1
MODUL TRANSISI PRASEKOLAH
(Misi Menggilap Permata)
KENALI EMOSI
SITI ROHANA BINTI SALLEH
GURU PRASEKOLAH
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
(Cikgu Ana@ SiRoSa)
Guru prasekolah
Kolej Vokasional Kuala Kangsar,
E-mail: [email protected]
PENGENALAN
Modul ini terdiri daripada 13 siri yang meliputi lima elemen dalam kemahiran sosioemosi
iaitu: kemahiran mengenal emosi sendiri, kemahiran mengurus emosi, bermotivasi,
mempunyai empati dan kemahiran bersosial.
Modul ini menggunakan kaedah Spaced Learning yang merupakan formula untuk mudah
ingat dan cepat belajar kepada kanak-kanak. Antara kelebihan formula ini ialah:
• Masa belajar tidak terlalu lama
• Mempunyai aktiviti yang santai
• Tidak belajar terlalu banyak perkara dalam satu masa
Diharapkan modul ini dapat dimanfaatkan oleh guru prasekolah bagi penerapan kemahiran
sosioemosi kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang bijak pandai serta mengamalkan
adab serta nilai budi pekerti yang tinggi.
MISI MENGILAP PERMATA
Apabila kemahiran sosioemosi dipeduli,
bakat inteleknya turut berpotensi..
Slogan ini dikenalpasti melalui pengamatan dan kajian
literatur penulis ke atas keperluan kemahiran EQ (
intrapersonal) dan kesan keatas kemahiran IQ(
interpersonal). Kedua-dua elemen kecerdasan ini
merupakan antara kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner melalui Teori Multiple Intellegence
yang mengkaji tentang sembilan jenis kecerdasan
manusia.
Tangan yang diangkat seperti berdoa menunjukkan
harapan supaya lebih ramai bakat dan potensi kanak-
kanak dapat digilap melalui kemahiran sosioemosi bagi
melahirkan golongan cerdik pandai yang mempunyai
keperibadian akhlak terpuji serta berintegriti.
-Ana@sirosa-
5
L BINA PENGETAHUAN
A BINA KEMAHIRAN
N BINA KELANCARAN
G
K GENERALISASI
A PENILAIAN
H
AKTIVITI 1
KENALI EMOSI
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid:
1. Boleh menyebut jenis-jenis emosi yang dipelajari.
2. Boleh mempamerkan mimik muka mengikut jenis emosi yang
berbeza.
3. Boleh menyanyi sambil membuat aksi yang sesuai.
KEMAHIRAN 1
Mengenal emosi sendiri dan orang lain
Standard Kandungan :
KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
Standard Pembelajaran :
KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi
yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut, marah dan malu
LANGKAH 1: BINA PENGETAHUAN
Aktiviti : Guru memperkenalkan maksud emosi
EMOSI berasal daripada perkataan Greek bermaksud ‘untuk
keluar’
Perasaan yang dialami seseorang dan mempunyai makna
dalam dirinya
Tindak balas yang ditunjukkan melalui luahan emosi
Aktiviti : Guru memperkenalkan jenis-jenis emosi
LANGKAH 2: BINA KEMAHIRAN
Aktiviti : Murid membuat aksi mimik muka yang sesuai dengan jenis emosi
Gembira Sangat gembira
Kecewa Sedih
Aktiviti : Murid membuat aksi mimik muka yang sesuai dengan jenis emosi
Takut Geram
Terkejut Sangat sedih
LANGKAH 3: BINA KELANCARAN
Aktiviti : soal jawab dan uji pengukuhan
1. Apakah jenis emosi yang ditunjukkan
dalam gambar ini?
2. Apakah yang menyebabkan murid
menunjukkan emosi tersebut?
3. Tunjukkan mimik muka mengikut
arahan guru.
Gembira
Sedih
Marah
Geram
Terkejut
Takut
Aktiviti: 1. Murid memadankan aksi mimik muka yang sesuai dengan jenis emosi
2. Murid melakonkan mimik muka yang sesuai dengan jenis emosi
Aktiviti: Kenali emosi kawan-kawan anda seperti gambar di bawah
LANGKAH 4: GENERALISASI
Lagu: Kalau Rasa Gembira
Kalau rasa gembira tepuk tangan.. Pap..pap!
Kalau rasa gembira tepuk tangan.. Pap.. Pap!
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan.. Pap, pap!
Ulang dengan perbuatan lain seperti..
Petik jari.. Tap.. Tap!
Hentak kaki.. Dam.. Dam!
Kata horey.. Horey!
Buat semua
Pap..pap! Tap.. Tap!
Dam.. Dam! Horey!!!
LANGKAH 5: PENTAKSIRAN
Tentukan prestasi murid berdasarkan tahap perkembangan pada jadual di bawah.
Bil Objektif Pembelajaran 1 2 3 Catatan
1 Boleh menyebut jenis-jenis emosi 3- Telah Menguasai
yang dipelajari.
2 Boleh mempamerkan mimik muka
mengikut jenis emosi yang berbeza.
3 Boleh menyanyi sambil membuat
aksi yang sesuai.
Petunjuk: 1-Belum Menguasai, 2-Sedang Menguasai,
Sekian Terima Kasih
Ana@sirosa2020- KVKK