The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri Buku Transisi Prasekolah: Ceritalah Lagi!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirosa77, 2020-12-01 04:04:10

buku 3 Seronoknya belajar bersama

Siri Buku Transisi Prasekolah: Ceritalah Lagi!

Keywords: PRESCHOOL,SOCIOEMOTION

0

SERONOKNYA BELAJAR BERSAMA

SIRI BUKU TRANSISI PRASEKOLAH:
CERITALAH LAGI!

SITI ROHANA BT SALLEH SIRI
(sirosa) 3

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020

1

Seronoknya pergi sekolah!

Di sekolah, kami melakukan
banyak aktiviti.
Kami belajar membaca,
Kami belajar melukis,
Kami belajar menulis,
Kami belajar abc,
Kami belajar 123,
Kami belajar menyanyi,
Kami bermain bersama,
Kami makan bersama,
Kami berlakon seperti orang
dewasa, dan
Kami belajar berdikari.

Kami belajar membaca.

Walau belum mengenal a, b, c,
setiap hari kami membuka buku
dan melihat gambar.

Kami akan memilih gambar yang
paling cantik.

Kami berkongsi buku dan
membaca bersama-sama.

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020

2

Kami belajar melukis.

Kami lukis wajah ibu,
Kami lukis wajah cikgu..

Kami dapat meluahkan bakat.

Kami dapat berkongsi idea.

Seronoknya melukis.

Kalau kami tidak tahu,
cikgu Suzi akan beritahu.

Kalau kami merasa sukar,
cikgu Suzi akan beri tunjuk
ajar.

Aktiviti projek paling kami
suka.

Kami belajar mencuba sendiri
pengalaman baru.

Cikgu tidak marah kalau kami
tumpahkan air.
Kami akan belajar bersihkan
sendiri.

Cikgu tidak marah kalau kami
sepahkan lantai.
Kami akan belajar menyapu
dan mengemas sendiri.

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020

3

Kami belajar berlakon.
Kami dapat menjadi seperti
orang dewasa.
Kami sangat gembira.
kami seronok datang sekolah.
Jom kita menyanyi!

Seronoknya ke sekolah..
Seronoknya ke sekolah..
Kami belajar dan main
bersama..

Senyum, senyum, senyum, begini
Geram, geram, geram, begini,
Jangan, jangan, marah-marah
Nanti susah hati!

Kami gembira ha..ha..ha
la..la..la..

Kami seronok menyanyi
bersama-sama.

Semasa menyanyi kami
meluahkan perasaan kami.

Paling seronok jika kami
menyanyi bersama cikgu.

Cikgu bermain gitar.
Kami menyanyi bersama.
la.. la.. la.. la..

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020

4

Kami makan bersama-sama.
Cikgu mengajar kami
membasuh tangan sebelum
makan.
Cikgu mengajar kami beratur
semasa mengambil makanan.
Cikgu mengajar kami membaca
doa sebelum dan selepas
makan.
Kami makan dengan sopan.

Kami bermain bersama-sama.
Kami seronok dan gembira.
Kata cikgu, main untuk sihat.
Badan sihat otak pun bijak.
Jom kita main bersama.
‘ Jika kita berkumpul..
Berkumpul.. Berkumpul..
Jika kita berkumpul, lebih
gembira’….
Kami main sambil menyanyi.

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020

5

Sebelum pulang kami
membersih kelas bersama-
sama.
Kami diajar berdikari.
Kami sudah pandai mengurus
diri dan kelas kami.
Kami menyanyi lagu “ Kelasku
Bersih” sambil mengemas
kelas bersama-sama.

Paling seronok ialah aktiviti
bercerita.
Cikgu suzi pandai bercerita.
Kami suka mendengar cikgu
Suzi membaca buku cerita
untuk kami.
Ada cerita harimau..
Ada cerita buaya..
kelas kami menjadi ceria
apabila cikgu Suzi bercerita.

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020

6

Kami sayang sekolah kami.

Kami suka aktiviti
membersihkan kawasan luar
kelas.
Cikgu mengajar kami menjadi
rajin.

Kami akan membantu ibu bapa
membersih rumah apabila cuti
sekolah nanti.

Kami sudah pandai berdikari.

Seronoknya pergi ke sekolah.
Kami mendapat banyak
peluang dan pengalaman.

Sebelum balik jangan lupa
salam cikgu dan kawan..

Selamat pulang kawan..
Selamat tinggal cikgu..
Selamat kita berjumpa lagi..

Pada esok hari

Mari salam cikgu..
Mari salam semua..
Kita rasa gembira..
Belajar bersama..

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020

7

Soalan-soalan rangsangan emosi murid
1. Apakah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Intan?
2. Adakah kamu suka menyanyi?
3. Apakah lagu yang paling kamu suka dalam cerita ini?
4. Apakah aktiviti yang paling disukai Intan?
5. Apakah aktiviti yang paling kamu suka di sekolah?

Soalan-soalan rangsangan sosial murid
1. Sebutkan antara aktiviti yang Intan lakukan di sekolah?
2. Apakah aktiviti yang paling kamu suka disekolah?
3. Adakah kamu suka mempunyai ramai kawan?
4. Siapakah nama kawan-kawan kamu?
5. Apakah aktiviti yang kamu suka lakukan bersama kawan kamu?

HAK CIPTA TERPELIHARA- SIROSA@2020


Click to View FlipBook Version