The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PDPR PRASEKOLAH KREATIVITI ESTETIKA PPDKK2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirosa77, 2021-07-18 20:14:37

MODUL PDPR PRASEKOLAH KREATIVITI & ESTETIKA

MODUL PDPR PRASEKOLAH KREATIVITI ESTETIKA PPDKK2021

ISI KANDUNGAN

Isi kandungan i
Sekapur Sireh ii
Sidang Editor iii
Prakata iv
Panduan Penggunaan Modul v
Tajuk kemahiran vii

KEMAHIRAN 1: Muzik
KE 1.1 Menyanyi lagu daripada pelbagai repertoir
KE 1.2 Memainkan alat muzik perkusi
KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik

KEMAHIRAN 3: Seni Visual
KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni (Ekspresi Kreatif)
KE 3.4 Menghargai karya seni (Apresiasi Seni)

Profil Penulis
Penghargaan

SEKAPUR SIREH, SEUNTAI BICARA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam Kuala Kangsar Teratas dan Salam Kuala Kangsar Satu Matlamat.

Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan Jawatankuasa Penulisan Modul Prasekolah di bawah Unit
Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar yang terdiri
daripada jurulatih-jurulatih utama, guru-guru serta pegawai-pegawai
yang telah berjaya menghasilkan Modul PdPR Prasekolah berasaskan
Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) bagi tujuan
membantu memudahkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid prasekolah samada di rumah
mahupun di bilik darjah sekaligus membantu dalam pengumpulan data
pentaksiran prasekolah sepanjang tahun.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya, modul ini
akhirnya dapat diterbitkan untuk kegunaan bersama dalam proses memantapkan PdPc antara guru-guru
dan murid-murid serta ibu bapa yang turut membantu dalam penguasaan kemahiran dan perkembangan
anak-anak di rumah.

Modul PdPR Prasekolah dibangunkan sesuai dengan permintaan dan keperluan pendidikan masa kini.
Berlabuhnya tirai 2020 telah menyaksikan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita yang turut
terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 dimana pembelajaran secara bersemuka tidak lagi menjadi
pilihan sebaliknya penekanan lebih kepada penguasaan kemahiran yang perlu diberi perhatian. Justeru
dengan adanya Modul Pengajaran dan Pembelajaran seperti ini, diharapkan dapat membantu guru, ibu
bapa dan murid dari segi penguasaan kemahiran dan perkembangan yang diperlukan oleh murid-murid
prasekolah.

Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan inilah, barisan Jawatankuasa
Penulisan Modul Prasekolah telah berkolaboratif mencurah idea dan menggembleng tenaga bertungkus
lumus bagi merealisasikan penghasilan naskah modul yang boleh digunakan bersama untuk keperluan
membantu meningkat dan memartabatkan keberhasilan bidang pendidikan di daerah Kuala Kangsar,
khasnya bagi bidang Prasekolah. Diharapkan penggunaan modul ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya dan berkesan sebagai bahan bantu pengajaran untuk keperluan bersama.

Akhir kalam, saya mendoakan agar semua warga pendidikan yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan projek penghasilan modul ini akan terus berjaya dan sejahtera menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan masyarakat Malaysia yang gemilang dan harmonis selaras dengan
aspirasi negara.

Semoga segala usaha dan kerja buat diberkati. Insha’Allah.

“KUALA KANGSAR TERATAS, KUALA KANGSAR SATU MATLAMAT”

SAFUAN BIN HAJI RABA’AI, PPT
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR.

SIDANG EDITOR
Modul PdPR Prasekolah
(TUNJANG KREATIVITI DAN ESTETIKA)

PPD Kuala Kangsar

Penasihat Tuan Safuan bin Hj. Raba’ai, PPT
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pengerusi En. Roslee bin Abdul Wahab
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pegawai Penyunting 1. Puan Hjh. Noor Shidah bt Sulaiman
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pemulihan Khas
(Penyelaras Pembelajaran Prasekolah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

2.En. Azneezal Ar-Rashid bin Mohd. Ramli
Pegawai SISC+ (Sains dan Matematik)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.En. Mohd Rassidee bin Mohd Rasid
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
(Prasekolah dan Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Ketua Panel Dr. Siti Rohana binti Salleh
Panel Guru Cemerlang Prasekolah
Penulis Modul Kolej Vokasional Kuala Kangsar

