The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safawatimalek, 2019-05-07 03:36:43

DEFINISI PRAGMATIK

DEFINISI PRAGMATIK

DEFINISI PRAGMATIK

• Menurut), pragmatik merupakan suatu ilmu penginterpetasian

(pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-faktor bukan

Nor Hasyimah linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor kedua-duanya (linguistik
Jalaluddin dan bukan linguistik).

(1992

Kamus • Pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu linguisitk yang
Dewan Edisi berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul
daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu.
Keempat
(2005) • Beliau telah memberikan definisi pragmatik sebagai satu kajian
bagaimana sesuatu ujaran mempunyai makna di dalam sesuatu
Leech situasi di mana terdapat kesediaan pengguna bahasa untuk
(1983) berkomunikasi

Terdapat dua jenis lakuan bahasa (speech act) dalam pragmatik iaitu lakuan lisan (retorik
interpersonal) dan lakuan penulisan (retorik tekstual).

 Maksud retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam
penulisan atau pertuturan, seni menggunakana atau memakai bahasa yang indah dan
menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.

 Interpersonal ialah berkenaan hubungan sesama manusia.
 Lakuan pula merupakan laras (bahasa) yang mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan

dalam pelbagai lakuan.
 Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). Lakuan Lisan atau Retorik

Interpersonal merupakan satu bentuk pemakaian bahasa dalam pertuturan dalam
bentuk komunikasi lisan.
 Tujuan retorik interpersonal ini ialah untuk mempengaruhi pendengar yang berkait
rapat dengan bidang pragmatik iaitu ujaran itu haruslah mengambil kira konteks sosial

PRINSIP RETORIK INTERPERSONAL

PRINSIP KERJASAMA

Menurut Abdullah Yusuf et all (2009) di dalam buku Semantik dan Pragmatik,
prinsip kerjasama atau the cooperative principle adalah prinsip yang terjalin
antara penyampai dan penerima. Penyampai adalah terdiri daripada pembicara
atau penutur manakala penerima pula adalah pendengar atau pembaca. Prinsip
kerjasama ini bertujuan memastikan komunikasi pembicara dan penerima dapat
berjalan dengan baik.

MAKSIM
KUANTITI

MAKSIM PRINSIP MAKSIM
CARA KERJASAMA KUALITI

MAKSIM
HUBUNGAN

1. PETUNJUK KUALITI

 Petunjuk kualiti merupakan maksim perbualan yang bersifat betul.
Ianya merujuk kepada bukti-bukti yang diperlukan oleh penutur
dalam menyampaikan maklumat kepada pendengar.

 Bukti-bukti yang kurang mantap akan menyebabkan makna ujaran
yang diujarkan kepada pendengar kurang berkesan dan kurang
bermakna.

 Secara ringkasnya, maksim kualiti adalah merujuk kepada maksim
yang tidak menyebut sesuatu yang difikirkan tidak betul dan tidak
menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti.

Sebagai contoh, setelah melihat bilik berselerakan, Siti berkata kepada Aminah, kemasnya
bilik ini. Ujaran Siti ini menimbulkan implikatur. Alasan Aminah adalah seperti berikut:
Siti berkata bahawa bilik itu kemas sedangkan sebaliknya iaitu berselerakan. Siti telah
melanggar maksim kualiti dan tentu ada alasan mengapa ia mengatakan sesuatu yang tidak
benar.

2. Petunjuk kuantiti

 Merujuk kepada maklumat-maklumat yang ingin disampaikan oleh
penutur seharusnya maklumat yang tepat dan cukup informatif serta
menepati maksud sebenar penutur.

 Ianya bersifat sempurna dan segala maklumat yang disampaikan
adalah tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya.

3. Petunjuk hubungan.

 Petunjuk hubungan boleh juga disebut sebagai maksim pertalian yang
mana ia adalah merujuk kepada ujaran yang dituturkan oleh penutur
yang seharusnya berkesinambungan dan relevan pada setiap
peringkat. Maksim perbualan ini menyatakan bahawa setiap
sumbangan peserta harus berhubungan dengan tajuk perbualan.

