The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIRI BUKU TRANSISI PRASEKOLAH:
CERITALAH LAGI!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirosa77, 2020-11-30 02:29:14

SERONOKNYA PERGI KE SEKOLAH

SIRI BUKU TRANSISI PRASEKOLAH:
CERITALAH LAGI!

Keywords: PRESCHOOL. SOSIOEMOSI

SERONOKNYA PERGI KE SEKOLAH!

SIRI BUKU TRANSISI PRASEKOLAH:
CERITALAH LAGI!

SITI ROHANA BT SALLEH
(sirosa)

SIRI
1

HAK CIPTA TERPELIHARA- sirosa@2020

Nama saya Intan.
Saya berumur 5 tahun.
Tahun ini, saya akan mula ke
sekolah.
Kata ibu, sekolah saya cantik.
Cikgu saya baik.
Saya akan berjumpa ramai
kawan.
Saya sudah tidak sabar untuk
ke sekolah.

Ini keluarga saya.
Ibu saya seorang surirumah.
Ayah saya bekerja di pejabat.
Saya ada seorang adik dan
seorang kakak.
Saya sayang keluarga saya.

HAK CIPTA TERPELIHARA- sirosa@2020

Ini kawan saya.
Nama kawan saya Aiman.
Kami suka berkawan bersama.
Kami pergi ke sekolah
bersama-sama.
Jom Aiman, kita ke sekolah!

Seronoknya pergi ke sekolah.
Kadang-kadang kami berlumba
lari.
Siapa sampai dulu dia
menang..
1,2,3.. lariiii….
Yeaaa… Aiman selalu menang.
Tapi dia tetap tunggu Intan
supaya kami sampai ke
sekolah bersama-sama.

HAK CIPTA TERPELIHARA- sirosa@2020

Ini sekolah saya.
Sekolah saya cantik.
Sekolah saya bersih.
Saya sayang sekolah saya.

Ini cikgu saya.
Nama cikgu saya Cikgu Suzi.
Cikgu Suzi baik hati.
Saya sayang cikgu Suzi.

HAK CIPTA TERPELIHARA- sirosa@2020

Di sekolah Intan berjumpa
dengan ramai kawan.
Ada kawan lelaki.
Ada kawan perempuan.
Intan suka berkawan dengan
semua orang.
Intan suka ramai kawan.

Ini kawan baik Intan.
Nama kawan baik intan Siti
dan Seroja.
Kami suka membaca buku
bersama-sama.
Kami suka melihat gambar.
Kami suka gambar yang
berwarna-warni.

HAK CIPTA TERPELIHARA- sirosa@2020

Di dalam kelas kami duduk
dalam kumpulan yang sama.
Kami suka membuat aktiviti
bersama-sama.
Kami gembira belajar
bersama-sama.

Kami tidak sabar untuk
membaca.
Kami tidak sabar untuk kenal
huruf a, b, c.
Kami tidak sabar untuk kenal
nombor 1,2,3.
Kami tidak sabar ingin
berjaya.

HAK CIPTA TERPELIHARA- sirosa@2020

Soalan-soalan rangsangan komunikasi murid
1. Siapakah nama kanak-kanak perempuan dalam cerita ini?
2. Siapakah yang selalu pergi ke sekolah bersama Intan?
3. Berapakah jumlah ahli keluarga intan?
4. Apakah nama sekolah Intan?
5. Siapakah nama cikgu Intan
6. Apakah kegemaran Intan?
7. Apakah aktiviti yang Intan suka lakukan di sekolah?
8. Siapakah nama kawan baik Intan di sekolah?
9. Adakah Intan seronok dengan sekolah?

Soalan-soalan rangsangan emosi kepada murid
1. Apakah perasaan kamu pada hari ini?
2. Siapa suka mendapat ramai kawan?
3. Kenapa kamu suka ke sekolah?
4. Apakah yang kamu tidak suka tentang sekolah?
5. Siapa hendak cepat pandai?
6. Siapa suka belajar?
7. Siapa tidak suka datang ke sekolah?

HAK CIPTA TERPELIHARA- sirosa@2020


Click to View FlipBook Version