1. Pn. Nor Fairizan binti Che Husin (SK Bendang Kering)
2. Pn. Norhazliza bt Abdullah Hashim (SK Kota Lama Kanan)

1. Pn. Suzaida binti Mahmood-SK Temin
2. Pn. Rafidah bt Mat Serat-SK Kota Lama Kanan
3. Pn. Norazlin binti Osman-SK Talang
4. Pn. Noor Shazreena binti Uyop-SK Clifford
5. Pn. Normala binti Yahya@Yusof-SK RKT Lasah
6. Pn. Azian bt Abdul Rahim-SK Kampung Nasib

Rekabentuk En. Muhamad Faisal bin Ismail
Guru Prasekolah SK Pos Piah

PRAKATA

Modul PdPR Prasekolah (Kreativiti & Estetika) ini dihasilkan khusus untuk membantu
guru-guru prasekolah dan ibu bapa/penjaga yang terlibat dalam proses menyediakan peluang
kepada kanak–kanak prasekolah untuk mengembangkan dan mencungkil bakat mereka dalam
aktiviti seni, muzik dan drama. Murid perlu diberi dorongan untuk meluahkan perasaan tentang
diri dan dunia di sekeliling mereka melalui muzik dan seni secara kreatif dan imaginatif.

Modul PdPR Prasekolah (Kreativiti & Estetika) ini telah disusun dan dimurnikan oleh
Jurulatih-jurulatih Utama dengan dibantu oleh guru-guru Prasekolah PPD Kuala Kangsar. Modul
yang disediakan ini adalah berdasarkan konstruk kemahiran yang telah ditetapkan dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Modul ini mengandungi aktiviti seni,
muzik dan drama bagi memberi peluang kepada murid untuk membuat penerokaan dengan
menggunakan pelbagai bahan dan teknik bertujuan meningkatkan daya imaginasi dan kretiviti
secara semulajadi. Selain itu, murid juga diberi peluang untuk berkongsi idea, pandangan dan
perasaan mereka tentang seni, muzik dan drama untuk membolehkan mereka menghargai
seni.

Modul ini juga berbentuk interaktif, mempunyai ilustrasi yang pelbagai dan bersesuaian bagi
menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang lebih menarik dan
berkesan agar dapat membantu merangsang minat murid dalam bidang seni. Selain itu, modul
ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada semua guru prasekolah serta ibu bapa/
penjaga atau sesiapa juga yang melibatkan diri untuk membantu proses pembelajaran murid
untuk menguasai kemahiran dalam Tunjang Kreativiti & Estetika.

Akhir kata, adalah menjadi harapan kami agar Modul PdPR Prasekolah (Kreativiti &
Estetika) dapat dijadikan panduan dan digunakan dalam PdPc Prasekolah agar semua murid
prasekolah dapat membina kemahiran sosial dan menyesuaikan diri dalam kehidupan
bermasyarakat serta membina keyakinan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran. Sekian.

Jurulatih Utama
Tunjang Kreativiti dan Estetika

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan serta pengalaman yang bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran seterusnya. Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini direalisasikan
melalui lapan tunjang yang diperkenalkan melalui Modul PdPR Prasekolah yang meliputi
pengetahuan, kemahiran dan pentaksiran yang diperlukan oleh murid prasekolah sebagai
persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia bermula dari tahun 2020 hingga kini
telah menyebabkan aktiviti pembelajaran di kelas prasekolah turut terjejas. Walau bagaimanapun
pembelajaran yang bermakna tetap boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru dan ibu
bapa sama berganding bahu serta berkolaborasi bagi menjayakan pembelajaran anak-anak di
rumah melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Pembangunan Modul PdPR Prasekolah
Berasaskan IPPK ini merupakan inisiatif guru prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi
menghasilkan satu bahan pembelajaran yang lengkap yang boleh digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran di rumah selain turut membantu guru mengumpul data
pentaksiran untuk Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) yang dijalankan dua
kali setahun.