 Katakan seorang lelaki bangun pagi dan bertanyakan isterinya pukul
berapa sekarang? isterinya menjawab orang pejabat dah masuk
kerja. Pernyataan isterinya menimbulkan implikatur kepada suaminya

 Jawapan isteri telah melanggar maksim perbualan relevan atau
hubungan dan dia mempunyai alasan mengapa tidak memberikan
jawapan yang diberikan.

4. Petunjuk cara

Petunjuk cara adalah merujuk kepada penutur iaitu penutur harus memastikan
sesuatu ujaran yang dituturkan kepada pendengar tidak menimbulkan kekaburan
atau ketaksaan agar mesej yang hendak disampaikan dapat diterima dengan baik
dan tepat. Penutur perlu memastikan perbualannya tersusun mengikut hierrarki
supaya pendengar dapat menghayati ujaran penutur dengan baik dan berkesan.
Hal ini dengan kata lain maksim perbualan ini bersifat mengelak daripada
sebarang kesamaran, ketaksaan, ringkas dan teratur.

PRINSIP Menurut Leech (1983), prinsip
KESANTUNAN
kesantunan merupakan hubungan

sosial yang dapat dilakukan dalam
bentuk komunikasi. Aspek ini
dilihat dari segi kesantunan
seseorang membalas balik apa
yang diperkatakan oleh pihak
lawan

MAKSIM PENUTUR MENUTURKAN KATA-KATA DENGAN LEBIH

KEBIJAKSANAAN SANTUN DAN SOPAN

• CONTOH AYAT:

• “Silalah makan kuih itu. Makcik buat kuih ini khas untuk kamu.”

MAKSIM MEMINIMUMKAN MANFAAT PADA DIRI SENDIRI DAN

KEDERMAWAAN PENUTURAN DAPAT MENGHORMATI ORANG LAIN.

• CONTOH AYAT:

• "Saya boleh pinjamkan kamu duit sekiranya kamu kekurangan duit."

MAKSIM
PENGHARGAAN MENYATAKAN PENGHARGAAN MELALUI PUJIAN.
• CONTOH AYAT:

• "Merdu sungguh suara penyanyi tadi."

MAKSIM
KESEDERHANAAN MENGHINDARI KATA YANG MENINGGIKAN DIRI.
• CONTOH AYAT:

• "Cantiknya muka awak."
• "Terima kasih tetapi awak lagi cantik."

MAKSIM SIMPATI MEMERLUKAN PENUTUR MENGUCAPKAN PERKATAAN
SIMPATI SEKIRANYA TERDENGAR MUSIBAH.

• CONTOH AYAT:

• "Saya turut berdukacita mendengar berita kemalangan ini"

KONSEP IRONI

ANALISIS KLASIK IRONI

ANALISIS MODEN IRONI
i) Ironi sebagai penggunaan interpretif
ii) Ironi sebagai gambaran ejekan (karikatur)
iii) Ironi sebagai ulangan pemikiran yang diujarkan
iv) Ironi sebagai ulangan pemikiran yang tidak diujarkan
v) Ironi sebagai ulangan pemikiran kesimpulan

KONSEP IRONI

• Secara literal, ironi bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan.
Dalam percakapan atau pertuturan, ironi merupakan suatu bentuk
kiasan, iaitu pernyataan yang membawa maksud lain daripada apa-
apa yang dituturkan.

• Orang mungkin keliru dengan istilah ironi dan sarkasme (sarcasm)
walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan tertentu. Dari segi
pengucapan, ironi menggunakan kata yang lebih lembut dan tidak
kasar.

• Ironi merupakan sesuatu yang menarik kerana kata-katanya
membawa maksud yang bertentangan dengan makna literalnya.
Ungkapan’’kita kian dekat apabila berjauhan’’ merupakan satu
ironi.

ANALISIS KLASIK IRONI

• Menurut Maslida (2002: 1240), secara tradisi, ironi dianalis
berdasarkan pemerian makna yang bertentangan dengan makna
literal ayat yang diujarkan.

