yang lebih besar daripadanya. Anjing
tersebut merasa tidak puas hati dan ingin memiliki tulang yang lebih besar. Dia
pun membuka mulutnya untuk merebut tulang tersebut, tulang itu lalu terjatuh
ke dalam sungai dan ketika itu baru dia sedar bahawa yang dilihat hanyalah
bayang-bayangnya sendiri.
Anjing tersebut sangat menyesal dengan sikapnya yang tidak sabar dan tamak
itu. Alangkah ruginya sikap anjing tersebut.
Aktiviti :
Bincangkan perasaan dan tindakan murid bagi merangsang komunikasi
dan membentuk nilai-nilai murni pada diri murid.
Antara soalan yang sesuai ditanya kepada murid:
1. Apakah yang berlaku kepada anjing tersebut ketika
menyeberangi sungai?
2. Kenapa tulangnya jatuh ke dalam sungai?
3. Apakah sikap yang terdapat pada anjing tersebut?
4. Bagaimana jika hal yang sama berlaku pada murid-murid,
contohnya makanan yang ada dalam pinggan terjatuh lalu
tumpah ke lantai?
LANGKAH 2: BINA KEMAHIRAN
Aktiviti :
Guru membawa murid ke taman permainan prasekolah untuk bermain bebas
dengan kawalan guru. Murid diminta beratur semasa bermain alat permainan
di taman kerana alat permainan tersebut terhad dan perlu dikongsi.
Guru boleh menggalakkan amalan bersabar dengan menyediakan giliran untuk
bermain, contohnya, untuk bermain buaian murid perlu mengira sehingga 20
kali ayunan dan giliran bermain buaian boleh diberikan kepada kawan
berikutnya yang sedang menunggu. Melalui cara ini, guru boleh membantu
murid mengira 1 hingga 20 bersama-sama dan secara tidak langsung murid
sudah diperkenalkan dengan konsep membilang nombor.
LANGKAH 3: BINA KELANCARAN
Aktiviti :
Bagi membina kelancaran dan mengekalkan amalan yang baik dalam
kalangan murid, guru boleh menyediakan beberapa jenis latihan dan
peluang untuk melatih murid bersabar seperti :
Aktiviti bermain dan berkongsi mainan
Semasa beratur mengambil makanan
Semasa menunggu giliran untuk menjawab soalan guru
Semasa bermain di taman permainan
LANGKAH 4: GENERALISASI
Lagu : Sabarlah Sayang
( Nilai :mendidik murid supaya bersabar dalam
tindakan)
Sabar sayang, eh..
Sabarlah oh sayangku
Jangan ikutkan hati
Nanti diri yang rugi
Sabar sayang, eh..
Sabarlah oh sayangku
Jangan ikutkan marah
Nanti diri yang parah
Lirik asal : Sirosa
Lagu asal : Rasa Sayang Eh!
LANGKAH 5: PENTAKSIRAN
Tentukan prestasi murid berdasarkan tahap perkembangan pada jadual di bawah.
Bil Objektif Pembelajaran 1 2 3 Catatan
1 Boleh bercerita keperluan untuk 3- Telah Menguasai
bersabar.
2 Boleh membezakan di antara sikap
sabar dan tamak.
3 Boleh menunjukkan sikap sabar
dalam pelbagai situasi.
Petunjuk: 1-Belum Menguasai, 2-Sedang Menguasai,
Sekian Terima Kasih
Ana@sirosa2020- KVKK