Modul PdPR Prasekolah Berasaskan IPPK terdiri daripada lapan buah modul yang dibangunkan
mengikut tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu:

i. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Melayu
ii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Inggeris
iii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Matematik Awal
iv. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Sains Awal
v. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Perkembangan Fizikal & Penjagaan Kesihatan
vi. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Kreativiti & Estetika
vii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Keterampilan Diri
viii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Kemanusiaan

Modul PdPR Prasekolah ini akan diedarkan kepada semua prasekolah di bawah Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk digunakan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Modul
ini bukan sahaja sesuai digunakan semasa PdPR sebagai bahan pembelajaran tetapi juga
merupakan bahan mengumpul data pentaksiran prasekolah melalui Instrumen Pentaksiran
Prasekolah kebangsaan (IPPK). Data pentaksiran IPPK ini boleh dikumpulkan melalui bantuan
ibu bapa di rumah dan guru prasekolah serta mana-mana guru yang menguruskan
pembelajaran murid. Secara tidak langsung apabila murid menggunakan bahan dalam modul
ini hasil pembelajaran mereka turut dinilai sebagai data pentaksiran IPPK dan sekaligus
merupakan evidens pentaksiran tersebut.

Kandungan modul ini terdiri daripada (i) Rancangan Pengajaran (ii) Nota Pembelajaran (iii)
Pentaksiran. Sepanjang PdPR setiap murid akan dibekalkan dengan set modul ini ( 8 buah)
samada secara beransur-ansur atau sekaligus dan kaedah pengajaran akan berlangsung
bersama guru setiap hari mengikut jadual waktu pengajaran prasekolah yang dibekalkan
kepada ibu bapa. Kaedah pengajaran guru adalah fleksibel sesuai dengan kesediaan murid
dan ibu bapa dari segi perkakasan, peranti, liputan dan kekangan lain turut diambilkira semasa
guru mengendalikan modul ini. Modul ini merupakan bahan bantu pengajaran sebagai
panduan ibu bapa sekiranya murid tidak dapat mengikuti pembelajaran guru secara online
(contoh: google meet, video call) atau offline ( contoh: aplikasi whatsaps, telegram, DELIMA).
Ibu bapa boleh merujuk kepada Rancangan Pengajaran, nota dan aktiviti yang dibekalkan
dalam modul tersebut seterusnya mengisi penilaian murid pada akhir setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

Pada akhir setiap pembelajaran modul ini turut disediakan aktiviti yang juga merupakan
pentaksiran mengikut tiga tahap penguasaan murid iaitu TP1: belum menguasai TP2: sedang
menguasai TP3: telah menguasai. Kaedah pentaksiran ini berpandukan Standard Prestasi
(SPi) yang digunapakai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sekaligus
turut digunakan dalam pengumpulan data pentaksiran prasekolah (IPPK). Modul ini diharapkan
dapat memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa melalui pembelajaran secara
bersemuka ataupun pembelajaran di rumah ( PdPR) khususnya di semua kelas prasekolah di
daerah Kuala Kangsar. Sekian

DR SITI ROHANA BINTI SALLEH
KETUA PANEL
PEMBANGUNAN MODUL PdPR PRASEKOLAH

TAJUK KEMAHIRAN

KEMAHIRAN 1: Muzik
KE 1.1 Menyanyi lagu daripada pelbagai repertoir
KE 1.2 Memainkan alat muzik perkusi
KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik

KEMAHIRAN 3: Seni Visual
KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni (Ekspresi Kreatif)
KE 3.4 Menghargai karya seni (Apresiasi Seni)

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika
TEMPOH 60 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KE 1.1: Menyanyi lagu daripada pelbagai repertoir
KANDUNGAN
STANDARD KE 1.1.3 Menyanyi lagu mengikut melodi
PEMBELAJARAN
KE 1.1.4 Menyanyi lagu dengan :
BAHAN/BBM i) sebutan yang betul dan jelas
ii) pic yang betul

Link video :
https://www.youtube.com/watch?v=yzF8xz_O47w
https://www.youtube.com/watch?v=6BjrL2qPO-8
Lagu di sana virus di sini virus

LANGKAH 1. Murid diperdengarkan lagu di sana virus di sini virus.
PENGAJARAN
2. Murid dibimbing menyanyikan lagu baris demi baris.

3. Murid dibimbing menyanyi lagu rangkap demi rangkap.

4. Murid dan guru menyanyi lagu di sana virus di sini virus bersama-
sama.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyanyi lagu dengan bimbingan.

TP2 Boleh menyanyi lagu.

TP3 Boleh menyanyi lagu mengikut melodi dengan sebutan yang betul
dan jelas.



AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit (30 minit pembelajaran & 30 minit aktiviti)

SASARAN 4+ dan 5+
KE 1.2 Memainkan alat muzik perkusi
STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD KE 1.2.3 Menghasilkan bunyi menggunakan pelbagai alat improvisasi
PEMBELAJARAN secara kreatif

BAHAN/BBM Alatan untuk menghasilkan alat muzik (marakas)
-botol vitagen, beras / kacang hijau, gunting, selotape, kertas warna

LANGKAH 1. Guru memperkenalkan beberapa jenis alat muzik yang biasa
PENGAJARAN digunakan dalam kelas prasekolah seperti kastenet, kerincing, kayu
tik tok dan marakas.

2. Guru memberi penerangan berkaitan aktiviti mencipta marakas.

3. Guru menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
marakas.

4. Guru menunjukkan cara membuat alat muzik tersebut melalui
tayangan video: https://www.youtube.com/watch?v=kswlcylkNys

5. Murid-murid mencipta marakas mengikut kreativiti sendiri dengan
bimbingan ibu bapa.

6. Murid membuat persembahan lagu “Sayang keluarga”
menggunakan marakas.

7. Persembahan murid direkod dan dikongsi dengan guru.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menghasilkan bunyi menggunakan alat muzik perkusi.

TP2 Boleh memainkan alat muzik perkusi secara kreatif.

TP3 Boleh memainkan pelbagai alat muzik perkusi dan alat
improvisasi secara kreatif.

NOTA

NOTA

Mencipta marakas

Bahan-bahan

1) Botol vitagen
2) Beras / kacang hijau
3) Gunting
4) Solatape
5) Kertas warna

Cara-cara:

1) Masukkan beras/ kacang hijau ke dalam botol vitagen
2) Cantumkan kedua-dua botol vitagen
3) Cantumkan dengan menggunakan solatape
4) Seterusnya, balut botol vitagen tersebut dengan menggunakan kertas
warna untuk lebih kelihatan kemas dan cantik
5) Marakas yang siap boleh diguna terus.
6) Marakas digerakkan dengan iringan muzik
7) Murid perlu menyanyi lagu “Sayang keluarga” sambil bermain alat muzik
Marakas

LAGU : “SAYANG KELUARGA”

“Satu-satu, saya sayang ibu,
Dua-dua, saya sayang ayah,
Tiga-tiga, sayang adik, kakak,
Satu, dua, tiga, sayang semuanya,”

Link video :
https://www.youtube.com/watch?v=onLZHDXvvtA

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit

SASARAN 4+ dan 5+
KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik
STANDARD
KANDUNGAN KE 1.3.1 Melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu
KE 1.3.2 Melakukan pergerakan mengikut tempo
STANDARD KE 1.3.3 Melakukan pergerakan kreatif mengikut muzik
PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Link video :
https://youtu.be/T72oX2vC-TM
LANGKAH https://www.youtube.com/watch?v=sfCqf4dlavQ
PENGAJARAN pergerakan berdasarkan lirik lagu

PENTAKSIRAN https://www.youtube.com/watch?v=eRBYrW5s7YA
https://www.youtube.com/watch?v=EYMG3mtbANg
pergerakan mengikut tempo

https://www.youtube.com/watch?v=H3vd46tc73k
https://www.youtube.com/watch?v=BesqHxPRZ9g
pergerakan kreatif mengikut muzik

Pembaris kayu panjang murid/batang paip pvc/batang kayu/ranting
kayu/selendang/riben/dan lain-lain alatan yang sesuai, Lembaran kerja

1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini
2. Guru melampirkan lirik lagu “Dayung Sampan” sebagai panduan ibu

bapa dan murid
3. Murid melihat link video yang diberikan oleh guru untuk

melaksanakan aktiviti :

i. Membuat pergerakan mendayung sampan mengikut lirik lagu
ii.Membuat pergerakan mendayung sampan mengikut tempo muzik
iii.Membuat pergerakan kreatif mengikut muzik lagu “Dayung

Sampan” yang didengari

4. Ibu bapa menandakan (/) pada mana-mana pergerakan yang boleh
dilakukan oleh murid dengan baik

5. Murid melengkapkan lirik lagu “Dayung Sampan” dengan bimbingan
ibu bapa sebagai latihan tambahan

TP1 Boleh membuat pergerakan berdasarkan lirik lagu.

TP2 Boleh melakukan pergerakan mengikut tempo.

TP3 Boleh melakukan pergerakan kreatif mengikut muzik.