• Menurut analisis ini, ujaran ‘’Kemasnya bilik awak ni!’’
mempunyai makna literal ‘’bilik yang dikatakan itu berkeadaan
kemas’’, dan makna kiasan ‘’bilik yang dikatakannya itu
sebenarnya berselerak’’

ANALISIS MODEN IRONI

• i) Ironi sebagai penggunaan interpretif
• Menurut Maslida (2002: 1240), beliau mencadangkan ironi dianalisis

berdasarkan keserupaan interpretif (interpretive resemblance) dan secara
khususnya berdasarkan tanggapan penggunaan ulangan (echoic use).
• Misalnya, dalam satu peristiwa di pejabat, si A bertanya kepada temannya
si B
• A: Dah jumpa dengan bos?
• B: Dah, aku tak akan dinaikkan pangkat.
• ii) Ironi sebagai gambaran ejekan (karikutur)
• Maslida Yusof (2000: 1244), berdasarkan tanggapan ini, dapat dikatakan
bahawa ironi melibatkan pelahiran sikap terhadap pendapat yang sedang
diulang. Ironi biasanya melibatkan unsur terhadap pendapat yang diulang
itu.
• Misalnya, ketika si X, memandu kereta di lebuh raya dengan kelajuan
130 km/j, dia berkata kepada isterinya Y:
• X: Ala, ini kesalahan kecil.
• Isterinya kemudian menjawab:
• Y: Aah, kesalahan kecil sangat, buatlah lagi…polis tak akan saman

awak!
• iii) Ironi sebagai ulangan pemikiran yang diujarkan
• Maslida Yusof (2000: 1245), dalam kes ironi, apa-apa yang diulang
biasanya bukan apa-apa yang telah dikatakan oleh seseorang, tetapi
sesuatu yang diandaikan atau diimplikasikan
• iv) Ironi sebagai ulangan pemikiran yang tidak diujarkan
• Maslida Yusof (2000: 1246), dengan melihat air muka seseorang, kita
biasanya dapat diulang (echoed) semula.
• v) Ironi sebagai ulangan pemikiran kumpulan
• Maslida Yusof (2000: 1246), ujaran tidak ditujukan kepada individu
sahaja. Sebagai contoh, ironi politik selalu ditujukan kepada pemikiran
dalam suatu kumpulan masyarakat. Ironi dapat melibatkan harapan,
jangkaan dan aspirasi manusia.

LATIHAN PENGUKUHAN
Berikut merupakan soalan penilaian yang dibuat bagi mengukuhkan pengetahuan berdasarkan
aspek pragmatik. Penilaian ini dilakukan dengan menggunakan aras Taksonomi Blooms.
Pragmatik ialah kajian bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan pihak
lain mengikut situasi konteks.

1. Retorik merupakan lisan yang membabitkan penyampaian fakta dan idea dalam bahasa yang
menarik. Nyatakan ciri-ciri umum retorik?
___________________________________________________________________________

2.
Aku : digunakan dalam hubungan rapat
untuk menimbulkan kemesraan.
Saya : digunakan dalam hubungan biasa.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah hubungan makna dalam penyataan tersebut.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3. Terdapat tiga (3) panduan yang perlu dipatuhi untuk menyatakan kenyataan yang berunsurkan
asertif. Antara panduan tersebut ialah,
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

4.
Kenyataan-kenyataan asertif perlu disebut
dengan nada suara yang betul. Suara
hendaklah bersahaja, tegas tetapi ramah.

Bina dialog yang sesuai berdasarkan kenyataan di atas.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

5. Prinsip Kerjasama merupakan unsur yang tedaat dalam retorik interpersonal. Jelaskan
maksim yang telah dikemukan oleh Grice.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

6. Huraikan maksim yang terdapat di dalam Prinsip Kerjasama Grice beserta dengan contoh.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

7. Dalam maksim santun/kebijaksaan terdapat empat (4) fungsi ilokasi. Huraikan fungsi-fungsi
ilokasi tersebut.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

“Saya turut bersimpati mendengar
berita kemalangan ini.”

8. Maksim ini terdapat dalam Prinsip Kesantunan Leech. Bincangkan mengenai maksim ini.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

9. Bincangkan dengan terperinci mengenai konsep Analisis Klasik Ironi beserta contohnya.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

10. Huraikan dua (2) daripada lima (5) Analisis Moden Ironi beserta contoh.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Click to View FlipBook Version