The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri Kisah Pendidikan Nilai Murni Kanak-kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirosa77, 2022-06-13 09:31:10

PESAN AYAH SIRI 1

Siri Kisah Pendidikan Nilai Murni Kanak-kanak

Keywords: nilai murni

Siri Kisah Pendidikan Nilai Murni Kanak-Kanak

PENULIS:SITI ROHANA SALLEH(SIROSA),
ADLAN HALIM

ILUSTRATOR: AHMAD BIN BUSTAMAM

Panduan Guru
Guru boleh menggunakan carta cerita ini mengikut kreativiti sendiri.

Berikut merupakan kaedah penggunaan yang dicadangkan:

01

Guru boleh memulakan sesibercerita dengan menunjukkankad
bergambar untuk menggalakkan murid berfikir dan berkomunikasi

02

Melalui gambar guru boleh kaitkan dengan amalan
dan sikap murid apabila melalui situasi yang sama

03

Guru membaca diikuti oleh murid atau guru membantu murid
membaca bersama-sama sambil menerangkan makna setiap ayat.

04

Guru boleh membuat aktiviti seperti bercerita semula, lakonan,
perkongsian pengalaman, melukis permainan yang disukai
murid, membuat origami mainan yang sesuai berdasarkan
idea daripada carta cerita ini.

05

Sesuai digunakan semasa sesi perbualan pagi, selepas rehat,
pengajaran Tunjang Pendidikan Moral, Tunjang Keterampilan Diri,

Tunjang Bahasa Melayu dan mana-mana tunjang yang sesuai.



Hari ini hari minggu,
Amin bercadang ingin
bermain permainan yang
baru dibeli oleh ayahnya

pada minggu lalu.



Encik Adam bercadang untuk mengemas
halaman rumah bersama Amin pada pagi itu.
‘Amin, mari tolong ayah bersihkan kawasan di luar rumah"



Tiba-tiba Amin mendapat satu akal.

"Bolehkah ayah belikan permainan baru untuk Amin
jika Amin menolong ayah bersihkan rumah nanti"



‘Amin, apabila menolong orang
janganlah kita mengharapkan balasan”



" Hmm, tapi ayah.... di sekolah cikgu selalu
memberi hadiah jika Amin menolong cikgu.."



"Cikgu Amin suka memberi, tetapi janganlah Amin
meminta hadiah sebagai balasan pula. Memberi itu lebih

baik daripada meminta. Tuhan yang akan memberi
balasan jika kita selalu berbuat baik"



"Maafkan Amin ayah, Amin telah berbuat silap selama ini.
Amin akan cuba untuktidak ulangi lagi ya ayah."

TAMAT

"Mulai hari ini, Amin berjanji akan tolong ayah, cikgu
dan sesiapa saja tanpa meminta hadiah. Tuhan sayang orang
yang berbuat baik.. Amin akan ingat pesanan ayah sampai

bila-bila. Terima kasih ayah"

Pengajaran daripada cerita ini:

Menolong orang lain, biarlah ikhlas
dan tidak mengharapkan balasan.

Nilai murni:

Kepercayaan kepada Tuhan,
berterima kasih

Penghargaan:

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
Bahagian Pendidikan Sekolah Harian, KPM
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, KPM
Kementerian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Kementerian Pembangunan Luar bandar
Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS)

EECE Council
Guru Prasekolah KPM, Guru Prasekolah BPLTV,
Guru Tabika KEMAS, Guru Tabika Perpaduan,

Pengusaha Tadika swasta
Serta semua yang terlibat secara langsung mahupun

tidak langsung dalam menjayakan penulisan
Carta Cerita Amalan Nilai


Click to View FlipBook Version