NOTA



Pergerakan mengikut muzik PENCAPAIAN CATATAN

TP1 TP2 TP3

i. Boleh membuat pergerakan
berdasarkan lirik lagu.

ii. Boleh melakukan pergerakan
mengikut tempo.

iii. Boleh melakukan
pergerakan kreatif
mengikut muzik.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit (30 minit pembelajaran & 30 minit aktiviti)

SASARAN 4+ dan 5+
KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni
STANDARD (Ekspresi Kreatif)
KANDUNGAN KE 3.3.2 Menghasilkan karya kreatif melalui aktiviti menggambar

STANDARD Kertas warna, kertas A4 dan gam
PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM

LANGKAH 1. Fahami cara-cara melaksanakan kolaj .Tekan link video :-
PENGAJARAN https://youtu.be/OBxyJFwAOxE

2. Langkah-langkah yang perlu dilakukan :

i) Koyakkan kertas warna secara cebisan kecil-kecil.
ii) Tampal kertas warna secara bertindih.
iii) Lekatkan kertas warna yang berbeza agar payung yang dihasil-

kan kelihatan berwarna-warni.
iv) Ulang langkah ii dn iii sehingga memenuhi ruang kertas dengan

kemas.

3. Ibu bapa membimbing murid menjalankan aktiviti ini.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menghasilkan karya seni dengan ransangan.

TP2 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri.

TP3 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai media yang sesuai.

NOTA

1. Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam,dan tampal sesuatu bahan ke atas
sesuatu permukaan.

2. Ia juga merupakan satu hasil kerja seni menyusun dan menampal secara bertindih-
tindih.

3. Antara bahan yang boleh digunakan untuk membuat kolaj ialah surat khabar, kertas
warna, bahan semulajadi seperti daun, pasir, kekacang, bijirin, perca kain dan tisu.

4. Contoh hasil kolaj :



AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit (30 minit pembelajaran & 30 minit aktiviti)

SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD
KANDUNGAN KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni
STANDARD (Ekspresi Kreatif)
PEMBELAJARAN
BAHAN/BBM KE3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri
LANGKAH
PENGAJARAN Daun, warna air dan kertas A4

PENTAKSIRAN 1. Fahami cara-cara melaksanakan corak dan rekaan di bawah melalui
link video :-https://youtu.be/RycryBljVcE

2. Langkah-langkah yang perlu dilakukan :-

i) Letakkan warna air di permukaan daun
ii)Tekapkan daun tersebut ke atas kertas A4.
iii)Ulang langkah i dengan meletakkan warna yang berbeza.
iv)Tekap daun sekali lagi ke atas kertas mengikut corak yang ingin

dihasilkan.
v) Ulang langkah i dan ii sehingga memenuhi ruang kertas mengikut

kreativiti sendiri.

3. Ibu bapa membimbing murid menjalankan aktiviti ini.

TP1 Boleh menghasilkan karya seni dengan rangsangan.

TP2 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri.

TP3 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai media yang sesuai.

NOTA

1. Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula
jadi yang mempunyai jalinan tertentu.

2. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau
tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan buah
belimbing.

3. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna dalam teknik capan.
4. Ukiran boleh dibuat berdasarkan kreativiti and kemahiran individu.
5. Pelbagai corak boleh diperolehi melalui teknik ini.
6. Contoh hasil capan :

Hasil daripada bendi, dahan betik dan Hasil daripada kacang panjang dan bendi.
lain-lain.

Hasil daripada tapak tangan. Hasil capan daripada ukiran pada
kentang dan lobak.

Membuat corak dan rekaan Pencapaian Catatan
mengikut kreativiti sendiri TP1 TP2 TP3

i. Boleh menghasilkan karya seni
dengan rangsangan.

ii. Boleh menghasilkan karya seni
mengikut kreativiti sendiri.

iii. Boleh menghasilkan karya seni
mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai media
yang sesuai.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit (30 minit pembelajaran & 30 minit aktiviti)

SASARAN 4+ dan 5+
KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni
STANDARD (Ekspresi Kreatif)
KANDUNGAN KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif

STANDARD Lembaran aktiviti ( Lampiran A)
PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM

LANGKAH 1. Guru menerangkan langkah-langkah untuk membuat binaan sebuah
PENGAJARAN bas menggunakan gambar bas yang dibekalkan.

PENTAKSIRAN 2. i. Murid mewarnakan gambar bas.
ii. Murid menggunting gambar bas yang telah siap diwarnakan.
iii. Murid mencantum dan menampalkan gambar untuk membentuk
sebuah bas.

3. Murid bermain bebas menggunakan bas yang dihasilkan

TP1 Boleh menghasilkan karya seni dengan rangsangan.

TP2 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri.

TP3 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai media yang sesuai.



Membuat binaan Pencapaian Catatan
(Bas) TP1 TP2 TP3

i. Boleh menghasilkan karya seni
dengan rangsangan.

ii. Boleh menghasilkan karya seni
mengikut kreativiti sendiri.

iii. Boleh menghasilkan karya seni
mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai media
yang sesuai.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit (30 minit pembelajaran & 30 minit aktiviti)

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni
KANDUNGAN (Ekspresi Kreatif)

STANDARD KE 3.3.5 Menghasilkan kraf tradisional menggunakan pelbagai bahan
PEMBELAJARAN
Objek berbentuk bulat, manila kad, alat penebuk lubang, tali @ riben
BAHAN/BBM kecil, corak bunga dari perca kain @ majalah, gunting, gam, plastik
pembalut buku

LANGKAH 1. Lukiskan bentuk bulat pada manila kad
PENGAJARAN
2. Gunting manila kad mengikut bentuk bulat yang dilukis.

3. Lukis bentuk segi tiga pada manila kad yang telah digunting dan
gunting mengikut segi tiga tersebut.

4. Cantumkan manila kad menjadi bentuk kon.

5. Hias kon mengikut kreativiti murid untuk menghasilkan tudung saji
yang cantik.

6. Ibu bapa membimbing murid menghasilkan tudung saji mengikut
langkah di atas.

7. Hantar gambar hasil yang siap kepada guru.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menghasilkan karya seni dengan ransangan

TP2 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri

TP3 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai media yang sesuai.

1. Letakkan sebarang objek 2. Gunting mengikut bentuk bulat
bentuk bulat atas manila kad. yang telah dilukis.
Lukis mengikut bentuk bulat ini .

3. Lukis bentuk segitiga 4. Gunting bentuk segitiga.

5. Cantumkan bentuk segitiga 6. Hias kon mengikut kreativiti
yang telah digunting menjadi murid.
bentuk kon

Membuat binaan kraf Pencapaian Catatan
tradisional TP1 TP2 TP3

( Tudung Saji)

i. Boleh menghasilkan karya
seni dengan rangsangan.

ii. Boleh menghasilkan karya
seni mengikut kreativiti
sendiri.

iii. Boleh menghasilkan karya
seni mengikut kreativiti sendiri
dengan menggunakan
pelbagai media yang sesuai.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit (30 minit pembelajaran & 30 minit aktiviti)

SASARAN 4+ dan 5+
KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni
STANDARD (Ekspresi Kreatif)
KANDUNGAN
KE 3.3.6 Menghasilkan karya kreatif menggunakan bahan kitar semula
STANDARD
PEMBELAJARAN Link video : https://www.youtube.com/watch?v=2i8cDlNAyD8
Botol air mineral, gam, pembalut, gunting,
BAHAN/BBM
1. Pilih botol atau bekas terpakai yang sesuai untuk membuat tabung.
LANGKAH 2. Ibu bapa membantu membuat lubang untuk masukkan duit.
PENGAJARAN 3. Hiasi botol/bekas tersebut mengikut kreativiti murid

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menghasilkan karya seni dengan ransangan

TP2 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri

TP3 Boleh menghasilkan karya seni mengikut kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai media yang sesuai.

NOTA

Contoh beberapa jenis tabung yang dihasilkan mengikut
kreativiti murid

Menghasilkan karya Pencapaian Catatan
kreatif menggunakan TP1 TP2 TP3
bahan kitar semula

( Tabung Duit)

i. Boleh menghasilkan
karya seni dengan
rangsangan.

ii. Boleh menghasilkan
karya seni mengikut
kreativiti sendiri.

iii. Boleh menghasilkan
karya seni mengikut
kreativiti sendiri dengan
menggunakan pelbagai
media yang sesuai.

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kreativiti dan Estetika

TEMPOH 60 minit (30 minit pembelajaran & 30 minit aktiviti)

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KE 3.4 Menghargai karya seni (Apresiasi Seni)
KANDUNGAN
KE 3.4.1 Menceritakan hasil kerja sendiri
STANDARD KE 3.4.2 Menunjukkan penghargaan terhadap hasil kerja orang lain
PEMBELAJARAN
Kertas lukisan, bahan capan – kentang, bawang besar, bendi, pelepah
BAHAN/BBM pisang, daun, warna air, berus lukisan
1. Kentang dipotong dan diukir, bawang, bendi, pelepah pisang
LANGKAH
PENGAJARAN dipotong untuk mendapatkan corak.

2. Sediakan 3 warna dan berus berbeza dalam bekas warna.

3. Murid sapukan warna pada permukaan bahan capan kemudian
capkan pada kertas lukisan.

4. Ulangi proses capan bagi menghasilkan corak yang menarik.

5. Ceritakan hasil kerja murid kepada kawan/ibu bapa

6. Murid lain boleh memberi cadangan dan pandangan ke atas hasil
kerja yang ditunjukkan.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menghayati hasil kerja sendiri.

TP2 Boleh menunjukkan penghargaan terhadap hasil kerja orang lain
dengan bimbingan

TP3 Boleh menunjukkan penghargaan terhadap hasil kerja orang lain

NOTA

Antara contoh teknik capan daripada bahan semulajadi dan alam sekitar

Pencapaian Catatan
TP1 TP2 TP3
Menghargai karya seni

i. Boleh menghayati hasil
kerja sendiri.

ii. Boleh menunjukkan
penghargaan terhadap
hasil kerja orang lain
dengan bimbingan

iii. Boleh menunjukkan
penghargaan terhadap
hasil kerja orang lain

Modul PdPR Prasekolah merupakan
hasil kerjasama

Jurulatih Utama, guru-guru serta Pegawai
PPD Prasekolah Daerah Kuala Kangsar
tahun 2021

KEPAKARAN PEDAGOGI

DR. SITI ROHANA BINTI SALLEH Guru Cemerlang Prasekolah DG48

Guru Prasekolah Jurulatih Utama
Kolej Vokasional Kuala Inovasi & Matematik
Kangsar Daerah Kuala Kangsar
Ikon Inovasi Guru
[email protected] Daerah Kuala Kangsar
+60195470852
PENDIDIKAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Awal Kanak-kanak) |
Feb 2021

Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bkt Mertajam
Diploma Pendidikan( Prasekolah)|
Disember 2007

Universiti Putra Malaysia, Serdang
Master Sains, Bac. Sc.(Pembangunan Manusia)|
Januari 2005, Februari 2000

KEPAKARAN PEDAGOGI

Guru Prasekolah DG44

Jurulatih Utama Pentaksiran
Prasekolah
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

EN. MUHAMAD FAISAL BIN ISMAIL Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik)
Dengan Kepujian
Tahun 2005

Guru Prasekolah IPBMM (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia)
SK Pos Piah, 31100 Sungai Siput (U) KPLI – LPBS Prasekolah

[email protected] Tahun 2007-2008

+60194452007

KEPAKARAN PEDAGOGI

Guru Prasekolah DG44 (KUP)

Jurulatih Utama
Inovasi dan CIDS
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

PN. NOR FAIRIZAN BINTI CHE HUSIN Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ijazah Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak)| 2011
Guru Prasekolah
SK Bendang Kering Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban
Diploma Pendidikan (Prasekolah)| 2004
[email protected]
+60126862341 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Ijazah Sarjana Muda (Geografi & Psikologi)| 2002

KEPAKARAN PEDAGOGI

Guru Prasekolah DG42
Jurulatih Utama
Pendekatan Projek
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

PN. NORHAZLIZA BT ABDULLAH HASHIM

Guru Prasekolah Universiti Pendidikan Sultan Idris
SK Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah)
dengan Kepujian
[email protected] 2012-2016
+60124845279
Maktab Perguruan Perlis, Perlis
Kursus Diploma Perguruan Malaysia
2003-2005

Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua yang

Telah menjayakan Modul PdPR Prasekolah ( Kreativiti &
Estetika) Daerah Kuala Kangsar:

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar

Unit Pemulihan Khas
Semua Jurulatih Utama Prasekolah

Kolej Vokasional Kuala Kangsar
SK Pos Piah

SK Bendang Kering
SK Kota lama Kanan

SK Temin
SK Kota Lama Kanan

SK Talang
SK Clifford
SK RKT Lasah
SK Kampung Nasib


Click to View FlipBook Version